Anda di halaman 1dari 22

R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

PELAJARAN 4
RANCANGAN KESA TU
AT AN
UA
TA N A H M E L AYU (MALA
AYU (MALAY YAN UNION)

Selepas membaca pelajaran ini, anda seharusnya dapat:

✔ Mengenal pasti sebab-sebab penubuhan Malayan


Union;

✔ Menghuraikan punca penentangan orang Melayu


terhadap Malayan Union; dan

✔ Membincangkan corak penentangan orang Melayu


terhadap Malayan Union.

51
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

52
R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

KANDUNGAN

• Pengenalan 55
• Penubuhan Kesatuan Tanah Melayu 55
(Malayan Union)
• Usaha Penggubalan Perlembagaan Baru 56
Semenanjung Tanah Melayu
• Cadangan Memorandum Persatuan 57
British Malaya
• Cadangan Memorandum Tang Cheng Lock 57
• Cadangan Memorandum Persatuan 58
Pelajar-Pelajar Melayu di Britain
• Sebab Malayan Union Diperkenalkan 59
• Mendapatkan Persetujuan Sultan terhadap 60
Malayan Union
• Syarat-syarat Malayan Union 61
• Perlembagaan Malayan Union 62
• Sebab-sebab Penentangan Orang Melayu 64

53
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

• Penubuhan Kongres Melayu SeMalaya 65


• Tindakan terhadap Malayan Union dan 66
Penghapusannya
• Lahirnya UM N O 67
• Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 68
• Sebab-sebab Kejayaan Persekutuan 68
Tanah Melayu

54
R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

PENGENALAN

Kesatuan Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan Ma-


layan Union, merupakan satu cubaan kerajaan British untuk
menukar taraf negeri-negeri Melayu yang bernaung sebagai
tanah jajahan. Kerajaan British ingin menjadikan negeri-
negeri Melayu sebagai tanah jajahannya seperti Pulau
Pinang, Melaka dan Singapura. Pihak British akan mem-
punyai kuasa penuh di Tanah Melayu, dan kedaulatan raja-
raja Melayu akan terhapus. Rancangan Kesatuan Tanah Me-
layu (Malayan Union) merupakan satu perkara yang sangat
penting dalam sejarah Malaysia. Pembentukan Malayan
Union telah berjaya memarakkan semangat kebangsaan
orang Melayu. Malayan Union juga telah menyatupadukan
orang Melayu, sekurang-kurangnya buat beberapa ketika.
Mereka memulakan gerakan politik anti-British secara
terbuka dan merupakan bibit perm ulaan bagi perjuangan
mencapai kemerdekaan.

PENUB
BUUHAN KESA
ATTU AN TA N A H
UAN MELAYU
AY
(MALAYAN UNION)
AY

Idea dan rancangan menubuhkan Kesatuan Tanah Melayu


atau Malayan Union sebagai satu bentuk pemerintahan
yang baru bagi Tanah Melayu telah mula dikaji dan disusun
oleh pihak Inggeris sejak Tanah Melayu mula jatuh ke
tangan Jepun pada awal 1942. Pejabat Tanah Jajahan Ing-
geris di London secara diam-diam, tanpa menghebohkan
kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu, telah meng-
ambil keputusan untuk menubuhkan suatu pemerintahan
yang bercorak Malayan Union bagi menggantikan
Pe merintahan Tentera yang diperkenalkan oleh mereka

