Anda di halaman 1dari 18

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah BMM 3117

Tajuk 1 : Teori Huraian Bahasa - Teori Fungsional


Anggota Kumpulan : Dyana Donald Datu Mohd Nazrul Siban Umi Saidatul Arryennah Madsah

Pengenalan
Berkembang pada tahun 60-an dan 70-an. Halliday, Bary dan Wilkins Bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya tetapi memberikan perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat kemunikasi.

Fungsi bahasa dalam masyarakat sangat penting kerana bahasa adalah alat komunikasi.

Ini bermakna kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada struktur (bentuk-bentuk bahasa) tetapi juga terhadap perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuknya semasa seseorang itu berkomunikasi

CIRI-CIRI BAHASA MENURUT TEORI FUNGSIONAL

Menyampaikan idea (pandangan dan pendapat) fungsi kognitif

Menyampaikan maklumat mengenai penutur

Berkomunikasi dan berinteraksi

Sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi dan bukannya satu sistem yang tertutup dan statik, tetapi terbuka dan dinamik.

Sistem ini bukan sahaja berdasarkan kepada undangundang tatabahasa semata-mata, tetapi juga berdasarkan peraturan-peraturan penggunaannya yang ditentukan oleh peraturan sosial sesuatu masyarakat itu. Asas elemen dalam struktur bahasa berdasarkan kepada kekuatan dan keteguhan wacana dan semantik dan bukannya sintaksis.

Makna tidak sahaja didasarkan kepada struktur bahasa tetapi juga makna sosial yang mengambil kira ciri-ciri paralinguistik seperti bahasa badan dan bahasa isyarat yang digunakan oleh penutur semasa berkomunikasi Penggunaaan dalam bahasa adalah lebih penting berbanding kegunaannya seperti yang terdapat dalam peraturanperaturan bahasa. Namun, struktur nahu tidak diketepikan langsung.
Contohnya, ayat dibawah dianggap betul untuk digunakan dalam pertuturan seharian:

A : Kami nak gi pasar, kamu nak ikut ? B : Tak, kami nak pergi ke padang, terima kasih

Walaupun begitu, dalam bahasa tulisan atau penulisan, bahasa yang digunakan haruslah mengikut laras bahasa formal yang digunakan berasaskan kepada sesuatu situasi dan tujuan tertentu dalam masyarakat.
Sifat bahasa dinamik dan statik menyebabkan terdapatnya variasi-variasi dalam penggunaan bahasa. Variasi ini timbul hasil daripada keadaan sosial sesuatu masyarakat.

Fungsi sistematik dan linguistik

Fungsi Bahasa oleh ahli-ahli bahasa fungsional

Model bahasa yang sesuai

Berkomunikasi dan berinteraksi

Asas fungsi bahasa : Menyampaikan maklumat mengenai penutur.

Fungsi

Anggapan Ahli-Ahli Bahasa Fungsional

Model bahasa yang sesuai

Dapat memberikan interpretasi fungsional kepada perkembangan bahasa awal kanak-kanak.


Fungsi perkembangan bahasa kanak-kanak dalam menguasai aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa daripada penjaga (orang yang paling hampir) sebagai model komunikasi.

Asas fungsi bahasa

Bahasa dalam persepsi sosial

Penggunaan bahasa dalam konteks berkaitan dilakukan berdasarkan arah sosial dan perubahan sosial yang berlaku.

Fungsi semantik dan linguistik

Pengajaran bahasa membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan mereka merangkumi bidang tatabahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan laras bahasa dalam kehidupan seharian dan dalam pelbagai situasi sosial.

Halliday : Kajian bahasa fungsian ini bukan sahaja tertumpu pada unsur-unsur dalam sesuatu struktur tetapi perubahan yang berlaku pada struktur-struktur bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

CONTOH
Jika tujuan seseorang yang berkomunikasi itu untuk mengawal perlakuan orang lain, maka orang itu perlu menguasai struktur-struktur ayat yang dapat menyatakan fungsi itu.

