Anda di halaman 1dari 55

Kursus PERGERAKAN ASAS PJM3102

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN ASAS


Menurut pakar dalam pendidikan jasmani (Gallahue,D.L., 1996; Gabbard, C. LeBlanc, B. & Lowy., 1994; Burton, 1977), membahagikan pergerakan asas kepada 3: Pergerakan lokomotor Pergerakan bukan lokomotor Pergerakan manipulatif

PERGERAKAN ASAS

LOKOMOTOR

BUKAN LOKOMOTOR

MANIPULATIF

Lokomotor Beritma Sekata

Lokomotor Beritma Tidak Sekata

KEMAHIRAN LOKOMOTOR
Lokomotor Beritma Sekata
1. 2. 3. Berjalan Berlari Melompat (mendarat dengan dua kaki) Hope (Melompat & mendarat dengan sebelah kaki) Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang seli) Lokomotor Beritma Tidak Sekata 1. 2. 3. Skip Melongsor Galop

KEMAHIRAN BUKAN LOKOMOTOR

4.
5.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Membongkok Meregang Mengilas Memusing Menolak Menarik Hayun Berbuai-buai/bergerak dari kiri ke kanan Rebah Bangkit

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN ASAS


PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan kata lain, dasar menyokong pelaku pergerakan berubah mengikut pergerakan.

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN ASAS


Contoh Pergerakan Lokomotor

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN ASAS

Pergerakan Lokomotor

PERGERAKAN LOKOMOTOR

Kemahiran Pergerakan Lokomotor Pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Perlaku berubah mengikut pergerakan. Kemampuan dan keupayaan kanak-kanak dalam memupuk kemahiran pergerakan yang lebih kompleks terletak kepada pemumpukan kemahirankemahiran / teknik tertentu. Antara kemahiran / tekniknya seperti Berjalan, Berlari, Melonjak,Melompat (hop), Melongsor, Galop ( berlari seperti kuda) & Skip.

Berjalan

Berlari

Melonjak

Melompat (Hop)

Melongsor

Galop ( berlari seperti kuda)

Skip

BERJALAN
Aktiviti-aktiviti:
1. Berjalan bebas menggunakan ruang

2. Berjalan dan berhenti bila isyarat diberi. 3. Berjalan dengan kelajuan berbeza. 4. Berjalan mengikut arah yang berlainan. 5. Berjalan dengan langkah kecil & besar 6. Berjalan dengan keadaan relax dan tidak relax 7. Berjalan dengan membentuk badan menjadi gemuk @ kurus 8. Berjalan diatas jari-jari kaki.

BERJALAN
Berjalan ialah kemahiran yang paling asas, di mana kita banyak melakukannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak kanak-kanak mempunyai tabiat berjalan yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian badan yang lain,selain kaki ianya juga menyebabkan penggunaan tenaga berlebihan yang sepatutnya boleh dikurangkan. Kedudukan imbangan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya yang betul.
PERGERAKAN LOKOMOTOR

BERJALAN
Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Semasa berjalan, hujung kaki hendaklah menghala lurus ke hadapan dengan sisi bahagian dalam kedu-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu garis lurus. Tangan melenggang bebas berselang seli mengikut arah yang bertentangan dengan arah kaki melangkah Mengikut perlakuan seumpama ini dapat memberi imbangan badan sambil dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan. Terdapat ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada masa inilah satu tapak berpijak yang baru terhasil bagi menahan anggota badan daripada rebah. Kedua-dua badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam keadaan yang lega.
PERGERAKAN LOKOMOTOR

Berjalan dengan ibu jari kaki menghala bengkok ke arah luar.


Berjalan dengan ibu jari kaki menghala bengkok ke dalam. Kaki terbuka lebar semasa berjalan.

BERJALAN (KESILAPAN YANG LAZIM DILAKUKAN)


PERGERAKAN LOKOMOTOR

Tapak kaki terlalu rapat semasa berjalan. Melenggang berlebih-lebihan. Kepala condong ke hadapan.

