Anda di halaman 1dari 13

Esei maybe:

Ancaman kerosakan akidah merupakan fenomena yang amat dibimbangi oleh pihak
pemerintah dan satu cabaran keatas umat islam pada masa kini.

a) Huraikan lima perkara yang merosakkan aqidah seseorang beserta conyoh dalam
masyarakat kini.

5 perkara merosakan aqidah
Secara umumnya , keruntuhan aqidah boleh berlaku melalui amalan hati ( iktikad), perkataan
dan perbuatan. Menurut ulama, seseorang itu boleh menjadi murtad atau terkeluar daripada
islam dengan salah satu daripada 3 perkara iaitu:
Pertama : mengingkari hukuman yang telah diijmakkan kepadanya, hokum ini dikategorikan
sebagai maklum min al-din bi al-daurah seperti mengingkari kewajipan berzakat, puasa , haji,
minum arak, makan riba dan sebagainya. Hokum-hukum yang berkaitan dengan perkara
tersebut adalah sama dari segi pengetahuannya di antara golongan ulama dan orang awam. (
Mustafa al-khin. 1996: 466)
Manakala menginkari hokum yang tidak diijmakkan padanya, atau hokum yang
diijmakkan padanya tetapi tersembunyi pengetahuannya daripada kebanyakan manusia, maka
keengkarannya terhadap perkara tersebut tidak menyebabkan seseorang itu menjadi kufur,
seperti mengengkari pensyriatan solat dhuha, mengingkari haramnya berkahwin dengan
perempuan yang diceraikan sebelum tamat tempoh eddahnya dan lain-lain lagi (. ( Mustafa al-
khin. 1996: 467)

Kedua: melakukan perbuatan yang merupakan perbuatan khusus bagi orang-orang kafir seperti
sujud kepada berhala, melakukan sesuatu yang merupakan ibadah khusus orang-orang kafir
atau melakukan perbuatan yang bertentangan dengan pegangan seorang muslim seperti
melemparkan al-quran dengan sengaja ke tempat yang kotor, melemparkan kitab-kitab hadis
dan tafsir.
Walaubagaimanapun hukum ini ini tertakluk dengan syarat seseorang itu melakukannya
dengan sukarela dan bukan dengan paksaan ( Mustafa al-khin. 1996 : 467)

Ketiga: mengucapkan perkataan yang bertentangan dengan pegangan hidup seorang muslim
samada pengucapan itu dengan iktikad atau degil atau dengan tujuan gurau senda semata-
mata seperti mencela agama, mencela allah , mencela salah seorang nabi dan sebagainya.
Seorang yang mengucapkan perkataan seperti; islam tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam
tamadun manusia, allah tidak wujud, pemakaian hijab adalah membawa kepada kemunduran ,
dan sebagainya adalah menyebabkan kekufuran samada ianya didorong oleh factor iktikad,
marah atau kerana degil. Pengucapan perkataan yang bertentangan dengan pegangan muslim
adalah menyebabkan kekufuran sekalipun dengan tujuan gurau senda seperti seseorang itu
berkata kepada orang yang menasihatinya : jikalau kamu masuk ke dalam syurga, tutuplah
pintunya supaya aku tak boleh masuk bersama kamu ( Mustafa al-khin 1996:467).

Keempat: murtad kerana meningalkan sesuatu perkara yang diperintahkan oleh allah swt.
Perbuatan ini dianggap murtad apabila seseorang itu meninggalkan perintah allah swt dengan
tujuan mengingkari dan menzahirkan penentangan terhadap perintah tersebut. Sebagai contoh
: imam al-qurtubi dalam tafsirnya ketika menjelaskan ayat:


Menjelaskan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT
kerana menolak al-quran dan menentang sabda Nabi Saw maka dia adalah kafir.
Ibn masud menjelaskan bahawa ayat ini adalah umum bagi sesiapa sahaja yang tidak
berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT samada dari golongan orang islam,
orang yahudi dan orang-orang kafir. Sesiapa yang tidak berhukum dengannya tetapi tidak
mengingkarinya maka dia telah melakukan perkara yang haram dan dia tetap tergolong dalam
golongan orang-orang fasik dan urusannya terserah kepada Allah SWT ( Abdul Karim Zaidan
1994 : 313 -314)






Perbuatan nifaq pada zaman rasullulah SAW dijelaskan sebagai menyembunyikan kekufuran
dan menzahirkan keimanan
Bincangkan ciri-ciri munafiq masa kini beserta huraian.

