Anda di halaman 1dari 9

SEJARAH SEBAGAI SATU DISIPLIN

PENDAHULUAN Sejarah merupakan suatu disiplin ilmu yang tersendiri. Ia adalah suatu ilmu pengetahuan yang mempunyai prinsip atau kaedah-kaedahnya yang berbeza dengan disiplin ilmu yang lain. Namun, timbul pertikaian yang berterusan hingga kini di kalangan para sarjana di dunia ini kerana kesangsian mereka semata-mata terhadap kedudukan sejarah itu sebagai suatu disiplin ilmu yang yang tersendidri. Secakhususnya, sejarah ialah suatu ilmu pengetahuan yang cuba melihat masa lampau melalui masa kacamata masa kini. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh ilmu sejarah yang tidak ada pada ilmu-ilmu lain. Secara umumnya, sejarah merupakan penyelidikan terhadap peristiwa yang lalu. Rekodrekod yang terdahulu diselidiki pula oleh para sejarawan untuk mengkaji sejarah dan peristiwa yang telah berlalu. Oleh itu segala rekod yang terdahulu serta peristiwa yang telah berlaku itu biasanya dianggap sebagai sejarah. Namun begitu terdapat juga golongan yang berpendapat sejarah tidak mempunyai kepentingan dan tidak mempunyai tujuan tertentu. Mereka menganggap sejarah sebagai peristiwa yang lampau yang turut disamakan dengan berita lapuk dan usang. Keadaan sedemikian berterusan sehingga kini terutama dikalangan golongan pascamoden yang merasakan sejarah tidak mempunyai makna yang jelas. Namaun begitu, ilmu sejarah merupakan ilmu yang penting dalam membentuk sesebuah masyarakat dan Negara

ISTILAH DAN PENGERTIAN SEJARAH Ilmu sejarah yang kita pelajari atau yang ada pada kita pada hari ini merupakan bidang ilmu yang dibawa masuk dari peradaban barat dengan dilakukan beberapa perubahan dan pertambahan supaya ia selaras dengan keadaan dan kehendak tempatan. Di barat juga pewujudan ilmu sejarah itu sebagai suatu bidang pengajian ataupun disiplin yang tersendiri hanyalah bermula pada kira-kira pertengahan kurun ke-19. Secara umumnya sejarah mempunyai banyak pengertian, sebagai contoh pengertian sejarah dari pandangan timur, barat dan pandangan daripada sejarawan. Di dalam bahasa kita, sejarah itu, secara penegertian kita yang terus, diertikan oleh Kamus Dewan sebagai sastera lama, asalusul(keturunan) salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku di waktu yang lampau, kisah riwayat, tambo, dan ilmu sejarah iu ialah kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah lalu.

