Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

31150 HULU KINTA


PERAK DARUL RIDZUAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH(PGSR)


AMBILAN NOVEMBER 2008

PKU 3109
TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Nama Pelajar:
SAPURA BT BISAM
(680702- 08- 6438)
Nama Pensyarah:
PN. HJH SATARIAH BT KAMIS
EN. ABDUL AZIZ B. SAMSUDDIN
Tarikh Serahan:
29 NOVEMBER 2011

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Wr.Wh.
Segala Puji Bagi Allah Yang Menciptakan Seluruh Alam,Selawat Dan Salam Ke Atas
Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W Serta Keluarga Dan Para Sahabat Baginda Sekalian.
Alhamdulillah Dengan Rasa Syukur Kepada Allah SWT Kerana Dengan Limpah
Rahmatnya ,Saya Dapat Menyempurnakan Tugasan PKU 3109 Terapi Dalam Pendidikan Khas
Ini Mengikut Tempoh Masa Yang Ditetapkan. Harapan Saya Semoga Tugasan Yang Disiapkan
Ini Dapat Difahami Dengan Jelas Serta Memenuhi Kehendak Soalan.
Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Saya Ucapkan Kepada Pensyarah Penasihat En.
Abdul Aziz Samsuddin Dan Pn. Hjh. Satariah Kamis Yang Telah Banyak Memberikan Panduan
Dan Tunjuk Ajar Kapada Saya Dalam Menyempurnakan Tugasan Ini. Sokongan Daripada
Rakan-Rakan Sekuliah Turut Dihargai , Segala Bahan-Bahan Rujukan Yang Disumbangkan
Cukup Bermakna Bagi Diri Saya Kerana Tanpa Kerjasama Rakan-Rakan Sudah Tentu Tugasan
Saya Tidak Seperti Ini.
Sebagai Seorang Pelajar , Banyak Perkara Yang Masih Perlu Dipelajari Bimbingan Dan
Sokongan Daripada Pensyarah Kepada Saya Dalam Kursus Ini Amat -Amat Saya Harapkan.
Tunjuk Ajar Daripada Tuan Sudah Tentunya Dapat Mempertingkatkan Lagi Mutu Tugasan Ini
Harapan Saya Agar Tugasan Ini , dapat Mendatangkan Manfaat Dan Kebaikan Kepada Semua
Pihak. Semoga Usaha Kecil Ini Akan Dapat Keberkatan Daripada Nya.
Sekian, Terima Kasih

SAPURA BT BISAM
PGSR PENDIDIKAN KHAS

Nama

: Sapura Bt Bisam

Umur

:43 Tahun

Tarikh Lahir

: 2 Julai 1968

Pengalaman Mengajar

: 21 Tahun

Nama Sekolah

: Sek. Keb Coronation Park


30300 Ipoh, Perak.

No. Tel

: 017-5022334

bil
1
2

3
4
4
5

tajuk
Laporan tugasan
Peta konsep ( Individu )
-

Terapi cara kerja

Terapi fisio

- Terapi pertuturan
Artikel Terapi
Tugasan kumpulan (Muzik dan Nyanyian)
Refleksi Kendiri
Bibliografi

