Anda di halaman 1dari 18

Perkembangan teknologi golongan kurang upaya

1.0 Perisian untuk golongan cacat penglihatan

1.1 Perisian Duxbury (Duxbury Braille tranlator)

Braille diibaratkan sebagai 'mata' dan 'nyawa' kepada orang-


orang buta. Menerusi Braille, mereka boleh mendapat pelbagai
informasi, menambah ilmu dan membaca kisah-kisah menarik. Sebelum
munculnya peralatan canggih yang serba moden ini, Braille dihasilkan
secara manual iaitu ditaip dengan menggunakan mesin taip di atas sekeping
kertas khas yang akan menimbulkan huruf braille

Kemunculan sistem Braille moden seperti perisian Terjemahan Braille Duxbury


(DBT), perisian JAWS (boleh mengeluarkan suara) dan mesin pencetak tulisan Braille
atau dikenali sebagai embosser menjadikan kerja-kerja penghasilan buku Braille berjalan
dengan pantas.buku akan diimbas terlebih dahulu di atas mesin imbasan yang dimulai
daripada muka surat pertama. Kemudian, segala butiran yang diimbas sebentar tadi akan
tertera di komputer menerusi perisian ‘text document’ dalam huruf rumi.

Ketika proses ini berjalan, perisian JAWS yang boleh mengeluarkan suara akan
membaca satu persatu ayat yang diimbas dari buku tersebut. Dengan ini, tugas-tugas
penyuntingan dan mengenal pasti kesalahan ejaan dapat dilakukan oleh golongan buta
sendiri, tanpa bantuan sukarelawan.

Menariknya sistem JAWS ini, selain membaca ayat yang tertera, JAWS juga akan
bersuara apabila kursor tetikus terkena mana-mana item di skrin komputer. Contohnya,
JAWS akan menyebut perkataan fail jika kursor terkena pada item file. Setelah
membetulkan kesalahan ejaan, ayat-ayat rumi akan dihantar dan disimpan di dalam
perisian DBT dengan tujuan menterjemahkan huruf rumi ke dalam huruf Braille.

1
Akhir sekali, barulah ia dicetak melalui mesin embosser yang disambung pada
komputer. Hasil cetakan akan keluar dalam bentuk Braille dan seterusnya kami akan
melakukan proses yang sama sehingga ke halaman terakhir buku.

1.2 Perisian pembaca skrin

Perisian pembaca skrin adalah merupakan satu perisian yang mengandungi


komponen sintesis pengucapan yang akan mengucapkan sebarang teks yang muncul pada
skrin. Harga bagi perisian pembaca skrin ini adalah dalam lingkungan RM300 ke
RM1,000

1.2.1 Screen reader (windoew-eye)

• Apabila Screen Reader ini telah di install ke komputer, maka, komputer tersebut
akan boleh berkata-kata seperti manusia. Komputer itu mestilah mempunyai
sound card.
• Jadi, segala teks yang terpapar di skrin akan dibaca oleh screen reader tersebut.
Jadi, tahulah pengguna apa yang terpapar di skrin komputer.Tetapi, software ini
hanya boleh membaca teks sahaja. Jika terdapat sebarang grafik atau pun gambar,
dia akan senyap atau menyebut grafik atau blank.
• Software ini datangnya dari Amerika Syarikat. Perisian ini dapat membaca teks
dalam Bahasa Inggeris dengan lancar . Tetapi, jika membaca Bahasa Melayu,
bunyinya seperti Mat Salleh atau orang inggeris baru nak belajar bercakap
melayu, kurang lancar.
• Window-eye membolehkan pengguna melayari internet, menghantar dan
menerima e-mail.
• Window-eye juga boleh membaca laman web dan membaca fail PDF

2
• Window –eye 1.0 dikeluarkan pada tahun 1990 oleh by GW Micro. Ia akan
diperbaharui setipa tahun
• Sehingga kini Window-Eyes 6.1 Beta 1, including yang menyokong Windows
Vista telah dilancarkan pada 30 Januari 2007 .
• Window-eye 7.0 beta 2 juga telah dilancarkan
• Ia merupakan perisian utk cacat penglihatan atau lemah penglihatan. Yang mana
akan menterjemah komponent dalam sistem pengoperasian sintesis pengucapan
yang akan mengucapkan sebarang teks yang muncul pada skrin.
• Ia amat memudahkan pengguna tanpa perlu menghafal keystroke

1.2.2 JAWS

Perisian JAWS yang direka khusus untuk membaca


perubahan pada skrin komputer. Semua perkara yang
berlaku pada skrin akan dibaca secara lisan kepada
pengguna. Ini membolehkan golongan kurang upaya
penglihatan menggunakan komputer seperti biasa tanpa
perlu melihat skrin komputer tersebut. Perisian JAWS
yang terbaru juga boleh menyokong penggunaan Windows Vista.