Di dalam bahasa asing, khusunya di barat, perkataan sejarah itu disamakan dengan perkataan history (bahasa Inggeriss) yang pada asanya berasal daripada perkataan Yunani purba, historia, yang bererti penyelidikan. Di alam Melayu pula, istilah sejarah yang disamaertikann dengan History dikatakan berasal daripada perkataan Arab iaitu syajarah yang bererti pokok. Sestengah sejarawan seperti Drs. T.Ibrahim Alfian dan Pyan Husayn mengatakan kemungkinan sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud pohon atau pokok yang akhirnya membawa erti salasilah, riwayat, keturunan, dan asal usul. Pengertian dan istilah sejarah juga dapat dirujuk daripada pandangan para sejarawan. Terdapat banyak pandangan-pandangan daripada sejarawan. Pandangan mereka ini berbeza-beza mengikut definisi dan tafsiran mereka tentang sejarah. Sebagai contoh pandangan daripada manusia yang digelar bapa sejarah iaitu Herodatus. Herodatus merupakan orang yang pertama menggunakan perkataan sejarah atau historia dalam karyanya iaitu Histories yang bermaksud penyelidikan atau penyiasatan terhadap segala peristiwa silam mahupun sezaman. Beliau telah membuat pengkajian yang mendalam terhadap segala peristiwa yang ditulisnya agar karyanya menjadi karya yang berasaskan peristiwa yang sebenarnya berlaku. sejarawan yang bernama Leopold Von Ranke merupakan ahli fikir sejarah dari Jerman beliau telah menimbulkan suatu tradisi pensejarahan yang sangat kuat pengaruhnya pada bahagian akhir kurun kesembilan belas sehinggalah bahagian-bahagian awal kurun yang kedua puluh ini. Suatu teori pensejarahan beliau yang sangat mengkagumkan sejarawan sezamannya ialah bahawa sejarah itu haruslah dikaji wie es eigentlich gewesen ataupun seperti sebenarnya berlaku. Pandangan beliau ini dapat dirumuskan sejarah merupakan sesuatu yang peristiwa yang benarberlaku pada masa lalu dan tidak bercampur aduk dengan dongeng serta khayalan yang tidak berasas. Baginya sejarah haruslah dikaji dengan hati-hati kerana ia adalah peristiwa yang unik serta mempunyai taraf yang sama antara satu sama lain atas hakikat bahawa setiap satunya adalah ciptaan yang maha berkuasa belaka. Selain daripada pandangan Leopold von Ronke, terdapat sejarawan yang lain memberikan pandangan dan tafsiran tentang sejarah. Menurut E.H. Carr, mengatakan sejarah itu satu proses interaksinya yang berterusan di antara sejarawan dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak putus-putus diantara sejarawan dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak putus-putus diantara masa kini dengan masa lalu. Pandangan beliau ini dapat disimpulkan sejarah adalah perkara yang berterusan dari zaman lampau. Sejarah adalah berkait dan tidak dapat lari dari pekara yang berlaku ketika dahulu dan pada zaman sekarang. Menurut sejarawan Britain yang bernama R.G. Collingwood pula, menyatakan sejarah itu merupakan pemikiran.Benedetto Croce pula memberikan

pengertian, bahawa sejarah itu adalah sejarah sezaman.Pandangan beliau ini dapat disimpulkan bahawa sejarah itu adalah perkara yang merangkumi peristiwa yang berlaku pada masa dahulu dan dikatkan dengan perkara yang terjadi sekarang. Rentetan daripada pandangan yang diberikan oleh Leopold von Ranke telah menyebabkan kepada perkembangan ilmu pensejarahan itu, iaitu dengan munculnya pula beberapa orang sejarawan yang merasakan bahawa penulisan sejarah yang saintifik, lengkap dan muktamad akan dapat dilakukan dalam sedikit masa lagi. J.B.Burry merupakan sejarawan yang penuh yakin mengatakan bahawa sejarah itu sains, tidak kurang dan tidak lebih. Pandangan ini tidak dapat dipersetujui oleh sesetengah sejarawan. Bagi mereka sejarah bukanlah sains dan tidak perlu dianggap seperti demikian. Pandangan ini juga dianggap tidak munasabah dan tidak boleh dilaksanakan. Antara sejarawan yang menentang pandangan bahawa sejarah itu adalah saintifik ialan E.H.Carr, R.G.Collingwood dari Britain, Benedetto Croce dari Itali dan Charles A. Beard dari Amerika. A.Marwick pula membahagikan makna sejarah kepada tiga tahap atau bahagian. Pertama, sejarah merupakan konotasi tentang keseluruhan masa lalu manusia yang sebenarnya telah berlaku. Kedua konotasi terhadap percubaan manusia untuk menggambar dan mentafsirkan masa lalu. Ketiga sejarah adalah suatu disiplin ilmu pengetahuan yang telah mantap atau sekurang-kurangnya setanding dengan ilmu falsafah, matematik, sains dan ilmu-ilmu lain. Terdapat juga sejarawan-sejarawan lain yang turut memberikan definisi dan pandangan mereka tentang sejarah. Sebagai contoh R.Suntharalingam melalui bukunya yang bertajuk pengenalan kepada sejarah, beliau menyatakan sejarah sebagai satu ilmu pengetahuan yang mencakupi segala hal. Ini kerana sejarah merupakan sesuatu perkara yang telah berlaku yang boleh dijadikan panduan atau landasan dalam semua aspek termasuk ekonomi social dan politik. Sejarawan Indonesia yang bernama Sidi Ghazalba melihat tahap-tahap perubahan tenggapan terhadap sejrah dan lantas makna istilah sejarah itu menerusi tahap-tahap perkembangan budaya (Melayu/Indonesia) melalui proses akulturasi dengan Islam dan Barat dari sejak dari kurun ke-13 dan kurun ke-15. Seorang lagi sejarawan Indonesia yang bernama Sartono Kartodijo pula cuba membahagikan pengertian sejarah kepada dua bahagian iaitu sejarah dalam erti kata yang subjektif dan objektif. Pada pandangan beliau sejarah yang subjektif adalah suatu binaan peristiwa yang disusun oleh penulis sebagai satu cerita atau harian. Manakala sejarah dalam erti kata yang objektif menujukkan kepada kejadian atau peristiwa itu sendiri iaitu proses dalam keadaan yang sebenarnya berlaku. DR.Radar Krishnan pula mendefinisikan sejarah sebagai ingatan oleh sesuatu bangsa dan negara. Selain itu juga terdapat sejarawan barat yang lain turut memberi pandangan tentang pengertian tentang sejarah, sebagai contoh A.L.Rowse memberi pengertian sejarah dari segi

