Anda di halaman 1dari 5

JURNAL PRAKTIKUM 3 [ SKPR ] 2013 ZURAIDAH BINTI MD ZANDAR PISMP PENDIDIKAN KHAS 3 JURNAL MINGGU PERTAMA 21 JANUARI 2013

25 JANUARI 2013

PENYESUAIAN SERTA PEMBAWAAN DIRI DI PERSEKITARAN YANG BARU. MASALAH Bagi praktikum fasa ketiga, saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput (SKPR) iaitu sebuah sekolah Kluster Kecemerlangan Kebitaraan Sains Dan Rugbi.. Hari pertama di sekolah ini saya dapat merasakan perbezaan yang ketara dari segi pengurusan perhimpunan pagi, penerimaan kedatangan saya serta rakan oleh guru dan kakitangan sekolah berbanding sekolah lain yang pernah saya berpraktikum dan menjalani pengalaman berasaskan sekolah (PBS). Oleh hal yang demikian, pelbagai perasaan timbul di dalam diri saya memikirkan bagaimana saya mahu mengadaptasi perbezaan persekitaran ini bagi menjalani praktikum selama 12 minggu. ANALISIS MASALAH Perkataan masalah adalah berasal daripada perkataan Arab yang memfokuskan kepada suatu keadaan yang tidak disenangi oleh seseorang. Manakala Principia Cybernetica, sebuah organisasi sains antarabangsa telah mendefinisikan perkataan masalah sebagai suatu situasi yang dilalui oleh seseorang; di mana situasi itu berbeza dengan situasi yang dikehendaki olehnya. Pada pendapat saya, persekitaran yang sangat berbeza di SKPR sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan memberikan impak yang positif kepada saya khasnya dalam membantu saya mengubah cara kerja dan meningkatkan prestasi kerja sebagai bakal guru selari dengan tahap

kecemerlangan sekolah. Sepanjang empat hari berada di sekolah, pelbagai persoalan yang timbul di dalam pemikiran saya antaranya :

JURNAL PRAKTIKUM 3 [ SKPR ] 2013 Adakah pengalaman saya menjalani praktikum di dua sekolah sebelum ini mampu mambantu saya dalam menjalani praktikum di SKPR selama 12 minggu? Apakah yang perlu saya lakukan bagi mengadaptasi persekitaran yang berbeza dalam masa yang singkat? Bagaimana penerimaan guru-guru yang lain terhadap cara kerja saya ?

Sepanjang empat hari berada di sekolah ini, saya telah menjalankan tinjauan awal melalui pemerhatian serta temu bual bersama guru di SKPR bagi membantu saya mengadaptasi persekitaran baru di sini. Saya dapati cara kerja guru-guru di sini lebih cekap, pantas serta sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam bidang

pendidikan. Antara faktor yang mempengaruhi cara kerja guru-guru di sini ialah penerimaan pelawat yang bertali arus sama ada dari Jabatan Pendidikan serta lawatan penanda aras dari Institut Pendidikan Guru dan institusi pendidikan luar negara mempengaruhi guru-guru di sini supaya sentiasa bersedia serta memberikan komitmen yang terbaik dalam sesi pengajaran dan hal berkaitan sekolah.

CADANGAN Bagi membantu saya dalam mengadaptasi di dalam persekitaran yang baru, saya mengambil pendekatan yang telah dinyatakan oleh Mizan Adiliah et. al dalam penulisan bukunya Kaunseling Dalam Islam di dalam tajuk Jati Diri. Secara khususnya jati diri diukur dari segi sifat-sifat individual seseorang secara fizikal, mental dan spiritual. Dimensi spiritual dan mental menyumbang pengaruh yang besar dalam memupuk jati diri dan personaliti sahsiah seseorang. Terdapat beberapa ciri diri yang perlu diteliti dalam menjadikan peribadi yang sihat menurut Islam. Antaranya ialah intelek, keterbukaan, emosi dan akhlak.

