Anda di halaman 1dari 25

INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN BESUT,

22200 BESUT, TERENGGANU

KERJA KURSUS PENDEK(KKP)

GEJALA BULI DALAM KALANGAN PELAJAR

NAMA : MUHAMAD IRFAN FAKHRULLAH BIN MOHAMAD


NOOR
NO.K/P: 911013-06-5119
KUMPULAN/UNIT:PPISMP(JULAI09)BAHASA MELAYU
NAMA MATAPELAJARAN: KB 1311D1 KEMAHIRAN BELAJAR
NAMA PENSYARAH: ENCIK RAZALI BIN SYAFIE
TARIKH HANTAR:10 SEPTEMBER 2009

1
ISI KANDUNGAN
Halaman Pengakuan.......................................................................................................3
SEKAPUR SIREH.........................................................................................................4
Pengenalan.....................................................................................................................5
Definisi Buli...................................................................................................................6
Pernyataan Masalah........................................................................................................7
Dapatan Kajian...............................................................................................................8
Persepsi Pelajar Tentang Perlakuan Buli di Sekolah.....................................................9
Kekerapan DiBuli dan Pengalaman Mangsa Buli........................................................10
Persepsi Guru Tentang Perlakuan Buli di Sekolah......................................................12
Siapakah yang sering membuli dan dibuli...................................................................13
Pembuli..................................................................................................................13
Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan
enam.Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.Melibatkan sekumpulan pelajar dan
biasanya usia mereka adalah sebaya.Membuli satu cara untuk
menghilangkan perasaan bosan di sekolah.Kejayaan membuli pelajar junior
akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.......13
Dibuli.......................................................................................................................13
Kenapakah mereka sering membuli?...........................................................................14
Adakah perempuan terlibat dalam perbuatan buli?......................................................17
Antara faktor perdana yang menyebabkan pelajar perempuan terlibat sama
dalam gejala buli ialah:.........................................................................................17
Pengaruh rakan sebaya.Misalnya, golongan-golongan kaya biasanya akan
mencaci dan mengejek golongan yang miskin.Hal ini kerana mereka
merasa hina dan malu bergaul dengan golongan miskin...............................17
Jenis-jenis buli..............................................................................................................18
Buli fizikal..............................................................................................................18
Buli mental........................................................................................................18
Kesan buli.....................................................................................................................19
Pembuli..............................................................................................................19
Kesan luaran:...................................................................................................19
Dibuli...................................................................................................................19
Cara-cara mengatasi masalah buli disekolah...............................................................20
Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?................................................20
Tahap sekolah..................................................................................................20
Cadangan......................................................................................................................27
Cadangan Untuk Kajian Akan Datang.........................................................................29
Bibliografi....................................................................................................................30
REFLEKSI...................................................................................................................31

2
Halaman Pengakuan

“Saya akui karya saya adalah hasil kerja saya sendiri kecuali beberapa hasil
nukilan dan ringkasan yang mana tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya”.

Tandangan : ………………………………

Nama penulis : ………………………………

Tarikh : ……………………………….

3
SEKAPUR SIREH
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi saya panjatkan kesyukuran
kerana dengan limpah kurnia dan hidayatNya dapatlah saya menyiapkan
tugasan yang diamanahkan ini dengan jayanya.

Tidak lupa juga saya ucapkan kepada pensyarah Kemahiran Belajar


bagi PPISMP unit bahasa Melayu semester 1 iaitu En Razali Bin Shafie
kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat dan juga bimbingan
yang terbaik kepada saya dan juga kawan-kawan sekelas dalam
menyempurnakan tugasan ini.

Selain itu, terima kasih ini juga kami tujukan kepada kedua ibu bapa
dan keluarga yang selama ini telah banyak memberikan semangat dan
dorongan kepada saya supaya menyiapkan sebarang tugasan yang diberikan
oleh para pensyarah.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang telah banyak


berkongsi ilmu pengetahuan, sudi menghulurkan sebarang kerjasama,
bantuan dan komitmen dengan seikhlas hati mereka dalam menyempurnakan
tugasan yang diberi ini dengan jayanya.

4
Pengenalan

Masalah buli dalam kalangan para pelajar.