keseluruhan masa lalu bagi keseluruhan benda, peristiwa, alam, manusia, haiwan ataupun makhluk secara amnya. R.O.Winstedt pula memberi pengertian, sejarah berasal daripada perkataan Arab. Beliau mengertikan sejarah itu sebagai salasilah, tawarikh, atau babad. Menurut Henry Johnson pula, sejarah adalah sesuatu perkara mendalam tentang kejadian yang telah berlaku. Sejarawan Islam yang terkenal juga iaitu Ibnu Khaldun juga turut menberikan pandangannya tentang pengertian sejarah. Belaiau menyatakan bahawa sejarah itu merupakan catatan tentang masyarakat manusia, atau peradaban dunia. Tentang perubahan yang telah berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu seperti kebiadaban, keramahan dan perasaan dan perasaan setia kawan segolongan, tentang revolusi dan pemberontakan sesuatu golongan manusia terhadap manusia lainnya dengan mengakibatkan terbentuknya kerajaan dan Negara. Bersama-sama rakyat jelatanya yang mempunyai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan pertukangan dan pada umumnya tentang semua perubahan bentuk yang dijalani oleh masyarakat itu menurut sifatnya. Selain itu, Tagore juga turut memberikan buah fikirannya tentang pengertian sejarah. Beliau menyatakan, hanya terdapat satu sahaja sejarah iaitu sejarah manusia.

KEPENTINGAN ILMU SEJARAH KEPADA MASYARAKAT Kepentingan ilmu sejarah kepada masyarakat antaranya ialah sejarah sebagai sumber abstrak dan nyata.Masa lalu merupakan sumber abstrak dan juga nyata bagi manusia untuk menjalani kehidupan yang beerti lagi berkeyakinan. Sejarah dikatakan sebagai abstrak kerana mustahil bagi seorang manusia menghidupkan kembali dari segi jasadnya peristiwa yang telah berlaku. Kita mungkin pernah menyaksikannya,tetapi apabila kita mengingatnya kembali,kita tidak dapat mengingatnya, apatah pula menghidupkan kembali keseluruhan peristiwa yang telah kita saksikan itu.Sejarah juga merupakan sumber abstrak kerana setengah daripada kita gagal memahaminya sungguhpun kita memerlukannya.Manakala sejarah dikatakan sebagai sumber yang nyata kerana kita dapat membentuknya atau menggambarkannya kembali walaupun tidak sepenuhya,walaupun ia tidak nyata seperti asalnya.Setiap kejadian yang cuba kita wujudkan kembali,walau sekecil sekalipun sesuatu peristiwa itu,sebenarnya pernah berlaku pada kita ataupun pada orang lain pada suatu ketika dahulu dan kesannya masih ada sama ada pada tubuh,jiwa,mahupun,ingatan ataupun pada benda-benda yang lain. Seterusnya,sejarah sebagai petunjuk kepada masyarakat. Hakikat ini mestilah dilihat dari segi kesedaran setiap insan itu tentang segala pengalaman,kewarasan dan kekuatan azam serta citacitanya.Seseorang itu mestilah menyedari kenyataan kehidupannya dan kemudian bertindak untuk mengatasinya. Tetapi tidak semua orang yang pernah gagal ataupun yang serba kekurangan dapat dan mahu bangun menebus kembali kedaifan hidupnya. Sesetengahnya ada yang rela meragut nyawanya sendiri akibat berlaku kegagalan dalam hidupnya seperti bankrap dalam perniagan

