Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

BIL. 1.0 2.0 PENGENALAN TUGASAN :

PERKARA

MUKA SURAT 1

a) Huraikan ciri-ciri personaliti mereka yang menjadi daya penarik bagi anda dan murid-murid. b) Menjalankan pemerhatian terhadap sesi pengajaran guru dan membuat analisis dan berikan komen terhadap pengajaran mereka. c) Kumpulkan maklumat tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh mereka untuk menjadikan matapelajaran Pendidikan Moral sebagai satu matapelajaran yang sama penting dengan mata pelajaran yang lain. Seterusnya berikan ulasan kritikal anda terhadap keberkesanan usaha-usaha mereka. Anda juga dikehendaki memberikan cadangan pelaksanaan alternatif yang lebih berkesan serta justifikasi bagi cadangan anda. d) Berdasarkan bacaan dan pengalaman anda, cadangkan perkara-perkara yang perlu dijalankan oleh kedua-dua guru berkenaan untuk meningkatkan kebolehan dan kemampuan mereka sebagai guru Pendidikan Moral yang lebih berkualiti. 3.0 RUJUKAN

11

13

1.0 PENGENALAN Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilainilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang

bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Pendidikan Moral juga memberi peluang kepada murid menguasai kemahirankemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan Penguasaan

kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial.

kemahiran-kemahiran ini juga akan menyediakan murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi dan cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup di kalangan murid. Pendidikan Moral telah menggariskan beberapa objektif untuk dicapai oelh murid-murid. Antaranya ialah ia untuk membolehkan murid untuk memahami dan menghayati nilai-nilai murni masyarakat Malaysia, meningkatkan amalan budi pekerti mulia, menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga,

masyarakat, negara serta alam sekitar dan mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral dalam membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Di dalam tugasan Pendidikan Moral ini, saya dikehendaki untuk mengenal pasti dua orang guru Pendidikan Moral yang boleh diteladani. Saya telah mengenal pasti dua

orang guru Pendidikan Moral di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan (SKTAI) iaitu Puan Halimah, seorang guru Pendidikan Moral yang mengajar kelas Tahun 4A dan Puan Nooraini iaitu seorang guru baru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Moral Tahun 4D.

2.0 TUGASAN

2.1 SOALAN A Ciri-ciri personaliti guru merupakan suatu yang sangat dititikberatkan. Ciri personaliti ini membantu guru dalam melaksanakan tugas dengan lebih baik di dalam kelas. Ada antara ciri personaliti ini sememangnya sudah sedia ada di dalam diri seseorang guru yang secara tidak langsung diperlukan untuk membantunya dalam pengurusan bilik darjah. Terdapat beberapa ciri yang ada pada kedua-dua orang guru Pendidikan Moral yang dapat saya kenal pasti. Antaranya ialah guru di SKTAI merupakan seorang guru yang bersemangat dan proaktif. Ini telah memotivasikan muridnya kerana keinginan beliau untuk mengajar dapat dirasai oleh murid-muridnya. Murid berasa selamat dan menaruh kepercayaan terhadap guru yang menunjukkan keyakinan dan ketabahan. Contohnya, Puan Halimah sememangnya bersikap proaktif sepanjang proses P&P Pendidikan Moral. Gaya beliau dalam menerangkan sesuatu tajuk itu sangat mudah untuk difahami oleh murid-murid Tahun 4A. Secara tidak langsung, minat murid untuk mempelajari Pendidikan Moral meningkat. Guru yang bersikap peramah, mesra dan mengenali muridnya juga merupakan ciri personaliti guru yang menjadi daya penarik bagi murid-murid. Misalnya, guru memanggil murid dengan namanya, maka murid akan merasakan dirinya penting dan dikenali oleh guru. Apa yang saya perhatikan, menjadi rutin guru Pendidikan Moral di kelas Tahun 4A dan 4D akan memanggil muridnya dengan namanya untuk tampil ke hadapan dan menjawab soalan kuiz di setiap akhir proses P&P. Situasi ini secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan antara guru dan murid. Selain itu, guru yang efektif juga haruslah sensitif dan peka terhadap perbezaan cara belajar dan keperluan muridnya. Sememangnya cara belajar murid berbeza mengikut tahap pemikiran mereka. Contohnya cara mengajar murid di Tahun 4A dan Tahun 4D adalah berbeza. Maka, guru akan mengubahsuai cara pengajarannya. Ini

