Anda di halaman 1dari 44

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

TAJUK 3


TAFSIR AYAT-AYAT PILIHAN

Sipnosis

Tajuk ketiga ini memberi tumpuan kepada penafsiran ayat-ayat pilihan
berkaitan akidah, hukum, akhlak dan kisah para nabi. Dalam modul ini tiga
ayat berkaitan akidah yang dipilih adalah ayat 1-5 surah al-Baqarah, ayat
138-141 surah al-Baqarah dan ayat 11-19 surah al-Anam. Tiga ayat
berkaitan hukum yang dipilih adalah ayat 221 surah al-Baqarah, 228-230
surah al-Baqarah dan ayat 11-12 surah al-Nisa. Dua ayat berkaitan akhlak
yang dipilih adalah ayat 24-25 surah al-Anfal dan ayat 1-11 surah al-
Muminun. Tiga kelompok ayat berkaitan kisah para Nabi dari al-Quran adalah
ayat 51-56, 57-65 dan 66-73 al-Anbiya. Penafsiran ayat-ayat tersebut
merangkumi aspek-aspek seperti maksud,sebab turun ayat, huraian dan
pengajaran ayat.

Hasil Pembelajaran


1. Menjelaskan maksud ayat secara umum.

2. Menyatakan sebab turun ayat.

3. Mengaitkan kandungan ayat dengan isu semasa.

3. Menyenaraikan pengajaran ayat untuk dijadikan pedoman hidup.











51
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

TAJUK 3


3.1 TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

Ayat Akidah 1

Ayat 1 -5 : Surah al-Baqarah

)g

.- ^ ElgO CU4-:^-
=UuC4O O gOOg O O1-
=}1+Ug ^g 4g~-.-
4pONLg`uNC jU^O4^)
4pONONC4 E_OUO- 44
_4L^~Ee4O 4pOgLNC ^@
4g~-.-4 4pONLg`uNC .Eg
4@O^q El^O) .4`4 4@O^q }g`
El)Ul~ jE4O=E)4 N
4pONLg~ONC ^j Elj^q _O>4N
O1- }g)` )_)O W
Elj^q4 N-
]O)U^^- ^)
Maksud Ayat:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Miim. Laam, Alif, 1.

datangnya (tentang padanya syak sebarang ada tidak ini, Quran - Al Kitab 2.
- ng ora bagi petunjuk menjadi pula ia sempurnanya); tentang dan Allah dari
. bertaqwa (hendak) yang orang

dan ghaib, yang perkara - perkara kepada beriman yang orang - orang Iaitu 3.
membelanjakan serta sembahyang (mengerjakan) mendirikan
mereka. kepada berikan Kami yang rezeki dari sebahagian (mendermakan)

yang Quran" - "Al Kitab kepada beriman yang orang - orang juga Dan 4.
diturunkan yang kitab - Kitab dan Muhammad), (Wahai kepadamu diturunkan
(dengan akhirat hari (adanya) akan yakin mereka serta daripadamu, dahulu
sepenuhnya).

dan ereka, m Tuhan daripada petunjuk mendapat tetap yang itulah Mereka 5.
kejayaan. beroleh yang orang - orang itulah mereka

