Anda di halaman 1dari 2

ISL 1 (SCE3101) Mengenalpasti lapan ciri-ciri benda hidup. Semua benda hiduo mempunyai ciri-ciri am.

Pertamanya, semua benda hidup memakan untuk pertumbuhan dan penghasilan tenaga bagi melakukan aktiviti harian, pembiakan, mempertahankan diri. Semua benda hidup juga memerlukan makanan untuk pertumbuhan dan baikpulih tisu-tisu badan yang rosak dan mengekalkan kesihatan. Tumbuhan hijau menggunakan klorofil untuk menghasilkan makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Keduanya, benda hidup bergerak untuk mendapatkan makanan. Pergerakan tumbuhan terhad kepada akar dan daun.Haiwan bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk mencari makanan , menyelamatkan diri daripada musuh, dan mendapatkan pasangan pembiakan. Ketiganya, benda hidup membiak bagi mengekalkan keturunan dan generasi baru. Haiwan membiak melalui melahirkan anak atau bertelur. Tumbuhan membiak melalui menghasilkan biji benih, penghasilan spora, keratan batang, dan keratan daun. Keempatnya, benda hidup bertindak balas terhadap rangsangan seperti cahaya, haba dan bunyi. Manusia dan haiwan bergerak balas cepat terhadap rangsangan dan biasanya melibatkan pergerakan seluruh bahagian badan. Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan secara perlahandan ini melibatkan pergerakan pada hujung tertentu sahaja. Contohnya, hujung akar bergerak balas positif terhadap air dan daya graviti serta hujung pucuk bergerak balas positif terhadap cahaya matahari. Kelimanya, benda hidup berkumuh untuk membuang bahan buangan dan toksik. Haiwan menyingkirkan bahan kumuh melalui organ insang, kulit, peparu dan ginjal. Tumbuhan menyingkirkan karbon dioksida dan wap air melalui liang-liang stoma pada daun. Keenamnya, benda hidup menjalani proses pertumbuhan dan pembaikpulihan. Pertumbuhan ialah proses di mana sel mengalami proses mitosis untuk menambahkan bilangan sel-sel badan dan seterusnya

menyebabkan saiz dan berat badan bertambah. Pertumbuhan pada tumbuhan berlaku secara berterusan tetapi hanya berlaku pada bahagian tertentu sahaja iaitu akar dan hujung pucuk. Ketujuhnya, benda hidup bernafas untuk

memperoleh oksigen dari udara bagi proses pengoksidaan makanan untuk menghasilkan tenaga dan menyingkirkan karbon dioksida daripada badan. Tumbuhan menggunakan stoma dalam daun untuk bernafas.

Jelaskan bahawa binatang dan tumbuhan memerlukan makanan, udara, dan air untuk hidup. Udara majoriti terdiri daripada nitrogen. Hujan dibanjiri dengan gas molekul nitrogen diperangkap dan dibawa oleh titisan air ke dalam tanah, membekalkan khasiat kepada tumbuhan. Tumbuhan menyerap gas karbon dioksida dari udara untuk membentuk karbohidrat dalam proses fotosintesis. Atom karbon dalam karbon dioksida diperlukan untuk membentuk molekul asas gula. Makanan diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan. Haiwan memerlukan air untuk menyejukkan suhu badan dan bertindak sebagai medium dalam tindak balas biokimia dalam badan. Haiwan memerlukan makanan untuk menghasilkan tenaga dan memastikan sistem badan dapat dijalankan dengan baik. Haiwan memerlukan udara untuk pernafasan.

Anda mungkin juga menyukai