Anda di halaman 1dari 15

Tajuk 1

Sinopsis

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengertian pengajaran dan pembelajaran, serta prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. Ia merangkumi peristiwa-peristiwa pengajaran dan kaitan dengan jenis-jenis pembelajaran Gagne. Pengetahuan ini akan membolehkan guru-guru memahami dengan lebih baik prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran

seperti dikemukakan oleh Ewell dalam mengorganisasikan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat: 1. 2. 3. Menjelaskan pengertian pengajaran dan pembelajaran Menyatakan prinsip dan jenis-jenis pembelajaran Gagne Menunjukkan perkaitan antara pengajaran dengan pembelajaran

Kerangka konsep tajuk-tajuk bab ini

Pengajaran dan Pembelajaran

Konsep Asas

Prinsip-Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran (Ewell)

Peristiwa Pengajaran dan Pembelajaran

Definisi Pengajaran & Pembelajaran

Penglibatan aktif Perkaitan dan corak Pembelajaraninform al Pengalamanlangsu ng

Situasi mendesak Maklum balas berterusan Suasana yangmenyerono kkan Refleksi

Kemahiran Intelek Maklumat Verbal Strategi Kognitif

Sikap Kemahiran Motor

1.1

Pengertian Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses di mana peluang disediakan untuk murid menghasilkan suatu perubahan yang agak kekal melalui penglibatan dalam pengalaman yang disediakan oleh guru. Pengajaran boleh dihuraikan

sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi merupakan suatu yang dengan baik. Secara praktisnya, pengajaran preskriptif. Guru menilai keperluan-

diagnostik dan

keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasikan strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang pengajaran. sesuai untuk pelajar. Ini merupakan faktor penting dalam

Secara ringkasnya, pengajaran ialah :

melibatkan diri dalam pembelajaran dan perkembangan sepanjang hayat menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja berkongsi pengetahuan membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang ramai (Noriati, Boon & Sharifah, 2012)

Definisi definisi pengajaran berdasarkan ahli psikologi yang lain: Pengajaran didefinisikan sebagai satu proses interaktif, melibatkan classroom talk yang berlaku antara guru dan murid serta berlaku semasa aktiviti dilaksanakan ( Amidon & Hunter, 1964 ) Pengajaran adalah satu pertembungan antara seorang personel yang berpersonaliti matang dengan seorang yang kurang matang dalam proses membentuk pendidikan untuknya. ( Morrison, 1926)

Pengertian pembelajaran Pembelajaran merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut. Ini berlaku jika perubahan tingkah laku tidak dapat diterangkan berdasarkan asas kecenderungan respons subjek, kematangan atau keadaan sementara seperti letih lesu, mabuk, desakan dan sebagainya (Bower & Hilgard, 1981)

Mengikut Slavin (2005) pula, pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait dengan pengalaman. Definisi di atas tentang pembelajaran mempunyai tiga komponen: Pembelajaran mencerminkan satu perubahan dalam potensi suatu tingkah laku. Ia tidak secara automatik membawa kepada satu perubahan tingkah laku. Kita harus dirangsang agar dapat menterjemahkan pembelajaran ke dalam tingkah laku. Perubahan-perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pembelajaran tidak sentiasa kekal. Oleh kerana pengalaman-pengalaman baharu, tingkah laku yang telah dipelajari tidak dipamerkan. Perubahan tingkah laku disebabkan proses-proses selain daripada pembelajaran. Sebagai contoh, tingkah laku kita boleh berubah kerana motivasi bukan pembelajaran. Anda belajar untuk mengelakkan kegagalan dan ketakutan anda memotivasikan anda untuk belajar. Perubahan tingkah laku ini adalah sementara: apabila keadaan motivasi berubah, tingkah laku juga berubah. Oleh itu, anda akanberhenti belajar apabila anda tidak rasa takut tentang kegagalan peperiksaan. Berhenti belajar adalah suatu contoh di mana keadaan sementara menyebabkan perubahan tingkah laku.
Kunjungi perpustakaan untuk mencari rujukan mengenai persoalan Adakah pembelajaran itu kekal?

