Anda di halaman 1dari 39

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

Rumusan dan Pemahaman (SPM) RUMUSAN Panduan Menulis Rumusan Langkah Pertama: Baca arahan dengan teliti untuk memahami kehendak soalan. Langkah Kedua: Kelaskan arahan yang dibaca untuk menulis pendahuluan, isi tersirat dan penutup. Langkah Ketiga: Baca petikan sambil mengenap pasti isi tersurat. Langkah Keempat: Tulis rangka jawapan untuk semua aspek yang dikehendaki. Langkah Kelima: Tulis rumusan selengkapnya. Kira jumlah perkataan dan tulis jumlahnya pada bahagian akhir rumusan. 1. Panduan Menulis Pendahuluan Rumusan Anda perlu membaca dan merujuk arahan sebelum menulis pendahuluan. Selepas memahami kehendak arahan, anda boleh menukarkan kata kunci pertama kepada perkataan yang sinonim dengannya dan akhiri dengan tempat atau kalangan siapa. Mulakan kata-kata pendahuluan dengan: Petikan membincangkan.......... di Malaysia Petikan menjelaskan................di dunia Petikan menyatakan................dalam kalangan masyarakat/pelancong/remaja/dsbg Kemudian, anda dikehendaki menukarkan kata kunci pertama dengan perkataan yang sinonim dengannya. Contohnya:

Arahan: Kata kunci Tulis satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi masalah penyakit berjangkit dan kekangan dalam mengatasi masalah tersebut. Contoh menulis pendahuluan: Petikan membincangkan cara-cara (petikan menyatakan langkah-langkah) mengatasi masalah penyakit berjangkit yang semakin berleluasa sekarang.

1|Rumusan & Pemahaman

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

Fokus Soalan Punca Kesan Langkah Kebaikan Peranan Sumbangan Kekangan Ciri-ciri Fenomena Cabaran-cabaran Dilema Muslihat Pesanan Keperluan Tindakan negatif Harapan Petanda-petanda Tujuan

Sinonim Sebab/Faktor Akibat/Implikasi/Impak Cara/Kaedah/Usaha/Strategi Faedah/Manfaat/Keistimewaan/Kepentingan Fungsi/Tanggungjawab/Tugas Jasa/Bakti Halangan/Masalah/Kesulitan Kriteria Keadaan/Situasi Halangan-halangan/Kesulitan-kesulitan Masalah/kekangan/halangan Agenda tersembunyi Amanat Kepentingan Perbuatan buruk Keinginan/Kehendak-kehendak Punca-punca/faktor-faktor Sebab-sebab

2. Panduan Mencari dan Menulis Isi Tersurat Anda perlu membaca dan merujuk petikan yang diberi. Pastikan anda mencari isi tersurat berdasarkan kata kunci pertama yang terdapat dalam arahan. Sekiranya arahan meminta anda menulis rumusan tentang cara-cara mengatasi masalah penyakit berjangkit, anda perlu mencari enam cara yang terdapat dalam petikan tersebut. Secara umumnya, terdapat dua kaedah mengenal pasti isi tersurat yang terkandung dalam petikan, iaitu: penggunaan kata yang sinonim dengan kata kunci penggunaan penanda wacana tertentu. Contohnya, Selain itu, Malahan, Oleh itu, dan sebagainya Anda perlu mengenal pasti sekurang-kurangnya enam isi tersurat.

3. Panduan Menulis Isi Tersirat Anda mestilah merujuk arahan sebelum menulis isi tersirat. Kata kunci kedua yang terdapat dalam arahan merupakan arahan menulis isi tersirat. Contoh: Arahan: Tulis satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi masalah penyakit berjangkit dan kekangan dalam mengatasi masalah tersebut.

2|Rumusan & Pemahaman

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

Panduan: Anda dikehendaki memikirkan kekangan atau halangan yang menyebabkan langkahlangkah mengatasi penyakit berjangkit tidak berkesan. Anda lebih mudah memikirkan idea sekiranya merujuk isi tersurat yang telah ditemui. Anda perlu menyenaraikan sekurangkurangnya dua isi tersirat. 4. Panduan Menulis Penutup Calon dinasihati supaya merujuk arahan sebelum menulis penutup. Hal ini demikian kerana kata kunci pertama yang terdapat dalam arahan boleh dijadikan panduan menulis penutup. Mulakan kata-kata penutup dengan: Kesimpulannya...... Ringkasnya............ Konklusinya.......... Sekiranya arahan kata kunci pertama menyatakan langkah-langkah, sebaik-baiknya anda hendaklah menulis: Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dalam...... Ringkasnya, masyarakat perlu bekerjasama dalam...... Konklusinya, setiap anggota masyarakat perlu prihatin dalam...... Diikuti dengan kata hubung, iaitu supaya atau demi atau agar (sebagai penghubung kepada ayat seterusnya) dan penyataan positif. Kesimpulannya, _______________________________ _____________________________________. agar/supaya

3|Rumusan & Pemahaman

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

BINA PENDAHULUAN & KESIMPULAN RUMUSAN BERDASARKAN SOALAN-SOALAN YANG DIBERIKAN. 1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang langkahlangkah untuk memartabatkan sektor pertanian dan masalah-masalah yang dihadapi. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebehi 120 patah perkataan.

2.Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk mengekang budaya merokok dan punca-punca tersebut semakin berleluasa. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebehi 120 patah perkataan.

3. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca disiplin pelajar semakin merosot dan kesan-kesan yang akan timbul. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

4. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang peranan sastera dalam dunia Teknologi Maklumat dan usaha-usaha untuk memajukannya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

5.Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang manfaat Skim Amanah Saham dan usaha-usaha untuk menggalakkan rakyat menyertainya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

4|Rumusan & Pemahaman

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

6.Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang masalah penguasaan Bahasa Inggeris dan kepentingan rakyat untuk menguasai bahasa yang tersebut. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

7. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor berlakunya keruntuhan moral dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasinya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

8. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang dilema Bahasa Melayu dan punca-punca perkara ini berlaku. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

9. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan Program Kitar Semula dan usaha-usaha untuk menggalakkan rakyat menyertainya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

10. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri guru gemilang dan usaha-usaha untuk memartabatkan profesion perguruan. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

5|Rumusan & Pemahaman

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

1.Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang cabarancabaran untuk memajukan sektor pertanian dan kepentingan sektor ini kepada rakyat dan negara. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti.Kemudian buat satu rumusan tentang petandapetanda ekonomi negara semakin mantap dan usaha-usaha untuk meningkatkan kemajuan ekonomi negara. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

3. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca kepupusan fauna dan kepentingan fauna dalam kehidupan kita. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

4.Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kurangnya minat siswazah untuk menceburi bidang pertanian dan kesannya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

5. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri usahawan muda yang berjaya dan halangan untuk menjadikannya kenyataan. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

6|Rumusan & Pemahaman

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

6. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan konsep bina dulu jual kemudian dan keburukannya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

7. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang faedah bersenam kepada tubuh badan seseorang dan langkah-langkah persediaan untuk bersenam. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

8. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kesan negatif amalan rasuah dan sebab-sebab berlakunya amalan tersebut. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

9. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang keperluan mewujudkan Dasar Sosial Negara dan masalah-masalah yang dihadapi. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

10. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kelemahan pegawai penguat kuasa dan kesannya kepada masyarakat. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan. 7|Rumusan & Pemahaman

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

11. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang tujuantujuan penubuhan Pusat Latihan Serantau Bagi Mencegah Keganasan dan kesan-kesan yang dihadapinya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang pesananpesanan Perdana Menteri kepada golongan pelajar dan kesannya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang harapan Menteri Pendidikan terhadap ibu bapa dan sebab-sebabnya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

3. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kekangan masyarakat untuk menderma organ dan usaha untuk mengatasinya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

4.Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang tindakan negatif pencarum KWSP dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan. 8|Rumusan & Pemahaman

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

5. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang muslihat Barat memperkenalkan globalisasi dan masalah-masalah yang dihadapi oleh negara. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

6. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang tanggungjawab seorang guru dan kesan positifnya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

7. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang implikasi korupsi dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

8. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang akibat daripada masalah kelemahan pelaksanaan undang-undang dan usaha-usaha untuk mengatasinya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

9|Rumusan & Pemahaman

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

9. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang impak penggunaan talian 600 dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

10. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang halanganhalangan dalam menjana nilai tempatan di televisyen dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

11. Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang masalahmasalah yang dihadapi oleh kaum wanita dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan anda mestilah tidak melebehi 120 patah perkataan.

