Anda di halaman 1dari 7

KESAN NEGATIF DAN POSITIF Pertama, amalan pengajaran dan pembelajaran secara koperatif dapat melahirkan persekitaran bilik

darjah yang mesra budaya. Ini jelas kerana murid-murid akan lebih memahami dan menghormati antara satu sama lain serta budaya mereka. Kesan daripada pembelajaran koperatif ini merupakan satu imlikasi positif terhadap murid mahupun guru. Namun,melalui aktiviti pengajaran koperatif, mereka akan didedahkan kepada pelbagai pendapat daripada murid yang berbeza etnik serta melakukan perkongsian ilmu tentang budaya dan kepercayaan masing-masing. Kemungkinan besar, melalui pengajaran koperatif ini mampu mendatangkan kesan negatif hanya apabila muridmurid menimbulkan kekecohan. Contohnya, jika sebuah kelas terdiri daripada murid berbangsa Melayu keseluruhannya dan pada sesi pembelajaran ketika itu guru melakukan perbincangan tentang topik budaya kaum Melayu dan kaum lain serta meminta pendapat daripada mereka, sudah pastinya murid-murid akan memberikan pendapat yang bersifat etnosentrisme dan terdapat unsur-unsur prejudis dan diskriminasi terhadap kaum lain. Begitu juga situasi yang sama akan berlaku di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Akan tetapi, di dalam kelas yang terdiri daripada pelbagai kaum, setiap murid akan memberikan pendapat serta penerangan tentang budaya masing-masing berdasarkan cara hidup yang diamalkan mereka. Guru memainkan peranan dengan menggalakkan perkongsian ilmu dikalangan murid-murid tersebut supaya unsurunsur stereotaip dan prejudis dapat dihindari selain mempromosikan persekitaran yang mesra budaya tanpa ada sebarang sekatan dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Seterusnya ialah nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak ansur, berlaku adil dan hormat menghormati merupakan elemen-elemen penting dalam membina hubungan sosial di dalam sebuah masyarakat majmuk. Amalan nilai-nilai murni seperti ini sekiranya diterapkan oleh guru kepada murid-muridnya maka secara tidak langsung akan melatih dan membentuk mereka bermula di bangku persekolahan supaya dewasa kelak mereka menjadi generasi masyarakat yang hidup dengan

teratur dan mengamalkan norma-norma kehidupan sosial yang aman dan bersatupadu seperti yang dapat dihasilkan pada hari ini. John Dewey (1952, dipetik daripada Choong Lean Keow, 2008 : 155 telah menyatakan pendapatnya yang berbunyi seperti berikut, Pendidikan tidak seharusnya tamat apabila individu meninggalkan bangku sekolah; ia seelok-eloknya berlaku sepanjang hayat seseorang individu demi perkembangan yang berterusan. Melalui pendapat beliau, jelas sekali bahawa penerapan nilai-nilai harus dilakukan di peringkat akar umbi dan ia seharusnya dibawa ke peringkat seterusnya sehingga akhir hayat untuk memastikan

Implikasi yang terakhir ialah penggunaan bahasa standard seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah satu amalan pedagogi yang sememangnya mesra budaya serta memenuhi salah satu tujuan pendidikan kebangsaan iaitu perpaduan. Sememangnya, bahasa memainkan peranan dalam mengeratkan hubungan antara kaum. Bahasa merupakan aspek utama untuk berkomunikasi dalam masyarakat. Namun, keadaan akan menjadi sebaliknya jika setiap kaum masih berdegil mahukan sistem pendidikan sendiri seperti orang Melayu belajar di sekolah Melayu menggunakan bahasa Melayu, orang Cina di sekolah Cina dengan bahasa Mandarin dan orang India di sekolah Tamil dengan bahasa Tamil. Shamsul Amri Baharuddin (2007 : 136) memberikan kenyataan berikut, Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan untuk memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Keadaan ini menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama. Jelas, ini mampu dijadikan pengukur untuk menilai persekitaran bilik darjah yang mesra budaya melalui amalan penggunaan bahasa yang standard dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mahupun pergaulan harian di sekolah yang berkesan dalam memupuk integrasi. Murid-murid pelbagai kaum dapat memahami input pengajaran yang disampaikan oleh guru selain merapatkan jurang hubungan antara guru dengan

murid dan hubungan di antara murid dengan murid. Selain itu, seperti yang dinyatakan oleh Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010 : 57), Penggunaan bahasa yang standard akan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahasa yang difahami semua seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris juga bersifat adil kepada setiap murid tanpa mengira kaum.

Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang berlaku terhadap anak didik. Perancangan dan kaedah perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang diperuntukan, menepati kehendak objektif dan matlamat, berkesan sepanjang waktu pengajaran dan menarik perhatian dan tidak membosankan lebih-lebih lagi kelas yang mempunyai murid-murid dari pelbagai latar belakang, kaum dan agama contohnya orang Melayu, Cina, India dan Sikh. Persekitaran yang mesra budaya perlu diwujudkan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, tenteram dan berkesan kepada semua murid. Antara langkah atau tindakan yang sesuai bagi guru semasa pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan dapat meningkatkan tahap persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ialah melalui pengajaran berasaskan teori kontekstual. Guru memilih bahan, merancang pengajaran yang bersesuaian dengan konteks kepelbagaian budaya dan murid-murid akan dapat mengaitkan bahan-bahan tersebut kepada realiti kehidupan hari ini. Sebagai contohnya guru boleh menyediakan permainan bahasa, kuiz dan sebagainya bagi mewujudkan kelas yang mesra budaya di mana murid-murid dapat bertukar-tukar maklumat tentang sebutan sesuatu perkara dalam bahasa mereka sendiri. Contohnya sebutan apa khabar, orang Melayu menyebut apa khabar, orang Cina menyebut ni hao ma dan orang India menyebut wanekem. Secara tidak langsung, murid akan bersemangat seterusnya membuat perkaitan di antara ilmu pengetahuan dan pengaplikasiannya kepada budaya kehidupan mereka sebagai ahli dalam sesebuah keluarga, masyarakat dan rakyat. Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010 : 117) menyatakan kontekstual penting kerana mengaitkan pembelajaran kepada reality kehidupan. Melalui petikan ini,

dapat kita rumuskan bahawa pengajaran secara kontekstual adalah berkesan dalam meningkatkan tahap persekitaran bilik darjah yang mesra budaya yang mana ia mampu mempengaruhi kehidupan harian murid dengan ilmu yang disampaikan. Cadangan kedua pula adalah dengan menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran atau lebih dikenali sebagai E-pembelajaran. Dalam zaman globalisasi serba canggih ini yang mana sistem telekomunikasi dan internet berkembang pesat, banyak maklumat dalam pelbagai bidang ilmu kini mudah diperolehi. Berbekalkan sebuah computer dan sambungan internet, seseorang dapat mencari pelbagai jenis ilmu termasuklah para guru. Ciri fleksibiliti kognitif yang terdapat pada Internet melalui laman - laman web dapat menjelaskan sesuatu konsep daripada pelbagai sudut dan pendekatan. Menerusi kemudahan multimedia yang terdiri daripada animasi, bunyi, grafik, warna, dimensi 2D dan 3D, beberapa konsep dan fenomena dapat dijelaskan untuk memudahkan kefahaman, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar yang berpencapaian rendah.

Abd Rahim Abd Rashid (2005 : 91) memberikan contoh penggunaan internet dalam pedagogi yang relevan dengan kepelbagaian sosio-budaya masyarakat di negara kita seperti Penerbitan Elektronik (Electronic Publishing). Beliau

menyatakan bahawa internet menyediakan peluang untuk sesiapa pun menerbitkan sesuatu di ruang siber. ruang percuma diberikan untuk membolehkan pelajar dan guru membina laman web bagi meletakkan bahan untuk diterbitkan. Contohnya, hasil kerja pelajar samada untuk kajian Sains atau eksperimen boleh diterbitkan di ruang siber lengkap dengan teks, rajah, gambar untuk dibaca oleh masyarakat seluruh dunia. Seandainya murid berbilang kaum diletakkan dalam satu kumpulan seperti contoh di atas, dan hasil kerja mereka diterbitkan di ruang siber, langkah ini bukan sahaja dapat memupuk integrasi di kalangan murid-murid malah akan berlakunya proses interaksi budaya ke seluruh dunia merentasi agama, bangsa dan negara.

