Anda di halaman 1dari 21

ICT Dalam Pelbagai Bidang

Tajuk : ICT Dalam Pendidikan Bukan Formal


(ICT and non formal education)

1.0 Pengenalan

Pendidikan Bukan Formal (PBF) adalah pelengkap kepada pendidikan formal dan

tidak formal. Justeru itu, ia amat penting dan bermakna kepada pembangunan manusia

secara menyeluruh, selain membantu dalam proses pembangunan sesebuah negara.

Pendidikan Bukan Formal amat penting kepada sesebuah negara yang sedang pesat

membangun seperti Malaysia. Oleh yang demikian, pendidikan seumpama ini secara

langsung atau tidak langsung mampu membangunkan literasi masyarakat dalam pelbagai

disiplin ilmu seperti teknologi maklumat, pengurusan, kemanusiaa dan kemasyarakatan,

keusahawanan, kenegaraan dan sebagainya. Pengayaan dan penguasaan ilmu

pengetahuan amat penting dalam membina masyarakat yang berilmu dan bertamadun.

Tentu sekali, dalam konteks Malaysia ia dapat dicapai menerusi minat dan ketekunan

masyarakat dan galakan yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan untuk

belajar terus menerus sepanjang hayat.

1
2.0 Pendidkan Bukan Formal

2.1 Sejarah Pendidikan Bukan Formal

Idea Pendidikan Bukan Formal (PBF) menjadi topik penting pada awal

tahun 1960-an dan 1970-an. Bagaimana pun PBF masih relevan dan penting

dalam senario pendidikan pada alaf baru ini. Menurut Coombs (1985) dalam

Mohd. Azhar Abd. Hamid et.al, PBF sangat penting kepada negara sedang

membangun seperti Malaysia. Hal ini kerana Pendidikan Bukan Formal (PBF)

adalah pelengkap kepada pendidikan formal. Menurut Drucker (2003) dalam

Mohd. Azhar Abd. Hamid et.al, konsep pembelajaran sepanjang hayat (life long

learning) telah menjadikan PBF semakin penting dan diberi perhatian oleh sama

ada individu, organisasi mahu pun pemerintah. Pendidikan formal perlu

ditampung oleh keperluan PBF bagi melahirkan pekerja dan masyarakat yang

berpengetahuan (knowledge society). Cabaran-cabaran pada era globalisasi ini

merangkumi keseluruhan daripada dimensi hidup manusia iaitu ekonomi, politik

dan sosial. Malah lebih penting lagi adalah cabaran terhadap nilai-nilai spiritual

dan budaya manusia. Inilah abad kapitalisme (the Age of capitalism) yang

menginstitusikan the educated person dan knowledge society sebagai teras

pemabangunan individu, masyarakat dan negara secara keseluruhannya.

2
2.2 Konsep Pendidikan Bukan Formal

PBF atau non-formal education bukanlah suatu konsep yang baru. Telah

banyak dibicarakan malah tidak sedikit kajian yang dijalankan tentangnya.

Terdapat pelbagai istilah yang bersinonim dengan PBF ini seperti “out of school

education”, “The shadow school system”, “The educational complex”, “learning

networks” dan “Nonconventional education” (Colleta dan Holsinger, 1982)

Secara umumnya, menurut Carton, M (1985) dalam Mohd. Azhar Abd.

Hamid et.al, PBF ialah segala bentuk aktiviti pendidikan yang tersusun dan

sistematik untuk sesuatu golongan berdasarkan keperluan dan aspirasi mereka.

Ciri-ciri lain pendidikan non-formal ialah;

(i) Para pesertanya tidak terbatas kepada golongan muda, dewasa atau

golongan tua. Namun demikian, ia tertumpu kepada mana-mana golongan

tertentu dengan matlamat dan objektif tertentu.

(ii) Ia dijalankan atau diorganisasikan oleh sesuatu pihak atau agensi.