Peningkatan jumlah kejadian jenayah yang dilakukan oleh pelajar


sekolah, seperti kes rogol, seks bebas, kumpulan samseng, buli dan bunuh
telah menimbulkan kebimbangan segenap lapisan masyarakat di seluruh
negara. Sayangnya kita sering melihat sebilangan pihak hanya bertindak
dengan menuding jari mencari siapa yang bersalah tanpa mengembeling
tenaga dan usaha bagi mencari formula dan tindakan untuk menyelesaikan
masalah ini. Ada yang menyalahkan ibu bapa kerana dianggap cuai mendidik
anak-anak mereka di rumah. Sering kali pula guru-guru dipersalahkan kerana
tidak dapat mendisiplinkan pelajar mereka di sekolah.
Bagi menangani masalah ini, kita perlu memahami apakah punca yang
menyebabkan perlakuan buli ini wujud di kalangan pelajar? Apakah
sebenarnya yang dikatakan `buli’? Adakah pihak sekolah menyedari
kewujudan masalah-masalah ini dan apakah langkah dan program intervensi
yang telah dijalankan oleh pihak sekolah bagi memastikan sekolah sebagai
tempat yang selamat untuk memastikan program pendidikan dapat berjalan
dengan lancar dan sempurna.Usaha yang bersepadu antara semua pihak
amat penting bagi mencari punca dan menyelesaikan kemelut ini daripada
merebak dan seterusnya menggagalkan hasrat dan aspirasi negara ini. Kajian
ini cuba untuk mencari apakah wujud tingkah laku buli, punca kewujudan
perlakuan buli, kategori perlakuan buli,persepsi guru dan pelajar terhadap
perlakuan buli di kalangan pelajar di sekolah menengah?

5
Definisi Buli
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan
atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak
langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati
mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli
bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau
psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia
bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan
harmoni.
Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan
yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa
serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

Pernyataan Masalah
Masalah buli memberi implikasi yang sangat besar terhadap emosi
pelajar dan keselamatan di sekolah. Buli dikenal pasti sebagai situasi
serangan suatu pihak di mana penyerang lebih berkuasa dan mangsa pula
jarang membalasnya atau merasa untuk membalas semula. Jenis perlakuan
buli sama ada secara langsung atau tidak langsung memberi impak negatif
kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar yang menjadi mangsa buli
dan juga kepada mereka yang terlibat dalam melakukan tingkah laku
ini.Persepsi yang tepat tentang akibat dan kesan perlakuan buli ini dapat
membantu sama ada pembuli dan mangsa buli mendapatkan bantuan
pemulihan. Adalah jelas sejak beberapa dekad kebelakangan ini, perlakuan
buli merupakan masalah yang memerlukan pencegahan dan intervensi
(Greenbaum, Turner, dan Stephens,1989; Wilson, 1992). Pihak sekolah
terutama sekali pihak guru perlu peka terhadap masalah ini di sekolah.
Persepsi serta kepirihatinan mereka dalam mengenal pasti punca dan
tanda-tanda awal perlakuan buli adalah amat penting untuk merangka strategi
pencegahan dan intevensi bagi menangani masalah perlakuan buli di

6
sekolah.Sekolah seharusnya menjadi kawasan yang selamat untuk
pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Persekitaran sekolah yang
selamat dan selesa dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Sebarang ancaman serta rasa tidak selamat di kalangan
pelajar akibat daripada masalah perlakuan buli ini sedikit sebanyak akan
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Sehubungan
daripada pernyataan-pernyataan di atas maka kajian ini akan mengkaji dan
meneroka kekerapan perlakuan buli di kalangan pelajar lelaki dan perempuan
di sekolah menengah. Di samping itu juga kajian ini akan mengkaji apakah
persepsi guru dan pelajar tentang perlakuan buli di sekolah menengah?
Kajian ini juga akan meneliti jenis perlakuan buli serta program-program
intervensi menangani perlakuan buli di sekolah menengah. Persepsi pelajar
tentang keselamatan di sekolah juga akan dikaji dalam kajian ini.

Dapatan Kajian
Kekerapan dan Kategori Perlakuan Buli Yang Dilaporkan Oleh Pelajar-
Pelajar Sekolah Menengah di Daerah Batu Pahat. Berdasarkan kajian yang
telah dilakukan kekerapan perlakuan buli yang dilaporkan oleh pelajar
sekolah menengah di daerah Batu Pahat secara keseluruhannya berada
pada tahap sederhana dengan min skor 2.72 dan sisihan piawai 0.75.
Sementara itu perlakuan buli secara verbal (min skor = 3.17, sisihan piawai =
0.88) merupakan perlakuan buli yang paling kerap berlaku berbanding
perlakuan buli secara fizikal (min skor = 2.55, sisihan piawai = 0.91).
Kajian ini juga menunjukkan bahawa mengejek pelajar lain dengan
panggilan nama yang buruk merupakan kategori perlakuan buli secara verbal
yang paling kerap dilihat berlaku di sekolah (min skor = 3.98, sisihan piawai =
1.27) diikuti dengan perlakuan menyinggung perasaan, mempersendakan,
mencemuh, mengajak untuk bergaduh dan mengancam untuk memukul dan
mencederakan pelajar lain.
Menolak pelajar lain merupakan jenis perlakuan buli secara fizikal yang
paling
kerap dilihat berlaku di sekolah-sekolah menengah daerah Batu Pahat
dengan min skor 3.27 dan sisihan piawai 1.39. Dapatan kajian ini mendapati
bahawa dalam kelas (min skor = 2.83, sisihan piawai = 1.49) merupakan

7
lokasi di mana perlakuan buli dilihat paling kerap berlaku diikuti semasa rehat,
dalam perjalanan dari sekolah dan dalam perjalanan ke sekolah.

