Anda di halaman 1dari 9

TAJUK 6

Sinopsis

KOMUNIKASI DAN INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

Tajuk dalam bab ini membincangkan amalan komunikasi dan interaksi yang berkesan dalam luar bilik darjah. Ini merangkumi tajuk-tajuk seperti konsep komunikasi, model-model komunikasi, kepentingan, gangguan dan halangan komunikasi serta cara-cara komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah. Bab ini turut menghuraikan tajuk- tajuk seperti konsep interaksi, pola interaksi, kepentingan dan halangan dalam interaksi serta cara-cara mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Menjelaskan konsep dan model komunikasi. Mengaplikasi pelbagai pola interaksi dalam mewujudkan interaksi berkesan. Menghuraikan kepentingan komunikasi dan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran. Menghuraikan halangan dan gangguan komunikasi dan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran. Menghuraikan cara mewujudkan komunikasi dan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah.

Adakah anda tahu... Perbezaan antara komunikasi dan interaksi. Mengapakah penting bagi seseorang guru mempunyai kemahiran komunikasi dan interaksi dalam bilik darjah?

108

6.1

Konsep Komunikasi dan Model Komunikasi Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada seseorang kepada orang yang lain. Proses penghantaran mesej daripada penghantar kepada penerima dikenali sebagai komunikasi.Komunikasi berkesan hanya akan berlaku apabila penerima memahami mesej yang dihantar dengan tepat.

Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.Komunikasi lisan melibatkan proses pemindahan idea dan ditutur

menggunakan bahasa yang difahami.Manakala komunikasi bukan lisan ialah penyampaian idea yang melibatkan pergerakan anggota badan seperti

menganggukkan kepala tanda setuju.Oleh itu, seorang guru perlu menguasai kemahiran berkomunikasi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan serta mencapai objektifnya.

6.1.1

Model-Model Komunikasi Terdapat empat jenis model komunikasi iaitu: 1. Model Claude Shannon dan Warren Weaver 2. Model Wilbur Schramm I 3. Model Wilbur Schramm II 4. Model Wilbur Schramm III

109

Mengikut Model Shannon & Weaver,proses komunikasi bermula dari sumber maklumat yang disimpan dalam ingatan akan menghasilkan mesej melalui alat pemancar seperti suara,kemudian melalui saluran dan sampai ke alat penerima atau telinga setelah diproses oleh otak.

Berdasarkan model ini,keberkesanan penyampaian dan penerimaan sesuatu maklumat bergantung kepada sumber-sumber gangguan yang menjadi penghalang. Gangguan seperti kebisingan dan suara guru yang tidak jelas akan menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan gagal.

Dalam Model Schramm I, proses komunikasi bermula dengan rangsangan sebagai sumber,kemudian dienkod untuk ditafsir dan diikuti dengan menghantar mesej dalam bentuk isyarat.Selepas mesej diterima untuk didekod dengan serta merta dan disalurkan ke destinasinya. Model ini menekankan proses menghantar dan menerima

110

mesej semasa proses komunikasi dan keberkesanan komunikasi di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada tepatnya sumber dienkod oleh guru dan didekod oleh murid-muridnya.

Model Schramm II pula adalah lanjutan daripada Model Schramm I. Dalam Model Schramm II, elemen yang penting ialah pengalaman penghantar dan

penerima.Mesej akan diterima dengan jelas sekiranya penghantar dan penerima mempunyai pengalaman yang bertindih.Ini kerana rangsangan yang dikod dan mesej yang didekod dipecahkan kodnya berdasarkan kepada pengalaman yang bertindih pada kedua-dua pihak.

