Anda di halaman 1dari 23

Perkataan falsafah daripada bahasa Yunani philosophia iaitu philo ertinya cinta dan sophia ertinya hikmat.(hal.

.2) Falsafah bermaknaingin mengerti dengan mendalam @ cinta kepada kebijaksanaan. (hal. 3) Menurut Al-Farabi, falsafah adalah ilmu tentang alam untuk menyelidiki hakikatnya yang sebenar.(hal. 4)

Konsep dan Pengertian Falsafah

Unit 1

Al-Kindi mengatakan falsafah adalah pengetahuan tentang realiti segala sesuatu, sejauh jangkauan kemampuan manusia.(hal. 4) . Heraclitus menyatakan definisi tepat untuk falsafah sebagai ilmu yang membahaskan hakikat sesuatu.(hal. 4)

Hakikat Bahasa
Bahasa sebagai sekumpulan bunyi yang diucapkan.
Bahasa sebagai alat atau kenderaan yang mendukung dan menyampaikan maksud. Bahasa sebagai fenomena sosial yang menghubungkan antara individu atau kumpulan dalam masyarakat.

Bahasa merupakan alat yang merakam, menimbunkan dan mewariskan khazanah kebudayaan.
Bahasa sebagai satu urutan lakuan pertuturan. (hal.7-8)

Falsafah Bahasa
Falsafah bahasa merupakan bidang yang menyelidiki kebenaran dalam bahasa atau kajian bahasa (linguistik).(hal. 6)
Falsafah bahasa melibatkan dua bidang kajian iaitu: - bidang falsafah. - bidang kajian bahasa (linguistik).

Falsafah Bahasa dan Falsafah Linguistik


FB meneliti dan memeriksa secara falsafah pengetahuan konsepsi yang wujud dalam fikiran secara abstrak. FL membincangkan dasar falsafah yang terkandung dalam konsep dan istilah linguistik, iaitu meneliti kaedah dan amalan ahli linguistik deskriptif dalam disiplin mereka.

FB merupakan percubaan atau pendirian dalam menganalisis ciri-ciri bahasa. FL (kebahasaan) merupakan percubaan untuk menjelaskan masalah-masalah falsafah. FB adalah nama untuk satu subject matter dalam falsafah manakala FL adalah nama untuk satu kaedah dalam falsafah.(hal. 911)

Bidang Kajian Falsafah Bahasa


Kebanyakan ahli falsafah berpendapat bahawa perkara yang mula-mula dikaji dalam falsafah bahasa ialah bidang pemaknaan (semantik). Kemudian dikaji pula tentang hakikat pengetahuan (epistemologi), persoalan nilai (etika), aspek keindahan (estetika), budaya dan sosial (antropologi dan sosiologi), alam jagat raya atau kosmos manusia (kosmologi), hakikat kewujudan (ontologi), dan tentang alam zahir dan ghaib (metafizik).

Hakikat Pengetahuan
Pengetahuan bermaksud keadaan tahu,iaitu hasil pekerjaan mengenali, menyedari, menginsafi, mengerti, dan menurani. 1.Pengetahuan indera yang diperoleh melalui kerja anggota pancaindera iaitu melihat, mengecapi, mendengar, membaui, dan meraba atau merasa. 2.Pengetahuan ilmu hasil penyelidikan, pengamatan dan penganalisisan terhadap pengetahuan pancaindera, untuk lebih mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di sebalik yang nyata secara zahiriah.

3. Pengetahuan falsafah terhasil sebagai persambungan daripada pengetahuan ilmu/sains dengan cara merumuskan sesuatu secara sejagat dan hakikat,daripada asal permulaan kepada pengakhiran, daripada serpihan kepada keseluruhan dan daripada zahir kepada batin.

Bahasa, Pemikiran Dan Alam


Bahasa adalah lambang yang berbrntuk bunyi dan boleh menjadi kenderaan pembawa segala fikiran yang abstrak dan pengetahuan konsepsi manusia.

