Anda di halaman 1dari 21

CERAMAH KEWANGAN ISLAM

Topik 21 : Hukum Pelaburan & Jual-Beli Emas


Surau Mercu UEM KL Sentral, Kuala Lumpur
24 Rabiul Awal 1435 27 Januari 2014

Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor

Topik Perbincangan Hari Ini


2

!! !! !! !! !!

Perkara Lazim Mengenai Harga Emas Empat Hukum Mengenai Emas Barang-Barang Ribawi Hukum Jual-Beli Emas Akaun Simpanan Emas

Perkara Lazim Mengenai Harga Emas


!!

Emas adalah antara komoditi pilihan sebagai sandaran risiko terhadap inflasi atau ekonomi Harga emas adalah berlawanan kepada prestasi ekonomi

!!

Dow Jones Industrial Average 2013

Harga Emas 2013

Ada 4 Hukum Mengenai Emas


4

1.! Haram menggunakan emas dan perak sebagai bejana (bekas makanan)

2.! Haram dipakai untuk tujuan perhiasan oleh kaum lelaki tetapi diharuskan untuk wanita

3.! Wajib bayar zakat sekiranya cukup haul (tempoh masa) dan nisab (jumlah)

4. Hukum Ribawi untuk Emas


5

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, pertukarannya harus sama dengan sama, senilai dengan senilai, tangan dengan tangan. Maka jika terjadi perbedaan pada barang-barang ini lakukanlah jual beli semahu kamu selama dilakukan antara tangan dan tangan. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Ubadah bin Shamit radhiyallahuanhu, dan lafaz ini milik Muslim)

Barang-Barang Ribawi
6

!! !!

Barang ribawi transaksi barang ini boleh terdapat riba Dibahagi mengikut illah adalah sesuatu alasan atau sifat yang menyebabkan sesuatu hukum boleh berlaku
Harga Makanan Asasi atau Ruji

Emas

Perak

Barli

Kurma

Gandum

Garam

Riba Melibatkan Barangan Ribawi


7

!!

Kegagalan mematuhi hadis tadi boleh menerbitkan Riba Al-Buyu (riba jual-beli) yang terbahagi dua:

Riba Al-Fadhl
Riba dari pertukaran yang tidak sama yang melibatkan barangan ribawi yang sama

Riba An-Nasiah
Riba dari pertukaran barangan ribawi yang tidak secara langsung

Kes 1: Sama Jenis Sama Illah


8

!!

Mesti sama berat dan diserahkan dalam majlis akad (on-the-spot)


Harga Makanan Asasi atau Ruji

Kes 2: Berbeza Jenis Sama Illah


9

!!

Boleh berlainan timbangan tetapi mesti dalam satu majlis akad


Harga Makanan Asasi atau Ruji

Kes 3: Berbeza Jenis Berbeza Illah


10

!!

Boleh berbeza timbangan tetapi mesti dalam satu majlis akad (terdapat khilaf)
Harga Makanan Asasi atau Ruji

Adakah wang kertas juga ribawi?


11

!! !!

!!

Ulama tak sepakat Sebab utama dalam tahun 1971, wang kertas tidak lagi bersandarkan kepada emas Terdapat dua pendapat: Pendapat Pertama Pendapat Kedua
!!

!!

Wang kertas bukan barangan ribawi sebab tiada nilai dalaman seperti emas

Wang kertas adalah barangan ribawi sebab mempunyai illah seperti emas dan perak Dari fatwa Akademi Fiqh Sedunia (Jeddah) di bawah OIC tahun 1986 Oleh itu diwajibkan zakat

!!

!!

Jual-Beli Emas - Kontrak Bai Al-Sarf


12

!!

Para ulama membahaskan tentang jual-beli emas dalam satu jenis akad jual-beli iaitu Bai al-Sarf Bai al-Sarf bermaksud jual beli mata wang dengan mata wang yang sama atau berbeza jenis, menjual emas dengan emas, perak dengan perak atau emas dengan perak, ringgit Malaysia dengan Rial Saudi dan sebagainya Jual beli emas (Bai al-Sarf) adalah satu bentuk jualbeli yang diiktiraf dan dibenarkan oleh syarak berdasarkan dalil daripada hadis tadi

!!

!!

Syarat-Syarat Jual-Beli Emas


13

1.! Berlaku penyerahan (taqabud) kedua-dua item, emas dan barang tukaran (wang atau lain-lain) yang dijual-beli
"!

