Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP BUKIT BADING 21810 AJIL TERENGGANU 1.

Nama Program Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas 2. Tarikh Bulan Mac 2013 3. Masa Sepanjang minggu persekolahan 4. Sasaran Semua kelas tahun 1 hingga tahun 6 5. Anjuran Jawatankuasa Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan Sekolah(3K) 6. Aktiviti : 1) Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas pada setiap minggu. 2) Guru bertugas memeriksa setiap kelas dan memberi markah yang sesuai mengikut kriteria yang ditetapkan. 3) Pemenang pertandingan mingguan akan diumumkan pada minggu berikutnya atau minggu selepasnya. 4) Kelas yang menang mingguan akan mendapat piala pusingan manakala pemenang kelas terbersih bulanan akan mendapat piala pusingan beserta hadiah iringan berupa wang tunai. 7. Pengenalan Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas adalah aktiviti yang dijalankan setiap minggu dan akan berlangsung sehingga ke hujung tahun. Program ini menjurus ke arah menghasilkan suasana persekitaran kelas yang lebih menarik dan kondusif.Para guru dan murid akan menjadi lebih selesa, ceria, seronok dan selamat serta berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

8. Matlamat 1) Menjadikan kelas lebih bersih , ceria, menarik dan lebih kondusif. 2) Meningkatkan kesedaran para guru dan murid akan kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan kelas dan sekolah. 3) Mengurangkan vandalisme di kalangan murid. 9. Objektif 1) Melahirkan generasi berkeperibadian unggul menerusi pemupukan ilmu pengetahuan , sikap dan amalan dalam aspek kebersihan dan keceriaan.

2) Membina serta memelihara diri dan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat. 3) Meningkatkan pengetahuan para guru ,ibubapa dan murid akan kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan. 10. Laporan Belanjawan BIL 1. SENARAI Pemenang Bulanan : 1. Tahap Satu 2. Tahap Dua RM 30 RM 30 KUANTITI

JUMLAH RM 60

11. Kekuatan 1) Meningkatkan tahap kebersihan kelas 2) Meningkatkan tahap kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan. 3) Memupuk sikap bekerjasama dan toleransi 12. Kelemahan/ Kekurangan 1) Masih ada kejadian vandalisme dikalangan murid kerana kurangnya kesedaran terhadap aspek kebersihan dan keceriaan kelas. 2) Perpindahan kelas tahun 6 kerana kerja-kerja baik pulih bangunan menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke tempat lain dan menimbulkan kesukaran kepada guru untuk membuat penilaian yang sewajarnya. 3) Kurangnya kerjasama dari semua pihak yang terlibat. 13. Penambahbaikan 1) Kelas yang menang pertandingan berturut-turut akan dijadikan Kelas kondusif atau Kelas Contoh.

Disediakan oleh

......................................... YUZITA ZIANA BINTI MOHD YUSOF PENYELARAS/SETIAUSAHA PROGRAM 3K

Disemak oleh :