ataupun gagal dalam percintaan. Namun pada amnya,setiap anggota masyarakat yang psikologinya tidak dirosakkan oleh penekanan penjajahan ataupun sistem politik tradisi yang beku, akan mempunyai daya usaha srta kekuatan untuk berjuang kembali demi menebus kembali kekurangan dan juga kegagalannya pada masa yang lepas.Dalam hal ini,masa lalu itu merupakan petunjuk bagi seseorang insan untuk mengendalikan masa yang sedang dihadapinya dengan penuh keyakinan atau kekuatan. Kepentingan ilmu sejarah kepada masyarakat juga adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Menurut R.G.Collingwood, tujuan asas mempelajari sejarah adalah untuk mendapatkan pengetahuan diri manusia. Kita sebagai manusia seharusnya mengetahui akan diri kita dan mengetahui keupayaan diri kita sendiri Jika kita lupa akan sejarah masa lalu dan tidak menjadikannya sebagai pengetahuan kepada kita,maka kita akan lupa akan asal usul,adat istiadat,tradisi,dan budaya bangsa kita sendiri. Sejarah sememangnya memberi pengetahuan kepada kita akan segala aspek kehidupan sesuatu bangsa sehingga lahirnya semangat kekitaan. Selain itu,ilmu sejarah juga memberi pendidikan kepada masyarakat. Sejarah turut memberi pendidikan kepada kita terutamanya pendidikan moral.Ini dapat dibuktikan melalui peristiwaperistiwa penting dalam sejarah melayu yang memberikan pendidikan moral kepada kita. Misalnya,antara faktor kejatuhan kerajaan Singapura adalah akibat kezaliman rajanya yang telah mengaibkan rakyatnya iaitu sikap Raja Iskandar (raja singapura) yang telah menjatuhi hukuman yang mengaibkan di hadapan khalayak ramai terhadap gundik kesayangannya setelah difitnah berlaku curang oleh gundik-gundik yang lain yang cemburu kepadanya. Pembinaan moral dalam kalangan masyarakat adalah penting kerana tanpa aspek ini akan melahirkan masyarakat yang kurang matang dalam segala aspek kehidupan dan tidak mampu bersedia menghadapi dunia akan datang. Kepentingan ilmu sejarah juga untuk mematang minda dan diri manusia. Pembelajaran sejarah berupaya mematang minda dan diri manusia kerana melalui pengkajian sejarah maka kita akan dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan maklumat.Dengan ilmu dan maklumat ini,maka minda kita akan memproses dan menganalisis pertumbuhan mental dan perkembangan yang ada hubungannya dengan persekitaran.Dengan kematangan minda,maka kita akan dapat meningkatkan keyakinan diri setelah melihat keterlibatan dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh tokoh-tokoh sejarah yang bertindak sebagai ejen sejarah terutamanya mereka yang terlibat dalam proses perkembangan tamadun dunia.Malahan sesuatu yang perlu dilakukan ialah kita perlu bersaing dengan usaha yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh tersebut atau sekurang-kurangnya membuat yang terbaik daripada sesuatu yang telah kita lakukan. Ilmu sejarah juga turut memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat. Sejarah Malaysia adalah unik dan mempunyai kedinamikan yang tersendiri. Sejak berkurun

