Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI LONTAR PELURU

Jutaan terima kasih kepada Pn.Norhayati selaku pensyarah olahraga yang membimbing kami dengan seikhlas hati mengenai olahraga dalam pengajaran dan pembelajaran. Selama ini saya masih kabur dengan permainan ini walaupun saya pernah mengenali dan bermain dengan permainan ini.Hari ini saya sekali lagi didedahkan dengan permainan ini dan dapat mendalami teknik-teknik ini dengan lebih jelas lagi. Permainan lontar peluru ini mempunyai teknik-teknik tersendiri yang dibimbing oleh pensyarah yang peka dalam permainan ini.Dalam permainan saya dapat mengetahui bahawa lontar peluru adalah satu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam. Selain daripada itu asal usul lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera.Mengikut sejarah aktiviti melontar batu dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19.Peluru diperbuat daripada besi atau tembaga berat peluru adalah berbeza mengikut katogeri untuk murid sekolah rendah,peluru yang digunakan adalah seberat 2.72 Kg. Permainan lontar peluru juga ada peraturan asas lontar eluru iaitu : Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13 meter. Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan. Peluru mesti mendarat dalam sektor 40. Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas kayu penghadang berukuran 10 cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan. Pelontar boleh keluar dari bahagian belakang bulatan lontaran seperti peluru mendarat.

Selain daripada itu saya juga dapat mengetahui teknik-teknik ukuran gelanggang yang dikhaskan untuk lontar peluru yang mempunyai ukuran tertentu.Dengan ini saya amat bersyukur dapat mengetahui dan mendalami ilmu lontar peluru yang di bombing oleh Pensyarah Puan Nor Hayati Wasallam ..