Ciri-ciri yang ada pada perisian JAWS 9.0 ialah :


• Didatangkan dengan instalasi percakapan yang pantas dan mudah
• Gabunagn 2 multi-lingual speech synthesizers - Eloquence™ and
RealSpeak™ Solo SAPI 5
• Menggunakan format asas bagi teks dan audio
• 15 tahun pengalaman dengan Windows dan telah digunakan oleh 50 buah
Negara dalam 23 bahasa yang berbeza
• Lengkap didatang bersama perisian with MAGic® screen magnification

3
Harga bagi perisian JAWS adalah :

• JAWS Professional: $1,095


(Windows Vista, Windows XP, Windows 2000, or Windows Media
Center)
• Add access for Remote Desktop, Terminal Server/Citrix: $200 (JAWS
Professional only)
• JAWS Standard: $895
(Windows Vista Home Premium, Windows Vista Home Basic, or
Windows XP Home)

1.2.3 WebAnywhere

WebAnywhere merupakan pembaca skrin berasaskan web. Ia digunakan oleh


golongan cacat penglihatan untuk mengakses web dari mana-mana komputer yang
mempunyai sambungan internet dan ouput audio.
Sebelum wujudnya WebAnywhere pengguna cacat penglihatan menggunakan
perisian program pembaca skrin untuk menukarkan maklumat dan visual pada skrin
kepada percakapan atau suara. Terdapat lebih 1 milion pengguna cacat penglihatan
mengakses web menggunakan perisisan pembaca skrin. Kos membeli perisian pembaca
skrin menjadi rintanagn kepada penggunanya untuk capaian web. Kebanyakan
perpustakaan di US menyediakan kemudahan capaian internet tetapi tidak menyediakan
perisisan pembaca skrin kerana harganya mahal. Pengguna cacat penglihatn juga ada
kalanya tidak mampu untuk memiliki perisian pembaca skrin sendiri. Ini menyekat
capaian maklumat oleh golongan tersebut. Harga bagi perisian pembaca skrin agak mahal
kerana ia sangat kompleks, pasarannya kecil dan memerlukan kos sokongan yang tinggi.
Pembangunan perisian pembaca skrin sangat kompleks kerana setiap antaramuka dalam
program perlu mentafsir tulisan secara sendiri. Oleh kerana perisian pembaca skrin ini
memerlukan kos yang tinggi ia tidak di masukkan pada semua komputer.
Pengguna komputer acacat penglihatan apabila mereka bergerak ke sesuatu
temapat yang lain contoh ke perpustakaan atau komputer milik individu lain, mereka
tidak dapat mengakses web. Ini kerana komputer lain tidak dimasukkan dengan perissian

4
pembaca skrin. Walaupun terdapat perisian pemabaca skrin yang mudah dibawa , namun
ia memerlikan kebenaran untuk memasukkan perisian baru.
Dengan wujudnya WebAnywhere ia dapat menyediakan capaian web secara
percuma daripada semua computer seperti computer diperpustakaann, di universiti,
computer rakan dan lain-lain lagi. Kelebihan WebAnywhere ini membolehkan capaian
maklumat dimana-mana oleh golongan cacat penglihatan.

1.2.4 BrailleNote

Alat ini digunakan oleh golongan cacat


penglihatan untuk mebaca menggunakan braille.
Alat ini kecil seperti komputer atas riba yang
mudah dibawa oleh penggunanya. Alat ini
mempunyai fungsi yang sangat ‘user friendly’.
Ia boleh digunakan bersama pemprosesan
perkataan untuk membentuk, mengubah dan
menyompan dokumen dengan menterjemahkannya dari Braille kepada pemprosesan
perkataan. Document boleh boleh dicetak secara Braille atau atau dihantar kepada
pengguna lain menggunakan e-mail. Alat ini juga boleh disambung dengan modem untuk
yang membolehkan pengguna berhubung secara dalam bentuk rangkaian dengan
pengguna lain.
Antara kemudahan laian yang terdapat pada BrailleNotes ialah :
• Blluetooth dan WiFi
• Penambahan Media Player
• Memo dalam bentuk suara
• Kawalan audio
• Web browser
• FM radio
• Peranti kemasukan braile sambungan dengan JAWS untuk window