1.2

Prinsip Prinsip Pembelajaran Ewell Prinsip prinsip pembelajaran merupakan dasar-dasar yang menerangkan bagaimana pembelajaran boleh berlaku secara efektif. Secara umumnya, kesediaan untuk belajar, keinginan untuk belajar untuk menemui dan mengumpul pengetahuan, belajar secara eksperiential, pembelajaran secara aktif dan penyusunan dan pemeringkatan isi merupakan beberapa prinsip asas dalam pembelajaran.

Perbincangan seterusnya akan menggunakan prinsip-prinsip pembelajaran yang dikemukakan oleh Ewell(1997). Beliau telah membentuk satu model yang menggambarkan prinsip-prinsip pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasi dalam bilik darjah.

Lapan prinsip yang diadaptasi daripada model Ewell adalahterdiri daripada yang berikut: (a) Penglibatan Aktif Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dan mengambil bahagian dalam pengajaran guru. Pengetahuan tidak disampaikan harus kepada pelajar secara

langsung tetapi pelajar

boleh mereka dan membina pengetahuan. Cara

Mengikut Ewell(1997,ms.6), the learner is not a receptacle of knowledge, but rather creates his or her learning activity actively and uniquely

pembelajaran jenis ini amat berbeza dengan model pengajaran tradisional iaitu kuliah atau pengajaran langsung.

Bruner(1961) mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan bahan pembelajaran akandapat mengingat kembali maklumat. Pelajar bukan sahaja perlu bertingkah laku secara aktif tetapi harus aktif secara kognitif (Mayer, 2004).

Pelajarbukan

sahaja menerima maklumat secara pasif tetapi mereka perlu

diberi tugasan yang dapat memberi peluang mereka meneroka bahan maklumat selain memimpinnya kearah pemahaman dan pembelajaran. Dalam proses ini, pelajar dapat menyelesaikan masalah serta mengemukakan cadangan, memberi pengertian baharu terhadap sesuatu topik dan berkebolehan menghubungkait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baharu.

Contoh aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif terdiri daripada: Perbincangan dalam kumpulan kecil Adakan diskusi atau forum secara online Pembelajaran koperatiif seperti think-pair-sharedan pembelajaran jigsaw Latihan bertulis sepertione minute paper untuk pelajar meninjau dan membuat penilaian dan rumusan bahan pembelajaran.

(b)

Perkaitan dan Corak Pelajar mempunyai peluang menentu, menguji dan membina corak dan

perkaitan apabila mereka membina makna daripada situasi pembelajaran. Proses kognitif iniinvolves actively creating linkages among concepts, skill Pelajar dapat

elements, people, and experiences (Ewell, 1997, ms.7).

mengadaptasi terhadap konteks pembelajaran baharu dan tugasan dengan mengkait, mengorganisasi dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran 4

yang telah dipelajari ke dalam struktur-struktur baharu. Apabila diberi tugasan, pelajar mendekatinyadengan membanding beza, menyusun dan memilih

daripada apa yang murid tahu untuk menyelesaikan masalah. Murid boleh menghubungkait dengan pengetahuan sedia ada dan murid juga membuat perkaitan tentang bagaimana maklumat boleh digunakan pada masa depan. Tambahan pula, jika diberi satu konteks pembelajaran yang spesifik, murid boleh menggunakan pola-pola yang diketahui untuk menyusun semula serta mengektrapolasikannya secara bermakna di dalam situasi baharu.

