Anda di halaman 1dari 19

Menteri

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi








Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Allah s.w.t di atas segala limpah rahmat dan keizinanNya maka dapat saya
memberikan sepatah dua kata dalam buku panduan perniagaan ini.

Kita sedia maklum bahawa bidang perniagaan adalah merupakan satu sektor
penting dan amat diberi perhatian oleh Kerajaan terutamanya bagi Perusahaan
Kecil dan Sederhana (PKS). Dalam tempoh RMKe-8, bidang perniagaan
merupakan penyumbang utama kepada KDNK negara dan ia dijangka akan terus
meningkat dalam RMKe-9 dan di masa-masa akan datang.

Dalam usaha untuk membantu usahawan-usahawan bumiputera, Kerajaan telah
menyediakan pelbagai dana dan program latihan keusahawanan bagi memberi
peluang kepada pengusaha baru dan lama untuk menceburkan diri serta
mengembangkan perniagaan.

Sehubungan dengan itu, saya berpendapat usaha yang dijalankan oleh bahagian
Perancagan dan Penilaian menerbitkan buku panduan perniagaan ini merupakan
satu langkah untuk membantu dan mendorong orang ramai melibatkan diri dalam
bidang keusahawanan.

Akhir kata, saya amat berharap melalui penerbitan dan penyebaran bahan-bahan
maklumat seperti ini, ia akan menjadi panduan agar ramai usahawan-usahawan
bumiputera akan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mampu berdikari
dan bersaing dalam pasaran semasa.

Sekian, terima kasih serta wassalam,




Yang Berhormat Dato Mohamed Khaled Bin Nordin.






Muka surat


PENGENALAN 1

POLISI DAN DASAR BARU KERAJAAN 2

KONSEP MODEN RANGKAIAN PENGURUSAN LOGISTIK 2

PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN 5

PENGURUSAN TENAGA KERJA 6

PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN 7

PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN 9

PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN SEBAGAI MULTIMODAL
TRANSPORT OPERATOR (MTO) 11

JARINGAN DAN PAKATAN STRATEGIK DENGAN SYARIKAT
LOGISTIK ANTARABANGSA 12

LIABILITI DAN PENGURUSAN RISIKO 12

BORANG DAN DOKUMENTASI BERSANGKUTAN 14

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN 15



BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
FORWARDING AGENT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD.
1
1 PENGENALAN

Forwarding Agent atau Agen Penghantaran adalah satu komponen dalam Rangkaian
Logistik dan Bekalan (Logistic Supply Chain Management). Fungsi asasnya ialah
mengurus segala pergerakan dan dokumen berkaitan dengan pelepasan dagangan oleh
Jabatan Kastam. Di samping itu, Forwarding Agent juga menyediakan kemudahan-
kemudahan pengangkutan, pergudangan dan lain-lain perkhidmatan logistik.
Perkhidmatan Forwarding Agent merupakan proses koordinasi bagi melicinkan
pergerakan barangan import atau eksport dan menggembleng sumber-sumber aliran kerja
dokumentasi, jentera dan tenaga kerja yang terlibat dalam jangka masa yang ditetapkan
(specified time-frame).

Bakal-bakal usahawan dan usahawan-usahawan yang sedia ada, boleh memberi
pertimbangan untuk menceburi bidang perniagaan Forwarding Agent berasaskan kepada
faktor-faktor berikut:

Tidak memerlukan kos permulaan perniagaan (start-up cost) yang tinggi.
Perniagaan boleh dimulakan dengan RM60,000 sahaja
Tidak memerlukan persiapan yang rumit
Tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai. Sebagai permulaan 3-5 orang
sahaja bergantung kepada jumlah pelanggan dan dokumen yang perlu
diuruskan.
Mempunyai potensi yang baik khasnya untuk menceburi bidang
perkhidmatan logistik yang berkaitan seperti pengangkutan, pergudangan,
agen perkapalan dan sebagainya
Pulangan modal yang baik





BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
FORWARDING AGENT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD.
2
2 POLISI DAN DASAR BARU KERAJAAN

Untuk menceburi bidang perniagaan agen Kastam, (agen penghantaran, agen perkapalan,
consolidators dan freighters) memerlukan lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam
dengan syarat-syarat dan kelayakan tertentu. Mulai 1 Januari 2003, Kerajaan telah
meminda Akta Kastam 1967 Seksyen 90 dengan memasukkan syarat menghadiri kursus
dan lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Kastam sebagai syarat menjadi agen.
Dari segi perlaksanaannya dasar ini merangkumi keperluan baru kelulusan yang akan di
pertimbangkan kepada pemohon yang layak dan tatacara kawalan dan pentadbiran untuk
berurusan dengan Jabatan Kastam . Syarat-syarat yang diperlukan adalah:
Mesti menghadiri kursus dan lulus peperiksaan Jabatan Kastam yang telah
ditetapkan
Keperluan menghadiri panel temu duga dan memperoleh sijil yang diiktiraf


3 KONSEP MODEN RANGKAIAN PENGURUSAN LOGISTIK

Konsep Rangkaian Pengurusan Logistik telah menghadapi pelbagai pembaharuan
daripada rangkaian logistik tradisional. Konsep dan model rangkaian logistik moden
berkait rapat dengan kemajuan teknologi maklumat berkomputer, dasar
pembuat/pengilang yang tidak lagi mahu menyimpan inventori yang tinggi, dasar Just In
Time, keinginan memberi fokus kepada perniagaan asas (core-business) sahaja dan
penjimatan kos bagi menghadapi persaingan perniagaan yang kompetitif.

Komponen-Komponen Utama Logistik
Antara komponen-komponen utama logistik adalah:
Forwarding Agent
Pengangkutan Darat (Kontena / Konvensional)
Perkapalan (Udara / Laut)
Pergudangan
Consolidators
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
FORWARDING AGENT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD.
3
Organisasi Lain Yang Mempunyai Hubung-Kait Dengan Perkhidmatan
Forwarding Agent :
Jabatan Kastam
Kementerian Kewangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Pihak Berkuasa Pelabuhan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Pihak Berkuasa Kereta api Tanah Melayu
Pihak Berkuasa Zon Bebas (Free Zone Authority)
Syarikat Pengangkutan dan Syarikat Perkapalan
Syarikat Insurans
Syarikat Pelanggan
Federation Of Malaysian Manufacturers (FMM) /Trade Chambers
Electronic Data Interchange (EDI) / Dagang Net

Bidang Tanggungjawab Forwarder
Antara skop tanggungjawab penting Forwarder adalah:
Menyedia dan menyiapkan dokumen-dokumen tertentu mengikut prosedur yang
ditetapkan untuk pelepasan dagangan import atau eksport oleh pihak berkuasa
khasnya Jabatan Kastam dan Pelabuhan
Menentukan transaksi kewangan yang perlu diselesaikan (pembayaran cukai, duti,
levi dan lain-lain pembayaran) bagi pihak pelanggan atau pihak berwajib
Mewakili pelanggan berurusan dengan pihak berkuasa tertentu (Jabatan Kastam,
Pelabuhan, Kementerian Kewangan, MITI, JPJ, syarikat pengangkutan atau
pembekal logistik, agen perkapalan dan lain-lain organisasi yang tertentu)
Menasihati pelanggan tentang keperluan, pergerakan dan kedudukan dagangan atau
kargo semasa
Mewakili pelanggan melaksanakan kemajuan aliran kerja pelepasan dagangan yang
teratur dan sistematik

BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
FORWARDING AGENT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD.
4
PerkhidmatanPerkhidmatan Lain Yang Boleh Diceburi Forwarder
Di samping tanggungjawab utama menentukan kelulusan pelepasan dagangan diperoleh
oleh pelanggan-pelanggan daripada Jabatan Kastam, Forwarder juga dapat
memperluaskan perkhidmatan di dalam aktiviti perniagaan tersebut yang berkait-rapat
dengan Forwarding. Antaranya:
Pergudangan dan Pengedaran
Pengangkutan Kontena dan Konvensional
Konsolidasi Kargo
Pengisian dan Pemunggahan Kontena
Pembungkusan, pelabelan dan membekal tenaga kerja
Mengendalikan projek dagangan kargo dan Turnkey Project
Juru-runding kepada pelanggan untuk pengecualian atau menuntut balik cukai
Tempahan Kapal
Permohonan AP (permit) bagi pihak pelanggan

Third Party Logistic (3PL) Dan Fourth Party Logistic (3PL)

Third Party Logistic (3PL)
Ini adalah konsep moden penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan logistik pihak ketiga
oleh pengilang dan pembuat (manufacturer) bagi tujuan mengurangkan kos logistik dan
membolehkan mereka menumpu sepenuhnya terhadap perniagaan dan aktiviti asas
syarikat. Melalui konsep ini pihak pembuat dan pengilang dapat mengurangkan kos
logistik mereka dengan menggunakan kemudahan pergudangan, pengangkutan untuk
menyimpan dan pengedaran bahan mentah dan produk mereka. Dengan kemajuan
teknologi maklumat, pihak pengilang masih boleh melihat dan mengawal pergerakan
barangan tersebut melalui inter-facing system di antara sistem pengurusan pergudangan
dan pengedaran syarikat logistik dan sistem pengeluaran atau sistem inventori pengilang
tersebut.




BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
FORWARDING AGENT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD.
5
Fourth Party Logistic (4PL)
Ini adalah konsep penggunaan perkhidmatan logistik yang terkini yang dipraktikkan oleh
banyak industri pengeluaran dan pembuatan yang besar. Mereka menggunakan sistem
pengurusan pergudangan dan pengedaran yang canggih bagi penghantaran produk-produk
mereka kepada pelanggan. Mereka juga menggunakan sistem Just in Time (JIT) bagi
penghantaran dan penyimpanan inventori, dan membeli terus bahan-bahan daripada
pembekal-pembekal utama.


4 PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN


Seperti yang diperlukan oleh Jabatan Kastam melalui DASAR BARU AGEN KASTAM,
bakal usahawan haruslah menubuhkan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Akta
Syarikat 1965 atau Pendaftaran Perniagaan dengan Modal Berbayar Syarikat tidak kurang
daripada RM50,000. Memandangkan banyak aktiviti-aktiviti perniagaan ini dijalankan di
pelabuhan atau lapangan terbang, adalah dinasihatkan bakal usahawan mencari lokasi dan
premis perniagaan berhampiran dengan tempat-tempat tersebut. Walaupun bukan pejabat
utama, sekurang-kurangnya pejabat operasi perlu ada di pelabuhan.

Kursus Dan Pelesenan
Kursus dan Pelesenan untuk mendapat Lesen daripada Jabatan Kastam boleh dirujuk di
dalam Buku DASAR BARU AGEN KASTAM. Lain-lain kursus yang dicadangkan dan
boleh diikuti adalah:

Kursus Perakaunan.
Kursus-kursus Motivasi.
Kursus pendek Logistik




BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
FORWARDING AGENT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD.
6
5 PENGURUSAN TENAGA KERJA

Seperti mana yang dikehendaki oleh Jabatan Kastam bagi mempertingkatkan
profesionalisme di dalam perkhidmatan ini, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada
kakitangan pengurusan syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan Forwarding
Agent atau agen Kastam lain perlu menghadiri dan lulus kursus yang dikendalikan atau
dibenarkan oleh AKMAL. Oleh itu, tenaga kerja khasnya peringkat pengurusan hendaklah
dipilih daripada mereka yang telah memperoleh sijil daripada AKMAL.

Untuk kategori penyeliaan dan perkeranian adalah wajar diambil dari calon-calon yang
mempunyai pengalaman di dalam bidang logistik khasnya perkhidmatan Forwarding
Agent. Di samping itu, kriteria lain seperti kelulusan akademik, perwatakan menarik,
kemampuan berbahasa Inggeris dan lain-lain bahasa juga perlu diambil kira.

