Anda di halaman 1dari 111

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kekuatan mental dan spiritual benar-benar mempengaruhi kehidupan

kita. Kekuatan fizikal yang kita miliki adalah lahir dari kekuatan mental dan

spiritual . Kita tidak akan dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan baik

sekiranya fikiran dan jiwa tidak digabung dan dimantapkan, kerana itu apabila

kita disuruh melakukan sesuatu tugas atau kerja, kita perlu melakukan dengan

sepenuh jiwa dan raga (Yosep,2005).

Menurut Zuhri (2001) dalam Siti Lutfiyah (2008), kecerdasan spiritual

adalah kecerdasan manusia yang digunakan untuk berhubung dengan tuhan.

Seseorang itu andai hubungannya dengan Tuhan adalah baik maka, didapati

hubungannya sesama manusia juga akan baik. Kekuatan spiritual memberi

kesan dan pengaruh yang kuat terhadap diri kita. Dengan adanya kekuatan

spiritual, ia menjadikan diri kita mampu melihat serta mengawal tingkahlaku

seterusnya memberi makna dalam diri kita. Kekuatan spiritual juga dapat

menghadirkan rasa tenang, damai dan ikhlas. Seterusnya mendorong kita

1
melakukan kebaikan terutamanya dalam menjalani tanggungjawab serta tugas

seharian kita.

Yosep (2005) berpendapat jururawat yang memiliki taraf kecerdasan

spiritual tinggi mampu menjadi lebih bahagia dan menjalani kepuasan hidup

( bekerja ) berbanding dengan mereka yang taraf kecerdasan spiritualnya

rendah. Tambahnya lagi, pencarian makna bagi jururawat seharusnya berkait

rapat dengan layanan kejururawatan atas dasar ibadah kepada Tuhan dan

pertolongan bagi manusia yang memerlukannya.

Kajian-kajian terbaru menunjukkan sikap yang positif dan kebolehan

dalam menyesuaikan diri memainkan peranan penting dalam membina

kehidupan yang positif. Mereka yang mempunyai sikap yang positif juga lebih

redho dengan kehidupan mereka, mempunyai hubungan interpersonal yang

baik, lebih produktif, gembira dengan pekerjaan mereka, lebih suka menolong

orang lain dan turut berjaya mencapai matlamat hidup khususnya dalam bidang

pekerjaan mereka. (Seminar Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam, 2005).

Menurut Locke (1976) sikap positif terhadap kerja disamakan dengan

kepuasan kerja sementara sikap negatif disamakan dengan tidak kepuasan

bekerja. Deshpandest (1997), pula mengatakan jururawat yang memiliki

tekanan yang tinggi dan kepuasan kerja yang rendah akan menyebabkan

fenomena berhenti kerja serta ketidakpuasan bekerja.

2
1.2 Permasalahan Kajian

Masyarakat hari ini kian ramai memperkatakan isu-isu berkaitan etika

di kalangan jururawat tanpa disedari semasa memberi perkhidmatan bantuan

mereka terhadap pesakit.

Antara insiden-insiden yang pernah berlaku yang dipaparkan di dada

akhbar seperti kes bayi perempuan Putri Nur Danisha yang telah patah tulang

paha akibat tindakan jururawat memegang tangan dan kaki bayi tanpa

memegang badannya. Ini adalah di antara insiden-insiden yang tidak diduga

tetapi telah berlaku di hospital-hospital. (Metro, Jun 2009). Kes seorang doktor

dan jururawat memperdagangkan bayi ( Utusan Online, 9 Jun 2008 ), paparan

aksi memalukan sebilangan jururawat di Britain dalam laman web jaringan

sosial Facebook yang tidak sepatutnya dilakukan oleh golongan professional

ini. (Kosmo, 10 Jun 2009). Kes jururawat diperkatakan tidak mesra pelanggan,

berkasar dengan pesakit, tidak prihatin, sombong dan bersikap tidak beretika

serta tidak professional ( Utusan Online, Disember 2006 ).

Pelanggaran profesion etika kerja adalah serius jika tidak ditangani

dengan segera kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka yang tidak

layak menyebabkan orang lain yang menerima kemudaratan. Menyedari gejala

pelanggaran perilaku ini menyebabkan Gabungan Persatuan Penggguna

Malaysia (FOMCA) menyelar sikap angkuh dan tidak professional para

petugas perkhidmatan kesihatan samaada golongan doktor atau jururawat

pelatih. Presidennya, Profesor Hamdan Adnan, berkata sebahagian besar aduan

3
orang ramai yang diterima oleh FOMCA adalah mengenai salahlaku golongan

ini ( Berita Online, Julai 2008 ).

Yang berbahagia Tan Sri Samsudin Osman Ketua Setiausaha Negara di

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya membuat kesimpulan dalam

penutup ucapannya mengatakan, pekerja yang berasa gembira dengan kerja

yang dilakukan akan dapat wujudkan sesuatu yang memuaskan hati dalam

bekerja, barulah kerja yang dilakukan memberi makna padanya. Justeru itu,

setiap individu wajar mengamalkan spiritual dalam diri agar mampu mencipta

makna dan jiwa yang bahagia ( Seminar Psikologi, Julai 2005 ).

Berkaitan isu-isu pelanggaran etika kerja ini, adakah disebabkan

seseorang individu tidak mampu mengawal dirinya sehingga terjadi perlakuan

yang tidak sepatutnya. Mungkinkah seseorang itu wajar mengetahui cara-cara

untuk mengawal tingkahlakunya. Selain daripada individu itu dapat mengawal

emosi, individu juga patut dapat mengawal hatinya juga iaitu spiritual

dalaman. Hati adalah peneraju kehidupan manusia sama ada ke arah kebaikan

atau keburukan. Apabila rosak hatinya, nafsunya lebih cenderung ke arah

keburukan dan jiwanya tidak tenang. Situasi ini akan terpancar pada air muka

dan perawakan individu tersebut ( al-Ghazali, 2008 ).

Justeru itu, persoalan yang cuba diperbincangkan dalam kajian ini

adalah, adakah terdapat perkaitan kecerdasan spiritual, etika kerja dan

kepuasan kerja dalam kalangan jururawat kerana kajian ini mengandaikan

4
bahawa individu yang memiliki kecerdasan spiritual yang tinggi akan

mengamalkan etika dalam bekerja lantaran itu, individu tersebut akan

menikmati kepuasan bekerja yang lebih bermakna. Bekerja bukan sekadar

mencari rezeki untuk hidup tetapi jujur dan ikhlas serta mempunyai nawaitu

yang tulus dalam membantu sesama manusia melebihi daripada yang lain

semata-mata untuk mendapat keredaan Tuhan seterusnya jiwa akan lebih puas

dan tenang ( Hidayat, 2001 ).

1.3 Persoalan Kajian

Beberapa persoalan yang akan dberi tumpuan dalam kajian ini iaitu:

1.3.1 Apakah tahap setiap dimensi kecerdasan spiritual, etika kerja dan

kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim

Sungai Petani?

1.3.2 Adakah terdapat perbezaan setiap dimensi kecerdasan spiritual, etika

kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan

Abdul Halim Sungai Petani dari segi demografi?

1.3.3 Adakah terdapat hubungan antara kecerdasan spiritual dan amalan etika

dalam kalangan jururawat?

1.3.4 Adakah terdapat hubungan setiap dimensi kecerdasan spiritual dan

kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim

Sungai Petani?

5
1.3.5 Adakah terdapat hubungan antara etika kerja dan kepuasan kerja dalam

kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani?

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :

1.4.1 Mengenalpasti tahap setiap dimensi kecerdasan spiritual, etika kerja

dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul

Halim Sungai Petani.

1.4.2 Mengetahui perbezaan setiap dimensi kecerdasan spiritual, etika kerja

dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul

Halim Sungai Petani.

1.4.3 Mengenalpasti hubungan antara kecerdasan spiritual dan etika kerja

dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

1.4.4 Mengenalpasti hubungan setiap dimensi kecerdasan spiritual dan

kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim

Sungai Petani.

1.4.5 Mengenalpasti hubungan antara etika kerja dan kepuasan kerja dalam

kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

6
1.5 Signifikan Kajian

Kajian ini sesuai dilaksanakan memandangkan di Malaysia tidak

banyak didapati kajian berkaitan kecerdasan spiritual khususnya terhadap

jururawat. Kajian ini juga akan dapat membantu jururawat memahami diri

serta kelebihan individu yang memiliki kecerdasan spiritual yang tinggi

mampu mengawal etika kerja serta dapat mencapai kepuasan dalam bekerja.

Selain daripada itu, kajian ini merupakan satu kajian ilmiah yang akan dapat

memberi idea-idea kepada pengkaji-pengkaji ilmiah yang lain dalam

menghasilkan kajian yang lebih bermutu. Kajian ini juga diharapkan dapat

memberi manafaat kepada pihak yang berkenaan khususnya dalam

meningkatkan kecerdasan spiritual kejururawatan agar mampu menjana piawai

profesionalisme sebanding dengan komuniti jururawat global ( Pelita Brunai,

Julai 2009 ).

1.6 Definisi Konsep

1.6.1 Kecerdasan Spiritual

Kecerdasan Spiritual adalah satu konsep yang masih baru dan ia

diperkenalkan oleh Danah Sahar dan Ian Marshall ( 2001), melalui bukunya

iaitu The Ultimate Intelligence. Secara umumnya kecerdasan spiritual telah

didefinisikan oleh Barat sebagai makna hidup iaitu the meaning of life. Danah

dan Marshall (2001) merumuskan kecerdasan spiritual iaitu keunikan berfikir

7
untuk bertingkahlaku, kesedaran diri, fleksibel dan adaptif, cenderung untuk

memandang segala sesuatu secara holistik serta cenderung untuk mencari

jawapan asas bagi kehidupan atas situasi-situasi dalam hidupnya.

Ary Ginanjar Agustian (2003) dalam ( Berita Harian, Feb 2009),

menyatakan kecerdasan spiritual adalah kemampuan untuk memahami makna

dan nilai tertinggi dalam kehidupan serta tujuan asas kehidupan. Frankl dalam

Danah dan Marshall (2001), mendefinisikan sebagai pengembangan pemikiran

tentang pemaknaan hidup, yang di dalamnya terkandung nilai-nilai: (1) nilai

kreatif; (2) nilai pengalaman dan (3) nilai sikap. Makna yang diperolehi oleh

manusia akan menjadikan dirinya seorang individu yang memiliki kebebasan

rohani iaitu kebebasan dari godaan nafsu serakah dan persaingan dalam konflik

terhadap tanggungjawab Tuhan, diri dan orang lain.

Manakala menurut Covey (2005) dalam Danah dan Marshall (2001),

kecerdasan spiritual juga membantu mencerna dan memahami prinsip-prinsip

sejati yang merupakan bahagian dari nurani kita, mendorong seseorang agar

bekerja ikhlas, bertindak dan berfikir dengan jiwa yang bersih.

1.6.2 Etika Kerja

Menurut Osman (1998 ) dalam Siti Lutfiyah ( 2008 ), etika kerja boleh

diertikan sebagai budaya kerja yang di dalamnya terangkum berbagai –bagai

perkara yang diperlukan di dalam rangka mencapai matlamat sesuatu

organisasi. Etika kerja merangkumi faktor-faktor dorongan pekerjaan seperti

8
keluarga dan masyarakat. Ia juga memain peranan di dalam menentukan

keutuhan organisasi.

Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid ( INTAN, 1991 ) pula menyatakan

etika kerja adalah prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh sesebuah

organisasi bagi mengawal tingkahlaku pekerja atau ahli organisasi tersebut. Ia

merupakan satu bentuk kawalan bagi memastikan perlakuan pekerja sentiasa

selaras dengan sistem nilai dalam sesebuah organisasi berkenaan.

1.6.3 Kepuasan Kerja

Definisi kepuasan kerja menurut Elm dan Nichols (1993) adalah hasil

dari pengalaman yang berhubung dengan penilaian dan pengharapan mereka

terhadap pekerjaan. Manakala Locke (1976) pula mentakrifkan kepuasan kerja

sebagai satu tindakan emosi yang sedar akibat daripada penilaian dan

pengalaman ke atas kerja yang dilakukan. Menurutnya lagi sikap positif

terhadap kerja disamakan dengan kepuasan, sementara sikap negatif disamakan

dengan tidak kepuasan kerja.

Pendapat Hulin et al. (1964) pula mengatakan kepuasan kerja

merupakan perasaan seseorang pekerja terhadap situasi kerja pada

keseluruhannya. Perasaan itu juga ada kaitannya dengan apa yang diharapkan

dan apa yang dicapai sebenarnya. Giligan ( 1992 ) mendefinisikan kepuasan

kerja sebagai istilah umum mengenai sesuatu keadaan di mana keperluan

9
pekerja dapat dipenuhi selari dengan perasaan manusia yang selalu berubah-

ubah. Apabila keadaan tergugat keselamatan kerja menjadi persoalan utama

dan apabila keadaan bertambah baik mereka akan menukarkan keutamaan

tersebut.

1.6.4 Jururawat

Lembaga Jururawat Malaysia (1998) di dalam kod profesionnya,

mendifinisikan jururawat berdaftar sebagai individu yang telah mendapatkan

latihan formal dalam bidang kejururawatan dan telah berdaftar dengan

Lembaga Jururawat Malaysia.

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru ( 1989), jururawat adalah individu yang

dilatih untuk memberi rawatan kepada orang yang berada dalam kesakitan.

Norashikin ( 2006 ), menyatakan jururawat merupakan gelaran yang diberikan

kepada seseorang individu yang bertanggungjawab menjaga orang-orang sakit

atau cedera di hospital.

1.7 Definisi Operasional

Berikut adalah definisi operasional pemboleh ubah kecerdasan spiritual, etika

kerja, kepuasan kerja dan jururawat.

10
1.7.1 Kecerdasan Spiritual

Kecerdasan spiritual yang akan diberi tumpuan dalam kajian ini adalah

berkaitan hati dan jiwa seseorang jururawat di dalam menghadapi tugas

sehariannya, ketelusan dan keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Melalui kecerdasan spiritual yang boleh dipupuk serta dilatih, manusia mampu

mengawal kecerdasan hingga dirinya akan mencapai bahagia dengan

keikhlasannya dalam melaksanakan tanggungjawab tanpa rasa terpaksa atau

tertekan oleh pihak lain ( Yosep,2005 ).

Kecerdasan spiritual dalam kajian ini terdiri daripada empat dimensi iaitu:

i. Kendiri

Konsep kendiri dikategorikan kepada diri fizikal dan personel

( Roy, 1984 ). Roy juga menggalakkan para jururawat supaya membayangkan

pengaruh-pengaruh kejururawatan membentuk sistem penjagaan jururawat.

Malinski ( 2002 ) pula mencadangkan mengkaji kejiwaan dan kesembuhan

daripada perspektif kesedaran kendiri dari sudut dalaman ( Lauterbach dan

Becker, 1996 ) mengatakan peranan jururawat adalah untuk menggalakkan

pesakit dalam aktiviti penjagaan kendiri. Bila penyakit menganggu dan

pendapat pakar tidak dapat membantu merasionalkan keadaan maka

pengalaman hidup boleh membantu menstabilkan keadaan dan spiritual dalam

kendiri pesakit juga dapat membantunya ( Pesut, 2003 ).

11
ii. Melampaui kendiri

Merupakan perhubungan atau perkaitan dengan Tuhan yang maha esa

melalui perasaan, hati dan jiwa. Florence Nightingle adalah model

kejururawatan yang menggabungkan tradisi penjagaan kristian secara holistik

iaitu manusia dicipta oleh tuhan yang pengasih. Nightingle percaya kepada

kendiri manusia serta hubungannya dengan Tuhan. Penjagaan holistik melihat

individu sebagai gabungan perkaitan yang rapat antara komponen fizikal,

sosial, psikologi dan spiritual ( Chung, 2002 ).

iii. Pengertian penjagaan kerohanian

Pengertian penjagaan kerohanian merujuk kepada perkaitan dalam

perhubungan yang agak subjektif ( subjective ), iaitu menggabungkan

keseluruhan keupayaan manusia dalam membentuk kekuatan dalaman dan

kedamaian pesakit. Selain daripada menjangkau lebih mendalam dari

kebimbangan diri dan melangkaui semua sempadan ( Chung, 2002 ).

Penjagaan kerohanian atau kejiwaan adalah kemampuan jururawat menjadikan

pesakit rasa bahagia dan bermakna walaupun dalam kesengsaraan. Pencarian

makna bagi jururawat adalah memberi layanan atas dasar ibadah kepada Allah

s.w.t ( Tuhan ) dan kemampuan memberi pertolongan kepada pesakit yang

memerlukan ( Yosep, 2005 ).

12
iv. Amalan penjagaan kerohanian

Terdapat kekurangan apabila mendefinisikan maksud kejiwaan dan

penjagaan kejiwaan ( kerohanian ) kerana kejiwaan selalu dianggap sebagai

peribadi dan subjektif ( Hall 1997, Smith dan McSherry 2004 ). Bentuk-bentuk

penjagaan kejiwaan yang sering diberikan oleh jururawat termasuklah

mendengar, menyentuh, hadir, berdoa, menggunakan alat-alat agama,

kehadiran di acara-acara agama, bercakap dengan paderi (orang alim),

membaca bible (al-quran) (Don, 2004), menunjukkan sikap baik hati (Taylor et

al. 1995), penerimaan dan sikap yang tidak menghakimi, pengesahan perasaan

dan fikiran pesakit, memudahkan, menanam harapan (Sellers dan Haag, 1998),

membincangkan masalah dengan mendalam, mencadangkan pesakit mencari

bantuan, membuat rujukan kepada pakar kejiwaan dan memberitahu pesakit

sumber tempatan (Kristeller et al.,1999).

1.7.2 Etika Kerja

Etika kerja yang akan diperbincangkan dalam kajian ini adalah secara

umum sahaja, namun begitu pengkaji masih berlandaskan kepada tunggak dua

belas iaitu enam daripada dua belas tunggak duabelas telah dipilih bersesuaian

dengan kecerdasan spiritual yang dikaji. Antara enam tunggak tersebut ialah

sifat hargai masa, sifat tekun membawa kejayaan, sifat keseronokan bekerja,

sifat kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi dan kekuatan sifat baik

hati.

