Anda di halaman 1dari 1

Seorang Budak Lelaki Kacak yg Bertukar kepada Raksasa Hodoh Suatu masa dahulu, ada seorang tukang kasut

serta isteri dan anak lelakinya tinggal di sebuah perkampungan kecil. Isterinya menjual herba, buah-buahan dan sayur-sayuran di pasar tani. Anak lelakinya, Zul berusia 14 tahun. Dia sangat kacak. Suatu hari, ada seorang perempuan tua datang ke gerai mereka. Dia sangat kecil, kurus, hidung mancung dan mukanya sangat menakutkan. Matanya sungguh merah. Kemudian perempuan tua itu berjalan perlahan-lahan menuju ke gerai mereka. Dia meletakkan tangan dia ke dalam raga herba. Dia mengambil beberapa paket herba untuk dihidu. Ibu Zul sangat marah apabila dia ternampak perempuan tua itu berbuat demikian tetapi dia hanya berdiam diri. Perempuan tua itu berkata Barang buruk, semua ni barang buruk! Semua tidak boleh dimakan! Zul sangat marah. Dia berkata kepada perempuan tua itu, Kamu adalah perempuan yg sangat buruk. Jika kamu meneruskan perbuatan itu, tiada sesiapa yg akan membeli herba kami di gerai kami. Pergi dari sini, jika kamu tidak berpuas hati dengan herba kami, kamu adalah perempuan tua yg tidak berfikir!. Perempuan tua itu merenung Zul dan ketawa kepadanya sambil berkata Ia bukan nasihat dan kurang ajar untuk bercakap begitu kepada aku, budak kecil. Apapun, aku nak enam kubis dan dua paket herba dan kamu akan menghantar semua itu kepadaku. Aku akan bayar untuk kesalahan kamu kepada aku. Dia pergi dari situ dan terus ketawa. Pada mulanya Zul tidak mahu menolong perempuan tua itu kerana dia tidak menyukai perempuan itu tetapi ibunya menyuruh Zul menolong perempuan yg kasihan itu. Zul pun pergi. Sebaik sahaja Zul sampai di depan rumah perempuan tua itu, perempuan tua itu berkata Terima kasih, anakku. Aku akan bayar kamu. Ini adalah kesalahan kamu. Perempuan tua itu membaling beberapa herba yg kebiru-biruan pada mukanya. Zul menjerit sekuat hati lalu pengsan. Apabila dia bangun semula, rumah tersebut kosong. Dia pulang ke gerai ibunya. Semasa dia berhampiran dengan kampung, semua penduduk ketawa melihatnya. Dia pergi kepada ibunya dan melihat ibunya yg sedang sedih. Zul berkata, Ibu, mengapa ibu sedih? Ibu Asmin melihat Asmin seperti dia tidak pernah melihat Zul sebelum ini. Aku bukan ibumu. Apa yg kamu nak, binatang hodoh? Anak aku hilang beberapa minggu lepas yg lalu. kata Ibu Zul dan dia terus menangis. Orang ramai di pasar itu menghalau Zul keluar. Dia berasa diri dia tidak diperlukan lagi. Kemudian, dia pergi ke sungai dan melihat pantulan muka di air sungai itu. Dia hilang keyakinan. Diri dia seperti perempuan tua itu tadi. Dia berasa sangat sedih. Kemudia, Zul terdengar suara seseorang... ( agak-agak nya, apa yang akan terjadi selanjutnya, tuliskan sambungan anda dan hantar di class2stuy.co.cc dan klik pada Borang Peraduan.

Anda mungkin juga menyukai