Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan

Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, kita telah mengalami perubahan yang pesat
dalam sistem pendidikan. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-dasar pendidikan
negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan
pelaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang sangat mencabar ini terutamanya dalam
bidang ekonomi, politik dan sosial.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.

(Falsafah Pendidikan
Kebangsaan)

Bersasarkan petikan di atas, ini jelas menunjukkan bahawa Falsafah pendidikan


kebangsaan berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan
bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi. Oleh itu, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari
yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di
samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru.

“Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan


generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan kewujudan
Sekolah Bestari sebagi satu daripada tujuh flagship application dalam projek Mega
Koridor Raya Multimedia”

(Ucapan Menteri Pendidikan


Malaysia)

Berdasarkan petikan di atas, pengwujudan sekolah bestari ini merupakan satu


daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. Hasrat dan
matlamat kerajaan Malaysia adalah menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan
pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari.

Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya.


Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi
menjamin setiap pelajar sama ada kuat atau lemah, kaya atau miskin dapat mencapai
potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran
yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem
pendidikan.

1
Terdapat tiga aspek penting dalam pelaksanaan Sekolah Bestari, pertama ialah
menyediakan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi komputer dan
alatan berkaitan, peralatan sidang video dan audio dan infrastruktur komunikasi. Perisian
akan mengandungi pemproses perkataan, spreedsheet, perisian penjaringan, perisian email,
browser, internet, alat pengarang dan perisian latihan.

Kedua ialah aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi
antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri
dengan persekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan rasa
tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan
dan peranan guru.

Ketiga ialah aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini dan mencukupi
perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan
pelbagai jenis pelajar. Bahan kursus perlu mempamerkan ciri-ciri seperti pukal disket yang
lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif pelajar dan mengandungi penilaian kendiri.

Projek Sekolah Bestari ini sebenarnya terbahagi kepada empat fasa utama. Dalam
fasa pertama (1996-2002), tumpuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah
melaksanakan Sekolah Bestari rintis. Fasa kedua (2003-2005), tumpuannya adalah
memantapkan konsep bestari sekolah rintis. Dalam fasa ketiga (2006-2010), tumpuan KPM
adalah untuk membestarikan semua sekolah, manakala dalam fasa keempat (2011-2010),
fokus KPM adalah memantapkan pembestarian sekolah tersebut.

Pada tahun 1999, terdapat 90 buah sekolah perintis yang melaksanakan konsep,
bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan teknologi Sekolah Bestari. Dokumen
dasar yang asal tentang Sekolah Bestari Malaysia ialah Smart Schools in Malaysia: A
Quantum Leap, yang disediakan pada Januari 1997. Dokumen ini ialah asas bagi dokumen
The Malaysian Smart School. A Conceptual Blueprint telah disediakan oleh Pasukan
Bertugas Bersama Industri Kementerian Pendidikan Malaysia. Konsep Sekolah Bestari yang
terkandung dalam dokumen The Malaysian Smart Schools: A Conceptual Blueprint
merupakan idea yang terus berkembang dan sentiasa terbuka kepada perubahan dan
kemajuan dalam pedagogi dan teknologi maklumat. Oleh itu, dokumen ini lebih bersifat
deskriptif dan perspektif.

Selain itu, Pasukan Petugas juga menyediakan dokumen The Malaysian Smart
School Implementation Plan yang menyediakan pelaksanaan sekolah-sekolah di seluruh
negara untuk menjadi Sekolah Bestari. Projek Sekolah Bestari telah menghasilkan lima
Concept Request for Proposal penyelesaian dalam bidang bahan pengajaran dan

2
pembelajaran, sistem penilaian, sistem pengurusan sekolah, infrastruktur teknologi dan
integrasi sistem. Kesemua ini telah dilancarkan serentak pada Julai 1997.

3
2.0 Konsep Sekolah Bestari

Sekolah Bestari merupakan sebuah institusi pembelajaran yang telah direka bentuk semula
secara sistematik dari segi proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan untuk
membantu pelajar menghadapi era maklumat. Sekolah Bestari berkembang dengan
pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap.

