Anda di halaman 1dari 1

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

NOTA TINGKATAN EMPAT


TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN
POLITIK

6.

Keperluan berkeluarga boleh dilihat dari tiga aspek :


Menjadi ketua dan pemimpin kepada keluarga. Melahirkan bakal pemimpin atau pelapis negara. Melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berguna kepada bangsa dan negara, menyediakan anggota tentera untuk mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

KEPERLUAN BERKELUARGA
1. Keluarga merupakan asas terkecil yang membentuk sesebuah masyarakat. 2. Keluarga juga merupakan komuniti pertama yang mula dikenali oleh anak-anak. 3. Setiap anggota keluarga memainkan peranan penting untuk mengukuhkan institusi keluarga. 4. Keluarga bahagia, berkualiti dan cemerlang dapat dilahirkan jika setiap anggota keluarga mengetahui tanggungjawab masing-masing. 5. Pelbagai cara boleh dipraktikkan bersama bagi mengukuhkan institusi keluarga. Antaranya ialah beriadah bersama, makan bersama. meraikan hari istimewa bersama-sama. berkongsi suka duka bersama-sama. saling membantu dan bekerjasama sesama anggota keluarga dan lain-lain lagi.
SOSIAL
Melahirkan zuriat bagi mengembangkan unit keluarga. Memenuhi tuntutan agama bagi mendirikan keluarga secara sah. Menggelakkan gejala tidak sihat seperti anak luar nikah, bersekedudukan dan pembuangan bayi. Menambahkan rakyat dalam sesebuah negara.

EKONOMI

Menyediakan tenaga kerja dalam negara. Menyediakan pengguna dan pembeli barang untuk mengembangkan ekonomi negara selain meluaskan pasaran pengguna.

TEMA 2 | NOTA TINGKATAN 4

Anda mungkin juga menyukai