Anda di halaman 1dari 20

EDU 31O3: Murid dan Alam Belajar

(Konsep Pengajaran dan Pembelajaran)


Chan Yee Teng Chung Zin Pei Lee Xin Hui

Definisi Pengajaran

Tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan murid.

Membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar.

Dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai.

Melibatkan guru dan murid

Guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar

Ciri-ciri Pengajaran

Hanya bermakna apabila ada pembelajaran Melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman

Melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau simbol

Ciri-ciri Pengajaran

Berkaitan dengan tugasan dan pencapaian

Meliputi rancangan mengajar

Proses yang melibatkan interaksi dua hala

Mempunyai unsur sains dan seni

Boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan gurumurid serta berpusatkan sumber

Definisi Pembelajaran

Proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran

perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. -Robert M. Gagne (1970) The Condition of Learning.

Perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.- Woolfolk (1980) Educational Psychology for Teachers

Ciri-ciri Pembelajaran

Satu proses yang berterusan

Secara formal dan tak formal Secara formal melalui sekolah membaca, menulis & mengira dan sebagainya Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran

Mempunyai teoriteori atau mazhab pembelajaran Empat mazhab pembelajaran utama behavioris, kognitif, sosial dan humanis

Implikasi Proses Pembelajaran Gagne terhadap Pengajaran


Menarik perhatian Maklum pelajar tentang objektif Merangsang ingatan kembali pengetahuan sedia ada Mengemukakan bahan rangsangan

Memberikan bimbingan pembelajaran


Mengalakkan perlakuan Memberikan maklum balas tentang prestasi Menilai prestasi Merangsang penyimpanan dan pemindahan

a) Menarik perhatian Guru menarik perhatian pelajar dengan mengarah pelajar kepada topik pengajaran. Cara: merangsang naluri ingin tahu pelajar, memotivasi pelajar, memberikan cabaran, menggunakan anekdot, teka-teki, humor dan gambar untuk menarik perhatian pelajar.
b) Maklum pelajar tentang objektif Pelajar lebih bersedia dan mempunyai pemikiran yang perlu untuk pelajaran. Menggalakkan proses dalaman yang memotivasi pelajar untuk menyempurnakan pelajaran.

c) Merangsang ingatan kembali terhadap pengetahuan sedia ada Guru menggunakan pelbagai cara untuk memperoleh maklumat tentang pengetahuan sedia ada pelajar sebelum proses P&P. Cara: Ujian pra atau soalan yang mencungkil pengetahuan. Membantu guru memulakan pelajaran daripada perkara yang diketahui kepada yang tidak diketahui. d) Kemukakan kandungan Kandungan perlu dikelompokkan dan diorganisasikan secara sistematik sebelum diterang dan didemonstrasi.

e) Membimbing pembelajaran Bimbingan tambahan perlu diberikan untuk membantu pelajar mengekod maklumat dalam ingatan jangka panjang. f) Melaksanakan perlakuan Memberikan peluang untuk mengesahkan bahawa pelajar menguasai pengetahuan yang betul dan ulangan ini memanjangkan jangka masa penyimpanan pengetahuan.

g) Memberikan maklum balas Memberikan kepastian kepada pelajar. h) Menilai perlakuan dan prestasi Pembelajaran diakhiri dengan memberikan ujian pos atau pentaksiran akhir untuk menilai penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang diajar. i) Merangsang ingatan dan pemindahan pembelajaran Menambah baik pemahaman pelajar terhadap pembelajaran yang telah dikuasai.

Prinsip-prinsip Pembelajaran

Penglibatan Secara Aktif

Refleksi

Perkaitan & Corak

Suasana Yang Menyeronokkan

Prinsip

Pembelajaran Informal

Maklum Balas Berterusan

Pengalaman Langsung
Situasi Mendesak

Kemahiran intelek

Sikap

Maklumat Verbal

Kemahiran Psikomotor

Strategi kognitif

Gagne telah mengenal pasti 8 jenis pembelajaran iaitu: -Pembelajaran isyarat. -Pembelajaran rangsangan gerak balas -Rangkaian. -Pertalian berbahasa. -Pembelajaran diskriminasi. -Pembelajaran konsep -Pembelajaran hukum -Penyelesaian masalah

Pembelajaran isyarat.
Jenis pembelajaran ini merupakan yang paling mudah. Ia lebih merupakan perubahan tingkah laku yang di sebabkan oleh pengaruh kebiasaan. Pembelajaran isyarat ini banyak menggunakan akal fikiran.

Pembelajaran ransangan gerak balas


Pembelajaran ransangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini bermakna pujian dan ganjaran perlu diberikan bagi tingkahlaku yang diingati

Rangkaian Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan di antara satu sama lain untuk melengkapi satu tugasan yang dijalankan

Pertalian berbahasa Pertalian berbahasa merupakan suatu rangkaian berbahasa yang berlaku apabila pelajar menghubungkaitkan apa yang di lihat dengan nama objek secara menyebutnya

Pembelajaran konsep Pembelajaran mudah mesti telah terjadi sebagai prasyarat. Sebagai contoh dalam memperkenalkan konsep bulatan, guru telah menyebutkan perkataan bulatan secara ransangan gerak balas. Seterusnya pelajar akan belajar membuat diskriminasi antara bulatan dengan objek lain seperti segi empat sama

Pembelajaran hukum
Merupakan pembelajaran yang kompleks kerana melibatkan pembelajran kompleks, rangkaian, dan pertalian bahsa.

Penyelesaian masalah
Pembelajaran penyelesaian masalah dianggap satu jenis pembelajaran peringkat tinggi dan kompleks. Penyelesaian masalah melibatkan pemilihan dan set-set urutan petua yang unik kepada pelajar yang mana akan menghasilkan set petua yang lebih tinggi.

Pembelajaran diskriminasi
Pembelajaran ini berlaku apabila pelajar dapat memilih gerak balas yang sesuai untuk bertindak balas bagi menghasilkan sesuatu

Sesi Soal Jawab


Apakah maksud standard tinggi terhadap tingkah laku pelajar di dalam atau luar bilik darjah? Jika seorang individu tanpa bimbingan mentor mendapat informasi yang salah dalam pembelajaran, adakah keadaan ini dikira sebagai pembelajaran informal? Apakah jenis pembelajaran yang sesuai untuk kanakkanak istimewa? Apakah cara untuk menggalakkan penglibatan aktif murid yang pasif dalam kelas? Apakah tindakan selepas guru membuat refleksi terhadap prestasi pelajar-pelajar yang kurang memuaskan?