55
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

kepada rakyat Tanah Melayu sejak mereka mengambil alih


pemerintahan negeri ini dari tangan Jepun berikutan ke-
kalahan Jepun dalam Peperangan Dunia Kedua.
Tidak lama selepas Singapura jatuh ke tangan pihak
Jepun, Pejabat Tanah Jajahan British di London telah mulai
m e m buat suatu kajian tentang masalah yang harus difikir-
kan dalam merancangkan masa hadapan Tanah Melayu.
Menjelang 1943, Setiausaha Negeri bagi Tanah Jajahan
telah menyerahkan suatu memorandum kepada Kabinet
Peperangan British yang membentangkan syarat-syarat
u mum tentang perlunya perubahan perlembagaan di Tanah
Melayu yang akan diduduki semula.
Pada Februari 1943, Pejabat Tanah Jajahan British
bersama-sama dengan Pejabat Perang telah mula membuat
rancangan bagi pembaharuan politik di Tanah Melayu se-
lepas perang. Pada Julai 1944, Unit Perancangan Tanah
Melayu telah ditubuhkan bagi menyediakan rancangan ini.
Britain mengambil langkah ini kerana Britain menyedari
bahawa mereka tentu akan menghadapi satu keadaan per-
ubahan politik di Asia Tenggara selepas perang. Penduduk-
an Jepun telah menyebabkan penubuhan gerakan nasionalis
di tanah-tanah jajahan. Tambahan pula Perdana Menteri
Britain, Winston Churchill dan Presiden Amerika Syarikat,
Roosevelt telah menandatangani Piagam Atlantik pada
Ogos 1941, yang mengisytiharkan prinsip kerajaan sendiri
bagi semua negara. Lama-kelamaan Britain diharap akan
memberikemerdekaan kepada tanah jajahannya setelah
Britain kembali ke Asia Tenggara.

USAHA PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN BARU


SEMENANJUNG TANAH MELAYU
AY

Usaha untuk menggubal perlembagaan baru bagi Semenan-


jung Tanah Melayu telah dijalankan oleh Kerajaan British

56
R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Kerajaan


British telah menubuhkan sebuah badan, iaitu Unit Peran-
cangan Tanah Melayu di Britain. Unit ini dianggotai oleh
bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Seme-
nanjung sebelum Jepun menguasai negara kita. Semasa
pegawai ini menggubal perlembagaan, iaitu tiga buah
memorandum telah dike mukakan kepada Pejabat Tanah
Jajahan British. Salah satu daripada memorandum ini adalah
daripada Persatuan British Malaya dan satu lagi daripada
mendiang Tan Cheng Lock yang pada masa itu berada di
India. Beliau telah meninggalkan Semenanjung apabila
Jepun menakluki Tanah Melayu. Memorandum yang ke-
tiga dike mukakan oleh Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu
Britain.

CADANGAN MEMORANDUM
PERSATU
AT AN BRITISH MALA
UAN YA
MALAY

Memorandum yang dikemukakan oleh Persatuan British


Malaya mencadangkan supaya negeri-negeri Melayu,
termasuk Seberang Prai dan Melaka, digabungkan di bawah
satu pemerintahan. Pulau Pinang dan Singapura akan
menjadi tanah jajahan British. Penduduk Tanah Melayu
hendaklah diberi peluang untuk memerintah dan mentadbir
negara mereka. Persatuan ini juga mengesyorkan supaya
sebuah Majlis dibentuk tetapi ahlinya dilantik oleh Kerajaan
British.

CADANGAN MEMORANDUM TAN CHENG LOCK

Memorandum Tan Cheng Lock turut mencadangkan su-


paya semua negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang,

57
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

Melaka dan Singapura digabungkan dalam satu kesa-


tuan. Kesatuan ini ditadbirkan sebagai sebuah pemerin-
tahan. Penduduk Tanah Melayu hendaklah diberi hak
politik yang lebih luas. Beliau juga mengemukakan supaya
Majlis dibentuk dan ahlinya dipilih oleh rakyat.

