Anda di halaman 1dari 58

TEORI PERSONALITI DAN PSIKOTERAPI

TEORI PEMUSATAN INSAN Carl Rogers


Oleh PROF. MADYA AZMI BIN SHAARI DEKAN PEMBANGUNAN PELAJAR DAN KEUSAWANAN KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Isi Perbincangan
Sejarah Hidup Tokoh Sifat Tabii Manusia Konsep-konsep utama Dinamika Konsep Psikopatologi / Tingkahlaku Bilazim Rawatan Penilaian.

SEJARAH HIDUP CARL ROGERS


Nama Penuh Carl Ransom Rogers Dilahirkan 8 Januari 1902 di Oak Park, lllinois, di pinggir Bandar Chicago. Anak yang ke 4 dari 6 adik beradik. Bapanya seorang Jurutera awam dan ibunya seorang suri rumah. keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi Keluarganya kuat pegangan kristian protestant. Semasa kecil penuh dengan kesunyian kerana tidak digalakkan bermain, lebih menumpu kepada kejayaan.

Samb
Pada tahun 1922 bertunang dengan Hellen Elliot. Pada tahun 1924 beliau berkahwin dengan Hellen Eliot. Perkahwinannya tidak mendapat restu keluarganya. Mendapat anak pertama pada 1926 bernama David Elliot Rogers.

Samb..
Pada umur 12 tahun keluarganya berpindah ke ladang oleh sebab itu berminat dalam bidang pertanian. Tahun 1919,memasuki University of Wisconcin, Madison dalam bidang pertanian. Tahun 1922, ketika umur 20 tahun menghadiri persidangan kristian antarabangsa di Beijing,China. Mendapat Ijazah Pertama dalam bidang pertanian pada tahun 1924. Selepas beberapa tahun, berminat mendalami agama. Roger menghadiri seminar why I am entering Ministry? Majlis yang berbentuk liberal. Roger mula mempertikaikan perkara kefahaman keagamaan menggunakan akal iaitu pemikiran bebas. Selepas itu membuat keputusan untuk menukar kerjayanya sebagai ahli psikologi klinikal.

Samb..
Tahun 1928, beliau mendapat MA daripada Universiti Colombia.

Tahun 1930 dilantik sebagai Pengarah Jabatan Kajian Kanak kanak.


Tahun 1931, beliau mendapat PHD daripada Columbia University Teachers College. Tahun 1939 membuka klinik rawatan masalah kanak-kanak. Tahun 1940 dianugerah Prof penuh daripada Ohio Universiti dalam bidang psikologi klinikal. Tahun 1942, menghasilkan buku penulisan pertamanya bertajuk Counseling and psychoterapist

Samb
Tahun 1945, membuka pusat kaunseling di University of Chigaco. Tahun 1946, menjadi Pesident of American Psychological Association (APA). Tahun 1951, Roger memperkenalkan teorinya Client-centered Therapy Tahun 1956, menjadi presiden pertama American Academy of Psychoterapists Tahun 1957 kembali bertugas di bahagian psikologi Universiti Wisconsin.

Samb..
Tahun 1964 terpilih sebagai Humanist of the Year oleh American Humanist Association Tahun 1968, beliau dan rakan membina pusat mengkaji manusia di La Jolla, California.

Selepas meninggalkan Centre for studies of person beliau banyak menumpukan kepada penulisan dan ceramah dalam mengaplikasi pendekatan yang peloporinya Client-Centered Therapy.
15 tahun terakhir beliau banyak menumpu kepada penyelesian isu konflik sosial dalam usaha keamanan dunia

Samb
Tahun 1987, beliau telah terjatuh menyebabkan patah tulang punggung dan selamat dibedah. Satu malam selepas pembedahan itu jantungnya gagal berfungsi dan meninggal dunia beberapa hari kemudian. Beliau meninggal dunia ketika umur 85 tahun. Didalam tulisan terakhirnya beliau menyatakan pada umur 85 tahun hidupnya lebih bermakna daripada apa yang diharapkan dan dijangkakan saya tidak tahu bila saya akan mati, tetapi apa yang saya tahu saya telah hidup dengan menyeronokkan selama 85 tahun ini!

