Anda di halaman 1dari 5

S.K Aru Baru, 98850 Lawas, Sarawak.

KERTAS KERJA
PRO KASIH
PROGRAM ORIENTASI KAMAR SINAR HARAPAN 2014

S.K ARU BARU, 98850 LAWAS, SARAWAK. -------------------------------------------------------------------------------------------------

KERTAS KERJA PROGRAM ORIENTASI KAMAR SINAR HARAPAN


PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.Justeru,setiap segala yang diatur,disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Sehubungan dengan itu,bagi merealisasikan hasrat ini,satu bentuk perancangan yang baik,tersusun,terarah,bermatlamat dan bermakna perlu direncanakan.Perancangan Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap satu.Perancangan stategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini. Program Pemulihan Khas ialah satu usaha untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kelas Pemulihan Khas dikendalikan oleh guruguru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Pada tahun 2010, Guru Khas Pemulihan telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid Linus tegar yang tidak melepasi Konstruk 1 & 2.

TUJUAN Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan pihak sekolah untuk mengadakan majlis perjumpaan ibu bapa/penjaga LINUS dan Pemulihan Khas.

MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2014 kecuali murid berkeperluan khas.

OBJEKTIF PENDIDIKAN NKRA Objektif Program Literasi Pada akhir Program Literasi murid berupaya: i. ii. iii. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan.

Objektif Program Numerasi: Pada akhir Program Numerasi murid berupaya: i. ii. iii. iv. v. membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga angka 1000 membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan.

SASARAN Murid tahap 1 yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas TEMPOH Mac November 2014 (Sepanjang Tahun mengikut Plan Taktikal)

OBJEKTIF PROGRAM IBU BAPA 1. Memberi pengenalan & pemahaman mengenai program LINUS & Pemulihan Khas 2. Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam menghapuskan buta 3M tahap 1 pada 2014. membantu pihak sekolah untuk

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM Tarikh Hari Tempat : 29 Januari 2014 : Rabu : Makmal Komputer

SENARAI PENCERAMAH 1. ( Penolong PPD Pendidikan Khas) 2. ( Fasi LINUS) TENTATIF PROGRAM MASA 9.00 pg 9.15 pg 9.20 pg 9.25 pg 9.45 pg 10.45 pg 11.00 pg 11.305 pg AKTIVITI Pendaftaran Ibu Bapa Ucapan pengerusi Bacaan Doa Ucapan Tuan Guru Besar Taklimat Fasilinus mengenai LINUS & Pemulihan Khas Sesi soal jawab Jamuan Ringan Bersurai

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS


Penaung Timbalan Penasihat 1 Penasihat 2 Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Pengacara AJK Brosur AJK Siaraya & peralatan AJK Makanan AJK Backdrop AJK Pendaftaran AJK Bilik Taklimat Juru Foto : En Awg. Morni Bin Haji Muda (Guru Besar) : Pn. Hjh Dayang Aton Binti Haji Jamadil (Penolong Kanan 1) : Pn Siti Rabaah Binti Rosli (Penolong Kanan HEM) : En Idris Bin Haji Assan (Penolong Kanan Kokurikulum) : En. Zakhiruddin Bin Zainol : Ustaz Mohd. Hanif Bin Hashim : En. Jhowiezacheus John : Ustazah Rabiatul Adawiyah Binti Rafihi : Ustazah Maizatul Akma Binti Abdullah : En. Awang Hamdani Bin Haji Awang Omar : Pn. Dayangku Sarabiah Binti Pangiran Matahir : Cik Rachel Anak Ugas : Pn. Melissa Ann Anak Welling : Ustazah Wan Rohani Binti Wan Jusoh : Ustaz Nurul Amin Bin Mustakim

ANGGARAN KEWANGAN Bil 1 2 3 Perkara Backdrop Jamuan Cenderahati Penceramah JUMLAH Kos & Bil 1 x RM50.00 30x RM2.00 2x RM10 Jumlah (RM) 50.00 60.00 20.00 130.00 Sumber Panatia BM PIBG Panatia MT

SUMBER KEWANGAN 1) Panitia Bahasa Malaysia 2) Panitia Matematik 3) PIBG KEPERLUAN PERALATAN
1) LCD - mohon pinjaman daripada bilik komputer

2) Skrin Projektor - mohon pinjaman daripada bilik komputer

PENUTUP Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan untuk membanteras masalah 3M di sekolah dan sekaligus menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah
literasi dan numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak didahulukan dengan ribuan terima kasih.

Disediakan Oleh, ................................... (JHOWIEZACHEUS JOHN) Setiausaha PRO KASIH, S.K Aru Baru.

Disemak Oleh, ................................... (ZAKHIRUDDIN BIN ZAINOL) Pengerusi, S.K Aru Baru.

Disahkan Oleh, ................................... (AWG. MORNI B. HJ.MUDA) Guru Besar, S.K Aru Baru.