Anda di halaman 1dari 33

BAGAIMANA MENYEDIAKAN

HIDANGAN PENGIRING MASAKAN BARAT


[Resepi Dan Panduan Masakan Barat 2]

Resepi dan Panduan Masakan Barat 2 Copyright 2009 oleh Norasikin Binti Basri Hak Cipta Terpelihara Sebarang bahagian dalam buku resepi dan panduan ini tidak boleh dicetak semula, dipindahmilik dalam apa jua format sama ada mekanikal, elektronik, rakaman, fotokopi, imbasan atau sebarang format simpanan bagi tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis bagi pihak Norasikin Binti Basri kecuali untuk tujuan ulasan. Ebook ini diberikan secara percuma melalui laman web Resepi Masakan Barat Komersial iaitu laman web yang menyediakan berbagai-bagai resepi masakan barat khusus untuk anda yang berminat untuk membuka gerai atau restoran. Pelajari bagaimana membuat black paper steak, chicken chop, lamb chop, fish & chip dengan cara yang paling cepat, mudah, sedap dan murah.

Penafian Resepi dan Panduan Masakan Barat 2 ini hanyalah bertujuan untuk maklumat semata-mata. Kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerugian atau perbezaan rasa masakan yang terhasil dari maklumat e-book ini. Seperti yang anda tahu ilmu masakan memerlukan ketekunan dan latihan yang banyak untuk menghasilkan hidangan seperti yang dikehendaki.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Dengan limpah kurniaNya, terhasil akhirnya ebook ini. Walaupun penghasilannya sangat pelahan namun saya berbangga kerana kualitinya yang tinggi tidak seperti ebookebook percuma lain yang terdapat di internet. Harap anda boleh mendapatkan ebook-ebook resepi masakan barat yang lain seperti Black Paper Steak, Lamb Chop, Chicken Chop, Fish & Chips di halaman web rasmi Resepi Masakan Barat Komersial. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mempelajari berbagai jenis sos untuk masakan barat seperti Brown Sauce, Black Paper Sauce, Mushroom Sauce termasuk Thousand Island Sauce dan Tartar Sauce. Desert juga sesuatu yang penting dalam masakan barat. Pelajari sekali resepi Moist Chocolate Cake dan Fruit Cake. Apa yang istimewa mengeni resepi-resepi ini ialah, ia di reka khas untuk kegunaan komersial yang bermakna resepi ini mestilah MUDAH disediakan, CEPAT dihasilkan, JIMAT belanja dan MENGUNTUNGKAN jika dijadikan produk jualan di restoran atau gerai anda.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

Saya disini tumpang gembira sekiranya anda dapat menjadikan ilmu masakan barat sebagai sumber pendapatan anda atau sekurang-kurangnya anda. Sekian. Salam hormat dari saya. dapat menjimatkan perbelanjaan dapur

Norasikin Binti Basri Pengajar Katering

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

PENGENALAN Masakan Barat terdiri daripada beberapa hidangan. Di bawah ini adalah di antara yang terpenting dalam masakan Barat. 1. Pembuka selera Pembuka selera ialah hidangan yang boleh merangsang seseorang untuk menikmati hidangan seterusnya. Salah satu contoh pembuka selera ialah salad iaitu campuran satu atau lebih sayuran sama ada segar atau yang telah dimasak dan ditambah salad dressing. Salad dressing bertujuan untuk mensebatikan rasa salad. Anda boleh mempelajari kaedah membuat salad dan salad dressing seperti Tartar Sauce dan Thousand Island Sauce di halaman web Resepi Masakan Barat Komersial. Bahan-bahan protein seperti ayam, udang, telur dan lain-lain juga boleh ditambah untuk memberikan variasi kepada salad. 2. Sup Sup ialah hidangan yang dibuat dari stok atau air rebusan daging, ayam, ikan, karangan laut atau sayuran. Ia juga bertujuan sebagai pembuka selera dan membantu dalam sistem pencernaan. 3. Desert Desert ialah hidangan manis yang dihidangkan pada akhir hidangan utama untuk menyeimbangkan dan melengkapkan lagi hidangan. Ia juga memberikan pelbagai warna pada hidangan serta menghilangkan rasa muak selepas menikmati sajian. 4. Hidangan utama Merupakan hidangan yang terdiri daripada ikan, daging, ayam atau karangan laut yang dihidangkan bersama sos. Untuk menjadikannya sepingan lengkap, hidangan utama mesti dihidangkan bersama pelbagai sayuran dan bahan karbohidrat sebagai pengiring. Antara bahan karbohidrat yang sesuai ialah kentang, nasi, roti dan pasta. Ebook ini akan mengajar anda cara-cara menyediakan hidangan pengiring dari kentang.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

LANGKAH 1 - Bahan-bahan bahan yang diperlukan

1. 500g kentang.