Persepsi Pelajar Tentang Perlakuan Buli di Sekolah.


Dapatan kajian menunjukkan, pernyataan `kerana mereka meyakitkan
hati saya’ merupakan alasan buli yang paling utama (min skor = 3.42 , sisihan
piawai = 1.17) dilaporkan oleh para pelajar sekolah menengah daerah Batu
Pahat. Ini diikuti dengan alasan untuk membalas semula, kerana orang lain
melakukannya, untuk suka-suka, untuk mendapatkan sesuatu atau wang,
untuk menunjukkan kekuatan dan akhir sekali kerana mereka (mangsa buli)
adalah pengecut. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa persepsi pelajar
terhadap alasan untuk membuli pelajar lain berada pada tahap sederhana
(min skor = 2.66, sisihan piawai = 0.80). Pelajar-pelajar sekolah menengah
daerah Batu Pahat mempunyai persepsi yang tinggi terhadap keupayaan
mereka untuk menentang dan menghentikan pelajar sebaya mereka daripada
membuli mereka (min skor = 2.97, sisihan piawai 1.22). Secara
keseluruhannya persepsi pelajar terhadap pencegahan buli berada pada
tahap yang tinggi (min skor = 3.95, sisihan piawai = 0.69). Majoriti pelajar
percaya bahawa guru dan pelajar perlu disedarkan tentang menghentikan
perlakuan buli di sekolah.(89.8 peratus). Mereka juga bersetuju bahawa guru
dan pelajar perlu saling bekerjasama bagi menghentikan perlakuan buli ini.
Vandalisma atau merosakkan harta benda sekolah merupakan isu
keselamatan yang paling serius di sekolah menengah daerah Batu Pahat
menurut persepsi pelajar. Ini diikuti dengan isu-isu aktiviti kumpulan samseng,
perlakuan buli, keganasan fizikal, ancaman verbal, ancaman untuk

8
dicederakan semasa dalam perjalanan ke sekolah dan ancaman untuk
dicederakan dalam perjalanan pulang dari sekolah.
Secarakeseluruhannya, persepsi pelajar terhadap isu-isu keselamatan
di sekolah berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan wujudnya
kesedaran dan sikap pelajar terhadap isu keselamatan persekitaran dan
tingkah laku di sekolah. Ini selari dengan dapatan kajian. Terdapatnya
peningkatan kesedaran pelajar yang signifikan terhadap keselamatan
persekitaran dan sikap terhadap tingkah laku ganas di sekolah.

Kekerapan DiBuli dan Pengalaman Mangsa Buli.


Daripada 480 orang responden yang dikaji, hanya 109 orang (22.7
peratus)
responden menyatakan bahawa mereka pernah dibuli. Dari jumlah ini hanya
2.5 peratus responden menyatakan mereka telah dibuli setiap hari, 2.7
peratus menyatakan mereka dibuli 1 atau 2 kali seminggu, 5.6 peratus
menyatakan mereka kadang-kadang (1 atau 2 kali sebulan) dibuli dan 11.9
peratus lagi menyatakan mereka jarang (1 atau 2 kali setahun) dibuli.
Dapatan jelas menunjukkan tahap kekerapan perlakuan buli di sekolah
menengah daerah Batu Pahat berada pada tahap yang rendah (min skor =
1.41, sisihan piawai = 0.91). Tahap kekerapan perlakuan buli yang dilaporkan
ini jauh lebih rendah daripada dapatan kajian yang dijalankan oleh Smith dan
Sharp (1994), di United Kingdom yang mendapati 4 peratus daripada pelajar
yang disoal selidik melaporkan bahawa mereka telah dibuli sekurang-
kurangnya 1 kali seminggu. Berdasarkan laporan mangsa buli, dapatan kajian
ini juga mendapati bahawa perlakuan buli secara verbal merupakan
perlakuan buli yang paling kerap dialami oleh mangsa buli berbanding
perlakuan buli secara fizikal. Berbeza dengan laporan pelajar yang melihat
perlakuan buli, mangsa buli melaporkan bahawa perlakuan buli secara verbal
yang paling kerap dialami oleh mereka adalah mereka sering disinggung
perasaan, diikuti dengan cemuhan, diejek dengan panggilan nama yang
buruk, dipersendakan, diajak untuk bergaduh dan akhir sekali diancam untuk

