Anda di halaman 1dari 10

PENGARUH GAYA DAN WIRA DALAM SENI TAMPAK

BAHAGIAN I

Dalam menilai kembali hasil lukisan yang telah siap, perbincangan dapat

diteruskan bagi mencari kesinambungan idea dan gagasan. Usaha ini boleh

membantu semua pihak untuk kembali menyegarkan nilai apresiasi maupun

kritikan. Antara hipotesis kritikan seni yang disarankan oleh Edmund Burke

Feldman dalam buku beliau, ‘Practical Art Criticism’ (1994:33) antaranya; apabila

sesebuah hasil lukisan atau sebarang karya seni tampak selesai disempurnakan

sama ada sebelum atau selepas pameran, persoalan yang ditimbulkan apakah

yang boleh menjadi tarikan dalam karya tersebut? Apakah yang boleh dirasai

dari karya tersebut? Persoalan-persoalan ini mencabar artis untuk melakukan

sesuatu yang lebih kreatif. Kreativiti meletakkan tahap, sejauhmanakah

kepekaan yang ada di sekeliling dapat digunakan bagi menonjolkan daya tarikan

dan menyentuh rasa seni di mata khalayak? Persoalan ini menyedarkan artis

untuk persiapan bagi menghasilkan karya-karya akan datang. Persoalan ini juga

boleh dijadikan kayu ukur bagi artis mendapatkan respon daripada khalayak

hasil dari pameran yang sudah berlangsung.

Apabila menilai kembali dua persoalan di atas iaitu daya tarikan dan apakah

yang dapat dirasai dari karya tersebut, dua isu ini boleh dikaitkan dengan

beberapa perkara lain. Selain pengalaman seni, kualiti keyakinan, ada perkara

lain iaitu mutu pencapaian teknikal dalam penggunaan bahan dan akhirnya yang

penting iaitu gaya yang dibawa oleh artis.

M uka Surat 1
Kenapa gaya itu dianggap lebih penting? Jawapannya kerana aspek teknikal

dan penggunaan bahan mendahului di peringkat awal berkarya dan manipulasi

boleh terjadi melalui keterikutan pengaruh artis-artis yang mendahului teknik dan

bahan itu. Akhirnya gaya menyempurnakan keseluruhan, melengkapi pakej imej,

identiti dan penonjolan seseorang artis itu secara berperingkat bagi menjadikan

sesuatu karya itu ada kesan tarikan yang dapat dirasaikan oleh “jauhari yang

mengenal manikam”

Gaya boleh ditiru tetapi tidak menyerupai yang asal dari pelopornya. Dari

gaya juga lahirnya pengikut, pergerakan, ideologi, isme dan akhirnya gaya juga

mengegarkan perkembangan seni tampak.

Setiap gaya yang dilahirkan oleh ramai artis melalui satu penglibatan yang

bersambungan, melibatkan perkembangan perwatakan. Memetik kata-kata

Sulaiman Esa dalam kritikannya mengenai pameran “Pelukis-pelukis Muda

Sezaman 1974”, beliau mengambil contoh penglibatan pelukis Dzulkifli Dahlan;

Penglibatan Dzulkifli Dahlan sejak 3 tahun yang lalu adalah pada saya satu penglibatan yang

bersambungan dan amat menyegarkan sekali. Terdapat satu pergerakan yang lambat, tetapi

yang lebih tetap dan ia akan membawa ke arah perkembangan perwatakan seniman.

Penglibatan Dzulkifli dalam esel-painting dan imej-imej personal yang ditonjolkan itu nampaknya

mencabar semua yang selalu mengulang-ulangkan klise-klise bahawa lukisan sudah mati!

(1999:119)

Muka Surat 2
Mohon kebenaran memetik sebahagian perenggan dari Imbasan Bakat Muda Sezaman 1974-

1997. Disumbang oleh para penulis Syed Ahmad Jamal, Sulaiman Esa, Zainal Abidin Ahmad

Shariff, Redza Piyadasa. Terbitan Balai Seni Lukis Negara1999. ISBN 983-9572-29

Menurut pandangan Sulaiman Esa segala rentetan dan penglibatan yang

dilalui oleh artis sepanjang berkarya akan menempuh ketegangan, menjadi

serius dan mematangkan artis untuk meneruskan kelangsungan keyakinan

dalam pegangan artistik. Semua rentetan itu adalah masalah yang tidak akan

datang sekiranya pelukis tidak membenarkan satu masa yang cukup untuk

mereka bergelut dengan masalah itu.

Apabila memperkatakan gaya atau stail akan dikaitkan dengan perasaan artis

yang inginkan kebebasan diluahkan sepenuhnya. Gaya boleh menjadikan artis

itu seorang wira. Keadaan seperti ini pernah berlaku apabila seorang artis atau

sekumpulan artis yang mendapat taraf wira apabila mereka menentang

kebiasaan dan konvensi dan terus berjuang untuk mencipta satu stail seni yang

baru.