(iii) Suasana pembelajaran adalah formal iaitu ada kurikulum yang berstruktur

dan formal serta ada infrastruktur seperti bilik darjah dan kemudahan-

kemudahan pembelajaran dan pengajaran.

(iv) Ada organisasi pentadbiran dan pengendalian yang kemas berserta

sumber-sumber sokongan seperti sumber kewangan dan sumber tenaga

pengajar.

3
(v) Ia kadangkala mempunyai sistem penilaian atau peperiksaan tertentu dan

juga ada penganugerahan sijil bagi mengesahkan penyertaan dan

pencapaian.

Contoh PBF atau pendidikan luar persekolahan biasa atau tempoh

persekolahan ialah kelas agama di surau dan masjid, pengajian luar kampus dan

kursus separuh masa untuk golongan dewasa yang berkerja.

Jenis-jenis PBF ialah pendidikan berterusan (continuing education),

pendidikan lanjutan (further education), pendidikan dewasa (adult education) dan

pendidikan berulang (recurrent education)

(i) Pedidikan berterusan

Secara amnya boleh ditakrifkan sebagai pendidikan yang memberi

tumpuan kepada individu (kanak-kanak, remaja, dewasa) yang sudah

kenal huruf dan sudah memperolehi kemahiran asas (Sufean dan Abd.

Rahim, 1988)

(ii) Pendidikan lanjutan

Pendidikan untuk golongan yang sudah kenal huruf dan sudah melalui

pendidikan wajib.

(iii) Pendidikan dewasa

Pendidikan yang bersifat liberal atau terbuka yang diadakan di waktu

kelapangan yang mana seseorang dewasa boleh memperbaiki dan

4
meluaskan pengetahuan, kemahiran atau hobinya. Coles (1972) dlm

Ibrahim (1992; 78) mentakrifkan pendidikan dewasa sebagai pendidikan

untuk orang dewasa lelaki dan perempuan bagi memenuhi keperluan dan

minat yang pelbagai menurut tahap kebolehan dan kefahaman dan bagi

mengisi perubahan peranan dan tanggungjawab dalam kehidupan.

(iv) Pendidikan berulang

Pendidikan bertempoh untuk golongan dewasa yang sedang berkerja.

Seseorang pekerja berhenti kerja buat sementara waktu untuk mengikuti

kursus selama dua hingga empat tahun. Selepas itu, ia menyambung

kerjanya semula di situ atau di tempat lain. Pendidikan ini jenis ini

diadakan disebabkan oleh perubahan pembangunan teknologi dan industri

dalam sektor ekonomi. Pengalaman pembelajaran dalam pendidikan

berulang adalah seperti formal tetapi memberi tumpuan terhadap

peningkatan kemahiran ikhtisas atau vokasional

PBF meliputi dialog, simposium, seminar, bengkel, kursus jangka pendek,

kursus dalam perkhidmatan, kursus tanpa sijil dan kursus dalam cuti, mengikut

kumpulan sasaran (Mazanah, 1999). Misalnya jika kumpulan sasaran adalah

petani dan nelayan, maka pendidikan bukan formal berbentuk kursus jangka

pendek dan bengkel. Secara amnya, kursus-kursus pendidikan non-formal adalah

bercorak praktikal, vokasional spesifik dan relevan untuk tujuan sesuatu

kumpulan sasaran dan untuk suatu maksud dan tujuan. Oleh itu, program dan

kursus adalah pelbagai.

5
Hari ini, pendidikan terbuka luas malah PBF semacam memberikan jalan

dan peluang kepada sesiapa juga yang ingin berjaya. PBF menyediakan pelbagai

program dan kemahiran yang boleh dieksploitasi secara maksimum.