(c)

Pembelajaran Informal Pembelajaran merupakan sesuatu yang tidak formal dan boleh dipelajari dimana-mana sahaja serta pada bila-bila masa. Semua murid belajar sepanjang masa, bersama guru atau tanpa guru. Pembelajaran informal memperoleh pengetahuan akibat

merupakan pembelajaran implisit, iaitu

interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya dan fasilitator selain daripada apa yang diajar secara eksplisit (Ewell,1997b).

Secara umumnya, pembelajaran boleh berlaku dimana situasi sahaja, peluang untuk belajar tidak semestinya berasaskan sekolah sahaja. Pelajar boleh mengenal pasti dan belajar dalam apa jua situasi pembelajaran dan ia tidak perlu hanya dilaksanakan dalam bilik darjah. Misalnya, lawatan sambil belajar di mana pelajar berpeluang berinteraksi dengan persekitaran bertujuan untuk meneroka dan belajar.

Guru boleh

mewujudkan

kawasan di sudut pembelajaran untuk

pelajar

bermain pelbagai permainan tradisional di mana murid akan diberi peluang untuk bermain dalam kumpulan kecil dan belajar memanipulasi serta belajar cara bermain dengan betul. Dalam situasi sedemikian, murid belajar secara informal bagaimana berinteraksi dengan rakan serta cara bermain alat-alat permainan tradisional yang tidak diajar oleh guru(Noriati, Boon & Sharifah, 2012).

(d)

Pengalaman Langsung Mengikut Ewell (1997), pembelajaran langsung merujuk kepada learning-bydoing, iaitupelajar akan belajar jika mereka melakukkan aktiviti pembelajaran 5

secara langsung. Pelajar diberi peluang pembelajaran untuk melibatkan diri secara aktif. Pengalaman langsung dapat membantu pelajar meneroka dan memperoleh pemahaman dan mencipta suatu idea. Kadang kala pengalaman lepas mempengaruhi pelajar untuk mempunyai tanggapan yang kurang tepat. Pengalaman langsung boleh membantu dalam memperbetulkan pemikiran murid (Halpern &Associates,1994 dalam Ewell, 1997). Dengan pengalaman langsung, pelajar diberi peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dengan memerhati secara langsung objek atau fenomena yang ingin dikaji.

Rehat seketika dan buat renungan: Fikirkan beberapa contoh aktiviti pembelajaran langsung yang dapat dilaksanakan oleh anda dalam mata pelajaran pengkhususan anda.

(e) Situasi Mendesak Pembelajaran optimum cenderung berlaku jika pelajar berhadapan dengan sesuatu masalah yang perlu diselesaikan menggunakan kemahiran tertentu. Oleh yang demikian guru boleh menyediakan pembelajaran yang agak kompleks dan mendesak sertameminta pelajar meneroka pelbagai penyelesaian inovatif yang boleh diguna pakai. Guru juga boleh menyediakan pelbagai peluang untuk melibatkan pelajardalam pelbagai kemahiran serta memberi jangka masa sesuai untuk pencapaian penguasaan kemahiran. Tambahan pula, guru mewujudkan situasi di mana pelajar boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada sementara mengadaptasi kepada keadaan baharu. Antara caranya termasuk mewujudkan satu situasi yang kompleks dan bermotivasi agar merangsang perhatian dan usaha untuk mencari penyelesaian dan pastikan keputusan yang diperolehi boleh diaplikasi untuk kehidupan harian pelajar.

(f) Maklum balas Maklum balas merupakan maklumat yang diberi kepada individu-individu mengenai kesesuaian tindakan serta respons mereka. Maklumat ini

membolehkan pelajar untuk menyemak pencapaian serta memantau kemajuan pembelajaran. Mengikut Guskey (2001) maklum balas harus diagnostik, preskriptif dan sesuai dengan tahap pembelajaran pelajar. Peranan maklum balas dalam proses pembelajaran bukan semata-mata pemerosesan maklumat tetapi ia seharusnya mempengaruhi proses-proses afektif dan motivasi pelajar. 6