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN


52
Huraiannya:

Ayat 1:
Ahli-ahli tafsir berbeza pendapat mengenai huruf yang tercantum dalam
permulaan surah.
Golongan pertama mengembalikan tafsirannya kepada Allah s.w.t. ,hanya
Allah yang mengetahuinya. Ini adalah pendapat Abu Bakar r.a, Umar r.a,
Uthman r.a, Ali r.a dan Ibnu Masud r.a.
Golongan kedua menyatakan ia adalah nama surah atau sebahagian dari
nama Allah s.w.t yang diletakkan dalam permulaan surah. Alif = Allah, Laam
= Latif, Miim = Majid. Ibn Abbas r.a mengatakan Alif, Laam, Miim termasuk
nama Allah yang maha agung.
Golongan ketiga pula berpendapat tujuan huruf-huruf itu menunjukkan Ijaz
al-Quran.
Al-Razi, al-Qurtubi, al-Zamakhsyari dan Ibn Taimiyah menyatakan
meskipun al-Quran tersusun dari huruf dan kalimah yang biasa
digunakan oleh makhluk, tetapi makhluk tidak berupaya menyusun dan
membuat seperti al-Quran walaupun seperti surah yang paling pendek.
Ayat 2:
Kitab al-Quran ini tidak ragu bahawi ia benar-benar diturunkan oleh
Allah. Tidak ragu bahawa semua beritanya benar, tuntutannya benar,
hukumnya adil dan bijaksana. Tidak ragu bahawa ia akan mencapai
hajat / tujuan hidup manusia dunia dan akhirat
Petunjuk bererti nur cahaya.
Menurut Ibnu Abbas, orang yang bertakwa ialah mukmin yang berhati-
hati daripada melakukan syirik, menjauhinya serta melakukan
ketaatan.
Hasan al-Basri menyatakan takwa itu ialah takut dan menghindari apa
yang diharamkan oleh Allah s.w.t, serta menunaikan apa-apa yang
diwajibkan oleh Nya.Takwa ialah berwaspada, menjaga benar-benar
perintah Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya.
Umar bin al-Khattab r.a bertanya kepada Ubay bin Kaab tentang
takwa. Jawab Ubay: Apakah tuan tidak pernah berjalan di tempat
yang penuh duri?. Jawab Umar Ya. Ubay bertanya:Lalu tuan
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
berbuat apa?. Jawab Umar: Saya sangat waspada dan bersungguh-
sungguh menyelamatkan diri dari duri itu. Ubay berkata:Itulah contoh
takwa. 53
Ayat 3:
Iman ialah percaya yang dilengkapi dengan rasa takut,lalu beramal.
Iman merupakan sifat pertama orang yang bertakwa.
Beriman itu percaya pada segala berita dan ajaran ghaib, percaya
adanya Allah, Malaikat, Kitab dan Rasul, Hari Akhirat, serta qada dan
qadar.
Iman tidak cukup dengan hati, harus diucapkan. Tidak cukup
diucapkan, harus diamalkan.
Iman dapat bertambah dan berkurang.
Rasa takut kepada Allah termasuk intisari Iman.
Abdul Rahman bin Yazid berkata: Ketika kami duduk di majlis
Abdullah bin Masud, kami membicarakan sahabat Nabi s.a.w dan
kelebihan mereka daripada kami, lalu Abdullah berkata:Ajaran Nabi
Muhammad jelas bagi orang yang melihat dan bertemu dengannya.
Demi Allah yang tiada Tuhan selainNya, tiada seorang beriman yang
lebih utama daripada beriman dengan perkara ghaib, lalu Abdullah
membacakan alif, laam miim..muflihun.
Menurut Ibn Abbas mendirikan solat itu ialah dengan
menyempurnakan rukuk, sujud, bacaan dan khusyuk.
Menurut Qatadah pula mendirikan solat ialah dengan menjaga
waktunya, wuduknya,rukuknya dan sujudnya.
Ibn Abbas menyatakan membelanjakan sebahagian dari rezeki yang
diberikan Allah s.w.t itu adalah mengeluarkan zakat harta.
Menurut Ibnu Masud pula belanja untuk keluarga, itu sebelum
diwajibkan zakat.
Qatadah pula menyatakan belanjakanlah apa yang diberikan Allah
kepada kamu, sebab harta kekayaan hanya titipan sementara padamu,
dan tidak lama ia akan berpisah.
Allah s.w.t selalu menggandingkan perintah solat dengan zakat, sebab
solat ibadat yang meliputi tauhid, pujian dan doa serta menyerah diri
kepada Allah. Sedangkan infaq berupa huluran tangan dan budi
kepada sesama manusia.
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
Infak meliputi semua yang wajib dan sunat.
54
Ayat 4:
Ibn Abbas Mereka yang beriman pada apa yang diturunkan Allah
kepadamu daripada wahyu, juga percaya pada apa yang diturunkan
Allah pada Rasul-rasul yang sebelummu, dan kepada hari akhirat
mereka yakin, terhadap bangkit selepas mati, kiamat, syurga, neraka,
hisab dan mizan timbangan amal.
Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al-Quran) yang telah
diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan
sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
Ibn Jarir al-Tobari menerangkan tiga pendapat ulamak Tafsir mengenai
tujuan ayat 3 dan ayat 4 ini:
1. Kedua-dua ayat ini sama-sama ditujukan kepada semua orang
mukmin dari bangsa Arab mahupun ahli Kitab.
2. Keduanya sama ditujukan kepada orang mukmin dari ahli kitab.
3. Ayat ketiga untuk orang mukmin daripada bangsa Arab, sedang ayat
keempat untuk orang mukmin ahli kitab.
Firman Allah dalam ayat 199:Surah Ali Imran; (maksudnya)
Sesungguhnya ada di antara orang ahli al-kitab orang yang
percaya(beriman) pada Allah dan apa yang diturunkan kepada
mereka,mereka khusyuk, tunduk, taat pada Allah.

Abu Musa r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda :
Tiga jenis manusia yang akan diberi pahala dua kali ganda; Pertama
seorang ahli al-kitab yang telah beriman kepada-Nya, nabi-Nya,
kemudian beriman kepadaku. Kedua seorang hamba sahaya yang
menunaikan kewajiban terhadap Allah dan kewajiban terhadap
majikannya. Ketiga, seorang yang mendidik hambanya ( wanita)
dengan baik, kemudian dimerdekakan, dan dikahwininya.
Mujahid berkata , Allah telah menyebut dalam permulaan surah al-
Baqarah sifat orang mukmin dalam 4 ayat, dan sifat orang kafir dalam
2 ayat dan 13 ayat sifat orang munafik.