Unit 2

Bahasa dan Fikiran


Fikiran merupakan kandungan bahasa (content of language) dan bahasa sebagai wahana fikiran (vehicle of thought). (hal. 17) Ini bermaksud bahasa sebagai alat untuk menyampaikan buah fikiran. Oleh itu, dalam proses berfikir, mungkin banyak menggunakan bahasa, mungkin sedikit menggunakan bahasa atau langsung tidak menggunakan bahasa.

Proses Berfikir dan Bahasa


Berfikir Berfikir Berfikir Berfikir Berfikir Berfikir secara autistik. secara mengingat kembali. secara imaginasi. secara memberi perhatian. sebagai satu kepercayaan. secara mendalam. (hal.19-21)

Bahasa dan Alam Nyata


Ahli falsafah bahasa seperti Whorf menyatakan realiti kewujudan manusia sebenarnya adalah bahasanya. (hal. 25)
Bahasa -> realiti Perkataan -> benda Realiti berlapis-lapis dan berperingkatperingkat seperti bulatan sepusat (concentric circle). (hal. 26)

Bahasa dan Perkembangan Pemikiran


Ahli psikologi fikiran boleh dihasilkan tanpa bahasa. Ahli psikolinguistik fikiran dan bahasa tidak dapat dipisahkan. Ahli perkembangan bahasa kanak-kanak pemerolehan bahasa kanak-kanak terletak pada development psychology.

Hipotesis Kognisi pemerolehan bahasa dapat dijelaskan berdasarkan fikiran dan proses kebahasaan sebenar.

Bahasa Dan Pengelihatan Dunia Penutur


Pengelihatan dunia bermaksud kemampuan manusia
melakukan persepsi terhadap alam nyata dan di samping itu menimbulkan apa yang dipersepsikan dalam konsep-konsep yang diwujudkan oleh bahasa.(hal. 33) Unsur-unsur bahasa yang menjadi teropong pengelihatan dunia penutur tidak terbatas kepada perbendaharaan kata tetapi juga meliputi unsurunsur nahu. (hal. 38)

Unit 3

Kategori genus; Bahasa Melayu (tiada),Bahasa Arab dan Inggeris (ada). (hal. 38-41) Tindak balas terhadap penggunaan kata, ungkapan atau ayat. (hal. 42) Sifat interaksi dalam permintaan. (hal. 43)

Sifat Kesejagatan Bahasa


Benjamin L. Whorf mengatakan bahawa ada sesuatu kesejagatan dalam bahasabahasa asli manusia. Sifat kesejagatan dilihat melalui ciri persamaan antara bahasa.
Dari segi binaan perkataan, semua bahasa mempunyai unsur asas perkataan, iaitu morfem.

Semua bahasa juga mempunyai golongan kata asas, kata nama, kata kerja, kata sifat dan sebagainya. Semua bahasa manusia mempunyai tiga bunyi yang umum,iaitu vokal, konsonan, dan diftong. Semua bahasa mempunyai unsur perkataan dalam ayat dan dikategorikan kepada subjek, predikat, dan objek ayat.

Sifat Khusus Bahasa


Ciri-ciri perbezaan mewujudkan sifat khusus atau partikular antara bahasa.
Dalam sistem bunyi, julat atau range bunyi-bunyi vokal, konsonan, dan diftong berbeza. Urutan bunyi-bunyi dan ciriciri koartikulasinya juga berbeza.

Dari segi pembentukan kata, ada bahasa yang bersifat isolatif (kata akar sahaja), aglutinatif (menggunakan penambahan) dan infleksi (menggunakan penambahan dan perubahan dalaman).
Dari segi sintaksis ada bahasa dalam tipologi SVO (subject-verb-object), SOV, dan VSO. (hal. 43-45)

Sifat Transendental Bahasa


Sifat transendental adalah sifat bahasa untuk tujuan perhubungan dengan alam ghaib atau tinggi yang merentasi alam nyata.
Terdapat perhubungan antara Allah yang ghaib dengan manusia yang zahir. Yang ghaib tidak diliputi oleh ruang dan masa sedangkan bahasa manusia ada ruang (gelombang bunyi dan tulisan) dan masa (waktu pengujarannya).