13
1.7.3 Kepuasan Kerja

Kepuasan kerja pula penyelidik telah memfokuskan kepada kepuasan

secara dalaman jururawat ( instistic ) dan kepuasan luaran jururawat

( extrinstic ).

1.7.4 Jururawat

Pengkaji akan memfokuskan jururawat yang bertugas di Hospital

Sultan Abdul Halim, Sungai Petani kerana hospital ini merupakan sebuah

hospital kerajaan yang besar serta mempunyai kakitangan yang ramai.

Bersesuian dengan isu permasalahan yang hendak dikaji oleh penyelidik.

1.8 Skop Kajian

Kajian dijalankan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Skop

kajian melibatkan responden iaitu jururawat yang bertugas di sini mengikut

pangkat masing-masing. Pemilihan responden dalam kalangan pelbagai

pangkat supaya tidak berlaku bias.

14
1.9 Latar Belakang Teori

Dalam kajian ini teori yang dibincangkan adalah Teori Kaunseling Al-

Ghazali, teori etika kerja yang dikemukakan oleh White (1997) dan

teori kepuasan kerja iaitu Teori Dua Faktor Herzberg.

1.9.1 Teori Kaunseling Al-Ghazali

Terdapat pelbagai teori dan pengkelasan para pengkaji aspek spiritual

dan agama yang menjadi kepercayaan manusia. Umumnya ia dibahagikan

kepada agama langit, agama wahyu dan agama budaya, yang terdiri daripada

Yahudi, Kristian dan Islam. Kajian ini berdasarkan Teori Kaunseling Al-

Ghazali, teori ini menghuraikan sifat-sifat manusia dari kenyataan Al-Quran

dan hadis serta pemerhatian al-Ghazali. Ia menepati kaedah ilmu Islam yang

berasaskan dalil naqli iaitu wahyu dan dalil aqli iaitu aqal. Walaupun manusia

terdiri daripada komponen fizikal dan spiritual, namun tumpuan al-Ghazali

lebih kepada aspek spiritual dalaman. Ini selaras dengan konsep beliau pada

ilmu iaitu ilmu zahir dan batin.

Ilmu zahir berkaitan dengan ibadat dan adat kebiasaan yang berlaku

pada tubuh badan. Ilmu batin pula adalah ilmu mukasyafah yang berkait

dengan soal hati. Aspek spiritual manusia kuat mempengaruhi kehidupan

manusia. Ia menjadi daya dorong perlakuan jasad yang dikenali sebagai

tingkah laku. Secara naluri, seluruh anggota manusia patuh kepada hati. Al-

15
Ghazali (2008) mengatakan, apabila manusia menyalahi ataupun mengengkari

peraturan Allah semasa hidup, ia menjadikan manusia gelisah dan bermasalah

kerana tidak menepati ikrarnya. Oleh itu, bagi tujuan menjaga hati daripada

tercemar dengan unsur-unsur buruk individu itu perlu menjaga pancaindera

kerana semua elemen yang diterima oleh pancaindera merangsang aspek

dalaman sama ada bertindak baik atau tidak baik.

Falsafah manusia menurut al-Ghazali ( 2008 ), aspek dalaman manusia

iaitu hati, akal dan jiwa yang kuat dipengaruhi oleh segala rangsangan yang

diterima melalui pancaindera. Rangsangan positif mencetuskan dorongan

tingkah laku positif. Manakala, rangsangan negatif mencetuskan dorongan

tingkah laku negatif. Roh membolehkan manusia hidup dan menjadikan

seluruh aspek dalaman dan luaran individu itu berfungsi.

Teori Kaunseling al-Ghazali telah membuat andaian-andaian tentang

manusia secara umum iaitu manusia terdiri daripada tiga kategori. Iaitu nafsu

ammarah, nafsu lawwamah dan nafsu mutmainnah.

Kategori pertama ialah nafsu ammarah iaitu nafsu yang tunduk dan

patuh menurut kehendak nafsu syahwat dan syaitan. Allah menyatakan dalam

surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud, “Sesungguhnya nafsu ammarah itu selalu

menyuruh kepada kejahatan”. Nafsu ini tidak dapat dikawal dengan sempurna

oleh hati. Jika hati tidak dapat meminta bantuan ilmu, hikmah, kebijaksanaan

dan akal maka, hati akan binasa. Oleh itu, individu terjerumus tingkah laku

16
yang melanggar syariat, tidak beradab, tidak berperikemanusiaan, bertindak

mengikut sesuka hati, zalim dan pelbagai keburukan serta bencana kepada diri

serta persekitaran. Sukar menegur orang-orang yang memiliki jiwa seperti ini

kerana tidak peka dengan kesilapan atau kesalahan yang telah dilakukan. Nafsu

ammarah menduduki tahap paling rendah dalam kehidupan manusia, malah

lebih rendah daripada haiwan. Ini kerana haiwan tidak memiliki akal. Mereka

bertindak sekadar memenuhi keperluan hidup. Namun kesan yang dihasilkan

tidaklah seteruk yang dilakukan oleh manusia.

Kategori yang kedua adalah nafsu lawwamah adalah nafsu tercela

kerana kelalaian tuannya melaksanakan peraturan-peraturan Allah. Allah

menyatakan dalam surah al-Qiyamah ayat dua yang bermaksud , “Aku

bersumpah dengan nafsu lawwamah (yang amat menyesali dirinya

sendiri).”Orang yang memiliki jiwa seperti ini menyesali perbuatan salah

lakunya dan berinisiatif untuk kembali ke landasan yang benar. Oleh itu, ia

mudah memperbaiki diri dan mudah menerima teguran orang lain. Individu itu

tidak hanyut dalam arus kesesatan yang membinasakan diri.baik dalam

kehidupan dunia mahupun akhirat. Ia sering memikirkan baik buruk, halal

haram, betul salah, berdosa ataupun tidak dalam segala tindakannya.

Kategori ketiga adalah nafsu mutmainnah adalah jiwa yang tenang.

Allah menyatakan dalam surah al-fajr. ayat 27 hingga 30 yang bermaksud,

“Wahai nafsu mutmainnah, (jiwa yang tenang). Kembalilah kepada Tuhanmu

dengan hati yang puas lagi diredhoinya. Maka, masuklah ke dalam jamaah

17
hamba-hambaku dan masuklah ke dalam syurgaku.” Orang yang memiliki

jiwa seperti ini dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa

cenderung melakukan kebaikan. Segala kesenangan hidup tidak membuat dia

lupa diri dan kesusahan yang dialami pula tidak menjadikan dirinya gelisah. Ini

kerana hatinya mempuyai ikatan yang kuat kepada Allah. Ia redho dengan

segala ketetapan dan ujian yang Allah berikan kepadanya. Menurut al-Ghazali,

nafsu mutmainnah adalah tahap tertinggi dalam kehidupan manusia.

Berdasarkan maksud ayat yang tersebut di atas, individu yang sampai ke tahap

ini mendapat balasan syurga.

Oleh itu al-Ghazali mengkelaskan jiwa manusia kepada tiga peringkat

iaitu peringkat rendah, pertengahan dan tinggi. Peringkat pertengahan adalah

transisi jiwa manusia dalam usaha memperbaiki diri dari peringkat rendah

kepada peringkat tinggi. Pencapaian tingkat-tingkat nafsu manusia bergantung

pada ilmu dan latihan jiwa. Oleh sebab itu al-Ghazali mengambil berat

berkenaan pendedahan pancaindera manusia kerana ia merangsang aspek

dalaman. Segala maklumat dan tingkah laku memberi kesan kepada hati bagi

mendorong anggota badan bertindak. Apabila aspek dalaman menerima

perkara baik, baiklah arahan-arahan yang dikeluarkan oleh hati. Seterusnya,

baik pula segala perkara yang terpancar daripada diri individu itu. Air muka

yang tenang dan tingkah laku yang sopan adalah pancaran dari aspek dalaman

diri.

18
1.9.3 Teori- Teori berkaitan Etika Kerja

Di dalam bahagian ini, beberapa pendapat utama terhadap teori etika

yang dikemukakan oleh White (1997), menjelaskan terdapat enam jenis teori

moral tetapi pengkaji akan memberi tumpuan pada lima sahaja mengikut

kesesuaian kajian ini. Antara teori itu adalah Teori Kebenaran (Theory of

Right). Teori Kebaikan (Theory of the Good).Teori Kebajikan (Virtue

Theory).Teori Hak (Right Theory) dan Teori Keadilan (Theory of Justice).

Pertama,Teori Kebenaran (Theory of Right), menjelaskan apakah yang

dikatakan betul dan salah dari segi moral. Ini termasuklah Teleological Theory

dan Deontological Theory yang dipelopori oleh Emmanuel Kant .Teleological

Theory memfokuskan kepada akibat dari sesuatu perlakuan atau peraturan,

manakala Deontological Theory melihat kebaikan disebalik tindakan. Salah

satu aspek penting dalam Teori Teleologikal ialah utilitarianism, yang secara

asasnya menerangkan prinsip utiliti iaitu sesuatu tindakan adalah betul jika

ianya memberi kebaikan dan tindakan adalah salah jika ianya tidak membawa

kebaikan. Lanjutan dari teori ini, wujud Teori Kebaikan (Theory of Good)

yang dipanggil hedonisme.

Teori Teleologikal juga menerangkan bahawa manusia perlu

menimbang hanya kebaikan untuk dirinya sahaja. Secara khususnya, teori ini

menerangkan manusia adalah sama. Apa yang membezakan mereka ialah

tindakan yang berdasarkan kepentingan masing-masing. Teori ini mendapat

19
kritikan kerana membentuk sifat penting diri serta tidak bermoral kerana

mengenepikan kebajikan orang lain.

Manakala Deontological Theory menjelaskan betul atau salah dengan

merujuk kepada sesuatu tindakan itu berbanding akibatnya. Salah satu teori

yang terkandung dalam teori ini ialah Divine Command Theory yang

menerangkan bahawa sesuatu itu adalah baik jika diperintahkan oleh Tuhan

dan sebaliknya.

Aspek lain yang penting mengenai prinsip etika di dalam

Deontological Theory ialah huraian Kant yang mempercayai bahawa melalui

taakulan, manusia akan menemui prinsip moral yang tertinggi seterusnya

menjadi teras kepada tindakan manusia. Prinsip moral ini dikenali sebagai

categorical imperative. Kant menyatakan tindakan itu hendaklah berdasarkan

peraturan yang boleh diterima oleh sejagat. Ini bermakna seorang itu boleh

memilih sama ada sesuatu tindakan itu betul atau salah berdasarkan undang-

undang yang perlu dipatuhi atau diikuti oleh orang lain.

Teori yang kedua ialah Teori Kebaikan ( Teory of the Good ). Teori ini

menerangkan apa yang baik dan yang tidak baik. Sesuatu itu bermoral jika

membawa kebahagiaan atau kegembiraan ( hedonism ). Hedonism selalunya

dihujah berdasarkan perbezaan di antara aspek dalaman ( instistic) dan nilai

instrument ( instrumental value ). Sesuatu itu mempunyai nilai yang baik atau

buruk bergantung kepada akibat daripada tindakannya. Ini bermaksud

20
hedonism membenarkan perkara seperti pengetahuan intelek boleh dijadikan

panduan kebaikan selain dari kebahagiaan ( pleasure ) semasa manusia

bertingkahlaku. Ini sama juga dengan kesakitan, kecuaian atau sifat buruk

boleh dijadikan panduan kepada tindakan yang membawa keburukan.

Ketiga ialah Teori Kebajikan ( Virtue Theory ) yang diasaskan oleh

Plato dan Aristotle. Teori ini menerangkan tanggungjawab dan kebenaran.

Menurut mereka terdapat perbezaan di antara kebaikan moral dan intelek.

Kebaikan intelek melibatkan penggunaan apa yang baik di dalam manusia

melalui taakulan. Semakin tinggi tahap taakulan manusia ia akan membawa

kepada tahap kesempurnaan diri serta moral yang lebih baik.

Keempat ialah Teori Hak ( Right Theory ). Teori ini menjelaskan hak-

hak manusia seperti hak untuk hidup, hak untuk kebebasan dan mencari

kesenangan hidup. Sebagai contoh, dalam hak untuk hidup, seseorang itu tidak

boleh diganggu oleh manusia lain yang boleh mengancam nyawanya. Manusia

juga tidak mempunyai hak untuk mengambil nyawa sendiri dan nyawa orang

lain.

Kelima ialah teori mengenai keadilan ( Theory of Justice ). Teori ini

adalah relevan untuk masalah moral seperti pengagihan sumber kepada

rakyat.Teori ini melibatkan kontrak sosial untuk keadilan yang perlu dipatuhi

seperti setiap manusia mempunyai hak yang sama dengan orang lain. Oleh itu,

mereka berhak mendapat pengagihan sumber ekonomi yang sama rata. Sama

21
ada prinsip ini diterima dan bagaimana mereka diterima masih lagi dibincang

oleh ahli falsafah.

1.9.4 Teori Kepuasan Kerja

Teori Dua Faktor Herzberg merupakan teori yang dikemukakan oleh

Frederick Herzberg pada tahun 1959. Teori Dua Faktor Herzberg yang juga

dikenali sebagai Teori Intrinsik dan Ekstrinsik atau Teori Hygiene dan

Motivator ini telah menjadi asas rujukan bagi kebanyakan kajian yang

dijalankan. Selain digunakan dalam perbincangan motivasi, teori ini juga

menjadi sebahagian dalam perbincangan mengenai kepuasan kerja. Hal ini

kerana menurut teori ini, motivasi dan kepuasan kerja adalah saling berkait.

Seseorang pekerja yang mempunyai motivasi tinggi, secara tidak langsung

akan menggambarkan tahap kepuasan kerja yang tinggi.

Menurut Teori Herzberg, faktor motivasi yang mempunyai hubungan

dengan kerja boleh dibahagikan kepada dua, iaitu faktor motivator (instrinsik)

dan faktor hygiene (ekstrinsik). Faktor hygiene ialah elemen luaran diri pekerja

yang terhasil daripada kerja seperti gaji, bonus, insentif, keuntungan, jaminan

kerja, keadaan fizikal tempat kerja dan sebagainya. Sekiranya faktor hygiene

ini disesuaikan dalam Model Teori Hierarki Maslow, faktor ini adalah terletak

dalam golongan keperluan tahap rendah iaitu keperluan fisiologi, keperluan

keselamatan dan keperluan sosial.

22
Bagi faktor motivator pula ialah elemen dalam diri pekerja yang ada

hubungannya dengan kerja seperti pencapaian, pengiktirafan, tahap

tanggungjawab, jumlah kawalan kerja, cabaran, minat terhadap kerja dan lain-

lain. Faktor motivator adalah dikaitkan dengan keperluan tahap tinggi dalam

Model Teori Hierarki Maslow.

Herzberg (1959) menegaskan bahawa faktor hygiene adalah perlu tetapi

tidak cukup untuk memuaskan dan memotivasikan pekerja. Dalam erti kata

lain, apabila industri memenuhi keperluan pekerja menerusi penyediaan faktor

hygiene yang tidak cukup (misalnya gaji yang diberi rendah) boleh menjadikan

pekerjanya tidak puas. Namun sekiranya kesemua faktor hygiene itu telah

diberi secukupnya, pekerja mungkin akan bersikap neutral. Menurut Herzberg

(1959) apabila pekerja telah memperoleh faktor hygiene sepenuhnya belum

tentu dapat memotivasikan mereka sekiranya tidak menyediakan faktor

motivator.

Hygiene adalah keinginan yang berkaitan dengan kesejahteraan

individu. Iaitu berkaitan dengan keinginan yang terdapat di luar kerja dan

melibatkan persekitaran kerja antaranya seperti dasar pentadbiran organisasi,

hubungan antara perorangan dengan orang lain sama ada ketua atau orang

bawahan, status pekerjaan dan jaminan pekerjaan.

Seseorang pekerja yang telah memperoleh faktor motivator akan berasa

puas terhadap kerjanya dan mempunyai motivasi ke arah mencapai tahap

prestasi kerja yang tinggi. Hal ini kerana mereka berasa seronok terhadap

23
pekerjaan. Namun apabila mereka tidak disediakan keperluan ini, pekerja itu

akan bersifat neutral terhadap kerja mereka tetapi tidak akan berasa

ketidakpuasan. Oleh itu, menurut Herzberg (1959) hanya kehadiran kedua-dua

faktor hygiene dan faktor motivator akan membawa kepada kepuasan kerja dan

peningkatan motivasi.

Menurut Herzberg (1959) pekerja lebih cenderung untuk mendapatkan

faktor motivator dalam pekerjaan mereka, berbanding dengan faktor hygiene.

Seseorang pekerja akan mengambil tindakan berhenti kerja, ponteng kerja atau

pusing ganti kerja sekiranya pekerjaan itu tidak memberi kepuasan walaupun

pekerjaan itu mereka minati. Sebaliknya dengan penyediaan faktor motivator

dalam pekerjaan akan menjadikan pekerja itu lebih berpuas hati dan

berdedikasi terhadap pekerjaannya.

Fraser (1998) telah meringkaskan bahawa daripada Model Herzberg,

kepuasan kerja adalah disebabkan oleh faktor intrinsik terhadap sesuatu

pekerjaan seperti aspek pencapaian, pengiktirafan dan tanggungjawab terhadap

pekerjaan. Manakala bagi aspek seperti gaji, keadaan tempat kerja dan

sebagainya adalah faktor ekstrinsik yang penting dalam pekerjaan tetapi faktor

ini tidak akan mewujudkan kepuasan dalam pekerjaan. Herzberg (1959) juga

telah menegaskan bahawa faktor motivator adalah penting untuk

memperangsangkan daya kreativiti pekerja dalam pekerjaan manakala faktor

hygiene adalah berfungsi untuk untuk mengekalkan sikap dan prestasi pekerja

dalam pekerjaan mereka.