9
dicederakan. Mangsa buli juga melaporkan bahawa ditolak oleh pelajar lain
merupakan perlakuan buli yang paling kerap dialami oleh mereka. Ini diikuti
dengan dikasari, dipukul, ditendang dan akhir sekali ditampar.
Rakan sebaya merupakan orang yang paling kerap dirujuk oleh
mangsa buli berkenaan perlakuan buli yang telah dialami. Ini diikuti dengan
ibu, bapa, guru, kaunselor dan akhir sekali pengetua sekolah. Dapatan kajian
juga menunjukkan bahawa mangsa buli kurang yakin terhadap keupayaan
pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah perlakuan buli yang dialami oleh
mereka. Ini mungkin disebabkan guru kurang atau tidak pernah
membincangkan tentang permasalahan perlakuan buli kepada pelajar mereka
di dalam bilik darjah. Kekerapan Perlakuan Buli Di kalangan Pelajar Yang
Dilaporkan Oleh Guru-Guru Sekolah.
Berbeza dengan laporan pelajar, kekerapan perlakuan buli di kalangan
pelajar sekolah menengah daerah Batu Pahat yang dilaporkan oleh guru
berada pada tahap yang rendah (min skor = 2.31, sisihan piawai = 0.68).
Namun demikian guru dan pelajar sependapat bahawa perlakuan buli secara
verbal merupakan perlakuan buli yang paling kerap berlaku di sekolah
berbanding perlakuan buli secara fizikal. Bertentangan dengan dapatan kajian
Hazler et, al. (2001), yang mendapati bahawa para guru melihat
penyalahgunaan fizikal adalah lebih jelas berlaku berbanding
penyalahgunaan verbal atau sosio dan emosi. Bagi perlakuan buli secara
verbal, perlakuan buli mempersendakan merupakan perlakuan buli yang
paling kerap dilihat dilakukan oleh pelajar.
Ini diikuti dengan mencemuh, menyinggung perasaan, mengejek
dengan panggilan nama yang buruk, mengajak untuk bergaduh dan akhir
sekali mengancam untuk memukul dan mencederakan. Berkenaan perlakuan
buli secara fizikal, guru-guru melihat perlakuan mengasari pelajar lain sebagai
perlakuan buli yang paling kerap berlaku di sekolah,diikuti dengan perlakuan
menolak, memukul,menendang dan akhir sekali menampar.
Sependapat dengan pelajar, para guru melihat bahawa dalam kelas
merupakan lokasi di mana perlakuan buli paling kerap berlaku. Ini diikuti
semasa rehat, dalam perjalanan dari sekolah dan akhir sekali dalam
perjalanan ke sekolah.

10
Persepsi Guru Tentang Perlakuan Buli di Sekolah.
Seiring dengan pelajar, secara keseluruhannya persepsi guru sekolah
menengah daerah Batu Pahat terhadap pencegahan buli berada pada tahap
yang tinggi(min skor = 4.31, sisihan piawai = 0.53). Majoriti guru ( 95.3
peratus) berpendapat guru dan pelajar perlu saling berkerjasama untuk
menghentikan perlakuan buli di sekolah. Mereka juga bersetuju supaya guru
dan pelajar perlu disedarkan tentang menghentikan perlakuan buli di sekolah.
Ini diikuti dengan pernyataan pelajar seharusnya saling membantu bagi
menghentikan perlakuan buli, guru juga seharusnya cuba untuk
menghentikan perlakuan buli, mereka secara sendirinya perlu cuba untuk
menghentikan perlakuan buli, berminat untuk memperkatakan masalah
perlakuan buli dengan guru-guru lain dan akhir sekali pelajar boleh
mendapatkan bantuan daripada seseorang untuk mengelakkan mereka
daripada dibuli. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para guru mempunyai
perspsi dan kesedaran yang positif terhadap pencegahan perlakuan buli di
sekolah `Untuk membalas semula atau untuk membalas dendam’ merupakan
alasan membuli yang paling utama menurut persepsi guru.
Ini diikuti dengan alasan kerana mereka meyakitkan hati rakan, untuk
menunjukkan kekuatan, untuk suka-suka, kerana mereka adalah pengecut,
kerana orang lain melakukannya dan akhir sekali untukmendapatkan sesuatu
atau wang. Ini amat berbeza dengan persepsi pelajar yang menyatakan
`kerana seseorang telah menyakitkan hati saya’ merupakan alasan membuli

11
paling utama. Perbezaan pesepsi ini menunjukkan bahawa guru-guru
memerlukan latihan dan pengalaman bagi memantapkan lagi pemahaman
mereka terhadap perlakuan buli di kalangan pelajar.

Siapakah yang sering membuli dan dibuli.


Pembuli

Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan
enam.Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.Melibatkan sekumpulan pelajar dan
biasanya usia mereka adalah sebaya.Membuli satu cara untuk
menghilangkan perasaan bosan di sekolah.Kejayaan membuli pelajar junior
akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.