Jumhur ulama menetapkan maksima 3 hari untuk penghantaran emas jika membeli secara online atau pos, dengan syarat emas ada dengan penjual semasa pembelian dibuat

Secara langsung atau hakiki (actual possession) dalam majlis akad

Secara jaminan atau hukmi (disahkan Penasihat Syariah) (constructive possession)

Syarat-Syarat Jual-Beli Emas


14

2.! Akad (kontrak) jual beli emas mesti berlaku sertamerta (on the spot basis) dan bebas daripada pensyaratan penangguhan (hutang atau kredit)
#! Membayar 40% deposit dahulu atau secara ansuran sebagai kontrak jual-beli Riba an-nasiah #! Diharuskan jika bayar ansuran dan wang disimpan penjual emas sebagai simpanan amanah (wadiah), setelah bayar penuh, baru akad jual-beli dan emas itu milik pembeli #! Membeli secara membayar 95% meliputi 100% harga emas dan 5% upah dibayar kemudian apabila telah siap dibentuk #! Diharuskan sebab harga emas dibayar sepenuhnya

Syarat-Syarat Jual-Beli Emas


15

"!

"!

Apakah hukum membeli emas dengan menggunakan kad kredit? Ini adalah isu khilaf kerana terdapat dua pendapat:
"!

Pertama: Penyelesaian pembayaran kepada penjual emas itu tidak berlaku secara on-the-spot (pembayaran dari bank ke akaun bank penjual) maka terdapat penangguhan, maka penjualan emas tidak sah Kedua: Pembayaran telah diluluskan oleh bank dan terdapat elemen waad (jaminan) maka secara uruf (kebiasaan) pembayaran dikira sebagai muktamad, maka tidak terdapat sebarang penangguhan

"!

Syarat-Syarat Jual-Beli Emas


16

3.! Akad (kontrak) jual beli Bai al-sarf mesti bebas daripada khiyar al-shart iaitu teSpoh bertenang (cooling-off period) syarat membatalkan kontrak
!!

Jumhur ulama menyatakan syarat khiyar jual beli Bai alSarf tidak sah, dan membatalkan akad sekaligus (dari mazhab Hanafi, Maliki dan Shafie) Contohnya tidak boleh ada dalam kontrak di mana emas boleh dipulangkan selepas 3 atau 7 hari jika tidak puas hati melainkan terdapat kecacatan atau tidak menetapi spesifikasi

Syarat-Syarat Jual-Beli Emas


17

4.! Persamaan timbangan antara dua item yang ditukar jika bersamaan jenis

Menukar Emas Lama Dengan Baru


18

Emas lama
!!

Emas baru

Kes 1: Dicairkan emas lama dan dibayar upah untuk membuat bentuk baru diharuskan (tunai atau tertangguh) Kes 2: Dijual emas lama dan pesan emas bentuk baru
!! !!

!!

Diharuskan jika sama jenis dan sama berat (patuh syarat-syarat) Diharamkan jika tidak sama jenis atau tidak sama berat atau keduaduanya sekali tetapi kalau jual dahulu, beli baru diharuskan

Akaun Simpanan Emas


19

!!

Diharuskan jika berdasarkan kontrak Bai al-Sarf dan mengikut syarat-syaratnya:


!!

Berlaku penyerahan (taqabud) secara hakiki atau hukmi iaitu emas boleh dikeluarkan (withdraw) bila dikehendaki Tiada penangguhan iaitu emas diperuntukkan (allocate) secara segera (onthe-spot) Tiada khiyar al-shart iaitu tempoh bertenang (cooling-off period) Terapat Penasihat Syariah sebagai pemantau

!!

!!

!!

Contoh Akaun Simpanan Emas


20

!!

Akaun Simpanan Emas Public Bank Berhad dan Maybank didapati berikut:
!!

Terletak di bawah produk perbankan konvensional dan tidak patuh syariah Tidak menyatakan kewujudan emas yang dibeli sekiranya pelanggan ingin mengambil emas fizikal tersebut (tiada taqabud) Transaksi pelaburan emas pula hanyalah berdasarkan harga emas semasa dunia (virtual gold)
!!

!!

!!

Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi Bank menawarkan produk Akaun Pelaburan Emas yang patuh syariah Akaun pelaburan emas berdasarkan kontrak Bay al-Sarf yang mana pelanggan boleh memiliki emas fizikal yang wujud di bank

!!

Terima Kasih

21

Ustaz Abdul Aziz Email: azizno2@yahoo.co.uk FB: Facebook.com/UstazAbdulAzizMN

Anda mungkin juga menyukai