24
Satu lagi perkara penting dalam Teori Herzberg ini ialah mementingkan

penambahan menegak (vertical loading) faktor motivator di mana pekerja

diberi kerja yang lebih sukar dan mencabar seperti membuat kerja penyelia dan

pihak atasan serta dilatih supaya menjadi pakar dalam sesuatu bidang. Pekerja

juga boleh diberi tambahan kuasa ke atas tugasnya dan kawalan penyelia ke

atasnya dikurangkan. Ini berbeza dengan penambahan mendatar (horizontal

loading) faktor hygiene di mana pekerja diberi kerja tambahan pada pekerjaan

yang sama. Ini boleh mengurangkan semangat kerja pekerja kerana cara ini

kurang mencabar.

Secara umumnya, ketiga-tiga teori telah mengenalpasti beberapa aspek

yang berkaitan dengan kecerdasan spiritual, etika kerja dan kepuasan kerja di

kalangan pekerja khususnya jururawat. Aspek-aspek tersebut termasuklah

faktor-faktor yang melibatkan dalaman seseorang individu yang akan

membentuk dirinya sendiri tanpa rasa dipaksa oleh pihak lain sebaliknya

dengan rela hati bertindak dalam setiap situasi dengan tingkahlaku beretika.

Faktor dalaman seperti kepuasan ketika bekerja atau kepuasan diri akan

dinikmati apabila dapat bertindak berbuat baik kepada sesama manusia. Dalam

konteks kajian organisasi kejururawatan ini, teori-teori di atas dapat dijadikan

rujukan untuk melihat elemen-elemen yang terbentuk di dalam organisasi yang

mempengaruhi etika dan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat.

25
1.10 Kerangka Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara tiga pemboleh ubah

utama iaitu kecerdasan spiritual, etika kerja dengan kepuasan kerja. Sebagai

pemboleh ubah bebas, kecerdasan spiritual dibahagikan kepada empat dimensi iaitu

dimensi kendiri, melampaui kendiri, memahami pengertian kerohanian dan dimensi

analan kerohanian.

Salah satu dimensi kecerdasan spiritual dipilih iaitu dimensi amalan kerohanian

dan etika kerja juga akan dilihat perbezaan berdasarkan faktor demografi yang terdiri

dari faktor taraf perkahwinan dan tahap pendidikan.

26
PEMBOLEHUBAH BEBAS

PEMBOLEHUBAH TERIKAT

KECERDASAN SPRITUAL
- kendiri
- dimensi melampaui kendiri
- memahami erti kerohanian
- amalan penjagaan
kerohanian

KEPUASAN

KERJA

ETIKA KERJA

DEMOGRAFI
- taraf pendidikan
- taraf perkahwinan

Rajah 1.1 : Kerangka Kajian

27
1.11 Hipotesis

Hipotesis kajian yang telah dibentuk :

HA 1: Terdapat perbezaan tahap kecerdasan spiritual dimensi amalan

penjagaan kerohanian dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul

Halim Sungai Petani dari segi taraf pendidikan.

HA 2: Terdapat perbezaan tahap kecerdasan spiritual dimensi amalan

penjagaan kerohanian dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul

Halim Sungai Petani dari segi taraf perkahwinan.

HA 3: Terdapat perbezaan tahap etika kerja dalam kalangan jururawat

Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf pendidikan.

HA 4: Terdapat perbezaan tahap etika kerja dalam kalangan jururawat

Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf perkahwinan.

HA 5: Terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja dalam kalangan jururawat

Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf pendidikan.

HA 6: Terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja dalam kalangan jururawat

Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf perkahwinan.

HA 7: Terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan spiritual dimensi

kendiri dengan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan

Abdul Halim Sungai Petani.

28
HA 8: Terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan spiritual dimensi

melampaui kendiri dengan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat

Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

HA 9: Terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan spiritual dimensi

memahami erti kerohanian dengan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat

Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

HA 10 : Terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan spiritual

dimensi amalan penjagaan kerohanian dengan kepuasan kerja dalam

kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

HA 11 : Terdapat hubungan yang signifikan antara etika kerja dengan

kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim

Sungai Petani.

29
BAB 2

ULASAN KARYA

2.0 Pendahuluan

Dalam bab ini akan menyorot penulisan karya-karya kajian lepas, pada

mulanya kajian berkaitan kecerdasan spiritual, kajian etika kerja,kajian etika

kerja Islam dan kepuasan kerja. Akhirnya rumusan pada penutupan bab ini

dengan memperbincangkan karya berkaitan.

2.1 Kajian Lepas Tentang Kecerdasan Spritual

Kajian berkaitan perhubungan di antara kecerdasan spiritual jururawat

dengan pemahaman dan amalan penjagaan spiritual oleh Chung ( 2007 )

terhadap 61 orang jururawat separuh masa yang sedang belajar peringkat

ijazah sarjana muda di Hong Kong. Keputusan yang diperolehi hasil daripada

kajian tersebut adalah perkaitan positif di antara diri jururawat dengan tiga

dimensi yang terdapat dalam variabel kecerdasan spiritual iaitu dimensi

melampaui diri, memahami pengertian penjagaan kerohanian dan dimensi

30
amalan penjagaan kerohanian. Keseluruhan keputusan adalah terdapat

hubungan berterusan terhadap kesedaran kendiri dengan dimensi melampaui

kendiri dalam memberi penjagaan kerohanian.

Manakala kajian Yang ( 2006 ), berbentuk kajian deskriptif ke atas

299 orang jururawat berdaftar di Taiwan. Dalam kajian ini, Yang melihat

perhubungan dari karektor demografi jururawat dengan kecerdasan spiritual,

kemudian menguji kekerapan berdasarkan beberapa faktor iaitu ketuhanan,

keprihatinan, persepsi perasaan melampaui ketetapan, komuniti intelektual,

trauma dan spiritual di zaman kanak-kanak. Namun begitu keputusan secara

umumnya ialah kekerapan kecerdasan spiritual pada tahap sederhana.

Keputusan menunjukkan kekerapan tinggi bagi faktor trauma dan spiritual

zaman kanak-kanak. Manakala variabel umur di zaman kanak-kanak

merupakan yang paling signifikan terhadap kecerdasan spiritual jururawat.

Menurut kajian Belcher dan Griffiths ( 2005 ) terhadap 204 orang

jururawat hospis merumuskan bahawa kejiwaan peribadi dan pengetahuan

asas amalan penjagaan kerohanian merupakan faktor penting dalam

menyokong amalan penjagaan kerohanian. Mereka juga memahami tentang

amalan kerohanian serta berkebolehan dalam mengaplikasikan nilai

kerohanian kendiri mereka dan amalan penjagaan kerohanian terhadap

pesakit mereka.

31
Manakala kajian oleh Ruslim ( 2006 ) adalah berkenaan Amalan

Kecerdasan Spiritual di kalangan pelajar sarjana Kolej Universiti Teknologi

Tun Hussein Onn ( KUiTTHO ) untuk mengatasi tekanan dan seterusnya

berjaya mencapai kecemerlangan dalam akademik. Dapatan kajian

menunjukkan tahap amalan SQ pelajar sarjana di sini berada pada tahap yang

tinggi. Oleh itu, para pelajar menyedari kepentingan amalan SQ dalam diri

untuk menghadapi tekanan seterusnya mencapai kejayaan. Manakala bagi

pihak Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia mampu melahirkan graduan-

graduan yang mempunyai kekuatan jiwa serta dapat mencapai matlamat

negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan

intelek.

2.2 Kajian Lepas Tentang Etika Kerja

Kajian yang dilakukan oleh Fletcher, Sorrell dan Silva ( 1998) adalah

kajian berkaitan etika kerja jururawat. Kajian dilakukan ke atas jururawat

yang berdaftar dan bertugas di unit “sub-acute” di Hospital New England.

Menurut kajian tersebut, antara kesalahan etika kerja utama yang dilakukan

di kalangan jururawat adalah membiarkan pesakit tanpa penjagaan

sewajarnya, tidak menghormati pesakit, rawatan yang tidak lengkap dan

kesilapan dalam memberi rawatan.

32
Manakala kajian oleh de Corleg dan Selin ( 1992 ), melibatkan 2,624

pelajar jururawat adalah untuk meneliti hubungan di antara pendidikan dan

perlakuan etika di kalangan jururawat. Dapatan kajian menunjukkan

hubungan yang positif di antara pendidikan dan perlakuan etika jururawat.

Pendidikan kejururawatan membantu membina kemahiran etika di kalangan

jururawat. Jururawat yang berpendidikan lebih cenderung mengamal etika

kerja dalam membuat keputusan sewaktu menghadapi dilema etika.

Kajian Ali (2002) menunjukkan bahawa tidak ada perhubungan

signifikan antara amalan etika kerja dengan faktor gender, taraf perkahwinan,

skim perkhidmatan, gred jawatan atau pangkat, pembacaan buku Kod Etika

dan lokasi tempat bertugas Manakala wujud perhubungan yang signifikan

antara tahap amalan etika kerja dengan umur, jumlah gaji bulanan, tempoh

pengalaman dan penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di kalangan

anggota imegresen di Lembah Klang.

Manakala bagi kajian Muhammad Dzahir ( 2003 ) kepada pekerja

khidmat manusia terhadap amalan etika kerja dengan insiden salahlaku

pekerja dan kepuasan kerja. Dapatan kajian mendapati etika kerja tidak ada

kaitan dengan umur, tetapi mempunyai persepsi positif terhadap perempuan

berbanding lelaki. Akhirnya kajian mendapati terdapat hubungan positif

antara amalan etika kerja dengan kepuasan kerja. Implikasi kepada teori dan

praktis kajian membincangkan untuk memberi kesedaran terhadap amalan

33
etika dan mewujudkan suasana beretika sangat penting dalam profesion dan

jabatan.

Menurut kajian Shukri (2002) mendapati hasil daripada profail

demografi menunjukkan bahawa terdapat beberapa item iaitu pangkat yang

disandang, tempoh menyandang pangkat, taraf pendidikan dan gaji

memainkan peranan penting dalam mempengaruhi amalan kerja beretika

apabila dibuktikan wujudnya perbezaan min yang signifikan dengan etika

kerja responden dari kalangan Pegawai Kanan Polis dan Ahli Pangkat

Rendah Konstabel di Cawangan Perkhidmatan Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Kajian Muhd. Hatta ( 2001 ) bertujuan meneliti tahap amalan etika

kerja di kalangan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Rumusan kajian

mendapati etika kerja mempunyai hubungan yang sangat signifikan dengan

prestasi kerja secara keseluruhan tetapi tidak signifikan dengan faktor

demografi iaitu umur, pangkat dan maklumat kerja secara keseluruhan.

2.3 Kajian Lepas Tentang Etika Kerja Islam

Ajaran Islam adalah diasaskan kepada kepercayaan kitab suci Al-

quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang menganjurkan kepada nilai-nilai

positif dalam semua aspek kehidupan. Pada tahun1986, Badan Perundingan

Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri telah menyediakan Panduan Etika

Kerja Dalam Islam yang mana kandungan itu telah dipersetujui oleh Yang

34
Amat Berhormat Perdana Menteri dan beliau telah bersetuju panduan ini

diedarkan kepada semua kakitangan awam dalam sektor kerajaan dan swasta

serta masyarakat awam bagi dijadikan panduan dalam usha mewujudkan

pentadbiran yang berkesan, kukuh, adil dan berjaya dalam kajian Alhabsi

(1996 ) .

Etika Kerja Islam (EKI) menekankan kepada kehidupan yang

sempurna iaitu termasuk menjalin hubungan persaudaraan dalam Islam dan

keadilan sosio-ekonomi ( Chapra,1992) dalam Alhabsi ( 1996 ). Dalam

konteks ini kebendaan bukan merupakan tujuan yang paling utama mengikut

Islam tetapi matlamat yang digariskan oleh agama diterap menjadi budaya

Islam sejagat yang merangkumi semua lapisan pengikutnya di seluruh dunia.

2.4 Kajian Lepas Tentang Kepuasan Kerja

Kajian yang dijalankan oleh Joseph dan Deshpandes ( 1997 ) dalam

bidang kejururawatan mendapati peningkatan intervensi kemajuan, tekanan

daripada syarikat insuran serta persaingan, menyebabkan hospital perlu

memperbaiki perkhidmatan terutamanya kecekapan jururawat. Kekurangan

jururawat akan membawa implikasi negatif terhadap pesakit. Pesakit tidak

dirawat dengan sempurna. Umumnya, dapatan kajian merumuskan kepuasan

kerja yang rendah akan menyebabkan jururawat berhenti kerja. Kajian

mereka menunjukkan iklim etika kerja adalah signifikan mempengaruhi

35
keseluruhan kepuasan kerja. Jururawat yang percaya hospital mempunyai

garis panduan etika dan mengamalkan etika kerja akan lebih berpuas hati dari

segi bayaran, kenaikan pangkat dan penyeliaan.

Kajian seterusnya dilaksanakan oleh Latif dan Berger (1999),

mengkaji perkaitan etika perkhidmatan dengan angkubah demografik.

Responden kajian seramai 150 orang telah dipilih dari kalangan pentadbir

sekolah menengah. Keputusan ujian korelasi menunjukkan pekerja yang

mempunyai persepsi positif terhadap etika kerja mempunyai hubungan yang

positif dengan kepuasan kerja.

Keputusan yang sama didapati dalam kajian Viswesvaran dan

Deshpandes (1996). Mereka menjalankan kajian ke atas pengurus di bahagian

pertengahan dalam organisasi di India.. Tujuan kajian ini adalah untuk

melihat perkaitan persepsi terhadap tingkahlaku beretika dan hubungan

dengan kepuasan kerja. Dapatan kajian seterusnya menunjukkan pengurus

yang berjaya di dalam organisasi adalah mereka yang mematuhi etika kerja.

Dapatan berikutnya ialah persepsi yang positif terhadap pengurus beretika

akan meningkatkan kepuasan kerja di kalangan pekerja.

Kajian Jamaliah ( 2002) mendapati sebahagian besar kakitangan

Jabatan Perangkaan berpuashati dengan kerja mereka. Ini memandangkan

51.4 peratus kakitangan Jabatan Perangkaan mempunyai tahap kepuasan

kerja sederhana, sementara 46.6 peratus kakitangan pula berada di tahap

36
kepuasan kerja tinggi dan hanya sebilangan kecil sahaja (1.9%) kakitangan

mencapai tahap kepuasan kerja rendah.

Manakala Khalid Gazi ( 1999 ) telah menjalankan kajian ke atas

kepuasan kerja di kalangan operator kilang dengan 213 orang sampel.

Keseluruhan kajian mendapati iklim organisasi mempunyai hubungan positif

dengan kepuasan kerja. Kesan dimensi budaya organisasi, struktur organisasi,

ciri-ciri individu dan ekologi terhadap kepuasan kerja amat signifikan dengan

faktor ekologi dilihat sebagai paling dominan kesannya ke atas kepuasan

kerja berbanding faktor lainnya.

Manakala Norhana ( 2006 ) pula meninjau hubungan keserasian

darjah kongruen personaliti, persekitaran dengan kepuasan kerja dalam

kalangan kakitangan hospital di Melaka dari pelbagai jawatan iaitu jururawat,

pegawai farmasi, juru x-ray, fisioterapi dan pembantu perubatan. Dapatan

kajian menunjukkan terdapat hubungan antara kepuasan kerja dengan darjah

kongruen iaitu bagi jawatan jururawat adalah sederhana, fisioterapi adalah

tinggi, pembantu perubatan didapati lemah, manakala juru x-ray dan pegawai

farmasi adalah sangat lemah. Keseluruhan kajian ini menunjukkan

kekongruenan personaliti persekitaran dapat melahirkan kepuasan kerja

dalam kalangan kakitangan hospital.

37
2.5 Rumusan Ulasan Karya

Berdasarkan kajian-kajian lepas yang diperolehi, kecerdasan spiritual

dalam kalangan jururawat kebanyakkannya adalah dari luar negara dan

didapati bahawa kecerdasan spiritual merupakan aspek yang penting dalam

mempengaruhi dunia pekerjaan sama ada motivasi kerja, tekanan kerja,

prestasi kerja, komitmen kerja, etika kerja dan kepuasan kerja. Namun begitu

secara keseluruhannya kecerdasan spiritual, etika kerja dan kepuasan kerja

tidak memberi dapatan yang sama dalam setiap kajian. Walau bagaimanapun

kajian-kajian telah dapat mengenalpasti beberapa elemen penting yang perlu

dikaji dengan lebih mendalam terhadap kecerdasan spiritual individu untuk

mempengaruhi bidang pekerjaan.

38
BAB 3

METHOD KAJIAN

3.0 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang digunakan iaitu

meliputi subtopik seperti rekabentuk kajian, populasi dan persampelan kajian,

instrumen dan alat kajian yang digunakan serta penganalisian data.

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian deskriptif ini merupakan kajian tinjauan menggunakan soal selidik

serta melibatkan pengumpulan data hanya sekali sahaja. Menurut Sabitha

Merican (2006), dalam kajian sebegini, hipotesis akan digunakan untuk

meneliti hubungan antara pembolehubah yang dikaji.

Kajian ini menggunakan analisis statistik dalam memproses data

dengan menggunakan Program Statistical Package for Social Science

39
( SPSS ). Beberapa bentuk analisis inferensi akan digunapakai iaitu Ujian-t,

ANOVA dan Korelasi Pearson.

3.2 Populasi dan Persampelan Kajian

Kajian ini dijalankan terhadap jururawat dalam setiap jabatan, kaunter serta

di wad-wad. Jumlah populasi adalah 778 orang jururawat yang bertugas di

Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Berdasarkan jumlah pengiraan

populasi serta sampel jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan

(1970) dalam Chua Yan Piaw ( 2006), maka bilangan sampel kajian yang

ditetapkan adalah 260 orang jururawat. Namun demikian, setelah data dikutip

didapati hanya 195 orang sahaja jururawat yang telah kembalikan soal

selidik. Jururawat yang lain terlalu sibuk dengan kes H1N1.

3.3 Instrumen dan Alat Kajian

Dalam kajian ini, soal selidik yang telah digunakan terbahagi kepada empat

bahagian iaitu:

Bahagian A : Latar belakang responden

Bahagian B : Kecerdasan spiritual

Bahagian C : Etika kerja

Bahagian D : Kepuasan kerja

40
Untuk bahagian A, terdiri daripada item-item demografi yang terdiri daripada

status perkahwinan, taraf pendidikan, agama dan umur. Bahagian ini

mempunyai empat soalan sahaja. Ia merupakan item yang dibina sendiri oleh

pengkaji berdasarkan keperluan dan kepentingan kajian.