Dibuli

Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar


menengah rendah iaitu tingkatan satu, dua, dan tiga serta pelajar sekolah
rendah.mereke yang bertubuh kecil.Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan
menjadi sasaran.Pelajar baru di sekolah.

Kenapakah mereka sering membuli?


Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli.
Antara sebabnya adalah:

Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk


mengubah tingkah laku pelajar.Individu yang membuli ini mungkin ingin
memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.Mereka pernah menjadi mangsa
buli.Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah
berasa bersalah apabila membuat kesilapan.Individu yang gagal
mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada
kanak-kanak cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah
mengambil peduli perasaan orang lain.

12
Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai
masalah disiplin.Akibat perceraian ibu bapa.Terlalu dimanja oleh ibu
bapa.Sekadar mahu berseronok.Mereka bosan dengan sekolah dan membuli
pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan
bosan.Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar
bercakap dalam bahasa Inggeris.Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah


media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku
yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan
sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan
remaja.

Adakah perempuan terlibat dalam perbuatan buli?


Ramai beranggapan perbuatan buli hanya melibatkan pelajar lelaki.
Tapi, ia silap. Pelajar perempuan juga turut terlibat dalam perbuatan
tersebut.Biarpun peratusannya agak sedikit, namun perkara tersebut mampu
mendorong kepada perbuatan yang serius jika tidak dibendung.

Buli dalam kalangan pelajar perempuan biasanya melibatkan ejekan


dari segi fizikal. Contohnya, sekiranya pelajar perempuan tersebut berbadan
gemuk dan kulitnya gelap, mereka akan menjadi sasaran untuk dijadikan
bahan ejekan.Namun, perbuatan buli di kalangan pelajar perempuan tidak
terlalu ganas seperti pelajar lelaki.

Antara faktor perdana yang menyebabkan pelajar perempuan terlibat


sama dalam gejala buli ialah:

Pengaruh rakan sebaya.Misalnya, golongan-golongan kaya biasanya


akan mencaci dan mengejek golongan yang miskin.Hal ini kerana mereka
merasa hina dan malu bergaul dengan golongan miskin.

13
Jenis-jenis buli
Buli fizikal

Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang,


menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga
menyebabkan kecederaan.Paling ganas boleh menyebabkan kematian.

Buli mental

Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa
pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior
yang membuli.Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian
media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.

Kesan buli
Pembuli

Kesan luaran:

14
Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar akan menjadi
penjenayah.Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak,
atau menjadi seorang pendera terhadap isteri.

Dibuli

Kesan luaran

Mereka akan membalas dendam kepada orang lain. Tujuannya untuk


mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli.Mereka akan mengalami
kecederaan dan mungkin juga kematian.

Kesan dalaman

Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja,


sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu ke
sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri
sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.

Cara-cara mengatasi masalah buli disekolah.


Apa yang patut dilakukan sekiranya dibuli?

Ini berkemungkinan boleh mengakibatkan kejadian-kejadian yang lebih


memudaratkan lagi seperti bunuh, rogol, dan sebagainya. Mengikut kajian
yang dilakukan oleh Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, Datin Dr. Noran
Fauziah Yaakub, terdapat beberapa tahap untuk menangani masalah buli
iaitu:

Tahap sekolah

15
Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang
berlaku di sekolah masing-masing, sama ada dalam bentuk psikologi atau
fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal
selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes
buli yang telah mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang
perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan.Pihak sekolah perlu
mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja
dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga
mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama
dengan ibu bapa.

Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli,


petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi
apabila berlaku kes buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774.Tindakan
disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada
pembuli.Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara
tidak langsung dapat mengekang kejadian gengster.Perlu wujudkan satu
jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat
terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu
bapa, dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan
menilai keberkesanannya.Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan
dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah.

Tahap kelas

Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan


dengan toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut msetilah
menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli
(psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau
dilapor melakukannya.Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan
senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah
menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail
pelajar. Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan
berkenaan. Ini merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau
penjaga dengan sekolah.Selain itu, guru-guru juga hendaklah
membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.
16
Tahap individu

Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa.


Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan
menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa,
tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.Selain itu, guru kaunseling juga
bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku
empati(daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau
tidak agresif dengan pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan
mangsa.

Program-Program Intervensi Yang Dijalankan Oleh Pihak Sekolah Bagi


Menangani Masalah Perlakuan Buli Di Sekolah Menengah Di Daerah
Batu
Pahat.

Secara keseluruhannya kajian ini mendapati bahawa keberkesanan


program intervensi menangani masalah perlakuan buli di sekolah menengah
daerah Batu Pahat berada pada tahap sederhana. Kajian Smith dan
Ananiadou (2003), yang mendapati program intervensi berasaskan sekolah
mempunyai pelbagai kesan untuk mengurangkan tahap perlakuan buli di
sekolah. Dalam kajian ini majoriti guru-guru berpendapat peraturan sekolah
dan lembaga disiplin sekolah merupakan program intervensi yang paling
berkesan bagi menangani masalah perlakuan buli di sekolah.