5
1.3 Perisian pembesar skrin

Perisian pembesar skrin amat sesuai digunakan bagi membantu melihat sesuatu teks
pada skrin komputer. Ia adalah satu perisian yang membesarkan bahagian paparan
monitor supaya mudah untuk dibaca. Teknologi ini membantu pembacaan terutama
apabila teks adalah kecil. Terdapat pelbagai jenis perisian pembesar skrin yang boleh
diperoleh daripada pasaran dengan fungsi yang pelbagai.

1.3.1 ZoomText

Perisian ZoomText yang terbaru


ialah ZoomText 9.1, perisian ini
membolehkan melihat sesuatu teks pada
skrin yang dibesarkan dan membaca teks
tersebut dengan lebih jelas berbanding
perisian versi sbelumnya. Dengan
sokongan ‘xFont Magnificatin Diplay High-definition Text’ yang terdapat dalam
Zoom Text 9.1 ia dapat mengesan teks dengan lebih mudah. Juga dengan
sokongan ‘NeoSpeech Synthesizers’, semua aplikasi dan pembacaan dokumen
dapat dibaca dengan lebih kuat dan jelas seperti suara manusia biasa.
Ciri-ciri terbaru yang terdapat dlam ZoomText 9.1 ialah
• Boleh membaca dan membesarkan teks dalam dua monitor
• Peningkatan dalam kebolehan mengawal pemfokusan teks yang
hendak dibaca
• Menyokong penggunaan dalam Windows Vista
• Dapat menyokong penggunaan untuk Microsoft Office 2007
• Menyokong penggunaan untuk Adobe Acrobat 8 dan Adobe
Reader 8
• Menyokong penggunaan untuk Mozilla Firefox 2.0

6
Harga bagi perian ZoomText ialah :
Produk terbaru CD : $595
Produk terbaru USB : $695

ZoomText USB merupakan


produk terbaru yang memberi apalikasi
yang lebih memudahkan pengguna. Ini
kerana ia boleh di bawa ke merata-rata
tempat sama ada dirumah, sekolah, temapat kerja, perpustakaan atau ditempat-
tempat awam yang lain. Ia mudah dibawa dan boleh digunakan pada bila-bila
masa. Ia boleh di jalan dan dimasukkan ke dalam computer dimana-mana dan
pada bila-bila masa yang dikehendaki tanpa penambahan bayaran untuk
kebenaran lessen penggunaan. Dengan ii ia sesuai untuk kegunaan individu dan
juga organisasi dan dapat menyokog penggunaan dalam persekitaran rangkaian
dengan mudah.

1.3.2 Mesin pembaca ‘ScannaR’

Alat ini memberi kemudahan kepada


golongan cacat penglihatan untuk membaca
teks. Ia membolehkan pengguna membaca
majalah tanpa menggunakan bantuan
computer. Teks akan diibas dan dibaca . alat
alat ini boleh disambung dengan BrailleNote atau VoiceNote. Apabila scanner

7
disambung dengan BarilleNote pengguna akan dapat membaca negguna tulisan Braille.
Dan apabila scanner disambnung denga VoiceNote dengan kemudahan audio pengguna
hanya perlu mendengar teks yang dibaca. Dengan kemudahan audio output dapat
memudahkan pelajar membuat ulangkaji. Alat ini sesuai untuk golongan buta dan rabun
pada tahap yang tinggi. Kebolehan alat ini dapat membaca 50000 mukasurat dan dapat
disimpan dalam satu masa tertentu.
Cara pengunaan alat ini ialah pengguna hanya perlu meletakkan dokumen pada
scanner dan menekan butang. Teks akan dibac dan mengeluarkan suara. Pengguna juga
boleh menyimpan teks yang dibaca dengan menekan butang dan menyebut nama fail dan
akan disimpan. Alat ini juga dapat menyokong pelbagai jenis bahasa seperti Sapnish,
Italian, Franch dan lain-lain lagi.