3.0 ICT Dalam Pendidikan Bukan Formal

3.1 Pendidikan dewasa : Pusat Internet Desa

Pendekatan menyeluruh bagi menangani masalah jurang digital antara

bandar dan luar bandar di negara ini memerlukan anjakan paradigma baru yang

mana golongan petani, pesawah dan nelayan kini perlu diberi perhatian lebih

serius, selaras dengan hasrat kerajaan memanfaatkan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) untuk semua golongan penduduk Malaysia. Satu model yang

mantap diwujudkan dengan mengambil kira semua faktor untuk memastikan

golongan berkenaan tidak ketinggalan. Kaedah mewujudkan Pusat Internet desa

yang banyak dilaksanakan di luar bandar merupakan satu contoh penggunaan ICT

dalam pendidikan bukan formal. Semua penduduk di luar Bandar berpeluang

memperluaskan pengetahuan ICT dengan adanya Pusat Internet Desa yang

ditubuhkan untuk merapatkan juarang digital antara bandar dan luar bandar.

Pusat Internet Desa diuruskan oleh seorang usahawan tekno yang dipilih,

ia dapat bergerak dan seterusnya memberikan perkhidmatan kepada masyarakat di

sekitar kawasan. Pusat Internet Desa yang didirikan tidak semestinya sebuah

bangunan tetapi ada yang didirikan menerusi kontena khusus yang dilengkapi

6
pelbagai kemudahan sama ada komputer, kelas untuk pembelajaran komputer

bagi penduduk setempat dan juga mereka yang hendak berurusan dengan kerajaan

serta urus niaga secara elektronik.

Ukuran jurang digital tidak cukup dengan hanya mencatatkan pemilikan

komputer dan kadar penembusan perkhidmatan jalur lebar tetapi sebaliknya perlu

diperluaskan kepada kadar celik komputer serta kesan ekonomi yang perlu diberi

perhatian. Dengan wujudkan Pusat Internet Desa ini masyarakat luar bandar dapat

memperluaskan pengetahuan dan terlibat dalam perniagaan secara global dengan

pendidikan bukan formal yang diikutinya.

Contoh penggunaan ICT dalam Pendidikan Bukan Formal yang

dilaksanakan malalui pendidikan dewasa ialah dengan aplikasi Pusat Internet

Desa (PID) yang banyak memberi kejayaan kepada individu tertentu.

Kejayaan dua orang pengguna Pusat Internet Desa (PID) membuktikan

peranan yang dimainkan oleh PID dalam membantu masyarakat terutamanya

yang tinggal di kawasan pendalaman mencapai kejayaan di dalam pendidikan.

Dua orang individu tersebut ialah Pn Siti Masilah Binti Sohod dan Encik Chong

Pet Chin.

Puan Siti Masilah Binti Sohod, seorang guru kelas pemulihan yang

bertugas di Sek. Ren. Keb. Sungai Tengar. Beliau merupakan seorang pengguna

PID Sungai.Air Tawar, Selangor yang telah mengguna kemudahan ICT yang

terdapat di PID tersebut bagi menyempurnakan pengajian jarak jauhnya di

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai di peringkat Sarjana Muda Sains

Komputer (Pengajian Islam). Puan Siti Masilah mula menggunakan khidmat PID

7
Sungai.Air Tawar bermula pada tahun 2003 sehingga berjaya menamatkan

pengajian beliau pada bulan Julai 2007. Beliau menggunakan PID sebagai tempat

beliau memahirkan lagi peggunaan komputer dan Internet kerana sedikit sahaja

asas pengetahuan komputer yang dikuasainya sebelum itu.

PID Sungai.Air Tawar umpama pusat sumber rujukan bagi Pn.Siti

Masilah kerana di situlah beliau menggunakan perkhidmatan Internet untuk

mendapatkan maklumat dalam menyiapkan semua tugasan sepanjang pengajian.

Di samping itu, beliau juga telah menjadikan PID sebagai tempat beliau belajar

membuat emelnya sendiri bagi memudahkannya menghantar kerja kursus melalui

emel kepada pensyarah.

Di PID tersebut jugalah Puan.Siti Masilah mempelajari beberapa perisian

seperti Authorware dan Photoshop di samping meminta bantuan teknikal daripada

pihak kakitangan PID jika mengalami masalah komputer di rumah.

