Anda di halaman 1dari 10

BAB 1

ASAS KEPADA PERDAGANGAN

1.1Keperluan dan Kehendak Manusia

cikgu_fatin
MAKSUD KEPERLUAN
 Keperluan ialah kepentingan asas
yang diperlukan untuk meneruskan
kehidupan
 Terbahagi kepada dua iaitu
1. Keperluan asas
Keperluan asas - keperluan fisiologi
manusia iaitu makanan, pakaian dan
tempat tinggal
3. Keperluan sampingan
Keperluan lain - perubatan, pendidikan,
bekalan air, elektrik, kenderaan dan
sebagainya.

cikgu_fatin
MAKSUD KEHENDAK
 Kehendak ialah keinginan
manusia untuk hidup dengan
lebih selesa, mewah dan dapat
meningkatkan taraf hidup.
 Contoh: memiliki barang
kemas, kereta mewah,
melancong dan sebagainya.
 Kehendak manusia adalah
kompleks, tidak terhad, tidak
tetap dan sentiasa berubah.
 Faktor perbezaan kehendak
antara individu ialah umur,
jantina, cita rasa, pekerjaan
dan pendapatan.
cikgu_fatin
PERBEZAAN ANTARA KEPERLUAN DAN
KEHENDAK
Keperluan Kehendak

1. Keperluan asas manusia 1. Kehendak manusia


ialah makanan, pakaian, meliputi semua perkara
tempat tinggal dan yang membolehkan
udara. manusia hidup dengan
2. Merupakan tuntutan lebih selesa
semula jadi manusia 2. Merupakan sesuatu
3. Wajib dipenuhi manusia yang dipelajari daripada
untuk terus hidup pengalaman hidup dan
persekitarannya
4. Keperluan manusia
adalah sama dan tetap 3. Merupakan pelengkap
walaupun taraf hidup kehidupan manusia
manusia mungkin 4. Kehendak manusia
berubah berbeza-beza
5. Keperluan manusia boleh 5. Kehendak manusia tidak
disuntingkan secara terhad dan sukar
hierarki, mengikut dipuaskan sepenuhnya.
keperluannya.
HIERARKI KEPERLUAN MASLOW
Keperluan
Keperluan Rohani Sempurna
Kendiri

Keperluan Penghargaan

Keperluan Sosial
Keperluan Kasih Sayang

Keperluan Keselamatan

Keperluan Fisiologi

Keperluan Asas

cikgu_fatin
 KEPERLUAN FISIOLOGI
 Keperluan manusia yang paling asas
dan perlu disempurnakan sebelum
yang lain.
 Ia terbahagi kepada dua iaitu
3. Keperluan asas
- keperluan dari segi makanan,
minuman, pakaian tempat tinggal,
udara bersih dan rehat.
5. Keperluan keselamatan
- keperluan untuk perlindungan
supaya bebas dariapda ancaman
bahaya seperti peperangan,
jenayah, rusuhan dan sebagainya.

cikgu_fatin
 KEPERLUAN SOSIAL
 Terdiri daripada dua iaitu keperluan
kasih sayang dan keperluan
penghargaan
2. Keperluan kasih sayang
- ialah keinginan manusia agar dirinya
disayangi dan diterima oleh
komunitinya. Ia boleh dicapai
melalui pergaulan mesra kasih
sayang dengan insan lain.
4. Keperluan penghargaan
- merupakan keinginan mendapat
penghargaan,penghormatan dan
pengiktirafan daripada orang lain
atas sumbangan atau pencapaian
diri.

cikgu_fatin
 KEPERLUAN ROHANI
 Keinginan seseorang untuk memenuhi
hasrat diri, mencapai cita-cita dan
memajukan diri.
 Ia mendorong manusia berusaha untuk
mencapai kejayaan dalam bidang tertentu
yang sesuai dengan bakat, minat dan
kebolehannya. Setelah berjaya, beliau
akan mendapat kepuasan hasil dari
pencapaiannya.

cikgu_fatin
AKTIVITI
1. Buat kumpulan yang terdiri daripada 3
orang satu kumpulan.Setiap kumpulan
diberi senaskah surat khabar.
2. Arahan:
 Cari dan gunting 3 jenis gambar yang
menunjukkan keperluan.
 Cari dan gunting 3 jenis gambar yang
menunjukkan kehendak.
 Lekatkan semua gambar tersebut di atas
kad manila.
 Labelkan kesemua gambar tersebut.
 Persembahkan di hadapan kelas.

cikgu_fatin
LATIHAN
1. Huraikan perbezaan antara keperluan dan
kehendak?
2. Lakar dan lebelkan Hierarki Keperluan
Maslow?
3. Apakah keperluan dari segi sosial
bedasarkan Hierarki Keperluan Maslow?
4. Mengapakah kehendak manusia sukar
untuk dipenuhi?

cikgu_fatin

Anda mungkin juga menyukai