Anda di halaman 1dari 45

KAUNSELING BUDAYA SILANG (MIKI 5243) Persoalan dan Saranan dalam Mengkaunsel Banduan Penjara

PENSYARAH PROF. EMERITUS DATO DR ABDUL HALIM OTHMAN PROF. DR. MD. SHUAIB CHE DIN

PRESENTER AHMAD SHAMIL BIN OTHMAN


JUNID BIN MAHAMOOD

PELAJAR SARJANA KAUNSELING KUIN KOHORT 1

1. Pengenalan Salah satu peranan utama Jabatan Penjara Malaysia ialah memberi pemulihan kepada banduan-banduan semasa mereka menjalani hukuman supaya mereka menjadi rakyat yang berguna dan bertanggungjawab apabila kembali ke pangkuan masyarakat.

1.1 Objektif pemulihan


Memulih dan melatih banduan/orang tahanan/juvana melalui aktiviti perusahaan vokasional, spiritual dan mental agar mereka menjadi warganegara yang berguna dan produktif serta untuk menanam sikap menghargai diri, berdisiplin dan bertanggungjawab di kalangan banduan/orang tahanan/juvana dengan menerapkan nilai-nilai positif yang murni yang menjurus ke arah pembentukan sahsiah manusia yang baik.

2.

Persoalan-Persoalan

Pelbagai persoalan pasti wujud dalam mengkaunsel banduan penjara. Menurut Encik Hamzah, Penolong Kaunselor di Penjara Sungai Petani, persoalan utama yang perlu difokuskan adalah mengenai tahap amalan dan pengetahuan agama. Disamping itu, latar belakang diri dan keluarga juga perlu diberi perhatian. Persoalan tentang tahap pendidikan akademik serta halangan utama dalam melaksanakan kaunseling atau terapi multi budaya juga mesti diambilkira.

Menurut Sue and Sue ( 2003 ), terdapat tiga perkara utama yang menjadi penghalang kepada terapi multi budaya iaitu: class-bound value, language bias dan culture-bound value .

Maka apabila menjalankan tugas memberi rawatan terhadap individu yang berbeza latar belakang budaya, kaunselor mesti memberi perhatian terhadap bentuk interaksi mengikut kelas, bahasa dan faktor budaya terhadap komunikasi verbal dan non verbal. ( Sue & Sue, 1977:420-429 ).

3.

Saranan-saranan

Kompetensi Kaunselor Pertamanya kaunselor mesti mempunyai kesedaran kendiri ( self-awareness ) dalam menjalankan tugas. Kedua, menurut Ivey & Ivey ( 2003 ), kaunselor juga perlu memiliki pengetahuan tentang kumpulan multibudaya, sejarah dan perkembangan semasa tentang sesuatu budaya.

Seterusnya, kaunselor perlu mempunyai empat perlakuan menghadirkan diri (attending behaviour ) di mana perlakuan ini mempunyai satu matlamat utama iaitu untuk mengurangkan kaunselor berbual. Jika masa digunakan sepenuhnya uuntuk berbual, kaunselor tidak dapat memahami klien sepenuhnya.

Perlu dingatkan bahawa sentiasa menggunakan perlakuan menghadirkan diri secara individu bersama-sama dengan sensitiviti budaya. Di antara empat tingkah laku memberi perhatian adalah seperti hubungan visual/mata, kualiti vokal, mengesan verbal dan memberi perhatian terhadap bahasa badan. Apabila kaunselor memiliki kemahiran-kemahiran mikro yang diperlukan, maka aplikasi teori dalam memberi rawatan kepada klien dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Aplikasi Teori Terapi Realiti Terapi Realiti yang diasaskan oleh William Glasser adalah selari dengan dengan Terapi Kewujudan, Terapi Pemusatan Klien dan Terapi Gestalt. Terapi Realiti merujuk kepada dunia fenomenologi klien dan menekankan kepada cara yang subjektif iaitu klien akan melihat dan bertindak balas dengan dunia persekitaran mereka melalui evolusi dalaman.

Menurut Glasser terapi ini berjaya diaplikasikan di sekolah-sekolah budak nakal dalam bentuk proses pemulihan.Oleh itu ianya sesuai dipraktikkan ke dalam perkhidmatan kaunseling pemulihan. Konsep terapi ini tidak menerima alasan dari luar maka klien harus dipaksa atua terpaksa menerima tanggungjawab terhadap tingkahlakunya. Justeru itu, dengan menilai tingkahlaku, klien membuat pilihan dan keputusan sendiri sama ada telah mencapai matlamat atau sebaliknya. Sekiranya belum mencapai matlamat maka klien harus bertanggungjawab untuk berusaha mencari jalan bagi mendapatkannya.

