Anda di halaman 1dari 22

PERKEMBANGAN KEROHANIAN DAN MORAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH (PRA3108)

FOKUS PENDIDIKAN ISLAM


Fokus Pendidikan Islam merangkumi empat konteks: a)Keimanan b)Kemanusiaan c)Ketatanegaraan d)kemasyakatan

KEIMANAN
Apakah takrifan iman ? Iman adalah yang dibenarkan(diyakinkan) di hati, diikrarkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan. Ertinya: Apabila seseorang telah beriman, dia hendaklah percaya dan yakin dalam hatinya, mengaku dengan lidahnya dan terus beramal dengan apa yang telah diyakini.

Orang ditahap iman ilmu, mereka telah mempelajari akan kesemua rukun iman yang enam iaitu : 1. Percaya kepada Allah 2. Percaya kepada malaikat 3. Percaya kepada kitab-kitab 4. Percaya kepada Nabi-nabi 5. Percaya kepada Hari Qiamat 6. Percaya kepada Qadha & Qadar Allah.

Iman merupakan asas kepada segala ibadah bahkan asas segala kebaikan. Kanak-kanak sebaik saja dapat memahami mesti diajar asas-asas iman, rukun-rukun agama dan prinsip syariat Islam. Kanak-kanak mesti diajar kefahaman jelas tentang Islam, diajar mengenal Tuhan dan Rasul diajar supaya menerima Islam sebagai satu-satunya agama yang benar dan sistem kehidupan yang dapat menjamin kebahagian dan kesempurnaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

KEMANUSIAAN
Dalam tahap pendidikan pada awal usia, anak perlu dibelai, ditatang serta diasuh dengan penuh kasih sayang, bukannya dengan kekerasan yang hanya akan menyebabkan anak semakin liar dan nakal. Ibu bapa perlu mempunyai sifat kasihan belas dalam proses pendidikan anak. Jika mereka melakukan kesalahan, hendaklah ditegur dan betulkan dengan kasih sayang, bukan memukul dengan kekerasan.

KETATANEGARAAN
Bertujuan untuk melahirkan murid yg beragama islam yang mempunyai cita-cita yg tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri dan keluarga serta menyumbang kpd asas kemajuan masyarakat dan negara. Selain dari itu, pendidikan islam juga dapat menyumbangkan ke arah melahirkan murid islam yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, bertanggungjawab, bertakwa dan beramal soleh.

CONTOH AKTIVITI KETATANEGARAAN


Kita sbg rakyat Malaysia hdklah menghormati pemimpin negara. Salah satu cara utk menerapkan perasaan menghormati pemimpin dalam kalangan kanak-kanak Iaitu: 1) guru menerangkan cara menghormati guru besar, ketua kelas, guru dan pembantu guru. 2) Bercerita tentang tokoh kanak2 yg dianugerahkan Pingat Hang Tuah . 3) Bercerita tentang cara meningkatkan semangat bermasyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Seperti bergotong-royong membersihkan tadika.

KEMASYARAKATAN
Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan seterusnya negara. Masyarakat beragama Islam wajib tunduk kepada semua peruntukan hukum Islam. Kewajipan ini ditentukan oleh dua faktor:i. Kewajipan terhadap Allah S.W.T. apabila ia mengumumkan Islam sebagai agamanya (tanggungjawab 'aqidah atau agama). ii. Tanggungjawab kepada pemerintah yang mengambil sistem perundangan Islam sebagai dasar pemerintahan negara (tanggungjawab politik).

PENERAPAN KEROHANIAN
Penerapan kerohanian dapat dilakukan melalui: a)Ilmu b)Kemahiran c)Amali d)Pembudayaan

PENERAPAN KEROHANIAN MELALUI ILMU ilmu rohani


Ilmu rohaniah atau ilmu rohani adalah ilmu mengenai roh. Yakni ia mengkaji, memerhati, mengesan dan menilai tentang perjalanan roh. Perkataan rohaniah itu berasal dari perkataan ruhun. Roh terbahagia kepada dua iaitu: Ruhul hayah Ruhul tamyiz