Maklum balas merupakan satu aspek penting untuk menambahbaik prestasi pelajar. Pelbagai maklum balas dapat diperolehi di dalam bilik darjah. Guru memberi pelajar input secara lisan atau bertulis.Rakan sebaya juga memberi maklum balas kepada rakannya. Selain itu, maklum balas dalam bentuk cadangancadangan prestasinya. Secara rumusan, maklum balas yang kerap sama ada sebagai pembetulan atau insentif adalah perlu daripada guru serta rakan sebaya sepanjang proses pembelajaran supaya pembelajaran akan berkekalan. Jika tidak ada maklum balas ataaupun peluang untuk latihan, kemahiran-kemahiran yang dipelajari dengan baik boleh hilang begitu sahaja. penambahbaikan akan membantu pelajar untuk membaiki

(g) Suasana yang menyeronokkan Ewell(1997) menerangkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan adalah konteks budaya dan interpersonal yang menyediakan peluan interaksi, pelbagai tahap sokongan peribadi dan mewujudkan banyak peluang

pembelajaran (ms 10). Kebanyakan daripada pembelajaran jenis ini bercorak kumpulan dan secara lisan. Suatu persekitaran menyeronokkan boleh dibentuk jika guru memastikan suasana bilik darjah kondusif dari segi fizikal dan psikososial. Susunatur meja dan kerusi bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan akan mewujudkan suatu persekitaran yang merangsang penglibatan pelajar. Tambahan pula, persekitaran sosioemosi bilik darjah dipengaruhi suara dan intonasi guru, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan, kawalan kelas dan penggunaan ganjaran dalam bilik darjah. Suara guru yang jelas, berintonasi dan tidak tegang dapat mewujudkan suasana yang selesa dan tenang. menggalakkan pelajar bermesra dan berinteraksi dengan guru. Gaya kepimpinan guru mempengaruhi suasana emosi bilik darjah. Contohnya guru yang demokratik akanmenerimaidea pelajar secara terbuka, menggalakkan pelajaruntuk menyoal dan memberi mereka pujian yang berpatutan. Hal ini mewujudkan suasana emosi yang menyenangkan dan tenang. 7 Manakala, Ini akan

kepimpinan autokratik akan menyebabkanpelajar

berada dalam keadaan

tertekan kerana tidak ada tolak ansur daripada pihak guru, sentiasa dimarahi atau dikritik dan pelajar kurang peluang untuk memberi pendapat. Guru yang berkepimpinan laissez fairepula memberi kebebasankepada pelajar untuk melakukan apa sahaja tanpa batasan akan mewujudkan suasana bilik darjah yang tidak selesa dan tidak terkawal.Oleh itu, guru perlu berkeyakinan, riang, dan mempunyai unsur kecindan untuk mewujudkan suatu suasana yang

merangsangkan pembelajaran pelajar. Keadaan sebegini tidak memberi tekanan kepada pelajar hingga menjejaskan prestasi mereka. Persekitaran sebegini menyumbang kepada interaksi dan komunikasi berkesan dalam kalangan individu. Pembelajaran berkesan akan berlaku melalui aktivitiaktiviti yang melibatkan interaksi dalam suasana harmonis dan menyeronokkan. (h) Refleksi Refleksi merujuk kepada cara memikirkan mengenai pendidikan yang melibatkan kebolehan membuat pilihan yang rasional dan pada masa yang sama bertanggungjawab ke atas pilihan yang dibuat(Ross,1987).

Maksud refleksi ialah proses memikirkan atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri kita. Ia adalah satu usaha bermakna untuk

menjiwai proses pengajaran dan pembelajaran, membantu kita mengimbangkan kepercayaan kita dengan keperluan pelajar. Apabila kita membuat refleksi, kita menjadi lebih sedar dan kritis mengenai amalan kita sendiri dan sebagai kesannya, proses pendidikan dipertingkatkan.