Ia berasaskan kepada konsep teknologi berhubung dengan mesin pintar (smart


machine) melalui pendekatan pengurusan bersepadu secara berpusat (centralized) dan
pengagihan kuasa pusat (decentralized). Dalam pengurusan pendidikan sekolah bestari ini
kedua-dua pendekatan ini digunakan secara serentak. Sekolah Bestari memberi penekanan
kepada perkembangan individu secara menyeluruh dengan memberi fokus bukan sahaja
kepada dominan intelektual tetapi juga dominan afektif. Justeru itu, teknologi terbaru
digunakan untuk memperkembangkan peranan pengajaran melampaui bilik darjah biasa,
mempertingkatkan kualiti pengajaran ke arah akses kendiri iaitu pembelajaran berpusatkan
pelajar dan mengikut kadar pembelajaran individu. Bilik darjah masih menjadi fokus
pengajaran terus di mana interaksi harian di antara guru dan pelajar lain akan terus menjadi
bahagian penting dalam Sekolah Bestari.

Selain itu, kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Ianya dirancang
supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global dan terbuka
berdasarkan matlamat. Ini menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak-kanak
maju mengikut tahap pencapaian masing-masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan
keperluan pelajar yang berbeza-beza. Kanak-kanak didik dengan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif, disemai dengan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan
berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari ini direka untuk membentuk pelajar mencapai
perkembangan yang seimbang.

Pelajar sebagai pembelajar yang aktif di Sekolah Bestari. Pembelajaran yang


berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu dan teknologi serta
menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai situasi. Sekolah
memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi baru.
Pelajar bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap
keputusan itu. Pelajar akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk
mencari dan mengumpul data. Pelajar akan dapat mencapai sumber tempatan, kebangsaan
dan global. Penjaringan melalu internet juga membolehkan interaksi antara pelajar dan guru-
guru yang lain serta orang ramai di seluruh dunia dilakukan.

4
Dunia pelajar akan diperluaskan melalui perhubungan, pendidikan dan sosial.
Pembelajaran yang bermakna ini dapat memupuk dan mempertingkatkan segala potensi
yang ada pada pelajar secara cekap, ekonomis dan berkesan dengan menggunakan daya
fikir, pengetahuan, kemahiran dan teknologi pendidikan era ini dan cabaran masa hadapan
memerlukan Sekolah Bestari sebagai wadah ke arah pencapaiannya

5
3.0 Objektif dan Matlamat Sekolah Bestari

Objektif dan matlamat utama Sekolah Bestari adalah memfokuskan kepada keperluan
membangunkan tenaga kerja mahir dalam era maklumat dan memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Sekolah Bestari bertujuan menyediakan tenaga kerja untuk
Malaysia sebagai negara industri pada abad ke-21. Ia dianggap sebagai aplikasi perdana
projek MSC, di mana diharapkan pelajar produk Sekolah Bestari mempunyai kemampuan
memperkembangkan Malaysia sebagai pusat teknologi dan telekomunikasi antarabangsa
bertaraf dunia. Graduan-graduan Sekolah Bestari menyumbang dalam aktiviti memindahkan
ilmu dalam pelbagai bidang. Semuanya bergantung kepada strategi yang disepadukan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merangkumi tujuan pendidikan di Malaysia secara


menyeluruh. Ia menyatakan bahawa pendidikan adalah satu usaha berterusan iaitu:

“Untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,


berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara”.

(Education in
Malaysia,1993)

Bagi mencapai hasrat ini, Kementerian Pendidikan mewujudkan Sekolah Bestari


supaya generasi yang dilahirkan dapat memenuhi hasrat dan aspirasi negara seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Oleh itu, secara keseluruhannya, objektif dan matlamat pelaksanaan Sekolah Bestari
adalah untuk mendemokrasikan pendidikan, melibatkan penglibatan pihak berkepentingan,
memastikan perkembangan menyeluruh individu, membangunkan murid yang seimbang dari
segi fizikal, mental, rohani dan emosi dan memberi peluang untuk meningkatkan kekuatan
dan keupayaan individu.

6
4.0 Perbezaan di antara Sekolah Bestari dengan Sekolah Biasa

Terdapat beberapa perbezaan utama di antara Sekolah Bestari dengan sekolah biasa.
Pertama, Sekolah Bestari dihubungkan melalui jaringan kawasan tempatan (LAN) untuk
berkongsi maklumat melalui teleconferencing, pangkalan data dan mel elektronik. Kedua,
Sekolah Bestari dihubungkan melalui jaringan kawasan luas (WAN) ke sekolah lain dan juga
organisasi daerah, negara dan dunia.