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

55
Ayat 5:
Mereka yang bersifat sebagaimana tersebut dalam ayat kedua dan
ketiga, merekalah yang mendapat petunjuk hidayat, nur dan
penerangan dari Allah dan merekalah yang akan bahagia dan untung
di dunia dan akhirat
Ibnu Abbas berkata, ketika orang-orang mengeluh kepada Nabi s.a.w
Ya Rasulullah, kami membaca al-Quran, maka timbul harapan. Tetapi
ada kalanya kami membaca al-Quran, lalu timbul rasa patah harapan.
Jawab Nabi s.a.w , sukakah aku jawab sahabat, baiklah ya
Rasulullah. Lalu Nabi s.a.w membaca alif laam miim.almuflihun,
mereka ini ahli syurga.Sahabat berkata, kami mengharap semoga
termasuk golongan mereka itu. Kemudian Nabi s.a.w membaca ayat
ke enam dan ke tujuh, mereka ini ahli neraka. Sahabat berkata, kami
bukan golongan mereka ini ya, Rasulullah. Jawab Nabi, benar.
Pengajaran Ayat:
1. Al-Quran adalah kitab hidayah yang memimpin manusia ke jalan yang
selamat dunia dan akhirat.
2. Kita wajib beriman dengan perkara-perkara ghaib seperti Allah,
malaikat, dan hari Kiamat.
3. Solat fardu wajib ditunaikan walau dalam keadaan apa sekalipun.
4. Rezeki atau harta yang dikurniakan Allah s.w.t hendaklah digunakan
ke jalan yang diredaiNya.
5. Orang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa menjalankan
perintah Allah dan menjauhi laranganNya.





Kemukakan dalil-dali naqli yang membuktikan bahawa al-Quran itu
adalah Kitab Allah yang tidak diragui dan menjadi petunjuk bagi
orang yang bertakwa. (1 jam)




PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN


56
Ayat Akidah 2

Ayat 138 -141 : Surah al-Baqarah

)g
O4lg *.- W ;}4`4 }=O;O ;g`
*.- LO4lg W }^44 N.
4p)l4N ^@g ~
E44^OG_.E> O) *.- 4O-4
4L4O :4O4 .E44
E4UE;N 74 7UE;N
}^44 +O 4pOO)U^C` ^@_
; 4pO7O> Ep) =g-4O)
OgEc)4 4Ec)4
Ou4C4 EO4lc-4
W-O+^~E -1O- u O4O=4^
~ +^47 NU;N g +.-
;}4`4 NU^ }Og` =4-E
EEE_E- +E4gN ;g` *.-
4`4 +.- g4) O4N
4pOUEu> ^j ElUg> OE`q ;~
;eUE= W EO 4` ;e4:=OE 74
E` +=OE W 4 4pOU4*O>
O4N W-O+^~E ]OUEu4C ^j
Maksud Ayat:

138. Sibghah Allah. dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada
Allah? dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.

139. Katakanlah: "Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang
Allah, padahal dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu; bagi kami amalan
kami, dan bagi kamu amalan kamu dan hanya kepada-Nya kami
mengikhlaskan hati,

140. Ataukah kamu (hai orang-orang Yahudi dan Nasrani) mengatakan
bahwa Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, adalah penganut
agama Yahudi atau Nasrani?" Katakanlah: "Apakah kamu lebih mengetahui
ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang
menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?" dan Allah sekali-
kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan.

141. Itu adalah umat yang telah lalu; baginya apa yang diusahakannya dan
bagimu apa yang kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta
pertanggungan jawab tentang apa yang Telah mereka kerjakan.

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
Sebab Turun Ayat:

Ibnu Abbas berkata, Suatu saat, Rasulullah bersabda, Sesungguhnya Bani
Israil bertanya, Hai Rasul, adakah Tuhanmu membuat shibghah {celupan}?
Rasulullah menjawab, Bertaqwalah kepada Allah. Maka itu, Tuhannya
mengkhabarkan penjelasan Nabi Musa tentang sibghah kepada kaumnya.
57
Jawab Musa, Ya, aku mencelup beberapa warna merah, putih dan hitam.
Semua warna hasil celupan kami. Lalu turunlah ayat ini. [HR. Ibnu Abi Hatim
dan Ibnu Mardawaih.

Huraian Ayat:

Ayat 138

Menurut Ibn Abbas r.a. lagi ayat ini diturunkan sebagai peringatan
kepada Ahli Kitab, kerana kebiasaannya kaum Nasrani setelah
melahirkan seorang anak, mereka mencelupkan anak tersebut pada
hari keenam pada sebuah air yang dinamakan al-mamudi untuk
menyucikan anak tersebut.barulah dikatakan sebagai seorang
Nasrani.
Sibghah Allah
Riwayat dari Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Haitam dari Ibnu Abbas Celupan
Allah ialah Agama Allah
Abd Bin Humaid dan Ibnu Jarir dari Mujahid - Celupan Allah ialah
Fitrah Allah, atau kemurnian Allah yang difitrahkan ke atas manusia.
Pentafsiran dari Qatadah, yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnul
Mundzir, berkata Qatadah: Orang Yahudi mencelup anak-anaknya
dengan celupan keyahudian. Orang Nasrani mencelup anak-anaknya
dengan celupan kenasranian, tetapi sesungguhnya celupan asli
daripada Allah ialah Islam, dan tidak ada satu celupanpun yang lebih
bagus dan bersih daripada celupan Islam. Sebab dialah Agama Allah
yang di utus dengan dia Nuh dan Nabi-nabi yang 8ating sesudahnya.
Ayat 139
Katakanlah (Muhammad) Apakah kamu memperdebatkan dengan
kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu,
bagi kami amalan kami, dan bagi kamu amalan kamu dan hanya
kepadaNya kami mengabdikan diri dengan hati yang tulus.
Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw untuk menolak perdebatan
kaum musyrikin mengenai ketauhidan Allah, patuh, taat serta ikhlas
dalam mengikut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
Telah nyata Allah itulah yang maha berkuasa, esa, tiada sekutu
bagiNya.
Masing-masing akan menanggung amal perbuatan sendiri.
58
Kaum muslimin ikhlas beribadat, menuju dan mengabdikan diri hanya
kepada Allah, sehingga semua amal perbuatan hanya satu tujuan iaitu
mendapatkan keredhaan Alah.
Ayat 140
Allah menolak pernyataan kaum musyrikin Yahudi dan Nasara yang
mengatakan bahawa Ibrahim, Ismail, Ishaq, Yaqub dan Asbath itu
semua orang Yahudi atau Nasara. Sedangkan Allah (lebih mengetahui
) telah menerangkan bahawa mereka itu semua orang Islam (Muslim)
yang mengesakan Allah dan tidak mempersekutukanNya dengan
sesuatupun.
Allah telah berfirman (maksudnya):
Bukannya Ibrahim itu seorang Yahudi atau Nasrani, tetapi dia seorang
yang jujur, patuh, muslim dan bukan dari golongan orang musyrikin.
(Ali Imran 67)