Cadangan ketiga ialah guru perlu banyak menggalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut teori kecerdasan pelbagai yang diciptakan oleh Howard Gardner. Dalam konteks kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia amnya dan murid-murid di sekolah khususnya, kecerdasan pelbagai yang harus guru tekankan ialah apa yang dikatakan dengan kecerdasan interpersonal.

Abd Rahim Abd Rashid (2005 : 121) menyatakan bahawa guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan murid-murid menggunakan kemahiran secara interpersonal seperti kemahiran berkomunikasi verbal dan bukan verbal atau menekankan kepada murid tentang sikap bekerjasama dalam sebuah kumpulan. Secara tidak langsung, pengajaran dan pembelajaran ini mampu menarik penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh . Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira bangsa memberi penyumbang kepada kewujudan kelas yang mesra budaya di mana muridmurid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif mengikut kehendak mereka sendiri dengan bantuan guru sebagai pemantau, fasilitator dan penilai. Cadangan keempat ialah guru perlu mewujudkan bilik darjah pelbagai tugasan (multi-task) untuk meningkatkan tahap persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Menurut Sharifah Md Nor (2000 : 72 ),melalui kewujudan bilik darjah pelbagai tugas, keberkesanan yang tinggi diperolehi bagi mewujudkan iklim bekerjasama yang seterusnya melahirkan interaksi sosial yang membolehkan pelajar bekerja dengan rakan yang berbeza latar belakang dan kebolehan tetapi mempunyai minat yang sama. Selain itu, untuk melahirkan sikap kerjasama dalam sesebuah kumpulan ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran pembelajaran secara kooperatif boleh dilaksanakan. Melalui kaedah ini, guru menjadi pemantau dan fasilitator kepada murid dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di mana semua murid tanpa mengira latar belakang, bangsa dan budaya dapat disatukan dalam satu kelas dan dapat menjalani proses pembelajaran dengan sempurna. Hal ini dapat mengurangkan jurang perbezaan antara murid yang berlainan bangsa dan budaya.

Selain itu, melalui pembelajaran kooperatif murid-murid disusun dalam satu kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai murid yang berbeza latar belakang, bangsa dan agama. Kaedah yang digunakan ini dapat menambah minat murid-murid dalam aktiviti pembelajaran di mana setiap murid dapat berkomunikasi sesama mereka dan mereka juga dapat berbincang tentang hal -hal yang melibatkan asal usul bangsa mereka. Oleh itu, perpaduan antara murid tanpa mengira latar belakang, bangsa, agama dapat direalisasikan dengan jayanya.

Disamping itu, hubungan antara guru dan murid mestilah berbentuk dua hala tanpa ada sekatan mengikut batas budaya dan kaum. Guru juga perlu mengajar murid untuk menghargai murid lain melalui perasaan empati tanpa sedikit pun tersimpan rasa diskriminasi. Dari aspek kawalan kelas pula, keadaan menjadi lebih tertutup (private). Oleh yang demikian, persaingan antara individu dalam bilik darjah akan berkurangan tetapi ini akan menggalakkan lebih banyak kerjasama antara ahli kumpulan yang melakukan sesuatu tugasan dengan minat bersama.

Sebagai

kesimpulannya,

kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

berkesan akan memberi kesan positif kepada perkembangan nilai murni, perpaduan dan kerjasama antara murid tanpa mengira bangsa justeru ia menjadi menyumbang utama dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budaya.

Anda mungkin juga menyukai