2.0 Perisian untuk golongan cacat anggota fizikal

2.1 Naturally Speaking

Perisian Naturally Speaking berfungsi untuk


menerima arahan lisan dan menaipkannya secara
automatik dalam pemproses perkataan. Mereka yang
kurang upaya fizikal seperti hilang anggota tangan akan
dapat melakukan kerja-kerja pemprosesan perkataan
secara sendirian. Perisian ini mampu melakukan semua
fungsi perisian tersebut hanya dengan arahan lisan sahaja. Untuk menaip teks
penggun akan akan bercakap dan teks akan tertera pada skrin. Untuk menjalankan
perisian ini memerlukan satu mikrofon yang sangat peka terhadap suara untuk
mengesan suara pengguna dan menterjemahkan dalam bentuk teks. Bagi proses atau
aplikasi menyimpan fail atau menghapuskan fail pengguna hanya perlu bercakap
memberikan arahan. Perisian ini akan berfungsi mengikt arahan penggunanya.dengan
ini ia dapat memudahkan pengguna yang cacat angota fizikal contoh tidak mepunyai
tangan dapt menggunakan computer untuk kerja-kerja harian. Perisian ini juga boleh

8
menyediakan kemudahan untuk membaca web dengan hanya pengguna memberikan
arahan untuk membaca web.

Harga bagi perisian Naturally Speaking ialah :

• NaturallySpeaking Professional version 9 : $899.00


• NaturallySpeaking Preferred version 9 : $249.00
• NaturallySpeaking Medical version 9 : $1,199.00
• NaturallySpeaking Legal version 9 :$1,199.00

2.2 Perisian ‘sticky keys’ atau ‘latch key’

Perisian ini memberikan seseorang OKU satu alternatif yang lain bagi mengatasi
masalah menekan dua atau tiga kekunci pada masa yang sama.

• kesukaran untuk menggunakan papan kekunci dan tetikus yang sedia ada.

• Terdapat beberapa teknologi yang dapat membantu OKU menangani kesukaran


ini
• Bagi pengguna yang menggunakan sistem pengoperasian Windows (Windows 95,
Windows 98, Windows 2000 dan Windows XP) fungsi ‘sticky keys’ ini boleh
diaktifkan dengan mengaktifkan ‘Accessibility Options’ dalam panel kawalan.

9
• Selain daripada itu, perisian menaip prediktif juga boleh digunakan sebagai satu
alternatif untuk membantu menyelesaikan kesukaran ini.
• Perisian ini akan meneka apa perkataan yang sedang pengguna cuba taip. Setiap
kali pengguna menekan kekunci karakter, perisian ini akan memberikan pilihan
perkataan yang cuba ditaip sehingga dapat membentuk satu perkataan yang
lengkap. Ini mengurangkan beban pengguna OKU kerana ia hanya perlu menekan
beberapa kekunci untuk membentuk satu perkataan.

3.0 Perisian untuk golongan cacat pendengaran

3.1 Ruby Open Book

Ruby Open Book boleh digunakan untuk


mengimbas teks pada mukasurat buku dan
kemudiannya membacakan kandungan teks tersebut
kepada pengguna. Perisian ini membolehkan
pengguna yang kurang upaya penglihatan
mendengar isi kandungan buku tersebut tanpa
memerlukan proses menukar kandungannya ke bentuk Braille. Suara yang digunakan
boleh diubah-ubah mengikut selera pengguna sama ada suara lelaki mahupun suara
perempuan. Kelajuan proses pembacaan juga boleh dikawal selain pic suara tinggi atau
rendah. Harga bagi perisisan OpenBook (works Windows® 2000, Windows XP, and
Windows Vista® operating systems): $995.

4.0 Perisian pendidikan khas masalah pembelajaran

4.1 Perisian Dr Speech

10
Harga: RM 5,000.00

Perisian Dr Speech diasaskan oleh Dr Daniel Huang. Perisian ini dicipta khusus sebagai
satu kaedah terkini untuk pendidikan pertuturan sebagai kegunaan guru-guru, ahli terapi,
ahli patologi bahsa, doktor yang merawat pesakit yang menghadapi masalah bertutur
kerana penyakit dan kecacatan.

Keseluruhan program perisian ini dibawah program windows. Perisian ini dilengkapkan
dengan berbagai modul laihan yang menarik kanak-kanak khas atau istimewa. Antara
modul yg terdapat dalam perisian ini ialah

• Speech analysis
• Speech training
• Real speach
• Speach teraphy
• Clinical progress training
• Voice assesment

Segala perisian ini dimasukkan ke dalam sebuah komputer peribadi multimedia yang
dilengkapi dengan sebuah mikrofon yang sangat peka bunyi.