Individu kedua ialah Encik Chong Pet Chin, pelajar jarak jauh dengan

Universiti Putra Malaysia dan Open University. Beliau sering sukar membuat

tugasan di kawasan kediamannya di Tenom, Sabah kerana ketiadaan

perkhidmatan Internet yang baik di samping kurangnya pengetahuan berkaitan

dengan ICT. Beliau dan rakan-rakannya mendapat pelbagai kemahiran ICT di

PID Tenom dan ini secara tidak langsung membantu mereka menyempurnakan

pengajian jarak jauh yang diambil. Di sini mereka telah didedahkan dengan

kemahiran ICT seperti MS Office bagi membuat tugasan dan emel bagi

8
menghantar tugasan kepada pensyarah serta penggunaan Internet sebagai sumber

rujukan.

Kejayaan En. Chong Pet Chin dan Puan Siti Masilah serta pengguna-

pengguna PID yang lain telah membuktikan peranan yang dimainkan oleh PID

dalam membantu masyarakat di kawasan pedalaman mengecapi nikmat kejayaan.

Walau jauh beribu batu di kawasan pedalaman, peranan PID sebagai tonggak

kecemerlangan masyarakat di bidang pendidikan telah membantu memenuhi

matlamat kerajaan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat di

luar bandar. Penggunaan Pusat Internet Desa ini juga merupakan salah satu

contoh aplikasi ICT dalam Pembelajaran Bukan Formal yang disediakan oleh

pihak kerajaan kepada rakyat.

Konsep PBF bagi pendidikan dewasa warga emas dan ICT. Pusat Internet

Desa atau PID merupakan suatu agenda penting dalam merealisasikan objektif

bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat luar bandar. PID yang

diwujudkan bagi masyarakat luar bandar mendapat pelbagai ilmu pengetahuan

serta kemahiran ICT juga tidak ketinggalan dalam memberi perkhidmatan

tersebut kepada warga emas.

Buktinya warga emas iaitu Othman b. Ariffin. Beliau merupakan pelajar

yang terawal sekali belajar di Pusat Internet Desa Parit, Perak sejak tertubuhnya

PID pada tahun 2003. Dalam usia emas, Pakcik Othman, seorang bekas tentera

yang dilahirkan pada 17 Jun 1936, tidak ketinggalan menimba pelbagai ilmu dan

kemahiran ICT yang disediakan di PID Parit. Pakcik Othman yang juga

9
menjalankan kerja-kerja kampung seperti bersawah dan menoreh getah, sering

berulang alik ke PID untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Pakcik Othman hanya mengambil masa 3 bulan untuk menghabiskan

kesemua modul pelajaran dengan jayanya. Walaupun telah mencecah usia 71

tahun, tekad dan semangat Pakcik Othman untuk sama-sama mengharungi dunia

digital telah membuatkan beliau kini menggunakan komputer bagi menyiapkan

tugas-tugasnya. Pengalaman serta pengetahuan yang diperolehi apabila mengikuti

kursus ICT di PID Parit, turut dikongsi oleh beliau dengan masyarakat setempat

di samping menggalakkan mereka turut sama menyertai kursus ICT yang

ditawarkan.

PID ternyata memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi

peluang kepada masyarakat di luar bandar menguasai pelbagai kemahiran ICT.

Tidak kira usia ataupun bangsa, PID berjaya menyediakan pelbagai kemudahan

dan kursus kemahiran kepada masyarakat di luar bandar dalam usaha

meningkatkan kadar celik ICT di samping mengurangkan jurang digital di antara

masyarakat di luar bandar dengan masyarakat di bandar.

