Anda di halaman 1dari 2

PRAKTIKUM FASA 3

2014

PERNYATAAN PROFESIONAL

NAMA: VINOODINI A/P ANNATHURAI NO. KAD PENGENALAN: 910116-01-6358 Program praktikum fasa 3 saya kali ini telah diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kangkar Pulai. Sekolah ini merupakan sekolah berstatus bandar dan in merupakan praktikum ketiga saya di kawasan bandar. Walaupun mengalami sedikit masalah dari segi kewangan dan penempatan, saya menganggap perkara ini sebagai satu peluang untuk saya menimba ilmu. Sudah pasti suasana pengajaran dan pembelajaran akan berubah. Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat yang berlangsung sepanjang hari. Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan penceramah yang lebih kepada pembentukan insan guru. Tidak seperti taklimat-taklimat sebelum ini, penceramah lebih menekankan tentang kepentingan untuk mendalami jiwa keguruan dan kepentingan guru masa kini dan masa hadapan. Saya sendiri berasa terkesan dengan penyampaian penceramah yang telah dijemput. Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persedian dari segi mental dan fizikal. Pengalaman praktikum fasa satu dan dua yang lalu, sedikit sebanyak membantu saya dalam persediaan mental untuk menempuh kehidupan sebagai seorang guru praktikum. Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang ingin saya tekankan kelak. Saya juga berharap sepanjang tempoh praktikum fasa 3 ini, saya akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kangkar Pulai. Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang tempoh praktikum. Setelah selesai menjalani praktikum fasa 1 & 2 dahulu, saya merasa lebih yakin untuk menjalani praktikum kali ini. Ini kerana, banyak pengalaman yang telah saya kutip dan pelajari semasa menjalani praktikum fasa 1 & 2 dahulu. Jika praktikum fasa 1 dahulu, saya hanya mengajar Matematik, praktikum fasa 2 pula saya mengajar Matematik dengan Pendidikan Jasmani, tetapi praktikum fasa 3 pula saya akan mengajar satu lagi subjek untuk elektif saya iaitu Bahasa Tamil.

PRAKTIKUM FASA 3

2014

Saya akan menjalani praktikum di SJKT Kangkar Pulai selama 12 minggu. Praktikum bermula pada 26 Januari sehingga 26 April 2014. Saya sentiasa positif dan menganggap cabaran ini akan menjadikan saya guru lebih baik pada masa hadapan. Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, kehadiran saya ke sekolah itu diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Disamping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan professional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Saya juga dapat dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid mahupun sekolah. Akhir sekali, saya dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan terutama bidang Matematik dan Bahasa Tamil. Saya mengharapkan segala teori-teori yang telah saya pelajari di dalam kelas dapat diaplikasikan dalam situasi kelas yang sebenar. Saya yakin dan percaya, bahawa saya dapat mempraktikkan teori dengan lebih berkesan berdasarkan pengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalani praktikum fasa 1 & 2 dahulu. Bagi praktikum kali ini , saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini portfolio praktikum setiap minggu tanpa bertangguh. Perkara ini penting agar selepas tamat praktikum kelak, beban tugasan praktikum tidaklah begitu banyak seperti praktikum sebelum ini. untuk buku persediaan mengajar pula, dengan bimbingan yang jelas dari unit praktikum, saya kira tiada masalah dari segi kekeliruan akan timbul dan saya berharap agar segala perancangan pengajaran yang telah saya rancang akan datang dapat diterima oleh murid dan objektif pengajaran sepanjang tempoh praktikum ini akan tercapai. Akhir kata, saya mengharapkan agar warga SJKT Kangkar Pulai dapat menerima kehadiran saya dengan tangan terbuka dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Amat besar harapan saya, supaya pengalaman yang saya kutip sepanjang praktikum nanti, akan menjadikan saya sebagai guru yang akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara saya.