11
Matlamat utama program ini adalah emberi satu pengajaran pertuturan secara 2 hala
dengan penggunaan multimedia dalam bentuk yang menarik dan mudah diikuti oleh
kanak-kanak istimewa seperti down syndrome, epilepsi, sawan, lembam dll

Perisian ini digunakan sepenuhnya secara maksima keatas kanak-kanak yang bermasalah
pertuturan teruk. Bimbingan dijalankan secara tidak formal dalam masa 15 minit bagi
satu sesi utk seorang murid.

Perisian ini memberi faedah jangka panjang yg amat besar sumbangannya kepada kanak-
kanak kurang upaya untuk meningkatkan kemahiaran pertuturan mereka.

Contoh modul :

Latihan pengeluaran bunyi, setiap kali murid membunyikan vokal a bulatan dalam belon
akan bertukar menjadi dan emmbesar mengikut kekuatan bunyi,

Latihan tekanan suara kapal angkasa naik turun mengikut nada turun naik suara yang
dirakamkan.

4.2 Speech Therapy

Merupakan satu perisian komputer yang berbentuk interaktif, tersusun dan mudah
digunakan. Ia dihasilkan bagi membantu kanak-kanak dan orang dewasa dalam latihan
pengeluaran dan pengawalan suara serta pertuturan awal.

Perisian ini sesuai digunakan oleh semua pihak termasuk:-

1. Terapis Pertuturan-Bahasa

12
2. Guru-guru Khas
3. Ibu bapa kanak-kanak bermasalah pendengaran

Terdapat 6 objektif utama yang ditekankan iaitu:-

1. Kawalan Masa Penghasilan Suara


2. Kawalan Kenyaringan Suara
3. Kawalan Kekuatan Suara
4. Pembelajaran Fonetik
5. Kawalan Penghasilan Fonem Bersuara dan Tidak Bersuara
6. Kawalan Penghasilan Suara

Terdapat 2 bahagian yang penting iaitu :-

1. Meneroka (Explore)
Pada bahagian ini kanak-kanak diberi peluang untuk meneroka, menguji dan memahami
cara kawalan suara sendiri bagi semua kategori seperti yang dinyatakan.
2. Latihan (Training)
Pada bahagian ini, kanak-kanak perlu mengawal suara seperti yang ditetapkan. Jika
mereka berjaya mengawal suara dengan baik, ganjaran akan diperolehi.

4.3 Perisian : Dr. Hearing

13
“Dr Hearing” merupakan satu perisian komputer yang berbentuk interaktif dan sesuai
digunakan untuk kanak-kanak dengan masalah pendengaran. Perisian ini berharga RM
3,580.00. Perisian perlu dimiliki oleh:-

1. Ibu bapa kanak-kanak bermasalah pendengaran


2. Guru-guru khas kanak-kanak bermasalah pendengaran
3. Terapis Pertuturan

“Dr Hearing” terdiri daripada 2 bahagian iaitu:-

1. Meneroka Bunyi
Dalam bahagian ini, kanak-kanak akan didedahkan dengan bunyi-bunyi persekitaran
seperti bunyi binatang, muzik dan kenderaan. Ini dapat membantu dalam meningkatkan
kemahiran mendengar, mengajar kesedaran terhadap bunyi dan meningkatkan kemahiran
memori auditori (pendengaran) dan visual (penglihatan).

2. Mengenal pasti Bunyi


Dalam bahagian ini, kanak-kanak diajar untuk membeza dan mengenal pasti bunyi. Bagi
setiap bunyi yang didengari, kanak-kanak diminta mencari gambar yang sepadan. 7
kategori bunyi disediakan dan setiap kategori dilengkapi dengan gambar yang menarik.

Perisian ini berasaskan permainan interaktif. Terdapat 5 permainan yang berbeza bagi
setiap bahagian dan kategori. Ini membantu dalam mengekalkan minat dan tumpuan
kanak-kanak terhadap aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, setiap latihan boleh
direkodkan untuk dijadikan rujukan bagi menjalankan latihan pada sesi seterusnya.