Sumbangan dalam penulisan


1937 The Clinical Treatment Of The Problem Child. 1942 Counseling And Psychotherapy 1951 Client Centered Therapy 1954 Psychotherapy And Personality Change 1957 - The Necessary And Sufficient Condition Of Therapeutic 1958 A PROCESS Conception Of Pschotherapy 1959 Rogers, A Theory of Therapy, Personaliti and Interpersonal 1961 Becoming A Person 1969 Freedom To Learn 1970 Carl Rogers On Encounter Group 1972 On Becoming Partners : Marriage And It Alternatives

Sifat Tabii Manusia


Rogers mempunyai pendirian yg cukup teguh mengenai sifat semula jadi manusia. Menurut Rogers: 1) Individu mempunyai harga diri dan penghormatan diri. Manusia boleh berkembang secara positif jika wujud perasaan percaya mempercayai, hormat menghormati yang boleh dirasai dan dialami. 2) Manusia baik dan boleh dipercayai Menolak anggapan bahawa manusia tidak boleh dipercayai dan pasif dan menjadi mangsa sifat biologi @ persekitarannya.

Samb

3) Tingkahlaku dilihat dari sudut persepi. Manusia bertingkahlaku dan menyesuaikan diri dengan situasi yang biasanya konsisten dengan cara individu mempersepsi dirinya dan persekitaran.

4) Cenderung ke arah kesempurnaan kendiri. Manusia mempunyai kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk berkembang mengikut peringkat demi peringkat ke arah menuju kesempurnaan kendiri.

Konsep Utama Teori Pemusatan Klien


Roger menyenaraikan sembilan cadangan formal yang menggariskan teori personaliti pendekatan Pemusatan Klien: 1) Semua individu wujud didalam dunia pengalaman yang sentiasa berubah dan manusia adalah ditengah-tengah dunia ini. Deskripsi dunia peribadi setiap pengalaman individu dipanggil sebagai bidang fenomena (Phenomenal field). Ini bermaksud hanya individu sahaja yang boleh menanggap dengan tulen dan lengkap pengalamannya. Tiada sesiapa dapat memahami sepenuh seseorang individu tersebut.

Samb..

2) Individu bertindakbalas kepada bidang fenomena sebagaimana dialami dan ditanggapi.


Bermaksud ialah individu tidak bertindak balas kepada realiti sebagaimana yang ditanggung oleh orang sekelilingnya tetapi bertindak balas kepada realiti sebagaimana yang ditanggapnya sendiri.

Samb

3)

Tingkahlaku yang pada asasnya adalah usaha ke arah matlamat individu untuk memuaskan keperluan sebagaimana yang dialami dalam tanggapan bidang fenomenanya.

Ini menekankan bahawa individu tidak boleh bertindak balas kepada realiti sebenar tetapi berdasarkan kepada realiti yang ditanggapinya.

Samb..

4) Sudut Pandangan yang paling baik untuk memahami tingkahlaku adalah dari ruang rujukan dalaman individu itu sendiri. Untuk memahami individu daripada ruang rujukan dalamannya ialah dengan menumpu kepada realiti yang subjektif yang wujud di dalam diri individu itu sesuatu masa. Untuk mencapai pemahaman ini seseorang kaunselor memerlukan kemahiran empati terhadap klien.

Samb.. 5) Kebanyakkan cara bertingkahlaku yang ditunjukkan oleh individu adalah konsisten dengan konsep kendiri individu itu. Konsep kendiri adalah asas kepada kaunseling Pemusatan Klien. Konsep kendiri adalah gambaran tersusun yang mengandungi persepsi individu tentang dirinya dan individu dengan hubungan orang lain serta objek persekitarannya. Konsep kendiri sentiasa berubah dan bukan satu entiti yang tetap. Persepsi dibuat berserta dengan nilai yang dipegang oleh individu tersebut.