Pembahagian munafik

Ibn Rajab al-hanbali ( wafat 486 H ) menyatakan dalam bukunya, jami al-Ulum wa al-Hikam,
munafik ini terbahagi kepada dua iaitu munafik akbar( munafik besar), dan munafik ashgar (
munafik kecil).
1. Munafik besar adalah seorang yang menzahirkan keimanan kepada Allah, dan rasulnya
akan tetapi batinya menyembunyikan kekafiran. Mereka berpura-pura memeluk agama
islam.
2. Munafik kecil pula adalah seorang yang menzahirkan kebaikan dgn menyembunyikan
keburukan, tetapi ia tidak sampai kepada tahap kafir kepada Allah. Dia memiliki ciri-ciri
orang munafik, tetapi dalam hatinya bukanlah seorang yang kafir kepada Allah.
Ciri-ciri orang munafik
Daripada Abdullah bin Amru, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud:
Empat perkara yang jika ada pada seseorang , maka dia seorang munafik. Jika ada padanya
salah satu sifat daripada empat sifat itu, maka dia mempunyai sifat munafik sehingga dia
menniggalkan sifat itu.
Empat sifat itu adalah, apabila dia berkata dia berdusta, apabila dia berjanji dia memungkiri
janji, apabila dia bertengkar dia melampaui batas, apabila dia berjanji, dia mencabul perjanjian
( Riwayat Al- Bukhari, no : 33)
Berdasarkan hadis di atas, terdapat beberapa ciri-ciri golongan Munafik yang dikhabarkan oleh
Rasullulah SAW. Sebenarnya ciri-ciri munafik tidak terhad seperti yang dikhabarkan dalam hadis
di atas.
Terdapat beberapa lagi sifat orang munafik dikhabarkan dalam al-quran dan as-sunnah,
sedangkan empat ciri yang disebutkan oleh Rasullulah SAW di atas adalah ciri yang dominan
pada diri golongan ini.

Pertama : apabila dia berkata dia berdusta iaitu saat dia bercakap kepada orang yang
mempercayainya tanpa mereka ketahui sebenarnya dia sedang berdusta. Ibn Rajab Al-Hanbali
meriwayatkan bahawa AL-Hasan menyatakan, asas kemunafikan adalah terbina di atas dusta
ataupun pembohongan.
Kedua : apabila dia berjanji dia memungkiri janji. Perkara ini dilihat daripda dua bentuk.
Pertama seseorang itu berjanji, sedangkan dalam masa yang sama dia telah meniatkan dalam
hatinya tidak akan menunaikan janji tersebut. Inilah janji dusta. Kedua, seseorang itu berjanji,
dan dia berniat untuk menunaikan janjinya, tetapi kemudian dia mengingkari janji tersebut
tanpa sebarang keuzuran.
Ketiga : apabila dia bertengkar dia melampaui batas iaitu bertengkar sehinngga melampaui
batas, dan terjebak dalam perkara yang diharamkan agama. Sebagai contoh, dua orang
manusia yang bergaduh kerana perkara yang boleh diselesaikan secara mudah, tetapi ia
dibesar-besarkan sehingga berlakunya pembunuhan, pendustaan , fitnah dan sebagainya.
Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud: sesungguhnya seseorang yang paling dibenci Allah
adalah seorang paling kuat berkelahi dan banyak bertengkar. ( Riwayat Al-Bukhari, no: 2777)

Keempat: apabila dia berjanji , dia mencabuli perjanjian. Sikap ini bertentangan dengan sifat
orang beriman yang dikhabarkan dalam al-Quran. Allah berfirman : ..dan tepatilah
perjanjian, sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya ( oleh Allah di akhirat nanti). ( surah Al-
Israa, 17:34)
Kelima : apabila dia diberikan amanah, dia mengkhianati. Ciri yang kelima ini disebutkan
dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Sifat ini bertentangan
dengan perintah Allah: Wahai orang-orang yang beriman, jaganlah kamu mengkhianati Allah
dan Rasul-Nya, dan jagan kamu khianati amanah-amanah kamu , sedangkan kamu
mengetahui. ( Surah Al-Anfaal, 8: 27)






