Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM KEMBARA SENI VISUAL (PULAU REDANG) (KELAB EXPLORASI VISUAL)

10 Oktober-12 Oktober 2013

LAPORAN AJK CENDERAHATI

Ahli Jawatankuasa Dokumentasi :

1) Muhammad Hazwan bin Khairil Khalid

2) Sayed Muhammad Saufi bin Syed Ahmad Zain.

Jenis aktiviti yang diadakan:

1) Menyediakan hadiah 2) Menempah cenderahati 3) Menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada pihak Pulau Redang

Perancangan awal: 1) Berjumpa pengerusi program berbincang untuk mendapatkan penjelasan tugasan selaku ahli jawatankuasa program. 2) Berbincang mengenai jenis cenderahati yang sesuai untuk diberikan.

A.Sebelum program Kami mencari beberapa kedai yang menyediakan perkhidmatan bagi menghasilkan plak penghargaan kepada pihak pengurusan penginapan. Setelah berbincang dengan sahabat yang pernah dan berpengalaman dalam menjadi AJK Cenderahati, kami memilih untuk mendapatkan khidmat daripada kedai di Gong Badak berhampiran dengan Pustaka Seri Intan. Alhamdulillah layanan yang diberikan begitu memuaskan. Kemudian, pihak pengurusan meminta menyediakan juga cenderahati buat pensyarah kami iaitu Puan Rosnah binti Mustaffa. Alhamdulillah sehari sebelum program kami, segala-galanya berjalan dengan baik sekali. Kami juga menyediakan hadiah berupa hamper buat peserta pertandingan yang diatur oleh AJK Program yang dijalankan oleh Haezah Saidah dan Norhafizah.

B.Semasa program Sewaktu program berlangsung, kami menyediakan hadiah sentiasa dan bersiap sedia seandainya tiba masanya kami menyerahkan hadiah kepada pihak pengurusan ataupun pihak penginapan. Pada hari pertama tiada masalah dalam menguruskan dalam tugasan kami kerana pada hari pertama kami hanya terlibat dengan persediaan snoorkling bersama pensyarah. Pada hari kedua kami menyerahkan cenderahati kepada pihak Jabatan Taman Laut di atas kerjasama dan layanan diberikan kepada kami. Pada hari terakhir kami telah menyerahkan cenderahati kenang-kenangan kepada pihak penginapan yang menyediakan makanan dan penginapan yang baik kepada kami. Selain itu, kami juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar.

PROGRAM KEMBARA SENI VISUAL (PULAU REDANG) (KELAB EXPLORASI VISUAL)

10 Oktober-12 Oktober 2013

C.Selepas program Alhamdulillah, tugasan kami telah selesai. Ternyata pihak penginapan terharu di atas sumbangan yang diberikan menurut mereka ini kali pertama pihak yang mengadakan program sebegini menyerahkan cenderahati kepada pihak penginapan. Semoga usaha kami memberikan kenangan kepada pihak Jabatan Taman Laut dan pihak penginapan yang tidak dapat dilupakan. GAMBAR

Laporan disediakan oleh, ...................................................... (MUHAMMAD HAZWAN BIN KHAIRIL KHALID) AJK CENDERAHATI PROGRAM KEMBARA SENI VISUAL.

Anda mungkin juga menyukai