Siapakah yang lebih kejam daripada orang yang berani
menyembunyikan persaksian yang ada padanya dari Allah.

Menurut Hasan al-Basri Mereka telah membaca dalam Kitab Allah
yang ada pada mereka bahawa agama Allah ialah Islam dan Nabi
Muhammad utusan Allah, Ibrahim, Ismail, Ishaq, Yaqub dan al-Asbath
bukan Yahudi dan bukan Nasrani.
Mereka telah bersaksi dan mengakui semua itu kerana Allah, tetapi kini
mereka menyembunyikan persaksian itu

Kerana itu Allah mengancam mereka. Allah tidak akan melalaikan amal
perbuatan mereka dan pasti akan membalas mereka sesuai dengan
perbuatan mereka.
Ayat 141
Itu adalah umat yang telah lalu, baginya apa yang diusahakannya dan
bagimu apa yang kamu usahakan, dan kamu tidak akan
dipertanggungjawabkan tentang apa yang telah mereka kerjakan.
Mereka itulah umat yang telah lalu, mereka telah menerima hasil amal
perbuatan mereka, dan kamu (Muhammad dan orang muslim) pun
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
akan menerima hasil amal perbuatanmu, bahkan kamu tidak akan
ditanya tentang perbuatan mereka.
Jangan berbangga dengan keturunan jika tidak mengikuti jejak para
Nabi.
59
Siapa yang kafir terhadap seorang Nabi, bererti kafir dengan semua
Nabi, terutama Rasulullah saw yang diutus kepada semua manusia
dan jin.

Pengajaran Ayat:
1. Ajaran Islam merupakan ajaran yang fitrah bersih daripada sebarang
perkara syirik dan khurafat.

2. Segala hujah yang dikemukakan oleh golongan Yahudi dan Nasara adalah
batil dan sesat.

3. Setiap manusia akan menghadapi Hari Pembalasan. Pada waktu itu setiap
amalan manusia akan dihitung dan diberi pemabalasan yang setimpal.




Rujuk kitab-kitab Tafsir muktabar dan keluarkan pendapat ahli
Tafsir mengenai sibghah . (1 jam)






















PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN







60

Ayat Akidah 3

Ayat 11 -19 : Surah al-Anam

)g
~ W-+OOc O) ^O- O
W-NOO^- E-^O ]~E O4:4N
4-)O^- ^ ~ }Eg
E` O) g4OEOO- ^O-4
W ~ =. _ =U4-E _O>4N gOO^4^
OE;OO- _ 7ELEE;4O
_O) gO4C gOE41^-
=UuC4O gO1g _ -g~-.-
W-+OOE= g=O^ _
]ONLg`uNC ^g N.4 4`
=}Ec O) ^O-- jOOgE+-4
_ 4O-4 71gOO- O1)UE^-
^@ ~ 4OOEN *.- 7OgC+`
=Og4 @OgC g4OEOO-
^O-4 4O-4 Ng;CNC 4
OE;CNC ~ EO)E+) Oq
up ]O 4E ;}4` =Uc W
4 -=O:> =}g` 4-g)O;^-
^j ~ EO)E+) ~ up)
e^1=4N O).4O =-EO4N `O4C
1g4N ^) }E` ;4O^NC +Ou44N
lOj4`O4C ; +OEgO4O _
ElgO4 NeOE^-
-)l^- ^g p)4 ElO=O;4C
+.- OC) E E-g-~ N.
) 4O- W p)4 ElO=O;4C OOC
4O_ _O>4N ]7 7/E* EOCg~
^_ 4O-4 NOg-^- -O
jg14:gN _ 4O-4 N7O4^-
+OO)lC^- ^g ~ OO 7/E*
+O4^ LEEOgE+ W ~ +.- W
lOjgE+ /j_^14 7E4uO44 _
=/^q4 O) -EOE-
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
Np-47O^- 74OO^+ gO)
}4`4 EuU4 _ 74)*
4pOg;4 ] E74` *.-
OE_g-47 O4Ou=q _ ~
Og;+ _ ~ E^^) 4O-
O) /g4 /j_^^)4 E7-O@O4
4] 4pO7)O; ^_
MAKSUDNYA:

11. Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi, Kemudian perhatikanlah
bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu."