boleh mewujudkan peluang pembelajaran untuk semua murid. Oleh itu, murid akan terdorong untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Guru juga haruslah berfikiran kreatif dalam melaksanakan proses P&P. Contohnya, guru-guru sering mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar muridmurid tidak merasa bosan dengan mata pelajaran tersebut. Apa yang dapat saya perhatikan, guru Pendidikan Moral Tahun 4 sering menggunakan kaedah pengajaran secara amali. Contohnya, guru meminta murid untuk menghasilkan sebuah kraftangan daripada barangan-barangan terbuang. Apabila murid melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini, secara tidak langsung, ia dapat mendidik murid supaya menghargai alam sekitar disamping member pengalaman secara langsung kepada murid. Tambahan pula, saya perhatikan bahawa guru-guru ini sering menerapkan unsurunsur kecindan atau humor sewaktu proses P&P. Ini secara tidak langsung telah mengurangkan tekanan murid dalam menghadapi sesuatu situasi P&P dan

menenangkan keadaan bilik darjah. Kebolehan guru menerapkan unsur kecindan ini dapat mengeratkan hubungan yang erat antara guru dan murid. Guru yang boleh ketawa dan berjenaka dengan murid-murid dalam suasana yang santai biasanya akan lebih rapat dengan murid. Contohnya, Puan Halimah dan Puan Nooraini sering menggunakan karakter kartun, teka-teki dan bahan jenaka untuk mengalihkan sebentar pandangan murid yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Pendekatan humor ini telah menghasilkan suatu suasana pembelajaran yang menyeronokkan, relaksdan ceria. Tambahan pula, ia dapat menyenangkan guru dan merehatkan minda guru daripada berfikir perihal akademik dan pengajaran sahaja. Apabila keadaan menjadi tenang dan murid kelihatan lebih relaks, guru tersebut akan menyambung kembali pengajarannya. Murid didapati menjadi lebih bersedia dan tidak bosan kerana suasana P&P yang ceria. Hal ini turut membuka peluang kepada murid untuk melihat guru sebagai seorang yang prihatin dan tidak terlalu serius. Maka, ia boleh membantu membina hubungan guru dan murid.

2.2 SOALAN B Sepanjang saya menjalankan pemerhatian terhadap sesi pengajaran guru, saya dapati bahawa guru-guru Pendidikan Moral Tahun 4 ini mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajarannya. Kebanyakan teknik ini digunakan oleh guru bertujuan agar murid berminat untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Moral. Antaranya ialah, teknik main peranan. Teknik main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Muridmurid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan oleh guru. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau

menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya. Contohnya, untuk tajuk Keluarga Saya, murid akan diberi watak-watak seperti ayah, ibu dan anak untuk dilakonkan. Selain itu, simulasi juga merupakan kaedah digunakan oleh guru semasa pengajarannya. Ia ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini, murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini murid digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Ia juga memberi peluang kepada murid untuk mengalami sendiri sesuatu situasi atau masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Malahan, ia dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid-murid untuk meneruskan proses pengajaran

dan pembelajaran. Maka, murid akan berasa seronok dalam mempelajari Pendidikan Moral ini. Guru juga telah mengaplikasikan teknik soal-jawab besama murid di dalam kelas. Ini merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan disebabkan ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Contohnya, guru Pendidikan Moral Tahun 4 mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan murid-murid dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan oleh guru tersebut memerlukan murid berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama guru tersebut menggunakan teknik soal jawab ialah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid, menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis serta untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. Akan tetapi, guru memberikan penekanan terhadap soalan yang terancang dan bermutu agar ia dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. Di samping itu, teknik drama sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya telah mendorong dan merangsang pelajar untuk

menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan oleh guru untuk membina kecekapan berbahasa. Ini kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan

perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Tambahan pula, ia dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Guru juga menitikberatkan kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara guru yang lantang dan jelas memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan murid-murid. Tayangan cerita pendek atau CD-ROM turut dilakukan oleh guru sepanjang proses P&P. Melalui tayangan cerita pendek ini, ia telah memberi gambaran sebenar situasi yang jelas berkaitan dengan isi pengajaran yang diajar. Maka, pemahaman murid berkaitan dengan pelajaran itu dapat dikukuhkan. Tambahan pula, murid sangat gemar untuk menonton tayangan-tayangan cerita khususnya yang berbentuk animasi sesuai dengan peringkat umur mereka. Apabila minat murid telah terarah kepada cerita yang ditayangkan, maka secara tidak langsung mereka akan member tumpuan terhadap jalan cerita pendek itu. Saya juga memerhatikan bahawa guru turut membentuk dinamika kumpulan di dalam kelas. Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil secara rawak yang terdiri daripada lima orang murid. Seterusnya, guru akan memberikan mereka tajuk-tajuk kecil berkaitan dengan isi pengajaran yang diajar. Murid-murid akan mengadakan perbincangan sesama ahli kumpulan masing-masing dalam

menyelesaikan tugasan itu dalam masa yang ditetapkan. Apabila mereka sudah menjawab soalan tugasan tersebut, murid-murid akan membentangkan hasil tugasan mereka di hadapan kelas untuk di kongsi bersama dengan murid-murid lain. Dari pengamatan saya, aktiviti dinamika kumpulan ini telah memupuk sikap keyakinan diri murid disamping murid berpeluang untuk berkongsi idea mereka. Ia juga melatih diri murid supaya tidak kerap bergantung kepada guru. Malahan, ia memupuk kerjasama di kalangan murid dimana murid yang pandai menjadi mentor kepada murid yang kurang pandai dan membimbing mereka dalam menyelesaikan tugasan tersebut. Tambahan pula, aktiviti ini telah memupuk serta melatih daya kepimpinan murid sejak awal lagi dimana murid-murid akan melantik seorang daripada ahli kumpulan sebagai ketua kumpulan.