Perjuangan menegakkan gaya dalam hasil seni tampak boleh dilihat sebagai

suatu asas pegangan yang berbalik pada lumrah. Seni secara lumrahnya adalah

curahan hati, cantuman akal dan budi, ia perlu berdiri sendiri dan curahan

perasaan inilah dihebahkan kepada umum secara terbuka supaya masyarakat

dapat berkongsi idea mereka dan inilah yang menimbulkan gagasan bahawa

seorang artis itu diangkat menjadi seorang wira dengan gaya tersendiri.

Muka Surat 3
Hasil gayanya unik, bukan tempelan, bukan berpura-pura, bukan bermusim

yang kemuncaknya “jauhari” yang mengenal sama ada gayanya asli atau palsu.

Sebenarnya dalam memperkatakan perihal gaya dalam seni tampak, tiada

sebarang doktrin yang tetap dalam setiap aliran yang dikaji. Kebenaran fahaman

doktrin berada dalam diri seseorang itu. Realiti pengenalan diri bukan berada di

alam nyata, terawang-awang bersama fantasi yang logik tetapi terletak dalam diri

seseorang itu bagaimana untuk menghasilkan lukisan dan kehidupan. Walaupun

terdapat persamaan bentuk dan teknik, artis dengan sikap individu yang timbul

dari perasaan sayang diri boleh menghasilkan karya yang berlainan. Dengan

tiada kongkongan, artis lebih bebas untuk menggunakan bahan dan teknik, isi

kandungan mungkin pelbagai seperti menggambarkan peristiwa sejarah, figura,

alam benda dan juga perkembangan genre moden pada masa itu bersama daya

imiginasi mimpi dalam catan.

Perasaan sayang diri ini sebenarnya timbul daripada pengalaman hidup

seseorang dan pegangannya terhadap satu-satu falsafah hidup yang dengan

beraninya meluahkan mengikut isi hati, maka terhasillah pelbagai gaya yang

dilihat sama tetapi tidak serupa. Dari gaya itu ada artis yang rebah dan ada yang

bangkit menjadi wira sepanjang zaman.

Muka Surat 4
Gaya lukisan Abstrak Ekspresionisme dalam karya ini menarik tumpuan
pemerhati pada mainan warna yang memberi kesan ekspresif kepada minda,
emosi dan psikologi. Bahasa visual yang tersirat itu mengajak minda audien
mentafsir dari persepsi dan perspektif yang meluas.

Gaya ini mengangkat peribadi seniman yang bebas dan spontan bermain
warna dalam komposisi yang tidak terikat. Secara langsung imej dan identiti
yang tersendiri dan unik itu menjadi salutan rasmi seniman dalam gayanya
sebagai perjuangan dalam seni tampak.

Sharifah Fatimah Zubir.


Tajuk : Senjakala 3
Bahan : Akrilik
Tahun : 1997
Saiz : 38 cm x 29 cm

Muka Surat 5
Mohon keizinan memperagakan karya di atas bertujuan menceliksenikan
masyarakat dan memartabatkan karya dan senimannya sebagai khazanah
budaya bangsa.

Karya di atas dipetik dari Alam, Seni dan Perjalanan 1997.


Penyelaras Penerbitan: Baha Zain, Dr. Zakaria Ali, Nur Hanim Khairuddinn,
Sharifah Zuriah Aljeffri, Rosihan Juara.
Diterbitkan oleh: Yayasan Kesenian Perak, Tingkat 3, Wisma Yayasan Perak, No.
111, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak.
No. ISBN: 983-101-005-1

BAHAGIAN II

Dalam perbincangan Bahagian II, berhubung pengaruh gaya dalam seni


tampak fokus pada zaman Romantisme. Gaya yang begitu kuat pengaruhnya
dalam seni lukis ketika zaman Romantisme telah menjadikan perasaan sayang
diri itu kadangkala tarafnya ditingkatkan menjadi wira. Status wira itu dimiliki
dengan perjuangan mengangkat martabat seni dan seniman yang meneruskan
reformasi gaya dalam seni lukis dianggap wira mengatasi zaman. Tarafnya
meningkat menjadi wira yang menentang kebiasaan konvensi sehingga tercipta
satu stail seni yang baru.

Romantisme jauh terkeluar daripada masa dan ruang. Di England, Perancis,


Jerman dan Amerima, benih Romantisme telah ditanam pada abad ke-18.
Tekanan yang kuat dalam perasaan perseorangan terbukti dalam karya-karya
seperti novel, catan dan muzik. Aliran Romantisme pada abad ke-18
memperjuangkan persamaan hak, kebebasan berfikir dan kebebasan hidup
manusia daripada kongkongan undang-undang yang melampau.

Romantisme mengatakan bahawa seni harus dapat menimbulkan emosi,


merangsang minda dan penentangan terhadap nilai konvensi perlu diubah
supaya tidak statik. Bentuk-bentuk seni yang umum telah dipinjam dari arca
Greco-Roman perlu diubahsuai. Penentangan pada warna sebagai gerakan
ekspresif adalah tentangan terhadap kuasa. Romantisme merasakan bahawa
suatu kemestian untuk seniman berfikir dan bertindak melebihi sempadan idea
logikal. Revolusi Perancis telah menunjukkan kuasa yang keterlaluan dan
peluang yang penting ini digunakan dalam perjuangan seni bagi melawan
pengaruh kekuasaan yang melampau.