Untuk bahagian B, ia merupakan item-item yang mewakili Kecerdasan

Spritual yang mengandungi 27 item merangkumi 4 dimensi iaitu kendiri,

dimensi melampaui kendiri, dimensi memahami pengertian penjagaan

kerohanian dan dimensi amalan penjagaan kerohanian.

Jadual: 3.1 Dimensi Kecerdasan Spiritual dan Item Kenyataan Berkaitan

DIMENSI ITEM JUMLAH


ITEM

i- Kendiri 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7,8, 9,10,11,12,13 13

ii- Melampaui kendiri 14,15, 16 3

iii-Memahamipengertian penjagaan 17,18, 19, 20, 21 5


kerohanian
iv- Amalan penjagaan kerohanian 22, 23, 24, 25, 26, 27 6

Jumlah Keseluruhan Item 27

Soalse

41
Soal selidik ini telah diasaskan oleh Stevents (2002). Kemudian soal selidik

ini diterjemah daripada kajian Chung et.al ( 2006 ). Soalan-soalan adalah

bersesuaian kerana sampelnya terdiri daripada kalangan jururawat. Nilai

Alpha cronbach bagi soal selidik ini ialah .89.

Untuk tujuan penganalisian data, skor min kecerdasan spiritual dibahagikan

kepada dua peringkat. Ia mengikut tahap iaitu rendah dan tinggi.

Pengiraannya berdasarkan purata, jika min lebih daripada 3 justifikasinya

adalah tinggi dan jika min kurang daripada 3 maka justifikasinya adalah

rendah.

Jadual 3.2 : Taburan Skor Dimensi Kecerdasan Spiritual

Tahap Kecerdasan Spiritual Min

Rendah <3

Tinggi >3

Untuk bahagian C pula, ia merupakan item-item yang mewakili etika

kerja. Item-item ini dibina oleh Mahmood et.al ( 1997 ) dalam Mohd Hata

(2001). Item-item untuk bahagian ini mempunyai 36 item. Bagi

kebolehpercayaan dan ketekalan dalaman yang telah diperolehi berdasarkan

Alpha cronbach seperti di bawah:

42
Jadual 3.3 : Skor Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

TONGGAK ALPHA CRONBACH

T1 Hargai Masa 0.69

T2 Tekun membawa kejayaan 0.72

T3 Seronok bekerja 0.68

T4 Kemuliaan kesederhanaan 0.71

T5 Ketinggian peribadi 0.68

T6 Kewajipan menjalankan tugas 0.70

Untuk tujuan penganalisian data, skor min etika kerja dibahagikan kepada

dua peringkat. Ia mengikut tahap iaitu rendah dan tinggi.

Jadual 3.4 : Taburan Min Etika Kerja

Tahap Etika Kerja Min

Rendah <3

Tinggi >3

Untuk bahagian D, item-item kepuasan kerja ini menggunakan Soalselidik

Kepuasan Minnesota ( Minnessota Satisfaction Queistionaire yang diasaskan

43
oleh Weiss, Dawis, England dan Lofquist (1967 ). Soal selidik ini

mengandungi 20 item. Merujuk Buku Manual MSQ atau The Minnessota

Studies in Vocational Rehabilitation ( 1967 ) dalam Wright ( 1995 )

kebolehpercayaan bagi skala ini adalah memuaskan. Keefisien

kebolehpercayaan Hoyt bagi kepuasan dalaman ialah .91 dan kepuasan luaran

.82.

Soal selidik tersebut terdiri dari 20 soalan yang merangkumi 12 item

kepuasan dalaman dan 8 item kepuasan luaran. Item-item bagi kepuasan

dalaman dan kepuasan luaran adalah sepertimana yang dinyatakan dalam

jadual 3.5 di bawah :

Jadual 3.5 : Kategori MSQ dan item-item yang mewakilinya

Skala Item

Kepuasan dalaman (Intrinsic) 1, 2, 3, 4, 7, 8, 9, 10, 11, 15, 16, 20

Kepuasan luaran (Extrinsic) 5, 6, 12, 13, 14, 17, 18, 19

BagBagi nilai kesahan ( validity ) pula, Manual MSQ (1967) mencatatkan

nilai keesahan konstruk yang memuaskan. MSQ mencatatkan nilai

tahapkepuasan kerja untuk berbagai jenis pekerjaan adalah sama tinggi,

sewaktu pengujian skala dijalankan. Analisis faktor juga berjaya

mengkelompokkan item-item MSQ (short form) kepada dua bahagian iaitu

44
kepuasan dalaman dan luaran seperti yang dijangkakan oleh pengasasnya

Weiss, Dawis, England dan Lofquist (1967).

Format setiap item dalam bahagian D adalah jenis tertutup dan jenis

pemeringkatannya adalah skala likert. Skala Likert yang digunakan

mempunyai lima pilihan jawapan iaitu 1untuk tidak berpuas hati, 2 untuk

agak berpuas hati, 3 untuk berpuas hati, 4 untuk sangat berpuas hati dan 5

untuk teramat berpuas hati, Manual MSQ ( 1967).

3.4 Tatacara Pengumpulan Data

Kajian dimulakan dengan membuat rujukan di perpustakaan dan intenet

untuk mendapatkan maklumat tentang kajian-kajian lepas berkaitan

kecerdasan spiritual, etika kerja dan kepuasan kerja terhadap jururawat yang

telah dijalankan. Prosedur kedua mendapatkan surat kebenaran dari

Universiti Utara dan pihak Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani agar

kajian dapat berjalan dengan lancar. Menyusun atur perancangan tarikh untuk

mengedar soal selidik ke kaunter dan wad-wad yang akan diberikan kepada

responden kajian dalam masa tiga hari. Soalselidik diedarkan sendiri oleh

pengkaji dengan dibantu oleh kaunselor hospital berkenaan.

45
3.5 Analisis Data

Untuk penganalisaan data, data yang diperolehi akan dikumpul dan dianalisis

dengan menggunakan Program Statistical Package for Social Science

( SPSS ). Cara penganalisaan adalah seperti berikut:

i- Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan item dua kategori iaitu

status perkahwinan yang terdiri daripada berkahwin dan belum berkahwin.

ii- ANOVA digunakan untuk melihat perbezaan yang melebihi dua

kategori iaitu taraf pendidikan.

iii- Korelasi Pearson akan digunakan untuk melihat perhubungan antara

pembolehubah kecerdasan spiritual dengan etika kerja, kecerdasan spiritual

dengan kepuasan kerja dan etika dengan kepuasan kerja.

3.6 Penutup

Bab ini telah membincangkan semua sub topik dengan jelas. Perkara penting

dalam sub topik terdiri daripada rekabentuk kajian, populasi, sampel kajian,

alat kajian dan kesahan alat kajian serta analisis data.

46
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan

Dalam bab ini penumpuan akan diberikan terhadap perbincangan keputusan

kajian hasil daripada pengujian hipotesis-hipotesis yang dikemukakan.

Perbincangan analisis ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu analisis

deskriptif dan inferensi. Bahagian pertama akan menghuraikan berkaitan

taburan kekerapan dan peratusan. Bahagian kedua pula akan menghuraikan

penghasilan berkaitan ujian-t, Anova satu hala dan korelasi.

4.1 Analisis Deskriptif Maklumat Diri

Segala maklumat yang berkaitan dengan demografi akan dihuraikan dengan

menggunakan statistik diskriptif.

Jadual 4.1 Taburan kekerapan responden mengikut status perkahwinan

Penyataan Kekerapan Peratus (%)

Berkahwin 175 89.7

Belum Berkahwin 20 10.3


47
JUMLAH 195 100
Rajah 4.1 Graf peratusan mengikut status perkahwinan

Berdasarkan Jadual 4.1, didapati majoriti responden iaitu seramai 175 orang

iaitu 89.7% telah berkahwin, manakala 20 orang responden belum berkahwin

iaitu (10.3%). Ini menunjukkan responden terdiri daripada kalangan

jururawat yang telah berumahtangga melebihi jururawat belum berkahwin.

Untuk mendapat keterangan yang lebih jelas berkaitan jumlah jururawat yang

belum berkahwin berbanding dengan jururawat yang telah berkahwin, rujuk

pada graf carta bar tersebut.

4.1.2 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan

48
Jadual dan rajah di bawah menghuraikan kekerapan sampel mengikut

kategori pendapat yang diperolehi dari soal selidik.

Jadual 4.2 Taburan kekerapan responden mengikut taraf pendidikan

Penyataan Kekerapan Peratus (%)

SPM / MCE 50 25.6

STP/STPM/ HSC 45 23.1

Diploma 75 38.5

Kejururawatan
Ijazah Kejururawatan 25 12.8

JUMLAH 195 100

Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut taraf pendidikan. Analisis kajian mendapati taraf pendidikan paling

tinggi adalah di peringkat diploma seramai 75 orang iaitu 38.5 %. Manakala

pada tahap SPM/MCE merupakan taraf pendidikan kedua tertinggi iaitu 50

orang ( 25.6 % ), bagi yang memiliki tahap STP/STPM/ HSC pula 45

orang ( 23.1%) dan yang memiliki tahap ijazah adalah 25 orang sahaja

dengan 12.8%. Untuk mendapat keterangan yang lebih jelas berkaitan taraf

pendidikan di kalangan jururawat, rujuk pada graf carta bar di bawah:

49
Rajah 4.2 Graf peratusan mengikut taraf pendidikan

4.1.3 Taburan Responden Mengikut Agama

Jadual dan rajah di bawah menghuraikan kekerapan sampel mengikut

kategori agama yang diperolehi dari soal selidik.

Jadual 4.3 Taburan kekerapan responden mengikut agama

Penyataan Kekerapan Peratus (%)

Islam 170 87.2

Lain-lain 25 12.8

JUMLAH 195 100

50
T

Taburan responden mengikut agama pula menunjukkan seramai 170 orang

( 87.2 % ) adalah beragama Islam dan 25 orang ( 12.8 %) adalah lain-lain

agama.

4.1.4 Taburan Responden Mengikut Umur

Jadual dan rajah di bawah menghuraikan kekerapan sampel mengikut

kategori umur yang diperolehi dari soal selidik.

Jadual 4.4 Taburan kekerapan responden mengikut umur

Penyataan Kekerapan Peratus (%)

Kurang 25 tahun 5 2.6

26 – 35 tahun 50 25.6

36 – 45 tahun 95 48.7

Lebih 46 tahun 45 23.1

JUMLAH 195 100

Jadual 4.4 menunjukkan responden paling ramai terdiri daripada jururawat

yang berumur dalam lingkungan 36 hingga 45 tahun iaitu seramai 95 orang

dengan 48.7%, diikuti oleh responden dalam lingkungan umur 26 hingga 35

tahun seramai 50 orang dengan 25.6 % dan responden yang berumur lebih

dari 46 tahun terdiri daripada 45 orang dengan 23.1%. Responden paling

51
kurang adalah pada tahap umur kurang daripada 25 tahun hanya 5 orang

dengan 2.6 %.

4.2 Analisis Deskriptif Keputusan Tahap Kecerdasan Spiritual

Bahagian ini membincangkan hasil analisis bagi setiap item

kecerdasan spiritual responden berdasarkan empat dimensi iaitu dimensi

kendiri, melampaui kendiri, pengertian kerohanian dan amalan kerohanian,

etika kerja dan kepuasan kerja. Analisis dibuat berdasarkan taburan

kekerapan, peratusan dan min yang diperolehi bagi setiap item.

Dimensi Min Kekerapan (n) Peratus (%)

Kendiri 2.00 195 100.0

Melampaui Kendiri 2.00 195 100.0

Pengertian Kerohanian 1.79 155 79.5

Amalan Kerohanian 1.85 165 84.6

Etika Kerja 2.00 195 100.0

Kepuasan Kerja 1.92 180 92.3

Jadual 4.5 Analisis keputusan tahap kecerdasan spiritual mengikut


dimensi, etika kerja dan kepuasan kerja

52
Rajah graf bar 4.3 di di bawah menganalisis keputusan tahap

kecerdasan spiritual mengikut dimensi, etika kerja dan kepuasan kerja.

Rajah 4.3 Graf peratusan mengikut dimensi kecerdasan spiritual, etika


kerja dan kepuasan kerja

Berdasarkan analisis keputusan jadual 4.5 dan rajah graf bar 4.3 di

atas, didapati semua jururawat di hospital ini mempunyai kecerdasan spiritual

53
dalam dimensi kendiri, melampaui kendiri dan etika kerja pada tahap yang

tinggi iaitu seramai 195 orang dengan 100 %. Manakala didapati jururawat

yang memahami pengertian kerohanian terdiri daripada 155 orang jururawat

dengan 79.5%, jururawat yang mengamalkan kerohanian terhadap pesakit

semasa bertugas adalah terdiri daripada 165 orang jururawat dengan 84.6%

dan jururawat yang mempunyai kepuasan kerja terdiri daripada180 orang

jururawat dengan 92.3%.

Apabila dibuat perbandingan purata antara keempat-empat dimensi

kecerdasan spiritual terhadap jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim

Sungai Petani, dapatan menunjukkan semua jururawat mempunyai

kecerdasan spiritual kendiri yang tinggi juga mempunyai etika kerja yang

tinggi dengan min 2.00. Namun begitu, jururawat yang mempunyai

kecerdasan spiritual dalaman yang tinggi serta mengamalkan etika kerja yang

tinggi belum tentu mempunyai kepuasan kerja yang tinggi.

4.3 Rumusan Keseluruhan Analisis Deskriptif

Berdasarkan dapatan pada jadual-jadual yang telah diperlihatkan,

keseluruhannya didapati jururawat memiliki tahap kecerdasan spiritual yang

tinggi terhadap dimensi kendiri dan melampaui kendiri mereka tetapi pada

dimensi pengertian dan amalan kerohanian berada pada tahap sederhana

sahaja. Manakala dapatan bagi etika kerja pula, keseluruhan responden

54
memiliki etika kerja yang tinggi dengan 195 orang ( 100%) dan responden

didapati memiliki kepuasan kerja pada tahap yang sederhana.

4.4 Analisis Inferensi

Analisis inferensi digunakan untuk mendapatkan keputusan pengujian

hipotesis yang telah dibina oleh pengkaji. Antara statistik yang digunakan

ialah korelasi Pearson, Ujian-t dan Anova satu hala.

4.4.1 Analisis Perbezaan

4.4.1.1 Analisis Perbezaan Tahap Kecerdasan Spiritual Dimensi Amalan

Kerohanian Mengikut Taraf Pendidikan

HA 1: Terdapat perbezaan tahap kecerdasan spiritual dimensi amalan

penjagaan kerohanian dalam kalangan jururawat Hospital Sultan

Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf pendidikan.

Hipotesis alternatif ini dianalisis menggunakan kaedah One Way

Anova. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam jadual 4.6.

55
Jadual 4.6 : Keputusan One Way Anova yang menunjukkan tahap
kecerdasan spiritual dimensi amalan kerohanian mengikut taraf
pendidikan.

Sumber Ss Df Ms F Sig
varian

Di Antara 0.801 3 0.267 0.612 0.608


Kumpulan
Di Dalam 83.31 191 0.436
Kumpulan

Jumlah 84.11 194

Tujuan ujian ini adalah untuk melihat perbezaan antara tahap

kecerdasan spiritual dimensi amalan penjagaan kerohanian dengan taraf

pendidikan. Berdasarkan Ujian One Way ANOVA ( jadual 4.6 ), keputusan

ujian ini menunjukkan tidak signifikan F ( 3, 191) = 0.612, p>.05). Ini

menunjukkan dapatan kajian gagal menolak hipotesis nul iaitu tidak terdapat

perbezaan kecerdasan spiritual dimensi amalan penjagaan kerohanian di

antara taraf pendidikan dalam kalangan jururawat di Hospital Sultan Abdul

Halim Sungai Petani.

56
4.4.1.2 Analisis Perbezaan Tahap Kecerdasan Spiritual Dimensi Amalan

Kerohanian Mengikut Taraf Perkahwinan

HA 2: Terdapat perbezaan tahap kecerdasan spiritual dimensi amalan

penjagaan kerohanian dalam kalangan jururawat Hospital Sultan

Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf perkahwinan.

Ujian-t digunakan untuk menguji samada wujud perbezaan tahap

kecerdasan spiritual dimensi amalan penjagaan kerohanian jururawat

mengikut taraf perkahwinan. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan

seperti dalam jadual 4.7 di bawah.

Jadual 4.7: Keputusan Ujian-t yang menunjukkan tahap kecerdasan


spiritual dimensi amalan kerohanian mengikut taraf perkahwinan.

Status Min T Df Sisihanpiawai Sig

MinAmalan Berkahwin 3.54 -1.58 193 .691 .001

Belum 3.79 .074

Berkahwin

Berdasarkan ujian-t sampel bebas ( jadual 4.7 ) keputusan ujian ini

menunjukkan signifikan secara statistik ( t ( 193 )= -1.58, p < .05 ). Ini

menunjukkan dapatan kajian berjaya menolak hipotesis nul dan menerima

57
hipotesis alternatif iaitu terdapat perbezaan kecerdasan spiritual dimensi

amalan penjagaan kerohanian di antara jururawat yang telah berkahwin dan

jururawat yang belum berkahwin. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa

purata kecerdasan spiritual amalan penjagaan kerohanian jururawat yang

belum berkahwin ( 3.79 ) adalah lebih tinggi berbanding dengan purata

kecerdasan spiritual amalan penjagaan kerohanian jururawat yang sudah

berkahwin ( 3.54 ). Ini menunjukkan bahawa jururawat yang belum

berkahwin di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani mempunyai

kecerdasan spiritual amalan penjagaan kerohanian yang lebih baik

berbanding dengan kecerdasan spiritual amalan penjagaan kerohanian

jururawat yang sudah berkahwin di hospital yang sama.

4.4.1.3 Analisis Perbezaan Tahap Etika Kerja Mengikut Taraf Pendidikan

HA 3: Terdapat perbezaan tahap etika kerja dalam kalangan jururawat

Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf pendidikan.

Hipotesis alternatif ini dianalisis menggunakan kaedah One Way

Anova. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam jadual 4.8.