FASA PENGAJARAN PENTING

Ayun langkah dari paras punggung

Berpijak di tumit & biarkan berat bdn beralih pantas di sepjg bhgn sisi luar tapak kaki - ke hujung ibu jari

BERJALAN

Ibu jari kaki menghala lurus ke hadapan

Berjalan dengan lembut

Muka dongak dan memandang lurus ke hadapan

Melenggangkan lengan & tangan secara bersahaja


PERGERAKAN LOKOMOTOR

Berlari serta berlonjak hampir menyerupai pergerakan berlari. Cuma ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Semasa berlari lutut diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk memcecah tempat berpijak. Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas kaki yang satu lagi. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna.

BERLARI SERTA BERLONJAK (LEAP)

PERGERAKAN LOKOMOTOR

BERLARI SERTA BERLONJAK/ LEAP (KESILAPAN YANG LAZIM DILAKUKAN)

Gagal memperoleh lanjuran permulaan yang dapat menggerakkan badan ke udara dengan baik. Gagal mengangkat badan di udara. Gagal melunjurkan kaki. Gagal menggunakan lengan.

Kedua-dua belah kaki mencecah tanah yang seharusnya cuma sebelah.

PERGERAKAN LOKOMOTOR

FRASA PENGAJARAN PENTING

Tolak ke atas, hulur dan jejak

BERLARI SERTA BERLONJAK (LEAP)

Ayun tangan (lengan) ke atas dan ke hadapan.

Lari, lari & lompat (tekankan perkataan lompat utk menandakan kekuatan dlm pergerakan)

PERGERAKAN LOKOMOTOR

BERLARI SERTA BERLONJAK (LEAP) CADANGAN UNTUK PENELITIAN

Berlari serta berlonjak (leap) adalah sukar bagi kanak-kanak. Beri latihan lompatan. Variasi jarak dan ketinggian lompatan yang memadai perlu dikuasai:

a) Lari beberapa langkah dan kemudian melompat.

b) Melompat seperti rusa melompat pagar.

c) Melompat seutas tali di atas lantai.

d) Melompat tali yang ditinggikan sedikit.

e) Melompat menyeberang dua utas tali yang menyerupai anak sungai.


PERGERAKAN LOKOMOTOR

LEAP
Aktiviti-aktiviti:

Berlari & Leap Berlari & leap merentasi tali yang direntangkan Berlari & leap merentasi objek Berlari & leap melepasi tali yang diregang Berlari & leap ke dalam gelung-gelung rotan yang disusun di lantai

BERLARI
Aktiviti-aktiviti:
Berlari bebas Berlari bebas & berhenti apabila isyarat diberikan Berlari setempat Berlari cepat & lambat Berlari dengan langkah pendek & panjang Berlari kehadapan & kebelakang Berlari lurus, berbelok-belok & dalan bulatan Berlari dalam arah yang berlainan Berjalan & berhenti, berlari & berhenti Membuat perbandingan dua pengalaman. Bincang mengapa senang berhenti bila bergerak lambat Memperkenalkan konsep momentem kehadapan Memaklumkan keperluan untuk memindah pusat graviti dari hadapan ke belakang

LOMPATAN
Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau keduadua kaki. Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan

LOMPAT JARAK

PERGERAKAN LOKOMOTOR

LOMPAT KETINGGIAN

LOMPAT KANGGARU

LOMPATAN KESILAPAN YANG LAZIM DILAKUKAN

Gagal untuk membengkokkan kaki selepas lompatan menyebabkan kaki menyentuh tanah dengan mengurangkan jarak

Bahagian atas badan condong ke hadapan semasa lompatan untuk mencapai ketinggian

Gagal menghayun tangan ke hadapan atau ke atas serentak semasa melakukan lompatan

PERGERAKAN LOKOMOTOR

FRASA PENGAJARAN PENTING

Mengayun tangan ke belakang dan kehadapan dan kebawah dan ke atas

LOMPATAN
Membengkokkan lutut dan buku lali dan lonjak dengan kuat

Hulur dan jejak.