Muka Surat 6
Estetika Romantisme ialah pemberontakan terhadap kongkongan peraturan
dan undang-undang yang melampau dan tidak relevan dengan keadaan
semasa. Seniman mulai berkarya dengan gambaran realiti mengikut kehendak
hati yang timbul dari perasaan sayangkan diri. Mereka berpendapat seni mesti
bebas tanpa kongkongan. Mereka merintis jalan baru ke arah estetika baru, rasa
baru dan idea baru. Mereka membuat interpretasi yang baru dan sindiran
diluahkan dalam karya terhadap kejadian semasa. Demi sayangkan diri dan
sayangkan orang lain, suatu perubahan dalam gaya patut diperjuangkan.

Seniman Romantisme memandang seseorang individu itu sebagai insan yang


bertanggungjawab untuk menentukan nasib untungnya sendiri. Perasaan sayang
diri itu dijadikan pedoman untuk meluahkan rasa hati yang terpendam. Tidak ada
lagi ikatan dengan teknik-teknik tertentu atau memenuhi kehendak pemimpin
tertentu atau patron yang mengawal nilai dan mutu seni.

Seni adalah curahan hati, cantuman akal dan budi yang perlu berdiri sendiri.
Menghebahkan idea secara terbuka kepada umum supaya masyarakat dapat
berkongsi dan gagasan ini telah mengangkat seorang seniman itu sebagai wira.

Karya Delacroix “Liberty Leading the People” pada tahun 1830 adalah contoh
suasana yang menuntut kebebasan. Figura seorang wanita yang memegang
bendera dan memimpin orang lain dalam satu pemberontakan. Watak-watak
yang dilukis merangkumi semua lapisan masyarakat. Figura wanita, budak,
golongan pekerja termasuk puak borjuis. Imej yang tersirat dalam karya
Delacroix ingin melepaskan ketidakpuasan terhadap sesuatu. Mungkin
kongkongan tradisi atau suatu luahan perasaan yang takut kepada suasana
revolusi.

Muka Surat 7
Karya Eugene Delacroix
Tajuk: Liberty Leading the People
Tahun: 1830 (28 Julai 1830)
Bahan: Cat Minyak atas kanvas

Figura wanita dilihat sebagat watak memimpin diletakkan pada titik fokus,
melambangkan diri yang inginkan kebebasan. Watak wanita bertentangan
dengan sifat kelakian. Niat tersirat Delacroix untuk menunjukkan bahawa yang
lemah itu sebenarnya adalah kuat. Watak budak yang memegang pistol sebagai
lambang seorang rakyat biasa yang lemah dan tidak matang, dipergunakan oleh
pihak berkuasa. Golongan borjuis turut serta dalam pemberontakan untuk
menyokong golongan bawahan sebagai gambaran iaitu bukan semua puak
borjuis itu penindas dan jahat.

Delacroix menggunakan warna-warna terang dan kesan berus yang jelas


untuk menimbulkan mood sebagai ekspresif emosi bagi membebaskan diri dari
kongkongan peraturan, akta dan undang-undang zalim.

Muka Surat 8
Dalam karya beliau seterusnya, “The Death of Sardanapalus” hasilan tahun 1827
menunjukan watak gundik-gundik yang dibunuh setelah nafsu dipenuhi bagi
tujuan mengheret emosi geram, marah pemerhati untuk turut merasai simpati.
Kemungkinan ini menunjukkan perasaan yang terpendam di hati Delacroix
sendiri. Secara bebasnya Delacroix meluahkan segala emosi melalui karya-
karyanya yang menjadi satu stail baru dan idea baru baginya untuk keluar dari
karya-karya yang terikat dengan konvensi.

Karya Eugene Delacroix


Tajuk: The Death of Sardanapalus
Tahun: 1827
Bahan: Cat minyak atas kanvas

Muka Surat 9
KESIMPULAN

Sesungguhnya reformasi gaya dalam seni tampak membuka minda


masyarakat. Reformasi itu dalam bahasa seni tampak tidak seharusnya ada
kongkongan yang menjadikan artis dan khalayak beku mindanya dan menjadi
pak turut sepanjang zaman. Aturan dan asas-asas seni itu disemai pada
peringkat akademik dan menjadi panduan sahaja tetapi tidak seharusnya
menjadi hukum dan sesudah itu asas-asas ini disuburkan melalui daya kreativiti
artis. Ketika ini akan lahir gaya masing-masing dan menjadi corak baru.
Segalanya bermula dari sayangkan diri, sama ada artis itu menyuburkan asas-
asas seni mengikut acuannya sendiri dengan berjiwa bebas atau terkongkong
minda dan perlakuannya akibat hilang rasa sayang diri.

Muka Surat 10