Amalan refleksi dapat merangsang kemahiran penilaian kendiri yang memberi tuju hala tentang apa yang telah capai dan apa yang perlu ditambah baik. Kesemua ini akan mengakibatkan pemindahan pembelajaran ke situasi baharu serta memberi impak jangka panjang (Bransford et al., 1999). Situasi pembelajaran berkesan memerlukan tempoh masa untuk berfikir. Pelajar membuat refleksi terhadap dirinya sebagai pembelajar apabila mereka menilai proses berfikir yang digunakan untuk menentukan strategi yang terbaik untuknya.

Renungan: Buat refleksi tentang pengalaman anda di sekolah. Bagaimana guru menggalakkan melibatkan secara aktif di dalam aktiviti bilik darjah. Sejauhmanakah ia memberi impak dan pengalaman pembelajaran kepada 8

anda?

1.3

Peristiwa Peristiwa Pembelajaran Gagne Gagne (dalam Noriati,

Pembelajaran

dan

Kaitan

dengan

Jenis-Jenis

Boon

&Sharifah,

2012)

mengutarakan

lapan

fasa

pembelajaran dalam proses pembelajaran iaitu: Peringkat I Motivasi Motivasi merupakan satu elemen penting dalam mendorong pembelajaran. Motivasi merupakan prasyarat yang diperlukan untuk pembelajaran berlaku. Zindi, Peresuh and Mpofu (1995, p.111 dalam Commonwealth of Learning,2002) mendefinisikan motivasi sebagai satu proses atau kuasa dalaman organisme yang mendesak sesuatu untuk bertindak. Maka pembelajaran akan berlaku jika seorang pelajar itu bermotivasi. Peringkat II Memberi Perhatian Pembelajaran akan berlaku jika murid menumpukan perhatian kepada pengajaran yang disampaikan. Oleh itu, guru harus memastikan strategi yang digunakan dapat menarik perhatian pelajarsepenuhnya kepada pengajarannya. Antara cara

termasuklah

proses pembelajaran harus menarik dan menyeronokkan pelajar,

penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, penggunaan bahan pengajaran yang merangsang naluri ingin tahu pelajar dan menghubungkaitkan pembelajaran baharu dengan pembelajaran lepas serta menggunakan illustrasi yang konkrit dan menarik. Peringkat III dan IV Perolehan dan Ingatan Dalam proses pembelajaran, guru perlu memastikan maklumat yang disampaikan disimpan di dalam ingatan jangka panjang pelajar. Maka, guru perlu menggunakan kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar dalam proses mengingati apa yang diajar. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar seperti gambar, video klip dan bahan visual untuk memudahkan pemahaman dan ingatan pelajar.

Peringkat V Ingat kembali dan Retrieval

Pada peringkat ini, maklumat yang disimpan di dalam ingatan jangka panjang akan diingat kembali dan digunakan oleh pelajar. Retrieval merujuk kepada proses

mengesan maklumat yang disimpan dan disalurkan kepada kesedaran pelajar(Yelon &Weinstein,1977). Justeru, guru perlu mengambil kira pengalaman pelajar semasa menyediakan bahan pembelajaran agar mereka dapat membuat perkaitan

pengalaman baharu dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Pemeringkatan bahan pembelajaran secara sistematik akan memudahkan pemahaman dan maklumat diingat kembali dengan mudah oleh pelajar. Peringkat VI Generalisasi Pengaplikasian maklumat yang diingat kembali dalam situasi-situasi baharu berlaku pada peringkat ini. Proses pemindahan pembelajaran telahberlaku dan sesuatu