Usahawan jaya seiring ICT dalam latihan berterusan yang diikuti di Pusat

Internet Desa. Puan Anirah yang memiliki diploma perhotelan dari ITM Dungun,

Terengganu pernah mengikuti latihan Keusahawanan Mara dalam bahagian

pemasaran dan pentadbiran. Namun sebagai seorang yang percaya kepada

pendidikan dan latihan yang berterusan, beliau telah mendapatkan bimbingan

komputer di PID Marang. Malah beliau juga telah memberi peluang kepada

10
pekerja-pekerjanya untuk mendapatkan kemahiran komputer di PID Marang pada

hari bekerja. Antara jenis latihan ynag disertai adalah program MS Office 2003

dan asas penggunaan Internet.

Beliau yakin dengan latihan yang disediakan di PID kerana penggunaan

ICT memang banyak manfaatnya bagi peniaga kecil sepertinya. Bantuan

penggunaan komputer berupaya mengembangkan perniagaan melalui pelbagai

aspek termasuklah pentadbiran, promosi, pemasaran dan bekalan. Secara

terperinci, pengetahuan asas penggunaan komputer seperti Ms Word & Ms Excel

banyak membantu beliau dan pekerja membuat kerja-kerja berkaitan rekod jualan

harian, penyata bulanan, rekod belian, rekod keluar masuk dan penyata untung

rugi syarikat.

Di samping itu juga pembelajaran internet membantu beliau dalam

mencari maklumat perniagaan seperti sumber bekalan, harga pasaran ayam dan

daging semasa, kaedah-kaedah perniagaan serta ruang pemasaran. Puan Anirah

amat berterima kasih kepada penyelia dan penolong PID Marang yang telah

banyak membantu memberi khidmat nasihat dalam mendapatkan maklumat

perniagaan dari internet.

3.2 Pendidikan berulang : “ On Job Training”

Pendidikan berulang ialah pendidikan bertempoh-tempoh untuk golongan

dewasa yang sedang berkerja. Seseorang pekerja berhenti kerja buat sementara

waktu untuk mengikuti kursus selama dua hingga empat tahun Contoh bagi

11
Pendidikan Bukan Formal yang diwujudkan dalam organisasi tertentu. Bagi

syarikat-syarikat besar, kebiasaannya akan menawarkan latihan dan kursus

tertentu bagi meningkatkan kemahiran pekerja-pekerjanya. Latihan dan kursus ini

juga dikenali sebgai pendidikan bukan formal bagi individu tertentu.

Contoh 1 :

CIBD Malaysia merupakan sebuah syarikat pembinaan. Ia mewujudkan

program latihan ICT. Latihan ICT yang ditawarkan ditujukan khas dalam bidang

pengurusan projek mengunakan perisian Microsoft Project dan Primavera Project

Planner yang juga merupakan piawaian industri. Program latihan ICT bertujuan

mempertingkatkan lagi penggunaan ICT dalam industri pembinaan. Program ini

diselaraskan mengikut permintaan dan pasaran semasa.

Latihan kemahiran di pusat-pusat latihan yang ada di Malaysia ini juga

banyak menerapkan penggunaan ICT dalam melancarkan proses latihan penuntut-

penuntutnya.

Contoh 2 :

Penggunaan peralatan ICT dalam latihan di ILJTM. Latihan kemahiran

adalah salah satu dari elemen pembelajaran sepanjang hayat bagi membina modal

insan untuk generasi akan datang. Ianya bermula dengan latihan peringkat asas,

pertengahan dan tinggi. Di ILJTM peralatan ICT disediakan bagi membantu dan

memudahkan kaedah pembelajaran untuk mempertingkatkan kualiti latihan

sediada. Teknologi ini diharap dapat membantu melancarkan aktiviti-aktiviti bagi

mencapai objektif ILJTM untuk melahirkan tenaga kerja yang berkompeten.

12
Sokongan pihak pengurusan ILJTM jelas menunjukan penggunaan peralatan ICT

semasa pembelajaran adalah diperlukan bagi membantu memudahkan serta

melicinkan perjalanan sesuatu latihan, komitmen ini perlu diteruskan secara

berterusan.