Jadual 4.8 : Keputusan One Way Anova yang menunjukkan tahap


etika kerja mengikut taraf pendidikan.

58
Sumber Ss Df Ms F Sig
varian

Di Antara 0.766 3 0.255 3.018 0.031


Kumpulan
Di Dalam 16.16 191 0.085
Kumpulan
Jumlah 84.11 194

Tujuan ujian ini adalah untuk melihat perbezaan antara etika kerja

dengan taraf pendidikan. Berdasarkan Ujian One Way ANOVA ( jadual 4.8 ),

Keputusan statistik One Way ANOVA menunjukkan signifikan F ( 3, 191) =

3.018, p<.05). ini menunjukkan dapatan ini berjaya menolak hipotesis nul

dan menerima hipotesis alternatif , iaitu terdapat perbezaan etika kerja

dengan taraf pendidikan. Ujian Post Hoc menunjukkan terdapat perbezaan

etika kerja dengan taraf pendidikan. Purata etika kerja jururawat yang

berpendidikan pada peringkat STPM ( 3.82 ) adalah lebih rendah berbanding

dengan jururawat yang berpendidikan pada peringkat ijazah ( 4.00 ). Ini

59
menunjukkan jururawat yang berpendidikan pada tahap ijazah mempunyai

etika kerja yang lebih baik berbanding jururawat yang berpendidikan pada

tahap SPM dan STPM. Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa

terdapat perbezaan yang signifikan antara jururawat yang berpendidikan pada

peringkat STPM dan jururawat yang berpendidikan pada peringkat ijazah

namun keduanya tidak mempunyai perbezaan dengan mereka yang

berpendidikan pada peringkat SPM dan Diploma.

4.4.1.4 Analisis Perbezaan Tahap Etika Kerja Mengikut Taraf Perkahwinan

HA 4: Terdapat perbezaan tahap etika kerja dalam kalangan jururawat

Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf perkahwinan.

Ujian-t digunakan untuk menguji samada wujud perbezaan tahap

etika kerja mengikut taraf perkahwinan. Hasil dapatan yang diperolehi

dinyatakan seperti dalam jadual 4.9 di bawah.

Jadual 4.9 : Keputusan Ujian-t yang menunjukkan tahap etika kerja


mengikut taraf perkahwinan.

Status Min T Df Sisihanpiawai Sig

MinEtika Berkahwin 3.92 0.56 29.36 .304 .217

Belum 3.90 .207

Berkahwin

Berdasarkan ujian-t sampel bebas ( jadual 4.9 ) keputusan ujian ini

menunjukkan tidak signifikan ( t( 29.4 )=0.56.p > .05 ). Ini menunjukkan

60
dapatan kajian gagal menolak hipotesis nul iaitu tidak terdapat perbezaan

etika kerja dengan taraf perkahwinan dalam kalangan jururawat di Hospital

Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

4.4.1.5 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Mengikut Taraf Pendidikan

HA 5: Terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja dalam kalangan

jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf

pendidikan.

Hipotesis alternatif ini dianalisis menggunakan kaedah One Way Anova. Hasil

dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam jadual 4.10.

Jadual 4.10: Keputusan One Way Anova yang menunjukkan


tahap kepuasan kerja mengikut taraf pendidikan

Sumber ss Df Ms F Sig
varian

Di Antara 6.89 3 2.30 12.61 .001


Kumpulan
Di Dalam 34.79 191 0.18
Kumpulan

Jumlah 41.67 194

61
T

Tujuan ujian ini adalah untuk melihat perbezaan antara kepuasan

kerja dengan taraf pendidikan. Berdasarkan Ujian One Way ANOVA ( jadual

4.10 ), Keputusan statistik One Way ANOVA menunjukkan signifikan F ( 3,

191) = 12.61, p<.05). Ini menunjukkan dapatan telah berjaya menolak

hipotesis nul dan menerima hipotesis alternatif , iaitu terdapat perbezaan

kepuasan kerja dengan taraf pendidikan. Ujian Post Hoc menunjukkan

terdapat perbezaan kepuasan kerja dengan taraf pendidikan. Purata kepuasan

kerja jururawat yang berpendidikan pada peringkat SPM ( 3.59 ) adalah lebih

rendah berbanding dengan jururawat yang berpendidikan pada peringkat

Diploma ( 4.02 ). Ini bermakna jururawat yang berpendidikan pada peringkat

Diploma lebih banyak kepuasan kerja berbanding jururawat berpendidikan

pada peringkat SPM. Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa

terdapat perbezaan yang signifikan antara jururawat yang berpendidikan pada

peringkat SPM dan jururawat yang berpendidikan pada peringkat Diploma

namun keduanya tidak mempunyai perbezaan dengan mereka yang

berpendidikan pada peringkat STPM dan Ijazah.

4.4.1.6 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Mengikut Taraf

Perkahwinan

62
HA 6: Terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja dalam kalangan

jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dari segi taraf

perkahwinan.

Ujian-t digunakan untuk menguji samada wujud perbezaan tahap etika kerja

jururawat mengikut taraf perkahwinan. Hasil dapatan yang diperolehi

dinyatakan seperti dalam jadual 4.11 di bawah.

Jadual 4.11: Keputusan Ujian-t yang menunjukkan tahap


kepuasan kerja mengikut taraf perkahwinan

Status Min T Df Sisihanpiawai Sig

MinPuas Berkahwin 3.81 -0.24 193 .487 .001

Belum 3.84 .133

Berkahwin

Berdasarkan ujian-t sampel bebas ( jadual 4.11 ) keputusan ujian ini

menunjukkan signifikan secara statistik ( t ( 193 )= -0.24, p < .05 ). Ini

menunjukkan dapatan kajian berjaya menolak hipotesis nul dan menerima

hipotesis alternatif iaitu terdapat perbezaan kepuasan kerja di antara

jururawat yang telah berkahwin dan jururawat yang belum berkahwin.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa purata kepuasan kerja jururawat

yang belum berkahwin ( 3.84 ) adalah lebih tinggi berbanding dengan purata

kepuasan kerja jururawat yang sudah berkahwin ( 3.81 ). Ini menunjukkan

bahawa jururawat yang belum berkahwin di Hospital Sultan Abdul Halim

63
Sungai Petani mengalami kepuasan kerja yang lebih banyak berbanding

dengan kepuasan kerja jururawat yang sudah berkahwin di hospital yang

sama.

4.4.1.7 Analisis Hubungan Antara Kecerdasan Spiritual Dimensi Kendiri

Dengan Kepuasan Kerja

HA 7: Terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan spiritual

dimensi kendiri dengan kepuasan kerja dalam kalangan jururawat

Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

Korelasi digunakan untuk menguji samada wujudnya perhubungan

antara kecerdasan spiritual dimensi kendiri dengan kepuasan kerja jururawat.

Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam jadual 4.12 di

bawah.

Jadual 4.12: Keputusan Korelasi yang menunjukkan hubungan


kecerdasan spiritual kendiri dengan kepuasan kerja

Kecerdasan Spiritual R
( Kendiri )
Kepuasan Kerja 0.281**

**p< 0.01 ( 2-hujung )

Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan spiritual dimensi kendiri

mempunyai hubungan positif yang signifikan ( r = 0.281, p<0.05) dengan

64
kepuasan kerja. Oleh itu dapatan kajian telah berjaya menolak hipotesis nul

dan menerima hipotesis alternatif iaitu kecerdasan spiritual dimensi kendiri

mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja, ini

menunjukkan jururawat yang mempunyai kecerdasan spiritual kendiri yang

tinggi mempunyai kepuasan kerja yang tinggi dan sebaliknya jururawat yang

mempunyai kecerdasan spiritual kendiri yang rendah mempunyai kepuasan

kerja yang rendah. Dapatan ini menunjukkan kecerdasan spiritual kendiri

mempunyai hubungan yang sederhana ( r = 0.281) dengan kepuasan kerja.

4.4.1.8 Analisis Hubungan Antara Kecerdasan Spiritual Dimensi Melampaui

Kendiri Dengan Kepuasan Kerja

HA 8: Terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan spiritual

dimensi melampaui kendiri dengan kepuasan kerja dalam kalangan

jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

Korelasi digunakan untuk menguji samada wujudnya perhubungan

antara kecerdasan spiritual dimensi melampaui kendiri dengan kepuasan

kerja jururawat. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam

jadual 4.13 di bawah.

65
Jadual 4.13: Keputusan Korelasi yang menunjukkan hubungan
kecerdasan spiritual melampaui kendiri dengan kepuasan kerja

Kecerdasan Spiritual R
( Melampaui Kendiri )
Kepuasan Kerja 0.236**

**p< 0.01 ( 2-hujung )

Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan spiritual dimensi melampaui

kendiri mempunyai hubungan positif yang signifikan ( r = 0.236, p<0.05)

dengan kepuasan kerja. Oleh itu dapatan kajian telah berjaya menolak

hipotesis nul dan menerima hipotesis alternatif iaitu kecerdasan spiritual

dimensi melampaui kendiri mempunyai hubungan yang signifikan dengan

kepuasan kerja, ini menunjukkan jururawat yang mempunyai kecerdasan

spiritual melampaui kendiri yang tinggi mempunyai kepuasan kerja yang

tinggi dan sebaliknya jururawat yang mempunyai kecerdasan spiritual

melampaui kendiri yang rendah mempunyai kepuasan kerja yang rendah.

Walaupun dapatan ini menunjukkan kecerdasan spiritual melampaui kendiri

mempunyai hubungan antara kecerdasan spiritual melampaui kendiri dengan

kepuasan kerja tetapi hubungan yang lemah sahaja iaitu ( r = 0.281).

66
4.4.1.9 Analisis Hubungan Antara Kecerdasan Spiritual Dimensi Memahami

Kerohanian Dengan Kepuasan Kerja

HA 9: Terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan spiritual

dimensi memahami erti kerohanian dengan kepuasan kerja dalam

kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

Korelasi digunakan untuk menguji samada wujudnya perhubungan

antara kecerdasan spiritual dimensi memahami kerohanian dengan kepuasan

kerja jururawat. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam

jadual 4. 14 di bawah.

Jadual 4.14: Keputusan Korelasi yang menunjukkan hubungan


kecerdasan spiritual memahami kerohanian dengan kepuasan
kerja

Kecerdasan Spiritual R
( Memahami Kerohanian )
Kepuasan Kerja 0.135

**p< 0.01 ( 2-hujung )

Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan spiritual dimensi memahami

erti kerohanian tidak mempunyai hubungan yang signifikan ( p > 0.05)

dengan kepuasan kerja. Ini menunjukkan kecerdasan spiritual memahami erti

67
kerohanian tidak mempunyai hubungan terhadap kepuasan kerja dalam

kalangan jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

4.4.1.10 Analisis Hubungan Antara Kecerdasan Spiritual Dimensi Amalan

Penjagaan Kerohanian Dengan Kepuasan Kerja

HA 10 : Terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan spiritual

dimensi amalan penjagaan kerohanian dengan kepuasan kerja dalam

kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

Korelasi digunakan untuk menguji samada wujudnya perhubungan

antara kecerdasan spiritual dimensi amalan penjagaan kerohanian dengan

kepuasan kerja jururawat. Hasil dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti

dalam jadual 4.15 di bawah.

Jadual 4.15: Keputusan Korelasi yang menunjukkan hubungan


kecerdasan spiritual amalan kerohanian dengan kepusan kerja

Kecerdasan Spiritual R
( Amalan Kerohanian )
Kepuasan Kerja 0.422**

**p< 0.01 ( 2-hujung )

Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan spiritual dimensi amalan

penjagaan kerohanian mempunyai hubungan positif yang signifikan ( r =

0.422, p<0.05) dengan kepuasan kerja. Oleh itu dapatan kajian telah berjaya

68
menolak hipotesis nul dan menerima hipotesis alternatif iaitu kecerdasan

spiritual amalan penjagaan kerohanian mempunyai hubungan yang

signifikan dengan kepuasan kerja, ini menunjukkan jururawat yang

mempunyai kecerdasan spiritual amalan penjagaan kerohanian yang tinggi

mempunyai kepuasan kerja yang tinggi dan sebaliknya jururawat yang

mempunyai kecerdasan spiritual amalan penjagaan kerohanian yang rendah

mempunyai kepuasan kerja yang rendah. Dapatan ini menunjukkan

kecerdasan spiritual amalan penjagaan kerohanian mempunyai hubungan

yang sederhana ( r = 0.422 ) dengan kepuasan kerja.

4.4.1.11 Analisis Hubungan Antara Etika Kerja Dengan Kepuasan Kerja

HA 11 : Terdapat hubungan yang signifikan antara etika kerja dengan

kepuasan kerja dalam kalangan jururawat Hospital Sultan Abdul

Halim Sungai Petani.

Korelasi digunakan untuk menguji samada wujudnya

perhubungan antara etika kerja dengan kepuasan kerja jururawat. Hasil

dapatan yang diperolehi dinyatakan seperti dalam jadual 4.16 di bawah.

Jadual 4.16: Keputusan Korelasi yang menunjukkan hubungan


etika kerja dengan kepuasan kerja

Etika Kerja R

Kepuasan Kerja 0.342**

69
**p< 0.01 ( 2-hujung )

Dapatan kajian menunjukkan etika kerja mempunyai hubungan positif

yang signifikan ( r = 0.342, p<0.05) dengan kepuasan kerja. Oleh itu dapatan

kajian telah berjaya menolak hipotesis nul dan menerima hipotesis alternatif

iaitu etika kerja mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan

kerja, ini menunjukkan jururawat yang mempunyai etika kerja yang tinggi

mempunyai kepuasan kerja yang tinggi dan sebaliknya jururawat yang

mempunyai etika kerja yang rendah mempunyai kepuasan kerja yang rendah.

Dapatan ini menunjukkan etika kerja mempunyai hubungan yang sederhana

( r = 0.342 ) dengan kepuasan kerja.

4.5 Rumusan

Bab ini telah membincangkan hasil analisis ujian statistik dengan

kaedah deskriptif dan inferensi. Keputusan pengujian hipotesis yang telah

dijalankan mendapati bahawa dua hipotesis kajian ini ditolak manakala empat

lagi tidak ditolak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan

yang signifikan di antara setiap dimensi kecerdasan spiritual dengan

kepuasan kerja dan etika kerja kecuali dimensi memahami pengertian

kerohanian sahaja tiada hubungan. Selain itu, dapatan juga menunjukkan

bahawa tahap kecerdasan spiritual amalan kerohanian adalah berbeza

70
mengikut taraf perkahwinan tetapi tiada perbezaan mengikut taraf

pendidikan. Manakala tidak terdapat perbezaan tahap etika kerja mengikut

taraf perkahwinan dan terdapat perbezaan mengikut taraf pendidikan tetapi

tiada perbezaan kepuasan kerja mengikut taraf perkahwinan dan pendidikan.

71
BAB 5

PERBINCANGAN

5.0 Pendahuluan

Dalam bab ini perbincangan hasil dapatan kajian berdasarkan persoalan,

objektif dan hipotesis-hipotesis seperti yang telah diperkatakan pada bab

yang lalu. Penerangan dan perbincangan yang akan dihuraikan adalah

merangkumi topik-topik kecerdasan spiritual, etika kerja dan kepuasan kerja

dalam kalangan jururawat.

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kecerdasan spiritual

mengikut setiap dimensi dan juga membincangkan hubungannya dengan

etika kerja serta kepuasan kerja. Di samping itu, kajian ini juga mendapati

sama ada terdapat perbezaan atau tiada perbezaan antara ciri-ciri demografi

dari sudut taraf perkahwinan dan tahap pendidikan dalam kalangan jururawat

di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

72
5.1 Perbincangan

5.1.1 Kecerdasan Spiritual Dimensi Amalan Kerohanian Dan Faktor

Demografi

Perbincangan dalam bahagian ini meliputi dua hipotesis kajian yang telah

dibentuk berkaitan dengan ciri demografi. Hipotesis ini adalah meliputi tahap

pendidikan dan taraf perkahwinan dalam kalangan jururawat di Hospital

Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

5.1.1.1 Amalan Kerohanian dengan Tahap Pendidikan

Keputusan ujian Anova satu hala menunjukkan bahawa tidak terdapat

perbezaan tahap pendidikan bagi keempat-empat kategori tahap pendidikan

yang telah dikelaskan. Keputusan ini menunjukkan semua jururawat

mempunyai tahap amalan kerohanian yang sama walaupun mereka terdiri

daripada golongan jururawat dari pelbagai tahap pendidikan atau kelulusan.

Selain itu, keputusan ini juga menunjukkan jururawat yang bertugas di

Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani yang berkelulusan pada peringkat

tinggi seperti ijazah atau diploma mempunyai tahap kecerdasan spiritual

amalan kerohanian yang sama dengan jururawat yang berkelulusan pada

73
peringkat SPM atau STPM. Ini bermakna tahap amalan kecerdasan spiritual

kerohanian yang diamalkan oleh jururawat yang berkelulusan tinggi atau

rendah terhadap pesakit adalah sama iaitu tahap pendidikan tidak

mempengaruhi amalan kecerdasan spiritual dalam kalangan jururawat

terhadap pesakit semasa menjalankan tugas mereka.

Kecerdasan spiritual amalan kerohanian seseorang bukan sesuatu

yang mudah untuk dikenalpasti kerana ia adalah sesuatu yang sangat abstrak

dan tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk tingkahlaku. Ia merupakan satu

kesukaran untuk diukur tahap kecerdasan spiritual amalan kerohanian mereka

sama ada ianya berada pada tahap yang sempurna atau tidak. Salah satu

faktor yang menyebabkan tahap pendidikan jururawat tidak mempengaruhi

kecerdasan spiritual amalan kerohanian adalah didikan ibubapa. Sekiranya

hubungan serta komunikasi dalam keluarga, dengan ibubapa seseorang

individu itu semenjak kecil sememangnya dipengaruhi oleh amalan

kerohanian dalam diri maka agak sukar untuk dia mengubah dirinya apabila

telah dewasa dan mempraktikkan amalan kerohanian ini khususnya dalam

bidang pekerjaannya ( Wolman, 2001).