Samb 6) Ketidakselesaan yang timbul antara kehendak individu secara sedar dan tingkahlakunya adalah hasil daripada jurang antara konsep kendiri individu dan pengalamannya. Ketidakselesaan merujuk kepada perkembangan kepada sesuatu keperluan. Apabila individu memperolehi kesedaran tentang kendirinya ia telah membina keperluan untuk tanggapan samada positif atau negatif dan tanggapan terhadap kendirinya. Contohnya keperluan berkaitan merasa disayang atau tidak disayangi oleh orang yang dekat dengannya dan individu akan membina satu peransang yang positif atau negatif terhadap diri sendiri.

Samb..

7) Apabila ketidakselesaan antara gambaran kendiri individu dan pengalamannya luas. Keadaan kebimbangan akan wujud. Keadaan kebimbangan ini adalah hasil daripada ketidakselesaan antara kendiri ideal dan kendiri sebenar individu tersebut. Apabila gambaran tentang diri ini meluas, seseorang akan merasa kecewa, takut dirinya akan dilihat sebagai tidak lengkap dan tidak berharga.

Kebimbangan wujud dari ketakutan bahawa orang lain akan mengenali kerendahan diri individu tersebut.

Samb

8) Untuk merendahkan kebimbangan individu, konsep kendiri perlu selaras dengan pengalaman sebenar individu tersebut.
Bagi menyelesaikan kebimbang individu tersebut, konsep kendiri dan kendiri sebenar perlu selaras.

Samb

9) Individu yang dapat berfungsi sepenuhnya adalah terbuka sepenuhnya kepada semua pengalaman dan tidak mempamerkan ciri-ciri mempertahankan diri.
Individu ini mengalami kendiri positif tanpa syarat. Konsep kendiri juga kongruen dengan pengalaman dan individu berupaya menekankan kecenderungan kesempurnaan.

Penekanan Pada Konsep Utama


1) Individu yang berfungsi penuh ( Fully Functioning Person) 2) Harga diri dan penerimaan positif (Self-worth and Positif Regard)
a) b) Penerimaan Positif tanpa Syarat (unconditional positive regard) Penerimaan Positif Bersyarat (conditional positive regard)

3)

Kongruen dan tidak kongruen (congruence and incongruence)

Samb..
1) Individu yang berfungsi penuh ( Fully Functioning Person) Roger percaya bahawa kesempurnaan kendiri menawarkan potensi pada semua individu untuk berubah dan berkembang. Roger menjelaskan Individu yang berkebolehan untuk mencapai kesempurnaan kendiri sebagai individu yang berfungsi sepenuhnya. Roger menghuraikan 5 kriteria utama iaitu : 1) Manusia terdedah kepada pengalaman. Ini bermaksud emosi samada positif atau negatif akan diterima tanpa bantahan atau dinafikan. Manusia bukan defensif (mempertahankan diri) dan akan bergerak sepenuhnya untuk memenuhi pengalaman hidup.

Samb.. 2) Setengah individu membentuk karektor melalui corak hidup persekitarannya. Ini bermakna pengalaman yang berbeza-beza yang dialami akan membentuk konsep kehidupannya. Mereka mengelak daripada berprasangka,menimbang terlebih dahulu sebelum menghakimi sesuatu perkara. 3) Sesetengah individu percaya kepada perasaan dan gerak hati. Mereka bertindak dengan apa yang difikirkan betul apabila mengikut gerak hati daripada mengambil masa yang panjang dalam menganalisa dan berfikir secara logik tentang sesuatu perkara. 4) Kreativiti memainkan peranan penting dalam kehidupan sesetengah manusia. Jadi ada kalanya mereka tidak sanggup mengambil risiko pada masa-masa tertentu

Samb.. 5) Manusia yang menggunakan potensi diri sepenuhnya akan berjaya dalam hidupnya berbanding dengan manusia yang tidak menggunakan potensi diri. Ia melibatkan kebahagian dan kegembiraan. Sanggup mengambil risiko, belajar daripada pengalaman pahit dan berani menghadapi cabaran.(daripada menjauh diri daripada sebarang masalah) Roger tidak melihat fully functioning person sebagai jenis personaliti tetapi adalah merupakan penyesuaian yang baik, seimbang dan menarik manusia keseluruhannya.

Samb..