Kajian membuktikan Terapi Realiti berkesan dalam sesi kaunseling dalam pelbagai budaya. Kajian Okanji (1995) ke atas klien AfricanAmerican mendapati ia lebih berkesan daripada pemusatan insan. Kajian yang dibuat oleh Kim&Hwang(2001) mendapati bahawa Terapi Realiti berkesan dalam meningkatkan tahap konsep kendiri, kebolehan merancang dan meningkatkan kawalan dalaman di kalangan remaja.satu kajian di Hong Kong menggunakan Terapi Relaiti ke atas remaja bermasalah dan mendapati selepas rawatan Terapi Realiti berkesan dalan penyelesaian masalah, kemahiran berkomunikasi dan ketepatan masa.

Di dalam melaksanakan Terapi Realiti ini Glasser dalam Pietrofesa(1984) menyatakan terdapat lapan langkah dalam proses Terapi Realiti. Langkah-langkah tersebut seperti berikut: Langkah 1: Keterlibatan Kaunselor mestilah menjalinkan hubungan baik dengan klien. Kaunselor hendaklah mesra, empati dan dapat memberikan perhatian kepada klien. Keterlibatan kaunselor hendaklah ada batasan.

Langkah 2: Fokus kepada tingkah laku semasa Walaupun tingkahlaku dan perasan saling berkaitan rapat, namun tumpuan kaunselor hendaklah kepada tingkahlaku semasa klien. Tingkahlaku diberi tumpuan kerana ia merupakan perkara yang lebih mudah diperbetulkan oleh klien.

Langkah 3: Fokus Terhadap Masa Sekarang. Terapi ini tidak memberikan fokus kepada pengalaman lampau. Masa lampau hanya dibincangkan untuk membantu; a) Pembinaan sikap pengalaman lampau sebagai hubungannya dengan masa kini. b) Mengenal pasti alternatif yang membina untuk klien membuat pilihan c) Menentukan kenapa klien memilih tingkahlaku yang tidak membawa lebih banyak masalah. Terapi ini percaya bahawa tingkahlaku semasa dapat diubah.

Langkah 4: Menilai Kendiri Klien diberi tanggungjawab menilai tingkahlaku sendiri. Kaunselor hanya memberikan perangsang dan panduan.

Langkah lima: Membuat Pelan Pelan dibuat untuk membantu klien. Alternatif dipilih dan langkah-langkah yang perlu untuk mencapai objektif itu disenaraikan. Pelan ini dinilai dan disemak dari semasa ke semasa.

Langkah 6: Komitmen Langkah ini perlu ditekankan sewaktu pertemuan awal supaya apabila klien diminta menjalinkan atau melaksanakan pelan perubahan tingkahlakunya, maka dia sudah bersedia.

Langkah 7: Tidak Menerima Sebarang Alasan Kaunselor tidak patut menerima sebarang alasan klien yang tidak dapat melaksanakan rancangannya. Kaunselor harus meminta klien membuat komitmen yang baru untuk memenuhi tanggungjawabnya.

Langkah 8: Hapuskan Dendaan Hukuman dan dendaan tidak termasuk dalam terapi ini tetapi adalah elok sekiranya klien dapat merasakan kerugian apabila dia gagal menyempurnakan tanggungjawabnya terutama sekali dalam mengubah tingkahlaku yang negatif.

Aplikasi Terapi Rasional Emotif Tingkahlaku (REBT) Menurut Corey(1977) tujuan utama Terapi Rasional Emotif Tingkahlaku ialah untuk menunjukkan kepada klien bahawa pemikiran mereka merupakan punca utama terjadinya gangguan-gangguan emosi dan tingkahlaku yang dialami oleh klien. Beberapa tahap atau proses asas dalam kaunseling REBT iaitu:

Peringkat 1: Mengkategorikan Masalah Pada peringkat ini, kaunselor perlu menentukan masalah-masalah yang mengganggu klien. Masalah ini pula dapat dibahagikan kepada dua iaitu masalah luaran dan masalah dalaman. Masalah luaran berkaitan dengan kerjaya, kehidupan, kesukaran, komunikasi dan sebagainya. Dalam pendekatan terapi REBT, masalah luaran ini dikategorikan sebagai peristiwa tindakan(A=activiting events).Sebaliknya masalah dalaman atau akibat(C=consequences) dalam formula A-BC(B=belief system.