10 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan berekreasi dalam kalangan remaja dan kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Berekreasi sememangnya digalakkan bagi setiap orang. Kepentingan menjaga kesihatan ialah tanggungjawab yang tidak boleh dipandang mudah dan kita perlu melakukannya bagi memastikan kesihatan tubuh dan kecerdasan minda tidak terganggu. Berekreasi merupakan terapi fizikal semula jadi untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. Persekitaran hari ini yang serba moden dan canggih menyaksikan kegiatan rekreasi bagi tujuan mengeluarkan peluh tidak lagi tertumpu di taman permainan, sebaliknya boleh dilakukan di pusat kesihatan yang menyediakan pelbagai peralatan senaman moden. Hampir di setiap kawasan perumahan, ada disediakan taman untuk berekreasi. Bagi golongan remaja, rekreasi yang dilakukan secara teratur, sama ada dilakukan secara berseorangan ataupun berkumpulan, mampu mengelakkan remaja daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh merosakkan masa hadapan mereka. Berekreasi, selain berfungsi menyihatkan badan dan memberikan kesihatan yang baik, minda yang cerdas dan menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat, juga mampu mendidik remaja untuk lebih terbuka dari segi minda dan pergaulan. Kesempatan bertemu dengan rakan baharu dapat membantu membentuk sahsiah diri remaja yang baik, seperti belajar untuk bergaul, menghormati sesama rakan, dan yang paling penting, mengajar mereka untuk tidak mementingkan diri sendiri. Rekreasi yang dilakukan secara teratur mampu membentuk golongan remaja menjadi lebih matang, berketerampilan, dan mempunyai keyakinan dalam pergaulan. Pergaulan yang sihat membolehkan remaja berkongsi pengalaman dan semua ini penting sebagai persediaan untuk menempuh alam dewasa yang lebih mencabar. Program rekreasi secara berkumpulan mendedahkan remaja kepada aspek kerohanian. Secara tidak langsung akan membantu meningkatkan motivasi diri dan menilai diri serta menghargai usia remaja dengan sebaikbaiknya. Remaja yang suka berekreasi bukan sahaja mempunyai minda yang sihat serta terbuka dalam pergaulan, tetapi juga lebih terarah dalam soal kehidupan berbanding dengan mereka yang tidak melakukan aktiviti rekreasi. Berekreasi membantu perkembangan psikologi remaja. Sebagai remaja yang menuju alam kedewasaan dan perlu membuat pilihan untuk menentukan masa hadapan, biasanya mereka telah ada arah tuju atau pilihan. Berekreasi memudahkan remaja mencari hala tuju dalam kehidupan mereka tanpa terpengaruh oleh persekitaran yang tidak sihat. Mereka akan mudah membuat keputusan kerana memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas. Remaja yang membuat pilihan bijak akan mengecap kejayaan dan mereka yang tersilap langkah akan berdepan dengan kehancuran dan dihimpit masalah. Oleh itu, bagi menggalakkan remaja aktif berekreasi, kerajaan telah membina banyak pusat sukan tertutup bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cerdas. (Dipetik dan diubah suai daripada rencana `Ayuh Berekreasi, Dewan Siswa, Januari 2010)

11 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Berikan maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan . [2 markah]

2. Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat berekreasi? [ 3 markah]

3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar berekreasi. Berikan tiga cadangan. [4 markah] Strategi Menulis Isi Tersirat 1. Jika Fokus Soalan Langkah. Pelajar boleh fikir Apakah tindakan ibu bapa Apakah tindakan sekolah Apakah tindakan kerajaan. 2. Jika Fokus Soalan Faktor.Pelajar boleh fikir Apakah faktor persekitaran Apakah faktor ibu bapa Apakah faktor media massa 3. Jika Fokus Soalan Kesan.Pelajar boleh fikir Apakah kesan pada diri sendiri/ibu bapa Apakah kesan pada masyarakat Apakah kesan pada negara.

12 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

Penulisan Rumusan Petikan ini membincangkan _______________________________________________ di _________________________________________. ______________________ ialah

(s1)_______________________________________________________________________. Seterusnya,(s2)_______________________________________________________________ ___________________________________________________. Selain itu, (s3)___________ _________________________________________________________________________. ______________ lain ialah, (s4) ___________________________________________

_______________________________________________________________________. Tambahan pula, (s5)_________________________________________________________ Akhir sekali, (s6) _______________________

_________________________________.

_________________________________________________________________________ .

________________________

pula

ialah

(T1)___________________________

___________________________________________________. Selain itu, (T2) ___________ ____________________________________________________________________________. Kesimpulannya, (cadangan) _____________________________________________ _________________________________________________________________________ agar/supaya (harapan) ______________________________________________

______________________________.

13 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

RUMUSAN 1: Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang peranan pusat sumber sekolah dan sebab-sebab pusat sumber sekolah kurang dikunjungi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Sejak dahulu lagi sesebuah sekolah dianggap tidak lengkap jika tidak mempunyai satu perpustakaan. Perpustakaan itu pula dianggap sebagai gedung ilmu dan sumber pengetahuan. Hal ini bermakna, kalau sebelum ini perpustakaan merupakan pusat pengumpulan bahan bercetak dan bilik alat merupakan tempat pengumpulan bahan-bahan alat pandang dengar, sekarang kedua-dua tempat ini diintegrasikan untuk menjadi pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pusat untuk menyediakan, menyimpan, mengedarkan, dan memberi perkhidmatan koleksi bahan. Sama ada bersaiz sekadar sebuah bilik darjah ataupun berdiri megah berbentuk bangunan sendiri, pusat sumber sekolah berpotensi besar dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan tahap intelektual warga sekolah, khususnya murid. Usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu yang menjadi satu daripada fokus tahunan pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah dapat mengadakan kolaborasi dengan Panitia Bahasa Melayu dalam program peningkatan akademik. Pusat sumber sekolah juga merupakan tempat berlakunya segala kegiatan yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dalam proses pengajaran dan pemelajaran. Konsep pusat sumber sekolah ini adalah berkaitan dengan konsep pendidikan moden, iaitu untuk mewujudkan keadaan belajar secara kendiri. Dengan yang demikian, setiap individu boleh menentukan kehendak pelajarnya dan merancang sesuatu bagi memupuk keperluan dan kehendak yang tersendiri. Pusat sumber sekolah sememangnya dapat membantu dan membaiki kualiti pendidikan negara agar dapat memberikan asas yang kukuh bagi membentuk masyarakat berpengetahuan. Oleh itu, golongan pendidik sentiasa diingatkan supaya menghasilkan pengajaran yang berkesan. Pada masa yang sama, pusat sumber sekolah perlu dilengkapi dengan alat bahan, dan kemudahan. Pusat sumber yang lengkap dan menepati kehendak pelanggannya membolehkan proses capaian maklumat dilaksanakan dengan berkesan. Antaranya termasuk penyediaan keratan akhbar dan koleksi rencana daripada majalah. Selain itu, pusat sumber sekolah mampu menghasilkan bahan-bahan yang mudah dan murah, tetapi berkesan kepada pelanggannya. Jadi, pusat sumber sekolah disediakan bertujuan untuk memajukan sumber pelbagai media bagi kegunaan guru dan pelajar. Tegasnya, dapatlah dikatakan bahawa peranan pusat sumber sekolah sangat luas. Di samping memupuk minat gemar membaca dan membuat penyelidikan, diharapkan apabila pelajar dapat memanfaatkan pusat sumber sekolah, mereka akan dapat menjadi pelajar yang berdedikasi, berfikiran matang, berdisiplin, dan dapat mengembangkan bakat, serta kebolehan mereka berdasarkan minat dan kecenderungan masing-masing. (Dipetik dan diubah suai daripada Pusat Sumber Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu oleh Zuridah Hanim Md. Akhir, Pelita Bahasa, April 2011) 14 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

PETIKAN UMUM Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Berikan maksud rangkai kata gedung ilmu. [2 markah] 2. Nyatakan kelebihan-kelebihan sekiranya seseorang pelajar itu gemar membaca dan membuat penyelidikan di pusat sumber sekolah? [3 markah] 3. Pada pendapat anda, bagaimanakahara-cara untuk meningkatkan minat pelajar menggunakan pusat sumber sekolah? [4 markah]

RUMUSAN 2: Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang cara-cara mengurus tekanan dan kepentingan pengurusan tekanan kepada individu. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Tekanan didefinisikan sebagai satu tindak balas mental dan fizikal terhadap pengalaman pahit atau sukar yang dialami oleh seseorang. Tekanan yang berterusan akan memberikan kesan buruk terhadap mental, emosi dan jasmani. Oleh itu, tekanan perlu diurus dengan baik supaya tindakan-tindakan yang terhasil merupakan tindakan yang mencerminkan kebijaksanaan dan bukan tingkah laku melulu yang memalukan. Ekoran itu, setiap individu perlu mengetahui caracara mengurus tekanan dengan baik supaya tekanan tidak menguasai diri mereka. Pepatah ada mengatakan bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Kita perlu mengelakkan gejala ini sebelum terlambat dengan mengamalkan budaya hidup sihat, bukan sahaja dari segi pemakanan tetapi juga dari segi pergaulan. Beriadah merupakan salah satu amalan budaya hidup sihat. Aktiviti ini membolehkan seseorang itu mendapat tidur yang berkualiti dan menghindarkan kemurungan serta meningkatkan daya tahan. Kita juga perlu membuang segala perasaan buruk dan sentiasa berfikiran positif. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan kata-kata perangsang yang dapat meredakan perasaan negatif supaya kita berada dalam keadaan yang lebih terkawal dan seimbang. Walau bagaimanapun, jika kita gagal berbuat demikian, kita boleh memikirkan hikmah atau kebaikan di sebalik perkara-perkara buruk itu. Seseorang itu dapat menegaskan kepada dirinya bahawa seteruk mana sekalipun sesuatu perkara itu menyakitkan hatinya, bukan bererti dunia telah berakhir dalam hidupnya. Kita hendaklah memahami bahawa kitalah yang bertanggungjawab menentukan emosi kita. Oleh itu, kita hendaklah ingat bahawa perasaan marah tidak memberikan keuntungan, sebaliknya keadaan diri sendiri akan menjadi lebih buruk. Tekanan juga boleh diatasi dengan cara memikirkan perkara-perkara yang menggembirakan kehidupan kita. Contohnya, seseorang itu boleh mengimbau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai selama ini kerana dengan berbuat demikian, dia berasa lebih yakin dan mampu menghadapi cabaran. Penglibatan diri dalam kegiatan kemasyarakatan dapat menghindarkan tekanan dalam diri kita. Pergaulan dalam masyarakat membolehkan kita tidak keseorangan dalam menghadapi masalah hidup. Oleh itu, luahkan masalah tersebut kepada orang yang 15 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

boleh dipercayai secara terus-terang dan tidak menyimpannya dalam hati kerana masalah yang dipendam akan menjadi racun yang membunuh secara senyap. Berjenaka juga dapat mengurangkan kerunsingan kerana dengan ketawa seseorang dapat melupakan masalah yang dihadapinya. Di samping itu, kita perlu kembali kepada kepercayaan agama masingh-masing supaya dapat menenangkan fikiran dan emosi. Kita perlu sedar bahawa masalah hati tidak dapat diatasi sekiranya kita sekiranya kita lemah dalam penghayatan agama. ( Diubahsuaikan daripada Membina Motivasi Diri Tatkala Tertekan oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, Dewan Masyarakat, Mac 2002 )

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas ,jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata bukan bererti dunia telah berakhir. [ 2 markah ] (ii) Apakah kesan daripada kegagalan mengurus tekanan? [ 3 markah ] (iii) Huraikan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dapat mengurangkan tekanan. [ 4 markah ]

RUMUSAN 3: Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat rumusan tentang usaha-usaha memperkasakan bidang kokurikulum dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Bidang kurikulum dan kokurikulum saling berkait rapat sekaligus menjadi teras bagi meningkatkan keupayaan dan kebolehan murid mencapai kecemerlangan yang seimbang dalam kedua-dua bidang tersebut. Selain bidang kurikulum, bidang kokurikulum juga sangat penting sebagai wadah yang paling berkesan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam konteks melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Memandangkan bidang kokurikulum mempunyai pelbagai faedah kepada individu, masyarakat dan Negara, perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkasakan dan memantapkan pelaksanaan kokurikulum sekolah dalam sistem pendidikan di Malaysia wajar mendapat sokongan daripada semua pihak. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan RM 14.1 juta bagi melaksanakan pelbagai program kokurikulum di lebih 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Mulai tahun 2007, peruntukan tambahan sebanyak RM 420,000 turut disediakan untuk melatih guru dalam bidang berkenaan 16 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

melalui Program Latihan dalam Perkhidmatan. Selain itu, kerajaan juga telah meningkatkan prasarana dan peralatan sukan di Pusat Sukan Daerah dan Negeri serta memperluas dan meningkatkan aktiviti sukan di sekolah. Program Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) juga akan dipergiat lagi bagi menggalakkan aktiviti sukan dan kokurikulum antara sekolah bagi memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum. Selain itu, Kabinet juga telah bersetuju untuk melaksanakan kembali pendekatan berasaskan prinsip meritokrasi iaitu 90 peratus akademik dan 10 peratus kokurikulum sebagai prasyarat untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Penilaian aktiviti kokurikulum ini berdasarkan kepada empat komponen iaitu permainan dan sukan, kelab dan persatuan, pasukan unit beruniform dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Kegiatan kokurikulum juga perlu diperluas dari segi fungsinya bagi menyuntik semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana minat untuk mendalami bidang keusahawanan amat berkurang kerana hampir tiada usaha untuk memupuk elemen tersebut dalam kegiatan kokurikulum. Oleh itu, seruan Perdana Menteri supaya kegiatan koperasi dijadikan sebagai satu daripada aktiviti kokurikulum di sekolah memang tepat pada masanya. Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius saranan ini supaya lebih banyak pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang turut menuntut semangat tolong menolong ini. Hal ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan generasi yang menguasai kemahiran berniaga bagi memastikan ekonomi negara dipacu oleh rakyat negara ini sendiri serta mengurangkan kebergantungan terhadap kemahiran orang asing. Secara tuntasnya, kepentingan kegiatan kokurikulum memang tidak dapat dinafikan lagi. Oleh itu, Kabinet telah meluluskan peruntukan tambahan bagi menampung peningkatan kos pembiayaan aktiviti kokurikulum dan telah diagihkan secara berperingkat-peringkat kepada sekolah. Peruntukan berkenaan membabitkan pecahan RM 10 bagi setiap murid sekolah rendah manakala RM 12 bagi murid sekolah menengah. Kita hendaklah menyambut baik hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sistem pendidikan negara tidak lagi berorientasikan peperiksaan semata-mata sebaliknya turut memberikan penekanan kepada aktiviti kokurikulum. (Dipetik dan diubahsuai daripada rencanaMemperkasakan Bidang Kokurikulum , Dewan Siswa, Julai 2007) PETIKAN UMUM i) ii) Apakah maksud rangkai kata wadah yang paling berkesan merealisasikan ? [2 markah] Mengapakah kerajaan menggalakkan murid-murid sekolah melibatkan diri dengan koperasi? [3 markah] Pada pendapat anda, bagaimanakah kegiatan kokurikulum dapat melahirkan murid cergas, berdisiplin dan bertanggungjawab ? [4 markah]

iii)

17 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

RUMUSAN 4: Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan buli dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perbuatan membuli diertikan sebagai mengkasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu buli secara langsung dan tidak langsung. Buli secara langsung termasuk diugut, disepak atau membalas pukulan. Buli jenis ini disebut sebagai buli fizikal. Sementara buli secara tidak langsung atau bulu psikologi melibatkan kata-kata (Verbal) termasuk memanggil atau ejek-mengejek dengan nama tertentu, dikacau, ditertawakan rakan lain, atau menyebarkan gossip liar terhadap seseorang. Biasanya mangsa buli datang dari keluarga yang menyokongnya manakala pembuli datang daripada keluarga yang bermasalah dan selalu dikasari atau dihukum oleh ibu bapanya. Kebanyakan kejadian buli berlaku di sekolah yang kurang pemantauan disiplinnya, sama ada akibat kelemahan guru, kemudahan fizikal atau organasasi, budaya dan nilai yang diamalkan. Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk, dan berambut kerinting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli setelah guru dan pihak sekolah gagal mengambil tindakan intervensi. Mangsa buli akan menjadi seorang dewasa yang terklalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain dan keluarga. Malah kajian menunjukkan ada murid yang menjadi pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa dan menjadi seorang pendera terhadap isteri, perogol, dan perompak. Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi kepada rakan sekelasnya yang menyaksikan perlakuan itu walaupun mereka tidak dibuli. Pemerhati tingkah laku buli akan turut mengalami gangguan emosi dan merasakan persekitaran sekolah tidak lagi selamat. Malah pemerhati buli juga merasa bimbang dea pula akan diancam oleh pembuli dan menjadi mangsa seterusnya. Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi, Dr Suradi Salim, berpendapat bahawa mangsa yang dibuli akan merobah personality mereka menjadi seorang yang penalkut. Mangsa bukan sahaja takut ke sekolah, malah takut diugut, dipukul dan sebagainya. Sebenarnya perasaan takut yang luar biasa ini amat memeritkan, jika dibiarkan akan membentuk peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri. Akibat ketakutan yang amat sangat inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guru atau ibu bapa. Biasanya mereka dikaunseling bukan si pembuli tetapi bukan mangsa kerana mereka perlu dibantu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Sebaliknya, si pembuli 18 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

berasa seronok kerana dapat membuli orang lain. Masalah ini hanya akan dikesan apabila menjadi serius sehingga berlaku kecederaan fizikal. Kesimpulannya, persekitaran sekolah perlu selamat supaya pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran.

(Diubahsuai daripada Menangani Masalah Buli di Sekolah, Dewan Siswa, Ogos 2005, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur) PETIKAN UMUM

1. 2. 3.

Apakah maksud rangkai kata mengambil tindakan intervensi berdasarkan petikan? [2 markah] Nyatakan kesan-kesan serius yang akan berlaku kepada pelajar yang dibuli? [ 3 markah] Pada pendapat anda, apakah bentuk hukuman yang wajar dikenakan ke atas pembuli yang membabitkan kes kematian? [4 markah]

____________________________________________________________________________ RUMUSAN 5: Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor berlakunya kegiatan samseng dan buli di sekolah dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan. Belakangan ini kejadian buli dan samseng semakin menjadi-jadi di sekolah di negara kita. Mengapakah gejala buli dan ragging ini masih belum kita lupakan daripada persekitaran pendidikan kita? Adakah budaya buruk sebegini masih dianggap menyumbang dalam membangunkan minda para pelajar sekolah, atau mampu melahirkan pelajar yang berjiwa kental, tabah mahupun berjiwa besar bagi menghadapi cabaran mendatang? Mungkinkah budaya negatif sebegini akan dapat mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan pelajar tersebut? Sekolah merupakan medan sosial pertama yang perlu dilalui oleh setiap pelajar. Amat mendukacitakan seandainya sekolah menjadi tempat pelajar mula menyuburkan minda jenayah. Gejala buli yang bersifat antisosial akan mempengaruhi perjalanan hidup pelajar sekiranya tidak dibentung. Kesannya para pembuli akan mempunyai sikap tidak mematuhi undang-undang mahupun menghargai institusi keluarga dan kerukunan hiudp bermasyarakat sekiranya mereka tidak diperbetulkan dengan segera. Buli akan mewujudkan putaran ganas yang sukar dihentikan . Para pelajar yang pada suatu ketika dahulu menjadi mangsa, aknbirnya menjadi pembuli apabila mereka menjadi pelajar senior.

