Anda di halaman 1dari 3

Jurnal 5 BAHAN BANTU MENGAJAR Siti suhaidah binti suhana DPLI-SR Sejarah Masalah Sepanjang 5 minggu saya menjalani

latihan praktikum di sekolah kebangsaan sungai tuang ini. Saya menghadapi masalah dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai dengan murid-murid. Terutama bagi mata pelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan tahun 4. Agak terhad bagi saya untuk menggunakan bahan bantu mengajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini membuatkan, murid-murid mudah bosan dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Secara tidak langsung proses pengajaran saya terganggu. Analisis masalah Penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran umpama isi dengan kulit. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna kepada guru dan murid jika ilmu yang ingin disampaikan dan diterima itu dapat disampaikan dan dapat diterima dengan mudah dan efisien. Antara sebab terjadinya masalah ini adalah kerana guru yang tidak kreatif dan kekeringan idea untuk menghasilkan bahan bantu mengajar. Sikap guru kurang keyakinan bagi menjalankan aktiviti yang mencabar seperti permainan. Masa pengajaran dan pembelajaran yang terhad iaitu selama 30 minit menyebabkan guru tidak dapat menjalankan aktiviti yang menarik. Selain itu, kadang kala aktiviti tidak dapat dijalankan kerana guru perlu menghadapi murid yang mengalami masalah di dalam kelas. Seterusnya menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu dan aktiviti tidak dapat dijalankan sepenuhnya. Di dalam buku Pedagogi Sejarah tulisan Ismail bin Said (2012) menyatakan pandangan Harris (1979) bahawa penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai beberapa tujuan, antaranya

ialah menarik minat murid untuk belajar, sebagai medium ulangkaji pelajaran lalu, motivasi pembelajaran topik atau tajuk baru dan menggalakkan respon murid. Cadangan Antara cadangan yang boleh dilakukan oleh guru perlulah lebih banyak membaca dan berusaha mencari idea bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menarik. Guru perlu bijak memilih bahan bantu mengajara yang selaras dengan objektif pembelajaran murid pada hari itu. Bahan bantu mengajar yang digunakan mestilah boleh membantu murid untuk mengembangkan potensi mereka. Bahan yang digunakan juga perlulah mempunyai unsur intelek dan juga mewujudkan nilai-nilai murni. Selain itu, selaras dengan zaman yang serba canggih dan berteknologi, teknik pengajaran juga mula berubah. penggunaan ICT dengan grafik yang menarik, dapat menarik minat murid untuk terus belajar. Penggunaan ICT ini akan lebih membantu guru untuk mengajar dan mengawal tingkah laku murid supaya memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran serta membantu murid lebih memahami topik yang diajar. Tempoh penyelesaian 25 Febuari hingga 8 Mac 2013 Tindakan susulan Sebagai tindakan susulan, saya akan sentiasa berbincang dengan guru pembimbing dan rakan-rakan tentang penggunaan bahan bantu mengajar. Perbincangan yang dibuat dapat menambahbaikkan penggunaan bahan bantu mengajar, agar ia lebih sesuai dan berkesan. Secara tidak langsung hasil pembelajaran yang dirancang dapat dicapai dengan penuh warna warni dan menggembirakan semua orang. Kesimpulan Secara kesimpulannya, maslah bahan bantu mengajar ini adalah masalah yang amat minimum dan ianya boleh diatasi dengan segera. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa hadapan. Pembelajaran yang efektif adalah kunci kejayaan pendidikan bagi generasi baru akan 2

datang mempunyai daya kreatif yang kukuh. Guru sebagai tulang belakang modal insan negara, perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam pelaksanaan sesuautu usaha pemantapan strategi pengajaran dan pembelajaransetiap hari.

Rujukan Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Ismail bin Said (2012). Pedagogi Sejarah. Perlis. Percetakan Madani Mook Soon Sang. 2008.Siri Pendidikan: Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi, Murid Dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Omaruddin Haji Ashaari, Yunus Muhamad. (1996). Kaedah Pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd

Ragbir Kaur Joginder Singh. 2012. Panduan ilmu pendidikan untuk dpli pedagogi. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai