Anda di halaman 1dari 1

Peranan Kami Dalam Memulihara Hidupan Liar Di Negeri Johor.

Pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar perlu diusahakan bagi mengatasi kepupusan flora dan fauna. Pemeliharaan hutan melibatkan usaha-usaha membela dan menjaga hutan supaya tidak musnah. Oleh itu, kami akan bersama-sama mengambil bahagian dalam kempen-kempen alam sekitar yang sesuai dan perlu dilaksanakan untuk membendung masalah kemusnahan alam sekitar. Kami akan bersama pihak kerajaan dan pertubuhan alam sekitar seperti Tabung Alam Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam untuk memupuk kesedaran penjagaan alam sekitar melalui pelbagai kempen. Kami juga akan mengambil bahagian dalam kempen kesedaran dengan mengajak masyarakat meninggalkan sikap dan tabiat buruk. Perlaksanaan kempen kesedaran dilakukan bagi menyemai rasa tanggungjawab masyarakat agar

bekerjasama memelihara dan memulihara khazanah warisan negara. Perlaksanaan kempen kesedaran ini boleh dipelbagaikan dengan aktiviti yang menarik seperti

melepaskan anak ikan, pameran, ekspedisi, pendidikan, ceramah dan pengindahan serta aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan yang melibatkan penduduk setempat. Aktiviti ini dapat memupuk semangat kecintaan pada kebersihan dan seterusnya menyediakan persekitaran yang selesa, nyaman dan harmoni sebagai warisan kepada generasi mendatang. Selain itu, pertandingan mewarna di kalangan kanak-kanak prasekolah juga akan diadakan sebagai menyemai bibit-bibit kesedaran kepada kebersihan pada usia awal. Buluh yang hendak dilentur haruslah dimulakan pada peringkat rebung.

199 PATAH PERKATAAN