2.3 SOALAN C Terdapat beberapa usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh guru-guru Tahun 4 di SKTAI untuk menjadikan mata pelajaran Pendidikan Moral sebagai satu mata pelajaran yang sama penting dengan mata pelajaran lain. Antaranya ialah guru telah melaksanakan proses pentaksiran di dalam bilik darjah. Pentaksiran boleh didefinasikan sebagai satu proses pengajaran dan pelaksanaan yang boleh membantu guru menguruskan bilik darjah. Pentaksiran boleh dibahagikan kepada dua iaitu penilaian dan pengukuran. Pengukuran ialah penggunaan alat untuk mengumpul nilai kuantitaf atau maklumat tentang pencapaian pembelajaran murid dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Ia dilaksanakan secara informal melalui pemerhatian guru ketika murid berbincang atau menyelesaikan masalah di dalam kelas. Contohnya, Puan Halimah membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Melalui kaedah ini, murid akan berkolaborasi sesama mereka untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. Malahan, ia dapat memupuk sikap berani murid untuk meluahkan idea mereka disamping bertukar-tukar pendapat dengan rakanrakan. Pengukuran ini juga boleh dikumpul secara formal iaitu melalui kuiz, latihan, amali, projek, ujian lisan atau ujian bertulis. Umumnya, murid-murid cenderung untuk mencari keseronokkan melalui kuiz yang diadakan oleh guru di akhir sesi P&P. apabila mereka berasa seronok, fikiran mereka akan lebih fokus dengan aktiviti yang dijalankan oleh guru. Melalui kuiz ini, pelajar akan merasakan bahawa Pendidikan Moral ini merupakan satu mata pelajaran yang menyeronokkan. Secara tidak langsung, keyakinan murid dapat dipupuk serta memperbetulkan pengetahuan murid yang salah. Malahan, aktiviti-aktiviti seperti ini dapat mengukuhkan ingatan murid berkenaan tajuk yang telah diajar. Tambahan pula ia akan memupuk minat murid di dalam mata pelajaran Pendidikan Moral sama seperti mata pelajaran lain yang penting. Selain pengukuran, guru Tahun 4 turut melaksanakan proses penilaian. Penilaian ialah proses membuat keputusan berdasarkan hasil daripada pengukuran.

Dalam proses penilaian ini, guru memberikan gred, sijil atau membuat keputusan sama ada murid memerlukan aktiviti pengayaan atau pemulihan. Contohnya, sekiranya, murid mendapat keputusan yang cemerlang di dalam ujian, guru akan memberikan gred A. Bagi murid yang mendapat keputusan yang rendah, guru akan menjalankan aktivitiaktiviti pemulihan. Contohnya, guru akan membekalkan latihan kepada murid terbabit mengenai tajuk-tajuk yang kurang dikuasai oleh mereka. Dengan cara ini, sedikit sebanyak dapat membantu mereka menguasai mata pelajaran Pendidikan Moral ini. Namun demikian, terdapat beberapa cadangan pelaksanaan alternatif yang saya dapati lebih berkesan disamping usaha yang telah dilaksanakan oleh guru-guru tersebut. Antaranya ialah, pentaksiran berbentuk formatif yang boleh dilaksanakan sebelum dan selepas pengajaran. Ia bertujuan untuk mengesan kemajuan murid serta sejauh mana objektif sesuatu pengajaran itu tercapai. Contohnya, sebelum pengajaran guru akan bertanyakan kepada murid apa yang mereka tahu mengenai tajuk yang bakal di ajar. Pada akhir pengajaran pula, guru akan bertanyakan kepada murid apa yang telah mereka fahami mengenai tajuk yang telah disampaikan. Teknik latih tubi juga telah dilaksanakan oleh guru-guru Tahun 4 di SKTAI untuk menjadikan mata pelajaran Pendidikan Moral sebagai satu mata pelajaran yang sama penting. Ia adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang telah dipelajari oleh murid-murid. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin pengekalan fakta-fakta oleh murid. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Pendidikan Moral. Ia boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Selain itu, guru boleh mencari alternatif lain dengan mengadakan kelas-kelas tambahan Pendidikan Moral yang khusus bagi murid-murid. Ini boleh dilaksanakan pada sebelah petang ataupun pada hujung minggu.