Dapatan ini tidak selari dengan dapatan oleh Ke-Ping Yang (2006) di

mana dia berpendapat bahawa pendidikan sangat penting terhadap jururawat

dalam mempraktikkan ilmu kejururawatan. Manakala Loretta Yuet Foon

Chung (2006), berpendapat bahawa pendidikan dan amalan kerohanian atau

kejiwaan bukan sahaja satu kewajipan kepada seseorang jururawat malahan

74
terdapat perhubungan dalam kendiri dan melampaui kendiri ( tuhan )

jururawat tersebut.

Menurut falsafah manusia al-Ghazali (1998), aspek dalaman manusia

iaitu hati, akal dan jiwa yang kuat dipengaruhi oleh segala rangsangan yang

diterima oleh pancaindera. Rangsangan positif mencetuskan dorongan kepada

tingkahlaku positif, manakala rangsangan negatif pula akan mendorong diri

untuk bertingkahlaku negatif. Justeru itu, manusia yang mempunyai

kecerdasan spiritual yang tinggi akan sentiasa memelihara amalan

kerohaniannya serta tingkahlakunya sama ada dalam bidang kerjayanya

malahan dalam kehidupannya.

Sebagai seorang jururawat yang memiliki kecerdasan spiritual yang

tinggi akan sentiasa berusaha untuk mengamalkan kebaikan dan beretika

dalam setiap perbuatannya. Bertepatan dengan kata-kata Robert A.Emmons

(1999), salah satu daripada karektor individu yang berkecerdasan spiritual

adalah berkemampuan untuk berbuat baik terhadap orang lain khususnya bagi

jururawat adalah untuk para pesakitnya. Belcher dan Griffiths (2005),

seorang jururawat yang mempraktikkan ilmu kejiwaannya adalah mereka

yang mampu mengaplikasikan nilai kejiwaan itu terhadap penjagaan

pesakitnya.

5.1.1.2 Taraf Perkahwinan dengan Amalan Kerohanian

75
Keputusan ujian-t bagi perbandingan skor min tahap amalan

kerohanian kecerdasan spiritual jururawat yang belum berkahwin dengan

jururawat yang telah berkahwin menunjukkan terdapat perbezaan yang

signifikan antara keduanya. Dapatan ini menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan amalan kerohanian jururawat terhadap pesakit semasa menunaikan

tugas dan tanggungjawab antara jururawat yang belum berkahwin dengan

jururawat yang telah berkahwin. Dapatan ini selari dengan Loretta Yuet Foon

Chung (2006) iaitu jururawat yang telah berkahwin didapati lebih banyak

mengamalkan kerohanian terhadap pesakit berbanding dengan jururawat

yang masih bujang. Manakala kajian Ke-Ping Yang (2006) mendapati tiada

perbezaan yang signifikan antara jururawat yang bujang dengan jururawat

yangtelah berkahwin dalam mengamalkan kecerdasan spiritual.

Wolman (2001), menyatakan bahawa mereka yang telah berkahwin

merupakan individu yang telah matang. Gau (2000), juga turut

memperihalkan bahawa faktor kematangan adalah suatu perkembangan

spiritual. Begitu juga Lin (2000), turut menyokong faktor kematangan

merupakan faktor utama kepada amalan kerohanian jururawat dalam

melaksanakan kewajipannya terhadap pesakit.

Manakala kajian Cavendish et.al didapati mendapat keputusan

analisis yang tidak selari dengan kajian ini iaitu kecerdasan spiritual amalan

kerohanian dalam kalangan jururawat berkahwin adalah sama dengan

jururawat yang belum berkahwin.

76
Namun begitu al-Ghazali (1998), menyatakan segala tindakan adalah

bermula dari hati. Segala maklumat dan tingkahlaku memberi kesan kepada

hati bagi mendorong anggota badan bertindak untuk melakukan perbuatan

baik atau sebaliknya. Apabila aspek dalaman diri itu berkata baik maka, hati

akan memberi arahan kepada individu tersebut untuk bertingkah laku baik.

Seterusnya baik pula segala perkara yang terpancar daripada diri individu itu.

Air muka yang tenang, tingkah laku yang sopan adalah pancaran dari aspek

dalaman diri.

Lantaran itu, kerjaya jururawat juga sangat menuntut untuk

melakukan kebaikan kepada pesakitnya sebagai melambangkan struktur

kejiwaannya yang tinggi. Walaubagaimanapun, kejiwaan boleh didefinasikan

sebagai kualiti dinamik dan perhubungan peribadi dengan Tuhan ( Ellis,

1980).

5.1.2 Etika Kerja Dan Faktor-Faktor Demografi

5.1.2.1 Taraf Pendidikan dengan Etika Kerja

Keputusan ujian Anova satu hala menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan tahap pendidikan bagi keempat-empat kategori tahap yang telah

dikelaskan. Keputusan ini menunjukkan etika kerja jururawat yang

mempunyai tahap pendidikan pada peringkat ijazah dan diploma adalah

berbeza dengan jururawat yang mempunyai tahap pendidikan pada tahap

77
SPM dan STPM. Ini bermakna etika kerja yang diamalkan oleh jururawat

yang berkelulusan tinggi adalah lebih baik dengan etika kerja yang diamalkan

oleh jururawat yang berkelulusan rendah terhadap pesakit semasa

menjalankan tugas mereka. Dapatan ini bertepatan juga dengan kajian yang

telah dilaksanakan oleh Muhamad Dzahir Kasa ( 2007) dan Shukri (2002)

iaitu pekerja yang berkelulusan tinggi lebih beretika berbanding pekerja yang

berkelulusan rendah.

Kajian Putti.dkk (1998) menyatakan bahawa taraf pendidikan juga

turut mempengaruhi etika kerja seseorang dalam memberi pengetahuan

terhadap bidang kerjanya. Boatwright dan Slate (2000) pula mengatakan

pendidikan etika sangat diperlukan kerana tanpa pengetahuan etika akan

menyebabkan berlakunya pekerja tidak memiliki nilai instrinstik perlakuan di

tempat kerja serta ketidaksuaian individu berkenaan untuk berada pada status

pekerjaan yang sepatutnya.

Namun begitu kajian Ali (2002), mendapati tidak terdapat perbezaan

bagi pekerja yang berkelulusan tinggi dengan pekerja yang berkelulusan

rendah bermaksud etika kerja semua pekerja adalah sama sahaja.

Mengikut hedonism ( Teori Kebaikan ) selalunya dihujah berdasarkan

perbezaan di antara aspek dalaman ( instrinstik ) dan nilai instrumen. Sesuatu

itu mempunyai nilai yang baik atau buruk bergantung kepada akibat daripada

tindakannya. Ini bermaksud hedonism membenarkan perkara seperti

78
pengetahuan intelek boleh dijadikan panduan kebaikan selain dari

kebahagiaan semasa manusia bertingkahlaku.

Justeru itu, ilmu kejururawatan akan menyediakan peluang-peluang

terhadap jururawat untuk terus mempraktikkan ilmu tradisi dan juga

menambahkan ilmu kemodenan dalam melahirkan jururawat yang

berketrampilan dan boleh dijadikan ikutan atau “role model” ( Treloar, 2000).

5.1.2.2 Taraf Perkahwinan dengan Etika Kerja

Keputusan ujian-t bagi perbandingan skor min tahap etika kerja

jururawat yang belum berkahwin dengan jururawat yang telah berkahwin

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara keduanya.

Dapatan ini menunjukkan bahawa semua jururawat sama ada yang belum

berkahwin atau jururawat yang telah berkahwin mempunyai etika kerja yang

sama terhadap pesakit semasa menunaikan tugas dan tanggungjawab. Kajian

ini telah menunjukkan keputusan yang selari dengan kajian oleh Muhamad

Ribuan Che Omar (2004) dan Ali (2002) iaitu etika kerja bagi pekerja bujang

adalah sama dengan etika kerja dikalangan pekerja yang telah berkahwin.

Dapatan kajian ini adalah disebabkan oleh faktor profesion

kejururawatan sememangnya merupakan satu bidang tugas yang terlatih

khusus di mana sebelum seseorang jururawat itu memikul tugas tersebut dia

79
telah diberi latihan khas dalam bidang perawatan dan diploma kejururawatan

sebagai syarat wajib jawatan tersebut. Latihan ini sangat penting untuk

mendisiplinkan mereka kerana jururawat akan berdepan dengan tugas yang

melibatkan nyawa manusia. Kewajipan ini menuntut golongan jururawat ini

bekerja dengan penuh disiplin, beretika dan professional. Dalam kata lain,

faktor keagamaan tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap etika kerja

jururawat sebaliknya disiplin dan keprofesionalan merupakan faktor penting

bagi kecerdasan spiritual jururawat (Yang, 1998). Justeru itu sama ada

jururawat tersebut sudah berkahwin atau belum berkahwin, mereka tetap

dituntut dan berkewajipan untuk melaksanakan tugas mereka dengan penuh

rasa tangungjawab dan kerana faktor tersebut menyebabkan tiada perbezaan

tahap etika kerja mereka.

5.1.3 Kepuasan Kerja Dan Faktor-Faktor Demografi

5.1.3.1 Taraf Pendidikan dengan Kepuasan Kerja

Keputusan ujian Anova satu hala menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan tahap pendidikan bagi keempat-empat kategori tahap yang telah

dikelaskan. Keputusan ini menunjukkan jururawat yang mempunyai tahap

pendidikan pada peringkat ijazah dan diploma mempunyai kepuasan kerja

yang berbeza dengan jururawat yang mempunyai tahap pendidikan pada

tahap SPM dan STPM. Ini bermakna jururawat yang berkelulusan tinggi

80
lebih berpuas hati berbanding dengan jururawat yang berkelulusan rendah

rasa kurang berpuas hati dalam menjalankan tugas mereka. Kajian ini

didapati mendapat keputusan yang sama dengan kajian oleh Joseph dan

Deshpandes ( 1997 ). Manakala kajian oleh Ismail Ibrahim (2002) juga

mendapati terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja mengikut taraf

pendidikan di kalangan pembantu kesihatan di Hospital Kubang Kerian

Kelantan.

Dapatan ini adalah dipengaruhi oleh faktor gaji atau pembayaran yang

berlainan mengikut taraf pendidikan jururawat berkenaan. Bagi jururawat

yang berpendidikan tinggi akan dibayar gaji mengikut ketinggian

kelulusannya berbanding dengan jururawat yang berkelulusan rendah akan

menerima bayaran yang setimpal dengan kelulusannya. Justeru itu dapat

dikatakan bahawa jururawat yang menerima gaji yang tinggi akan

mempunyai kepuasan kerja yang tinggi manakala jururawat yang

berkelulusan rendah mempunyai tahap kepuasan kerja yang rendah. Oleh

yang sedemikianlah menyebabkan terdapatnya perbezaan tahap kepuasan

kerja dalam kalangan jururawat tersebut.

Menurut teori Herzberg ( 1959), faktor hygiene iaitu merupakan

elemen luaran diri pekerja yang diperolehi hasil kerjanya seperti gaji, bonus,

insentif, keuntungan, jaminan kerja, keadaan fizikal tempat kerja dan

sebagainya. Pekerja yang sentiasa dipenuhi faktor hygiene dan motivator

sentiasa akan membawa kepada kepuasan kerja seterusnya dapat

81
meningkatkan prestasi serta kecemerlangan dalam bidang profesion yang

dipertanggungjawabkan kepadanya.

5.1.3.2 Taraf Perkahwinan dengan Kepuasan Kerja

Keputusan ujian-t bagi perbandingan skor min tahap kepuasan kerja

jururawat yang belum berkahwin dengan jururawat yang telah berkahwin

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara keduanya. Dapatan

ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan kepuasan kerja antara jururawat

yang belum berkahwin dengan jururawat yang telah berkahwin dalam

menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka terhadap pesakit di Hospital

Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Ianya bermakna jururawat yang belum

berkahwin didapati mengalami kepuasan kerja yang lebih tinggi daripada

jururawat yang telah berkahwin. Jururawat yang belum berkahwin ini

didapati lebih seronok dalam melaksanakan tugas mereka kerana lebih

banyak masa dan peluang diberikan untuk mempertingkatkan kreativiti

mereka berbanding dengan jururawat yang telah berkahwin terpaksa

membahagi-bahagikan tanggungjawab yang lebih banyak sehingga tidak

berpeluang untuk lebih berkreativiti dan menikmati kepuasan dalam bekerja.

Herzberg (1959) juga telah menegaskan bahawa faktor motivator

adalah penting untuk memperangsangkan daya kreativiti pekerja dalam

pekerjaan dan berasa puas terhadap kerjanya serta akan lebih bermotivasi

untuk mencapai tahap prestasi dan kepuasan yang lebih tinggi.

82
Manakala Krishnakumar dan Neck (2002) dalam Leptkin ( 2006 )

menyatakan bahawa spiritual boleh mendorong individu lebih menyedari

untuk mencapai sesuatu peningkatan serta berkreativiti. Spiritual juga

berpotensi untuk menghubungkan antara kekuatan kreativiti dari pemikiran

manusia dengan Tuhan. Mendorong individu supaya lebih beretika di tempat

kerja seperti mementingkan kreativiti, kejujuran, kepercayaan diri terhadap

peningkatan kerja seterusnya merasai kepuasan dalam bekerja.

Justeru itu, faktor keseronokan bekerja dan peluang berkreativiti yang

lebih luas menyebabkan jururawat bujang memiliki kepuasan kerja yang

berbeza berbanding jururawat yang telah berkahwin yang dipengaruhi

persekitarannya yang lebih menuntut kepada pelbagai tanggungjawab

sehingga tidak berkesempatan untuk menikmati keseronokan bekerja serta

kepuasan bekerja.

5.1.4 Setiap Dimensi Kecerdasan Spiritual dan Hubungannya dengan

Kepuasan Kerja Jururawat

Penerangan dan perbincangan ini memberi tumpuan kepada empat dimensi

kecerdasan spiritual yang dikaji iaitu kecerdasan spiritual kendiri, melampaui

kendiri, memahami kerohanian dan amalan penjagaan kerohanian.

Perbincangan di bawah ini adalah berdasarkan kepada penemuan atau hasil

dapatan seperti yang telah dilaksanakan dalam bab empat.

83
5.1.4.1 Kecerdasan spiritual dimensi kendiri serta hubungannya

dengan kepuasan kerja

Keputusan ujian korelasi bagi menguji perhubungan kecerdasan

spiritual kendiri dengan kepuasan kerja jururawat menunjukkan terdapat

hubungan yang signifikan positif antara keduanya. Dapatan ini menunjukkan

bahawa jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani mempunyai

kecerdasan spiritual kendiri tinggi maka kepuasan kerjanya juga akan

meningkat. Dapatan kajian Ke-Ping Yang ( 2006) dan kajian LorettaYuet

Foon Chung ( 2006 ), juga didapati selari dengan kajian ini.

Ini bermaksud individu yang mempunyai kecerdasan spiritual

kendirinya tinggi maka kepuasan kerja juga akan meningkat. Keputusan ini

berlaku sememangnya bertepatan dengan Teori kaunseling al-Ghazali (

1998 ) yang mengatakan aspek spiritual manusia sememangnya kuat

mempengaruhi kehidupan manusia. Secara naluri seluruh anggota manusia

sangat patuh kepada hati, akal dan jiwa. Teori ini telah membuat andaian

tentang manusia secara umumnya iaitu apabila kecerdasan spiritual

kendirinya tinggi, individu tersebut akan sentiasa terangsang secara dalaman

mengamalkan perbuatan baik maka, individu akan mencapai kepuasan diri

serta kepuasan dalam bekerja. Orang yang sentiasa memelihara

tingkahlakunya akan sentiasa tenang tidak resah gelisah diganggu rasa

berdosa atau bersalah dan mencapai kepuasan diri (al-Ghazali, 2008).

84
5.1.4.2 Kecerdasan spiritual dimensi melampaui kendiri serta

hubungannya dengan kepuasan kerja

Keputusan ujian korelasi bagi menguji perhubungan kecerdasan

spiritual melampaui kendiri dengan kepuasan kerja jururawat menunjukkan

terdapat hubungan yang signifikan positif antara keduanya. Dapatan ini

menunjukkan bahawa jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai

Petani mempunyai kecerdasan spiritual melampaui kendiri tinggi maka

kepuasan kerjanya juga tinggi. Dapatan kajian disokong oleh kajian

LorettaYuet Foon Chung ( 2006 ), dengan berpendapat kejiwaan jururawat

merujuk kepada hubungan antara diri dan Tuhan ( melampaui dimensi

kendiri) .

Dalam konteks ini, jururawat yang memelihara amal ibadat,

mementingkan dosa, pahala dan balasan Tuhan terhadap setiap perbuatan

manusia, maka individu ini juga sangat teliti dalam menjaga tingkahlakunya

agar sentiasa mengamalkan kebaikan serta menjauhi dari perbuatan tidak

baik. Tindakannya itu akan menyebabkan dirinya sentiasa dalam keadaan

jiwa yang tenang dan berpuas hati apabila tidak melakukan kejahatan dan

keburukan. Maka di sini dapat disimpulkan jururawat yang menjaga

hubungannya dengan Tuhan akan menjaga juga hubungannya dengan

manusia lain seterusnya akan rasa berpuas hati dalam kehidupannya

termasuklah dalam kepuasan bekerja.

85
5.1.4.3 Kecerdasan spiritual dimensi memahami pengertian

kerohanian serta hubungannya dengan kepuasan kerja

Keputusan ujian korelasi bagi menguji perhubungan kecerdasan

spiritual memahami pengertian kerohanian dengan kepuasan kerja jururawat

menunjukkan terdapat hubungan yang tidak signifikan antara keduanya.

Dapatan ini menunjukkan bahawa, sama ada memahami pengertian

kerohanian atau tidak memahami pengertian kerohanian didapati kepuasan

kerja jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani sama sahaja

semuanya.

Profesion jururawat merupakan bidang tugas yang berhadapan dengan

nyawa manusia, justeru itu walaupun mereka memahami atau tidak

memahami pengertian kerohanian mereka mesti melaksanakan tugas yang

diberi dengan penuh komited dan bersunguh-sungguh.

Hasil kajian ini bertentangan dengan kajian oleh Ke-Ping Yang (2006)

yang menyatakan pengamalan serta kefahaman tentang kerohanian tidak

memberi kesan terhadap amalan ciri-ciri spiritual dalam menjalani tugasan

seharian mereka.