5.0 Cabaran ICT di sekolah pendidkan Khas

5.1 Program ICT yang akan dilaksanakan khusus di sekolah pendidikan khas
dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)

14
Ketika ini, ada 32 sekolah pendidikan khas di seluruh negara, meliputi 28
sekolah rendah dan empat menengah, di samping 1,118 program pendidikan khas
integrasi (72 masalah pendengaran, 26 masalah penglihatan dan 1,020 masalah
pembelajaran) membabitkan sejumlah 25,106 pelajar. Dalam RMK-9, RM15 juta
diperuntukkan bagi pelaksanaan program ICT untuk pendidikan khas. Program
berkenaan ialah Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas, Pusat Pembelajaran
Kendiri dan penggunaan ICT di kelas prasekolah pendidikan khas. Bagi program
Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas (JPK) sudah
melaksanakan projek rintis dalam RMK-8 pada 2002 membabitkan empat
sekolah, iaitu masing-masing dua sekolah rendah dan menengah pendidikan khas.
Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma,
Pulau Pinang dan juga Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Setapak,
Kuala Lumpur (masalah penglihatan); SKPK Alor Star, Kedah (masalah
pendengaran); serta SMPK Vokasional Indahpura, Johor (masalah pendengaran,
penglihatan dan pembelajaran).

Dalam RMK-9, JPK merancang memperluaskan program Pembestarian


Sekolah Pendidikan Khas kepada 28 sekolah. Inisiatif ini akan menggunakan lima
model dilengkapi kemudahan ICT, perkakasan dan perisian, peralatan dan
perisian pendidikan khas yang khusus, serta rangkaian LAN (rangkaian kawasan
setempat) di makmal, kelas, bilik guru dan juga pusat sumber.Model terbabit ialah
Model Makmal Masalah Penglihatan di tiga sekolah, Model Makmal Masalah
Pendengaran (14 sekolah), Model Kelas Masalah Penglihatan (dua sekolah),
Model Kelas Masalah Pendengaran (10 sekolah) dan Model Makmal Sekolah
Pendidikan Khas Baru (dua sekolah).

5.2 Peralatan dan perisian ICT khusus yang dibekalkan ke sekolah pendidikan
khas di bawah program pembestarian ini.

Secara umum, peralatan ICT dibekalkan itu sama seperti diperoleh sekolah
aliran perdana. Bagaimanapun bagi sekolah pendidikan khas (masalah
penglihatan), ada peralatan dan perisian khusus untuk kegunaan pelajar terbabit.

15
Peralatan itu ialah Smartview CCTV untuk membesarkan saiz teks atau gambar
melalui skrin, Index Braille Embosser (mencetak tulisan braille), Touch Screen
Monitor (membolehkan pelajar menggunakan komputer secara sentuhan),
Pengimbas Scanner (menterjemah teks cetakan kepada suara) dan Braillenote
(komputer elektronik bersuara tanpa skrin).Perisian khusus dibekalkan untuk
masalah pendengaran pula ialah Duxbury bagi menterjemah teks kepada braille,
Zoomtext (membesarkan saiz teks pada skrin) dan JAWS iaitu perisian Screen
Reader.
Pusat Pembelajaran Kendiri akan dibina di asrama sekolah pendidikan
khas bagi membolehkan pelajar membuat capaian kepada sumber pendidikan luar
melalui internet, di samping melaksanakan aktiviti pembelajaran berasaskan
projek. Selain itu, pusat ini juga bertujuan mempertingkat ‘contact-hours’ pelajar
dengan komputer. Sebanyak 13 sekolah terbabit dalam program ini, iaitu 11
sekolah pendidikan khas sedia ada dan dua SMPK vokasional baru yang akan
dibina dalam RMK-9. Dari segi peralatan dan perkakasan, setiap Pusat
Pembelajaran Kendiri akan dibekalkan lima komputer, Screen Reader Software,
Text Magnifier Software, suis, sebuah pencetak laser A4, sebuah Inkjet Color
Printer A4 serta Rangkaian LAN.
Dalam konteks pelaksanaan PPSMI, JPK memastikan peralatan ICT
dibekalkan ke sekolah pendidikan khas dan program pendidikan khas integrasi.
Demikian juga dalam Fasa V PPSMI Program Pemulihan Khas, kemudahan ICT
diperuntukkan. Malah, pelajar serta guru PPSMI yang bermasalah penglihatan
turut dibekalkan peralatan khas bagi memudahkan proses P&P. Peralatan
berkenaan ialah Embosser sebanyak 66 unit, Thermal Form (33), Braille Note
(10), Braillone (1,320), Perisian Duxbury (60), Perisian JAWS (60) dan Perisian
ZoomText(6).
Setiap kelas prasekolah pendidikan khas sudah dibekalkan masing-masing
sebuah komputer dan juga pencetak, di samping perisian, bagi membantu guru
memberi pendedahan ICT kepada murid berkeperluan khas dari seawal usia
empat sehingga enam tahun. Bukan itu saja dengan kerjasama Bahagian Sekolah,
30 kelas prasekolah dalam Program Pendidikan Khas Integrasi sudah menerima