Selain itu, Sekolah Bestari dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan
pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi. Teknologi pengajaran bukan
sahaja melibatkan penggunaan alat-alat bantuan mengajar tetapi merangkumi semua proses
yang kompleks dan bersepadu yang berkaitan dengan pengajaran. Menurut Assosiation of
Educational Communications and Technology (AECT, 1979), teknologi pengajaran adalah
bersabit dengan proses dan sumber pembelajaran dari segi reka bentuk, pengembangan,
penggunaan, pengurusan dan penilaian (Seels and Richey, 1994).

Penerokaan atau pencarian maklumat dan pengetahuan baru tentang cara-cara


paling baik mereka bentuk sistem pengajaran atau bahan-bahan pengajaran dapat diterokai
melalui teknologi pengajaran. Teknologi pengajaran merupakan sebahagian daripada
teknologi pendidikan yang mementingkan penggunaan proses saintifik dalam pengalaman
pembelajaran (AECT, 1979).

7
5.0 Komponen Sekolah Bestari

Terdapat lima komponen utama Sekolah Bestari iaitu:

5.1 Pengajaran dan Pembelajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tunjang (core) atau jantung kepada
Sekolah Bestari. Proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, penilaian, bahan pengajaran
dan pembelajaran yang disediakan adalah untuk meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan murid belajar. Konsep yang diketengahkan adalah bertujuan sebagai
pemudah untuk murid melakukan akses kendiri, terarah kendiri dan kadar kendiri.

5.2 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah ‘pemandu’ atau ‘otak’ kepada Sekolah Bestari
yang dilaksanakan dengan bantuan elektronik. Software dalam pengurusan dilihat dapat
membantu pihak pentadbir sekolah mengurus sumber dan proses yang menyokong fungsi
pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan berkesan.

5.3 Sumber Manusia

Sumber manusia adalah merujuk kepada kepakaran dan tanggungjawab pihak


berkepentingan untuk memainkan peranan lebih banyak dalam meningkatkan prestasi
sekolah. Pihak berkepentingan tersebut termasuk ibu bapa, komuniti, sektor swasta dan
sebagainya. Semua pihak tersebut perlu terlibat secara berterusan dalam pembangunan
profesional dan pengetahuan dalam pengurusan, pengajaran dan pembelajaran dan aspek-
aspek lain Sekolah Bestari.

5.4 Teknologi

Teknologi digunakan sebagai peningkatan kemajuan dan pemikiran Sekolah Bestari seperti
pengajaran-pembelajaran, pengurusan dan perhubungan dengan pihak luar.

5.5 Dasar

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Sekolah Bestari, dasar dan peraturan yang sedia
ada perlu diubah. Ada kemungkinan besar, dasar dan peraturan baru perlu digubal semula.

6.0 Kemahiran dan Pengetahuan yang Perlu Ada Pada Guru Dalam Era Millennium
Untuk Memainkan Peranan Efektif Dalam Pendidikan Sekolah Bestari

8
Sekolah Bestari bergantung kepada guru bestari. Sumbangan yang amat besar dapat
diberikan kepada kebestarian pembangunan masyarakat dan negara melalui kejayaan guru
dalam mendidik dan melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi keilmuan, kepimpinan,
sahsiah dan kreativiti yang melangkaui zaman. Guru bukan sahaja seorang yang perlu
mengorbankan masa dan tenaga tetapi juga meluangkan sedikit masa kepada diri untuk
memperkembangkan dan meningkatkan kemahiran serta ilmu dirinya. Guru adalah tonggak
kepada sistem pendidikan dan juga merupakan agen perubahan dalam sistem pendidikan.