Dalam mengkategorikan masalah ini, kaunselor perlu berhati-hati kerana sekiranya klien menyatakan masalah dalaman seperti gangguan emosi maka kaunselor perlu memberi perhatian dari aspek emositingkahlaku yang perlu diubah oleh klien. Ini bertujuan untuk membantu klien supaya bebas daripada masalah luaran sebelum menyelesaikan masalah emosi.

Peringkat 2: a) Mengenal pasti Kepercayaan Tidak Rasional Apabila selesai mengenal pasti masalah emosi(c) klien, maka kaunselor akan mengalami peringkat kedua iaitu mengenal pasti kepercayaan tidak rasional(B) yang menyebabkan(C). Semasa proses kaunseling berjalan, kaunselor akan berusaha mengesan atau mengenal pasti kepercayaan tidak rasional yang pertama seperti di atas kerana mengikut Ellis, kepercayaan(B) ini akan menimbulkan aspek(C) dalam masalah emosi klien.

b) Mengenal Pasti Masalah Yang Utama Bagi terapi REBT masalah yang dibawa oleh klien itu bukanlah masalah yang sebenar. Kebanyakan klien telah menggunakan masalah luaran yang lebih mudah dan bukannya masalah sebenar yang dialami. Masalah ini dikatakan masalah sekunder manakala sebenar ialah masalah primer.

c) Membentuk Matlamat Kaunselor juga dikatakan sebagai pengajar yang mengajar anak muridnya. Dengan itu kaunselor akan berkecenderungan untuk membina satu skema konsep yang mengkategorikan masalah dalam bentuk A-B-C. A ialah activiting events, B ialah irrational beliefs dan C pula ialah behavioral Consequences. Setelah konsep tersebut terbina maka kaunselor akan mengemukakan beberapa pilihan alternatif yang sesuai kepada klien. Alternatif ini merupakan matlamat yang perlu dicapai pada akhir proses kaunseling bersama klien.

Peringkat 3 : Celik Akal Pada tahap ini kaunselor akan membantu klien supaya memperoleh celik akal dengan memberitahu klien apa yang telah berlaku di dalam proses kaunseling dan mengajar klien cara-cara yang positif untuk menghadapi serta menangani masalah.

Peringkat 4: Mengajar Perkara rasional Pada peringkat ini kaunselor akan cuba membantu klien bekerja keras bersamanya untuk menangani masalah emosi-tingkahlaku yang dihadapinya. Proses ini akan membabitkan aktiviti membuang atau membebaskan klien daripada idea-idea atau pemikiran yang tidak rasional dan digantikan dengan pemikiran yang rasional.

Peringkat 5 :Mewujudkan Pemikiran Baru Setelah selesai tahap 1,2, dan 3 maka kaunselor akan memberikan perhatian pada peringkat yang terakhir iaitu membina satu pemikiran atau falsafah hidup yang baru. Peringkat ini sangat penting dalam proses membantu klien supaya kaunselor benarbenar berjaya menolong klien bebas daripada pegangan yang tidak rasional dan digantikan dengan falsafah yang baru dan rasional. Pada peringkat ini kaunselor perlu memberikan perhatian dalam dua aspek iaitu:

a) Aktiviti Mencabar Kaunselor akan menggunakan strategi kognitif, tingkahlaku dan emotif untuk membantu klien bagi menentukan sama ada idea mereka rasional atau sebaliknya. Pada peringkat permulaan, kaunselor akan mengajukan pelbagai soalan seperti apakah bukti-bukti atau alasan untuk menyokong perkara ini? Dan juga pengalaman emotif serta menggalakkan klien melakukan sendiri. Tujuannya adalah untuk membantu klien mencabar idea-ideanya yang tidak rasional.