Riddah berlaku apabila seseorang Muslim keluar dari islam secara langsung atau tidak
langsung sama ada kembali kepada agama asalnya atau menganut agama lain
a. Jelaskan lima implikasi perbuatan murtad terhadap seseorang individu

Lima implikasi perbuatan murtad terhadap individu
Ditegah sepenuhnya dari menggunakan hartanya. Sehubungan itu, harta tersebut
diletakkan di bawah pengawasan pemerintah dan digunakan untuk memenuhi
keperluannya yang daruri. Sekiranya dia kembali kepada islam, maka tegahan tersebut
tidak dilaksanakan lagi dan dikembalikan harta tersebut kepadanya. Sekiranya tidak
bertaubat, harta tersebut dianggap bukan miliknya sejak permulaan tarikh murtad.
Terputuih hak pewarisan di antaranya dengan kaum kerabatnya. Sekiranya mati salah
seorang kaum keluarganya dan dia masih murtad ketika itu, maka dia tidak dapat
mewarisi harta tersebut berdasarkan hadis Nabi SAW: Tidak mewarisi orang muslim
akan orang kafir, dan tidak mewarisi orang kafir akan orang muslim.
Terpisah dengan isterinya dan akad perkahwinan tersebut tergantung. Sekiranya orang
murtad itu kembali kepada islam dalam tempoh eddah maka dia boleh bersama semula
dengan isterinya tanpa akad yang baru dan tanpa rujuk. Sekiranya dia berterusan
murtad sehingga tamat eddah, maka akad perkahwinan terfasakh bermula tarikh
murtadnya. Sekiranya selepas itu , dia ingin kembali kepada isterinya, maka hendaklah
dengan akad dan mahar yang baru.
Jika telah dihukum bunuh, haram memandikannya, mengkafankannya dan
menyembahyangkannya kerana dia telah terkeluar daripada Islam.
Haram dikebumikan diperkuburan orang islam. Mayatnya hendaklah ditanam di satu
tempat lain yang jauh dari perkuburan orang islam.
Tidak boleh mewarisi harta peninggalannya.






Jelaskan pandangan anda terhadap pegangan Muktazilah yang mengatakan buruk
ditentukan oleh akal

- Pendapat Muktazilah perbuatan buruk manusia ditentukan oleh akal
- Manusia diberikan kebebasan dalam berfikir dan bertindak tetapi terbatas dan tidak
mutlak.
- Manusia dikurniakan al-quran dan al-hadis sebagai panduan
- Kedudukan dan peranan para rasul sebagai pemimpin umat
- Konsep nafsu dan pengaruh syaitan dalam mempengaruhi manusia.

Mazhab Asyairah, Muktazilah, qadariah dan jabariah mempunyai prinsip-prinsip ajaran yang
berbeza dalam banyak perkara.

a. Huraikan dengan jelas perbandingan antara mazhab diatas berkenaan afal Allah dan af
al ibad beserta dalil.

i. Asyairah berpendapat, bahawa manusia dijadikan Allah dengan qudrat dan iradat-
nya. Sesuatu perbuatan itu berlaku dengan usaha manusia itu sendiri kerana ia
mempunyai ikhtiar atau kebebasan bertindak yang melingkungi dalam bentuk
kehendak Allah. Golongan ini membezakan diantara perbuatan melakukan usaha
dengan perbuatan mencipta dimana ia merupakan usaha dengan perbuatan
mencipta dimana ia merupakan hak mutlak Allah. Dalil mereka ialah:

4`4 4p+7.4= ) p 47.4=EC +.-
O4O --gUE^- ^g_
29.Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali
dengan cara yang diatur oleh Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
( a-ltakwir)