Oleh itu, sebelum negara dapat melahirkan generasi yang bestari, guru itu sendiri
perlu membestarikan diri mereka. Antara pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi
seseorang guru dalam era kini, untuk menjadikan diri sebagai contoh yang berkesan dalam
pendidikan sekolah bestari ialah seorang guru yang bermaklumat dan mengetahui
perkembangan terkini. Guru yang bermaklumat adalah guru yang sentiasa melayari internet
bagi mendapatkan idea-idea pedagogi sesama seperti pengajaran kontekstual, kontruktisme,
pengajaran masteri, pembelajaran akses kendiri dan pembelajaran masa depan dan juga
guru yang sentiasa mendapatkan maklumat dalam bentuk fakta terkini. Guru perlulah
mempelbagaikan corak dan cara pengajaran sesuai mengikut kehendak pelajar yang
mempunyai kecerdasan yang pelbagai.

Selain itu, guru bestari juga perlu menghasilkan modul-modul terkini dan selaras
dengan kemampuan pencapaian tahap pelajar. Apabila seseorang guru bestari itu
mempunyai maklumat dan mengetahui perkembangan terkini, mereka mampu berkongsi
maklumat dan menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada dalam menyampaikan matlamat
pengajaran. Guru itu juga perlu mengubahsuai modul-modul yang sedia ada bagi
meningkatkan lagi tahap pencapaian dan kemampuan berfikir para pelajar dengan
menambahkan beberapa keperluan penting dalam modul-modul itu.

Guru bestari juga perlu berkemampuan dalam mengawal proses pembelajaran


mengikut kebolehan dan pencapaian mereka tanpa pelajar merasa jemu dan mereka
sentiasa bermotivasi tinggi untuk mencapai tahap yang ditetapkan. Setiap pelajar dianggap
mampu mencapai tahap yang mereka tetapkan mengikut masa yang ditentukan oleh mereka
sendiri. Seterusnya, guru yang sentiasa bermaklumat dan kemas kini sentiasa satu langkah
ke hadapan dalam menguasai teknologi maklumat yang terkini serta mampu
menghebahkannya dalam kalangan rakan sejawat supaya ilmu dan kemahiran dapat
dikongsi bagi memartabatkan lagi profesion perguruan di mata masyarakat.

Untuk menjadi seorang guru bestari yang baik, mereka perlulah sentiasa bertenaga
dan bersikap positif. Bertenaga dalam konteks fizikal ialah sentiasa cergas dalam tindakan,

9
pergerakan dan berfikir, dan juga menjaga tahap kesihatan diri dalam keadaan yang baik.
Mereka juga tidak kenal dengan erti jemu dan sentisa berfikiran positif, proaktif dan inovatif.
Bertenaga dalam konteks pedagogi ialah penyampaian dan kaedah pengajaran. Guru
bestari sentiasa menggunakan modul-modul terkini dan mempunyai kepelbagaian yang
dapat menarik minat serta meningkatkan tahap pencapaian semua pelajar mereka pada
tahap yang ditetapkan.

Guru bestari juga sentiasa mengutamakan pengajaran dan pembelajaran


berpusatkan kepada pelajar serta berasaskan kepada pembelajaran aktif dan meletakkan
motivasi belajarnya pada tahap yang tinggi . Pelajar-pelajar mereka sentiasa cergas dan
proaktif serta ceria dalam melaksanakan semua tugasan di samping menekankan
penerapan nilai-nilai murni yang dapat membentuk sikap, mementingkan kecemerlangan
bersama dan semangat setia kawan yang tinggi. Guru bestari sentiasa memandang pelajar
sebagai seorang pelajar yang berpotensi tinggi yang boleh dikembangkan lagi tahap
pencapaian mereka dengan sebaik mungkin. Seorang guru bestari juga tidak perlu
memandang rendah dan remeh terhadap potensi pelajar mereka dan jangan pula sesekali
menidakkan kebolehan dan idea-idea mereka.

Guru bestari juga perlu sentiasa meningkatkan semangat dan daya juang yang tinggi
dan keyakinan yang tinggi dalam diri pelajar supaya pelajar sentiasa menyedari akan
kebolehan dan kemampuan dalam menyelesaikan masalah dengan kreatif. Guru yang
inovatif berkemampuan untuk menukarkan isi kandungan buku teks kepada bahan digital
yang menarik dan interaktif. Bahan-bahan animasi yang berwarna-warni boleh diperolehi
daripada internet. Selain itu, kamera digital juga boleh digunakan untuk menghasilkan Big
Book dalam bentuk persembahan powerpoint ketika mengajar dan membina soalan interaktif
seperti mengisi tempat kosong, memadankan kata serta soalan aneka pilihan.