19 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

Penyelidikan awal tentang kegiatan kumpulan samseng di sekolah berpunca daripada hasil perkembangan sesuatu kumpulan sepermainan juvenil yang bertukar kepada perlakuan antisosial melalui evolusi. Penyelidik lain pula menyenaraikan banyak faktor yang menyebabkan perkembangan gejala ini di sekolah. Faktor asas yang menjadi pemangkin gejala ini adalah kegagalan institusi keluarga. Hal ini boleh berlaku akibat kegagalan ibu bapa dalam mengawal anak yang ramai, kewujudan pengaruh ahli keluarga yang turut terlibat dalam gejala yang sama dan rasa keterasingan akibat komunikasi yang tidak berkesan. Perkembangan media massa yang semakin canggih turut mempengaruhi gejala yang tidak sihat ini. Dalam kerancakan pembangunan industri filem, pelajar juga mudah terpengaruh dengan filem ganas dn permainan video yang membolehkan pemain memainkan watak penjenayah bagi menjalankan misi membunuh, peras ugut dan sebagainya. Selain itu, para pelajar amat tertarik dengan unsur-unsur seperti ini, terutamanya apabila menyedari mereka akan digeruni dan mampu melakukan apa-apa sahaja kepada pelajar lain. Barangkali sekolah perlu diwartakan sebagai zon bebas buli, samseng atau ragging, sebagaimana pengisytiharan zon larangan merokok. Laporan Kajian Gangsterism di Sekolah Menengah Harian, hasil kerjasama Kementerian Pelajaran dengan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (1999) mencadangkan agar sekolah mencantas jaringan samseng dan buli di sekolah menerusi tiga perkara. Pertama, dengan memastikan para pelajar tidak melepak pada waktu persekolahan. Kedua, dengan menghapuskan proses recruitment atau mencari ahli baru dengan memantau individuindividuyang disyaki secara terperinci. Ketiga, menyediakan sistem kawalan yang berkesan untuk mencegah para pembuli daripada menjalankan kegiatan mereka pada waktu sebelum sekolah bermula, semasa tempoh rehat dan selepas tamat waktu persekolahan. Bagi memudahkan usaha ini, mereka boleh memanfaatkan sepenuhnya persatuan bekas-bekas pelajar (ALUMNI) yang pada kelazimannya wujud di sekolah-sekolah berasrama. Budaya samseng dan buli perlulah diperangi menerusi penghayatan agama, penyuburan budaya ilmu, dan pembinaan sahsiah. Dengan membanteras budaya sebegini akan terhindarlah kejadian jenayah. Kegagalan membanterasnya di peringkat sekolah bererti menidakkan bidalan leluhur yang bijaksana melentur buluh biarlah dari rebungnya (Diubahsuaikan daripada rencana pengarang Dewan Budaya : Memerangi Samseng di Sekolah oleh Mohd. Yusni Khusaini Mohd. Yusof. November 2003)

Soalan Petikan Umum 1. 2. 3. Berikan maksud rangkai kata mula menyuburkan minda jenayah [ 2 markah ] Bagaimanakah pihak sekolah dapat mengatasi gejala samseng dan buli ini? [ 3 markah ] Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa dapat memainkan peranan mereka untuk mengelakkan gejala samseng dan buli ini daripada terus menular [4 markah ]

20 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

________________________________________________________________________ RUMUSAN 6: Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang factor-faktor yang mendorong kerajaan melancarkan kempen anti merokok secara besar-besaran dan kesan buruk terhadap tabiat merokok. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kempen anti merokok besar-besaran telah dilancarkan oleh Perdana Menteri tidak lama dahulu merupakan langkah bijak dan tepat pada masanya. Kini tabiat merokok dalam kalangan masyarakat semakin mengusarkan. Budaya ini seolah-olah sudah sinonim dalam masyarakat kita tanpa mengira [angkat, kaum, agama, budaya, dan status seseorang. Pihak industri tembakau terus-terusan meraih keuntungan berlipat ganda walaupun pelbagai usaha menyekat tabiat buruk itu telah diambil. Apa yang paling membimbangkan, 49 peratus rakyat negara ini dilaporkan merokok. Peratus ini melebihi kadar perokok di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Sweden. Kajian juga menunjukkan rakyat negara ini menghisap 23.7 bilion batang rokok setahun berbanding 19.32 bilion batang pada tahun 1988. Masalah ini harus dipandang serius oleh semua pihak terutama ibu bapa dalam usaha kerajaan mahu meningkatkan tahap kesihatan rakyat dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Tidak dapat dinafikan, tabiat merokok ini mula meresap kuat dalam jiwa generasi muda termasuk golongan pelajar. Lebih menyedihkan budaya ini juga turut diikuti oleh golongan wanita yang sebelum ini jarang dilihat. Perangkaan menunjukkan sebahagian besar perokok mula terbabit dengan tabiat ini dari peringkat remaja ketika berumur sekitar 19 tahun. Ternyata sekali pembamitan remaja perempuan kian bertambah terutama di kawasan Bandar. Kajian juga menunjukkan kira-kira 50 hingga 60 remaja mula berjinakjinak dengan tabiat ini setiap hari. Jumlah perokok baru kian bertambah. Selain itu didapati 20 peratus temaja termasuk gadis merokok secara terbuka di tempat awam. Hal ini jelas menunjukkan masalah ini semakin keronik jika tidak ditangani segera. Berdasarkan kajian lain yang dijalankan , didapati bilangan rakyat negara ini yang meninggal dan menderita akibat diserang pelbagai penyakit yang berpuna daripada tembakau adlah terlalu ramai. Justeru kempen anti merokok yang dilancarkan ini haruslah dilihat secara menyeluruh dan bersepadu terutama dalam soal kesihatan demi merealisasikan usaha kerajaan untuk menghentikan tabiat buruk ini. Dalam usaha menangani masalah ini kerajaan mengambil beberap pendekatan sebagai langkah susulan seperti mengehadkan pengiklanan merokok di media cetak dan elektronik serta menghentikan penganjuran syarikat rokok dalam aktiviti sukan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Mengekang Budaya Merokok Daripada Generasi Muda Berita Harian, 24 Feb 2004) 21 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

1.

Mengapakah budaya merokok dianggap sudah sinonim dalam masyarakat kita? [ 2 markah ] Selain daripada melancarkan kempen secara besar-besaran, apakah langkahlangkah lain yang diambil oleh kerajaan untuk menghentikan tabiat merokok? [ 3 markah ] Pada pendapat anda, apakah factor-faktor yang mempengaruhi remaja hari ini terlibat dengan merokok? [ 4 markah ]

2.

3.

RUMUSAN 7: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya peningkatan permintaan dalam sector perikanan di negara kita dan kesankesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pengeluaran ikan sedunia mungkin tidak seiring dengan pertumbuhan penduduk, satu keadaan defisit yang boleh menyebabkan bencana kepada jutaan penduduk di negara-negara membangun. Hal inilah antara peringatan berdasarkan hasil analisis yang dilakukan oleh WorldFish Center dan ahli ekonomi dan Institut Penyelidikan Polisi Makanan Antarabangsa. Ikan adalah sumber protein utama kepada 1.6 penduduk dunia dan menyumbang hampir 7 peratus daripada jumlah hampir keseluruhan bekalan makanan dunia. Sekiranya sumber oerikanan mengalami kemerosotan dan memberi kesan kepada kandungan makanan, kandungan zat dan tahap pendapatan di negara membangun. Sumber yang semakin berkurangan juga memungkinkan harga ikan meningkat tanpa kawalan sehingga menyukarkan penduduk di negara membangun dan miskin. Sumbangan sector perikanan kepada jumpah ekonomi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan terus berkembang sekurang-kurangnya 24 peratus sehingga penghujung tahun ini. Masa depan sector perikanan banyak bergantung kepada dasar negara terhadap sector ini yang sentiasa mempunyai masa depan yang cerah kerana peranan asasnya menyediakan makanan kepada penduduk negara ini. Sungguhpun kita boleh bergantung kepada import makanan tertentu, tetapi atas dasar keselamatan negara, Malaysia wajib mengeluarkan makanan asasnya seperti padi, ubi, sayur-sayuran, ikan dan daging walaupun kos pengeluarannya tinggi berbanding dengan kos mengimport. Analisis peluang pelaburan dan pembiayaan dalam sector perikanan tidak sempurna tanpa mengupas aspek-aspek meningkatkan pengeluaran makanan dan meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor perikanan negara. Beberapa penganalisis sektor perikanan berpendapat, pengeluaran ikan akan meningkat dengan kadar tahunan 0.4 peratus kurang daripada jumlah penduduk di dunia sehingga 2020. Hal ini menyebabkan harga ikan meningkat kepada 16 peratus dalam tempoh 22 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

sebenar (selepas inflasi), dengan bergantung kepada sepsis ikan tertentu mengikut permintaan. Andaian lain yang digunakan iaitu dengan mengambil kira kemerosotan (1% setahun) hasil tangkapan ikan di kawasan terbuka (kawasan tangkapan dan perancangan untuk ikan ternakan yang tiada sebarang perubahan juga menyebabkan harga ikan meningkat naik dari 26 peratus ke 70 peratus. Ikan adalah sumber makanan yang paling cepat pertumbuhannya terutamanya di negara-negara membangun. Malahan permintaannya adalah melebihi bekalan dan masalah ini akan meningkat selagi ikan merupakan sumber protein utama. Keadaan bekalan ikan yang semakin meningkat bukan sahaja dipengaruhi pertumbuhan penduduk tetapi turut dirangsang oleh selera masyarakat dunia kepada makanan laut. Dalam tempoh kurang 20 tahun, putara per kapita penggunaan ikan dunia telah meningkat hampir dua kali ganda. Menurut beberapa orang pengkaji maritim, pada tahun-tahun akan dating beberapa spesies ikan tidak akan terdapat lagi di pasar, mutu hasil tangkapan akan merosot dan konflik di dalam serta antara negara juga akan turut meningkat. Pertumbuhan pesat ini akan berlaku dalam kalangan negara membangun, yang mana akan bertanggungjawab menghasilkan 70 peratus daripada pengeluaran ikan sebagai makanan dunia pada 2020. Dijangka sector perikanan akan menyumbang 65 peratus daripada pengeluaran ikan sebagai makanan. Pertumbuhan permintaan dalam negara secara tidak langsung akan menggalakkan dksport dari negaranegara membangun. (Diubausuaikan daripada Masa Depan Sektor Perikanan Negara, Dewan Ekonomi, Januari 2005)

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM 1. 2. 3. Mengapakah sumber perikanan penting dalam kehidupan manusia? [ 2 markah ] Nyatakan masa depan sumber perikanan dunia [ 3 markah ] Pada pendapat anda. Apakah kesan kenaikan harga ikan kepada penduduk di negara kita? [ 4 markah ]