2) Kendiri dan penerimaan positif (Self-worth and Positif Regard) Perasaan individu tentang kendiri ialah merujuk kepada apa yang individu percaya tentang kemampuan untuk mencapai dan bagaimana orang lain berinteraksi dengan individu tersebut. Kendiri banyak dipengaruhi oleh perkara-perkara yang bermakna didalam dalam individu tersebut. Menurut Rogers (1959), Individu yang mempunyai kendiri yang tinggi lebih bersedia menghadapi cabaran, sanggup menerima kegagalan dan lebih bersifat terbuka.

Samb..

Perasaan kendiri berkembang pada zaman kanak-kanak lagi.Hasil daripada interaksi kanak-kanak dengan ibubapa dan orang yang bermakna dalam hidup mereka. Rogers mengkategorikan kanakkanak mendapat dua keperluan asas utama iaitu penerimaan positif daripada orang lain dan penerimaan positif diri sendiri. Roger membezakan antara penerimaan positif tanpa syarat (unconditional positive regard) dan penerimaan positif bersyarat (conditional positive regard)

Samb..

a)

Penerimaan Positif tanpa Syarat (unconditional positive regard) Adalah cara terbaik perlu dimana orang lain berinteraksi dengan kita. Ibubapa menerima anak mereka seadanya. Apabila kanak melakukan kesalahan ibubapa akan membuat anak mereka disayangi dan diperlukan. Kanak-kanak merasakan bebas dan mencuba sesuatu baru.

Samb..

b)

Penerimaan Positif Bersyarat (conditional positive regard) Merupakan bentuk interaksi yang biasa diantara anak dan ibubapa. Pada waktu ini penerimaan positif kepada kanakkanak adalah bersyarat ataupun bergantung kepada perlakuan kanak-kanak yang dipersetujui oleh ibubapa. Kanak-kanak merasa dinafikan dan mengalami kekurang emosi

Samb..

a) Penerimaan Positif tanpa Bersyarat (unconditional positive regard)


Penerimaan individu dgn apa mereka ada Individu rasa selamat dan dihargai/ bernilai menerima semua aspek diri dan dihargai. Menjadikan perasaan harga diri yang tinggi dan berfungsi sepenuhnya

Samb..

b) Penerimaan Positif Bersyarat (conditional positive regard)


Penerimaan individu dgn kelakuan/tlaku Yang dipersetujui oleh orang lain. Tindakan individu banyak bergantung kepada persetujuan drpd orang lain dan hilang keyakinan diri. Menjadikan perasaan harga diri yang rendah dan tidak berfungsi sepenuhnya

Samb.. 3)

Kongruen dan tidak kongruen (congruence and incongruence)


Rogers lebih memberi penekanan kepada ketekalan diri dan kongruen. Kebanyakan tingkahlaku adalah tekal dengan konsep kendiri. Apabila terdapat banyak ketekalan antara konsep kendiri dengan pengalaman, maka terdapat banyak kekongruenan dalam diri individu. Ini dinamakan kongruen yang tinggi. Menurut Rogers, Individu mengalami keadaan tidak kongruen apabila perbezaan antara diri yang diamati dengan pengalaman sebenar.Keadaan ini adalah tegang dan banyak kekeliruan.

Samb..

Bila terdapat banyak persamaan diantara Ideal self, Self concept dan organismic Self , maka individu akan mengalami kekongruenan.
Self-concept Ideal self

Persamaan yang banyak diantara Ideal self, Self concept dan organismic Self
( KONGRUEN) Organismic self

Samb..

Sebaliknya, bila terdapat banyak keadaan yang tidak sama diantara Ideal self, Self concept dan organismic Self, maka wujudlah keadaan tidak kongruen.
Self-concept Ideal self

Persamaan yang sedikit diantara Ideal self, Self concept dan organismic Self
( TIDAK KONGRUEN) Organismic self

DINAMIKA KONSEP
Menurut Roger, konsep utama dalam personaliti ialah konsep kendiri, pengalaman (organisma) dan kongruen. Ini merujuk kepada

Ketekalan diri dan kongruen Rogers lebih memberi penekanan kepada ketekalan diri dan kongruen. Kebanyakan tingkahlaku adalah tekal dengan konsep kendiri. Apabila terdapat banyak ketekalan antara konsep kendiri dengan pengalaman, maka terdapat banyak kekongruenan dalam diri individu. Ini dinamakan kongruen yang tinggi. Menurut Rogers, Individu mengalami keadaan tidak kongruen ini adalah disebabkan perbezaan antara diri yang diamati dengan pengalaman sebenar terdapat jurang yang luas. Keadaan ini adalah tegang dan banyak kekeliruan.

