Anda di halaman 1dari 1

IBU SAYA

Saya mempunyai seorang ibu kesayangan. Ibu saya bernama Tan Li Ping dan berumur 40 tahun. Dia merupakan seorang wanita yang cerdik lagi cantik. Ibu sangat sayang akan kami sekeluarga dan mengurus rumah tangga dengan penuh tanggungjawab. Ibu saya seorang suri rumah tangga yang penyayang dan bertanggungjawab. Dia sibuk membuat kerja rumah dan menjaga kami adikberadik di rumah. Selain itu, dia amat mementingkan pelajaran kami. Dia sering membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami adik-beradik semasa kami menghadapi masalah dalam pelajaran. Ibu juga mengajar kami membaca pada setiap malam. Ibu saya juga pandai memasak. Masakan ibu sungguh sedap. Setiap hari, dia memasak makanan yang lazat kepada kami. Ibu saya akan menghidangkan makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk kami sekeluarga supaya dapat menyihatkan badan kami. Ibu saya mempunyai hobinya sendiri. Hobi ibu ialah menanam bunga. Pada waktu petang, ibu akan menyiram bunga yang ditanamnya di halaman rumah. Di samping itu, ibu saya seorang yang peramah, rajin dan baik hati. Apabila saya melakukan kesalahan, ibu akan menasihati saya dengan lemah lembut. Ibu berjasa kepada keluarga kami. Oleh itu, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibu.

Anda mungkin juga menyukai