lamanya Malaysia telah membentuk identifikasi psikologi sendiri dan telah melalui beberapa peristiwa penting yang membuktikan bahawa masyarakat Malaysia juga bertamadun serta mampu melahirkan struktur politik,ekonomi,dan sosial yang kompleks. Pengalaman yang dilalui negara memaparkan kronologi pahit manis bagaimana nenek moyang kita berjuang memartabatkan bangsa,mendaulatkan negara dan menjana paradigma perubahan zaman masyarakat.Contohnya peristiwa ketika mendapatkan kemerdekaan yang telah dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dan beberapa tokoh yang lain. Malaysia telah melalui beberapa peringkat zaman yang boleh dikategorikan sebagai zaman prasejarah,zaman protosejarah,dan zaman sejarah yang merangkumi zaman kerajaan Kesultanan Melayu dan zaman kerajaan moden. Perkembangan pada setiap zaman ini menunjukkan masyarakat Malaysia berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan yang mampu menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan warga Malaysia kini. Adalah menjadi tanggungjawab seluruh warga Malaysia untuk mengetahui, memahami,dan menghayati, perkembangan ini bagi mengenali diri,masyarakat,bangsa,dan negara.Kita bukan saja perlu mengetahui ciri dan sifat masyarakat yang wujud,tetapi juga perlu memahami,sejarah latar belakang perkembangan yang membentuk masyarakat kita. Disamping itu,kepentingan ilmu sejarah juga adalah mewujudkan masyarakat

majmuk.Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia berlaku sejak zaman awal lagi seperti mana dalam kegiatan perdagangan ini yang berlaku di dalam kerajaan Kesultanan Melayu asing.

Melaka.Perdagangan

mengakibatkan

munculnya

petempatan-petempatan

Kebiasaaanya,para pedagang luar berulang alik di antara petempatan di Kepulauan Melayu dengan tempat asal masing-masing.Namun, ada juga yang menetap dan mendirikan rumahtangga dengan wanita tempatan.Kuasa penjajah Portugis,Belanda,dan British tidak pernah menyekat kemasukkan para imigran asing terutama dari negara China dan India ke Tanah Melayu untuk mengerjakan kepentingan mereka di sector perlombongan dan perladangan.Kemasukkan para imigran asing ini membawa satu dimensi baru dalam proses pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Ilmu sejarah juga memberi kepentingan sebagai warisan untuk generasi akan datang. Setiap perkara yang baik kita lakukan sudah pasti kita mahu perkara itu diwarisi dan diperturunkan kepada generasi akan datang. Begitu jugalah keadaanya dengan sejarah. Setiap peristiwa yang telah berlaku itu ada kebaikan dan keburukannya,maka generasi akan datang yang akan menentukan kehidupan yang akan datang.Contoh yang terdekat dengan kita ialah adat masyarakat Melayu.Adat ini masih lagi diamalkan walaupun terdapat perubahan serba sedikit daripada yang asalnya.Jadi boleh kita katakana bahawa adat tersebut diketahui melalui sejarahnya.Daripada persoalan inilah,maka sejarah perlu dipelajari agar sesuatu yang dipusakai akan terus kekal diwarisi dan tidak hilang daripada masyarakat zaman moden.Jika dilihat daripada pensejarahan melayu seperti Tuhfat

al-Nafis,kita dapati karya ini merupakan salah satu hasil tinggalan zaman lampau yang dikarang oleh Raja Ali Haji yang menceritakan sejarah masyarakat Melayu suatu masa dulu. Seterusnya,ilmu sejarah juga adalah memberi pengajaran kepada masyarakat. Pendidikan dan pengetahuan sejarah amat penting bagi setiap manusia. Ini kerana setiap perkara itu sama ada ia merupakan suatu idea,penciptaan,ilmu yanh pelbagai disiplin dan sebagainya ada sejarahnya tersendiri.Walau apapun pengetahuan sejarah itu seharusnya dijadikan sumber kesedaran kepada masyarakat dalam memupuk semangat baru bagi memperbaiki segala kelemahan,menilai,kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat tradisi,memulihkan semula kekuatan moral dan mental bagi kemajuan individu,masyarakat dan negara.Selain kita boleh mengetahui tentang sejarah yang telah berlaku melalui pendedahan pengalaman masyarakat masa dahulu kala bagi memberi pemahaman dan pengajaran kepada kita dalam menghadapi masalah masa sekarang dan akan dating.