Kaunselor juga bertugas membantu klien membezakan antara idea-idea yang rasional dengan tidak rasional, kehendak dengan keperluan, kesan yang tidak diingin dan kesan teruk. Proses ini membantu klien memikirkan perkara-perkara yang baik dan rasional untuk kepentingan mereka. Pada peringkat akhir, kaunselor akan membantu klien untuk menterjemahkan idea-idea logik dan rasional secara jelas dan tepat. Kaunselor juga perlu menggunakan pelbagai teknik yang sesuai supaya klien dapat dibantu untuk mencapai matlamatnya.

b) Aktiviti Peneguhan Langkah yang terakhir untuk menggalakkan klien mengubah ideanya yang tidak rasional dengan beberapa cara seperti menyatakan idea rasional mereka kepada kawan, memberikan ganjaran untuk pemikiran yang rasional, membaca bahan-bahan yang rasional, mencabar pemikirannya dan sebagainya. Menurut George dan Cristiani(1990), tiga langkah utama dalam proses REBT seperti berikut:

a) Menunjukkan kepada klien bahawa ia tidak logik serta membantu klien menerangkan mengapa dan bagaimana mereka berkeadaan demikian. Kemudian menunjukkan tentang perhubungan antara pemikiran tidak rasional terhadap keadaan kemurungan dan gangguan emosi klien. b) Membantu klien supaya mempercayai bahawa pemikiran itu boleh dicabar dan seterusnya dapat diubah dengan cara menyoal dan mencabar tentang kesahan idea-idea yang dipegang oleh klien tentang dirinya, orang lain dan dunia persekitaran.

c) Membantu klien dalam mengenal pasti pemikiran yang tidak rasional serta memberikan galakan supaya dapat memperkukuhkan dan membangunkan falsafah hidup yang rasional supaya klien tidak menjadi mangsa kepada kepercayaan dan pemikiran yang tidak rasional.

Aplikasi Terapi Existential

Menurut Corey (2009), pendekatan Existential tidak sama dengan terapis yang lain kerana pendekatan ini bukan berorientasikan teknik.

Terapi Existential akan memperlihatkan ciri-ciri berikut( Sapora dan Ruhaya, 2010 ) : a)Betapa pentingnya manusia b)Manusia itu sentiasa berubah menuju ke arah nirwana kendiri c)Manusia bukanlah mangsa persekitaran tetapi mempunyai keupayaan, kebebasan dan tanggungjawab untuk mencorakkan hidupnya

d)Mati mempunyai nilai positif dalam mendorong manusia untuk menggunakan masa yang terbatas itu untuk mencapai kehidupan yang lengkap.

e)Kebebasan yang ada pada kita bukanlah boleh digunakan dengan sebebas-bebasnya kerana ada risiko-risiko dan kerisauankerisauan tertentu yang mengiringinya.

Semasa fasa permulaan, terapis akan membantu klien untuk mengenalpasti dan menjelaskan andaian-andaian klien mengenai dunia ini. Klien diminta untuk menjelaskan tentang kesedaran terhadap kewujudannya. Klien melihat semula akan nilai-nilai, kepercayaan dan andaian-andaian mereka terhadap kewujudan.

Dalam fasa ini, biasanya terapis akan menghadapi tugas yang berat kerana klien pada mulanya menyatakan masalah mereka sekarang adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran. Mereka akan memberi fokus terhadap orang lain apabila sesuatu tindakan diambil oleh klien sendiri iaitu dengan menyatakan bahawa orang lainlah yang bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.

Maka kaunselor perlu membimbing mereka bagaimana untuk merenung kembali akan kewujudan mereka dan melihat tentang peranan mereka sendiri yang menyebabkan masalah dalam kehidupan.

Semasa fasa pertengahan, klien digalakkan supaya memeriksa keseluruhannya sumber dan autoriti tentang sistem nilai yang ada pada mereka sekarang. Proses penerokaan kendiri biasanya akan membawa kepada celik akal yang baharu dan penstrukturan semula terhadap nilai dan sikap. Individu akan memperoleh idea yang lebih baik tentang apakah jenis kehidupan yang mereka ingini.

Dalam fasa akhir, kaunselor memberi fokus terhadap bantuan kepada klien dalam mendapatkan sesuatu daripada apa yang dipelajari tentang diri mereka dan seterusnya melakukan tindakan. Klien akan menemui kekuatan-kekuatan mereka sendiri dan mencari jalan untuk berada di dalam kehidupan yang wujud dengan mempunyai tujuantujuan tertentu.

4. Penutup Sesungguhnya untuk memberi perkhidmatan kaunseling kepada banduan penjara bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil mudah. Kaunselor perlu memiliki kompetensikompetensi tertentu seperti kemahiran mikro, mempunyai pengetahuan dan kemahiran multi budaya dan sebagainya. Semasa mengkaunsel banduan pula, beberapa saranan telah diberi seperti kompetensi kaunselor dan aplikasi teoriteori tertentu. Saranan-saranan ini diharap dapat memberi kebaikan kepada semua pihak.

PEMBENTANGAN TAMAT