Selain itu, guru bestari juga perlu sentiasa bersifat penyayang. Mereka melihat
pelajar sebagai satu aset negara yang paling berharga dan perlu digilap dengan penuh rasa
tanggungjawab dan penuh keyakinan supaya mereka dapat menjadi warganegara yang
berjaya dan menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan negara ke arah menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Guru bestari yang
bersifat penyayang akan menjadi pembimbing dan pemudah cara dalam menangani
sebarang masalah pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap masalah yang
diutarakan oleh pelajar mereka sama ada masalah akademik atau peribadi akan ditangani
oleh guru dengan sebaik mungkin tanpa menganggap itu sebagai satu beban malah
menganggap ini sebagai satu peluang untuk memberikan jalan yang terbaik dan berkongsi
idea bersama para pelajar dan secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada
pelajar supaya dapat menyelesaikan masalah itu sendiri.

10
Guru bestari perlu sentiasa menyedari dan memahami aspirasi negara dalam
melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan pekerja-pekerja yang
mahir, sesuai dengan tuntutan negara pada era ini. Guru bestari akan menerima segala
amanah yang diberikan dalam membentuk pelajar yang cemerlang sebagai satu agenda
yang utama. Guru akan sentiasa berfikiran kritis dan kreatif bagi merangsang pelajar supaya
menggunakan segala kebolehan serta meningkatkan potensi pelajar ke arah yang lebih baik
dalam menghasilkan pekerja-pekerja yang cemerlang dan berketerampilan.

Dengan menumpukan kepada perkembangan individu, guru digalakkan untuk


membina kemahiran sosial pelajar dan juga menerap nilai moral dan etika yang baik serta
nilai profesionalisme yang tinggi. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran digunakan
di Sekolah Bestari. Antaranya, ialah strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti
perbincangan dengan rakan jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai
sumber maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan dapatan. Interaksi pelajar
dan guru sama ada dalam kumpulan kecil atau individu masih menjadi sebahagian daripada
kursus pengajaran dan pembelajaran.

7.0 Peranan Guru, Pelajar dan Ibu Bapa Dalam Mencapai Objektif dan Matlamat
Sekolah Bestari

Guru berperanan sebagai pembimbing di sisi para pelajar dalam memberikan


sokongan psikologi dan galakan. Guru akan bertanggungjawab menyediakan suasana yang
menggalakkan pembelajaran ke arah kendiri yang kreatif dan berdikari. Guru akan

11
mengenalpasti matlamat mendefinisikan halatuju bagi pelajarnya, memandu kemajuan ke
arah matlamat tersebut dan membenarkan pelajar belajar dengan kadar tersendiri. Pelajar
juga akan mendapat perhatian secara individu daripada guru. Komputer akan mengambil
alih rutin dan penyampaian maklumat dan membebaskan guru daripada tugasan yang
remeh supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap aspek pendidikan yang
bersifat kemanusiaan.

Sebagai seorang guru bestari, mereka perlu menukar peranan di dalam bilik darjah
elektronik, daripada menjadi pembekal maklumat bertukar kepada fasilitator untuk
mendorong pelajar-pelajar mengembangkan pengetahuan dan daya pemikiran mereka
dalam memilih sumber-sumber maklumat yang baik. Mereka perlu berperanan dan menjadi
seorang pemimpin yang konstruktivis di mana guru itu menggalakkan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar dan pencetus pemikiran pelajar. Dengan itu, kita dapat melahirkan
pelajar yang berdikari dan juga berfikiran kritis dan kreatif. Guru itu juga perlu menjadi
pemimpin yang inovatif dan kreatif dengan mendalami ilmu dan mahir menggunakan
pelbagai strategi untuk menampung keperluan pelajar yang berbeza dari segi kepentingan
gaya pembelajaran. Ini penting kerana dapat membantu pelajar yang mempunyai tahap
pemahaman dan kecerdasan yang berbeza.