86
5.1.4.4 Kecerdasan spiritual dimensi amalan kerohanian serta

hubungannya dengan kepuasan kerja

Keputusan ujian korelasi bagi menguji perhubungan kecerdasan

spiritual dimensi amalan kerohanian dengan kepuasan kerja jururawat

menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan positif antara keduanya.

Dapatan ini menunjukkan bahawa jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim

Sungai Petani mempunyai kecerdasan spiritual amalan kerohanian yang

tinggi maka kepuasan kerjanya juga tinggi. Dapatan kajian ini selari dengan

kajian oleh Ke-Ping Yang (2006) yang menyatakan pengamalan serta

kefahaman tentang kerohanian tidak memberi kesan terhadap amalan ciri-ciri

spiritual dalam menjalani tugasan seharian mereka, sebaliknya jururawat di

sana mementingkan disiplin serta keprofessionalan dalam melaksanakan

tugas kejururawatan.

Manakala Belcher & Griffiths ( 2005 ) dan kajian Loretta Yuet Foon

Chung (2006) merumuskan bahawa kecerdasan spiritual kendiri, melampaui

kendiri, memahami dan mengamalkan kerohanian serta kejiwaan merupakan

faktor penting bagi seseorang jururawat dalam menjalani tugas-tugas mereka.

5.1.5 Hubungan Antara Etika Kerja dengan Kepuasan Kerja

Dapatan kajian ini menunjukkan jururawat yang mempunyai etika

kerja yang tinggi mempunyai kepuasan kerja yang tinggi dan sebaliknya

87
jururawat yang mempunyai etika kerja yang rendah mempunyai kepuasan

kerja yang rendah. Keputusan ini adalah sehaluan dengan dapatan kajian oleh

Muhamad Dzahir Kasa ( 2007) dan juga pengkaji-pengkaji lain iaitu mereka

mendapati pekerja yang mempunyai persepsi positif terhadap etika kerja akan

mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi. ( Menzel,1996 , Li dan

Weatherford, 1998, dan Viswesvaran bersama Deshpandes, 1996 ).

Kajian-kajian lalu menunjukkan sikap yang positif dan kebolehan

menyesuaikan diri memainkan peranan penting di dalam membina kehidupan

yang positif. Mereka yang mempunyai sikap yang positif juga lebih redha

dengan kehidupan mereka, mempunyai interpersonal yang baik, lebih

produktif, gembira dengan pekerjaan mereka, lebih suka menolong orang

lain, turut berjaya mencapai matlamat. Oleh yang demikian tidak hairanlah

mereka yang mempunyai sikap yang positif dilaporkan mempunyai kepuasan

bekerja yang lebih tinggi ( Seminar Psikologi, 2005 ).

Kajian Mahmood et.al. (1997) juga mendapati bahawa:

(i) Mereka yang rapat dengan ketua menunjukkan ciri-ciri etika kerja

yang lebih tinggi;

(ii) Pekerja yang mendapat penilaian prestasi ( contohnya penilaian SSB )

yang cemerlang mencatatkan tingkahlaku etika yang lebih signifikan;

(iii) Pekerja yang tidak dikenakan tindakan ( disiplin atau teguran )

mencatatkan skor etika yang lebih tinggi;

88
(iv) Mereka yang berkhidmat dalam kategori profesional dan pengurusan

mencatatkan tahap etika kerja yang lebih tinggi;

(v) Pekerja yang menikmati gaji yang lebih tinggi mencatatkan nilai min

etika kerja yang lebih tinggi;

(vi) Mereka yang sudah berumur dan tempoh perkhidmatannya yang lama

juga mencatatkan skor min yang lebih tinggi;

Mengikut ucapan Tan Sri Samsudin Osman ( 2005), satu lagi aspek

penting yang perlu diberikan perhatian dalam mewujudkan kepuasan bekerja

adalah mewujudkan suasana kerja yang sihat iaitu psychological contract.

Psychological contract atau kontrak psikologi merupakan suatu ikatan yang

mengandungi jangkaan yang dimiliki oleh pekerja berkaitan apakah yang

akan diterima setelah menghabiskan masa dan tenaga untuk organisasi.

Persepsi ini dapat membina satu tanggapan yang menentukan tahap kepuasan

dan perjalanan kerjaya mereka sama ada mereka memilih untuk meneruskan

tugas mereka atau sebaliknya.

5.2 Implikasi Kajian

Hasil pengujian yang telah dijalankan daripada kajian ini mendapati

terdapat hubungan yang signifikan di antara kecerdasan spiritual dengan etika

kerja. Ini menunjukkan kedua-dua perkara ini mempunyai hubungkait yang

89
rapat dengan tahap kepuasan kerja. Oleh itu, impak dari kajian yang telah

dijalankan ini memberikan satu hasil yang menerangkan bahawa kecerdasan

spiritual merupakan elemen yang sangat sesuai dititikberatkan oleh semua

pekerja khususnya jururawat. Dalam situasi global ini, untuk mencapai

kejayaan dan kepuasan dalam bidang pekerjaan organisasi bukan sahaja

mementingkan intelektual dan emosional sahaja tetapi spiritual juga sangat

diperlukan.

Seandainya seseorang pekerja itu tidak mencapai tahap kepuasan

kerja yang maksima, ini juga turut memberi kesan kepada mutu dan kualiti

produktiviti serta perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja tersebut. Sebagai

contoh, jururawat misalnya, mereka perlu berurusan dengan pesakit dan

orang ramai secara terus. Seandainya mereka tidak boleh menyesuaikan diri

mereka dengan persekitaran kerja, maka ini akan memberikan kesan kepada

prestasi kerja mereka. Secara tidak langsung, mutu perkhidmatan yang

diberikan juga akan menjadi penilaian yang tidak bagus di mata pesakit dan

orang ramai. Oleh itu, dengan terlaksananya kajian ini, pihak yang

bertanggungjawab boleh melakukan sesuatu untuk mengatasi dan mengelak

daripada ianya berlaku kepada semua jururawat hospital.

90
5.3 Cadangan / Saranan Kajian

Daripada apa yang diperolehi dari hasil kajian ini, pengkaji dengan ini

menyarankan beberapa langkah untuk tujuan mengelakkan isu ini berlaku di

dalam organisasi pekerjaan. Bagi memastikan pekerja sentiasa bermotivasi

untuk bertugas dengan rasa lebih bermakna serta sentiasa dapat

menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja tanpa rasa tertekan, seharusnya

para pekerja ini sentiasa diberi pengetahuan berkaitan spiritual mereka. Ini

juga bertujuan agar mereka dapat merasakan bahawa pekerjaan juga

merupakan satu ibadah. Mentaliti manusia hari ini yang hanya mementingkan

intelektual sahaja akan menyebabkan individu yang bijak ini sering

menyalahgunakan kuasa atau pengaruh mereka tanpa rasa bersalah pada diri

sendiri atau orang lain. Individu yang hanya berorientasikan kecerdasan

intelektual semata-mata sahaja juga selalunya tidak tahu memanfaatkan

kelebihan mereka itu jika tidak dibantu. Kursus ini boleh diberi secara

berterusan iaitu secara berkala seperti setiap individu akan ikuti kursus ini

dalam jangka masa setiap tiga hingga lima tahun sekali.

Selain itu, untuk membuktikan imej jururawat semakin meningkat di

mata masyarakat hari ini, mereka perlu berusaha meningkatkan diri

khususnya dalam peningkatan ilmu serta keprofesionalan mereka. Bertepatan

dengan hasrat Menteri Kesihatan berharap komuniti jururawat di negara ini

mampu menjana piawai profesionalisma yang sebanding dengan komuniti

jururawat global ( Pelita Brunei, Julai 2009 ). Jururawat digalakkan untuk

91
“mengupgredkan” diri dengan meningkatkan taraf pendidikan masing-

masing.

Untuk memastikan agar mereka sentiasa konsisten dengan bidang

tugas mereka, disarankan juga agar jururawat ini diberi motivasi oleh pihak

atasan seperti menyediakan bonus dan ganjaran disamping kursus atau

seminar bagi memberi kestabilan emosi dan spiritual mereka. Seterusnya rasa

seronok dalam bekerja serta bermotivasi untuk berbuat baik terhadap pesakit.

Selain daripada itu, pihak pengurusan haruslah sentiasa peka terhadap

kebajikan terhadap jururawat terlebih dahulu kerana bersesuaian dengan

tugas mereka yang sentiasa membuat kebajikan kepada pesakit dan

masyarakat khususnya.

5.4 Cadangan Kajian Akan Datang

Terdapat beberapa cadangan bagi pengkaji-pengkaji lain yang

berminat untuk mendalami aspek yang dikaji iaitu:

1. Kajian yang dijalankan ini hanya melibatkan jururawat di sebuah

hospital sahaja dengan menggunakan persampelan yang kecil. Oleh itu

pengkaji ingin menyarankan agar pengkaji seterusnya dapat meluaskan lagi

skop kajian kepada jururawat yang bertugas di beberapa buah hospital dalam

peringkat daerah atau negeri dengan jumlah sampel yang lebih besar agar

92
maklumat yang lebih tepat diperolehi. Semakin besar saiz sampel maklumat

dan pola yang diperolehi juga akan lebih meyakinkan.

2. Pengkaji juga ingin mencadangkan agar subjek atau responden kajian

yang dipilih tidak terhad kepada sebuah hospital sahaja malahan dibuat kajian

perbandingan antara hospital swasta dengan hospital kerajaan untuk

membandingkan tahap kecerdasan spiritual antara jururawat tersebut.

3. Kajian-kajian akan datang juga boleh dijalankan untuk melihat kesan

kecerdasan spiritual ke atas prestasi kerja dan tekanan kerja.

5.5 Kesimpulan

Hasil kajian menunjukkan bahawa kecerdasan spiritual juga

memainkan peranan yang penting dalam bidang kejururawatan dan ia harus

dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dalam hal ini, para jururawat harus

menekankan aspek kecerdasan spiritual dalam melaksanakan tugas masing-

masing. Menurut Yosep (2005), kekuatan mental dan spiritual sangat

mempengaruhi kehidupan. Kekuatan fizikal yang dimiliki adalah lahir dari

kekuatan mental dan spiritual. Kita tidak akan dapat melaksanakan sesuatu

tugas dengan baik sekiranya fikiran dan jiwa tidak digabungkan dan

dimantapkan, kerana itu apabila kita diminta melaksanakan sesuatu tugas

93
atau kerja, kita perlu melakukannya dengan sepenuh jiwa dan raga, barulah

kehidupan kita dalam bekerja akan lebih bermakna.

Daripada kajian ini kita dapat mengetahui bahawa kecerdasan

spiritual berhubung secara positif dengan etika kerja dan kepuasan dalam

kerjaya. Gunanjar ( Berita Harian, Feb 2009 ) mengatakankan bahawa ESQ

diibaratkan pembuka hubungan rahsia dalam dunia perniagaan,

profesionalisma dan pengurusan moden. Sesebuah organisasi yang

mengamalkan prinsip pengurusan berlandaskan ESQ iaitu mementingkan

humanistik membolehkan pekerja terus kekal dalam organisasi dan juga akan

memberi kepuasan kerja yang maksimum kepada pekerja.

Justeru itu, demi untuk meningkatkan keprofesionalisma, ketiga-tiga

kecerdasan ini perlu digabungkan iaitu intelektual, emosi dan spiritual.

94
BIBLIOGRAFI

Abdullah Haji Abdul Ghani. (2000). Pengaruh Tingkahlaku Ketua terhadap


tingkahlaku subordinat di sektor keewangan Malaysia. Disertasi Ijazah Doktor
Falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia:Sintok.
Ali bin Hassan.(2002). Tahap Amalan Etika Kerja di Jabatan Imigresen Malaysia
Satu kajian di Lembah Klang.Universiti Utara Malaysia:Sintok.
Belcher A. & Griffiths M. ( 2005 ). The spiritual care perspective and practices of
hospice nurses. Journal of Hospice and Palliative Nursing 13, 11-6.
Belcher A. & Griffiths M. ( 2005 ). The spiritual care perspectives and practices of
hospice nurses. Journal of Hospice and Palliative Nursing. 7, 271-279.
Berita Harian. ( 2009, Feb 28 ). Dr. Ary Guru Kecerdasan Spiritual.
Berita Online. ( 2008, Julai 24 ). Aduan Orang Ramai Terhadap FOMCA.
Chua Yan Piaw. ( 2006 ). Kaedah Penyelidikan. McGraw-Hill ( Malaysia ) Sdn.Bhd:
Kuala Lumpur.
Corleg,M.C. & Seling, P.M. ( 1992 ). Nurse Moral Reasoning Using the Nursing
Dilemma Test. Western Journal of Nursing Research. 14, 380-388.
Danah Sahar. ( 2001 ). Spiritual Intelligence The Ultimate Intelligence. Great
Britain.
Deshpendest ( 1997 ). The Impact of ethical climate types on facet of job
statisfaction: An empirical Investigation Journal of Business Ethics 15, 665-
660.
Don G. ( 2004 ). Spiritual intervention : how, when and why nurses use them.
Holistic Nursing Practice 18, 36-41.
Ellis D. ( 1980 ). Whatever happened to the spiritual dimension? The Canadian
Nurse 00, 42-43.
Elm, D.R. dan Nichols, M.L. (1993). An Investigation of The Moral Reasioning of
managers. Journal of Business Ethic. 12: 817-833.
Elm, D.R. dan Nichols, M.L. (1993). An Investigation of The Moral Reasioning of
managers. Journal of Business Ethic. 12: 817-833.
Fletcer, Sorrell & Silva. ( 1998 ). Whistle blowing as afailure of organizational etics.
Online Journal of Issue in Nursing. www.nursingworld.org.

95
Fraser, H. Drater, Taylor.W. ( 1998 ). The Quality of Teacher’s Professional Libes:
Teacher and Job Statisfaction Evaluation and Research in Education. 12 ( 2.
61-71 ).
Gau,M.L. (2000). The spiritual development of nurses. In Nurses’ Gospel of the
ROC.(Ed.), Spiritual nursing:Theory and concept and practice (pp. 48-55).
Taipei: Nurses Gospelof the ROC.
Giligan, C (1992 ). In a different voice: Psychological theory and women’s
development. MA: Harvard University Press.
Giligan, C (1992 ). In a different voice: Psychological theory and women’s
development. MA: Harvard University Press.
Harian Metro. ( 2009, Jun 06 ). Hayun Bayi Macam Kucing.
Herzberg, Frederick. ( 1959 ). The Motivation To Work. John Willey & Sons : New
York.
Hidayat Nafaat Maja. ( 2001). Intelegensi Spiritual. Parariel Press: Bandung.
Hulin et.al. ( 1964 ). Sex difference the job satisfaction . Journal of Applied
Psychology. 48 (1). 88-92.
Ian Marshall dan Danah Zohar. ( 2000 ). SQ: Spiritual Intelligence, The Ultimate
Intelligence: Great Britain.

INTAN ( 1991 ). Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam),


Institut Tadbiran Awam Negara: Kuala Lumpur.

Ismail bin Ibrahim ( 2002 ). Kepuasan Kerja di Kalangan Atendan Hospital di


Hospital Kubang Kerian Kelantan . Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Iyus Yosep. ( 2005 ). Pentingnya ESQ ( Emosional & Spiritual Quotion) bagi
Perawat Dalam Pengurusan Konflik. Fakulti Kejururawatan UNPAD: Jakarta.
Jamaliah binti Jaafar (2002). Hubungan Komunikasi Pengurus-Pekerja dengan
Kepuasan Kerja dan Komitmen Kerja Satu Kajian di Jabatan Perangkaan
Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Kamarudin Mohd hashim. ( 1995 ). Kepuasan Kerja di Kalangan Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Menengah di Negeri Perak. Universiti
Utara Malaysia: Sintok.
Kamus Dewan Edisi Baru. ( 1989 ). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Kee Ping-Yang. ( 2006 ). The spiritual intelligence of nurses in Taiwan. Journal of
Nursing Research Vol.14. No.1.

96
Khalid Gazi Hj Ali. ( 1999 ). Iklim Organisasi dan Kesannya Terhadap Kepuasan
Kerja. Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Kosmo. ( 2009, Jun 10 ). Aksi Jururawat yang Memalukan.
Kristeller J.L., Zumbrun C.S. & SchillingR.F. ( 1999 ). “I would if I could”: how
oncologists and oncology nurses address spiritual distress in cancer client.
Psycho-onchology Journal. 8, 451-458.
Laporan Seminar Psikologi. 4 Julai,2005. Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya: Kuala Lumpur.
Latif, D.A. dan Berger, B.A. (1999). Cognitif moral development aand clinical
performance: Implications for pharmacy education. American Journal of
Pharmaceutical Education. Spring, 63: 20-27.
Lauterbach S.S.& Becker P.H. ( 1996 ). Caring for self:becoming a self-reflective
nurse. Holistic Nursing Practice 10, 57-68.
Leptkin, J. L. (2006, November 16). Study tips for psychology students [Msg. 11].
Message posted to http://groups.psychelp.com/forums/messages/48382 .html
Lin,X. (2000). Spiritual care and human caring.The VGH Nursing, 17(2), 153-158.
Locke, E.A. ( 1976 ). What is job satisfaction were? Organizational Behavior and
Human Performance. 4, 309-336.
Loretta Y.F.Chung, Frances K.W & Moon F.C ( 2006 ). Relationship of nurses
spirituality to their understanding and practice of spiritual care. Journal
Compilation. Blackwell Publishing Ltd.
Mahmood, N.M., Sabitha Marican & Rashidah Arshad & Samihah Khalil. ( 1997 ).
“Etika Kerja di Kalangan Kakitangan Sektor Awam”. Laporan Kajian tidak
diterbitkan, Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Malinski V.M. ( 2002 ). Developing a nursing perspective on spiritual and healing.
Nursing Science Quarterly 15, 281-287.
Mc.Sherry W., Cash K.& Ross L. 9 ( 2004 ). Meaning of spirituality: implication of
nursing practice. Journal of Clinical Nursing 13, 934-941.
Muhamad Dzahir Kasa. ( 2003 ). Amalan Etika Kerja Khidmat Masyarakat dan
Hubungan dengan Kepuasan Kerja. Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Muhamad Ribuan Che Omar. ( 2004). Amalan Etika Kerja dalam Perkhidmatan
Awam Malaysia: satu Kajian di Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Sintok.