CAD
DAANGAN MEMORANDUM PERSA TU
AT AN
UA
PELAJ AR-PELAJ
JAR-PELAJ
AR-PELAJAAR MELAYU BRIT
AYU AIN
BRITAIN

Beberapa orang pelajar Melayu yang berada di Britain ke-


tika Perang Dunia Kedua melahirkan rasa tidak puas hati
terhadap rancangan Kerajaan British mengemukakan satu
perlembagaan baru bagi Semenanjung Tanah Melayu sele-
pas Perang Dunia Kedua. Mereka telah menubuhkan se-
buah Persatuan Pelajar-pelajar Melayu dan mengirimkan
satu memorandum kepada Kerajaan British pada 25 April
1944.
Mengikut deraf memorandum pelajar-pelajar ini, me-
reka menentang percubaan Kerajaan British menukar taraf
negeri-negeri Melayu daripada negeri bernaung ke tanah
jajahan. Namun demikian memorandum pelajar ini bersedia
menerima penasihat British di setiap negeri Melayu dan
menganggap Negeri-negeri Selat sebagai tanah jajahan
British. Memorandum ini juga mencadangkan supaya
negeri-negeri Melayu digabungkan tetapi kedaulatan sultan-
nya diiktiraf. Selain itu, memorandum ini meminta supaya
pemberian hak kerakyatan Tanah Melayu tidak mengikut
prinsip jus soli.
Dua perkara yang agak menarik dalam memorandum
pelajar-pelajar Melayu ini ialah:
Pertama: mereka berpendapat bahawa matlamat akhir
bagi orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan di
Indonesia ialah pergabungan gugusan pulau-pulau Melayu;

58
R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

Kedua: mereka mencadangkan supaya sebuah Uni-


versiti Tanah Melayu ditubuhkan dan universiti ini hen-
daklah mempunyai Jabatan Pengajian Melayu.

SEB
BAAB MALAYA N U N I O N D I P E R K E N A L K A N
AY

Dalam menghadapi ke mungkinan memberikemerdekaan


kepada Tanah Melayu, Britain ingin memastikan bahaw a
pelaburan ekonomi serta kepentingannya di negeri ini akan
terus terkaw al. Bagi mencapai tujuan ini keadaan politik
dalam negeri mestilah stabil. Kaum imigran mestilah
meneruskan peranan mereka bagi memastikan kestabilan
ekonomi. W alau bagaimanapun, sehingga kini mereka ha-
nya mempunyai hak politik dan minat politik yang sedikit
di dalam negeri“angkat” mereka. Bagi mendapatkan ke-
setiaan mereka dan untuk mewujudkan satu masyarakat
berbilang kaum yang bersatu, Britain merancang untuk
memberi hak kewarganegaraan yang sama kepada semua
bangsa. Sekiranya tindakan ini dilakukan, ini bererti me-
namatkan hak istimewa yang selama ini dinikmati oleh
orang Melayu.
Britain juga ingin memastikan hak pentadbiran kera-
jaan hanya akan diberi melalui bimbingan British. Dasar
sebelum perang yang mengagihkan kuasa pusat dan pe-
ngembalian kuasa kepada negeri-negeri telah melemahkan
kaw alan pusat. Britain tidak mempunyai pengaruh yang
kuat secara langsung ke atas kelima-lima buah unit bebas
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Satu gabungan bagi
Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat di bawah
kawalan pusat seorang Gabenor British akan memudahkan
pentadbiran dan menjadi lebih cekap. Bagi dunia luar, ga-
bungan ini merupakan sebuah barisan bersatu. Matlamat
terpenting ialah untuk memastikan dasar British untuk

59
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

kemajuan masa hadapan dapat dijalankan. Rancangan yang


dicadangkan bagi mencapai matlamat yang diinginkan itu
diperkenalkan sebagai Malayan Union.

SOALAN PERBINCANGAN 1

Jelaskan mengapa Malayan Union diperkenalkan.

MEND
DAAPAT K A N P E R S E T U J U
PA AN SUL
UAN TA N
SULT
TERHAD AP MALA
DA AYYAN UNION

Rancangan Malayan Union itu telah diumumkan da-


lam Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Sir Harold
MacMichael telah dilantik sebagai W akil Khas Keraja-
an British ke Tanah Melayu. Dia dihantar bagi mendapat-
kan persetujuan sultan terhadap rancangan itu. Sultan
mestilah menandatangani Perjanjian Malayan Union bagi
membenarkan Britain mengisytiharkan perlembagaan baru
itu. Dalam masa tiga bulan sahaja selepas kedatangannya,
MacMichael telah memperoleh tandatangan kesemua sem-
bilan orang sultan bagi Perjanjian itu. Hanya selepas ini,
barulah Kertas Putih yang mengandungi butiran lanjut
tentang perlembagaan Malayan Union itu diterbitkan pada
22 Januari 1946.
W alau bagaimanapun, kegembiraan MacMichael
kerana kejayaan tugasnya itu tidak kekal lama. Banyak ban-
tahan ditimbulkan oleh orang Melayu. Dia telah dituduh
menggunakan ancaman buang negeri terhadap sultan bagi
memaksa mereka supaya bersetuju. MacMichael juga telah
diberi kuasa untuk menyiasat kesetiaan semua sultan ter-
hadap British semasa pendudukan Jepun. Ini menyebabkan