Samb..

Konsep penyempurnaan kendiri melibatkan organisma berkembang daripada struktur yang mudah kepada peringkat yang lebih kompleks, bergerak daripada peringkat bergantung kepada orang lain kepada peringkat berdikari. Konsep ini melibatkan keperluan organisma untuk mengurangkan ketegangan, tetapi memberi penekanan kepada kepuasan yang diperolehi hasil daripada aktiviti yang menyeronokkan. Walaupun Rogers memberi penekanan kepada konsep penyempurnaan kendiri dalam proses personaliti, beliau tidak mencipta alat untuk mengukur.

PSIKOPATOLOGI (Tingkah laku bilazim)


Kenapa manusia bertingkahlaku tidak normal. Menurut Rogers, apabila kendiri individu dan pengalaman terdapat jurang yang berbeza, ini akan mewujudkan kebimbangan. Keadaan kebimbangan timbul hasil daripada ketidakselesaan antara kendiri sebenar (real self) dan kendiri ideal (Ideal-self). Bagi menghilangkan kebimbangan perlu mengimbangi antara kendiri sebenar dan kendiri ideal.

RAWATAN
Roger telah memperkembangkan dua pendekatannya dalam psikoterapi: 1) Kaunseling Individu - Client Centered Therapy - Person Centred Therapy - Non Directive Therapy 2) Kaunseling Kelompok - Ecounter Group Therapy Kedua-dua pendekatan merujuk kepada menghasilkan bagaimana manusia berfungsi dengan mempertingkatkan harga diri melalui penerimaan positif tanpa syarat dan menukarkan ketidak kongruenan kepada kongruen.

PERANAN KAUNSELOR
Menurut Rogers, ahli terapi perlu menunjukkan tiga pendirian apabila bergaul dengan klien terapi: 1) Empati Empaty Empati adalah mencuba memahami perasaan dan pengalaman klien bagaimana mereka rasa dan berfikir. Bagi berempati dengan klien terapi, ahli terapi hendaklah meletakkan dirinya didalam kasut orang lain. 2) Penerimaan Acceptance Penerimaan individu yang lain bermaksud penerimaan positif tanpa syarat dan menerima individu dengan seadanya. Ini membantu kekongruenan yang lebih individu lain.

Samb..

3) Ketulenan Genuineness Ketulenan merujuk kepada dimana ahli terapi bersifat keterbukaan dan mempunyai kesedaran tentang perhubungan teraputik dan tidak cuba memanipulasikan klien atau individu lain pada jalan yang tidak betul. Roger percaya jika ahli terapi atau kaunselor mengamalkan sikap ini kepada klien terapi, perubahan pasti berlaku dalam keadaan yang positif dan baik.

Samb.. Kaunselor dengan sikap berkebolehan berempati dan berfungsi sebagai fasilitator bagi perkembangan klien. Kaunselor haruslah berusaha mengadakan suasana yang sesuai dan mengalakkan klien untuk merasa bebas untuk meneroka, mengalami bidang hidup yang disangkal atau diherot- berot atau yg tidak disedari. Kaunselor haruslah membantu klien agar tidak bersikap membela diri atau defensif dan selalu mencari helah tertentu bagi setiap tingkahlakunya. Kaunselor haruslah memperlihatkan kepada klien yang ia dianggap sama taraf dengan dirinya dan bersama serta berusaha untuk mengenali masalah dan mengatasinya. Kaunselor tidak mendiagnos masalah klien tetapi menjadi cermin dalam membantu klien melihat dirinya sendiri.

Samb..