KATEGORI PEKERJA
Kategori Pekerja yang diperlukan bergantung kepada aktiviti, saiz dan perkhidmatan-
perkhidmatan logistik lain yang ditawarkan. Aspek-aspek seperti jumlah pelanggan,
jumlah dokumentasi dan dagangan yang perlu diuruskan bagi mendapat pelepasan Kastam
juga perlu diambil kira. Pada asasnya sesebuah syarikat agen penghantaran yang
sederhana perlu mempunyai kategori pekerja berikut:

Pasukan Pengurusan
Pasukan Operasi
Pasukan Pemasaran
Bahagian Akaun & Pentadbiran









BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
FORWARDING AGENT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD.
7
6 PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN

Sistem Pengurusan dan Strategi Pemasaran yang dipraktikkan oleh sesebuah syarikat
memainkan peranan penting membantu menjual produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan. Sebagai pembekal perkhidmatan logistik yang kompetitif, para usahawan
Forwarding Agent perlu banyak mempelajari dan mencari kaedah serta pendedahan di
samping menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan.

Pemilihan Jenis Pasaran
Pasaran untuk perniagaan Forwarding Agent boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.
Walaubagaimanapun adalah lebih baik bakal usahawan memilih pasaran tertentu di mana
ia lebih mahir supaya dapat memberi fokus dan menguasai pasaran tersebut. Diantara
segmentasi pasaran utama yang boleh diceburi usahawan antaranya adalah seperti berikut:
Pengguna
Runcit (retailer)
Minyak dan Gas
Automatif
Elektronik
Makanan

Panduan Pemilihan Pelanggan
Usahawan perlu mengenali dan membuat kajian terperinci mengenai bakal-bakal
pelanggan sebelum berurusan dengannya. Panduan dan makluman berikut adalah penting
supaya ia lebih berhati-hati dalam berurus niaga:
Profil pelanggan itu sendiri
Rekod pembayaran
Mengetahui tentang ahli pengurusan yang boleh membuat keputusan
tentang pemilihan vendor atau pembekal dan meluluskan pembayaran
Kemudahan-kemudahan infrastruktur yang sedia ada oleh pelanggan bagi
membantu kita memberi perkhidmatan yang terbaik.
Bajet dan peruntukan untuk perkhidmatan logistik
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
FORWARDING AGENT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD.
8
Panduan Untuk Mencari Pelanggan
Berikut adalah beberapa sumber yang boleh membantu bakal usahawan untuk mencari
pelanggan:
Direktori perniagaan
Media media cetak
Persatuan persatuan perniagaan
Hubungan perniagaan

Pakej Perkhidmatan Yang Boleh Ditawarkan
Pada masa kini ramai pelanggan memerlukan pembekal-pembekal perkhidmatan logistik
secara menyeluruh daripada pembekal yang hanya memberi perkhidmatan secara
berkomponen sahaja. Oleh yang demikian seharusnya pengusaha perniagaan berusaha
untuk memberi perkhidmatan yang dikehendaki oleh pelanggan bagi membantu pelanggan
memberi tumpuan kepada perniagaannya sahaja.

Tawaran Perkhidmatan Logistik Menyeluruh
Prinsip bidang perkhidmatan logistik menyeluruh (total logistik) adalah perkhidmatan dari
pintu ke pintu. Iaitu daripada urusan logistik bermula daripada pembekal sehingga tiba
ke tempat pengimport dan pengguna. Komponen-komponen perkhidmatan logistik yang
boleh ditawarkan di dalam proses penghantaran/ dagangan pintu ke pintu adalah :
Forwarding
Pengangkutan (darat, laut atau udara)
Pergudangan
Pengisian dan penurunan
Pembungkusan dan pelabelan
Pengedaran
Membekal tenaga pekerja mahir




BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
FORWARDING AGENT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD.
9
Penentuan Harga
Kadar harga perkhidmatan ditetapkan melalui rundingan atau sebut harga yang
dipersetujui di antara pelanggan dengan pembekal perkhidmatan Forwarding Agent.
Sebagai makluman harga-harga perkhidmatan logistik selalunya bergantung pada jenis
dan jumlah dagangan yang diuruskan dan bagi perkhidmatan logistik menyeluruh ianya
selalu berupa tawaran pakej. Walau bagaimana untuk perkhidmatan pengangkutan,
tambang kapal terbang, kereta api, kapal laut pengangkut kontena ianya berasaskan tarif
yang telah ditetapkan dan boleh diperoleh daripada syarikat-syarikat berkenaan.


7 PENGURUSAN DAN STRATEGI KEWANGAN

Untuk maju di dalam apa jua bidang perniagaan, para usahawan haruslah bijak
menguruskan kewangan syarikat. Kelemahan di dalam pengawalan, kurang disiplin atau
menggunakan sumber kewangan sesebuah syarikat untuk aktiviti lain tanpa kajian teliti
selalunya akan merugikan dan menghadapi masalah aliran wang tunai. Perlu juga
diingatkan masalah kewangan akan mengganggu dan usahawan akan kehilangan fokus
terhadap tanggungjawab dalam perniagaan.

Modal
Untuk menceburi bidang Forwarding Agent asas, para usahawan perlu mempunyai modal
permulaan anggaran RM60,000 (meliputi modal berbayar yang diperlukan oleh Jabatan
Kastam untuk memperoleh Lesen Agen Kastam). Modal permulaan ini adalah untuk
digunakan seperti berikut:

Kos Permulaan (Start-up Cost) - RM10,000
Modal Pusingan (Operasi) - RM30,000
Cagaran Jaminan Bank (Jabatan Kastam) - RM10,000
Gaji & lain-lain kontigensi - RM10,000



BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
FORWARDING AGENT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD.
10
Keperluan Kemudahan Bank
Beberapa kemudahan bank yang diperlukan adalah seperti berikut:
Jaminan Bank Untuk Bon Kastam, jaminan kredit daripada syarikat
pengangkutan dan sebagainya
Sewa Beli atau Leasing Pembelian lori dan lain-lain jentera, perkakas
pejabat, gudang dan sebagainya
Overdraft Menambah modal pusingan

Modal Pusingan
Modal pusingan (minimum) untuk perniagaan Forwarding Agent asas adalah dianggarkan
RM10,000 hingga RM50,000 terutamanya untuk pembiayaan sebelum mendapat bayaran
dari pelanggan. Walaubagaimana pun, sekiranya bayaran daripada pelanggan diterima
lebih awal jumlah modal pusingan diperlukan lebih rendah. Adalah dinasihatkan para
bakal usahawan membuat ramalan aliran wang tunai sendiri bagi membantu di dalam
aspek pengurusan wang atau modal.

Kos Operasi
Kos operasi adalah kos-kos yang dikenakan atau diperlukan untuk dibayar bagi operasi
perniagaan syarikat. Contohnya bayaran pengangkutan (minyak kenderaan, cukai jalan,
tol dan sebagainya), kos pergudangan, bayaran upah (bukan pekerja tetap) dan lain-lain
kos yang bersangkutan. Jumlah minimum yang diperlukan di antara RM10,000 hingga
RM50,000 bergantung kepada saiz perniagaan.

Anggaran Untung Kasar Perniagaan
Tiada peratusan tetap yang boleh diberikan kerana ianya bergantung kepada budi bicara
bakal usahawan sendiri yang menentukan. Bagaimanapun, sebagai panduan, 10 hingga 15
peratus adalah kebiasaan yang diunjur oleh banyak pengusaha logistik termasuk
Forwarding Agent.




BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
FORWARDING AGENT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD.
11
8 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN SEBAGAI MULTIMODAL
TRANSPORT OPERATOR (MTO)

MultiModal Transport Operator (MTO) adalah syarikat logistik yang boleh dan mampu
menawarkan perkhidmatan menyeluruh (Total Logistic) kepada pelanggan-pelanggan
berasaskan kepada konsep perkhidmatan pintu ke pintu. Syarikat-syarikat yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan dipilih untuk diberi pengiktirafan
sebagai MTO layak memberi perkhidmatan logistik kepada mana-mana Jabatan Kerajaan
dan syarikat yang mempunyai kepentingan kerajaan seperti Tenaga Nasional Berhad
(TNB), Petronas, Telekom dan sebagainya. Biasanya pemilihan memberi kontrak oleh
Kerajaan kepada MTO bergantung kepada rekod perkhidmatan mereka dan diberi secara
bergilir-gilir. Buat masa sekarang terdapat kurang dari 15 syarikat sahaja yang diberi taraf
MTO oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

PENDAFTARAN DENGAN BADAN KERAJAAN DAN SYARIKAT
BERKEPENTINGAN KERAJAAN (GLC)

Untuk mendapat kebenaran membida kerja-kerja perkhidmatan logistik dengan Badan
Kerajaan dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GLC), syarikat juga perlu berdaftar
dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai MTO. Kebiasaannya sebelum boleh
berdaftar dengan badan-badan kerajaan lain dan GLC, syarikat diminta menunjukkan
bukti kelulusan pendaftaran dengan MOF. Sebagai panduan untuk mendapat kelulusan
pendaftaran dengan GLC, syarikat hendaklah menghubungi syarikat-syarikat tersebut dan
menggunakan borang-borang pendaftaran yang telah disediakan oleh mereka.






BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
FORWARDING AGENT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD.
12
9 JARINGAN DAN PAKATAN STRATEGIK DENGAN SYARIKAT
LOGISTIK ANTARABANGSA

Untuk berjaya dan mengembangkan perniagaannya sama ada di dalam atau keluar negara,
para usahawan haruslah mencari dan menjalin pakatan strategik dan pintar dengan
syarikat-syarikat logistik antarabangsa. Melalui pakatan ianya bukan sahaja memudahkan
pasaran baru dapat ditembusi, tetapi juga dapat menjadi wakil syarikat berkenaan di dalam
negeri kita sendiri. Melalui jaringan juga, kos untuk membuka cawangan di pasaran baru
dapat dikurangkan dan segala keperluan birokrasi pasaran baru dapat diatasi bersama. Di
samping itu, usahawan berpeluang mempelajari teknik-teknik baru di dalam perkhidmatan
logistik.


10 LIABILITI DAN PENGURUSAN RISIKO

Didalam menguruskan sesuatu perniagaan pengusaha perlu bersedia untuk menghadapi
risiko dan mengelak dari melakukan kesalahan yang boleh menyebabkan kegagalan
perniagaan. Diantara kesalahan yang dilakukan mungkin hanya kelemahan dan kesalahan
biasa. Namun begitu denda akan dikenakan sekiranya pengusaha melanggar kesalahan-
kesalahan yang lebih besar.

Kelemahan Dan Kesalahan Biasa
Tidak memahami dan mematuhi undang-undang dan prosedur Jabatan kastam.
Salah menggunakan / mengisi dokumen kastam
Menyediakan maklumat yang kurang lengkap

Kesalahan Besar
Penipuan
Pemalsuan dokumen
Melakukan rasuah (seperti sogokan wang, pemberian hadiah dan sebagainya)
Melakukan penyeludupan
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
FORWARDING AGENT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD.
13
Melarikan duti dan cukai
Mengedar barangan seperti dadah, senjata api dan barang larangan mutlak
Menggunakan pas milik orang lain
Menggunakan nama syarikat lain untuk berurusan bagi kepentingan diri sendiri
Memulakan perniagaan sebelum mendapat lesen cukai perkhidmatan

Penalti Oleh Jabatan Kastam Di Atas Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Agen (Sama
Ada Secara Langsung Atau Sebaliknya)