97
Muhamad Ruslim bin Mamat.( 2008 ). Amalan Kecerdasan Spiritual (Spiritual
Quotient) Di Kalangan Pelajar Islam Sarjana Jabatan Pendidikan Teknik &
Muhammad Fuad Lee Abdullah ( 2006 ). Pengurusan Integriti dan Kelakuan
Beretika Satu Kajian di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia. Universiti Utara
Malaysia: Sintok.
Muhd. Hata Seliman. ( 2001 ). Amalan Etika Kerja dalam Perkhidmatan Awam
Malaysia: Satu Kajian Kes ke atas kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Norashikin Wahid. ( 2006 ). Kerjaya Sebagai Jururawat. PTS Publishing Sdn.Bhd:
Kuala Lumpur.
Norhana Fazila Rozian. ( 2006 ). Hubungan Keserasian Darjah Kongruen
Personaliti-Persekitaran Terhadap kepuasan Kerjadi Kalangan Lima Jawatan
Perubatan Salah Sebuah Hospital di Melaka. Universiti Teknologi Malaysia:
Skudai.
Nursing Board Malaysia. ( 1998 ). Code of Professional Conduct for Nurses (1stEd)
Kementerian Kesihatan Malaysia: Kuala Lumpur.
Pelita Brunai ( 2009, Julai 18 ). Jangan Amalkan Budaya ‘copy and paste’.
Pesut B. ( 2003 ). Developing spirituality in the curriculum:world view intrapersonal
connectedness, interpersonal connectedness. Nursing Education Perspective
24, 290-294.
Robert A. Emmons. ( 1999). The Phychology of Ultimate Lows Motivation and
Spirituality in Personality. The Guilford Press: New York.
Roy C. ( 1984 ). Introduction to Nursing: Adaption Nursing. Prentice Hall: New
Jersey.
Sabitha Marican ( 2006 ). Membentuk Suasana Kerja Positif. Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur.
Schlaefli, A. ,Rest, J.R. dan Thoma, S.J. ( 1985 ). Does moral education Improve
Moral Judgment ? A Meta-analysis of Intervension Studies Using The Defining
Issues Test. Review of Educational Research. Fall, 55(3): 319-352.
Sellers & S.C.& Haang B.A. ( 1998 ). Spiritual nursing interventions. Journal of
Holistic Nursing 16, 338-354.
Shukri bin Yaacob ( 2002 ). Amalan Kerja Beretika dalam Perkhidmatan Awam Satu
Kajian di Jabatan Polis Diraja Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Siti Lutfiyah. ( 2008 ). Pengaruh Strategi Quantum Quotient dalam Meningkatkan
Prestasi Belajar Mahasiswa SMPN. Fakulti Tarbiyah PAI IAIN: Surabaya.

98
Taylor E.J. Amenta M.& Highfield M.F. ( 1995 ). Spiritual care practice of oncology
nurses. Oncology Nursing Forum 22, 31-39.
Treloar, L. (2000). Integration of spirituality into health care practice by nurse
practitioners. Journal of the American Academy of Nurse Practitioners, 12(7),
280-285.
Utusan Online. ( 2006, Disember ). Kisah Jururawat.
Utusan Online. ( 2008, Jun 09 ). Memperdagangkan Bayi.
Weiss,Dawis, Cofquist & England. ( 1967 ). In Paul E. Spector ( 1997 ). Job
Satisfaction: Application Assessment, Cause and Cosequeses. California: Sage
Publication, Inc.
White, James. E.( 1997 ). Contempory Moral Problem ( 5th edition ). Minneapolis:
West.
Wimalasari, J.S. ( 2001 ). Moral Reasoning Capacity of Management Students and
Practitioners: An empirical study in Australia. Journal of Managerial
Psychology. 16(8):614-634.
Viswesvaram, C.& Deshpandes and Joseph J.,P. ( 1998 ). Job satisfactions a function
of top management support for ethical behavior. A study of India managers.
Journal of Business Ethics. 17, 4, 365-371.
Wolman, R.N.( 2001 ). Thinking with your soul: Spiritual Intellegence and why it
matters. New York: Harmony Books.
Wright, M. ( 1995 ). Can moral judgement and ethical behavior be learned? A
review of literature. Management Decision. 33: 17-28.
Yatimah Sarmani dan Muhd Tajudin Mingal. ( 2008 ). Teori al-Ghazali. Pts
Publication: Selangor.

99
No Responden

06010 UUM, SINTOK, KEDAH DARUL AMAN.

BORANG SOAL SELIDIK

KAJIAN KECERDASAN SPIRITUAL, ETIKA KERJA SERTA HUBUNGANNYA


DENGAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN JURURAWAT .

Tuan/puan yang dihormati sekelian,

Soal selidik yang dikemukakan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat

tentang Kecerdasan Spiritual Dan Etika Kerja Serta Hubungannya Dengan

Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Jururawat. Adalah amat diharapkan tuan/puan

dapat memberikan kerjasama dengan menjawab semua soalan yang dikemukakan

dengan jujur dan ikhlas agar kajian ini dapat dihasilkan dengan sebaiknya. Sila

baca arahan dengan teliti sebelum menjawab soaln-soalan tersebut. Semua

maklumat yang diberikan adalah RAHSIA dan hanya digunakan untuk tujuan kajian

sahaja. Kerjasama dan kesudian tuan/puan melibatkan diri dalam menjawab soal

selidik ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Selamat menjawab.

Nahid bt Hj Abd Rahman ( 800936 )

Universiti Utara Malaysia

100
BAHAGIAN A – LATAR BELAKANG ( DEMOGRAFI )

1. Status Perkahwinan:

Berkahwin Belum Berkahwin

2. Taraf pendidikan:

SPM/MCE STP/STPM/HSC Diploma Ijazah

3. Agama:

Islam Lain-lain

4. Umur:

Kurang 25 tahun 26 – 35 tahun

36 – 45 tahun Lebih 46 tahun

101
BAHAGIAN B – KECERDASAN SPIRITUAL

KETERANGAN: Semua kenyataan di bawah ini mempunyai lima pilihan jawapan.Mohon


kerjasama anda untuk MENANDAKAN ( / ) pada angka jawapan dengan jelas berdasarkan skala
berikut.

Sangat tidak setuju 1 2 3 4 5 Sangat


setuju

DIMENSI 1: KENDIRI

1. Saya akan berpuas hati dengan kehidupan saya apabila saya mencapai matlamat yang saya
tetapkan.

1 2 3 4 5

2. Saya masih merasa yang kehidupan ini positif walaupun saya berhadapan dengan
ketidaktentuan.

1 2 3 4 5

3. Hidup saya bermakna bagi saya.

1 2 3 4 5

4. Saya menetapkan matlamat hidup saya walaupun pada masa-masa susah.

1 2 3 4 5

5. Saya tak rasa wujud sebarang pertalian di antara nilai-nilai saya dengan apa yang saya
lakukan.

102
1 2 3 4 5

6. Saya masih terasa terganggu apabila saya fikirkan tentang pengalaman-pengalaman buruk
yang saya pernah alami.

1 2 3 4 5

7. Saya menyambut baik perubahan dan menganggapnya sebagai satu peluang untuk
perkembangan.

1 2 3 4 5

8. Saya bermuhasabah dari semasa ke semasa untuk menilai dan mengesahkan apa yang saya
tujui.

1 2 3 4 5

9. Saya selalu mempunyai tenaga dalaman dalam mengejar matlamat hidup saya.

1 2 3 4 5

10. Saya percaya saya berjaya mencapai potensi diri saya.

1 2 3 4 5

11. Saya lakukan sesuatu bagi membuktikan kasih sayang saya kepada diri saya.

1 2 3 4 5

12. Saya merasa diri saya berkecai dan tidak mempunyai tenaga untuk meminati apa pun.

1 2 3 4 5

13. Saya menganggap yang kesihatan kerohanian saya baik.

1 2 3 4 5

DIMENSI 2: DIMENSI MELAMPAUI KENDIRI.

14. Saya percaya bahawa Tuhan (Yang Maha Berkuasa) kasih akan saya dan mengambil berat
tentang diri saya.

1 2 3 4 5

15. Amalan ibadat (kepada Yang Maha Berkuasa) merupakan sebahagian penting dalam hidup
saya.

103
1 2 3 4 5

16. Membaca kitab-kitab dan bahan-bahan keagamaan memberi saya pertunjuk dalam hidup.

1 2 3 4 5

DIMENSI 3:MEMAHAMI PENGERTIAN PENJAGAAN KEROHANIAN.

17. Kekuatan kerohanian boleh digunakan bagi mengubati jasad fizikal.

1 2 3 4 5

18. Saya percaya yang jururawat hanya boleh memberikan penjagaan kerohanian dengan
mengatur pertemuan pesakitnya dengan pemimpin agamanya, jika dipinta.

1 2 3 4 5

19. Saya tak yakin yang jururawat hanya boleh memberikan penjagaan kerohanian dengan
menunjukan keprihatinanya semasa menjaga pesakit.

1 2 3 4 5

20. Saya percaya jururawat boleh memberikan penjagaan kerohanian dengan mendengar
keluhan-keluhan klien, berbincang dan meneroka kebimbangan, kerisauan dan masalah
mereka.

1 2 3 4 5

21. Saya tak yakin yang jururawat boleh menolong kliennya mencari makna didalam kesakitan
mereka.

1 2 3 4 5

DIMENSI 4: AMALAN PENJAGAAN KEROHANIAN

22. Saya selalunya meneroka amalan ibadat klien.

1 2 3 4 5

23. Saya selalunya meneroka nilai-nilai kerohanian klien.

1 2 3 4 5

104
24. Saya selalunya meneroka harapan-harapan klien dan sumber-sumber kekuatannya.

1 2 3 4 5

25. Saya merujuk klien kepada kaunselor ( contoh lain : imam atau paderi )

1 2 3 4 5

26. Saya selalu menenangkan klien secara kerohanian (misalnya: membaca buku-buku,
berdo’a,atau melalui muzik dan lain-lain)

1 2 3 4 5

27. Saya akan bersama klien jika diperlukan.

1 2 3 4 5

BAHAGIAN C – ETIKA KERJA

KETERANGAN: Semua kenyataan di bawah ini mempunyai lima pilihan jawapan.Mohon


kerjasama anda untuk MENANDAKAN ( / ) pada angka jawapan dengan jelas berdasarkan skala
berikut.

Sangat tidak setuju 1 2 3 4 5 Sangat


setuju

1. Pegawai yang berkualiti mempunyai perancangan kerja yang terperinci.

1 2 3 4 5

2. Sesuatu tugas itu walau diberi masa lebih, harus disegerakan, walaupun terpaksa bekerja
dalam waktu rehat.

1 2 3 4 5

3. Pekerja yang tekun, harus terus mempelajari sesuatu yang baru berkaitan kerjanya sehingga
ia mencapai kejayaan.

1 2 3 4 5

4. Tugas yang diberikan kepada seseorang itu tidak menjadi beban, jika ia mendapat ganjaran
yang lebih baik.

105
1 2 3 4 5

5. Jika peruntukan keewangan jabatan berlebihan, kita boleh membelanjakannya untuk


membeli barang-barang yang tidak termasuk dalam keperluan jabatan.

1 2 3 4 5

6. Sesuatu kerja itu akan membawa makna kepada dirinya, jika diberi peluang untuk mendapat
kenaikan pangkat.

1 2 3 4 5

7. Orang yang mempunyai perasaan hasad dengki terhadap orang lain, akhirnya akan
merugikan dirinya sendiri.

1 2 3 4 5

8. Pekerja yang terlalu komited dengan kerjanya adalah merugikan kerana menghambakan diri
kepada kerja secara berlebihan.

1 2 3 4 5

9. Pekerja tidak wajar patah semangat jika ia membuat kesilapan dan ditegur kerana
kesilapannya.

1 2 3 4 5

10. Jika membuat temujanji, saya mesti datang lebih awal sebelum masa yang dijanjikan
walaupun saya terpaksa menunggu.

1 2 3 4 5

11. Jika saya membuat kesilapan, saya rela ditegur oleh ketua jabatan atau rakan sekerja
walaupun itu menunjukkan kelemahan saya.

1 2 3 4 5

12. Saya percaya bahawa tanpa disiplin yang baik, seorang pekerja tidak akan berkesan
menjalankan tugasnya dengan baik.

1 2 3 4 5

13. Setiap kali kerja diberikan kepada saya, saya akan menetapkan masa dan tarikh untuk
menyudahkannya.

1 2 3 4 5

106
14. Adalah penting seseorang itu memiliki wang atau harta lebih dari kawan-kawannya, bagi
menunjukkan bahawa ia lebih berjaya.

1 2 3 4 5

15. Saya percaya seseorang pekerja yang kemas dan segak boleh membantu organisasinya
berkembang maju.

1 2 3 4 5

16. Jika saya tidak mahir melakukan sesuatu kerja, saya akan minta ketua saya cari orang lain
yang lebih mahir untuk melakukannya.

1 2 3 4 5

17. Dalam sesuatu masa, saya akan menggunakan telefon pejabat atau kemudahan komputer
untuk urusan peribadi saya.

1 2 3 4 5

18. Peraturan kerja yang ditetapkan hanyalah sebagai panduan umum sahaja, oleh itu ia tidak
harus diikuti sepenuhnya.

1 2 3 4 5

19. Apabila saya melakukan kerja peribadi dalam waktu pejabat, saya tidak akan memaklumkan
kepada kepada ketua jabatan.

1 2 3 4 5

20. Kerja yang sukar dilakukan haruslah dianggap sebagai dugaan, oleh itu kita perlu terus
mencuba walaupun belum tentu berjaya.

1 2 3 4 5

21. Jika sesuatu cadangan yang bernas daripada kakitangan diterima, ini akan menggugat
kebolehan serta kepimpinan ketuanya.

1 2 3 4 5

22. Sebagai pekerja yang bijak dan berwawasan, kita hanya perlu melakukan kerja-kerja yang
mendapat pengikhtirafan dan ganjaran sahaja.

1 2 3 4 5

107
23. Apabila pergi berkursus, seseorang itu tidak boleh melakukan perkara-perkara lain semasa
kursus tersebut dijalankan.

1 2 3 4 5

24. Saya harus mengampu ketua saya, sekiranya cara ini boleh membantu saya untuk naik
pangkat.

1 2 3 4 5

25. Jika ada penyelia, kita perlu melakukan kerja dengan segera bagi menunjukkan kita rajin
bekerja.

1 2 3 4 5

26. Sebagai pegawai, kita perlu bersedia menerima sebarang arahan di luar dari bidang tugas
kita.

1 2 3 4 5

27. Semasa dalam mesyuarat, jika kita ditegur, kita mesti menegurnya kembali demi maruah dan
harga diri kita.

1 2 3 4 5

28. Saya dapat siapkan semua kerja saya dalam masa yang ditetapkan dengan sempurna.

1 2 3 4 5

29. Saya tetap melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh, walaupun tidak diketahui oleh
orang lain.

1 2 3 4 5

30. Saya adalah orang yang boleh diharapkan kerana saya sanggup berkorban apa saja untuk
kepentingan jabatan.

1 2 3 4 5

31. Lebih baik saya diberi arahan kerja daripada membuatnya mengikut inisiatif sendiri, yang
belum tentu diberi penghargaan.

1 2 3 4 5

32. Adalah sangat wajar saya melakukan kerja yang dapat memberi manfaat yang besar kepada
jabatan tanpa disuruh oleh sesiapa.

108
1 2 3 4 5

33. Jika bekerja dalam kumpulan, sebolehnya saya memilih kerja yang paling mudah unntuk
dilakukan.

1 2 3 4 5

34. Orang yang bekerja sambil lewa, pasti akan membuat kesilapan dalam kerjanya.

1 2 3 4 5

35. Jika kita rasa seronok bekerja, kita mesti berbangga dengan hasil kerja yang dapat kita capai.

1 2 3 4 5

36. Kita mesti bersikap rendah diri supaya senang didampingi oleh semua pihak.

1 2 3 4 5

BAHAGIAN D – KEPUASAN KERJA

ARAHAN: Sila tentukan sejauhmanakah anda merasa berpuas hati tentang aspek pekerjaan
ini dalam setiap penyataan berdasarkan skala berikut.

Sangat tidak setuju 1 2 3 4 5 Sangat


setuju

1. Berupaya melakukan kerja sepanjang masa.

1 2 3 4 5

2. Peluang melakukan kerja secara sendiri.

1 2 3 4 5

3. Peluang untuk melakukan kerja-kerja berlainan dari masa ke semasa.

1 2 3 4 5

4. Peluang untuk menjadi “seorang penting” dalam komuniti.

1 2 3 4 5

109
5. Cara ketua saya mengendalikan pekerjanya.

1 2 3 4 5

6. Kecekapan penyelia saya dalam membuat keputusan.

1 2 3 4 5

7. Berupaya untuk melakukan perkara yang tidak bertentangan dengan kata hati saya.

1 2 3 4 5

8. Jaminan pekerjaan yang saya terima.

1 2 3 4 5

9. Peluang untuk membantu orang lain.

1 2 3 4 5

10. Peluang untuk memberitahu orang lain apa yang perlu dilakukan.

1 2 3 4 5

11. Peluang untuk melakukan sesuatu yang menggunakan keupayaan saya.

1 2 3 4 5

12. Cara polisi organisasi diamalkan.

1 2 3 4 5

13. Keseimbangan antara gaji saya dan jumlah kerja yang saya lakukan.

1 2 3 4 5

14. Peluang memajukan diri dalam pekerjaan ini.

1 2 3 4 5

15. Kebebasan untuk menyuarakan pertimbangan saya sendiri.

1 2 3 4 5

110
16. Peluang untuk menggunakan kaedah saya sendiri dalam melaksanakan tugas.

1 2 3 4 5

17. Keadaan tempat kerja.

1 2 3 4 5

18. Cara rakan sekerja bekerjasama antara satu sama lain.

1 2 3 4 5

19. Pujian yang saya terima kerana melaksanakan tugas yang baik.

1 2 3 4 5

20. Perasaan puas kerana berjaya melaksanakan tugas.

1 2 3 4 5

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA

111

Anda mungkin juga menyukai