Namum demikian beberapa program intervensi berasaskan sekolah


seperti melatih pelajar tentang teknik pengurusan menangani perasaan
marah, dan teknik pengurusan resolusi konflik dirasakan kurang berkesan
untuk mencegah dan menagani masalah perlakuan buli di sekolah.

17
Hanya 48.8 peratus guru yang disoal menyatakan bahawa program
melatih pelajar tentang teknik pengurusan menangani perasaan marah
berkesan untuk menangani masalah perlakuan buli manakala 52.5 peratus
lagi menyatakan teknik pengurusan resolusi konflik berkesan untuk
mencegah dan menagani masalah perlakuan buli di sekolah. Dapatan ini
disokong dengan kajian Trump dan Kenneth (1999) yang mendapati
pendekatan pencegahan dan intervensi yang dijalankan di sekolah-sekolah
seperti kurikulum pencegahan keganasan dan resolusi konflik adalah tidak
mencukupi bagi menjamin keselamatan di sekolah.
Di samping itu penglibatan dan kerjasama pihak sekolah dengan pihak
luar seperti Polis dapat membantu pihak sekolah mencegah dan menangani
masalah perlakuan buli di sekolah. Dapatan kajian ini menunjukkan para guru
(80.1 peratus) percaya bahawa program `Sekolah Angkat’ yang dilaksanakan
dengan kerjasama pihak Polis dan pihak sekolah berkesan untuk mencegah
dan menangani masalah perlakuan buli di sekolah.
Sebagai pihak yang paling rapat dengan pihak sekolah penglibatan ibu
bapa dalam program intervensi menangani masalah perlakuan buli juga amat
penting. Seramai 53 orang guru (66.3 peratus) menyatakan bahawa
penglibatan yang menyeluruh daripada pihak ibu bapa terhadap program-
program sekolah juga dapat membantu pihak sekolah mencegah dan
menagani masalah perlakuan buli di sekolah.
Perbezaan Kekerapan Perlakuan Buli, Jenis Perlakuan Buli, Persepsi
Pelajar Tentang Perlakuan Buli dan Hubungan Antara Program Intervensi
Dengan Kekerapan Perlakuan Buli di Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat.
Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
(p = 0.14, α = 0.025) antara kekerapan perlakuan buli pelajar lelaki dengan
pelajar perempuan di sekolah menengah daerah Batu Pahat. Ini disokong
dengan kajian terdahulu oleh Boulton M.J., Trueman M. dan Flemington
(2002), yang menyatakan tidak wujud perbezaan jantina yang signifikan
dalam kekerapan perlakuan buli.
Dapatan ini juga selari dengan dapatan kajian Salmivalli (2001), yang
mendapati bahawa perbezaan kekerapan perlakuan buli antara pelajar lelaki
dengan pelajar perempuan secara statistiknya adalah tidak signifikan.

18
Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan ( p = 0.92, α = 0.025) antara persepsi pelajar lelaki dengan persepsi
pelajar perempuan tentang
perlakuan buli di sekolah menengah daerah Batu Pahat. Dapatan ini berbeza
dengan dapatan Salmivalli (2001), yang mendapati pelajar perempuan lebih
bersedia untuk menentang perlakuan buli berbanding pelajar lelaki. Pelajar
lelaki didapati kurang yakin terhadap keberkesanan program intervensi dapat
mencegah perlakuan buli di sekolah berbanding pelajar perempuan. Dapatan
kajian Gumpel dan Meadan (2000), juga 10 mendapati bahawa pelajar
perempuan melihat perlakuan buli secara verbal yang aggresif merupakan
ancaman yang memudaratkan berbanding pelajar lelaki.

Terdapat perbezaan yang signifikan ( p = 0.00, α = 0.025) antara


kekerapan
perlakuan buli secara verbal dengan kekerapan perlakuan buli secara fizikal
di kalangan pelajar di sekolah menengah daerah Batu Pahat. Kajian terdahulu
oleh Crozier dan
Skliopidou (2002), yang mendapati bahawa terdapat perkaitan yang kuat
antara panggilan
nama (perlakuan buli secara verbal) dengan perlakuan buli secara fizikal
menyokong
dapatan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan (r = 0.425, p = 0.00, α = 0.025) antara program intervensi dengan
kekerapan perlakuan buli di sekolah menengah daerah Batu Pahat. Kajian
terdahulu oleh Smith dan Shu (2000), mendapati bahawa terdapat penurunan
perlakuan buli di sekolah-sekolah yang menjalankan program membenteras
perlakuan buli. Namun demikian dapatan kajian ini tidak selari dengan
dapatan kajian Stevens, Bourdeaudhuij dan Oost (2000), yang mendapati
bahawa program intervensi perlakuan buli berasaskan sekolah menunjukkan
perubahan positif di sekolah rendah tetapi menunjukkan penghasilan sifar di
sekolah menengah.

