Anda di halaman 1dari 3

1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat?

Apa yang menarik perhatian? ) Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan sekali lagi untuk mata pelajaran elektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Sains oleh pensyarah pembimbing. Perkara yang menarik perhatian ialah pada minggu ini saya diselia untuk pertama kali bagi mata pelajaran Sains. Saya agak gugup dan gementar kerana kurang pengetahuan dan tiada pengalaman secara langsung dalam mengajar Sains. Tambahan pula, saya hanya mengajar Sains sekali semingu. Maka ia menimbulkan perasaan yang kurang yakin dan sedikit tekanan.

2. Perhubungkaitan

dan

Perasaan

Apa

yang

berkesan?

Apa

yang

menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? ) Saya agak gembira kerana penyeliaan PJK kali ini berjalan lancar dan mendapat komen positif daripada pensyarah pembimbing. Terdapat penambahbaikan daripada penyeliaan yang pertama dan saya bersyukur kerana dapat menjalankan sesi P&P dengan baik. Tetapi saya agak kecewa dengan prestasi dan pengajaran saya untuk mata pelajaran Sains. Berpandukan komen dan teguran daripada pensyarah menyatakan yang saya tidak menggunakan masa ketika set induksi dengan sepenuhnya dalam menarik perhatian murid. Selain itu juga, penggunaan laras bahasa juga perlu lebih rendah untuk memudahkan murid lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru. Aktiviti juga dikatakan kurang mencabar dan tidak membantu meningkatkan pengetahuan murid.

3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya? Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?) Sesuatu yang saya pelajari melalui komen pensyarah ialah sebagai seorang guru kita perlulah sentiasa kreatif dalam menjana idea dan aktiviti agar sesi pembelajaran tidak menjadi kaku dan tidak menyeronokkan. Sebagai seorang bakal guru pendidikan khas sifat kecindan dan humor amat penting kerana murid perlu seronok dan ceria ketika menimba ilmu. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa akan datang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang dilakukan, meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri, kreativiti dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru pembimbing sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada masa akan datang?) Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara : a) Menerapkan unsur kecindan dan humor dalam pembelajaran. b) Berbincang dengan guru pembimbing dan meminta pendapat. c) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid. d) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti. e) Meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi di dalam kelas. f) Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan tahap murid. g) Menjalankan pengurusan tingkah laku yang bersesuaian dengan murid. Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

Anda mungkin juga menyukai