RUMUSAN 8: Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara untuk melindungi hidupan liar di negara kita dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pepatah Melayu lama menyebut, patah tumbuh hilang berganti. Bagaimanapun, tidak semua yang hilang akan kembali. Begitu juga halnya dengan isu kepupusan sepsis haiwan 23 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

mahupun tumbuh-tumbuhan. Sebagai contoh paling nyata ialah kepupusan binatang pra sejarah dinasour. Menurut Pengarah Bahagian Konservasi dan Kepelbagaian Biologi, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Siti Hawa binti Yatim, hidupan liar yang ada pada hari ini wajar dilindungi agar kelangsungan spesiesnya terjamin sekali gus mengelakkan nasib yang sama seperti dinasour berulang dengan menambahkan bilangan hutan simpan yang sedia ada. Kebanyakan spesies hidupan liar di negara kita dilindungi Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Haiwan yang dilindungi tidak boleh dipelihara, ditangkap atau dibunuh melainkan dengan kebenaran pihak jabatan dan kementerian. Bagi binatang yang ditangkap, ditembak mati, dijadikan makanan atau untuk dipelihara, pemburu mestilah mempunyai lessen berburu yang disahkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. Pemburuan hanya dibenarkan di luar kawasan rizab sahaja. Hal ini disebabkan kawasan rizab tidak boleh dicerobohi walaupun untuk tujuan pemburuan manakala kawasan hutan simpan pula tertakluk kepada syarat dan peraturan tertentu. Penguatkuasaan akta ini bertujuan untuk menjaga kelangsungan riwayat spesies haiwan yang kian terancam akibat proses pembangunan dan penempatan manusia di kawasan habitat semula jadi haiwan berkenaan selain disebabkan aktiviti pemburuan yang tidak terkawal. Selain melindungi haiwan ini di habitat asal, PERHILITAN juga berusaha untuk membiakkan kumpulan spesies terancam ini bagi mencapai jumlah populasi tertentu. Sebaikbaik sahaja populasinya mencapai jumlah yang dikehendaki, haiwan tersebut akan dibebaskan ke habitat asal tetapi pergerakan dan perkembangannya akan dipantau dari semasa ke semasa. Selain itu, PERHILITAN juga mempunyai bank genetic seperti DNA setiap haiwan bagi mengelakkan haiwan-haiwan daripada terus lenyap. Penubuhan bank ini bertujuan supaya mampu membekalkan maklumat secukupnya untuk penyelidikan dan pendidikan pada masa akan dating khususnya bagi pegawai PERHILITAN, pelajar di universiti selain penyelidik dari luar negara. Antara haiwan yang telah pupus di negara kita ialah harimau belang, badak Jawa, burung merak hijau, burung upih, burung camar angguk, dendang laut dan burung botak. Kepupusan didapati berpunca daripada banyak kawasan dan habitat semula jadinya yang sudah tidak sesuai untuk pembiakan. Selain itu, untuk mengelakkan kepupusan ini, PERHILITAN juga merancang untuk membebaskan haiwan ini di dalam kawasan rizab selain ditempatkan di zoo. Di samping melindungi haiwan berkenaan, Jabatan PERHILITAN juga bertanggungjawab jika terdapat sebarang gangguan oleh hidupan liar terhadap manusia. Haiwan liar yang sering menganggu manusia ialah gajah, kera dan harimau. Apabila keadaan ini terjadi, haiwan berkenaan akan ditangkap atau dibunuh. (Diubahsuaikan daripada rencana pengarang, Dewan Kosmik : Perlindungan Hidupan Liar oleh Nik Khartina Nik Man, Oktober 2004)

24 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

1. 2. 3.

Berikan maksud rangkai kata patah tumbuh hilang berganti. Mengapakah hidupan liar dilindungi?

[ 2 markah ] [ 3 markah ]

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan daripada kepupusan hidupan liar? Huraikan pendapat anda itu. [ 4 markah ]

RUMUSAN 9: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan industri pelancongan dan langkah-langkah untuk memajukan sektor ini. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tahun 1995 merupakan kemuncak kepada kegiatan dan industri pelancongan negara apabila mencatatkan kehadiran pelancong sebanyak 7.5 juta orang. Sekiranya trend kedatangan pelancongan ini dapat dikekalkan, pelancong asing yang datang ke negara ini dijangka akan mencecah ke angka lapan juta orang dalam tempoh sedikit masa lagi. Begitu juga dengan pelancong domestik ataupun tempatan yang turut diramalkan akan mengalami peningkatan berikutan pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi menggalakkan lebih banyak penduduk negara ini yang berkunjung ke pelbagai destinasi pelancongan menarik di negara kita. Kepentingan dan sumbangan industri pelancongan kepada ekonomi serta kemajuan negara tidak dapat dinafikan lagi. Selain dapat menjual nama Malaysia, industri pelancongan juga menyumbangkan pendapatan yang banyak kepada negara melalui wang yang dibawa masuk oleh para pelancong asing. Dianggarkan bahawa setiap pelancong asing membelanjakan antara RM300 hingga RM800 sehari sepanjang percutian mereka. Hal ini bermakna sekiranya pelancong menghabiskan masa selama tujuh hingga sepuluh hari, maka jumlah wang yang akan dibelanjakan oleh 6.5 juta pelancong yang datang ke negara ini pada tahun 1999 ialah sekitar RM 5.2 billion. Memandangkan industri pelancongan dapat membantu perkembangan sektor ekonomi dan perniagaan yang lain, di samping dapat menambahkan peluang pekerjaan serta pendapatan kepada penduduk setempat, maka usaha-usaha menggalakkan pelancongan perlu ditingkatkan. Promosi di dalam dan luar negara perlu dipergiatkan bagi menarik lebih banyak pelancong datang ke negara ini. Perkembangan sektor ini juga boleh dilakukan dengan membuka dan memajukan lebih banyak kawasan dan destinasi pelancongan. Warisan sejarah dan budaya juga boleh dijadikan tarikan kepada pelancong sekiranya prasarana, keperluan, dan kemajuan pelancong disediakan dengan sebaik mungkin. 25 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

Kajian yang dibuat oleh para penyelidik di Universiti Sains Malaysia(USM) mendapati bahawa kedatangan pelancong ke Lumut-Pangkor telah menyebabkan pertambahan permintaan terhadap barangan keperluan asas dan perkhidmatan serta penginapan. Bilangan gerai telah bertambah secara drastik dan situasi ini turut mempengaruhi peningkatan dalam pengeluaran serta penghasilan makanan laut. Oleh itu keadaan ini membantu meningkatkan taraf hidup penduduk di pekan Lumut dan menambahkan pendapatan para nelayan di Pulau Pangkor. Namun, kesan positif tersebut tidak akan berkekalan jika usaha-usaha tidak dibuat untuk menaikkan tarafnya sebagai pusat pelancongan yang utama di negeri Perak. Kajian membuktikan bahawa industri pelancongan boleh membantu pembangunan sosioekonomi dan infrastruktur kawasan setempat. Kesan perkembangan sektor dan industri pelancongan ini sangat meluas dan tidak terbatas kepada lingkungan kawasan yang dimajukan sebagai pusat pelancongan. Sebaliknya, kesan pembangunan industri pelancongan itu akan melimpah ke bandar ke bandar-bandar yang berhampiran. Jadi, tidak syak lagi bahawa industri pelancongan boleh mengubah wajah kemunduran sesuatu kawasan kampung ataupun bandar kepada kemakmuran yang tidak pernah dikecapi sebelum ini. Keadaan ini secara tidak langsung menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih pesat pada tahuntahun yang akan datang.

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

1. 2.

Berikan maksud rangkai kata destinasi pelancongan.

(2 markah)

Kedatangan pelancong ke Lumut-Pangkor dikatakan telah menjadikan tempat tersebut berkembang dengan pesat. Jelaskan perkembangan yang dimaksudkan tersebut. (3 markah) Setujukah anda dengan pendapat sesetengah golongan masyarakat yang mengatakan bahawa kegiatan pelancongan membawa lebih banyak kesan buruk kepada masyarakat kita ? (4 markah)

3.

RUMUSAN 10: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan berkenaaan implikasi hubungan kekeluargaan semakin renggang dan langkah mengatasinya. Dalam era pascainovasi ini, negara Malaysia sedang mengalami anjakan paradigma daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara yang pesat dan rancak pembangunannya. Namun, sejajar dengan arus pembangunan negara, perkara yang acap kali merimaskan jiwa masyarakat sarwajagat ialah isu hubungan kekeluargaan yang 26 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

semakin renggang yang mula berakar umbi malah, kesannya tidak lagi diendahkan oleh masyarakat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa hubungan kekeluargaan yang semakin renggang mampu menzahirkan pelbagai senario, antaranya kegagalan ahli keluarga dalam memahami serta saling menghormati. Hubungan keluarga yang semakin renggang boleh mencetuskan beberapa siri kejadian jenayah seperti sumbang mahram, penderaan, dan pergaduhan. Seandainya hubungan kekeluargaan semakin renggang, ahli-ahli keluarga akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi dan saling bertukar fikiran. Hal ini demikian kerana hubungan yang renggang ini telah memusnahkan jalinan kekeluargaan yang akrab dan erat. Oleh itu, ahliahli keluarga tidak memahami antara satu sama lain dan seterusnya konflik dan perselisihan faham mudah berlaku. Kejadian ini akan mengakibatkan pergaduhan dan sekaligus ahli-ahli keluarga bermusuhan sesama sendiri. Keluarga merupakan aset yang paling signifikan dan tidak dapat ditukar beli dengan wang ringgit. Akan tetapi, golongan ibu bapa yang lebih mementingkan kerjaya semata-mata untuk kepuasan dan keselesaan diri sendiri telah mengabaikan anak-anak mereka dengan menggantikan kasih sayang dengan sogokan wang ringgit. Anak-anak ini telah kehilangan satu wahana untuk bertukar fikiran dan pendapat dengan ibu bapa mereka. Mereka bertindak mencari rakan sebaya dan meluahkan segala isi hati dengan rakan yang dipercayai berupaya membantu mereka. Bertitik-tolak dari sinilah gejala sosial mula berlaku dan menular tanpa mencapai titik noktahnya. Isu ini yang diumpamakan seperti bangkai gajah yang ditutup dengan nyiru haruslah ditangani dengan segera. Ibu bapa, pihak sekolah, dan masyarakat perlulah berganding bahu sama ada dalam memberi kesedaran tentang kepentingan hubungan kekeluargaan yang erat atau dalam menghargai hubungan kekeluargaan agar pergolakan mahupun konflik tidak timbul dalam kalangan ahli keluarga. Sebagai intihanya, komitmen untuk membentuk generasi yang jitu dan padu haruslah diberikan oleh semua pihak sejak awal lagi kerana remaja merupakan pemangkin dan pelopor kepada kepimpinan negara kelak, bak kata pepatah Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. (Dipetik daripada Hubungan Kekeluargaan Semakin Renggang oleh Tan C.L, blogspot.com/2006)

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

i. ii.