12. Katakanlah: "Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi."
Katakanlah: "Kepunyaan Allah." Dia telah menetapkan atas Diri-Nya kasih
sayang. Dia sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak
ada keraguan padanya. orang-orang yang meragukan dirinya mereka itu tidak
beriman.

61
13. Dan kepunyaan Allah-lah segala yang ada pada malam dan siang. dan
Dialah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

14. Katakanlah: "Apakah akan Aku jadikan pelindung selain dari Allah yang
menjadikan langit dan bumi, padahal Dia memberi makan dan tidak diberi
makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintah supaya aku menjadi
orang yang pertama kali menyerah diri (kepada Allah), dan jangan sekali-kali
kamu masuk golongan orang musyrik."

15. Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut akan azab hari yang besar (hari
kiamat), jika aku mendurhakai Tuhanku."

16. Barang siapa yang dijauhkan azab dari padanya pada hari itu, Maka
sungguh Allah Telah memberikan rahmat kepadanya. dan Itulah
keberuntungan yang nyata.

17. Dan jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka
tidak ada yang menghilangkannya melainkan dia sendiri. dan jika dia
mendatangkan kebaikan kepadamu, Maka dia Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu.

18. Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hamba-hamba-Nya. dan Dialah
yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

19. Katakanlah: "Siapakah yang lebih Kuat persaksiannya?" Katakanlah:
"Allah". dia menjadi saksi antara Aku dan kamu. dan Al Quran Ini diwahyukan
kepadaku supaya dengan dia Aku memberi peringatan kepadamu dan
kepada orang-orang yang sampai Al-Quran (kepadanya). apakah
Sesungguhnya kamu mengakui bahwa ada tuhan-tuhan lain di samping
Allah?" Katakanlah: "Aku tidak mengakui." Katakanlah: "Sesungguhnya dia
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
adalah Tuhan yang Maha Esa dan Sesungguhnya Aku berlepas diri dari apa
yang kamu persekutukan (dengan Allah)".

Sebab Turun Ayat 12-18:

Muhammad Bin Kaab menuturkan bahawa ayat-ayat tersebut diturunkan
berkenaan dengan orang-orang yahudi,nasrani, dan kaum kafirin yang sering
mengatakan kepada rasulullah bahawa ada tuhan selain Allah. Selain itu
mereka lebih menyukai menyembah tuhan mereka selain Allah.

Huraian Ayat:

Ayat 11

Allah menganjurkan supaya manusia pergi mengembara di atas bumi
Allah melihat dan memerhatikan kejadian sejarah umat-umat yang
terdahulu, bagaimanakah akibat yang menimpa kaum yang
mendustakan para Nabi utusan Allah.

62
Ayat 12

Allah memberitahu bahawa Dialah pencipta, pemilik langit dan bumi,
serta segala apa yang ada di antara keduanya. Dia telah menetapkan
pada diriNya yang Maha Suci rahmat dan kasih sayang.

Sabda Rasulullah saw: Sesungguhnya ketika Allah selesai mencipta
semua makhlukNya maka Dia menetapkan suatu ketetapan yang tertulis di
bawah Arasy Sesungguhnya rahmatKu mengatasi murkaKu.

Kemudian Allah menerangkan pasti akan menghimpunkan semua
makhlukNya pada hari kiamat yang tidak dapat diragukannya.

Supaya tiap orang mukmin benar-benar mantap tauhidnya kepada
Allah dan tidak perlu untuk mencari perlindungan kepada lain-lain dan
bertambah prihatin menyediakan bekalan diri di hari Kiamat di saat ia
akan menghadap Allah dan mempertanggungjawabkan semua gerak
langkah dan amal perbuatannya.

Ibn Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah ditanya, Ketika makhluk
dihadapkan kepada Allah apakah di sana ada air. Jawab Nabi saw,
Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, ada air. Sesungguhnya para
waliyullah akan dapat minum dari telaga para Nabi, dan Allah akan
mengutus tujuh puluh ribu Malaikat yang membawa tongkat di tangan
masing-masing untuk menghalau orang-orang kafir yang akan minum
dari telaga para Nabi itu.

Kemudian Allah menyatakan bahawa orang yang sangat rugi ialah
yang tidak percaya terhadap hari kiamat dan segala apa yang akan
terjadi di sana.
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Ayat 13

Allah mengulang kembali kekuasaanNya terhadap semua makhluk di
langit dan bumi, di waktu siang dan malam, dan hanya Allah Maha
Mendengar segala suara dan Mengetahui semua kejadian.

Ayat 14

Kemudian Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw untuk memberi
contoh kepada umatnya, supaya jangan bersandar, berwali,
berlindung, berharap sesuatu selain Allah, sebab hanya Allah yang
menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya,
bahkan Allah jua yang menjamin makan minum dan segala hajat dari
semua makhlukNya dan diperintah supaya benar-benar Islam,
menyerah kepada Allah sebulat-bulatnya dan jangan mengikuti jejak
orang musyrik.