19
Terdapat perbezaan yang signifikan ( p = 0.00, α = 0.025) antara
persepsi pelajar lelaki dengan persepsi pelajar perempuan tentang isu-isu
keselamatan di sekolah menengah daerah Batu Pahat. Dapatan kajian ini
disokong oleh dapatan kajian terdahulu oleh Anda dan Diane (1999), yang
mendapati bahawa terdapat peningkatan kesedaran pelajar yang signifikan
terhadap keselamatan persekitaran dan sikap terhadap tingkah laku ganas di
sekolah. Dapatan ini juga disokong oleh dapatan kajian Henson, K., Massey,
O., dan Armstrong, K. (2002), yang mendapati pelajar lelaki secara signifikan
lebih melihat perlakuan aggresif dan ganas berbanding pelajar perempuan .

Cadangan
Berdasarkan dapatan, perbincangan dan rumusan daripada kajian yang
dijalankan,
penyelidik ingin memberi beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan
oleh pihak Kemeterian Pelajaran, JPN, PPD, pengetua, guru-guru dan ibu
bapa khususnya di daerah Batu Pahat.
Oleh kerana dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapatnya
hubungan yang sederhana antara program intervensi dengan kekerapan buli
di sekolah maka
dicadangkan supaya pihak Kementerian Pelajaran dapat merangka dan
mewujudkan model program anti buli yang khusus bagi mencegah dan
menangani
masalah perlakuan buli di sekolah-sekolah. Model ini dapat dijadikan rujukan
dan panduan kepada setiap sekolah di seluruh negara. Ianya dapat dijadikan
sebagai asas kepada pembentukan program anti perlakuan buli yang
disalurkan
melalui kurikulum sekolah. Ianya juga dapat dijadikan sebagai garis panduan
umum kepada semua sekolah tentang perlakuan buli serta bagaimana pihak
sekolah dapat menangani masalah tersebut di sekolah.

20
Dapatan kajian juga mendapati pelajar merasakan pihak guru kurang
meyokong dan memberi perhatian terhadap masalah perlakuan buli yang
dialami oleh mereka maka dicadangkan pihak Kementerian Pelajaran
merangka serta
membentuk program latihan kepada guru-guru tentang bagaimana untuk
mengenal pasti dan menangani masalah perlakuan buli di kalangan pelajar
sekolah.
Ini dapat membantu pihak guru mengenal pasti tanda-tanda awal
masalah perlakuan buli seterusnya dapat bertindak untuk mencegah dan
membantu pelajar yang mengalami masalah perlakuan buli ini. Para guru
perlu
lebih sensitif terhadap tanda-tanda awal perlakuan buli dan laporan pelajar
berkenaan perlakuan buli di sekolah. Mereka perlu cepat bertindak secara
bijaksana terhadap setiap laporan dan tanda-tanda awal perlakuan buli
tersebut.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa pelajar dan guru mempunyai
persepsi yang tidak bertoleransi terhadap perlakuan buli di sekolah maka
dicadangkan supaya pihak pengurusan sekolah mewujudkan dasar yang
tidak bertoleransi dengan perlakuan buli secara resmi di sekolah. Ini boleh
dilakukan dengan mewujudkan peraturan sekolah yang jelas berkenaan
perlakuan buli bagi mencegah pelajar membuli dan dan dibuli. Prosedur
keselamatan yang jelas juga perlu diwujudkan bagi menjamin persekitaran
sekolah yang selamat.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan para pelajar mempunyai persepsi
yang positif terhadap pencegahan perlakuan buli di sekolah. Oleh yang
demikian disarankan juga pihak sekolah menanamkan kesedaran tentang
keburukan dan kesan perlakuan buli serta betapa perlunya perlakuan ini
dijauhi kepada pelajar. Mereka juga perlu dilatih dengan kemahiran-
kemahiran khusus untuk mengenal pasti dan menangani masalah perlakuan
buli.Sebagai orang yang paling rapat sekali dengan pelajar penglibatan ibu
bapa dalam setiap program intervensi yang dijalankan oleh pihak sekolah
adalah sangat diperlukan. Di samping dapat memantau perilaku anak-anak di
rumah, para ibu bapa juga perlu diberikan maklumat dan kesedaran tentang
masalah perlakuan buli ini.

21
Memandangkan perlakuan buli tidak hanya berlaku di dalam kawasan
sekolah sahaja maka kerjasama pihak luar seperti komuniti, pihak Polis dan
Pihak Berkuasa Tempatan adalah perlu untuk memantau kegiatan para
pelajar terutama sekali semasa dalam perjalanan ke sekolah dan pulang dari
sekolah.

