Anda di halaman 1dari 4

MTQ-BERCERITA LELAKI

2013

SITI AMINAH BONDA RASULULLAH S.A.W Tersebutlah kisah seorang wanita, Cantik bestari tiada taranya, Anak bangsawan pekerti mulia, Itulah dia Aminah namanya. Tahukah kawan-kawan siapakah bonda Rasulullah s.a.w ? Beliau ialah Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Beliau adalah seorang wanita berhati mulia, pemimpin para ibu. Seorang ibu yang menganugerahkan anak tunggal yang mulia, rasul yang bijak, pembawa hidayah. Nabi Muhammad s.a.w. berkata tentang nasabnya, iaitu asal keturunan baginda. Allah telah memilih aku dari kinanah, dan memilih kinanah dari suku Quraisy bangsa Arab. Aku berasal dari keturunan orang yang baik-baik, dari orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik. Dan sabdanya lagi, Allah memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang baik ke rahim-rahim yang suci secara terpilih dan terdidik. Tiadalah bercabang-cabang, melainkan aku di bahagian yang terbaik. Anak adalah amanah Tuhan, Menyambung warisan generasi belia, Aminah binti Wahab ibu pilihan, Keturunan terbaik lagi mulia. Aminah bukan sahaja ibu kepada seorang rasul, tetapi juga wanita pengukir sejarah. Beliau juga merupakan gadis yang termulia nasab dan kedudukannya di kalangan suku Quraisy. Semasa kecil, Aminah dimulai dari lingkungan yang mulia, asal keturunannya adalah paling baik. Beliau memiliki kebaikan nasab dan ketinggian asal keturunan yang dibanggakan dalam masyarakat bangsawan yang sangat membanggakan kemuliaan nenek moyang dan keturunannya. Siapakah suami Aminah, iaitu bapa Nabi Muhammad s.a.w? Allah telah memilih Aminah binti Wahab sebagai isteri Abdullah bin Abdul Mutalib di antara gadis-gadis lain yang cantik dan suci. Ketika melangsungkan perkahwinan antara Aminah dan Abdullah, umur Aminahbinti Wahab ketika itu masih berusia dibawah 20 tahun, Suatu malam, Aminah pernah bermimpi seakan-akan cahaya keluar darinya menyinari istanaistana Syam. Beliau juga mendengar suara ghaib bahawa beliau mengandungkan seorang pemimpin umat. Para pendita Yahudi dan Nasrani serta peramal-peramal Arab selalu membicarakan tentang kedatangan nabi yang ditunggu-tunggu selama ini. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 129:

MTQ-BERCERITA LELAKI

2013

. .
Ya Tuhan kami, Utuslah bagi kami seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu, dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka, dan menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana. Dan terwujudlah khabar gembira dari Nabi Isa alaihissalam seperti tersebut di dalam surah as-Shaff ayat 6:

. .
Yang bermaksud : Dan ingatlah ketika Isa, putera Maryam berkata, Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku utusan Allah kepadamu, yang membenarkan kitab yang turun sebelumku, iaitu Taubat dan memberi khabar gembira kepada seorang rasul yang akan datang setelahku, yang namanya Ahmad, yakni Muhammad. Namun ketika rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata, ini adalah sihir yang nyata. Maka memang benarlah ramalan mimpi Aminah tentang cahaya yang keluar dari dirinya serta menerangi istana-istana Syam itu. Kawan-kawan yang dikasihi, Aminah binti Wahab adalah pemimpin para ibu. Beliau ialah ibu Nabi kita, Muhammad s.a.w. yang dipilih Allah sebagai rasul pembawa risalah untuk umat manusia hingga akhir zaman.

Telah termaktub di dalam al-Quran:

MTQ-BERCERITA LELAKI

2013

.
Surah Ali-Imran, ayat 85. Yang bermaksud : Dan barangsiapa memilih agama selain Islam, maka tiadalah diterima ( agama itu ) darinya. Dan di akhirat termasuklah orang-orang yang rugi.

Nabi Muhammad akhiri zaman, Pembawa rahmat seluruh alam, Akhlak mulia tiada bandingan, Menjadi ikutan setiap insan. Muhammad al-Amin dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiul awal, tahun Gajah, iaitu 570 Masihi. Kedua ibu bapa baginda adalah keturunan Bani Ismail. Ayah baginda, iaitu Abdullah telah meninggal dunia di Yathrib dalam perjalanan ketika berniaga. Semasa kecil, selain daripada menyusu dengan ibu kandungnya Aminah, Muhammad s.a.w. juga pernah disusui oleh Thuwaibatul Aslamiah dari kalangan Bani Aslam. Dan seterusnya disusui oleh Halimatus Saadiah, dari kalangan Bani Saad. Sejak dari kandungan ibunya hingga lahir, Muhammad s.a.w. telah menunjukkan pelbagai mukjizat sebagai tanda-tanda kenabiannya. Setelah Rasulullah s.a.w. berada di bawah Halimatus Saadiah selama empat tahun lamanya, baginda dikembalikan kepada ibunya, Aminah. Setelah itu, Aminah bersama-sama anaknya, Muhammad serta pengasuhnya, Ummu Aiman pergi menziarah pusara suaminya, Abdullah di Yathrib. Ketika perjalanan pulang ke Mekkah, Aminah jatuh sakit dan meninggal dunia. Beliau dikuburkan di sebuah tempat bernama Abwa. Akhirnya Muhammad s.a.w. pulang ke Mekah bersama Ummu Aiman. Maka, tinggallah Muhammad menjadi yatim piatu. Setelah itu, Muhammad dijaga pula oleh datuknya, Abdul Mutalib. Tinggallah nabi seorang diri, Hilanglah insan yang dikasihi, Tinggallah nabi seorang diri, Mengajarnya hidup berdikari.

MTQ-BERCERITA LELAKI

2013

Betapa harumnya nama Aminah, dan betapa kekel namanya nan abadi. Seorang ibu yang luhur dan agung sebagai ibu Muhammad, manusia paling utama di dunia, paling sempurna di antara para nabi dan sebagai rasul yang mulia. Kini aku, hilang tempat mengadu Oh ibu, damailah engkau di sana, Ku pohon doa mewangi, hadiah dari anakmu, Ibu Antara pengajaran yang terdapat di dalam kisah ini ialah; 1- Ibu adalah seorang wanita yang paling mulia. Sebagai anak, kita mestilah menghormati dan menyayangi ibu selagi beliau hidup. 2- Tiada sesiapa pun yang dapat menggantikan tempat seorang ibu. Oleh itu, janganlah kita menderhaka kepada mereka. Pulau Bangi jauh ke tengah, Gunung Kinabalu tumpuan keluarga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik ku kenang juga.