Muka surat
5
9

13
14

BismillahirrahmanirrahimSyukur akhirnya sampai juga kami melangkah masuk ke


semester enam, kami PGSR Pendidikan Khas telah diberi tugasan mencari informasi

mengenai pelbagai jenis terapi bagi memenuhi tugasan PKB 3109 Terapi Dalam
Pendidikan Khas.
Pendekatan terapi merupakan suatu kaedah rawatan dan pemulihan yang agak penting
pada masa kini. Ianya dilaksanakan oleh pakar- pakar terapi ke atas individu- individu
berkeperluan khas yang menghadapi pelbagai masalah ketidakupayaan.
Berbagai jenis terapi yang perlu kami terokai dan dalami dari segi kepentingannya, cara
perlaksanaannya serta peralatan yang digunakan.Jadi, untuk mengetahui maklumat
dengan lebih mendalam kumpulan kami membuat lawatan ke Yayasan Sultan Idris
bersama Pensyarah pembimbing En. Abdul Aziz Samsuddin telah mengadakan lawatan
ke Yayasan Sultan Idris Shah.Ianya sebuah Yayasan yang menawarkan perkhidmatan
program pemulihan untuk orang kurang upaya. Perkhidmatan taersebut ,meliputi terapi
hidro, pertuturan, terapi fisio , terapi cara kerja , terapi snoozeland serta terapi ikhtiar
hidup.Yayasan ini juga mengambil tanggungjawab untuk mengadakan program latihan
yang menawarkan latihan khusus berkaitan PDK untuk orang kurang upaya menjalani
hidup yang lebih berkualiti.
Di sana kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan bersama jurucakap kumpulan
masing-masing.Dari satu yempat terapi ke satu tempat terapi kami mendapat informasi.
Di sini saya lebih fokus kepada cara terapi cara kerja dilaksanakan .
Setelah selesai sesi lawatan dan melalui pembacaan dari pelbagai sumber saya dapati
bahawa terapi cara kerja mampu untuk merawat individu yang menghadapi masalah
seperti berikut antaranya ialah kecederaan otak, masalah pembelajaran, celebral palsi,
perkembanagan lewat, autism, masalah menyuap makanan dan kecederaan otot. Tiga
aspek yang mengimbangi kehidupan manusia menjadi teras terapi carakerja untuk
dicapai oleh pesakit:

Berdikari dalam aktiviti kehidupan harian (ADL)

Menyumbang kepada produktiviti (Work) dan

Melaksanakan dan mempelbagai aktiviti riadah (Leisure).

Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) dan Jurupulih Carakerja atau lebih dikenali
sebagai Occupational Therapist (OT) adalah bertanggungjawab melakukan terapi cara
kerja ke atas individu yang terbabit. Mereka adalah terlatih dan mempunyai kepakaran
dalam bidang cara kerja. Terapi cara kerja tertumpu kepada kemahiran-kemahiran
motor halus seseorang. Motor halus berfokus kepada otot-otot kecil kita seperti yang
terdapat pada muka, tapak tangan, tapak kaki dan jari. Antara kemahiran atau aktiviti
yang melibatkan motor halus adalah seperti menggengam sesuatu dengan tangan dan
melepaskannya, mengambil dan memanipulasikan sesuatu dengan tangan atau jari,
menyuapkan makanan, membersihkan diri termasuk memberus gigi, mencuci muka,
mandi dan memotong kuku, menyalin pakaian, menulis, membuat kraftangan dan
melakukan aktiviti-aktiviti harian yang lain.
Terapi cara kerja juga penting untuk membimbing seseorang kurang upaya mempelajari
cara-cara melakukan aktiviti-aktiviti harian khususnya menguruskan dirinya. Ia juga
penting bagi seseorang upaya yang hilang keupayaannya akibat penyakit atau
kemalangan untuk mempelajari semula kemahiran-kemahiran menjalankan aktivitiaktiviti harian. Ia akan membantu seseorang kurang upaya sama ada yang mengalami
masalah pergerakan tangan, masalah sensori khususnya masalah penglihatan dan
masalah yang berkaitan dengan deria sentuhan dan masalah kognitif untuk
mempelajari pelbagai aspek kehidupan supaya mereka dapat hidup berdikari.
Saya dapati untuk individu palsi serebrum terapi cara kerja harus dimulakan sejak
individu-individu palsi serebrum masih kecil lagi, begitu juga dengan autisme. Melalui
terapi cara kerja, mereka terutamanya kanak-kanak kecil akan dibimbing dan dilatih
untuk menghulurkan kedua-dua tangan ke hadapan, mencapai sesuatu, mengenggam
dan melepaskannya, dan mengambil atau memanipulasikan sesuatu dengan jari.
Terapi ini juga menekankan aspek koordinasi mata dengan tangan yang memainkan
peranan yang sangat penting dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kehidupan. Mereka
biasanya akan digalakkan dan dilatih melakukan aktiviti-aktiviti ini dengan mengunakan
alat permainan. Kemahiran-kemahiran yang dipelajari ini akan membolehkan mereka
bermain dengan pelbagai alat permainan seperti soft toy, memory game , menyusun
bongkah kayu mengikut warna dan sebagainya. Melalui aktiviti ini dapat membantu
6