KEPENTINGAN ILMU SEJARAH KEPADA NEGARA Sejarah merupakan ilmu dimana penggunaannya sangat meluas. Sejarah dapat dijadikan sebagai panduan atau landasan kepada semua tingkah laku atau aspek-aspek yang mempengaruhi kehidupan seharian. Melalui sejarah kita dapat tahu rentetan peristiwa yang berlaku yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam hidup. Sesebuah negara yang ingin mencapai kemajuan juga seharusnya meggunakan sejarah sebagai panduan untuk mencapai status negara maju. Oleh yang demikian, sejarah memang memainkan peranan yang penting dan besar dalam membina sesebuah negara yang progresif dan produktif. Antara kepentingan ilmu sejarah kepada negara ialah untuk pembangunan bangsa dan negara. Salah satu tujuan pembelajaran ilmu sejarah adalah untuk mempertahankan kegemilangan dan pencapaian yang pernah dicapai oleh sesebuah negara. Sebagai contoh, Malaysia pernah dijajah oleh kuasa barat iaitu Portugis, Belanda dan British serta kuasa asing yang lain iaitu Jepun sebelum Malaysia berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ramai pejuang negara yang cintakan tanah air telah terkorban untuk membebaskan negara ini daripada ancaman musuh sebelum kemerdekaan dapat dikecapi. Secara tidak langsung, semangat cinta akan tanah air akan tersemat didalam diri anak-anak muda Malaysia apabila mereka mengingati perjuangan para pejuang yang banyak menaburkan jasa bagi memastikan negara kita bebas daripada ancaman penjajah. Selain itu, hubungan budaya yang lalu dengan budaya masyarakat hari ini perlu diberi pemahaman yang mendalam bagi memastikan masyarakat hari ini dan hari depan dapat dibangunkan dan dimajukan. Contohnya di Barat, untuk memperbaiki kehidupan masyarakat mereka, sejarah telah dilihat daripada pelbagai sudut. Manakala bagi masyarakat Jepun pula, mereka telah menjadikan peristiwa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki sebagai titik tolak kepada kemajuan negara mereka pada hari ini. Buktinya negara Jepun telah menjadi salah

sebuah negara maju yang terkemuka dan disegani oleh negara-negara lain pada masa kini. Seperti di Malaysia, peristiwa 13 Mei telah menjadi pengajaran yang amat berguna kepada negara. Hikmah daripada peristiwa tersebut, kerajaan telah bertindak membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membasmi gejala kemiskinan yang membelenggu majoriti masyarakat Melayu pada ketika itu. Melalui gagasan DEB ini, kerajaan berharap taraf ekonomi masyarakat Melayu dapat ditingkatkan supaya setaraf dengan bangsa-bangsa yang lain di negara ini dan seterusnya bangsa Melayu dapat mencapai kemajuan. Seterusnya, kepentingan ilmu sejarah kepada negara ialah mewujudkan perpaduan masyarakat. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa hitam yang telah berlaku di negara kita. Pada tarikh ini, rusuhan kaum yang paling buruk dalam sejarah negara telah berlaku. Rusuhan ini melibatkan dua kaum yang terbesar di Malaysia iaitu Melayu dan Cina. Peristiwa berdarah ini telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Banyak harta benda awam turut musnah dan menyebabkan kerajaan menanggung kerugian dalam jumlah yang begitu besar. Untuk mengawal kestabilan dan ketenteraman awam, pihak berkuasa telah bertindak menguatkuasakan arahan perintah berkurung. Akibatnya masyarakat menghadapi masalah untuk mencari rezeki dan interaksi antara kaum tidak bebas seperti dahulu. Peristiwa ini telah mengajar dan menuntut masyarakat dinegara ini agar mengekalkan perpaduan diantara kaum dinegara kita yang tercinta ini. Masyarakat dinasihatkan supaya mengikis sikap ethno-centric atau perkauman supaya kedamaian dan keamanan dapat dicapai dan peristiwa pahit tersebut tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang. Amalan perkongsian kuasa di Malaysia telah menunjukkan bahawa perpaduan dapat dicapai melalui kaedah ini. Sikap tolak ansur yang ditunjukkan oleh para pemimpin setiap kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka telah membawa kepada kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Parti Perikatan iaitu gabungan tiga parti utama yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu yang diwakili oleh Parti Umno, Cina diwakili oleh Parti MCA dan India yang diwakili oleh Parti MIC telah ditubuhkan pada 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama pada tahun 1955. Hasilnya parti Perikatan telah berjaya memenangi sebanyak 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Selepas mereka berjaya membentuk kerajaan, beberapa pemimpin Perikatan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah berangkat ke London untuk berunding dengan British bagi menuntut kemerdekaan. Akhirnya hasil usaha para pemimpin tersebut Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Jika tiada perpaduan yang terjalin antara kaum ketika itu, kemungkinan besar kemerdekaan tidak dapat dicapai dan rusuhan antara kaum mungkin terjadi. Salah satu kepentingan ilmu sejarah kepada negara ialah sebagai warisan untuk generasi akan datang. Antara contoh yang terdekat kepada negara kita ialah adat masyarakat Melayu seperti