PERGERAKAN LOKOMOTOR

MELOMPAT

Aktiviti-aktiviti:
Melompat rendah Melompat tinggi Melompat ke hadapan, ke belakang & ke sisi Melompat lurus, berbelok-belok & dalam bulatan Melompat, memusing suku pusingan & mendarat. Ulang dengan setengah pusingan & mengikut kebolehan masing-masing. Melompat melepasi objek, ke hadapan, ke belakang & ke sisi. Melompat seberapa tinggi yang boleh & mendarat dengan ringan Melompat & menyentuh objek yang digantung dengan ketinggian yang berbeza Melompat sungai Melompat ke dalam & keluar gelong rotan

HOP
1. Persediaan a) Pusat graviti badan diedar kesisi kepada kaki yang menyokong b) Pinggul, lutut & sendi pergelangan kaki menyokong dibengkokkan c) Siku dibengkokkan d) Tangan digerakkan ke atas semasa melompat untuk mengangkat badan ke atas & untuk mengimbangkan badan. 2. Mendarat a) Dengan sebelah bebola kaki b) Pinggul lutut & pergelangan kaki dibengkokkan untuk menyerap kuasa semasa mendarat.

Aktiviti-aktiviti:
Hop dengan kaki kanan kemudian dengan kaki kiri Hop dalam arah berlainan Hop secara lurus, berbelok-belok & dalam bulatan Hop ke dalam & ke luar gelong rotan yang diangkat. Hop batang-batang rotan dirantai. Berlari & hop.

SKIP
Skip adalah gabungan berjalan dan melompat ketinggian.

Melangkah dengan sebelah kaki, kemudian ketingting dengan kaki yang sama, dan tukar ulang pergerakan dengan kaki yang sebelah lagi.

Pergerakan ini boleh dilakukan dengan arah yang bebas, tetapi polanya hendaklah serupa, iaitu bertukar-tukar kaki sambil mengimbangkan berat badan pada setiap pertukaran langkah.
Tangan hendaklah dilenggangkan mengikut arah yang bertentangan dengan kaki yang melangkah, bagi mengawal imbangan.

PERGERAKAN LOKOMOTOR

SKIP (KESILAPAN YANG LAZIM DILAKUKAN)

Berpijak dengan sebelah kaki serta ketingting dengan kaki yang lain. Berat badan dipindahkan pada tingtingan dan tidak pada kaki yang berpijak / melangkah

Memperoleh jarak ke hadapan dan tidak ketinggian kerana kaki tidak diangkat ke atas

PERGERAKAN LOKOMOTOR

FRASA PENGAJARAN PENTING

Ayun langkah dari paras punggung

SKIP
Berpijak di tumit dan biarkan berat badan beralih pantas di sepanjang bahagian sisi luar tapak kaki sehingga ke hujung ibu jari

PERGERAKAN LOKOMOTOR

SKIP
Skip ialah gabungan dua pergerakan iaitu berjalan dan hop 1. Pergerakan kaki : melangkah & hop 1 langkah ke kanan di ikuti dngn hop kaki yg sama & kaki kiri melangkah di ikuti dgn hop kakai yg sama. Masa melangkah adalah lebih pjg dpd masa hop menyebabkan pergerakan beritma tidak sekata. 2. Hayunan tangan tangan dihayun ke hdpn & ke atas. Tangan bertentangan dgn kaki hdpn dihayun. Hayunan tgn yg bertentangan ini memenuhi 2 fungsi iaitu memberi imbangan & momentum semasa dlm fasa hop. 3. Berat badan dan pusat graviti berat badan sentiasa di bebola kaki di sepjg pergerakan. Pusat graviti berubah ke hdpn melepasi jari-jari kaki apabila skip ke hdpn manakala apabila skip ke belakang, pusat graviti berpindah ke belakang melepasi tumit.

Aktiviti-aktiviti:
Skip bebas Skip ke hadapan Skip ke belakang Skip mengelilingi objek Skip ke dalam dan ke luar gelung rotan Skip berbelok-belok dan dalam bulatan Skip berpasangan dengan langkah yang sama

GALOP
1. Pergerakan kaki dan pemindahan berat badan- 1 kaki bergerak ke hadapan dan berat badan dipindahkan kepadanya. Kaki belakang digerakan ke hadapan di belakang tumit kaki hadapan. Dengan pergerakan pantas kedua-dua kaki diangkat dihadapan dan berat badan diletak pada kaki belakang. Kaki hadapan sentiasa dihadapan. Pusat graviti- ia bergerak ke hadapan bila galop ke hadapan Menolak dan mendarat a) Menolak dengan bebola kaki belakang dan mendarat dengan kaki hadapan b) Lulut dan pergelngan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan

2. 3.