Berikan maksud frasa menzahirkan pelbagai senario berdasarkan petikan di atas. [2 markah] Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin renggang dalam kalangan masyarakat? [3 markah]

27 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

iii.

Cadangkan beberapa langkah untuk memulihkan hubungan kekeluargaan yang semakin renggang akhir-akhir ini. Jelaskan dua langkah.

[4 markah]

RUMUSAN 11: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan kemajuan sektor pelancongan kesihatan di Malaysia dan kesan-kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pelancongan kesihatan merupakan satu lagi cabang ekonomi baru yang wajar diusahakan oleh kerajaan. Dengan kewujudan banyak hospital dan pusat kesihatan swasta, Malaysia sebenarnya mampu bersaing dengan negeri-negeri lain yang telah mempunyai prasarana kukuh dalam industri baru ini seperti Thailand, Jordan dan India. Kelebihan Malaysia ialah memiliki kepakaran yang tinggi untuk ditawarkan, selain kos perubatan yang rendah mengikut tukaran mata wang asing. Keindahan alam semula jadi yang dimiliki oleh negara ini juga penyumbang utama terhadap sektor pelancongan kesihatan. Dalam hal ini, beberapa buah syarikat swasta di negara ini telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menarik kedatangan pelancong luar. Pelancongan kesihatan mempunyai potensi besar berdasarkan kepada kejayaan negara menarik sebanyak 174,200 warga asing dan menjana pendapatan sebanyak RM105 juta pada tahun 2004 berbanding sebanyak 103,000 pelancong dengan jumlah pendapatan hanya RM59 juta pada tahun 2003. Dalam usaha mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan tersebut pelbagai langkah telah diketengahkan oleh pihak kerajaan. Perkara utama yang diberikan perhatian ialah menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital dan hotel di samping membentuk rujukan rangkaian antarabangsa. Malah dalam hal ini, pihak kerajaan menggalakkan hospital mendapat akreditasi dengan pusat perubatan terkemuka di dunia. Pendekatan yang lain ialah menggalakkan pembentukan syarikat multinasional Malaysia oleh pihak swasta. Apabila usaha sedemikian dilaksanakan perkembangan pelancongan kesihatan amat memberangsangkan terutamanya daripada pasaran Asia Barat dengan peningkatan mendadak jumlah pelancong dari Kuwait, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu. Usaha seterusnya yang dilakukan oleh pihak berkenaan ialah melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan dan terapi asing serta pesakit. Kerajaan juga turut memberikan sokongan penyelidikan klinikal di institusi Kesihatan untuk membina pusat kecemerlangan klinikal. Kerajaan juga sentiasa mengalu-alukan usaha pihak swasta mengendalikan promosi perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta tempatan. Misalnya pada tahun 2004, Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Pelancongan telah memberi kerjasama ekoran penubuhan Medical Services Coordination Sdn. Bhd(MSC) yang menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan kesihatan di negeri ini. Hal ini selari dengan dasar Persyarikatan Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan. Secara tuntas, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi menawarkan kualiti perkhidmatan kesihatan bagi menarik lebih banyak warga asing melalui produk pilihan khidmat kesihatan swasta di Malaysia. Pemantauan yang berterusan turut dilakukan termasuk 28 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

menubuhkan Unit Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun mereka yang terlibat dalam industri ini haruslah mempunyai tanggungjawab sosial dan mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti, di samping mengambil kira keuntungan yang diperoleh.

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM Berikan maksud rangkai kata tanggungjawab sosial. Nyatakan Malaysia. faktor-faktor yang mendorong perkembangan pelancongan [2 markah] kesihatan di [3 markah] dalam proses [4 markah]

Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan pelaksanaan pelancongan kesihatan ?

yang

terdapat

RUMUSAN 12: Baca petikan di bawah dengan teliti. kemudian, tulis sebuah rumusan tentang sebab-sebab perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna dan langkahlangkah mengekalkan perubatan tradisional. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pendapat bahawa perubatan moden merupakan penawar terbaik untuk setiap jenis penyakit adalah tidak tepat. Hal ini terbukti apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa 80 peratus penduduk dunia bergantung pada perubatan tradisional. Kerana miskin mereka tidak berupaya untuk membeli makanan, apatah lagi bagi mendapatkan rawatan moden. Belakangan ini, minat masyarakat dunia terhadap perubatan tradisional berasaskan herba semakin bertambah malah herba dianggap sebagai pelengkap kepada perubatan moden.Para penyelidik mengakui bahawa kesedaran tentang kesan sampingan ubat-ubatan moden semakin meningkat. Rakyat di negara kita pula semakin banyak menghidap penyakit kronik seperti barah dan AIDS sedangkan perubatan moden masih gagal menemukan penawarnya. Keadaan seperti ini, ditambah dengan kos perubatan yang semakin tinggi menyebabkan pesakit beralih kepada perubatan berasaskan herba. Oleh itu, ubat-ubatan berasaskan herba ini sewajarnya dikomersialkan dan dijual pada harga yang rendah supaya mampu dibeli oleh pengguna. Walau bagaimanapun , kita masih memerlukan perubatan moden kerana bukan semua penyakit boleh dicegah atau disembuhkan melalui perubatan tradisional. Perubatan tradisional hanyalah untuk mengisi kekosongan yang ada dalam perubatan moden. Oleh itu, ubat-ubatan berasaskan herba dalam perubatan tradisional ini perlu dikaji dan dibangunkan dengan keupayaan sains dan teknologi supaya benar-banar berkesan. Kini, kajian bioteknologi 29 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

mengenai ubat-ubatan ini giat dijalankan di kebanyakan negara di dunia. Di Malaysia pula, perubatan tradisional berasaskan herba diamalkan sejak zaman-berzaman seperti dalam rawatan resdung, rawatan kecantikan dan rawatan selepas bersalin. Satu fakta yang jelas ialah bukan semua ubat moden yang diambil oleh pesakit akan masuk ke dalam sistem tubuh. Oleh sebab itu, walaupun dua orang pesakit menghidapi penyakit yang sama, ubat yang serupa tidak akan memberikan kesan yang sama kepada mereka. Selain itu, ubat-ubatan moden hanya merawat penyakit itu sahaja, sedangkan ubat-ubatan tradisional mampu mengesan dan merawat punca penyakit tersebut. Keadaan ini menyebabkan pesakit yang mengambil ubat-ubatan moden perlu bergantung pada ubat-ubatan tersebut sehingga akhir usia. (Dipetik dan diubahsuai daripada Herba Pelengkap Kepada Perubatan Moden, Berita Harian, 16 April 2006)

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM 1. Berikan maksud rangkai kata mengisi kekosongan. [ 2 markah ] 2. Apakah yang perlu dilakukan untuk memajukan perubatan tradisional? [ 4 markah ] 3. Pada pendapat anda, mengapakah semakin ramai rakyat negara kita menghidap penyakit kronik ? [4 markah ]

RUMUSAN 13: Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis sebuah rumusan tentang kepentingan menghayati Rukun Negara dan . Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kerajaan disaran melancarkan Kempen Penghayatan Rukun Negara kerana penghayatan terhadap Rukun Negara semakin terhakis dalam jiwa rakyat Malaysia. Malah jika ditanya generasi muda sekarang sudah pasti ada antara mereka yang tidak mengetahui kandungan prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan rakyat negara ini sejak 35 tahun yang lalu. Ramai dalam kalangan mereka yang tidak ingat untuk melafazkan Rukun Negara kerana beranggapan tidak penting disebabkan negara sudah aman dan makmur. Keadaan ini menyebabkan generasi sekarang seakan-akan hilang jati diri mereka dan mudah terpengaruh dengan budaya asing. 30 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

Penghayatan Rukun Negara amat penting kepada masyarakat negara ini. Hampir lima dekad negara mencapai kemerdekaan dan segala dugaan yang dilalui telah membina tapak yang menjadi asas keharmonian dan perpaduan kaum. Rukun Negara menjadi panduan bagi rakyat memupuk semangat setia kawan dan kecemerlangan hidup bermasyarakat serta bernegara. Selain itu Rukun Negara bermatlamat membentuk masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama. Prinsip Rukun Negara sebenarnya berkait rapat antara satu sama lain. Kepercayaan kepada Tuhan antara lain menerapkan bahawa kepercayaan beragama boleh mengukuhkan ikatan semua bangsa seterusnya memantapkan institusi negara kerana rakyatnya mempunyai pegangan hidup. Tahap kesetiaan yang tinggi diberikan kepada raja dan negara pula amat bersesuaian kerana raja ialah lambang perpaduan negara. Keluhuran perlembagaan pula ialah sumber perundangan negara yang tertinggi dan harus diterima, dipatuhi serta dipertahankan oleh rakyat. Kedaulatan undang-undang pula memberi keadilan kepada setiap rakyat di negara ini kerana dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Prinsip kesopanan dan kesusilaan mementingkan perlakuan yang sopan dalam kalangan rakyat untuk menjaga hubungan baik masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sehubungan dengan itu rakyat harus sedar Rukun Negara mampu menerapkan amalan menghormati undang-undang dalam kalangan masyarakat pelbagai agama dan budaya di negara ini. Langkah kerajaan melancarkan kempen tersebut amat tepat bagi mengingatkan rakyat supaya menghormati sensitiviti kaum agar keamanan dan keharmonian negara dapat terus dipelihara. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kepentingan Menghayati Rukun Negara Mohd Izranuddin Jelani - Fokus, April 2006)