ziarah-menziarahi, yang muda menghormati orang tua, adat ketika berunding dan sebagainya. Walaupun terdapat beberapa perubahan serba sedikit daripada yang asal, adat ini masih diamalkan masyarakat pada hari ini. Bagaimana adat ini diketahui oleh masyarakat kini? Hal ini berlaku kerana generasi muda masa kini mengetahuinya daripada sejarah adat itu sendiri. Oleh itu, bagi memastikan sesuatu adat itu agar terus dipusakai dan diwarisi serta tidak luput daripada ingatan masyarakat kini, sejarah adat itu perlu terus dipelajari. Seperti dalam Tuhfat al-Nafis, hasil nukilan Raja Ali Haji dan Raja Haji Ahmad, didapati karya agung ini merupakan salah satu hasil tinggalan masyarakat zaman dahulu. Menurut salah seorang pengarangnya iaitu Raja Ali Haji: Perkara yang ingin disampaikan oleh Raja Ali Haji dalam petikan diatas ialah tentang kepentingan daripada segi jurai keturunan dan juga cerita sejarah yang telah dikarangkan oleh beliau perlu diteruskan oleh generasi selepas beliau. Jadi, bagi mengetahui warisan atau tinggalan serta pengalaman yang dialami oleh manusia masa lampau, adalah penting bagi generasi masa kini mempelajari sejarah. KESIMPULAN Sejarah merupakan satu disiplin ilmu yang mempunyai prinsip-prinsip atau kaedahkaedahnya yang berbeza dengan disiplin ilmu yang lain. Pengertian dan definisi sejarah juga banyak di pertikaikan sebagai contoh J.B. Burry yang mengatakan sejarah itu adalah sains tidak lebih dan tidak kurang. Kenyataan beliau ini banyak ditentang oleh sejarawan yang lain kerana bagi mereka kenyataan itu tidak munasabah dan sejarah tidak boleh dikaitkan dengan sains atau diterjemahkan menggunakan teori sains. Selain itu juga terdapat sejarawan lain memberikan definisi atau pengertian sejarah seperti Sidi Ghazalba, E.H. Carr, R.O. Winsteadt, Tagore, Jones, Leopold Von Ranke dan ramai lagi. Walauapapun pendapat yang diberikan oleh para sejarawan ini berbeza-beza, namun begitu pandangan mereka ini dapat disimpulkan bahawa sejarah adalah ilmu yang mengkaji perkara-perkara di masa lampau dan dikaitkan dengan kehidupan masa kini. Sejarah juga dapat dijadikan sebagai panduan atau landasan kepada kehidupan seharian kita pada hari ini. Hal ini kerana sejarah merupakan ilmu yang mengkaji peristiwa masa lampau yang boleh dijadikan iktibar oleh masyarakat sekarang sebagai panduan hidup. Oleh yang demikian sejarah juga banyak memainkan peranan dalam membentuk sesebuah negara dan masyarakat. Sebagai contoh sejarah telah menceritakan tentang peristiwa hitam 13 Mei 1969, oleh itu rakyat seharusnya menghayati ilmu sejarah itu sendiri supaya kedamaian masyarakat dan kemajuan negara dapat dipertingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai