Anda di halaman 1dari 3

Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif

pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-Quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajarpelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernakular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas batuk ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen (benovelent welfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenangwenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka. Pendidikan Melayu Sistem Pendidikan sudah pun wujud di Tanah Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah tetapi ianya adalah berbeza dengan apa yang diperkenalkan oleh kuasa penjajah Inggeris. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah, pendidikan di Tanah Melayu adalah berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajar-pelajar.

(Abdullah Sani & P. Kumar, 1990:1). Corak pendidikan yang ada pada masa itu ialah sistem pendidikan agama (Sekolah Pondok). Sekolah-sekolah pada ketika itu tidak menumpukan masa untuk mengajarkan pelajaran membaca, menulis dan mengira ataupun memberikan kemahiran-kemahiran pekerjaan, tetapi menumpukan masa kepada pengajaran agama. (Abu Zahari, 1980:6). Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat Melayu. Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru melayu dimulakan pada tahun 1878 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan. Kemudian penubuhan terhadap Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pada tahun 1935. Jelaslah di sini ,dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Orang-orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayu daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian. Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak melayu ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Dengan berilhamkan ajaran ajaran reformis dari Asia Barat seperti Muhamad Abduh sekolah Agama telah menjadi alternatif yang sesuai untuk mendapat pendidikan bagi masyarakat ketika itu. alternatif ini membekalkan kekuatan, semangat dan bimbingankepada muridnya untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan akibat daripada prosese sekularasi yang dianjurkan oleh institusi barat. Pendidikan Cina Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal sosial kaum pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an selaras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah,

Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undang pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini. Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, gurururu di sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina. Pendidikan Tamil Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagian besar kaum keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi. Oleh itu sekolah - sekolah Tamil yang didirikan di ladang - ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc iaitu sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar. Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya nya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,dan India.

Anda mungkin juga menyukai