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM 1. Apakah maksud rangkai kata setia kawan? [2 markah] 2. Mengapakah kerajaan disaran supaya mengadakan kempen Penghayatan Rukun Negara? [3 markah] 3. Pada pendapat anda, bagaimana caranya untuk menyedarkan masyarakat supaya menghayati Rukun Negara? [4 markah]

31 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

RUMUSAN 14: Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan buli dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perbuatan membuli diertikan sebagai mengkasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu buli secara langsung dan tidak langsung. Buli secara langsung termasuk diugut, disepak atau membalas pukulan. Buli jenis ini disebut sebagai buli fizikal. Sementara buli secara tidak langsung atau bulu psikologi melibatkan kata-kata (Verbal) termasuk memanggil atau ejek-mengejek dengan nama tertentu, dikacau, ditertawakan rakan lain, atau menyebarkan gossip liar terhadap seseorang. Biasanya mangsa buli datang dari keluarga yang menyokongnya manakala pembuli datang daripada keluarga yang bermasalah dan selalu dikasari atau dihukum oleh ibu bapanya. Kebanyakan kejadian buli berlaku di sekolah yang kurang pemantauan disiplinnya, sama ada akibat kelemahan guru, kemudahan fizikal atau organasasi, budaya dan nilai yang diamalkan. Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk, dan berambut kerinting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli setelah guru dan pihak sekolah gagal mengambil tindakan intervensi. Mangsa buli akan menjadi seorang dewasa yang terklalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain dan keluarga. Malah kajian menunjukkan ada murid yang menjadi pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa dan menjadi seorang pendera terhadap isteri, perogol, dan perompak. Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi kepada rakan sekelasnya yang menyaksikan perlakuan itu walaupun mereka tidak dibuli. Pemerhati tingkah laku buli akan turut mengalami gangguan emosi dan merasakan persekitaran sekolah tidak lagi selamat. Malah pemerhati buli juga merasa bimbang dea pula akan diancam oleh pembuli dan menjadi mangsa seterusnya. Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi, Dr Suradi Salim, berpendapat bahawa mangsa yang dibuli akan merobah personality mereka menjadi seorang yang penalkut. Mangsa bukan sahaja takut ke sekolah, malah takut diugut, dipukul dan sebagainya. Sebenarnya perasaan takut yang luar biasa ini amat memeritkan, jika dibiarkan akan membentuk peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri. Akibat ketakutan yang amat sangat inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guru atau ibu bapa. Biasanya mereka dikaunseling bukan si pembuli tetapi bukan mangsa kerana mereka perlu dibantu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Sebaliknya, si pembuli berasa seronok kerana dapat membuli orang lain. Masalah ini hanya akan dikesan apabila menjadi serius sehingga berlaku kecederaan fizikal. 32 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

Kesimpulannya, persekitaran sekolah perlu selamat supaya pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. ( Diubahsuai daripada Menangani Masalah Buli di Sekolah, Dewan Siswa, Ogos 2005, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur)

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM 1. Apakah maksud rangkai kata mengambil tindakan intervensi berdasarkan petikan? [2 markah] Nyatakan kesan-kesan serius yang akan berlaku kepada pelajar yang dibuli? [3 markah] Pada pendapat anda, apakah bentuk hukuman yang wajar dikenakan ke atas pembuli yang membabitkan kes kematian? [4 markah]

2. 3.

__________________________________________________________________________ RUMUSAN 15: Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang factor-faktor yang mendorong kerajaan melancarkan kempen anti merokok secara besar-besaran dan kesan buruk terhadap tabiat merokok. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kempen anti merokok besar-besaran telah dilancarkan oleh Perdana Menteri tidak lama dahulu merupakan langkah bijak dan tepat pada masanya. Kini tabiat merokok dalam kalangan masyarakat semakin mengusarkan. Budaya ini seolah-olah sudah sinonim dalam masyarakat kita tanpa mengira [angkat, kaum, agama, budaya, dan status seseorang. Pihak industri tembakau terus-terusan meraih keuntungan berlipat ganda walaupun pelbagai usaha menyekat tabiat buruk itu telah diambil. Apa yang paling membimbangkan, 49 peratus rakyat negara ini dilaporkan merokok. Peratus ini melebihi kadar perokok di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Sweden. Kajian juga menunjukkan rakyat negara ini menghisap 23.7 bilion batang rokok setahun berbanding 19.32 bilion batang pada tahun 1988. Masalah ini harus dipandang serius oleh semua pihak terutama ibu bapa dalam usaha kerajaan mahu meningkatkan tahap kesihatan rakyat dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Tidak dapat dinafikan, tabiat merokok ini mula meresap kuat dalam jiwa generasi muda termasuk golongan pelajar. Lebih menyedihkan budaya ini juga turut diikuti oleh golongan wanita yang sebelum ini jarang dilihat. Perangkaan menunjukkan sebahagian besar perokok mula terbabit dengan tabiat ini dari peringkat remaja ketika berumur sekitar 19 tahun. Ternyata 33 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

sekali pembamitan remaja perempuan kian bertambah terutama di kawasan Bandar. Kajian juga menunjukkan kira-kira 50 hingga 60 remaja mula berjinakjinak dengan tabiat ini setiap hari. Jumlah perokok baru kian bertambah. Selain itu didapati 20 peratus temaja termasuk gadis merokok secara terbuka di tempat awam. Hal ini jelas menunjukkan masalah ini semakin keronik jika tidak ditangani segera. Berdasarkan kajian lain yang dijalankan , didapati bilangan rakyat negara ini yang meninggal dan menderita akibat diserang pelbagai penyakit yang berpuna daripada tembakau adlah terlalu ramai. Justeru kempen anti merokok yang dilancarkan ini haruslah dilihat secara menyeluruh dan bersepadu terutama dalam soal kesihatan demi merealisasikan usaha kerajaan untuk menghentikan tabiat buruk ini. Dalam usaha menangani masalah ini kerajaan mengambil beberap pendekatan sebagai langkah susulan seperti mengehadkan pengiklanan merokok di media cetak dan elektronik serta menghentikan penganjuran syarikat rokok dalam aktiviti sukan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Mengekang Budaya Merokok Daripada Generasi Muda Berita Harian, 24 Feb 2004)

SOALAN PETIKAN UMUM

1.

Mengapakah budaya merokok dianggap sudah sinonim dalam masyarakat kita? [ 2 markah ] Selain daripada melancarkan kempen secara besar-besaran, apakah langkahlangkah lain yang diambil oleh kerajaan untuk menghentikan tabiat merokok? [ 3 markah ] Pada pendapat anda, apakah factor-faktor yang mempengaruhi remaja hari ini terlibat dengan merokok? [ 4 markah ]

2.

3.

__________________________________________________________________________ RUMUSAN 16: Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya peningkatan permintaan dalam sektor perikanan di negara kita dan kesankesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pengeluaran ikan sedunia mungkin tidak seiring dengan pertumbuhan penduduk, satu keadaan defisit yang boleh menyebabkan bencana kepada jutaan penduduk di negara-negara membangun. Hal inilah antara peringatan berdasarkan hasil analisis yang dilakukan oleh 34 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

WorldFish Center dan ahli ekonomi dan Institut Penyelidikan Polisi Makanan Antarabangsa. Ikan adalah sumber protein utama kepada 1.6 penduduk dunia dan menyumbang hampir 7 peratus daripada jumlah hampir keseluruhan bekalan makanan dunia. Sekiranya sumber oerikanan mengalami kemerosotan dan memberi kesan kepada kandungan makanan, kandungan zat dan tahap pendapatan di negara membangun. Sumber yang semakin berkurangan juga memungkinkan harga ikan meningkat tanpa kawalan sehingga menyukarkan penduduk di negara membangun dan miskin. Sumbangan sector perikanan kepada jumpah ekonomi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan terus berkembang sekurang-kurangnya 24 peratus sehingga penghujung tahun ini. Masa depan sector perikanan banyak bergantung kepada dasar negara terhadap sector ini yang sentiasa mempunyai masa depan yang cerah kerana peranan asasnya menyediakan makanan kepada penduduk negara ini. Sungguhpun kita boleh bergantung kepada import makanan tertentu, tetapi atas dasar keselamatan negara, Malaysia wajib mengeluarkan makanan asasnya seperti padi, ubi, sayur-sayuran, ikan dan daging walaupun kos pengeluarannya tinggi berbanding dengan kos mengimport. Analisis peluang pelaburan dan pembiayaan dalam sector perikanan tidak sempurna tanpa mengupas aspek-aspek meningkatkan pengeluaran makanan dan meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor perikanan negara. Beberapa penganalisis sektor perikanan berpendapat, pengeluaran ikan akan meningkat dengan kadar tahunan 0.4 peratus kurang daripada jumlah penduduk di dunia sehingga 2020. Hal ini menyebabkan harga ikan meningkat kepada 16 peratus dalam tempoh sebenar (selepas inflasi), dengan bergantung kepada sepsis ikan tertentu mengikut permintaan. Andaian lain yang digunakan iaitu dengan mengambil kira kemerosotan (1% setahun) hasil tangkapan ikan di kawasan terbuka (kawasan tangkapan dan perancangan untuk ikan ternakan yang tiada sebarang perubahan juga menyebabkan harga ikan meningkat naik dari 26 peratus ke 70 peratus. Ikan adalah sumber makanan yang paling cepat pertumbuhannya terutamanya di negara-negara membangun. Malahan permintaannya adalah melebihi bekalan dan masalah ini akan meningkat selagi ikan merupakan sumber protein utama. Keadaan bekalan ikan yang semakin meningkat bukan sahaja dipengaruhi pertumbuhan penduduk tetapi turut dirangsang oleh selera masyarakat dunia kepada makanan laut. Dalam tempoh kurang 20 tahun, putara per kapita penggunaan ikan dunia telah meningkat hampir dua kali ganda. Menurut beberapa orang pengkaji maritim, pada tahun-tahun akan dating beberapa spesies ikan tidak akan terdapat lagi di pasar, mutu hasil tangkapan akan merosot dan konflik di dalam serta antara negara juga akan turut meningkat. Pertumbuhan pesat ini akan berlaku dalam kalangan negara membangun, yang mana akan bertanggungjawab menghasilkan 70 peratus daripada pengeluaran ikan sebagai makanan dunia pada 2020. Dijangka sector perikanan akan menyumbang 65 peratus daripada pengeluaran ikan sebagai makanan. Pertumbuhan permintaan dalam negara secara tidak langsung akan menggalakkan dksport dari negaranegara membangun. (Diubausuaikan daripada Masa Depan Sektor Perikanan Negara, Dewan Ekonomi, Januari 2005)

35 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM 1. 2. Mengapakah sumber perikanan penting dalam kehidupan manusia? [ 2 markah ] Nyatakan masa depan sumber perikanan dunia [ 3 markah ] 3. Pada pendapat anda. Apakah kesan kenaikan harga ikan kepada penduduk di negara kita? [ 4 markah ]

RUMUSAN 17: Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara untuk melindungi hidupan liar di negara kita dan kekangan-kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pepatah Melayu lama menyebut, patah tumbuh hilang berganti. Bagaimanapun, tidak semua yang hilang akan kembali. Begitu juga halnya dengan isu kepupusan sepsis haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan. Sebagai contoh paling nyata ialah kepupusan binatang pra sejarah dinasour. Menurut Pengarah Bahagian Konservasi dan Kepelbagaian Biologi, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Siti Hawa binti Yatim, hidupan liar yang ada pada hari ini wajar dilindungi agar kelangsungan spesiesnya terjamin sekali gus mengelakkan nasib yang sama seperti dinasour berulang dengan menambahkan bilangan hutan simpan yang sedia ada. Kebanyakan spesies hidupan liar di negara kita dilindungi Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Haiwan yang dilindungi tidak boleh dipelihara, ditangkap atau dibunuh melainkan dengan kebenaran pihak jabatan dan kementerian.

Bagi binatang yang ditangkap, ditembak mati, dijadikan makanan atau untuk dipelihara, pemburu mestilah mempunyai lessen berburu yang disahkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Mereka yang melanggar peraturan akan dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. Pemburuan hanya dibenarkan di luar kawasan rizab sahaja. Hal ini disebabkan kawasan rizab tidak boleh dicerobohi walaupun untuk tujuan pemburuan manakala kawasan hutan simpan pula tertakluk kepada syarat dan peraturan tertentu. Penguatkuasaan akta ini bertujuan untuk menjaga kelangsungan riwayat spesies haiwan yang kian terancam akibat proses pembangunan dan penempatan manusia di kawasan habitat semula jadi haiwan berkenaan selain disebabkan aktiviti pemburuan yang tidak terkawal. Selain melindungi haiwan ini di habitat asal, PERHILITAN juga berusaha untuk membiakkan kumpulan spesies terancam ini bagi mencapai jumlah populasi tertentu. Sebaikbaik sahaja populasinya mencapai jumlah yang dikehendaki, haiwan tersebut akan dibebaskan 36 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

ke habitat asal tetapi pergerakan dan perkembangannya akan dipantau dari semasa ke semasa. Selain itu, PERHILITAN juga mempunyai bank genetic seperti DNA setiap haiwan bagi mengelakkan haiwan-haiwan daripada terus lenyap. Penubuhan bank ini bertujuan supaya mampu membekalkan maklumat secukupnya untuk penyelidikan dan pendidikan pada masa akan dating khususnya bagi pegawai PERHILITAN, pelajar di universiti selain penyelidik dari luar negara. Antara haiwan yang telah pupus di negara kita ialah harimau belang, badak Jawa, burung merak hijau, burung upih, burung camar angguk, dendang laut dan burung botak. Kepupusan didapati berpunca daripada banyak kawasan dan habitat semula jadinya yang sudah tidak sesuai untuk pembiakan. Selain itu, untuk mengelakkan kepupusan ini, PERHILITAN juga merancang untuk membebaskan haiwan ini di dalam kawasan rizab selain ditempatkan di zoo. Di samping melindungi haiwan berkenaan, Jabatan PERHILITAN juga bertanggungjawab jika terdapat sebarang gangguan oleh hidupan liar terhadap manusia. Haiwan liar yang sering menganggu manusia ialah gajah, kera dan harimau. Apabila keadaan ini terjadi, haiwan berkenaan akan ditangkap atau dibunuh.

(Diubahsuaikan daripada rencana pengarang, Dewan Kosmik : Perlindungan Hidupan Liar oleh Nik Khartina Nik Man, Oktober 2004)

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

1. 2. 3.

Berikan maksud rangkai kata patah tumbuh hilang berganti. [ 2 markah ] Mengapakah hidupan liar dilindungi? [ 3 markah ] Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan daripada kepupusan hidupan liar? Huraikan pendapat anda itu. [4 markah]

_________________________________________________________________________ RUMUSAN 18 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya peningkatan permintaan dalam sektor perikanan dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengeluaran ikan sedunia mungkin tidak seiring dengan pertumbuhan penduduk, satu keadaan defisit yang boleh menyebabkan bencana kepada jutaan penduduk di negara-negara membangun. Hal inilah antara peringatan berdasarkan hasil analisis yang dilakukan oleh 37 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

WorldFish Center dan ahli ekonomi dan Institut Penyelidikan Polisi Makanan Antarabangsa. Ikan adalah sumber protein utama kepada 1.6 penduduk dunia dan menyumbang hampir 7 peratus daripada jumlah hampir keseluruhan bekalan makanan dunia. Sekiranya sumber oerikanan mengalami kemerosotan dan memberi kesan kepada kandungan makanan, kandungan zat dan tahap pendapatan di negara membangun. Sumber yang semakin berkurangan juga memungkinkan harga ikan meningkat tanpa kawalan sehingga menyukarkan penduduk di negara membangun dan miskin. Sumbangan sector perikanan kepada jumpah ekonomi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan terus berkembang sekurang-kurangnya 24 peratus sehingga penghujung tahun ini.

Masa depan sector perikanan banyak bergantung kepada dasar negara terhadap sector ini yang sentiasa mempunyai masa depan yang cerah kerana peranan asasnya menyediakan makanan kepada penduduk negara ini. Sungguhpun kita boleh bergantung kepada import makanan tertentu, tetapi atas dasar keselamatan negara, Malaysia wajib mengeluarkan makanan asasnya seperti padi, ubi, sayur-sayuran, ikan dan daging walaupun kos pengeluarannya tinggi berbanding dengan kos mengimport. Analisis peluang pelaburan dan pembiayaan dalam sector perikanan tidak sempurna tanpa mengupas aspek-aspek meningkatkan pengeluaran makanan dan meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor perikanan negara. Beberapa penganalisis sektor perikanan berpendapat, pengeluaran ikan akan meningkat dengan kadar tahunan 0.4 peratus kurang daripada jumlah penduduk di dunia sehingga 2020. Hal ini menyebabkan harga ikan meningkat kepada 16 peratus dalam tempoh sebenar (selepas inflasi), dengan bergantung kepada sepsis ikan tertentu mengikut permintaan. Andaian lain yang digunakan iaitu dengan mengambil kira kemerosotan (1% setahun) hasil tangkapan ikan di kawasan terbuka (kawasan tangkapan dan perancangan untuk ikan ternakan yang tiada sebarang perubahan juga menyebabkan harga ikan meningkat naik dari 26 peratus ke 70 peratus. Ikan adalah sumber makanan yang paling cepat pertumbuhannya terutamanya di negara-negara membangun. Malahan permintaannya adalah melebihi bekalan dan masalah ini akan meningkat selagi ikan merupakan sumber protein utama. Keadaan bekalan ikan yang semakin meningkat bukan sahaja dipengaruhi pertumbuhan penduduk tetapi turut dirangsang oleh selera masyarakat dunia kepada makanan laut. Dalam tempoh kurang 20 tahun, putara per kapita penggunaan ikan dunia telah meningkat hampir dua kali ganda. Menurut beberapa orang pengkaji maritim, pada tahun-tahun akan dating beberapa spesies ikan tidak akan terdapat lagi di pasar, mutu hasil tangkapan akan merosot dan konflik di dalam serta antara negara juga akan turut meningkat. Pertumbuhan pesat ini akan berlaku dalam kalangan negara membangun, yang mana akan bertanggungjawab menghasilkan 70 peratus daripada pengeluaran ikan sebagai makanan dunia pada 2020. Dijangka sector perikanan akan menyumbang 65 peratus daripada pengeluaran ikan sebagai makanan. Pertumbuhan permintaan dalam negara secara tidak langsung akan menggalakkan dksport dari negaranegara membangun.

38 | R u m u s a n & P e m a h a m a n

MODUL PEMANTAPAN BAHASA MELAYUSMK (P) SRI MUTIARA

2013

(Diubausuaikan daripada Masa Depan Sektor Perikanan Negara, Dewan Ekonomi, Januari 2005)

PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

1.

Mengapakah sumber perikanan penting dalam kehidupan manusia? [ 2 markah ]

2. 3.

Nyatakan masa depan sumber perikanan dunia [ 3 markah ] Pada pendapat anda. Apakah kesan kenaikan harga ikan kepada penduduk di negara kita? [ 4 markah ]

39 | R u m u s a n & P e m a h a m a n