60
R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

semua sultan berasa bimbang terhadap kedudukan mereka


jika mereka tidak bekerjasama. Tambahan pula mereka
tidak diberikan masa untuk berunding dengan Majlis-
majlis Mesyuarat Negeri. Di samping itu, butiran tentang
perlembagaan baru itu tidak diumumkan kepada orang
ramai.

SYARA
YA T-SY
AT ARA
-SYA T MALA
AT YAN UNION
AY

Perlembagaan Malayan Union telah menukar taraf negeri-


negeri Melayu dari negeriyang bernaung di bawah tanah
jajahan British. Menerusi Malayan Union, Kerajaan British
telah menghapuskan kedaulatan sultan Melayu. Kerajaan
British telah mengambil alih kuasa sultan Melayu apabila Sir
Harold MacMichael, seorang wakil khas Kerajaan British,
telah berjaya mendapatkan tandatangan semua sultan untuk
menyerahkan kedaulatan mereka kepada pihak British.
Sebenarnya cara beliau mendapatkan tandatangan sultan ini
boleh dipersoalkan kerana ada sultan yang diugut. Selain
itu, ada pula perjanjian penyerahan kuasa yang telah di-
tandatangani oleh semua sultan ini yang tidak sah dari segi
perlembagaan negeri. Perlembagaan negeri Johor misalnya
tidak membenarkan Sultan Johor dengan sendirinya menye-
rahkan negeri Johor kepada mana-mana kuasa luar.Tetapi
oleh sebab British merupakan sebuah negara yang kuat dan
berkuasa, maka British telah memaksa Sultan Johor
menerima gagasan Malayan Union. Mengikut perlemba-
gaan Malayan Union, semua negeri Melayu termasuk Pulau
Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu pemerintahan
pusat. Singapura tidak dimasukkan ke dalam Malayan
Union. Malayan Union akan diperintah oleh seorang Ga-
benor British yang berkuasa penuh. Sultan hanya akan
menjadi raja kehormat sahaja. Majlis Penasihat Pusat

61
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

Malayan Union dianggotai oleh semua sultan tetapi ga-


benor adalah pengerusinya. Keadaan ini amat ganjil kerana
seorang yang beragama Kristian menjadi pengerusi Majlis
yang juga membicarakan hal agama Islam. Perlembagaan
Malayan Union cuba memberi hak kerakyatan kepada go-
longan bukan Melayu menerusi prinsip jus soli.Ini ber-
makna jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu se-
lepas Malayan Union ditubuhkan, maka orang itu berhak
menerima hak kerakyatan tempat dia dilahirkan. Cara ini
membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak ke-
rakyatan dengan senang. Mengikut perlembagaan Malayan
Union juga, tiap-tiap negeri dalam Malayan Union mem-
punyai seorang Pesuruhjaya Negeriyang menjadi ketua
pentadbir di peringkat negeri.

PERLEMB
BAAGAAN MALAYAN
AY UNION

Berikut ialah fasal utama dalam Perlembagaan Malayan


Union, iaitu:
1. Kesemua sembilan buah Negeri-negeri Melayu dan
Negeri-negeri Selat, Pulau Pinang dan Melaka akan
dipusatkan di baw ah kaw alan terus seorang Ga-
benor British. Singapura akan kekal sebagai se-
buah koloni yang berasingan dengan Gabenornya sen-
diri.
2. Seorang Gabenor-Jeneral British akan berkuasa ke atas
Malayan Union, Singapura dan Wilayah-wilayah
Borneo.
3. Sultan akan terus memegang jaw atan mereka, tetapi
kuasa mereka telah dikurangkan. Sultan boleh menge-
kalkan hak kuasa tertinggi hanya dalam hal agama
Islam, iaitu sebagai Presiden Majlis Penasihat Melayu
di negerinya sendiri.