63

Ayat 15

Allah memberitakan bahawa tidak seorang pun yang mendapat
keistimewaan untuk bebas dari tuntutan jika ia bersalah atau berbuat
dosa. Katakanlah, sungguh aku takut jika aku berbuat dosa maksiat
kepada Tuhanku akan disiksa dengan siksa sangat pedih dan ngeri di
hari Akhirat.

Ayat 16

Dan siapa yang dihindarkan dari siksa itu bererti benar-benar
mendapat rahmatNya dan itulah keuntungan yang nyata.

Ayat 17

Allah memberitakan bahawa tidak seorang pun yang mendapat
keistimewaan untuk bebas dari tuntutan jika ia bersalah atau berbuat
dosa. Katakanlah, sungguh aku takut jika aku berbuat dosa maksiat
kepada Tuhanku akan disiksa dengan siksa sangat pedih dan ngeri di
hari Akhirat.

Rasulullah saw selalu berdoa: Ya Allah, tiadalah yang dapat menolak
pemberianMu, dan tiada yang dapat memberi apa yang Engkau tolak,
dan tidak berguna kekayaan, semua nasib dan kekayaan daripadaMu.


Ayat 18

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
Dialah Allah yang berkuasa memaksa hambaNya, tunduk kepadaNya
semua kekuasaan dan kerajaan, bahkan tidak ada ertinya dibanding
dengan kekuasaan Allah dan perkasaNya. Dialah Allah yang Maha
Bijaksana dalam semua perbuatanNya, yang mengetahui benar letak
tempatnya sehingga tidak memberi atau menolak melainkan tepat
benar pada yang berhak dan layak.

Ayat 19

Allah menyuruh Nabi Muhammad dan semua manusia yang beriman
pada Allah, supaya berani menanyakan pada siapa pun: Siapakah
yang terbesar atau terkuat persaksiannya? Jika nyata tiada yang dapat
menjawab maka nyatakanlah, Allah lah yang terbesar, terkuat
persaksianNya yang menjadi saksi antara kau dan kami.

Dia yang mengetahui apa yang ku katakan kepadamu dan yang kamu
jawabkan kepadaKu. Dan Dia yang mewahyukan kepadaku al-Quran
ini untuk aku jadikan alat memperingatkan kalian dan siapa saja yang
sampai kepadanya al-Quran ini.

64
Rasulullah saw bersabda, Sampaikan apa yang kalian ketahui dari
agama Allah, maka siapa yang sampai kepadanya satu ayat dari kitab
Allah, bererti telah sampai kepadanya perintah Allah.

Al- Rabi bin Anas berkata: Seharusnya atas tiap orang yang mengikuti
Rasulullah saw mengajak kepada apa yang diajak oleh Rasulullah saw
dan memperingatkan apa yang diperingatkan oleh Rasulullah.

Kita dituntut untuk menanyakan kepada kaum musyrikin: Apakah
kalian mengakui bahawa di samping Allah ada tuhan-tuhan yang lain.
Jika mereka mengakui maka nyatakan kepada mereka, Aku tidak
mengakui. Nyatakanlah, Sesungguhnya Tuhan itu hanya satu yang
Maha Esa. Dan aku bebas dari semua yang kalian persekutukan
terhadap Allah.

Pengajaran Ayat:

1. Allah adalah penguasa langit dan bumi.

2. Allah maha Pengasih kepada semua makhluknya. Kasih sayang Allah
mengatasi murkaNya.

3. Kita jangan memohon perlindungan dan pertolongan selain daripada
Allah.

4. Semua manusia akan dihimpunkan di hari Kiamat untuk dihitung amalan
dan diberi pembalasan.


PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Isu penyelewengan akidah dan ajaran sesat menjadi sebahagian
daripada masalah yang berlaku dalam masyarakat Islam masa
kini. Bincangkan isu tersebut dengan mengambil kira faktor-faktor
penyebab dan cara mengatasinya. (1jam)












65



TAJUK 3


3.2 TAFSIR AYAT-AYAT HUKUM

Ayat Hukum 1

Ayat 221 : Surah al-Baqarah
)g



Maksud Ayat:

221. Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir
musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam), dan
sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik
daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.
Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan
lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam)
dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang
demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah
mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah
menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat
manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).

Sebab Turun Ayat:
Pada suatu hari, Nabi s.a.w telah mengutus Marthad bin Abi Marthad ke
Makkah untuk menolong membawa keluar orang-orang Islam di sana secara
rahsia.Semasa berada di Makkah, Marthad telah bertemu dengan kawan
lamanya (semasa dalam jahiliah dahulu) iaitu seorang perempuan musyrik
yang rupawan dan berharta bernama Annaq. Perempuan ini mendatanginya
dan berkata kepadanya: Tidakkah kau mahu bersamaku sebentar?
Marthad menjawab: Kasihan engkau! Islam telah memisahkan antara aku
dan engkau.

66
Annaq mendesak: Adakah engkau akan mengahwini aku?Marthad
menjawab: Ya! Tetapi aku mesti pulang dahulu untuk menanyakan hal ini
kepada Nabi s.a.w. Bila Marthad selesai daripada menjalani urusannya di
Makkah dan kembali ke Madinah menemui Rasulullah s.a.w,
diceritakannyalah kepada Baginda tentang dirinya dan Annaq sambil
bertanya, Adakah halal bagi saya mengahwininya? . Maka Allah turunkan
ayat yang berbunyi (maksudnya):

Dan janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan musyrik sehingga
mereka beriman.