16
sebuah komputer yang lengkap dengan perisian hasil sumbangan IBM. Selain itu,
31 kelas prasekolah dalam program sama juga dibekalkan dua komputer dan
sebuah pencetak di bawah peruntukan Kementerian Pelajaran.

5.3 Isu dan cabaran dihadapi untuk melaksanakan program ICT dalam
pendidikan khas.

Guru perlu dilatih serta diberi kemahiran untuk mengajar berkeperluan


khas dengan menggunakan ICT. Selain peralatan ICT biasa, guru pendidikan
khas juga perlu mahir mengendalikan peralatan dan perisian khusus. Seterusnya,
perisian yang terdapat di pasaran untuk P&P pendidikan khas amat terhad dan
ada kala kurang sesuai bagi pelajar berkeperluan khas, terutama kategori
masalah pembelajaran. Walaupun ada peralatan dan perisian luar negara yang
boleh diguna pakai untuk pelajar berkeperluan khas di Malaysia, kosnya sangat
tinggi. Berikutan itu, kekurangan kepakaran untuk membina perisian sesuai bagi
pelajar terbabit juga adalah satu cabaran. Sementara itu, kepelbagaian kecacatan
pelajar berkeperluan khas memerlukan peralatan dan juga perisian khusus
secara individu. Ini adalah suatu yang sukar untuk dipenuhi kerana kekangan
sumber kewangan dan manusia.
Bagi mengatasi isu dan cabaran ini diatasi kepakaran perlu diwujudkan
dan kerjasama daripada pihak lain harus dipertingkat untuk membantu Jabatan
Pendidikan Khas (JPK). Kerjasama pintar serta jalinan kolaborasi perlu
diwujudkan dengan institusi luar, termasuk institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) dan swasta (IPTS) yang mahir dalam menghasilkan perisian sesuai
untuk pelajar berkeperluan khas. Di samping itu, JPK juga perlu menjalankan
kajian impak ICT terhadap pencapaian pelajar berkeperluan khas, baik di
sekolah pendidikan khas mahupun dalam program pendidikan khas integrasi.

17
Rujukan
______Cabaran ICT di sekolah pendidikan Khas Diperoleh Ogos 8, 2008 daripada
http://jqa1004.blogspot.com/2007/05/cabaran-ict-di-sekolah-pendidikan-khas.html

Jeffey P. Bigham et.al(2007), WebAnywhwre : A Screen Reader On-The-Go. Diperoleh


Ogos 14, 2008 daripada http://webinsight.cs.washington.edu/papers/webanywhere-html/

Vibiana Bowman (2002) Reading Beetween the line: an evaluation of WindowsEyes


screen reader as a reference tool for teaching and learning. Academic Reseach Library
vol 20 pg.162

Diperoleh Ogos 8, 2008 daripada http://www.humanware.com/en-


europe/products/braille_and_speech/braillenotes

Diperoleh Ogos 6, 2008 daripada http://www.nuance.com/naturallyspeaking/

Diperoleh Ogos 8, 2008 daripada http://www.gwmicro.com/

Diperoleh Ogos 7, 2008 daripada


www.freedomscientific.com/fs_products/software_jaws.asp
Diperoleh Ogos 8, 2008 daripada www.duxburysystems.com/
Diperoleh Ogos 8, 2008 daripada http://www.aisquared.com/

Diperoleh Ogos 8, 2008 daripada http://www.humanware.com/en-


europe/products/braille_and_speech/reading_machine/_details/id_45/scannar.html

Diperoleh Ogos 4, 2008 daripada


http://www.saahifah.com/index.php?option=com_content&task=view&id=69&Itemid=6
8

Diperoleh Ogos 8, 2008 daripada http://www.drspeech.com/

18