Seterusnya, guru itu juga perlu mahir menggunakan teknologi multimedia. Teknologi
pada era ini sentiasa berkembang, maka guru dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti
perkembangan teknologi tersebut dan mempelajarinya. Dengan itu, idea-idea baru sentiasa
dapat dihasilkan dari semasa ke semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
itu juga perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Ini penting bagi memudahkan
cara penyampaian dan maklumat yang akan disampaikan akan diterima dengan jayanya.
Penguasaan ilmu yang mantap adalah penting terutamanya dalam subjek yang diajar. Ini
juga adalah salah satu pra syarat dalam menjadi seorang guru di Sekolah Bestari.
Penguasaan ilmu ini penting supaya guru dapat menyampaikan pengajaran dengan
sempurna dan tidak terkial-kial apabila pelajar menanyakan soalan. Bagi mencapai matlamat
Sekolah Bestari, seseorang guru itu juga perlu menerapkan nilai yang boleh membawa
perhubungan ilmu yang diajar dari aspek nilai murni. Penerapan nilai murni boleh dilakukan
dengan menjadikan seorang guru itu sebagai role model atau contoh yang baik kepada
pelajar.

Penanda aras sesuatu kejayaan dalam pembestarian sekolah adalah pelajar itu
sendiri. Kebolehan pelajar membuat pilihan dan menyesuaikan diri dengan sistem
pendidikan yang kurikulumnya menekankan kepada penggunaan ICT dan para pelajar dapat
belajar bagaimana belajar dengan menggunakan segala kemudahan yang disediakan.
Pelajar harus dapat merasai bahawa komputer telah memudahkan pemahamannya dalam

12
konsep-konsep yang susah difahami sebelum ini. Pelajar juga boleh meningkatkan
kemahiran dan kemampuan mereka dalam ICT daripada sumber-sumber luar seperti di
rumah. Namun, tidak dinafikan bahawa akan ada pelajar yang akan ketinggalan kerana tidak
mempunyai kemudahan di rumah. Selain itu, pelajar itu juga perlu sentiasa mengaplikasikan
ilmu ICT yang dipelajari supaya tidak lagi kekok mengaplikasikannya pada masa hadapan.
Dengan itu, pendidikan yang berterusan dapat dicapai. Pelajar itu juga boleh menggunakan
kemudahan internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru, selain dapat
membuat persembahan dengan menggunakan powerpoint sebagai alat dalam membantu
pembelajaran.

Dalam mencapai matlamat Sekolah Bestari, ibu bapa juga turut memainkan
peranannya yang tersendiri. Ibu bapa harus membantu pendidikan anak mereka dan
mengambil tahu pelbagai aktiviti yang diceburi oleh anak mereka di sekolah. Ibu bapa
seharusnya lebih peka terhadap keperluan semasa pendidikan anak-anak mereka agar
kejayaan dapat dicapai. Kepekaan ini mampu menyediakan anak-anak mereka untuk
bersaing dalam era globalisasi. Ibu bapa juga boleh membina hubungan dengan pihak
sekolah dengan mengikuti segala perkembangan yang berlaku di sekolah seperti anak
mereka diajar tentang cara menggunakan komputer. Secara tidak langsung, mereka juga
boleh turut mempelajari cara menggunakan IT. Ibu bapa juga boleh menyediakan
kemudahan komputer di rumah supaya pelajar dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari di
sekolah dapat dipraktiskan di rumah. Ibu bapa juga tidak perlu malu dan turut serta dalam
menerokai ilmu baru.

8.0 Faedah Penubuhan Sekolah Bestari

Antara faedah yang dapat diperolehi melalui penubuhan sekolah bestari ini ialah
dapat membantu guru dalam meningkatkan kualiti dalam pentadbiran seperti membuat rekod
pengajaran seharian. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru,
contohnya guru boleh membina blog untuk membantu proses pengajaran. Seterusnya, guru
dan pelajar juga boleh berdiskusi dalam jarak jauh. Contohnya, melalui sesi soal jawab

13
dalam menyelesaikan masalah dengan pelajarnya. Kebaikan bagi pelajar pula, mereka boleh
menggunakan komputer dengan sebaik mungkin dan membuat tugasan dengan
menggunakan program yang terdapat di dalam komputer. Pelajar juga boleh mencari
maklumat tentang sesuatu subjek, contohnya mencari gambar tentang sesuatu peristiwa
yang berlaku pada zaman perang dunia kedua. Ini dapat membantu pelajar memahami
peristiwa itu. Pelajar juga boleh meningkatkan kemahiran menggunakan komputer. Dengan
adanya internet, pelajar boleh memuat turun nota-nota atau tugasan yang diberikan oleh
guru untuk subjek itu. Contohnya melalui e-learning. Penggunaan ICT juga dapat
merangsang minat pelajar untuk belajar.