Huraian Ayat:

Ayat ini menyatakan haram kahwin dengan wanita musyrikat
penyembah berhala, jika diambil umumnya ayat, maka termasuk juga
musyrikat ahli kitab, hanya saja terhadap wanita ahli kitab Allah
mengecualikan dalam ayat walmuhsonatu minallazina utul kitaba min
qablikum. Juga dibolehkan bagi kamu mengahwini wanita yang sopan dari
ahli kitab yang sebelummu.

Syaqiq berkata:Ketika Hudzaifah kawin dengan wanita Yahudi,
Umar menulis surat kepadanya:Lepaskan dia, Hudzaifah bertanya: Apakah
anda menganggap haram, maka aku lepaskannya. Jawab Umar: Tidak,
saya khuatir kalau kalian mengutamakan mereka daripada wanita muslimat.

Nyata dalam kejadian ini Umar tidak menyukai orang muslim
kahwin dengan wanita ahli kitab, jangan sampai mengalahkan wanita
muslimat.

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
Umar ra berkata: Lelaki muslim dapat kahwin dengan wanita ahli
kitab, sedang lelaki ahli kitab tidak boleh kahwin dengan wanita muslimat.

Assudi mengatakan bahawa ayat ini turun mengenai kejadian
Abdullah bin Rawahah. Pada suatu hari ia marah kepada budaknya yang
wanita dan menempelengnya, kemudian ia merasa ketakutan dan pergi
memberitahukan kejadian ini kepada Nabi saw. Nabi saw bertanya: Apakah
agamanya?. Jawab Abdullah. Dia puasa, solat dan dapat berwudhuk serta
bersyahadat. Rasulullah saw bersabda: Jika demikian bererti ia wanita
mukminat. Maka Abdullah bin Rawahah berkata, Demi Allah yang
mengutusmu dengan hak, akan aku merdekakan kemudian aku kahwini.
Kemudian setelah dilaksanakan, banyak orang muslim yang
menyalahkannya. Abdullah telah mengahwini budaknya. Pada hal mereka
ingin supaya Abdullah kahwin dengan gadis mereka untuk mempertahankan
kebangsawanan mereka.


67
Maka Allah menurunkan ayat: wa laamatun muminatun.
(budak wanita yang mukminat lebih baik dari wanita bangsawan yang
musyrikat meskipun kalian kagum dengan kecantikan mereka.


Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya): Jangan kahwin dengan
wanita semata mata kerana kecantikannya, mungkin kecantikannya itu
menjerumuskan mereka, dan jangan mengahwini wanita semata-mata kerana
hartanya, kerana mungkin kekayaan itu menyombongkan mereka, dan
kahwinilah mereka itu kerana agamanya, maka sungguh budak wanita yang
hitam beragama lebih utama.- Abu bin Humaid

Jangan mengambil menantu orang musyrikin sehingga mereka
beriman atau jangan mengahwinkan lelaki musyrik dengan wanita mukminat
sehingga mereka beriman. Sungguh hamba sahaya yang beriman lebih baik
dari bangsawan yang musyrik, meskipun kalian kagum dengan bangsa, harta
dan kedudukan atau tampannya.


Pengajaran Ayat:

1. Diharamkan mengahwini wanita musyrik yang tidak mempunyai kitab dari
Allah.

2. Diharamkan mengahwinkan lelaki kafir (baik penyembah berhala
mahupun Ahli Kitab) dengan wanita-wanita muslim.

3. Dibolehkan berkahwin dengan wanita ahli kitab (Yahudi/ Nasrani)
sepanjang tidak ada kekhuatiran akan timbulnya mudarat bagi anak-anak
hasil perkahwinan tersebut.

4. Lelaki musyrik akan berusaha keras untuk membawa wanita mukminah
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
kepada kekafiran terhadap Allah. Kerana itu, tidak patutlah baginya
mengahwini seorang mukminah.




Bincangkan hikmah di sebalik larangan Allah terhadap lelaki
mukmin mengahwini wanita musyrik. (1jam)








68
Ayat Hukum 2

Ayat 228-230: Surah al-Baqarah

)g




PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Ayat: Maksud

dengan menunggu hendaklah itu diceraikan yang isteri - isteri Dan 228.
Dan haid). (dari suci kali tiga selama berkahwin) (dari mereka diri menahan
tentang) memberitahu (tidak menyembunyikan mereka bagi halal tidaklah
betul jika mereka, rahim dungan kan dalam Allah oleh dijadikan yang anak
mereka suami - suami Dan akhirat. hari dan Allah kepada beriman mereka
69
idah masa dalam itu isteri - isteri akan) (rujuk kembali mengambil berhak
itu isteri - isteri Dan berdamai. hendak bertujuan suami - suami jika mereka
mereka oleh ditanggung yang kewajipan seperti sama yang hak mempunyai
oleh dilarang tidak (dan nya sepatut yang cara dengan suami) (terhadap
satu mempunyai itu) suami - (suami lelaki orang - orang itu pada dalam syarak);
Allah (ingatlah), Dan (isterinya). perempuan orang - orang atas kelebihan darjat
Bijaksana. Maha lagi Kuasa, Maha