perkembangan otak mereka termasuk kemahiran mengingat. Secara tidak langsung,


mereka akan mempelajari kemahiran sosial apabila bermain dengan jurupulih atau
rakan-rakan lain.
Menurut Cik Aishah selaku pegawai pemulihan cara kerja di Yayasan Sultan Idris Shah,
terapi ini juga akan membantu mereka dalam aspek pembelajaran. Mereka akan
dibimbing dan dilatih menulis, mewarna dan membuat kraftangan yang melibatkan
pelbagai proses termasuk menggunting dan melekat dengan gam. Aktiviti-aktiviti yang
diajar adalah berdasarkan perkembangan semasa seseorang. Selain itu, mereka akan
diajar melakukan sesuatu aktiviti kehidupan dengan menggunakan cara mudah dan
bersesuaian dengan keupayaan masing-masing. Contohnya, seseorang yang tidak
berupaya memegang pensel akan diajar menaip. Saya sempat melihat beberapa hasil
kerja clien di Yayasan tersebut. Saya rasa sangat terharu melihat kesungguhan para
pegawai jurupulih cara kerja menjalankan tugas masing- masing disamping pelatih dari
Kolej perubatan Swasta Masterskill.
Untuk menjalani Terapi cara kerja pelbagai peralatan seperti stand in table positioning,
hand wheel peralatan mandi, makan dan minum yang telah diubahsuai. Saya rasa
teruja dapat melihat sendiri peralatan yang digunakan untuk pesakit. Namun begitu jika
dibandingkan dengan negara barat Malaysia masih jauh ketinggalan dari segi peralatan
dan prasarana. Dari segi penerimaan ibu bapa pula, melalui temubual saya dan rakanrakan dapati mereka sangat positif dan tidak berputus asa membawa anak mereka
untuk diberi terapi cara kerja malah ada antara mereka melahirkan rasa seronok kerana
penat lelah mereka membuahkan hasil.
Kesimpulannya , terapi cara kerja sesuai untuk semua golongan usia tetapi cara
rawatan setiap individu adalah berbeza mengikut kecederaan atau ketidakupayaan
yang dialami. Negara kita mempunyai ramai pakar dalam bidang terapi cara kerja
buktinya di semua institusi ada ditawarkan kursus diperingkat diploma dan ijazah.
Semoga setiap pusat rawatan swasta mahupun kerajaan akan meningkatkan mutu
perkhidmatan dengan cara menambah peralatan yang terkini dan mengadakan
pelbagai aktiviti seperti seminar dan pameran tentang kepentingan menjalani terapi
cara kerja.
7

Oleh itu saya berharap masyarakat akan membuka mata bahawa mereka yang hilang
upaya juga perlu diberi peluang dan perhatian dalam menjalani kehidupan seharian
seperti orang biasa. Sebagai seorang guru pula terapi cara kerja ini amat membantu
guru dalam melaksanakan pengurusan diri murid dengan lebih berkesan. Ini merupakan
pengalaman yang paling berguna dan bermaklumat

buat saya untuk menambah

keyakinan saya untuk mendidik warga istimewa ini kini dan selamanya.

Alatan sesuai

Langkah
Pakaian
sesuai
keselamatan
objektif

Regangan badan
sebelum aktiviti
airLangkah

Regangan dan
pemanasan badan

Kawalan guru

Motor kasar
Aras air yang
sesuai

Langkah
keselamatan
objektif

Kawalan
pernafasan
aktiviti

Kayuhan kaki dan


imbangan
Jalan dalam air
dan apungan

Terapi
Hidro

objektif

jalan sambil kuak


tangan

faedah

Bentuk kerjasama

Stimulasi system
badan

keseronokan

Elakkan radang
elemen

Pulih keadaan
fizikal

Rawat pernafasan
apungan
Beri keyakinan
dan motivasi
Berenang
Rangsang
pergerakan
pernafasanl
Kurang
ketegangan otot
faedah
Kecergasan 10
kardiovaskular