Memberi amaran
Merampas pas
Membatalkan pas
Menyenaraihitamkan syarikat
Memendekkan tempoh kelulusan
Menurunkan kategori agen
Menggantung operasi dengan Kastam
Membatalkan lesen
Mengambil tindakan undang-undang
Menggantung operasi dengan Kastam
Membatalkan lesen
Mengambil tindakan undang-undang

Insurans (Pengagihan Risiko)
Diantara Jenis-jenis Perkhidmatan Insurans yang diperlukan:
Insurans Kebakaran Dan Kecurian (Fire & Burglary Insurance)
Insurans Tanggungan Awam (Public Liability Insurance)
Insurans Kenderaan
Marine Cargo Insurance
Fidelity Guarantee Insurance
Insurance Cargo-in-Transit
Workmens Compensation
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
FORWARDING AGENT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD.
14
11 BORANG-BORANG DAN DOKUMENTASI BERSANGKUTAN


Borang Untuk Dagangan Import Atau Eksport
Adalah penting bagi Forwarder mengetahui menggunakan borang-borang yang betul bagi
mendapat pelepasan Jabatan Kastam dengan cepat semasa mengendali dagangan import
atau eksport bagi pihak pelanggan. Kegagalan mengetahui dan menggunakan borang-
borang yang salah atau membuat deklarasi yang tidak betul bukan sahaja melambatkan
pergerakan kargo tetapi juga melibatkan kos tertentu. Borang-borang yang digunakan
untuk dagangan import atau eksport antaranya adalah seperti berikut:
Bill of Lading (BL)
Invoice / Packing List
Insurance Certificate
Borang Kastam (Customs Forms 1,2,3,8 & 9)
ATA Carnet Permit (Temporary Import Permit)
Exchange Control
Custom Harmonized Tariff
Container Haulage Request Form

Borang-Borang Bersangkutan
Di samping borang-borang di atas, Forwarder juga perlu mengetahui kegunaan dokumen-
dokumen seperti berikut dan cara mengisi dengan betul:
Space Booking Confirmation
Damage Survey Report
Fumigation Certificate
SGS Inspection Certificate
Delivery Instruction / Delivery Order (DO)
Customs Appointment Letter
Indemnity Certificate
Freight/Storage Bill
Approved Permit (AP)
BUKU PANDUAN PERNIAGAAN
FORWARDING AGENT
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
________________________________________________________________________________________________________
BUDIMAN RESEARCH AND TRAINING SDN. BHD.
15
12 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN

Sungguhpun terdapat banyak syarikat yang mendaftar sebagai Forwarder di Malaysia dan
diakui bidang perkhidmatan ini adalah kompetitif, tetapi usahawan yang mempunyai sikap
jati diri yang tinggi dan pro-aktif mempunyai peluang cerah untuk maju di dalam
perniagaan ini. Antara faktor-faktor yang boleh membantu usahawan-usahawan berjaya
dan maju adalah:
Mempunyai dan memahami bidang tugas dan peluang perniagaan
Forwarding Agent di dalam konteks perniagaan Global
Kesediaan mempelajari dan menggunakan teknologi dan peralatan baru
untuk integrasi proses perniagaan
Sokongan kewangan yang cukup
Mempunyai jaringan hubungan strategik atau pintar dengan syarikat-
syarikat antarabangsa (Strategic and Smart Partnership)
Mempunyai pengetahuan dan memahami arah tuju konsep perniagaan dan
pemasaran yang baik
Mempunyai pengurusan dan kakitangan yang berwibawa dan komited
Mementingkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan
Berwawasan dan fokus terhadap kualiti perkhidmatan
Jujur dan mempunyai etika kerja yang tinggi
Bersedia menerima perubahan (flexibility and adaptive to changes)
Sanggup menerima teguran dan tindak balas yang cepat dari pelanggan.















KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
DAN KOPERASI (MECD)
Lot 2G6, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya Malaysia.
Tel : 603 - 8880 5000
Fax : 603 - 8880 5106
Http://www.mecd.gov.my