Aktiviti-aktiviti:
1. 2. 3. 4. 5. 6. Galop secara bebas Galop lurus, bebelok-belok dan dalam bulatan Galop melepasi objek-objek seperti kon dan pundi kacang Berkumpul dan galop dalam bulatan, ikut arah pusinagan jam dan tukar arah Berpasangan, seorang galop mengejar pasangannya Berpasangan galop bersama dan ikut rentak yang sama

1. MEMBONGKOK
Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian rapat antara satu sama lain Bahagian badan yang boleh dibengkokkan bergantung kepada struktur sendi terlipat Sendi engsel membenarkan badan dibongkokkan kehadapan dan kebelakang sahaja Sendi bola dan soket pula, membenarkan badan dibongkokkan kehadapan, kebelakangan, ke kiri dan dalam bulatan

2. MEREGANG
1. 2. Membongkok dan meregang bahagian-bahgian badan bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki,tangan dan kaki kepada bahagian besar badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang. Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian yang berlaianan untuk dijadikan dasar menyokong

3. MENGILAS
1. Pusingan bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong Berlaku dalam arah bulatan sahaja Sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas

2. 3.

4. MEMUSING
1. 2. Mengilas bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan dan leher. Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagai dasar menyokong

5. MENOLAK
1. 2. 3. Menurunkan kuasa badan keatas kuasa rintangan Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu dan pinggul

6. MENARIK
1.Menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan 2.Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan 3.Menolak objek seperti pundi saga dan bola menggunakan bahagian badan yang berlainan seperti tangan, siku dan kaki

7. HAYUN
Satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi bulatan satu titik tengah yang tetap

8. BERBUAI-BUAI
1.Hayun tangan kehadapan, ke belakang atau menyilang badan didada 2.Hayun kaki kehadapan, belakang, atau ke sisi, menyilang kaki lain 3.Hayun dengan bergayut pada palang 4.Berbuai dengan berdiri tegak dan mengerakkan badan ke sisi, ke kiri, dan ke kanan 5.Dua tangan dihadapan, bengkok di siku, berbuai-buai dengan menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan

9. REBAH Bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras rendah. Merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan

10. BANGKIT Badan seharusnya mempunyai imbangan, mempunyai dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan.

Membongkok Meregang Mengilas Memusing Menghayun Berbuai buai Rebah Bangkit Menolak Menarik Mendekam

Pergerakan Asas Bukan Lokomotor ( kestabilan )

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

CONTOH CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

a) MENGHAYUN
Menghayunkan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang

b) MEMBONGKOK
Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan lahan menegakkan badan.

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

CONTOH CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

c) MEMUSING
Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar dalam keadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan.

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

CONTOH CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

d) MENDEKAM
Dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat Dekam dengan tangan menyentuh lantai

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

CONTOH CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

e) MENYOKONG
Sokongan kaki Sokongan sisi Sokongan dua lutut Sokongan pada lantai Sokongan pada bangku Sokongan satu lutut Sokongan dua tangan satu kaki Sokongan belakang Sokongan satu tangan satu kaki Sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

KEMAHIRAN MANIPULATIF ALATAN

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid-murid sekolah rendah untuk mempelajari kemahiran asas sukan.

KEMAHIRAN MANIPULATIF ALATAN (GELUNG ROTAN)

Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti berikut :

KEMAHIRAN MANIPULATIF ALATAN (TALI)

KEMAHIRAN MANIPULATIF ALATAN (KAYU)

KEMAHIRAN MANIPULATIF ALATAN (PUNDI KACANG)

KEMAHIRAN MANIPULATIF ALATAN (BOLA)

MEMBALING

MELAMBUNG

MENAMPAR

MENGGOLEK

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN ASAS PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan.

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN ASAS


PERGERAKAN MANIPULATIF
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi saga/kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali dan relang getah (squaid).

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN ASAS


Manipulasi dengan Alatan Gelang Rotan

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN ASAS


Manipulasi dengan Alatan - Tali

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN ASAS


Manipulasi Dengan Alatan - Kayu

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN ASAS


Manipulasi Dengan Alatan Pundi Kacang

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN ASAS


Manipulasi Dengan Alatan - Bola

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN ASAS


Manipulasi Dengan Alatan - Bola

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN ASAS


Pergerakan Bukan Lokomotor

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PERGERAKAN ASAS


Pergerakan Gabungan Lokomotor dan Bukan Lokomotor