pengajaran dianggap sebagai berjaya jika pelajar dapat mengaplikasi apa yang telah dipelajari dalam situasi yang lain didalam atau diluar sekolah. Peringkat VII Prestasi Pada peringkat ini, pembelajaran telah berlaku jika murid menunjukkan perubahan tingkah laku atau prestasinya dapat diperlihatkan. Gerak balas pelajar dapat menunjukkan bahawa pembelajaran telah berlaku. Melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru boleh memperlihatkan gerakbalas pelajar dan ini merupakan indikator berlakunya pembelajaran. Peringkat VIII Maklum balas dan Peneguhan Dalam peringkat proses pembelajaran ini, maklum balas diberi tentang apa yang telah pelajari oleh pelajar serta maklum balas diberi sebagai motivasi setelah mereka mencapai objektif pembelajaran. Berdasarkan gerak balas pelajar terhadap soalan soalan yang dikemukakan oleh guru, maklum balas tentang prestasi mereka diberikan. Maklum balas bertujuan untuk memaklum tentang prestasi pelajar serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan. Maklum balas guru harus semerta untuk pelajar membuat tindakan selanjutnya.

Jenis Pembelajaran Pengetahuan mengenai proses pembelajaran Gagne yang dijelaskan di atas amat relevan dan berguna kepada setiap guru. Maka, semua jenis pembelajaran Gagne seperti kemahiran intelek, kemahiran verbal, kemahiran psikomotor atau sikap

10

mengikut proses pembelajaran yang sama.Seperti yang dikemukakan oleh Gagne, terdapat sembilan peristiwa pengajaran dan kaitannya dengan proses pembelajaran seperti berikut;

Peristiwa Pengajaran Menarik Perhatian Maklum pelajar tentang objektif Merangsang ingatan kembali pengetahuan sedia ada/pembelajaran lepas Mengemukakan bahan rangsangan Memberi bimbingan pembelajaran Menggalakkan Perlakuan Menilai prestasi Merangsang penyimpanan dan pemindahan

Kaitan dengan Proses Pembelajaran Penerimaan corak-corakimpuls neural Meletus satu proses kawalan eksekutif (executive control) Retrieval pengetahuan sedia ada dalam ingatan jangka pendek Menekankan ciri-ciri untuk persepsi pilihan (selective percepttion) Pengekodan semantic ; klu untuk retrieval Meletus organisasi respons Meletuskan retrieval; memberi ruang untuk peneguhan Memberi klu dan strategi-strategi untukretrieval (diterjemah daripada Gagne et al.,2005:195)

Memberi maklum balas tentang prestasi Menentukan peneguhan

Gagne(1985)dalam Noriati, Boon &Sharifah (2012) mengemukakan lima jenis pembelajaran utama termasuk: (a) (b) (c) (d) (e) Kemahiran intelek Maklumat verbal Strategi-strategi Kognitif Kemahiran psikomotor Sikap

(a) Kemahiran Intelek Kemahiran intelek merujuk kepada pengetahuan prosedural dan setiap murid belajar berinteraksi dengan persekitaran dengan menggunakan simbol. Dalam proses ini, bahasa lisan digunakan untuk menghadapi persekitaran secara

simbolik. Pada peringkat permulaan, membaca, menulis dan menggunakan nombor adalah jenis-jenis simbol asas yang dipelajari. Apabila pembelajaran

berlanjutan, simbol digunakan secara kompleks untuk membeza, menggabung,

11

mengklasifikasi, menganalisis dan mengelompokkan objek, peristiwa dan simbolsimbol lain. Mengikut Gagne, pembelajaran bermula daripada yang mudah ke tahap yang kompleks. Pembelajaran tahap tinggi bergantung kepada pembelajaran pada tahap rendah. Gagne telah menggariskan lapan jenis tugasan pembelajaran: Pembelajaran Isyarat : Individu belajar untuk memberi respons umum terhadap sesuatu signal. Pembelajaran Rangsangan-Respons: Pelajar memperolehi satu respons yang tepat terhadap rangsangan yang didiskriminasikan. Rantaian: Satu rantaian dua atau lebih perkaitan rangsangan- respons dikuasai Assosiasi Verbal : Pembelajaran rantaian yang dalam bentuk verbal Pembelajaran Diskriminasi: kebolehan untuk membezakan antara satu ciri objek daripada objek lain. Sebagai contoh, pelajar dapat membezakan antara b dengan d Pembelajaran Konsep: Kebolehan untuk mengkasifikasi objek dan peristiwa mengikut ciri-ciri tertentu. Pembelajaran Hukum: Satu peraturan adalah satu rantaian dua atau lebih konsep. Penyelesaian Masalah: Pelajar berkebolehan menggabung beberapa hukum/peraturan yang mudah untuk menghasilkan sesuatu.