3.3 Pendidikan Berterusan : Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Dalam Talian

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam talian yang melibatkan penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dilihat sebagai alternatif yang baik di

dalam memenuhi keperluan pendidikan hari ini. Kaedah pendidikan ini berupaya

menawarkan peluang pembelajaran yang fleksibel di samping berupaya

merealisasikan konsep pembelajaran berterusan sepanjang hayat. Pendidikan

Jarak Jauh (PJJ) dalam talian merupakan salah satu aplikasi ICT dalam

pendidikan Bukan Formal. PJJ dalam talian adalah terbuka kepada sesiapa sahaja

yang berminat dan menggunakan aplikasi ICT sepenuhnya .

Proses pendidikan melalui Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dalam talian

merupakan satu pendekatan baru dari segi pembelajaran dan pengajaran. Ia

merupakan suatu pendekatan pendidikan yang bersifat inovatif yang berupaya

untuk menangani cabaran serta peluang di alaf baru ini. Kelebihan yang

ditawarkan oleh PJJ dalam talian ini dikatakan dapat menggalakkan penjanaan

dan perkongsian ilmu di kalangan masyarakat global. Menurut Dixon (1996),

13
hampir 75 peratus daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Amerika Syarikat

menawarkan sekurang-kurangnya satu program PJJ dalam talian. Di samping itu,

terdapat pengusaha persendirian dan konsortium yang membina serta

menawarkan pelbagai kursus secara dalam talian. Persaingan ini menurut Ludlow

(1994), mempunyai kesan positif kerana ia menurunkan kos PJJ dalam talian dan

mempelbagaikan kursus yang ditawarkan. PJJ dalam talian juga menyediakan

banyak pilihan dan peluang kepada pelajar untuk memilih kursus yang

bersesuaian dengan keperluan mereka.

Pada hari ini, perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi

memberi kesan ke atas kehidupan manusia termasuklah di dalam bidang

pendidikan. Di Malaysia, gagasan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali

sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) merupakan pemangkin kepada sistem

pendidikan negara untuk mengimplementasikan pendidikan maya. Program PJJ

dalam talian yang dilaksanakan oleh beberapa buah IPT tempatan merupakan

sebahagian daripada tahap awal pendidikan maya di negara ini. Di samping itu,

James (1996), menyatakan kebanyakan kursus jarak jauh dalam talian pada masa

ini dikuasai oleh negara Barat

PJJ dalam talian merupakan suatu pendekatan baru dalam pembelajaran

dan pengajaran. Melalui pendekatan ini, pelajar bebas menentukan masa, tempat

dan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan gaya hidup dan kehendak mereka.

Ini berbeza dengan sistem pembelajaran konvensional yang memerlukan pelajar

mengikuti sesuatu jadual. PJJ dalam talian juga menyediakan pelbagai kemudahan

14
dan perkhidmatan dengan menggabungkan pelbagai kaedah pembelajaran

termasuk nota kursus, bahan rujukan tambahan, sokongan pensyarah dan tutor,

interaksi di antara pelajar serta perbincangan secara umum, berkumpulan atau

peribadi melalui komputer dan telesidang. Matlamat PJJ dalam talian ialah

menghasilkan pelajar yang celik IT dan dapat memanfaatkan pengetahuan

tersebut di dalam pembelajaran dan kehidupan. Pelajar berupaya untuk menangani

cabaran serta peluang pada hari ini yang banyak menjurus ke arah penggunaan IT.