62
R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

4. Negeri-negeri Melayu dan Selat akan mengekalkan


Majlis Mesyuarat Negeri masing-masing untuk meng-
uruskan kerajaan tempatan. Majlis ini diletakkan di
bawah kawalan terus kerajaan pusat.
5. Gabenor akan memerintah dengan bantuan sebuah
Majlis Kerja Kerajaan dan sebuah Dewan Perundang-
an. Sebuah Majlis Penasihat Sementara dengan ahli
yang dilantik oleh Gabenor akan bertugas sehingga
Majlis dan Dewan tersebut ditubuhkan. Gabenor akan
mempunyai kuasa pembatalan yang besar dalam Majlis
Penasihat ini.
6. Kewarganegaraan akan diberikepada golongan yang
berikut, dengan tidak memasukkan warganegara Je-
pun.

Secara Terus atau Melalui Perjalanan Undang-Undang


Perjalanan
1. Sesiapa sahaja yang dilahirkan di negeri Malayan
Union dan Singapura dan telah bermastautin di situ
sebelum perintah tersebut dikuatkuasakan.
2. Sesiapa sahaja yang beru mur sekurang-kurangnya 18
tahun yang telah bermastautin di negeri Malayan
Union atau Singapura selama 10 tahun dari masa 15
tahun sebelum 15 Februari 1942. Mereka terpaksa
m engangkat sumpah kewalakan kepada Malayan
Union.
3. Sesiapa sahaja yang dilahirkan di negeri Malayan
Union atau Singapura pada atau selepas perintah
tersebut dikuatkuasakan.
4. Sesiapa sahaja yang dilahirkan di luar negeri Malayan
Union atau Singapura pada atau selepas perintah
tersebut dikuatkuasakan, apabila bapanya ialah warga-
negara Malayan Union.
5. Anak-anak (di baw ah umur 18 tahun) bagi warga-
negara yang tergolong dalam (a) dan (b).

63
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

SOALAN PERBINCANGAN 2

Jelaskan peruntukan yang terkandung dalam Malayan


Union

SEB
BAAB-SEB
BAAB PENENTANGAN ORANG MELA
TA YU
AY

Bantahan orang Melayu berpunca daripada perubahan


mendadak yang diperkenalkan khususnya tentang hak
kewargangaraan yang sama rata kepada semua orang. Ini
bermakna hak dan kedudukan istimewa orang Melayu akan
terlucut. Bangsa mendatang sepertiorang Cina dan India
akan mempunyai taraf yang sama dengan orang Melayu.
Bantahan orang Melayu juga berpunca daripada syarat
kew arganegaraan yang membenarkan orang Cina yang
dilahirkan di Singapura juga memohon kewarganegaraan di
Tanah Melayu. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan
bilangan orang Cina akan melebihi bilangan orang Melayu.
Dasar kerakyatan yang longgar ini juga akan memberi kuasa
politik kepada orang bukan Melayu.
Di samping itu juga, tindakan melucutkan kuasa yang
selama ini dimiliki oleh raja-raja Melayu juga akan menye-
babkan kedudukan orang Melayu tidak mendapat pembela-
an lagi. Tanah Melayu akhirnya tidak lagi akan dapat di
perintah oleh orang Melayu.
Orang Melayu juga membantah perlaksanaan Malayan
Union berdasarkan cara-cara perjanjian MacMichael yang
bertindak dengan memeras dan mengugut sultan dan raja
Melayu agar menerima pelaksanaan Malayan Union.
Tindakan MacMichael yang mengugut untuk melucutkan
kekuasaan raja-raja Melayu yang enggan menerima