Menurut Rogers (1967), ada enam keadaan yang perlu dan mencukupi bagi menghasilkan perubahan personaliti: 1) Dua individu berhubungan secara psikologi. 2) Seorang daripadanya iaitu klien berada didalam keadaan tidak kongruen serta mengalami kerisauan. 3) Seorang lagi individu iaitu kaunselor berada didalam keadaan kongruen. 4) Kaunselor menerima klien tanpa sebarang syarat atau prasangka.

Samb

5) Kaunselor dapat merasai apa yang dirasai, dipersepsi dan dialami oleh klien. Kaunselor berusaha menyampaikan perasaan, persepsi dan pengalaman yang dialami oleh klien tersebut. 6) Klien hendaklah dapat merasai, mempersepsi dan mengalami yang kaunselor memang sedia menerimanya tanpa syarat dan berupaya merasai, mempersepsi dan mengalami apa yang dirasai, dipersepsi dan dialami.

Samb

Untuk memastikan tercapainya perkara-perkara tersebut diatas, haruslah wujud: Pertemuan, baik secara langsung atau tidak langsung, diantara kaunselor dgn klien. Kaunselor haruslah didalam keadaan kongruen dan klien berada dalam keadaan tidak kongruen. Kaunselor sedia terima klien tanpa syarat, tanpa prasangka atau anggapan. Kaunselor boleh berempati bagi merasai dan mengalami apayg dialami oleh klien. Kaunselor harus bersifat jujur, ikhlas dan terbuka. Klien haruslah dapat melihat, merasai, tak banyak sedikit, sifat-sifat dan kebolehan-kebolehan yang ada pada kaunselornya.

Peranan Klien & Keadaan Klien


Klien berada didalam keadaan tidak kongruen, iaitu apa yang dipersepsinya mengenai dirinya tidak sama atau serupa dengan apayg dialaminya. Wujud didalam individu itu kendiri yang mengalami sesuatu yang tidak sama dengan struktur kendirinya. Kendiri sepertimana terjadi dari gabungan diantara penilaiannya sendiri, penilaian orang lain dan penilaiannya mengenai persepsi orang lain terhadap dirinya. Gambarajah dibawah menunjukkan

Samb..

Menunjukkan bagaimana kendiri dihasilkan.

Persepsi individu itu sendiri mengenai dirinya

KENDIRI

Penilaian individu akan persepsi orang lain terhadap diri nya

Penilaian orang lain akan


diri individu itu.

Samb..

Bila terdapat banyak persamaan diantara kendiri dan pengalaman, maka individu akan mengalami kekongruenan.

K E N D I R I

P E N G A L A M A N

Persamaan diantara kendiri dengan pengalaman banyak


( KONGRUEN)

Samb..

Sebaliknya, bila terdapat banyak keadaan yang tidak sama di antara kendiri dan pengalaman, maka wujudlah keadaan tidak kongruen.

K E N D I R I

P E N G A L A M A N

Persamaan yang sedikit diantara kendiri dengan pengalaman banyak


( TIDAK KONGRUEN)

Samb..

Jika persamaan wujud banyak persamaan diantara kendiri dan pengalaman, seseorang itu tidak akan merasa risau. Sebaliknya jika terdapat sedikit persamaan individu akan merasa ketegangan dan kerisauan dalam diri. Perlu berjumpa kaunselor. Individu juga boleh mengurangkan ketegangan dengan menggunakan helah bela diri. Mengikut Rogers, dua bentuk helah bila diri yang digunakan iaitu: 1) Menyangkal apa-apa pengalaman yang tidak sejajar. 2) Mengherot-berotkan pengalaman itu agar sejajar atau kongruen dengan kendirinya.

Samb..

Awal sesi kaunseling klien akan memperlihat ciri-ciri berikut: 1) Ia mempunyai kepercayaan dan sikap rigid 2) Perasaan dan pengalaman yang tersekat 3) Ia terpisah dari perasaan yang tulen. 4) Ia tidak bersedia untuk membincangkan perasaan-perasaan mendalam mengenai dirinya. 5) Takut mesra 6) Tidak yakin akan dirinya dan sebagainya.

Samb..