Sikap guru yang berdedikasi dan beri komitmen yang penuh juga merupakan salah satu daripada alternatif yang boleh diambil perhatian oleh guru dalam menjadikan mata pelajaran Pendidikan Moral sebagai satu mata pelajaran yang sama penting dengan mata pelajaran lain. Guru haruslah mengelak daripada bersikap sambil lewa ketika mengajar kerana ini memberi kesan negatif terhadap murid. Murid akan menunjukkan sikap acuh tak acuh mereka dalam mempelajari Pendidikan Moral. Malahan, segala tugasan yang diberikan oleh guru juga tidak akan siapkan oleh mereka. ini telah mencemarkan kreadibiliti seorang guru kerana sikap tidak caknanya terhadap murid-murid.

2.4 SOALAN D Terdapat beberapa cadangan yang perlu dijalankan oleh guru bagi

meningkatkan kebolehan dan kemampuan mereka sebagai guru Pendidikan Moral yang berkualiti. Antaranya ialah guru perlu sentiasa berusaha mempelajari perkara-perkara yang baharu. Misalnya, dengan membaca bahan bacaan tambahan seperti buku-buku ilmiah dan majalah-majalah pendidikan, ia dapat menambah ilmu pengetahuan gru yang sedia ada khususnya berkaitan Pendidikan Moral. Guru juga berpeluang untuk berkongsi pengetahuan am bersama murid-murid semasa proses P&P dijalankan. Menghadiri seminar atau bengkel berkaitan matapelajaran Pendidikan Moral juga merupakan salah satu usaha bagi guru untuk meningkatkan kebolehan mereka. Seminar atau bengkel ini bertujuan agar pengajaran guru sentiasa releven. Disamping itu, ia dapat memperbaiki teknik pengajaran guru supaya menjadi lebih menarik dan menyeronokkan buat murid-murid. Malahan, guru boleh berkongsi idea atau teknik mengajar dengan guru lain yang lebih mahir dalam Pendidikan Moral. Selain itu, guru yang berpengetahuan tentang subjeknya iaitu Pendidikan Moral akan mengetahui topik mana yang lebih sukar dan memerlukan masa yang lama serta perlu dijelaskan dengan contoh dan ilutrasi. Kemahiran menerangkan ini dapat membantu guru untuk menyampaikan topik ini dalam bentuk yang jelas dan mengikut penyusunan idea yang sistematik supaya boleh difahami oleh murid-muridnya. Malahan, guru juga hendaklah tegas dengan murid-murid ketika di dalam kelas. Sikap ketegasan ini perlu kerana ia membantu guru dalam menguruskan bilik darjah. Selain itu, murid-murid akan lebih menghormati dan mendengar arahan guru tersebut. Mereka juga mudah untuk memberikan kerjasama dengan melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. Tambahan pula, seorang guru haruslah menjadi contoh teladan yang baik atau role-model kepada murid untuk dicontohi.seseorang guru itu haruslah mengelak daripada menggunakan perkataan-perkataan kasar apabila berkomunikasi dengan murid. Contohnya,apabila seseorang murid itu bising di dalam kelas, guru haruslah

menegur murid tersebut dengan tegas tanpa menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sopan seperti bodoh. Guru juga haruslah mematuhi etika pemakaian dimana ianya haruslah kemas dan sopan. Guru tidak seharusnya berpakaian selekeh kerana ia akan mencerminkan identiti yang berkeyakinan. Kebiasaannya, murid akan memerhatikan tingkahlaku guru dan menirunya.

(2644 patah perkataan)

3.0 SUMBER RUJUKAN

a) BUKU i. Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd. ii. Ee Ah Meng (1999), PEDAGOGI III Pengujian dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan dan Pendidikan Inklusif (Semester IV), Shah Alam, Selangor Darul Ehsan : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. iii. Ee Ah Meng (1999), Psikologi Pendidikan II (Semester II), Shah Alam, Selangor Darul Ehsan : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

b) INTERNET i. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4

http://www.scribd.com/doc/494140/Moral-Tahun-4 diakses pada (07 Jun 2011).

ii.
iii.

http://bobezani.tripod.com/teknik.htm diakses pada (10 Jun 2011). Kesan Faktor-faktor Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral Terhadap Penaakulan Moral http://tuanmat.tripod.com/moral.html diakses pada (12 Jun 2011).

iv.

Huraian Sukatan Pelajaran Moral Tahun 4 www.slideshare.net/faqhreel/hspmoral-tahun-empat diakses pada (15 Jun 2011).

v.

library.oum.edu.my/oumlib/sites/default/files/exampaper/hbme3103/hbme3103 jan09.pdf diakses pada (20 Jun 2011).

Anda mungkin juga menyukai