Di samping itu, pengimplementasian PJJ dalam talian ini juga meningkatkan

tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi

pendidikan yang bersesuaian

Di antara kemudahan yang disediakan oleh PJJ dalam talian ialah bahan-

bahan pembelajaran yang boleh dicapai melalui paparan Internet pada bila-bila

masa dan dari mana-mana tempat yang mempunyai akses Internet. Bahan-bahan

pembelajaran ini merangkumi tugasan, latihan, risalah, panduan pembelajaran,

glosari dan rujukan ke laman Web yang berkaitan. Bantuan pembelajaran juga

disediakan melalui telefon dan faks. Pelajar juga berinteraksi dengan pensyarah,

tutor dan pelajar lain secara dalam talian. Justeru itu, segala maklumbalas

mengenai tugasan, penerimaan dan penghantaran tugasan, persidangan dan

perbincangan dilakukan secara dalam talian di antara pensyarah dan pelajar.

Aplikasi ICT yang digunakan dalam PJJ dalam talian merupakan satu contoh

pendidikan bukan fomal yang mengaplikasikan ICT dalam proses

pembelajarannya.

15
4.0 Aplikasi ICT dalam pendidikan bukan formal

4.1 Portal Pembelajaran

Salah satu contoh penggunaan ICT dalam Pendidikan Bukan Formal ialah

penggunaan portal pembelajaran. Dengan adanya portal ini pelajar tidak terikat

dengan masa untuk belajar. Mereka bebas untuk belajar dan mencari maklumat

tentang pelajaran mengikut masa terluang atau kesesuaiana mereka sendiri.

Dahulu perkembangan portal lebih banyak tertumpu kepada portal yang

bersifat komersil atau perniagaan sahaja. Walau bagaimanapun kini ia telah

berkembang kepada institusi pendidikan dan organisasi-organisasi lain. Melihat

senario di Malaysia, jika dibandingkan pada tahun 2000, hanya terdapat tiga buah

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia yang menggunakan portal.

Kini, hampir semua IPTA beralih kepada portal yang bersifat dinamik untuk

memudahkan warganya memperolehi dan bertukar maklumat.

Di Malaysia, portal pendidikan tidak hanya dimonopoli oleh sekolah atau

institusi pendidikan. Ia juga dikuasai oleh mereka yang mampu menawarkan

pendidikan mengikut citarasa generasi pada masa kini. Sebagai contoh, MIMOS

Berhad iaitu sebuah organisasi Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) dalam

bidang Teknologi Komunikasi Maklumat telah menyediakan sebuah Portal

Pendidikan iaitu CikguNet.

Portal yang memfokus dalam bidang pendidikan telah banyak disediakan

di negara kita. Antara yang popular ialah CikguNet dan Portal Pendidikan Utusan.

16
Melalui aplikasi ini komunikasi di kalangan masyarakat pendidik dan pelajar di

Malaysia menjadi lebih efektif di mana mereka dapat berbincang dan berkongsi

idea serta bertukar-tukar fikiran menggunakan pelbagai aplikasi kolaboratif yang

disediakan bagi meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia keseluruhannya.

4.2.1 Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) adalah satu

perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau

menerima pesanan pendek. Kini Sistem Pesanan Ringkas juga digunakan sebagai

salah satu aplikasi ICT dalam pendidikan. Proses pendidikan yang dijalankan

secara apliokasi SMS juga merupakan salah satu Pendidikan Bukan Formal. Ini

kerana proses ini tdak dijalankan secra formal dalam kelas.

Perkhidmatan SMS Sekolah yang dibangunkan oleh MyPressto.Com Sdn

Bhd untuk Kementerian Pelajaran (KPM) akan dikembangkan ke semua sekolah

di seluruh negara tidak lama lagi. Pihak kementerian telah bersetuju untuk

mengembangkannya fasa demi fasa sehingga semua sekolah dapat menggunakan

sistem tersebut. Pada ketika ini sebanyak 628 sekolah telahpun menggunakannya

sistem SMS Sekolah termasuk 88 sekolah rintis bestari, 310 sekolah yang dipilih

oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) KPM, 160 sekolah di bawah Pejabat

Pelajaran Daerah Daerah (PPD) Kuala Muda/Yan dan 70 lagi di PPD Besut.

