Anda di halaman 1dari 4

Kanak-kanak mengalami tekanan emosi mungkin kerasa dia kurang selesa di tadikaatau disekolahnya.

Pengasuh atau guru yang tidak memahami masalah kanak-kanak inimungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan perhatian, sokongan danbimbingan. Dalam usaha mendapatkan perhatian kanakkanak ini mungkin menjadihiperaktif, sering mengacau kanak-kanak lain dan tingkah lakunya ini mungkin akanmenjejaskan program-program yang telah diaturkan di tadika atau di kelas. Kanak-kanak sebegini perlu mendapat penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti cirri-ciri kelemahandan kekuatan yang dimilkinya.Program pembelajaran juga harus disesuaikan kepada semua kanak-kanak.Umpamanya program yang menekankan aspek-aspek membina keyakinan diri, danpergaulan sosial supaya dia dapat berhubung dengan kanak-kanak lainsecara lebih cepat.Adakalanya kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran yang khusus (learningdisability) yang menyebabkan dia agak ketinggalan dari segi pelajaran berbanding kanakkanak lain. Keadaan ini perlu dikenal pasti supaya langkah-langkah intervensi dapat diaturkhusus untuk kanakkanak terbabit bagi membolehnya menggunakan cirri-ciri kekuatanyang lain untuk mengatasi kebuntuan yang dihidapinya.Terdapat juga kanak-kanak yang diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serbakekurangan dimana mereka tidak dibekalkan dengan bahan bacaan dan peralatan menulisyang mencukupi. Ada sesetengah kanakkanak pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasidan berhubung dengan orang lain secara terbuka. Akibatnya mereka berasa kurangkeyakinan, dan kemahiran bersosial yang terbantut. Apabila kanak-kanak ini dimasukkanke taska atau tadika mereka mengalami ketegangan atau tekanan, di mana mereka merasakurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak bercakap. Malah, perasaan takut mengkinbersarang dalam jiwa mereka, terutama berhadapan dengan guru. Oleh itu para pengasuhtadika atau guru sepatutnya memainkan peranan yang lebih positif untuk membantu kanak-kanak ini agar mereka merasa lebih selesa dalam suasana baru dan seterusnya dapatmeningkatkan kemahiran sosial mereka. engesanan awal dan mengenal pasti kanak-kanak yang berpotensi menghadapikemurungan adalah sangat mustahak. Bantuan Psikologi mesti diberikan untuk membantukanak-kanak ini untuk :

Belajar berfikiran positif dengan mengawal dan menunjuk ke arah cara yangbetul. Terapkan kepercayaan diri sendiri

Mengendalikan kehidupan secara positif dan yakin dengan perubahan diri,dapat mengatasi ketakutan, marah,kecewa dan sebagainya.

Memperkembangkan kemahiran sosial yang positif Berikut adalah 20 langkah yang boleh pengasuh, guru, dan ibu bapa praktikkanbersama kanak-kanak apabila mereka menghadapi tekanan : 3.1. Memahami punca tekanan.Sebagai penjaga dan orang yang dekat dengan kanak-kanak kita seharusnyamengajak kanak-kanak untuk menyelidik punca yang menyebabkan merekamengalami tekanan. Ajar kanak-kanak untuk mencari masalah yangmenyebabkan mereka merasa tidak selesa, resah, tertekan dan sedih. Selainitu cuba ubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan oleh kanak-kanak setiaphari yang boleh menyebabkan ketegangan. Antaranya mengurangkan kelastambahan dan memberikan masa untuk kanakkanak bermain atau berehat. 3.2. Meletakkan keutamaan.Ibu bapa, guru, dan penjaga perlu senaraikan keutamaan untuk dilakukanoleh kanakkanak. Dengan ini dapat membantu kanak-kanak bertindak mengikut keutamaan bagi mengelakkan mereka tidak membuang masa danmelakukan sesuatu perkara yang merugikan. Jangan melakukan pekerjaantanpa memberikan keutamaan kepada yang lebih penting. Dengan melatihkanak-kanak untuk meletakkan keutamaan ini akan dapat melatih merekadalam menghadapi dunia persekolahan dan alam dewasa mereka.

3.3Selesaikan masalah satu persatu.Bantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Kanak-kanak belummahir dalam menyelesaikan masalah. Tidak kira sama ada masalah kecilatau rumit. Oleh itu sebagai individu yang dekat dengan kanak-kanak, bantumereka untuk menyelesaikan masalah kecil sebelum ianya menjadibertambah rumit. Cuba dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebihberkesan dengan kanak-kanak kerana ia boleh menyelesaikanpertelingkahan dan masalah. Sebagai contoh, apabila kanakkanak menunjukkan tingkahlaku langsang seperti menggigit kawannya, cubaberinteraksi dengan kanak-kanak tersebut, tanya sebab mengapa diaberkelakuan sebegitu, menasihati dia dan minta dia untuk meminta maaf dari kawannya itu. Sekiranya dibiarkan kemungkinan kanak-kanak akanberterusan menunjukkan kelakuan negatif. 3.4. Menangis.Titisan airmata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalaha.Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan tekananminda dan jiwa. Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melaluitangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan danmenganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan. Namun ianyaberbeza dalam kalangan kanak-kanak. Tanpa mengira jantina mereka akanmenzahirkan tekanan yang dialami oleh mereka menerusi tangisan. Namunbegitu tangisan kanak-kanak itu tidak seharusnya dibiarkan. 3.5. Ketawa.Ketawa merupakan salah satu penawar dalam melepaskan tekanan danmengurangkan tekanan yang dialami. Selain itu ketawa membantumeningkatkan keupayaan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan jugga dapat diaktifkan. Proses ini dipercayaidari segiklinikal dapat membantu dalam membuang toksid di dalam badan dan darahdapat berjalan dengan lebih lancar. Bantu kanak-kanak denganmenceritakan cerita yang mempunyai unsur kelakar, jenaka,disertai denganaksi dan intonasi yang dapat mencuit hati kanak-kanak. 3.6Bersenam atau beriadah.Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapangsetelah berpeluh. Ketegangan jasmani dapat dielakkan oleh keranaperedaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan. Bersenam jugaboleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan.Senaman secara tidak langsung boleh menceriakan kanak-kanak. Muzik yang dipasangkan bagi mengiringi senaman yang dijalankan bolehmenyebabkan kanak-kanak bergerak aktif. Ini boleh membantu kanak-kanak bagi melegakan tekanan yang mereka alami. 3.7. Menyanyi, menari dan menjerit.Anda boleh mengajak kanak-kanak melepaskan stress dengan nyanyiantanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut. Pasangkan lagu yangrancak dan sesuai untuk menari sepuas hati sehingga berpeluh dan kurangtekanan. Menjerit juga salah satu cara yang dikatakan berkesan dalammengurangkan tekanan. Bawa kanak-kanak ke tempat yang snyi dan mintamereka untuk menjerit sekuat hati. Namun begitu langkah ini tidak seharusnya dibiasakan kerana sekiranya kanak-kanak dibiasakan dengan jeritan kemungkinan untuk mereka tantrum adalah tinggi. 3.8. Mencurahkan perasaan pada diari atau lukisan.Bila kanak-kanak merasa tanda-tanda tertekan akibat marah, sedih, kecewadan sebagainya mintalah mereka untuk menuliskan segala-galanya di dalamdiari. Mana kala bagi kanak-kanak yang belum mahir dalam menulis merekadiajar untuk melukis sebagai cara untuk meluahkan perasaan mereka.Berikan kebebasan kepada kanak-kanak untuk melukis dan menulissepuasnya. Kadang kala kita boleh membaca personaliti dan perasaankanak-kanak tersebut melalui tulisan dan lukisan yang dihasilkan. Luahkan pada sahabat karib atau orang terdekat.Bantu kanak-kanak untuk mencari sahabat atau orang yang dipercayainya.Kemungkinan dengan orang tersebut dia merasa selesa untuk meluahkanperasaan yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan tekanan danstress yang dialami. Kemungkinan apabila kanak-kanak

berkongsi masalahmereka dengan sahabat atau orang terdekat yang lebih berpengalaman dandewasa masalah mereka akan selesai dengan mendengar pendapat, nasihatdan pandangan mereka. 3.10. Meditasi atau bertakafur.Meditasi atau bertafakur dijalankan dengan guru, pengasuh, ibu bapa danpenjaga mengajak kanak-kanak melakukan penilaian semula terhadappertuturan, perbuatan dan tingkah laku yang telah dilakukan. Secarabertafakur dan bertenang kanak-kanak akan dapat membuat pertimbangan dimana yang sepatutnya diperbaiki dan mencari punca timbulnya sesuatumasalah. 3.11. Mengetahui had kemampuan.Kanak-kanak harus diberi pengetahuan dan kefahaman mengenai bilabermula dan sepatutnya berhenti serta dinasihatkan agar jangan terlalumemaksa diri mkereka melakukan sesuatu. Jangan biarkan kanak-kanak membuang masa kepada perkara yang mereka tidak mampu tanggung danmenyerahkanatau meminta bantu orang lain yang lebih layak atau mahirmelakukan sesuatu kerja agar mereka tidak terus-terusan tertekan. Berusaha dan berserah.Ajar kanak-kanak tentang konsep bertawakal atau berserah. Ajar merekauntuk bertawakal kepada tuhan setelah mereka berusaha dengan sehabisbaik. Minta mereka perbanyakkan perbuatan mahmudah (baik) danmenjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta ditambah dengan amalan-amalan sunat. Jangan biarkan kanak-kanak terbelenggu dengan tekanan danberusahalah untuk mendapatkan jelan keluar bagi setiap masalah. 3.13. Bersantai.Setelah berusaha keras menjalankan tugas-tugas harian di taska, tadika,sekolah atau pun di rumah, bawalah kanak-kanak untuk mencari sedikitketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana sahaja tempat yang dirasai sesuai untuk memanjakan diri dan mindamereka. Selain itu lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankanminda dan memberi keseronokan. 3.14. Ambil mudah.Beritahu kepada kanak-kanak biar sebesar mana pun masalah dan dugaanyang diterima bahawa sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankanfikiran. Sebagai seorang guru yang bijak, sesuaikan dan minta kanak-kanak untuk berhenti melakukan tugasan yang tidak dapat diselesaikan pada masayang lain. Jangan terlalu membebankan kanak-kanak dengan tugasansehingga menjejaskan kehidupan dan membuatkan mereka tertekan. 3.15. Mengadu kepada kaunselor.Sekiranya kita tidak dapat membantu kanak-kanak dalam mengurangkantekanan dan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak, bawa mereka untuk dapatkan bantuan kaunselor. Kaunselor dapat membantu prosespenyelesaian masalah dan tindakan yang perlu diambil. Selain itu kaunselordapat memberitahu apa yang mungkin kanak-kanak dan kita tidak sedarmenegnai kanak-kanak di bawah jagaan kita.

Oleh kerana tekanan tidak dapat dielakkan, bebrapa cara boleh dilakukan ibu bapadan orang dewasa untuk membantu kanak-kanak menangani tekanan dengan efektif.Berikut pula adalah antara contoh cadangan bagi ibu bapa untuk membantu anak yangmenghadapi tekanan :a) Bercakap secara langsung dengan anak anda apabila apabila anda dapatmengesan tanda-

tanda bahawa anak anda mengalami tekanan seperti Mama nampak Man macam tak happy je. Ada apa-apa berlaku di sekolah tadi ke?b) Tunjukkan bahawa anda bersimpati , mengambil berat dan cuba memahamiperasaannya.c) Dengar apa yang akan diceritakan oleh anak anda. Dengar dengan penuhminat sabar, terbuka dan penuh rasa kasih saying. Cuba elak dari mencelah ,mengkritik atau menyalahkan atau memarahinya semasa dia bercerita. Tujuanadalah supaya dia dapat meluahkan perasaannya.d) Cuba dapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang cuba disampaikan oleh anak anda dengan bertanya soalan seperti kemudian apa berlakudsb. Beri masa pada anak untuk bercerita.e) Cuba beri komen ringkas tentang perasaan yang dialami oleh anak seperti.. Memang patutlah adik sedih sebab adik tak dibenarkan main tadi ! Atau Patutlah adik marah sebab barang adik dah dirosakkan! Situasi ini menunjukkan kepada anak anda bahawa anda memahami kenapa diaberperasaan begitu dan anda mengambil berat tentang dirinya.f) Bantu anak mengnalpasti perkataan yang sesuai untuk meluahkan persaanyang dialami seperti marah, cemburu, sedih, geram dan sebagainya.Menyatakan perasaan yang dialami secara lisan dapat membantu anak andamengembangkan kemahiran Kesedaran terhadap emosi (emotionalawareness) iaitu kebolehan mengenali emosi sendiri.g) Cuba alih perhatian anak anda dengan melakukan beberapa aktiviti yangboleh menggembirakannya.

Anda mungkin juga menyukai