9.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Sekolah Bestari akan membantu negara melonjak ke zaman


maklumat dengan membekalkan pendidikan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan
masa depan negara. Perkembangan Sekolah Bestari juga telah menjadi satu aliran dalam
perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di
Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah yang dapat melahirkan pelajar-pelajar

14
yang cerdik dan berpengetahuan serta dijangka dapat bersaing apabila menghadapi
wawasan 2020.

Pelaksanaan Sekolah Bestari ini penting kepada negara Malaysia seiring dengan
hasrat menjayakan pemindahan teknologi di Multimedia Super Corridor (MSC) serta
menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan bertaraf dunia. Selain itu, pelaksanaan
Sekolah Bestari ini diharapkan dapat menjadikan Malaysia sebagai pusat perhubungan dan
telekomunikasi antarabangsa dan model kecemerlangan pendidikan serantau.

Kejayaan dalam melaksanakan Sekolah Bestari ini sebenarnya bergantung kepada


beberapa perkara seperti komitmen sekolah dalam membuat anjakan paradigma dalam
budaya dan proses kerja kini, sokongan daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa pelajar,
polisi atau dasar, norma dan panduan yang sesuai bagi menyokong sekolah. Amalan-
amalan pentadbiran yang cekap dan berkesan di setiap sekolah, agihan teknologi maklumat
(IT) yang mencukupi juga membolehkan Sekolah Bestari berfungsi dengan baik.

Bibliografi

Definisi Bestari. Diperoleh pada Julai 25, 2009 daripada


http://bestariipsmb.blogspot.com/2008/04/definisi-bestari.html

EseiTK3 DG44. Diperoleh pada Julai 21, 2009 daripada


http://www.scribd.com/doc/2180417/EseiTK3-DG44

Konsep Sekolah Bestari. Diperoleh pada Julai 19, 2009 daripada


http://bitara.tripod.com/konsep/

15
Memanfaatkan ICT di Sekolah Bestari. Diperoleh pada Julai 22, 2009 daripada
http://www.aspirasidigital.net.my/inittemplate03.asp?newsID=16&tt=news

Penggunaan teknologi dalam pendidikan. Diperoleh pada Julai 19, 2009 daripada
http://www.slideshare.net/norfariszam/penggunaan-teknologi-dalam-pendidikan-
1335310

Peranan pihak pengurusan dan pusat sumber kearah bembestarian sekolah. Diperoleh pada
Julai 21,2009 daripada http://www.scribd.com/doc/7932349/Peranan-Pihak-Pen-
Gurus-An-Dan-Pusat-Sumber-Ke-Arah-Pembestarian-Pendidikan

Persepsi guru terhadap kepimpinan pengetua : implikasi dalam pengurusan sekolah bestari.
Diperoleh pada Julai 23, 2009 daripada
http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/41/E/JTDIS41E2.pdf
Report kaedah penyelidikan. Diperoleh pada Julai 19, 2009 daripada
http://www.scribd.com/doc/11531549/REPORT-Kaedah-Penyelidikan

Sejarah Sekolah Bestari. Diperoleh pada Julai 20, 2009 daripada


http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/informasi/soalan_lazim/sejarah_bestari

Sekolah Bestari. Diperoleh pada Julai 20, 2009 daripada


http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_bestari

Sekolah Bestari. Diperoleh pada Julai 24, 2009 daripada


http://www.geocities.com/kulanz_salleh/article/umum/sekolah_bestari.htm

Sekolah Bestari. Diperoleh pada Julai 24, 2009 daripada


http://malaysiakita.tripod.com/bestari.html

Sekolah Bestari konsep dan matlamat. Diperoleh pada Julai 24, 2009 daripada
http://www.geocities.com/fmurni/skbestari.html

Sekolah Bestari. Konsep dan matlamat. Diperoleh pada Julai 24, 2009 daripada
http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/sekolah-bestari-konsep-dan-matlamat.html

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu. Diperoleh pada Julai 22, 2009 daripada
http://www.smksgpusu.net/bestari/konsep.htm

16

Anda mungkin juga menyukai