17
Menjelang hujung tahun ini, dianggarkan 2,000 lagi sekolah akan dapat

menggunakannya. Menjelang tempoh tiga tahun, semua sekolah termasuk di luar

bandar dijangka akan dapat menggunakan sistem ini sepenuhnya,'' kata Abdul

Rashid. BTP akan menentukan sekolah-sekolah yang akan dilatih dengan

penggunaan sistem itu serta dimuatkan data murid-muridnya secara berperingkat-

peringkat.

Berdasarkan rekod, tahap penggunaan sistem tersebut di 628 sekolah

sebelum ini adalah sangat menggalakkan. Perkhidmatan SMS Sekolah turut

diguna pakai di sekolah-sekolah luar bandar seperti di PPD Kuala Muda / Yan

dan Besut, serta turut dilaksanakan di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina

dan Tamil.Sistem tersebut boleh dilanggani oleh ibubapa dengan hanya RM3

sebulan, dan hanya ibu bapa yang benar-benar bersetuju dan menandatangani

borang pendaftaran akan menggunakannya. Inisiatif sebenar MyPressto.Com

adalah untuk menyokong dan membantu KPM dalam usaha Pembestarian

Sekolah.

Sistem ini bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi juga

untuk membantu para ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak mereka di

sekolah. Penggunaan SMS Sekolah juga dapat mengurangkan masalah yang

berkaitan dengan disiplin pelajar selain membantu ibu bapa memantau aktiviti

anak-anak.Dalam kehidupan masa kini, lebih 50 peratus ibu bapa adalah bekerja

kedua-duanya, dan tidak cukup masa untuk mengetahui setiap pergerakan mereka.

SMS Sekolah dapat memainkan sebahagian daripada peranan untuk

18
menyelesaikan masalah berkaitan disiplin. Diharapkan guru-guru dan pihak

sekolah dapat memainkan peranan dan memberikan kerjasama sepenuhnya, agar

sistem itu akan menjadi lebih efektif.

19
Rujukan

Colletta N.J dan Holsinger D.B (1982). Assessing the Impact of Nonformal Education on

Development Goals. Massachussets: Lexington Books Press.

Dixon, P. 1996. Virtual College: A guide to how you can get the degree you want with

computer, TV, video, audio and other distance learning tools. Princeton, N.J : Peterson’s.

Ibrahim Saad(1992). Perubahan Pendidikan Di Malaysia: Satu Cabaran. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

James, D. 1996. Distance Learning. Diperoleh Ogos 3 , 2008 daripada

http://www.lmu.ac.uk/distancelearning2.htm.

Ludlow, B.L. 1994. A Comparison of traditional and distance education models.

Proceedings of the Annual National Conference of the American Council on Rural

Special Education. hlm. 56-78.

Masehi (2007, Ogos 3). SMS Sekolah ke seluruh Negara. Berita Harian.

Mazanah et al (ed.) (1999). Trends & Challenges in Adult and Contunuing Education in

Malaysia. Serdang. Penerbit UPM.

Mohd. Azhar Abd. Hamid et.al. Pendidikan Bukan Formal (PBF) Di Malaysia: Cabaran

dan Hala Tuju Wawasan 2020 (hlm. 101 -127). Fakulti Pengurusan dan Pembangunan

Sumber Manusia Universiti Teknologi Malaysia

20
Siti Masilah . 2007. Meraih kejayaan melalui Pusat Internet Desa . Diperoleh Ogos 14,

2008 daripada http://www.aspirasidigital.net.my/KisahTemplate.asp?ID=12

Sufean B. Mohamad dan Abd. Rahim Rashid. (1988). Sejarah Pendidikan Negara: 1900 -

kini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tight, Malcolm (1996). Key Concepts in Adult Education and Training. London:

Routledge.

Zulkifli Mohd Sidi dan Mat Setia Mohd Raji, (2006). Kajian Keberkesanan Penggunaan

Peralatan ICT Dalam Latihan di ILJTM, Journal Latihan Perindustrian, 01/2006

21

Anda mungkin juga menyukai