Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, pergerakan asas terdiri daripada tiga komponen utama iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulatif alatan. Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain manakala pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Manipulatif alatan menekankan kepada cara untuk menggayakan atau menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk sesuatu gerakan. Secara tidak langsung, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor sangat penting kerana ia mempengaruhi pelbagai perkembangan daripada beberapa aspek dalam kehidupan kanak-kanak. Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan kanak-kanak menjadi sihat. Secara tidak langsung, otak kanak-kanak juga akan menjadi lebih cerdas. Selain itu, aktiviti pergerakan juga dapat membantu dari segi aspek sosial kanak-kanak di mana mereka akan berasa seronok dalam melakukan sesuatu pergerakan. Secara tidak langsung, aktiviti pergerakan akan memupuk sifat keyakinan diri, kepimpinan dan toleransi dalam diri mereka. Dari aspek emosi pula, melalui pembelajaran pergerakan yang mencabar dan seronok akan menjadikan kanak-kanak riang dan aktif di mana mereka akan sentiasa berfikiran terbuka dan optimistik. Oleh itu, semua pihak seperti sekolah, ibu bapa dan masyarakat harus memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pergerakan yang mencabar dan sesuai dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang suka meneroka sesuatu yang baru.