Gagne telah mencadangkan tugasan pembelajaran untuk kemahiran intelek boleh disusunatur dalam hierarki mengikut kesukaran: mengenal pasti rangsangan, menjana respons, mengguna istilah, diskriminasi, membentuk konsep,

mengaplikasi hukum dan menyelesaikan masalah. hierarki ialah

Perkara penting dalam

mengenal pasti prasyarat yang harus disempurnakan untuk

memudahcara pembelajaran pada setiap peringkat. Hierarki pembelajaran ini merupakan asas untuk menyusunatur pengajaran agar pelajar dapat menguasai kemahiran secara sistematik.

(b) Maklumat Verbal Kemahiran verbal merujuk kepada kebolehan individu menyata sesuatu fakta atau satu set peristiwa secara lisan, atau secara bertulis. Gagne mendefinisi maklumat verbal sebagai mengetahui sesuatu atau declarative knowledge (Gagne,1985 :48). Dalam pembelajaran, sebelum murid dapat membuat demikian, murid perlu mempunyai kemahiran intelek untuk menyebutkan

pernyataan. Guru perlu menarik perhatian murid kepada ciri-ciri penting sesuatu yang ingin diajar dan menyampaikan maklumat dalam chunks dan mengekod pembelajaran secara bermakna. Bimbingan diberi untuk membantu murid untuk menyebut atau menyatakan sesuatu fakta atau idea secara verbal. 12

(c) Strategi Kognitif Mengikut Gagne(1985), kemahiran-kemahiran dimana pelajar dapat mengawal dengan sendiri proses-proses dalaman iaitu memberi perhatian, belajar, mengingat dan memikir sesuatu.Strategi kognitif dirujuk sebagai proses pemerosesan maklumat. Dalam proses memperoleh kemahiran intelek, pelajar perlu menguasai strategi untuk mengaktif serta menguruskan pembelajaran, ingatan dan menggunakan kemahiran sendiri. Jika pelajar menguasai kemahiran dalam memberi perhatian ( salah satu strategi kognitif), pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam semua mata pelajaran tanpa mengira kandungan. Justeru itu, pelajar perlu menguasai pelbagai strategi seperti strategi mengingat, strategi berfikir dan strategi mengingati kembali yang telah dipelajari. Sebagai contoh, strategi mengingati boleh dibuat melalui penggunaan mnemonic kata kunci dan pemetaan konsep serta penyusun awal. Guru dapat membantu pelajar menguasai strategi kognitif dengan menunjukcara strategi kepada pelajar disampingmenyediakan pelbagai situasi untuk mereka melatih strategi tersebut sehingga mereka menguasai strategi tersebut. Guru juga perlu memberi maklum balas yang bermaknaterhadap penggunaan strategi kognitif tersebut dari aspek keaslian dan kreativiti.