111

Dalam model ini, mereka yang terlibat dalam proses komunikasi ini akan bertukartukar peranan mereka daripada pengenkod (penyampai),pengdekod(penerima) dan pentafsir.Ini bermakna model ini amat mementingkan aktiviti perbincangan dan soal jawab untuk mengintepretasi dan mentafsir mesej daripada pelbagai sumber.Ini bermakna komunikasi jenis ini melibatkan interaksi dua hala. REHAT & REFLEK Sekarang, kita berhenti seketika untuk membuat refleksi... Ingat kembali jenis model yang dibaca tadi .Model komunikasi manakah yang anda rasa sesuai diamalkan dalam bilik darjah anda. Mengapa?

6.2

Pola Interaksi Dalam Bilik Darjah

Menurut Merriam Webster Online Distionary, interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala.Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain.Di dalam bilik darjah terdapat 3 jenis pola interaksi iaitu:

1. Interaksi sehala 2. Interaksi dua hala

-interaksi sehala daripada guru kepada murid. -interaksi dua hala antara guru dengan murid atau murid dengan murid

3. Interaksi pelbagai hala -interaksi antara guru dengan murid,murid dengan murid dan murid dengan guru.

Perhubungan pengajaran dengan jenis interaksi dalam bilik darjah

Jenis Interaksi

Ciri-ciri interaksi berpusatkan guru

Pendekatan dan strategi pengajaran pengajaran guru berpusatkan

tiada murid

interaksi

antara

memberi arahan kaedah kelas kaedah ekspositori demonstrasi/tunjuk cara aktiviti bercerita

aktiviti pembelajaran pasif

M M
Interaksi Sehala

112

Jenis Interaksi

Ciri-ciri interaksi

Pendekatan dan strategi pengajaran

hubungan yang mesra kaedah perbincangan antara guru dan murid aktiviti soal jawab

M M M

penglibatan murid digalakkan aktiviti pembelajaran aktif

kaedah individu

Interaksi dua hala antara guru dengan murid

G M M M M M M

hubungan yang mesra antara murid dengan murid interaksi guru dan murid sehala iaitu melalui bimbingan atau arahan sahaja atau sebagai fasilitator pembelajaran berpusatkan murid murid lebih kreatif hubungan lebih erat antara murid

pengajaran murid

berpusatkan

kaedah berkumpulan kaedah projek aktiviti bermain aktiviti lakonan akitiviti sumbangsaran

Interaksi dua dengan murid

hala

murid aktiviti pembelajaran aktif wujud semangat kerjasama dan saling menolong aktiviti pengajaran dan pembelajaran sangat aktif kaedah berkumpulan kaedah projek aktiviti bermain aktiviti lakonan akitiviti sumbangsaran aktiviti pemulihan aktiviti pengayaan

G M M

perhubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid lebih erat dan mesra penglibatan guru dan murid sangat aktif

M
Interaksi pelbagai hala

113

Buatkan catatan atau nota-nota penting Perbandingan pelbagai pola interaksi guru yang positif demi mewujudkan interaksi berkesan dalam bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran & pembelajaran

Masa rehat. Bersama rakan-rakan sejawat, berbincang tentang aspek berikut: Berdasarkan pengalaman anda mengajar di sekolah, kenal pasti halangan dan gangguan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Cadangkan cara menangani gangguan komunikasi tersebut.

6.3

Kepentingan Komunikasi dan Interaksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komunikasi dan interaksi di dalam bilik darjah adalah penting dalam usaha mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Guru yang tiada kemahiran komunikasi dan interaksi akan mewujudkan kelas yang tidak kondusif menyebabkan murid-muridnya tidak bermotivasi. Kepentingan komunikasi dan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran: mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang aman dan harmonis membolehkan guru memotivasikan murid-muridnya supaya berminat dalam pembelajarannya. mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid,murid dan murid supaya pembelajaran lebih menyeronokkan penglibatan murid yang lebih aktif dan berkesan

6.4

Halangan dan Gangguan Komunikasi dan Interaksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

(a)

Suasana kelas yang bising. Kebisingan di dalam bilik darjah adalah faktor utama mengurangkan keberkesanan proses komunikasi. Jika murid-murid di dalam kelas tidak dikawal dengan baik,mereka akan membuat bising seperti bercakap dengan kuat dan menjerit-jerit.Dalam situasi bising yang melampau, guru akan mengalami kesukaran untuk menyampaikan pengajaran dengan

