Anda di halaman 1dari 3

Langkah pencegahan untuk kekurangan dan kelebihan Hormon Pertumbuhan Pesakit yang menghidapi penyakit akibat daripada kekurangan

dan kelebihan hormon pertumbuhan seperti kekerdilan dan kegergasian masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Mereka haruslah mengambil makanan yang seimbang supaya dapat menjamin badan yang sihat. Mereka juga boleh berjumpa dengan doktor sekiranya pertumbuhan mereka telah mengganggu aktiviti seharian mereka. Rawatan untuk penyakit Goiter disebabkan kelebihan Hormon Tiroid Salah satu cara rawatan untuk penyakit Goiter adalah ubat-ubatan. Sekiranya berlaku keradangan pada kelenjar tiroid, doktor mungkin mencadangkan pengambilan aspirin atau kortikosteroid keradangan. Selain itu, pembedahan juga boleh dilakukan untuk goiter yang besar dan mendatangkan ketidakselesaan atau sukar bernafas dan menelan. Iodin radioaktif juga boleh digunakan untuk kelenjar tiroid yang terlalu aktif yang diberi secara oral dan akan sampai di kelenjar tiroid melalui saluran darah dan memusnahkan sel-sel tiroid. Rawatan untuk penyakit Hyperthyroidisme disebabkan kelebihan Hormon Tiroid Salah satu cara rawatan untuk penyakit Hyperthyroidisme adalah ubat anti-tiroid. Ubat-ubatan ini secara beransur-ansur mengurangkan simptom hyperthyroidisme. Dadah yang digunakan dalam ubat adalah carbimazole dan propylthiouracil. Penghalang Beta juga boleh digunakan untuk merawati penyakit Hyperthyroidisme. Dadah ini digunakan untuk mengurangkan kadar denyutan jantung yang cepat. Iodin radioaktif juga boleh digunakan dalam rawatan penyakit Hyperthyroidisme. Rawatan pembedahan (thyroiddectomy) juga boleh dilakukan untuk penyakit Hyperthyroidisme. Rawatan untuk penyakit Hypothyroidisme disebabkan kekurangan Hormon Tiroid Penggunaan harian hormon sintetik tiroid levotiroksina boleh digunakan untuk merawat penyakit Hypothyroidisme.

Rawatan Diabetes mellitus disebabkan pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi. Pengubahsuaian Gaya Hidup harus dijalankan supaya dapat meringankan simptom untuk penyakit Diabetes Mellitus. Pesakit Diabetes Mellitus haruslah mengurangkan berat badan jika berat badan berlebihan. Pesakit juga haruslah menjalankan aktiviti fizikal seberapa kerap dalam seminggu. Pesakit juga patut mengurangkan pengambilan makanan berlemak (<30%) dan berprotin (10-20%). Pesakit seharusnya meningkatkan pengambilan makanan berserat (20-35g/hari) dan mengehadkan pengambilan korbohidrat (50-60%). Pesakit yang merokok pula haruslah berhenti merokok. Selain itu, pesakit juga harus rajin menjaga kebersihan kaki supaya luka tidak menjadi semakin serius dan dijangkiti kuman. Secara keseluruhan, salah satu langkah untuk mencegah penyakit dalam sistem endokrin adalah mangambil makanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan. Kita juga harus mengelakkan makanan yang tidak sihat dan boleh membahayakan badan kita seperti makanan berlemak dan makanan yang mengandungi bahan pengawet, pewarna dan perisa yang terlalu manis atau masin. Makanan selalunya mempunyai pengaruh yang paling besar kepada badan kita. Oleh itu, pengambilan makanan yang seimbang dan sihat adalah sangat penting untuk setiap manusia. Selain itu, kita juga haruslah menjalani pemeriksaan badan setiap tahun di hospital untuk mengetahui keadaan kesihatan badan kita. Sekiranya menjalani pemeriksaan badan setiap tahun, dapat mengesan penyakit atau masalah yang dihadapi dengan lebih cepat dan dapat mengubati penyakit tersebut secepat mungkin. Dengan ini, penyakit sistem endokrin dapat dielakkan untuk menjadi serius dan berada di dalam kawalan. Di samping itu, kita juga haruslah membuat senaman setiap hari supaya dapat menjamin badan yang sihat kerana senaman dapat meregulasikan darah dalam badan kita. Senaman dapat meningkatkan kecergasan fizikal badan serta merperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan. Senaman juga dapat meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian dan mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan

mental. Rajin bersenam juga dapat mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung. Aktiviti bersenam juga dapat mempertingkatkan kawalan glukos di dalam badan serta melambatkan osteoprosis.