RUHUL HAYAH
Ruhul hayah terdapat pada semua makhluk termasuk manusia, jin, malaikat, binatang dan setiap benda yang bernyawa. Mengikut kajian ahli biologi atau para saintis, batang kayu juga ada roh. Begitu juga pada semua jamadat (benda mati) seperti batu, kayu dan sebagainya

RUHUL TAMYIZ
Ruhul tamyiz (ruhul amri) lebih dikenali sebagai akal. Ia tidak ada pada binatang tetapi hanya ada pada manusia, malaikat dan jin. Dengan adanya roh tamyiz inilah maka malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk yangmukalaf. Yakni mereka dipertanggungjawabkan untuk mendirikan syariat. Mereka memikul beban untuk mendirikan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangan-Nya Sebaliknya roh tamyiz atau ruhul amri itu tidak ada pada binatang. Binatang hanya ada ruhul hayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki roh yang memungkinkan seseorang atau binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadiroh tamyiz ini tidak ada pada binatang dan seluruh jamadat. Oleh kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan mendirikan syariat. Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah larang dari Allah SWT.

PENERAPAN KEROHANIAN MELALUI KEMAHIRAN


Pendidikan kerohanian adalah satu jalan yang dibentuk oleh guru untuk menolong para pelajar supaya mereka lebih maju dalam pendidikan dan kemahiran-kemahiran tertentu melalui pelbagai aktiviti. Kemahiran membaca, memahami, menghayati, menghafaz ayat-ayat Al-Quran dan mengamalkan isi kandungan dalam amalan kehidupan seharian merupakan objektif dalam Pendidikan Islam. Melalui kemahiran membaca Al-Quran, unsur kerohanian yang baik dapat diterapkan dalam diri pelajar.

Kemahiran Insaniah: kemahiran mengawal serta memantapkan diri dalam urusan peribadi serta perhubungan dengan rakanrakan yang lain. Berhubung rapat dengan sifat kerohanian seseorang murid yang mementingkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

kemahiran mengawal serta memantapkan diri


Refleksi diri merenungi kembali setiap tindakan yg dilakukan. Toleransi penting dalam merapatkan lagi tali persahabatan antara rakan Keikhlasan dan kejujuran diri memerlukan kita amanah, tidak berbohong dan sanggup membantu rakan-rakan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

PENERAPAN KEROHANIAN MELALUI AMALI


Antara amali yang boleh diajar atau diterapkan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah ialah: a) Puasa b) Membaca doa sebelum dan selepas makan c) Cara mengambil wuduk d) Solat e) Memberi salam f) Menghormati orang yang lebih tua

PUASA
Mengajar kanak-kanak prasekolah membaca niat dengan betul Menerangkan apa itu puasa Menerangkan kelebihan berpuasa Perkara yang dilarang semasa berpuasa

MEMBACA DOA
Menerangkan perkara yang perlu dilakukan sebelum makan Mengajar doa sebelum makan Menerangkan adab-adab ketika makan Mengajar doa selepas makan

CARA BERWUDUK
Memberitahu niat sebelum berwuduk Anggota badan yang terlibat Cara mengambil wuduk dengan betul

MENUNAIKAN SOLAT

Menerangkan apa itu solat Niat di dalam solat Cara melakukan solat Kelebihan menunaikan solat Hukum meninggalkan solat

PUASA
Memberi salam ketika masuk ke dalam kelas Memberi salam ketika masuk ke dalam rumah Memberi salam kepada orang yang lebih tua Kebaikan memberi salam

MEMBACA DOA
Semasa berjalan di hadapan orang yang lebih tua, perlu menundukkan muka dan badan sedikit sebagai tanda hormat Tidak meninggikan suara semasa bercakap dan menggunakan bahasa yang sopan Salam dan cium tangan ibu bapa sebelum pergi ke sekolah Salam dan cium tangan guru sebelum pulang ke rumah

PENERAPAN KEROHANIAN MELALUI PEMBUDAYAAN


Proses atau cara membudayakan sesuatu (pemikiran, ilmu, dan lain-lain) penerapan nilai murni boleh disepadukan melalui: Secara pertuturan Secara perlakuan Secara teladan Secara isyarat Secara kefahaman Secara interpretasi Secara konteksual

Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri:
Percaya dan patuh kepada tuhan Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.