114

jelas. Implikasinya murid turut sukar menerima proses pengajaran yang disampaikan oleh guru. (b) Guru yang kurang berpengalaman. Guru yang kurang berpengalaman mungkin akan dipandang rendah oleh murid-muridnya. Malah murid-murid tidak berkeyakinan dengan kebolehan guru apatah lagi jika guru itu mengajar menggunakan kaedah yang lama dan sama sepanjang pengajarannya. Murid-murid tidak akan memberi perhatian di dalam kelas. Ini akan menjejaskan komunikasi yang wujud antara murid dan guru serta interaksi yang mesra sukar dibina. (c) Kepimpinan guru yang autokratik. Guru yang bersifat autokratik

menentukan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid hanya mengikut arahan dan tidak diberi peluang menyuarakan pendapat dan tidak digalakkan bercakap atau berbincang sesama sendiri.Keadaan ini akan menyebabkan murid merasa tidak seronok dan menyimpan perasaan benci akan gurunya.Hubungan yang tidak mesra ini pasti menyukarkan komunikasi dan interaksi dalam bilik darjah. (d) Bilangan murid yang terlalu ramai.Bilangan murid yang terlalu ramai akan menyebabkan kelas menjadi sempit dan tidak selesa. Murid-murid sukar bergerak untuk melakukan aktiviti pembelajaran. Pengajaran guru kurang efektif kerana banyak aktiviti sukar dilaksanakan dan hubungan yang mesra juga sukar diwujudkan kerana kelas yang tidak kondusif.

6.5

Cara-cara Mewujudkan Komunikasi dan Interaksi yang Berkesan dalam Bilik Darjah. (a) Elakkan mengkritik atau melabel murid-murid dengan memberi nama yang boleh menimbulkan rasa malu murid yang berkenaan. Perasaan rendah diri menyebabkan murid mengasingkan diri dan enggan melibatkan diri dalam aktiviti Guru sebagai model sentiasa menunjukkan sifat penyayang dan mengambil tahu latar belakang murid-muridnya. Gunakan gaya kepimpinan demokratik dengan melayan idea dan cadangan murid secara terbuka. Interaksi dua hala akan mewujudkan hubungan yang mesra menyebabkan murid akan memberi perhatian kepada pengajarannya.

(b)

(c)

115

(d)

Elakkan amalan kepimpinan autokratik yang hanya suka memberi arahan yang mesti dipatuhi tanpa tolak ansur. Rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan gunakan teknik perbincangan dan penyoalan serta strategi berpusatkan murid Bahan bantu belajar yang kreatif dan inovatif boleh menimbulkan minat murid untuk belajar dengan melibatkan diri secara aktif.Pengajaran guru akan lebih berkesan malah interaksi antara murid akan terbentuk. Latihan Antara jenis kepemimpinan Autokratik, Demokratik dan Laissez-faire, yang manakah dianggap sesuai sekali diamalkan dalam bilik darjah. Sokong hujah anda dengan contoh yang sesuai.

(e)

(f)

Rujukan

Arends, R. I. (2000). Learning to teach. (5th eEd.) Boston: McGraw Hill. Bahagian Pendidikan Guru.(2007). Modul 2: Pedagogi 1. Kementerian Pelajaran Malaysia. Balson, Maurice. (1991). Understanding classroom behaviour. Australia: Australian Print Group. Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to practice. NSW: Dcroom Helm. Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating positive learning environment for all students. Mass: Allyn & Bacon. Kyriacou, C. (1991). Essential teaching skills. Hemel Hempstead: Simon & Schuster. Moore, K. D. (1995). Classroom teaching skills. (3rd ed.) New York: McGraw Hill Slavin, R. E. (1991). Educational psychology. (3rd ed.) Boston: Allyn and Bacon. Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

116