64
R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

cadangan Malayan Union juga telah membangkitkan ke-


marahan orang Melayu. Penentangan terhadap Malayan
Union oleh orang Melayu juga turut diperkuatkan lagi de-
ngan galakan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kera-
jaan Inggeris yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
sepertiFrank Swettenham dan George Maxwell. Mereka
berpendapat bahawa Kerajaan British bertindak tidak adil
terhadap orang Melayu. Mereka telah mengemukakan
bantahan dengan menulis surat kepada akhbar Times di
London. Mereka juga mengecam kerajaan British menerusi
Pejabat Tanah Jajahan di London.
Orang Melayu juga telah mendapat semangat baru
bagi menentang perlaksanan Malayan Union kesan dari-
pada pendudukan Jepun. Orang Melayu menyedari bahawa
Inggeris bukanlah ikhlas untuk menolong orang Melayu
tetapi mereka mempunyai perancangan yang licik untuk
menjajah Tanah Melayu. Pengenalan Malayan Union juga
akan mencemarkan budaya dan peradaban orang Melayu
serta menjatuhkan martabat dan ke muliaan orang Islam.

PENUB
BUUHAN KONGRES MELAYU SEMALA
AY YA
AY

Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union telah


dilancarkan di seluruh negara tetapi tidak secara tersusun.
Beberapa pandangan telah dikemukakan dalam akhbar su-
paya orang Melayu bersatu-padu menentang Malayan
Union. Kemuncak daripada saranan akhbar Majlis pada 1
Mac 1946 satu persidangan pertubuhan Melayu telah di-
adakan di Kuala Lumpur untuk menyatupadukan orang
Melayu. Persidangan tersebut berjalan dari 14 Mac 1946
dan telah dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu. Hasil
daripada pertemuan tersebut satu persetujuan telah dicapai
untuk menubuhkan satu gabungan yang dikenali sebagai

65
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

Kongres Melayu SeMalaya dan Dato Onn bin Jaafar telah


dilantik sebagai pengerusinya.

TIND
TINDAAKAN T E R H A D
DAAP MALAYAN
AY UNION
DAN PENGHAPUSANNY A
YA

Kerajaan British telah berazam untuk melaksanakan


Malayan Union pada 1 April 1946 kecuali satu perkara yang
tidak akan dilaksanakan, iaitu fasal hak kerakyatan. Kongres
Melayu SeMalaya telah mengadakan mesyuarat dan
bersepakat mengambil keputusan pada 29 dan 30 Mac
1946 bahawa:
1. Orang Melayu hendaklah memulaukan istiadat
melantik Gabenor Malayan Union;
2. Memohon Raja-raja Melayu supaya jangan menghadiri
majlis istiadat melantik Gabenor itu;
3. Orang Melayu mesti menunjukkan tanda berkabung
dengan melilitkan kain putih selama 7 hari, iaitu mulai
1 April 1946.

S e mua orang Melayu termasuk ahli majlis-majlis


penasihat Malayan Union di peringkat pusat atau negeri
telah diminta supaya memulaukan juga majlis-majlis itu.
Raja-raja Melayu juga diminta, oleh Datuk Onn dan tiga
pemimpin lain, supaya turut memulaukan istiadat perlan-
tikan tersebut. Raja-raja Melayu telah bersedia untuk be-
kerjasama dengan Kongres dan rakyat demi mendapatkan
kembali kedaulatan mereka setelah mereka sedar bahawa
mereka telah tersilap langkah iaitu bersetuju menanda-
tangani surat penyerahan kuasa kepada British dan me-
nerima Malayan Union.
Pada 1 April 1946, apabila tiba saat perlantikan
Gabenor Sir Edward Gent di Kuala Lumpur, tiada seorang

66
R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

Raja-raja Melayu atau ahli Melayu Majlis Penasihat Malayan


Union yang hadir ke upacara tersebut. Kongres Melayu
SeMalaya berjaya membuka jalan untuk orang Melayu
menentang Malayan Union.