Tip Masakan Berguna


Pastikan kualiti kentang dalam keadaan yang baik. Di antara ciri kualiti yang baik adalah: kulitnya licin tiada bintik-bintik bintik hijau. kulit masih tegang dan tidak kecut. gunakan kentang yang masih baru bagi menggelakkan ia tidak empuk ketika direbus atau dibakar.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

2. 10g mentega

Tip Masakan Berguna


Mentega boleh digantikan dengan marjerin bagi yang tidak menggemari rasa susu.

3. 1 biji telur asingkan kuning dan putihnya.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

Tip Masakan Berguna


Jika kuning pecah, ia masih boleh digunakan begitu juga jika ia telah tercampur sedikit dengan putih dalam proses pengasingan putih dan kuningnya.

4. 25g tepung gandum ( salut Pommes Croquettes ) dan 5g ( dalam adunan Pommes Duch Duchess)

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

5. 50g Serbuk roti

Tip Masakan Berguna


Serbuk roti mempunyai pelbagai warna di pasaran. Di antaranya putih, krim, oren, kuning serta campuran kuning dan oren.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

6. Garam dan Lada sulah

7. Air untuk merebus

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

10

8. Sedikt mayonis

9. Sedikit keju parmesan yang diparut.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

11

Tip Masakan Berguna


Keju Parmesan boleh diganti dengan keju cheddar namun rasa keju akan berkurangan sedikit.

10.

Kerajang aluminium

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

12

11.

Daun parsli / cincangan daun parsli

12.

Minyak masak untuk goreng tenggelam.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

13

LANGKAH 2 Kaedah penyediaan Langkah 2.1 Baked Jacket Potato

1. Ambil sebiji kentang dan hiris sedikit bahagian hujungnya untuk memudahkan ia berdiri.

2. Letakkan kentang tersebut di tengah-tengah kerajang aluminium seperti gambar diatas. Lipatkan kerajang aluminium ke atas untuk membalut keseluruhan kentang. Terbalikkan kentang supaya ia boleh berdiri dengan bahagian yang dihiris tadi di bawah.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

14

3. Bakar di dalam oven dengan suhu 200C selama 30 minit atau sehingga empuk.

4. Dengan menggunakan pisau yang tajam, kelar/hiriskan berbentuk palang (X) di atas kentang berserta dengan kerajang aluminium sekali. Belah sehingga 1/3 bahagian kentang seperti dalam gambar di atas.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

15

5. Pegang dan picit sedikit bahagian tengah kentang supaya bahagian atasnya terbuka sedikit. Letakkan diatas piring untuk menghidang.

6. Letakkan sedikit mayonis dan taburkan sedikit keju parmesan yang diparut.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

16

7. Hiaskan dengan daun parsli/cincangan daun parsli.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

17

Langkah 2.2 Pommes Duchess

1. Sebahagian kentang lagi kira-kira 250g direbus sehingga empuk. Seelok-eloknya kentang di potong kepada bahagian yang lebih kecil dahulu supaya ia lebih cepat empuk.

2. Setelah empuk, tuskan airnya. Buangkan kulit kentang dan lecekkan kentang yang telah direbus tadi sehingga hancur.
Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 18

Tip Masakan Berguna


Kentang yang dilecek perlu dilecek menjadi halus supaya ia mudah dipaip atau dibentuk dan bagi mengelakkan ia mudah pecah ketika di goreng.

Tip Masakan Berguna


Untuk mendapatkan tekstur kentang lecek yang halus kentang perlu direbus sehingga lembut dan dilecek ketika masih panas. Jika telah sejuk ia sukar untuk dilecek dan agak keras.

3. Campurkan 1 biji kuning telur, mentega, lada sulah dan garam secukup rasa dan gaulkan sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan simpan satu bahagian untuk kegunaan resepi epi seterusnya (Pommes Croquet) 4. Masukkan satu bahagian adunan kentang tadi dengan 5g tepung gandum. Gaul sebati.
Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 19

5. Sementara itu sediakan 2 keping piping bag dan nozzle berbentuk bintang bersaiz besar. Potong hujung satu piping bag dan masukkan nozzle ke dalamnya sehingga ia ketat seperti gambar di atas iaitu 1/3 saiz nozzle.

6. Sapu / glis dulang pembakar dengan sedikit mentega/marjerin.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

20

7. Kembangkan piping bag yang satu lagi pada tangan supaya mudah memasukkan kentang yang telah dilecek tadi dan tidak comot.