3 fungsi utama bahasa orang dewasa menurut Halliday

3.Fungsi tekstual
2. Fungsi antara perseorangan (interpersonal) 1. Fungsi ideasional

1. Fungsi Ideasional: seseorang penutur dapat menyatakan pengalaman hariannya serta hasrat fikirannya. Sistem ketransitifan dalam tatabahasa bahasa Inggeris merupakan unsur yang menggambarkan fungsi ideasional dalam bahasa. 2. Fungsi antara perseorangan (Interpersonal function): Menggambarkan operasi bahasa sebagai alat untuk berinteraksi. Contoh: Ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya dan lain-lain yang digunakan dalam berkomunikasi.

3. Fungsi tekstual: Bertujuan menggambarkan cara bagaimana ayat-ayat dapat disusun supaya terbentuk mesej yang hendak disampaikan dalam sesuatu komunikasi ataupun sesuatu wacana. Fungsi ini penting dalam tatabahasa fungsian kerana asas kajian ahli bahasa fungsian ialah unit bahasa dalam penggunaan.

Ahli linguistik fungsian beranggapan bahawa fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem bahasa. Organisasi dalaman bahasa, tidak terbentuk secara arbitari tetapi mengandungi unsur-unsur yang dapat menggambarkan fungsi-fungsi bahasa yang perlu dimainkan dalam sesuatu komunikasi. Dalam penggunaan bahasa orang dewasa, bahasa yang digunakan mengandungi lebih daripada satu fungsi, contohnya fungsi ideasional dan fungsi antara perseorangan (interpersonal). Oleh itu, penutur atau penulis perlu membuat pemilihan terhadap struktur bahasa yang hendak digunakan supaya tergambar maksud yang hendak disampaikan.

Hubungan teori Ahli Linguistik Fungsian dengan Pengajaran Bahasa


Teori Ahli Linguistik
Ahli linguistik beranggapan pelajar akan dianggap profesion dalam bahasa yang dipelajarinya jika dia dapat menguasai sistem tatabahasa dan dapat menggunakan sistem itu dalam situasi sosial.

Pengajaran Bahasa
Bagi ahli-ahli bahasa fungsian, pengajaran bahasa hendaklah memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang hukum hukum bahasa dan menentukan murid-murid dapat menggunakan pengetahuan mereka tentang hukum-hukum tersebut dalam konteks penggunaan yang sebenar.

Tujuan ini hanya akan tercapai apabila murid: Berkebolehan untuk menggunakan sistem bahasa secara spontan dan fleksibel untuk menggambarkaan atau melahirkan fikiran mereka Dapat menentukan fungsi-fungsi komunikatif pada bentukbentuk bahasa yang mereka kuasai. Mestilah berkebolehan untuk membentuk pelbagai kemahiran serta strategi berbahasa untuk menyampaikan makna dengan berkesan. Dapat menyedari makna sosial bentuk-bentuk bahasa yang mereka gunakan.

Rujukan
Asni Daie. (n.d.). Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa. Retrieved Januari 12, 2014, from Scribd: http://www.scribd.com/doc/36211171/TeoriHuraian-Bahasa-dan-Teori-Pemerolehan-Bahasa Pelajar IPG KPM. (2011, August 14). TAJUK 3 : TAMBAHAN NOTA TEORI HURAIAN BAHASA. Retrieved January 12, 2014, from Blogspot:http://catatannota.blogspot.com/2011/08/teorihuraian-bahasa_14.html pikaosman. (2013, August 1). Teori Huraian Bahasa. Retrieved January 12, 2014, from Slideshare:http://www.slideshare.net/pikaosman/kumpul an-2-teorihuraian-bahasa#

Juriah Long, Raminah Hj Sabran, Sofiah Hamid. (1993). Perkaedahan pengajaran Bahasa Malaysia: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2005). Teori Bahasa Implikasinya terhadap Pengajaran Tatabahasa: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.