Ii. Menurut qadariah , manusia tidak terpaksa, bahkan bebas dan mempunyai pilihan untuk
membuat atau meninggalkan sesuatu perbuatan dan tiada sesiapa yang menguasai atau
memaksa kehendaknya. Oleh itu manusia bertanggungjawab diatas segala perbuatannya. Jika
perbuatannya terikat dengan takdir Allah, maka tiadalah ertinya pembalasan pahala dan dosa.
Dalilnya ialah:
^^) +O4LuCEE- O):OO- E`)
-wOgE- E`)4 -OOE ^@
3.Sesungguhnya kami telah menunjukkan kepadanya ( melalui akal dan rasul) akan jalan-jalan (
yang benar dan yang salah maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur ( dengan
beriman dan taat ), ataupun ia berlaku kufur ( dengan mengingkari kebenaran atau
menderhaka). ( al-insan)

iii. Golongan jabariah menegaskan bahawa manusia tidak punya kehendak atau
kemahuan dan pilihan sendiri kerana segala perbuatan makhluk adalah dijadikan
ALLAH dan ditentukan menurut qudrat dan iradatnya semata-mata. Segala suruhan
dan larangan Allah tidak disifatkan sebagai baik atau buruk, malah diterima sebagai
perintah ALLAH semata-mata dalil mereka:
+.-4 7U 4`4 4pOUEu> ^_g
96.padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!


iv. Pandangan muktazilah ialah setiap hamba berkuasa dan mengadakan perbuatan-
perbuatan dirinya sama ada baik atau buruk dan patut menerima pahala dan seksa
di akhirat terhadap apa yang dilakukannya. Allah adalah maha suci daripada
dikaitkan kepadanya kejahatan , kezaliman, membuat perbuatan yang kufur dan
maksiat, kerana jika Allah menciptakan kezaliman maka dia adalah zalim. Dalil
mereka.

}E Eu4C 4u1g` EOO -6O^OE= +4O4C
^_ }4`4 Eu4C 4u1g` EOO -+OE-
+4O4C ^g
7.maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya ( dalam surat
amalnya)!
8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya ( dalam surah
amalnya )! ( al-zalzalah)





Rangkakan dan cadangkan bagaimana kita meningkatkan rasa cinta kepada agama
islam supaya tidak terus dipengaruhi oleh ideologi menyeleweng seperti islam
liberal dan pluralism agama

Dua cadangan meningkatkan rasa cinta kepada islam:


Bincangkan islam melalui pengajaran moden

- Ilmu islam adalah pembuka kepada ilmu-ilmu lain. Seorang pendidik yang beragama
islam haruslah pandai dan mampu menyampaikan bidang ilmu yang diajar bersama
dengan ilmu aqidah islam. Al-quran seharusnya dijadikan sumber rujukan utama kerana
di dalamnya mengandungi fakta-fakta saintifak yang tidak ada dalam kitab suci yang lain.
- Melalui penggunaan kaedah pengajaran moden yang diguna pakai pada zaman ini, ilmu
aqidah dapat disampaikan secara langsung dan pendekatan saintifik terhdap al-quran akan
lebih menarik minat pelajar untuk mengkajinya.

Menanamkan aqidah dalam diri anak-anak.

- pengabdian diri kepada Allah S.W.T adalah tugas utama manusia di muka bumi ini. Bagi
memahami peri-pentingnya tugas ini, konsep aqidah harus disemai sejak dari kecil lagi.
Sejak anak itu pandai bercakap ( lebih kurang umur dua tahun), ibu bapa sudah boleh
mengajar mereka mengucapkan kalimah-kalimah zikir.
Menyemai kefahaman aqidah secara tidak langsung
- ibu bapa perlu mendidik dan mengasuh anak-anak dengan membuat perkaitan antara
aktiviti harian dengan ilmu aqidah. Misalnya setiap kali makan bersama tanamkan dalam
jiwa anak-anak bahawa rezeki yang ada adalah pemberian Allah s.w.t, apabila melihat
bencana yang berlaku di luar Negara di kaca tv, ceritakan bahawa azab Allah s.w.t di
akhirat nanti lebih berat.

Maybe stutor

Penyelewengan aqidah berlaku didalam Negara Malaysia telah mengundang perpecahan
dalam kalangan umat islam.
a. Kemukakan tiga langkah untuk membendung penyelenwengan aqidah dalam
Negara.