8. Masukkan kentang lecek tadi secukupnya. Picit dan pintal bukaannya untuk memadatkan adunan (mengurangkan gelembung udara) di dalamnya sehingga ke hujung.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

21

9. Potong sedikit hujung piping bag ( 2.5 cm) berisi adunan kentang dan masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle.

10. Paipkan adunan di atas dulang pembakar. Buat sebesar duit syilling 50 sen dan ketinggian 3 cm sehingga habis.

Tip Masakan Berguna


Saiz porsi sebiji Pommes Duchess adalah diameter 2 cm dan ketinggian 5 cm

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

22

11. Dengan menggunakan berus yang lembut, sapukan kuning telur / mentega di atas adunan yang dipaip tadi. Perlu berhati berhati-hati hati supaya bentuknya kekal. Lebih sena senang titik-titikkan sahaja dan tidak perlu merata.

Tip Masakan Berguna


Adunan di gris dengan kuning telur / mentega adalah untuk memerangkannya.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

23

12.

Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 10 minit.

13. Setelah keperang-perangann, angkat, hidangkan di atas piring dan dihias dengan daun parsli.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

24

Langkah 2.3 Pommes Croquettes

1. Ambil adunan kentang lecek yang diasingkan tadi.

2. Bentukkan silinder sepanjang kira-kira 5cm dan berdiameter 2cm.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

25

3. Golekkan kentang yang telah dibentuk silinder ke dalam tepung sehingga keseluruhannya disaluti tepung.

4. Setelah itu golekkan ke dalam telur putih pula.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

26

5. Setelah itu, golekkan pula dalam bread crumb.

6. Habiskan kesemua adunan kentang tadi.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

27

7. Panaskan minyak masak dan gorengkan kentang bersalut sehingga garing. . Gunakan api yang sederhana sahaja kerana bread crumb amat mudah hangus.

Tip Masakan Berguna


Ketika menggoreng Pommes Croquettes perlu menggunakan kaedah menggoreng minyak penuh iaitu makanan yang di goreng mesti tenggelam sepenuhnya di dalam minyak bertujuan supaya pembalikkan makanan kurang dilakukan bagi menggelakkan ia pecah.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

28

8. Gorengkan sehingga habis kesemuanya.

9. Hidangkan panas dan hiaskan dengan daun parsli.

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

29

PENUTUP Terima kasih kerana mengikuti ebook ini hingga ke akhirnya. Resepi tadi hanyalah asas kepada hidangan pengiring Masakan Barat. Banyak lagi hidangan pengiring yang boleh anda hasilkan berdasarkan resepi asas yang telah anda pelajari tadi. Saya akan berikan beberapa idea untuk mempelbagaikan hidangan pengiring seperti dibawah. 1. Pommes Williams Kaedahnya sama seperti membuat Pommes Croquettes. Bezanya terletak pada bentuknya dimana Pommes Williams berbentuk buah pear. Gunakan bunga cengkih untuk membuat tangkai buah pear tadi. 2. Almond Potato Sama seperti Pommes Duchess hanya gantikan serbuk roti kepada badam cincang. 3. Pommes Lyonnaise Rebus kentang sehingga empuk dan hiris bulat setebal cm. Kemudian saut bawang besar menggunakan sedikit mentega sehingga layu dan tambahkan kentang yang dihiris tadi. Perisakan dengan garam dan lada sulah. 4. Pommes Parisiene Bentukkan kentang kepada bebola kecil berdiameter 3 cm. Boleh menggunakan peralatan untuk membentuk buah-buahan. Rebuskan kentang sehingga empuk. Tuskan dan saut sebentar dengan sedikit mentega dan hiaskan dengan parsli cincang. Akhir kata, saya doakan semoga anda berjaya menghasilkan masakan barat yang unik berdasarkan ebook ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, memohon ribuan ampun dan maaf kerana saya sedar terlalu banyak kekurangan dalam e-book ini. Saya amat hargai sebarang komen dari anda. Saya juga mengalu-alukan testimonial dari anda agar dapat saya memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam ebook ini dan ebook-ebook yang akan datang. coodeang@hotmail.com
Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 30

http://westernfood.yolasite.com/

Masakan Masakan barat yang biasanya terdapat di restoran mewah, kini boleh disediakan di rumah anda sendiri DAPATKAN DISINI

http://westernfood.yolasite.com http://westernfood.yolasite.com/

Screenshot Panduan dan Resepi Masakan Barat Komersial


Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/ 31

PERCUMA!
Tidak lengkap menu masakan barat anda tanpa dessert. Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 3 dan 4 PERCUMA untuk setiap pembelian Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 1.
Semuanya hanya di

http://westernfood.yolasite.com/

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

32

Kumpulkan kesemuanya

Panduan & Resepi Masakan Barat Komersial 2 | http://westernfood.yolasite.com/

33