(d) Kemahiran Psikomotor Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan individu melakukan sesuatu perlakuan dengan menggunakan otot-otot manusia.Jenis pembelajaran ini memperlihatkan individu berkebolehan melakukan perlakuan secara tepat, dan betul dengan pergerakan otot. Antara contohcontoh adalah apabila murid-murid mula belajar dalam kemahiran psikomotor seperti menulis huruf dengan pensil dan kertas, bermain, melompat atau berlari dan sebagainya. Apabila individu dapat menyusunatur pergerakan secara menyeluruh dan dilaksanakan dengan baik, serta menepati masa dianggap sebagai telah menguasai kemahiran psikomotor. Kelicinan dan ketepatan masa dalam perlakuan menunjukkan bahawa perlakuan ini mempunyai tahap tinggi dalam organisasi dalaman. Maka adalah kebiasaan sesuatu kemahiran psikomotor 13

akan bertambah baik dari segi ketepatan masa dan kelancaran elalui latihan berterusan melalui satu jangka masa panjang. (e) Sikap Sikap merujuk kepada keadaan dalaman ang mempengaruhi pilihan tindakan peribadi terhadap objek, orang perseorangan atau peristiwa.(Gagne,1985). Penekanan adalah kesan sikap terhadap tingkah laku iaitu pilihan tindakan yang dilakukan oleh individu. Hasil daripada perlakuan atau tingkah laku akan merupakan tanda rujukan tentang sikap individu. Demi memupuk sikap yang diingini, guru perlu kaitkan kejayaan dengan sikap tertentu, kaitkan juga sikap dengan model yang disanjungi ramai serta sentiasa mengaturkan tindakan peribadi dikaitkan dengan sikap yang diingini. Disamping itu, maklum balas

diberi kepada perlakuan atau prestasi yang berjaya. Secara umumnya, tindakan setiap individu amat dipengaruhi oleh sikap. Sikap boleh dipelajari daripada pelbagai cara dan dapat dikuasai melalui pengalaman yang berjaya, pemerhatian orang dihormati dan berpengalaman. Guru harus memberi maklum balas kepada pelajar yang berjaya melaksanakan tugas agar dapat mengekalkan tingkah laku yang diingini.

TUGASAN TERARAH Kaitkan peristiwa-peristiwa pengajaran Gagne dengan merujuk kepada jenis-jenis pembelajaran Gagne.

1.4 Rumusan Tajuk ini membincangkan tentang konsep pengajaran dan pembelajaran, prinsip-

prinsip pembelajaran dan jenis-jenis pembelajaran Gagne. . Secara kesimpulan, setiap jenis pembelajaranmemerlukan keadaankeadaan dalaman dan luaran yang berlainan. Juga dalam setiap jenis pembelajaran ini sembilan peristiwa pengajaran harus dilalui. Tajuk ini penting kerana guru perlu mempunyai kesedaran tentang proses-proses yang berlaku dalam minda murid dan kaedah untuk digunakan untuk memudahcara pembelajaran konsep dan kemahiran secara optimum.

14

Rujukan Amidon,E. & Hunter,E.(1964).Student teaching :Cases and comments. New York:Holt,Rinehart & Winston. Ewell, P. T. (1997b). Organizing for learning: A point of entry. Draft prepared for discussion at the 1997 AAHE Summer Academy at Snowbird. National Center for Higher Education Management Systems (NCHEMS). Retrieved from http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html Gagn, R. (1985). Conditions of learning. New York: Holt, Rinehart & Winston. Gagne , R. M., and Briggs, L. J. (2005).Principles of instructional design (2nd ed.). New York: Holt, Rinehart &Winston. Morrison, H.C.(1926).The practice of teaching in secondary school.Chicago:University of Chicago Press. Noriati, A.R., Boon, P.Y., Sharifah Fakriah.(2012).Murid dan alam belajar. Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd. Slavin, R.E. (2005).Educational psychology: Theory into practice.Englewood Cliff: Prentice Hall Ltd. Tan, O,S., Parsons,R.D.,Hinson,S.L.,Sardo-Brown,D.(2003). Educational Psychology: A practitioner-research approach(An Asian Ed.). Singapore: Thomson Learning. Woolfolk, A. (2004). Educational psychology (9th ed.). Boston: Allyn & Bacon. Yelon, S. C., &Weinstein G. W. (1977).A Teachers world:Psychology in the Classroom. New York: MacGraw Hill.

15