Anda di halaman 1dari 2

1.0 SEJARAH OLAHRAGA DUNIA 1.

1 Sejarah Berlari, melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Dari semasa ke semasa, kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan sehingga menarik minat orang ramai dari serata dunia sejak dahulu lagi. Dari situ lahirlah istilah olahraga (athletics) yang merangkumi acara-acara berlari, melompat dan melontar. Mereka yang melibatkan diri dalam olahraga ini dikenali sebagai olaragawan ( lelaki ) dan olaragawati ( perempuan ). Berdasarkan catatan, sejarah 'olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno dan merupakan sukan tertua di dunia. 1.2 Olimpik kuno Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas yang diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia. Sukan olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan tempat bermulanya tamadun manusia. Ini menjelaskan orang Greece sudah melibatkan diri dalam olahraga, walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan, tetapi lebih kepada bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Beliau melompat sejauh 23 kaki 1 inci. Olahraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan Sukan Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun sekali sehingga tahun 397 sebelum Masihi. Tetapi ia terus dimatikan oleh Maharaja Rom, Theodosius. Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu, manusia tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari sebarang pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara lain meneruskan pertandingan. Ini berlarustan sehingga abad ke 17. 1.3 Olimpik moden Pada 6 April 1896, buat pertama kalinya dalam sejarah sukan Olimpik moden diraikan dan dimulakan semula selepas diharamkan di Athens 1500 tahun dahulu. Sukan Olimpik yang pertama ni dikenali dengan nama Games of the I Olympiad. Ianya diadakan di Athens, Greece bermula dari 6 April hingga 15 April 1896 selama 9 hari. Apabila sukan olimpik moden diperkenalkan, olahraga telah menjadi acara wajib. Malah olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebenar. Tanpa olahraga , tidak mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Oimpik tidak dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dibawah Majlis Olimpik Antarabangsa.

Sejarah untuk menghidupkan semula sukan ini telah lama berlaku dan selepas beberapa kali cubaan gagal dibuat oleh pihak British, Swedes dan pihak Greek akhirnya seorang bangsawan berbangsa Perancis bernama Pierre de Coubertin berjaya melakukan sesuatu yang mustahil dan hasil usaha tanpa henti beliau satu sidang mesyuarat kongres antarabangsa bersama 79 deligasi dari 12 negara berjaya diadakan pada Jun 1894 bagi membincangkan hala tuju Sukan Olimpik ini. Sukan moden pertama kali ini diadakan di Stadium Panathenaic dan dirasmikan oleh Raja Greece ketika itu iaitu King George the first of Greece dan disaksikan oleh 30,000 orang penonton. Jumlah pasukan yang menyertai adalah yang paling banyak kerana tujuan utamanya adalah untuk menyatukan semua negara. 14 buah negara menyertai sukan tersebut pada waktu itu. Penubuhan persatuan-persatuan olaraga di sesebuah negara telah memberi kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam kejohanan atau perjumpaan sukan olaraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau pesatuan yang bergabung di dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh. Pada Sukan Olimpik yang diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil bahagian termasuk Malaysia. Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di Melboune, iaitu di dalam empat acara sukan iaitu Hoki, olahraga, angkat berat dan renang. Bermula dari tahun itu Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali pada tahun 1980, kerana membantah tindakan Rusia (yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun itu) kerana menceroboh Afghanistan. Selain Malaysia terdapat lebih kurang 68 negara lain, termasuk Amerika Syarikat yang tidak turut serta. Sukan olimpik yang terakhir di dunia adalah pada tahun 2010 bertempat di kanada yang telahpun dihoskan oleh 41 buah bandar dari 22 negara. Pada 2012, London menjadi bandar yang pertama yang menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik sebanyak empat kali. Dan untuk sukan olimpik akan datang ialah pada tahun ini, 2014 di mana Rusia menjadi tuan rumah bagi menyempurnakan sukan tersohor ini. Sukan olimpik ini dikenali sebagai Sukan Olimpik Musim Sejuk yang akan diadakan dari 7 Februari hingga 23 Februari 2014. Dan tuan rumah, Sochi, Rusia yang dipilih pada 4 Julai 2007 semasa sesi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ke-119 di Guatemala City, Guatemala adalah kali pertama menganjurkan Olimpik Musim Sejuk. Untuk olimpik akan datang ini, bilangan penyertaan dari berapa negaran dan jumlah atlet masih tidak diketahui. Namun, acara yang dipertandingkan merangkumi 98 dalam 15 jenis sukan yang bertempatkan di stadium olimpik Sochi.

Anda mungkin juga menyukai