Buat pilihan
Kurang masalah
tingkah laku
Tingkat
komunikasi
Nilai diri sendiri

tujua
nn

Nilai keupayaan

kelebiha
nn

Luahkan
masalah
Selamat-luah
perasaan

Terapi
bermain
nn
pelaksanaa
nn

1-diterima
2-luahkan
perasaan

Media mainan

prose
sujua
nn

Katagori
mainan

Ciri
mainan

3 teroka
peristiwa

4-selesai
masalah

Bilik terapi

agresif

gari

penuk
ulayo
n
topen
g
militsri
militar
i
Definasi:karier
penjagaan
kesihatan dan
member rawatan
kepada individu
untuk mengembang
,memulihkan fungsi
fizikal dan
pergerakan
manusia

kreatif

crayo
n
playd
o
kad
bone
karay
on

Kepentingan :
1.Membantu meningkatkan
keupayaan mental,fizikal
&kesihatan
2.Membantu perkembangan
fizikal
3.Membantu tingkatkan
kemahiran social
11
4.Pelihara & pulih gerak
&fungsi tubuh

Terapi
fisio

Peralatan:
Hot packs
Tens
Cold Packs
Ultra Sound
Electric
Stimulation

Kaedah:
Urut,manipulasi,lati
han
teraputik,penyejuka
n dan pemanasan,
terapi hidro
rangsangan guna
ellektrik dan
rangsangan guna
cahaya

Aktiviti:
1.motor halus memotong,gunting
,cabut,ramas,menguli,renyuk,cubit dan picit
2.Psikomotor kasar- baling,tolak,pukul,lambung dan
sambut
3.imbangan berdiri sebelah kaki,bawa buku atas
kepala dan berdiri atas kerusi
4.latihan koordinasi- masuk jarum keda lam manik dan
lambung /sambut bola

12

TERAPI HIDRO
TERAPI HERBA
TERAPI MUZIK DAN NYANYIAN
TERAPI AROMA
TERAPI SNOOZELAND
TERAPI BERKUDA
TERAPI CARA PULIH KERJA
TERAPI SENI VISUAL

13

Syukur Alhamdulillah ..akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini

dengan

seadanya. Tidak dinafikan belajar sambil bekerja memerlukan kesabaran yang cukup
tinggi lebih lagi peringkat usia saya ini, namun ini semua tidak menghalang saya untuk
memberikan komitmen terhadap tugasan yang diberikan malahan menjadi batu azimat
untuk saya berusaha dengan lebih gigih.
Untuk menyiapkan tugasan ini saya hampir menemui jalan buntu kerana
banyak menghadapi kesulitan dan dugaan dalam proses menyiapkan tugasan ini
samada dari segi kekangan masa, kekurangan bahan dan bermacam- macam lagi
masalah lain. Setelah mendapat sedikit suntikan semangat dari suami dan rakan- rakan
saya akhirnya berjaya menyiapkannya. Tugasan saya mungkin tidak sebaik rakanrakan yang lain tetapi saya bersyukur kerana dapat menyiapkannya.
Bagi memudahkan saya mencari maklumat yang diperlukan, kemudahan internet
saya manfaatkan kerana kekurangan sumber rujukan berbentuk buku. Namun semua
itu tidak menjadi masalah buat saya kerana sekarang saya telah mahir dengan dunia
IT walaupun sebelum ini saya termasuk dalam katagori buta IT.Malahan saya rasa
seronok kerana dapat memahami dengan lebih mendalam terhadap tugasan
terutamanya Terapi Dalam Pendidikan Khas ( Terapi Cara Kerja ) ini.
Akhir sekali setelah menyiapkan tugasan ini, saya berasa puas dan lega kerana
usaha saya telah menunjukkan hasil.Ini semua menjadikan sumber inspirasi dan
menguatkan semangat saya dalam meneruskan pengajian ini. Terima kasih sekali lagi
buat pensyarah yang dihormati Pn. Hjh. Satariah dan En. Abdul Aziz kerana amat
memahami kami serta tidak pernah putus asa menasihati kami supaya terus belajar.

Sekian
Sapura bt Bisam
PGSR Pendidikan Khas

14

15