JURNAL PRAKTIKUM 3 [ SKPR ] 2013 Intelek Dimensi intelek merupakan kekuatan pemikiran dan prestasi seseorang dalam ilmu akademik atau kemahiran. Hal ini merangkumi kemampuan untuk belajar tidak kira secara formal mahupun tidak formal. Sebagai seorang guru pelatih yang

berpengalaman menjalani praktikum di dua buah sekolah, pelbagai perkara telah saya belajar yang mana boleh aplikasikasikan di SKPR sama ada dari segi teknik pengajaran, kemahiran bersosial bersama guru, murid, ibu bapa serta kakitangan sekolah. Islam menggalakkan penggunaan daya intelektual manusia supaya boleh digunakan ke arah penggunaan yang positif di dunia dan akhirat. Kesimpulannya, saya percaya bahawa pengalaman menimba ilmu di dua buah sekolah sebelum ini serta yang akan dipelajari di SKPR mampu membantu diri saya dalam menyesuaikan diri di sekolah selama 11 minggu yang akan datang. Keterbukaan Keterbukaan ini merujuk kepada keterbukaan minda. Ciri ini memainkan peranan yang penting kepada diri saya dalam membantu menerima perubahan yang positif serta sentiasa bersedia menerokai pengalaman baru melalui tugas-tugas yang akan diberikan oleh pihak pentadbiran sekolah. Di samping itu, keterbukaan minda dapat membantu diri dalam membuat penilaian terhadap diri dan meningkatkan kemampuan diri saya sepanjang berada di SKPR. Emosi Emosi merupakan kurniaan Allah yang bersifat kompleks dan terlalu subjektif kerana dengannya manusia mampu untuk berperasaan sayang, simpati, empati serta marah. Oleh itu, saya perlu mengenali emosi diri sendiri terlebih dahulu supaya dapat mengawal diri dan bertindak tanpa pengaruh emosi yang negatif. Selain itu, hal ini juga membantu saya dalam memahami serta peka dengan emosi orang lain di sekeliling memandangkan bekerja sebagai seorang guru saya perlu berhadapan dengan klien yang mepunyai pelbagai ragam. Dr Claude Steiner dalam bukunya Emotional Literacy, telah mengemukakkan bahawa emosi perlu didengar dan dinyatakan dengan cara yang produktif melalui kemahiran mengawal emosi ataupun Emotional Intelligence: EQ.

JURNAL PRAKTIKUM 3 [ SKPR ] 2013 Akhlak Mizan Adiliah et. al telah menyatakan bahawa muhasabah terhadap akhlak amat penting dalam Islam dan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan. Proses penyesuaian diri dalam suatu persekitaran yang baru mengambil kira ciri akhlak yang ada di dalam diri seseorang. Berdasarkan beberapa kitab terdahulu dan kontemporari, Khuluqu al-Muslim dikarang oleh Muhammad al-Ghazali (1989), penilaian terhadap akhlak sendiri boleh diskopkan kepada beberapa kritiria utama seperti : i. ii. iii. Kejujuran Kesopanan tingkah laku dan lisan dalam pergaulan. Ketaatan dan Istiqamah dalam ibadat fardu dan dalam menjauhkan perkara terlarang. iv. v. vi. vii. viii. Menjaga kehormatan serta hak asasi orang lain. Sabar. Merendah diri. Ikhlas dalam melakukan kebajikan. Menjaga hubungan dengan Allah.

TEMPOH PENYELESAIAN 28 Januari 2013 25 Februari 2013

TINDAKAN SUSULAN Oleh itu, saya akan menggunakan panduan yang telah digariskan oleh Mizan Adiliah et. al dalam penulisan bukunya Kaunseling Dalam Islam bagi mengatasi masalah penyesuaian diri di dalam persekitaran SKPR yang mengamalkan cara kerja yang berbeza selari dengan pencapaian sebagai sekolah kluster kecemerlangan.

Penambahbaikan terhadap cara kerja sedia ada saya akan dulakukan daris emasa ke semasa.

JURNAL PRAKTIKUM 3 [ SKPR ] 2013

KESIMPULAN Tuntasnya, sebagai seorang individu Muslim, saya menyedari bahawa amanah yang diberi dalam melaksanakan tugas yang diberi sebagai guru pelatih yang menjalani praktikum di sini perlu dilaksanakan sebaiknya. Hal ini kerana saya percaya bahawa amanah diberi seiring dengan kemampuan seseorang.

Anda mungkin juga menyukai