Tiga langkah membendung penyelewengan aqidah dalan Negara:
- Menyediakan pengajaran dan pendidikan islam foram dan tidak formal secara berterusan
di institusi institusi pelajaran.
- Mentahqiq kitab-kitab lama yang dikenalpasti mempunyai unsur-unsur penyelewengan
atau yang dikhuatiri boleh menyumbang kepada penyelewengan aqidah.
- Mengadakan ceramah-ceramah/ taklimat dan seumpamanya.
- Menerbitkan buku dan risalah yang berkaitan dengan akidah yang benar dan salah.
- Penerangan melalui media elektronik dengan menyediakan slot khas mengenai ajaran
salah dalam program anjuran pihak berkuasa agama.










Nyatakan tiga kesan positif penghayatan iman dalam kehidupan sesebuah keluarga:

- Keluarga akan terikat dengan ajaran islam, berusaha mengamalkannya dan
menyebarkannya.
- Kesemua ahli keluarga akan mengutamakan kepentingan islam melebihi
kepentingan lainnya.
- Anak-anak akan berasa mulia dengan kebenaran islam dan meyakini keesaan dan
kekuasaan Allah.


Guru memainkan peranan penting dalam menanam keimanan dan membentuk peribadi
seseorang murid
a. Cadangkan dua cara bagaimana guru pendidikan islam menerapkan konsep tauhid
rububiyah dan ulujiyah dalam membentuk peribadi murid.

Penerapan tauhid rububiyyah
- Memastikan pelajar memahami dan menerima konsep rububiyyah iaitu menegaskan
Allah Taala dalam segala perbuatannya, dengan menyakini bahawa dia sendiri yang
menciptakan segenap makhluk.
- Memastikan pelajar memahami dan menyakini bahawasanya Allah adalah pemberi rezeki
bagi setiap manusia, binatang dan makhluk lainnya.
- Memastikan pelajar memahami dan menyakini bahawasanya Allah adalah penguasa alam
dan pengatur semesta, Allah yang mengangkat dan menurunkan, Allah yang memuliakan
dan menghinakan, Mahakuasa atas segala sesuatu. Pengatur pusingan siang dan malam,
yang menghidupkan dan yang mematikan.

Penerapan tauhid uluhiyah
- Memastikan pelajar memahami dan menerima konsep tauhid uluhiyah iaitu menegaskan
Allah dengan perbuatan para hamba berdasarkan niat taqarrub yang disyariatkan seperti
doa, nazar, kurban, raja ( penghargaan) , takut , tawakal, raghbah ( senang ), rahbah (
takut ) dan inabah ( kembali / taubat).
- Memastikan pelajar memahami dan mengakui bahawa tidak ada yang berhak menerima
ibadah dengan segala macamnya kecuali Allah.
- Memastikan pelajar memahami dan menerima bahawa tidak ada yang diseur dalam doa
kecuali Allah, tidak ada yang dimintai pertolongan kecuali dia, tidak ada yang boleh
dijadikan tempat bergantung kecuali dia, tidak boleh menyembelih kurban atau bernazar
kecuali untuknya, dan tidak boleh mengarahkan seluruh ibadah kecuali untuknya dan
kerananya semata.


Kemukakan tiga implikasi yang akan berlaku sekiranya seseorang muslim melakukan
perkara-perkara yang merosakkan aqidah.
- Hidup dalam kesesatan dan kejahilan.
- Menjauhi rahmat Allah dunia & akhirat.
- Tidak ada nilai kemanusiaan dalam hidup manusia.
- Mati dalam kehinaan dan dimurkai allah.
- Tidak ada panduan hidup.
- Melakukan sesuatu mengikut kemahuan dan nafsu semata-mata tiada rasa takut
akan azab Allah.
- Tanggapan bahawa manusia boleh menentukan nasib mereka, Allah tidak berhak
menentukan nasib mereka.
- Menolak akan qadha' dan qadar Allah dalam menentukan perbuatan manusia.