Akhir Sesi Kaunseling klien akan menunjukkan: 1) Dapat menyatakan perasaan kebimbangan yang selama ini terpendam dan tersekat. 2) Tidak lagi mengherot- berot kenyataan. 3) Telah wujud kesedaran untuk menerima dan menggabungkan sebahagian perasaan yang bercanggah dan mengelirukan dalam struktur kendiri. 4) Mula mengenali perasaan yang negatif dan positif yang selama ini tersembunyi atau ditekan. 5) Lebih bersifat terbuka, mudah membuat keputusan dan yakin pada diri sendiri. 6) lebih kuat berusaha menuju ke arah kesempurnaan kendiri.

Teknik dan Prosuder


Rogers tidak mempunyai suatu teknik atau prosuder seperti terdapat setengah psikoterapi yang lain. Dalam psikoterapi pemusatan klien, matlamat yang hendak dicapai ialah dengan membina diri klien agar dapat berkembang dengan potensi diri sendiri ke arah kesempurnaan kendiri. Perhubungan antara kaunselor dan klien dititikberatkan dalam perhubungan melalui sifat-sifat keikhlasan, kejujuran, ketulenan, kesediaan menerima tanpa syarat dan keupayaan berempati.

samb..

Dalam berinteraksi dengan klien, kaunselor banyak menggunakan kemahiran-kemahiran seperti refleksi, parafrasa, pentafsiran, semakan persepsi, kesenyapan, dorongan minima dalam usaha mendorong klien meneroka perasaan dan masalahnya.
Kaunselor perlu memainkan peranan penting bagi mendorong klien yang tersekat perkembangannya bergerak dan hidup semula dan seterusnya berkembang kearah kesempurnaan kendiri.

PENILAIAN
KEBAIKAN Menghormati individu sebagai manusia yang mempunyai potensi diri. Nilai-nilai dan sikap positif didalam interaksi adalah amat penting dalam menerima seseorang tanpa syarat. Menekankan kepentingan kejujuran, keikhlasan dan ketulenan dalam membantu individu yang bermasalah. Membantu individu berdasarkan ruang dalaman individu sendiri tanpa mempengaruhi secara langsung perubahan tingkahlaku. Membina pengalaman yang positif kepada individu ke arah kesempurnaan kendiri.

Samb
LIMITASI / KRITIKAN Terapi Pemusatan Klien terlalu ringkas. Terhad kepada kaedah mendengar dan membuat refleksi kendiri. Kurang berkesan dan tidak memandu klien secara langsung tidak tersusun. Lebih menitikberat kaunselor sebagai individu, sepatutnya lebih memfokuskan kepada perkembangan kepelbagaian teknik yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah yang lebih spesifik. Perlu lebih menekankan latihan yang lebih sistematik dalam kemahiran kaunseling dan kurangkan penekanan kepada sikap peribadi kaunselor. Tidak semestinya benar setiap individu mempunyai perkembangan potensi atau kecenderungan kesempurnaan kendiri. Tidak semua klien mempunyai kesanggupan mempercayai kebenaran dalaman diri dan mencari jawapan sendiri.

Kesimpulan
Bagi membolehkan seseorang itu berkembang secara positif, mestilah wujud tiga suasana atau keadaan iaitu: 1) Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran. 2) Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat. 3) Kefahaman yang mendalam.

Bagi mendalami seseorang individu, perlu memahami tiga unsur penting iaitu:
1) Organisma seorang individu secara keseluruhan. 2) Bidang Fenomenologi Keseluruhan pengalaman yang dirasai dan dipersepsi. 3) Kendiri Satu unsur yang terdapat didalam bidang fenomologi yang disebut saya atau aku.

RUJUKAN
Amir Awang, Teori Amalan Psikoterapi, 1987, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Corey, G., Theory and Practice of Counseling and Psychotheraphy, 2001, Belmont: Wadworth Brooks. Calvin, S.H & Lindsey, G., Theories of Personality, 1970, USA: John Wiley and Sons Inc. Eysenck,H.J & Eysenck, M.W., Personality and Individual Differences: A Natural Science Approach, 1985, New York : Plenium Press. Pennington, D., Essential Personality, 2003, Cornwall: MPG Books Ltd. Sabariah Siron, Teori Kaunseling dan Psikoterapi, 2005, Petaling Jaya: Prentice Hall.

Anda mungkin juga menyukai