Anda di halaman 1dari 8

Nota Malaysia Berselawat 2013

Pengenalan

Segala apa yang tercatat di dalam bahan ini adalah merupakan nota, peringatan dan sedikit ulasan yang saya tulis semasa menghadiri Majlis Ilmu Malaysia Berselawat 2013 di Stadium Hoki Bukit Jalil. Walaubagaimanapun, diharapkan sesiapa yang membacanya menapis dahulu apa yang anda baca. Ini kerana, berkemungkinan saya melakukan kesilapan semasa menulis dan mendengar. Sekiranya terdapat perkara-perkara yang bercanggah, janganlah diambil. Buang yang keruh ambil yang jernih. Setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah S.W.T. Diharap bahan ini mampu menyentuh hati setiap daripada kita untuk berselawat kepada Rasulullah S.A.W dan bergembiralah kerana menjadi umat nabi yang teragung serta marilah kita mendekatkan diri kepada Tuhan yang Maha Esa, Allah S.W.T. - Hamba Allah yang JAHIL

1. Ustaz Don Daniyal

Kamu cinta surah

AL-IKHLAS, kamu akan masuk ke SYURGA.

3 niat belajar: Kerana Allah Menghilangkan kejahilan Menegakkan kalimah Allah

Jangan lupa mendoakan rakan-rakan.

2. Habib Soleh al-Jufri

Rahmat untuk sesiapa yang hadir di

MAJLIS ILMU.

Allah akan sebutkan nama

kita dihadapan malaikat kerana Allah cintakan majlis ilmu. Taman syurga yang ada didunia adalah dalam sekelompok manusia yang mengingati Allah, yang berselawat. Allah akan bersihkan hati mereka yang ada didalam taman syurga ini. Selesaikan majlis ilmu dengan doa, maka Allah akan ampuni dosa mereka dan akan

MENGGANTIKAN dosa mereka dengan pahala.


3 peringkat pengampunan: Paling rendah: dari taubat, amalan soleh Lebih besar: diampuni oleh Allah dan diberi pahala lebih dari dosa Kepada orang yang khusus: diampun, diberi pahala, diberi inayah

Fahamilah bahawa Allah meletakkan ketinggian darjat kita hanya kepada sejauh mana

KETAATAN kita kepada Allah.

3. Habib Jindan bin Novel

Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. (Bagi perempuan yang sudah berkahwin pada suaminya).

Datangnya Rasulullah menyebabkan segala yang ada di Madinah

TERANG.

Orang yang ahli zikir (Selalu berzikir) tidak akan rugi.

Barangsiapa

yang

CINTA

pada

Rasulullah,

di

akhirat

kelak

dia

akan

BERKUMPUL bersama Rasulullah.

4. Habib Abdullah Muhammad al-Habsyi

Amalkan sunnah bagi membuka pintu untuk bertemu Rasulullah. Antaranya ialah dengan bersiwa (bersugi).

rakaat solat dengan

BERSIWA

adalah lebih baik daripada

70

rakaat tanpa

bersiwa.

Antara kelebihan bersiwa adalah mampu

MERINGANKAN

saat

SAKARATUL

MAUT.

5. Habib Ali Zainal Abidin

Apa yang kita dengar daripada nasihat adalah

PERINGATAN

daripada Allah.

Contoh nasihat rakan, ibubapa atau sesiapa. Nasihat itu adalah peringatan daripada Allah kerana mereka yang memberikan nasihat tersebut, hatinya digerakkan oleh Allah untuk menasihati kita. Dalam peringatan itu akan ada manfaat kepada orang beriman.

Dengarkan

SIRAH

nabi supaya hati kita terus hidup. Allah kisahkan didalam al-

Quran supaya menjadi iktibar. Percepatkan langkah kita menuju seruan Allah.

6. Habib Thohir al-Haddar

Bergembiralah atas

ANUGERAH

yang Allah berikan kepada kita iaitu Rasulullah

(Menjadi Umat Nabi Muhammad S.A.W) yang menerangi Zaman Jahiliyah dan membawa sinar cahaya Islam kepada kita. Abu Lahab bergembira apabila lahirnya Rasulullah. Dalam dia diseksa kerana dosadosanya, Allah memberikan

NIKMAT

pada Abu Lahab pada setiap hari Isnin

dengan diberikan keluarnya madu di ibu jarinya dan dia boleh menghisapnya (Merasakan nikmat). Dia diberikan nikmat itu kerana semasa hidupnya, dia pernah bergembira terhadap Rasulullah semasa kelahiran baginda.

Abu Lahab seorang

KAFIR,

namun dia bergembira terhadap Rasulullah S.A.W

maka dia diberikan nikmat oleh Allah S.W.T, inikan pula kita yang merupakan Umat Nabi Muhammad S.A.W yang juga merupakan orang Islam yang bergembira dengan diutusnya Rasulullah. Jadi, marilah kita bergembira terhadap Rasulullah, berselawat ke atas baginda S.A.W. Rasulullah gembira apabila kita taat pada Allah. Subhanallah.

Dalam satu peristiwa yang pernah berlaku. Aisyah sedang menjahit, tiba-tiba jarum terjatuh namun jarum itu tidak kelihatan oleh kerana gelapnya ruangan/bilik itu. Walaubagaimanapun, apabila Rasulullah masuk ke ruangan/bilik itu, maka teranglah ruangan/bilik itu sehingga Aisyah nampak dan boleh mengambil semula jarum yang terjatuh itu.

JARUM

(Kecik dan halus. Namun dapat dilihat didalam gelap oleh

kerana cahaya nur Rasulullah S.A.W). Subhanallah.

Kuatkan hati kita untuk terus

ISTIQAMAH dengan kisah-kisah Rasulullah.

Jalan singkat untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T adalah dengan berselawat memuji Rasulullah. Tinggalkan apa yang dilakukan oleh orang Nasrani (Memuja Nabi Isa sebagai Tuhan). Namun, bagi orang Islam, silakan mentuhankan baginda. Tiada makhluk semulia Rasulullah S.A.W. (Dalam semua makhluk ciptaan Allah, manusia adalah makhluk yang paling mulia. Namun, diantara sekalian manusia yang ada, Nabi Muhammad S.A.W adalah yang paling mulia). Perbanyakkanlah selawat kepada Rasulullah. memuji Rasulullah asal tidak

Penutup

Terima kasih kerana telah meminjamkan sedikit daripada masa anda untuk membaca segala nota yang tertulis di dalam bahan ini. Semoga perasaan cinta kita terhadap Rasulullah S.A.W terus mekar. Jika anda mahu mengsharekan bahan ini, silakan dan semoga pahala yang berterusan akan kita perolehi serta mampu membantu kita semua di akhirat kelak. Insyaallah.

Anda mungkin juga menyukai