Cadangan Untuk Kajian Akan Datang


Dapatan kajian ini mengesahkan dapatan kajian terdahulu dan
beberapa andaian awal terhadap persepsi pelajar dan persepsi guru tentang
perlakuan buli di sekolah menengah. Walaubagaimanapun terdapat dapatan
yang memerlukan kajian lanjutan untuk mengesahkan dan mencari faktor-
faktor lain yang mempengaruhinya.

Antara kajian lanjutan yang dirasakan wajar dilakukan adalah seperti berikut;
Kajian yang dijalankan ini meneroka persepsi guru dan pelajar tentang
perlakuan buli di lapan buah sekolah menengah daerah Batu Pahat. Kajian
lanjutan hendaklah dilakukan terhadap semua sekolah di daerah batu Pahat
(25 buah sekolah) untuk mendapatkan maklumat seterusnya mengesahkan
dapatan kajian.Responden kajian di setiap sekolah pula sebaik-baiknya
mewakili 50 peratus daripada populasi responden kajian.
Kajian terhadap persepsi pelajar dan guru terhadap perlakuan buli di
kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Batu Pahat ini menggunakan
kaedah kuantitatif. Adalah lebih bermakna sekiranya kajian lanjutan dapat
menggabungkan kaedah kualitatif bagi mendapatkan maklumat yang lebih

22
mendalam tentang persepsi guru dan pelajar terhadap perlakuan buli di
kalangan pelajar sekolah menengah yang mana tidak dapat dicakupi dalam
kajian terdahulu.
Kajian yang dijalankan ini hanya membandingkan persepsi guru
dengan pelajar. Adalah menjadi lebih bermakna lagi sekiranya kajian akan
datang dapat dilakukan terhadap para ibu bapa. Dapatan kajian tersebut
dapat digunakan untuk membanding dan meneroka persepsi ibu bapa
tentang perlakuan buli di kalangan pelajar. Ini dapat menyediakan kepada kita
pemahaman yang lebih tentang bagaimana pandangan ibu bapa terhadap
pengalaman anak-anak mereka menghadapi perlakuan buli di sekolah.

Bibliografi
Anda de dan Diane. (1999), The Evaluation of a Skill-Based Violence
Prevention
Program for High School Adolescents. Social Work in Education, v21 n3
p137-
49
Brislin, R.W. (1980). Translation and content analysis of oral and written
material. In
H.C. Triandis & J.W. Berry (Eds.) Handbook of cross-cultural psychology:
Methodology. (Vol 2). Boston: Allyn and Bacon.
Charach, A., Pepler, D. J., dan Ziegler, S. (1995). "Bullying at School: A
Canadian
Perspective." Education Canada, 35, 12–18.
Crozier W.R.dan Skliopidou E. (2002). Adult Recollections of Name-calling at
School.
Educational Psychology. January,22,1, 13-124(12)
Henson, K., Massey, O., dan Armstrong, K. (2002). Student Perceptions of
School

23
Safety: Results of the 2001 Omnibus Survey. Tampa, FL:
Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research.
Educational and Psychological Measurements, 30, 607-610.

REFLEKSI

Konklusinya, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


rahmat dan kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan ini bagi semester
satu. Saya berasa berpuas hati dengan hasil kerja saya sendiri walaupun
ianya kurang terperinci tetapi sekurang-kurangnya saya telah berusaha untuk
mencari maklumat yang terbaik bagi menyiapkan kerja kursus ini. Sedikit
sebanyak, kerja kursus ini telah memberikan saya tentang konsep profession
keguruan dan kod etika keguruan, tugas dan tanggungjawab untuk
meningkatkan profession perguruan ini.
Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih
mendalam mengenai objektif sebenar tugasan ini. Dengan bantuan
pensyarah yang berkaliber yang mana beliau sanggup meluangkan masa
untuk memberi tunjuk ajar kepada saya. Saya telah banyak mempelajari dan
melalui pelbagai dugaan untuk menyiapkan tugasan ini. Semasa menyiapkan
tugasan ini, saya menghadapi pelbagai masalah seperti dalam mencari
maklumat untuk diletakkan di dalam tugasan ini. Saya juga menghadapi
masalah apabila mencetak tugasan saya disebabkan oleh kerosakan yang
berlaku kepada printer secara tiba-tiba. Walau bagaimanapun, semuanya

24
membuatkan saya menjadi lebih matang untuk menjadikan seorang guru
yang baik masa hadapan.
Bahan yang saya dapati cuma daripada tiga sumber sahaja iaitu
daripada bahan ilmiah seperti buku rujukan di pusat sumber dan sebagainya.
Sumber kedua pula adalah melalui internet dan yang terakhir ialah rujukan
daripada pensyarah saya sendiri. Sesungguhnya yang buruk itu datang
daripada Allah dan disandarkan kepada saya, dan yang baik itu datang
daripada Allah S.W.T.
Sekian terima kasih…..

25