Syirik merupakan satu ancaman kepada negara dan masyarakat islam di Malaysia,
jelaskan dua keadaan yang menyebabkan seseorang itu jatuh menjadi syirik?

- Mengaku mengetahui ilmu ghaib dengan membaca tapak tangan.
- Mempercayai dan melakukan perbuatan sihir.
- Mempersembahkan korban, nazar atau hadiah untuk perkuburan.
- Mengagungkan berhala & patung peringatan.
- Memperolok agama dan mempermainkannya.
- Memutuskan hukum selain apa yang diturunkan Allah.
- Mengaku memiliki hak membuat syariat, menghalal dan mengharamkan.
- Bergabung dengan atheis dan kelompok jahiliah.
- Menggunakan tangkal azimat.
- Bersumpah dengan nama selain Allah.




Afalu Allah wa afal ibadah adalah merupakan perbuatan-perbuatan Allah dan manusia.
Terangkan pembahagian konsep afal ibadah menurut pandangan ahlul sunnag
waljamaah beserta contoh.

Pembahagian afal al-ibad
- Ijbari- perkara yang berlaku bukan atas pilihan dan kehendak manusia sendiri contoh
kecacatan anggota badan, warna kulit, bersin , denyutan nadi.
- Ikhtiyari sesuatu yang berlaku atas kemahuan, pilihan dan kehendak manusia sendiri
contoh makan , minum , ibadah.



Senarikan keistimewaan pahaman ajhul sunnah waljamaah yang berbeza
- Keunikan sumbernya: ini kerana sumber aqidah ahli sunnah wal jamaah hanya
bersandarkan al-quran as-sunnah dan ijma salaf serta penjelasan dari mereka. Perkara ini
tidak terdapat pada ahli bidah di mana mereka selalu bersandarkan kepada akal , kasyaf
atau ilham dan lain-lain.
- Aqidah ahli sunnah wal jamaah tetap utuh, teguh , terpelihara dan kekal hingga kiamat,
tanpa sebarang perubahan.
- Aqidah ahli sunnah wal jamaah adalah satu-satunya jalan untuk bebas dari sebarang
perpecahan. Bahkan ia dapat menyatukan barisan kaum muslimin secara umum dan para
ulama serta daI secara khusus. Jalan inilah merupakan jalan wahyu, serta pilihan Nabi
Muhammad s.a.w, para sahabat, tabiin dan tabi tabiin . oleh itu, sesiapa yang memilih
selain dari jalan ini, mereka tidak akan Berjaya.
- Aqidah ahli sunnah wal jamaah juga menyatukan sumber pengambilan aqidah manusia.
Apabila sumber pengambilan disatukan, maka manusia tidak lagi berpecah. Dan sumber
mereka adalah al-quran dan as-sunnah. Mereka teguh berpegang dengan firman Allah
supaya sentiasa bersatu
- Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah juga menghubungkan seorang muslim, secara
- langsung dengan Allah dan Rasul-Nya, mencintai dan mengagungkan keduanya,
- serta tidak mendahului sesuatupun dari Allah dan Rasul-Nya. Ini kerana slogan
- aqidah salaf adalah "Maqaalallah wa qaala Rasuuluh, fa naquul sami'na.....
- atho'naa" iaitu: Apa-apa yang difirmankan oleh Allah dan disebut oleh Rasul-
- Nya, maka kami berkata, kami telah dengar dan kami telah taat".
-
- - Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah adalah jelas, terang, tiada kesamaran dan amat
- amat mudah difahami. Keadaan orang yang meyakininya, pasti tenang, jiwanya
- tenteram, jauh dari keraguan dan was-was syaitan. Bahkan dia pasti berbangga
- serta gembira kerana berjalan di atas landasan Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam
- dan para sahabat Radhiyallahu 'anhum.
-
- - Allah menjamin kehidupan yang mulia bagi sesiapa yang menetapi Aqidah Ahli
- Sunnah wal Jamaah. Ini kerana, Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa
- menjaga keimanan kepada Allah di mana lahir darinya perasaan
- bertanggungjawab atas segala kewajipan dan disusuli dengan perlaksanaan yang
- ikhlas kerana Allah serta menepati ajaran Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam
-
-
-

Anda mungkin juga menyukai