LAHIRNYA
YA UMNO

Pada 11 Mei 1946 satu persidangan telah diadakan oleh


Kongres Melayu SeMalaya di Johor Bahru, apabila satu
jawatankuasa telah dilantik pada awal Mac untuk meng-
gubal satu perlembagaan menubuhkan satu parti politik
baru dan melaporkan hasil kerjanya. PartiPolitik baru itu
dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau
PERKEMBAR atau lebih dikenali pada masa ini dalam Ba-
hasa Inggeris sebagai United Malays National Organisation
(UMNO). Dengan ini pada 11 Mei 1946 Kongres Melayu
SeMalaya dibubarkan.
UMNO terus mengadakan rapat umum, tunjuk pera-
saan menentang Malayan Union. Pemimpin UMNO
bergiat menerangkan keburukan Malayan Union ke seluruh
Tanah Melayu dan mendapat sokongan daripada orang
Melayu yang menentang Malayan Union dengan kuat dan
hebat manakala orang bukan Melayu yang berada di Tanah
Melayu pula tidak menyokong Malayan Union. Pada Julai
1946, satu Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan bagi
menggubal satu perlembagaan baru yang boleh diterima
oleh orang Melayu untuk melahirkan satu pentadbiran yang
cekap dan menjadi asas kepada perkembangan politik serta
perlembagaan di masa hadapan. Kerajaan British meng-
ambil keputusan melantik 6 orang pegawai kanannya se-
bagai anggota Jawatankuasa Kerja untuk berunding dengan
4 orang wakil raja-raja Melayu dan 2 orang wakil UMNO.
Jaw atankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha (Chief Secretary.
)

67
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

PENUB
BUUHAN PERSEKUTU AN T A N A H
UAN MELAYU
AY

Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat


pindaan perlembagaan yang dicadangkan dan Keraja-
an British akhirnya menerima perlembagaan tersebut
dan dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi menggantikan
Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Terdapat beberapa perubahan penting yang dilaku-
kan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948. Antara pin-
daan tersebut adalah tentang jumlah anggota dalam
Majlis Perundangan Persekutuan. Di samping kelayakan
bermastautin sebagai syarat untuk menjadi warganegara
Persekutuan, bilangan tahun turut dikurangkan. Berdasar-
kan Perlembagaan baru tersebut, Kerajaan Persekutuan
akan ditadbir oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British yang
dilantik oleh kerajaan British, pembentukan sebuah Majlis
Perundangan Persekutuan yang mengandungi 75 per-
untukan dan sebuah Majlis Mesyuarat Kerja.
Perlembagaan tersebut juga akan mengandungi
sebuah Majlis Raja-raja Melayu yang akan menasihatkan
Pesuruhjaya Tinggi, manakala di setiap negeri akan di-
tubuhkan Majlis Negeri. Rang undang-undang yang di-
luluskan perlu mendapat perkenan daripada Raja. Majlis
negeri juga berfungsi untuk meluluskan undang-undang
yang berkaitan dengan agama Islam dan istiadat Melayu.
Pegawai Eksekutif yang akan mentadbir negeri-negeri
Melayu ialah Menteri Besar.

SEBAB-SEB
BAB-SEB AB KEJ
AB-SEBAB AYA A N
KEJA
PERSEKUTU AN T A N A H M E L A
UAN YU
AY

Kejayaan Orang Melayu mengagalkan pelaksanaan


rancangan Malayan Union didorong oleh perpaduan erat

68
R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

yang ditunjukkan oleh orang Melayu itu sendiri. Penen-


tangan orang Melayu walaupun tanpa menggunakan ke-
kerasan telah membuktikan kepada Inggeris bahawa orang
Melayu amat tidak menyenangi perlaksanaan Malayan
Union. Syor dalam Malayan Union amat menyinggung
perasaan orang Melayu sehingga Inggeris menyedari
bahawa Tanah Melayu tidak dapat diperintah dengan ber-
kesan sekiranya hak dan kepentingan orang Melayu
diketepikan.
Kejayaan membubarkan Malayan Union dan penu-
buhan Persekutuan Tanah Melayu adalah kejayaan besar
kepada orang Melayu dan ini adalah suatu rahmat kepada
generasi Melayu masa depan. W alaupun perlaksanaan Per-
sekutuan Tanah Melayu mendapat tentangan daripada be-
berapa pihak, rancangan perlaksanaannya tetap dapat
dijalankan dengan jayanya.

