Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: 1/8 : Minggu Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 15-19 Julai 2013 Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK Bukit Rahmat

Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum melaporkan diri kepada En. Yeo Moi HeongGuru Besar SK Bukit Rahmat. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Kami diarahkan ke tapak perhimpunan kerana hari Isnin merupakan hari perhimpunan rasmi sekolah. Semasa perhimpunan dijalankan, Guru Besar memperkenalkan kami kepada murid-murid. Sebaik sahaja tamat perhimpunan, kami ke Bilik Komputer untuk diberikan taklimat kerana bilangan guru praktikum disekolah SK Bukit Rahmat seramai 9 orang dan tidak muat untuk diberikan taklimat di pejabat. Guru Besar memberi taklimat kepada kami mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan sekolah, antaranya ialah:

Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah. Struktur organisasi sekolah. Latar belakang murid dan masyarakat setempat. Tugas dan tangungjawab kami sebagai guru praktikum. Maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Kami diberikan jadual dan diperkenalkan dengan guru pembimbing kami. Guru pembimbing kami untuk praktikum fasa kedua ialah Puan Anita Mazlina Binti Ariffin. Puan Anita Mazlina memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami berkaitan dengan jadual waktu, huraian sukatan pelajaran dan sukatan tahunan.

Kami juga diberikan jadual bertugas tadarus al-Quran iaitu pada waktu rehat memandangkan murid-murid berpuasa dibulan ramadhan dan tiada murid makan pada waktu rehat. Saya ditugaskan untuk menjaga kelas 5B. Kelas tersebut dikehendaki mengabiskan juzuk 15-17 sebelum 29 Julai 2013 kerana pada tarikh tersebut diadakan Majlis Khatam alQuran.

Pada hari kedua persekolahan, kami telah berjumpa dengan Cik Ng Hwee Mian untuk mendapatkan buku teks dan buku panduan guru. Pada hari kedua juga, saya telah memulakan pengajaran dan pembelajaran. Kelas yang diajar ialah kelas 4B bagi matapelajaran Pendidikan Kesihatan. Saya menyambung tugasan guru sebenar kelas tersebut. Tugasan yang dimaksudkan ialah membuat booklet mengenai gaya hidup sihat.

Manakala bagi hari seterusnya iaitu hari ketiga, tiada waktu saya memasuki kelas namun pada hari keempat saya memasuki kelas 4A bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Saya memulakan pengajaran dengan sesi perkenalan dan meneruskan tajuk pembelajaran guru sebenar bagi kelas tersebut.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai