Anda di halaman 1dari 31

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

TAHAP-TAHAP KAUNSELING
DISEDIAKAN OLEH: SUSILA A/P PICHAIYA RAMALINGAM LOGAAMBIGAI A/P SIVAANANTHAN PIREMALATHA A/P KARUNANITHE SANGKARAN A/L GNANASHAKARAN EUDIISHTRAN A/L GANEASA MOORTHY

Tahap-tahap dalam proses kaunseling tidak berlaku secara berasingan, tetapi berterusan dan ada masanya bertindan lapis.

Aapbila kaunselor sedang berada pada satu tahap dan sedang mengendalikan tema perbincangan untuk tahap itu, beberapa elemen dari tahap yang lain juga hadir pada tahap yang sama.

Contonnya, selepas mengalu-alukan kedatangan seorang klien yang baru (tahap pertama), kaunselor mungkin juga mempunyai banyak persoalan seperti, Siapa agaknya orang ini? Bolehkah agaknya kita bekerjasama? Bolehkah kita menolong orang ini menyelesaikan masalahnya? Berapa lama agaknya kita akan mengambil masa berbincang dengan klien ini?
.

Pada tahap ini dapat dilihat penumpuan adalah kepada pelbagai

persoalan yang sepatutnya dibincangkan dalam tahap tertentu.

Pada hal isu yang hendak diberikan tumpuuan ialah berhubung dengan tahap pertama, iaitu hendak mengetahui tentang klien.

Masa yang harus diambil bagi melaksanakan setiap tahap


bergantung kepada sejauh mana kaunselor memikirkan sama ada dia patut berubah ke tahap seterusnya.

Oleh kerana tahap-tahap ini perlu berkembang dari awal hingga


akhir, maka tema perbincangan pada setiap tahap mesti disempurnakan dengan memuaskan sebelum kaunseling bergerak

ke tahap yang berikutnya.

Sekiranya perbincangan tema pada tahap-tahap awal tidak dibuat dengan memuaskan atau tidak sempurna , ia akan menyulitkan

proses kaunseling berlaku.

Terdapat 5 tahap dalam proses kaunseling.


MEMBINA HUBUNGAN TAHAP PENEROKAAN TAHAP MEMBUAT KEPUTUSAN TAHAP PELAKSANAAN KEPUTUSAN TAHAP PENAMATAN SESI KAUNSELING
TAHAP

1. Membina hubungan 5. Menamatka n sesi 2. Membuat penerokaa n

Tahap kaunselin g

4. Melaksanaka n keputusan

3. Membuat keputusan

1. Tahap membina hubungan


tahap membina asas yang kukuh untuk mewujudkan satu perkongsian bekerjasama. Perhubungan tersebut dapat menanam sifat kepercayaan klien terhadap kaunselor.

Terdapat 4 tugas utama dalam tahap ini


Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi. Menentukan matlamat awal kaunseling. Menstruktur hubungan

Membina kepercayaan.

Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi


Pada mulanya klien tidak yakin pada diri sendiri dan pada kaunselor Maka, kaunselor perlu: mewujudkan suasana rasa selamat, mesra mendengar dengan intensif dan memberi respon sepenuhnya mewujudkan perasaan minat dan cuba menghormati perasaan klien

Memberi respon kepada klien dengan sepenuhnya.

Contohnya sebagai permulaan kaunselor menunjukkan raut wajah yang

menunjukkan

rasa

ingin

berkongsi

masalah

dengan

klien

dan

memahami perasaan mereka serta menjiwai masalah klien. Kaunselor juga perlu memulakan soalan yang boleh membantu ke arah keadaan rasa selamat , kejujuran dan rasa boleh percaya seperti: Apakah yang boleh saya bantu saudara (seeloknya nama diketahui).Kaunselor juga perlu menunjukkan air muka yang tenang posture atau cara duduk semasa melayan klien, kesungguhan ketika menjawab dan intonasi suara yang tidak mengancam.

Menentukan matlamat awal kaunseling Pada peringkat awal klien akan mengemukakan pelbagai isu kepada kaunselor. Kaunselor dan klien perlu menentukan dan mencapai persetujuan tentang matlamat yang hendak dicapai Tujuan: mengurangkan kekeliruan klien

Menstruktur hubungan
Klien perlu dijelaskan tentang perjalanan atau proses kaunseling (penstrukturan sesi) Perkara yang biasa dinyatakan di dalam penstrukturan: konsep kaunseling, proses kaunseling, jangka masa sesi dan aspek kerahsiaan

Membina kepercayaan
Kaunselor perlu: 1. berpegang kepada etika keprofesionalan kaunseling 2. Memberi penekanan terhadap aspek kerahsiaan klien 3. Menyatakan peranan kaunselor untuk bersama klien membantu isu yang sedang dihadapi oleh klien 4. Mempunyai tata etika kaunselor yang tinggi

2. Tahap penerokaan
Merupakan tahap memahami bagaimana klien mempersepsikan masalahnya. Tumpuan: Meneroka skop masalah (konteks dan persekitaran masalah, penglibatan orang yang signifikan)

Empat aspek yang harus diberi keutamaan oleh kaunselor adalah :


1. Skop masalah

(Tugas utama kaunselor pada tahap ini ialah untuk memahami sebab-sebab mengapa klien datang berjumpa dengan kaunselor.Untuk melicinkan proses penerokaan, kaunselor dan klien hendaklah mengenal pasti sama ada myang dihadapi sekarang merupakan masalah sebenar mengenalpasti konteks dan persekitaran pada masa dan di mana masalah itu berlaku menilai keadaan, teruk atau tidak, dan berapa lama masalah itu berlaku menilai sejauh mana masalahnya telah melibatkan orang lain terutama kepada orang yang terdekat dengannya

membuat anggaran apakah kesannya kepada orang yang terdekat dalam

2. Aras perfungsian klien

Untuk memahami cara pemikiran klien ( clients internal frame of reference), biasanya boleh dilihat dari segi cara dia berfungsi dan menangani masalah dalam hidupnya pada masa lepas.Apabila klienmeluahkan ceritanya dalam

penerokaan

kendiri,

kaunselor

bolehlah

membuat

kesimpulan

secara

professional, sama ada kliennya telah:

menjalani perkembangan hidup dengan masalah yang minimum;


telah berjaya memenuhi keperluan fisiologikal,psikologikal dan sosial dengan berkesan;

berfungsi pada aras kognitif yang sesuai; mempunyai hubungan yang positif terhadap orang dekat dengannya; penyesuaian diri yang baik apabila menghadapi konflik, kekecewaan dan sebarang cabaran hidupnya; dan

3. Pola sejarah klien

Seorang kaunselor mungkin ingin membantu klien dengan meneroka sambil memahami cara klien mengatasi masalah yang pernah dialami sebelum ini dengan masalah yang sama yang sedang dihadapi pada masa sekarang.

Misalnya, kaunselor boleh mendapatka maklumat daripada klien dalam hal dia mencuba menyelesaikan msasalahnya terdahulu, pernahkah dia berbincang dengan orang yang terdekat dengannya, mencari maklumat yang lebih terperinci untuk menjelaskan isu-isu tertentu, mencuba sesuatu pengalaman baru, mengubah persekitarannya, atau pernahkah klien mengambil risiko bila mendapati sesuatu yang kurang jelas dalam menhadapi masa depan.

Proses penerokaan ini boleh menyerlahkan keengganan klien menangani

4. Kekuatan dan sumber kekuatan


Kekuatan dalaman yang ada pada seseorang klien dan daripada

mana
dia mendapatkan kekuatan ini perlu diterokai. Untuk memahami skop

kekuatan klien, klien perlu menerima hakikat bahawa dia


memang mengalami masalah, bahawa dia bertanggungjawab untuk mengatasinya,sedar akan kekuatandan kelemahan yang ada padanya dan mengetahui sumber-sumberluaran yang boleh memberi

3. Tahap membuat keputusan


Merupakan tahap membentuk satu matlamat untuk klien. Kaunselor dan klien perlu mempunyai persetujuan bersama tentang perkara berikut: matlamat Strategi dan pendekatan untuk mencapai matlamat

Bagi tahap membuat keputusan, terdapat dua tugasan yang berkaitan yang mesti dilaksanakan iaitu pertama , matlamat kaunseling mesti sudah sama-sama dipersetujui oleh kaungselor dan klien, dan kedua, kaunselor telah membuat keputusan perdekatan mana serta apakah strategi yang hendak digunakan.

Matlamat yang mula-mula dibuat pada tahap pertama dan


kedua mungkin perlu dirombak atau diperhaluskan lagi.

Adalah penting bagi kaunselor dan klien mempersetujui matlamat


yang hendak dicapai pada akhir proses kaunseling nanti. Jika tiada persetujuan, pergerakan ke arah pencapaian matlamat akan terganggu kerana kita sebagai kaunselor menumpukan perhatian untuk menyelesaikan satu perkara sedangkan klien merasakan maslah lain lebih penting untuk diselesaikan terlebih dahulu.

Membuat keputusan tentang matlamat apa yang hendak dicapai tidaklah begitu mudah.

Ada klien yang mengemukakan pelbagai isu yang membuatkan dia tidak dapat berfungsi dengan efektif. Kaunselor digalakkan menumpukan perhatian kepada masalah yang difikirkan

menghalang klien berada dalam keadaan selesa.

Ada beberapa angkubah tentang klien , kaunselor dan persekitaran yang boleh mempengaruhi matlamat kaunseling dan strategi khusus yang digunakan a. Angkubah Klien

Ciri-ciri klien yang sangat mempengaruhi matlamat kaunseling dan

pemilihan pendekatan kauseling merangkumi:


Jenis masalah klien Pola cara individu menyelesaikan masalah sebelum ini Faktor Demografi Ciri-ciri personaliti Latar budaya

b. Angkubah Kaunselor Angkubah kaunselor yang mempengaruhi pemilihan kaedah atau pendekatannya merangkumi: Pengetahuan dalam bidang kognitif Contohnya , teori-teori dan kaji selidik berkenaan dengan motivasi,kognisi, perhubungan, penyesuaian, tingkah laku dan personaliti. Pengetahuan dan pengalaman menggunakan pelbagai pendekatan

kaunseling
Contohnya, pendekatan behaviorisme,pendekatan pemusatan klien, atau eksistensialisme.

Aras dan kemahiran berkomunikasi menolong, memberi respon

C. Angkubah Persekitaran.

Setting atau tempat bertugas sebagai kaunselor (sekolah, universiti,Pusat serenti atau hospital) boleh mempengaruhi sedikir sebanyak matlamat kaunseling dan strategi yang digunakan. Kaunselor yang bekerja di sesebuah institusi tertentu agak terbatas menggunakan pelbagai matlamat kerana tertakluk kepada tugas asas, iaitu mencapai matlamat kaunseling yang dituntut oleh institusi tersebut. Contohnya, kaunselor sekolah yang

mempunyai klien yang tidak boleh belajar kerana bapanya seorang


pemabuk di rumah, menjadikan matlamat kaunselingnya supaya klien boleh belajar dengan efektif di sekolah. .

4. Tahap pelaksanaan
Merupakan tahap di mana kaunselor berusaha menurunkan aras kerisauan klien, atau menyelesaikan masalahnya. Menggunakan pendekatan yang sesuai, memberikan tumpuan kepada kesedaran klien sama ada dari aspek mental, fizikal, emosi dan rohani

Faktor yang mempengaruhi keberkesanan kaunseling: Pengaruh orang yang terdekat. Sumber bantuan lain. Risalah & artikel yang berkaitan. Pengalaman & pengetahuan kaunselor

Orang yang terdekat

Frasa orang yang terdekat banyak ditemui dalam bab

ini. Biasanya orang yang terdekat adalah orang yang


mempunyai pengaruh terhadap klien dan adalah penting bagi kaunselor mengingatinya dalam sesi-sesi

kaunseling. Orang yang terdekat dimaksudkan ialah ibu, bapa, adik beradik, kekasih, anak , isteri, suami dan lainlainindividuyang penting dalam hidup klien.

Sumber bantuan lain

Sungguhpun cara ini belum dilaksanakan secara meluasnya di Malaysia, harus difikirkan oleh umum tentang potensi kebaikan yang boleh didapati

dengan meniungkatkan penglibatan institusi lain sebagai sumber bantuan


tambahan.Sumber bantuan lain mempunyai potensi yang positif dalam proses kaunseling.Klien boleh dirujuk keinstitusi lain dalam komuniti seperti

hospital, pejabat agama, dan lain-lain untuk mendapatkan bantuan khusus


jika dikenaklpasti bahawa klien memerlukan bantuan mereka. Universitiuniversiti tempatan yang mempunyai pakar-pakar kaunseling atau pakar pendidikan khas, juga boleh memainkan peranan sebagai sumber bantuan lain. Contohnya, menjadi sumber rujukan kepada kaunselor sekolah.

Penyediaan risalah

Alat-alat bacaan dan rujukan boleh memainkan

peranan

membantu

kaunselor

dalam

proses

kaunseling.Potongan daripada surat-surat khabar, buku,buku, dan majalah berkenaan dengan topik tertentu membantu klien mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan masalah yang

dihadapi.Kaunselor juga hendaklah rajin membaca


dan menyediakan risalah-risalah yang dianggap boleh membantu klien di suatu masa nanti.

5. Tahap menamatkan sesi kaunseling


tahap kaunselor membuat rumusan apa yang telah berlaku dalam sesi kaunseling dan kesannya. Tangani dahulu isu kebergantungan klien terhadap kaunselor (jika ada). Penilaian keseluruhan sesi dilakukan bersama. Membuat rumusan tentang perkembangan proses dari awal sehingga akhir sesi. Merancang tentang perkembangan klien selepas sesi kaunseling tamat.

Tahap menamatkan kaunseling ini biasanya langkah


yang sukar diambil, namun bila semua tugasan telah diambil pada tahap ini, klien akan bersedia untuk berhenti. Dalam tahap ini klien hendaklah diberitahu bahawa hubungan mereka bukannya ditamatkan, tetapi

sebenarnya perjumpaan ditangguhkan. Klien adalah


digalakkan untuk kembali berjumpa sekiranya dia memerlukan pertolongan .

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai