Anda di halaman 1dari 2

2.0 PENGENALAN 2.1 Definisi Pembungkusan Konsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula berniaga.

Setelah zaman industri di Eropah pada sekitar 1970-an, pembungkusan telah wujud menjadi satu bidang perdadangan yang penting. Menurut Vidales Giovannetti, 1995, pembungkusan dapat dihuraikan sebagai satu bekas yang mempunyai hubungan lansung dengan produk itu sendiri, ianya memegang, melindungi, menyimpan dan mengenal pasti produk selain untuk memudahkan proses pengurusan dan mengkomersialkan produk. Secara ringkas, pembungkusan dapat didefinisikan sebagai satu aktiviti

merekabentuk dan menghasilkan sesuatu bekas sesuatu produk. Ia juga merupakan satu proses atau operasi membalut, membungkus atau memasukkan produk ke dalam satu unit bentuk atau bekas. 2.2 Fungsi-fungsi Pembungkusan Fungsi utama pembungkusan adalah untuk mengekalkan kualiti, kesegaran dan melindungi produk dari kerosakan. Pembungkusan berfungsi untuk melindungi dan memelihara produk daripada kerosakan disebabkan faktor-faktor luaran dan dalaman, menyukat, memperaga dan memasarkan produk, memaklumkan, merangsang jualan untuk menarik pengguna, memudah serta melindungi produk semasa proses pengangkutan dan seterusnya memanjangkan jangka hayat produk. Keputusan perlu dibuat mengenai elemen-elemen tertentu bagi pembungkusan seperti saiz, bentuk, bahan, warna, tekstur dan tanda perniagaan. Terdapat beberapa kriteria penting dalam pembungkusan, iaitu warna, ilustrasi, muka taip (tipografi), penerangan, logo syarikat, nama dan alamat, bentuk bungkusan, reka letak, kemasan dan persembahan. Fungsi pembungkusan boleh diringkaskan seperti pembalut dan pembungkus; memudahkan proses pengangkutan, memanjangkan hayat produk dan pemasaran dan penjualan. Pembungkusan inovatif adalah pembungkusan yang boleh memberi syarikat kelebihan di dalam mengatasi pesaing. Dalam persekitaran pemasaran, pembungkusan merupakan peluang untuk penjual mempengaruhi pembeli.

2.3 Ciri-ciri Pembungkus Seperkara lagi, ciri-ciri pembungkus hasil makanan dan minuman meliputi jenama, logo, nama, dan alamat syarikat, keterangan tentang ramuan, gambar hasil, berat bersih kandungan, tarikh luput makanan dan harga barangan. Akhir sekali, pembungkusan merupakan satu seni yang menggunakan kaedah sains dan teknologi dalam melindungi, memelihara dan mempersembahkan produk dengan lebih berkesan untuk kepuasan pengguna, memaksimumkan keuntungan serta meminimumkan kerosakan. 2.4 Jenis-jenis Pembungkusan Jenis-jenis pembungkusan merangkumi: (a) Pembungkusan primer. Pembungkusan primer merupakan bungkusan utama produk. Contoh: ubat gigi Colgate dibungkus dengan tiub.

(b) Pembungkusan sekunder. Ia merupakan pembungkusan yang dibuang apabila produk hendak digunakan. Contoh: kotak kadbod yang mengandungi tiub uabt gigi Colgate.

(c) Pembungkusan perkapalan. Ia diperlukan untuk menyimpan, mengenalpasti dan menghantar produk. Ia melindungi pembungkusan skunder, primer dan produk secara keseluruhannya. Contoh: Kotak-kotak besar yang mengandungi kotak-kotak Colgate kecil.