RINGKASAN PELAJARAN 4

1. Malayan Union merupakan satu bentuk pentad-


biran yang mengubah kedudukan Tanah Melayu
daripada status sebuah naungan Inggeris kepada
tanah jajahan.
2. Malayan Union dibentuk selepas mengambil kira
kepentingan Inggeris yang ingin memastikan
kepentingan mereka tidak terjejas.
3. Syarat-syarat Malayan Union seperti tindakan
untuk menghapuskan kuasa dan kedaulatan raja-
raja Melayu, kelonggaran syarat dalam pemberian
kew arganegaraan telah mendapat tentangan
daripada orang Melayu.

69
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

4. Tentangan orang Melayu telah diperlihatkan me-


lalui pembentukan Kongres Melayu SeMalaya
yang bertujuan untuk menyatupadukan per-
juangan orang Melayu.
5. Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Me-
layu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan sebagai
parti politik bagi menyusun gerakan untuk me-
nentang Malayan Union.
6. Tentangan kuat daripada orang Melayu telah me-
maksa Inggeris mengkaji semula Malayan Union
dan akhirnya pada 21 Januari 1948 Malayan
Union telah dibubarkan dan digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu.

SOALAN KENDIRI

1. Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union


berpunca daripada tindakan Inggeris melucutkan ke-
kuasaan raja-raja Melayu. Bincangkan.
2. Jelaskan secararingkas peruntukan yang terkandung
dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1948.

J
JAAW A P
JAW AN
PA

Soalan Perbincangan 1
Malayan Union diperkenalkan kerana
i
) Menjaga kepentingan dan pelaburan Inggerisdi Tanah
Melayu.
ii) Mendapatkan kesetiaan kaum pendatang dengan
melonggarkan pemberian hak kerakyatan.
iii) Memudahkan pentadbiran dan kecekapan pentadbiran.

70
R A N C A N G A N K E S AT UAN TA N A H M E L AYU (MALAYAN UNION)

Soalan Perbincangan 2
Antara peruntukan yang terkandung dalam Malayan Union
ialah kesemua negeri Melayu dan negeri Selat kecuali
Singapura akan digabungkan dan ditadbir oleh seorang
Gabenor British, kuasa sultan dikurangkan dan taraf ke-
rakyatan menjadi lebih longgar.

Soalan Kendiri 1
Penentangan orang Melayu berpunca daripada kesan perlak-
sanaan Malayan Union yang akan melucutkan kekuasaan
raja-raja Melayu. Di samping itu, tindakan penentangan
juga berpunca daripada perubahan mendadak yang diper-
kenalkan dalam pemberian kewarganegaraan, perlucutan
hak-hak istimewa orang Melayu, persetujuan sultan dengan
cara ugutan oleh MacMichael, kesedaran politik yang
semakin tinggi akibat pendudukan Jepun dan juga dido-
rong oleh sokongan pegawai Inggerisyang pernah bertugas
di Tanah Melayu yang turut menentang perlaksanaan
Malayan Union.

Soalan Kendiri 2
Antara peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah Kerajaan Perseku-
tuan akan ditadbir oleh seorang Pesuruhjaya Inggeris,
pembentukan Majlis Perundangan Persekutuan dan juga
syarat kewarganegaraan yang lebih ketat.

RUJUKAN

1. Ibrahim Mahmod 1981. Sejarah Perjuangan Bangsa


Melayu. Pustaka Antara.

2. Negara Kita: Sejarah Pentadbiran dan Dasar-dasar Pem-


bangunan 1982. INTAN.

71
P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

3. Lotfi Ismail 1975. Sejarah Malaysia 1400–1963. Utusan


Publications & Distributors.

4. Zainal Abidin b. Abd W ahid 1971. Sejarah Malaysia Se-


pintas Lalu.

5. Tan Ding Eing 1975. Sejarah Malaysia dan Singapura.


Fajar Bakti.

72

Anda mungkin juga menyukai