itu Sesudah kali. dua hanya) itu kembali dirujuk boleh (yang Talak . 229
yang cara dengan itu) (isterinya terus memegang dan) (rujuk ia bolehlah
dan baik yang cara dengan (menceraikannya) melepaskan atau sepatutnya
kamu telah yang apa dari sesuatu balik mengambil kamu bagi halal tidaklah
keduanya jika kecuali itu) diceraikan yang isteri - (isteri mereka kepada n berika
Oleh Allah. hukum aturan - aturan menegakkan dapat tidak takut isteri (suami
menegakkan dapat tidak duanya - kedua bahawa khuatir kamu kalau itu
mengenai - berdosa mereka tidaklah maka Allah, hukum aturan - aturan
(dan dirinya menebus untuk isteri oleh diberikan yang talak) (tebus bayaran
hukum aturan - aturan Itulah itu). bayaran akan suami pengambilan mengenai
melanggar yang sesiapa dan melanggarnya; kamu janganlah maka Allah
zalim. yang orang - orang itulah mereka maka Allah, hukum aturan - aturan


yang kali (bagi pula diceraikan jika itu kali), dua (diceraikan Sesudah 230.
ia sehingga itu, sesudah baginya lagi halal tidak itu perempuan maka ketiga)
(oleh diceraikan ia kalau u it Setelah lain. yang suami dengan berkahwin
dan lama (suami berdua mereka maka idahnya), habis dan itu baharu suami
jika semula), (maskahwin kembali untuk berdosa tidaklah isterinya) bekas
Allah hukum aturan - aturan menegakkan dapat akan menyangka kuat mereka
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
yang kaum kepada diterangkannya Allah, hukum aturan - uran at itulah dan
memahaminya. dan mengetahui (mahu)

Sebab Turun Ayat:

Sebab Turun Ayat 228:

Asma binti Yazid al- Sakam al-Ansariyyah berkata: Aku telah diceraikan oleh
suamiku di zaman Rasulullah, tetapi pada waktu itu belum ada hukum idah
bagi wanita yeng telah diceraikan. Maka turunlah ayat ini, iaitu menetapkan
hukum idah bagi wanita, iaitu menunggu selama tiga kali suci (haid).

(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Al-Hatim)




70
Sebab Turun Ayat 229:

Seorang lelaki telah menceraikan isterinya sesuka hati dan beranggapan
bahawa wanita boleh dirujuk semasa idah, walaupun setelah ditalak beratus
kali. Wanita itu telah bertemu dengan Rasulullah saw dan menceritakan
kepada baginda. Baginda terdiam, sehingga turun ayat ini (sehingga
perkataan bi ihsan).

(Diriwayatkan oleh At-Tarmizi, Al-Hakim dan lainnya dari Aisyah)

Dalam riwayat lain, seorang lelaki telah makan harta benda milik isterinya
hasil daripada mas kahwin yang telah diberikan semasa nikah. Dia
menganggap bahawa perbuatannya itu tidak berdosa. Maka turunlah ayat
wala yahillu lakum an takhuzu hingga akhir ayat 229 yang melarang
merampas hak isteri. isterinya hasil daripada mas kahwin yang telah diberikan
semasa nikah. Dia menganggap bahawa perbuatannya itu tidak berdosa.
Maka turunlah ayat wala yahillu lakum an takhuzu hingga akhir ayat 229
yang melarang merampas hak isteri.

(Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kitab Nasakh-Mansukh dari Ibn Abbas)

Sebab Turun Ayat 230:

Ibn Umar berkata: Rifaah bin Wahab telah menikahi Aisyah binti Abdul
Rahman, kemudian menceraikannya dengan talak bain kubra sebelum
mengadakan hubungan sama sekali. Lalu, wanita itu dinikahi oleh Abdul
Rahman bin Zubair, dan diceraikan tanpa mengadakan sebarang hubungan.
Aisyah bertanya kepada Rasulullah, adakah dia boleh bernikah dengan suami
pertamanya, dan Rasulullah menjawab: Tidak, kecuali jika kamu telah
dicampuri oleh suami keduamu.

(Diriwayatkan oleh Ibn Munzir dari Muqatil Ibn Hibban)
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Huraian Ayat:

Ayat 228:

Ayat ini berkaitan perintah Allah untuk wanita yang sudah dijimak
dan berhaidh, harus menanti dalam masa tiga quru, kemudian sesudah itu
boleh kahwin jika ada jodoh. Para imam mazhab empat telah mengecualikan
dari umumnya ayat ini budak wanita jika dicerai, maka iddahnya hanya dua
quru.
Aisyah ra mengatakan bahawa Nabi saw bersabda (maksudnya):
Talak untuk wanita budak itu hanya dua kali sedang iddah mereka hanya dua
quru.- Riwayat Abu Daud.

Sebahagian ulamak Salaf menyatakan bahawa iddah budak sama
dengan iddah wanita merdeka sebab ini adalah soal kejadian tabie yang
tiada berbeda antara budak dengan merdeka. Tetapi pendapat ini dianggap
lemah. 71
Aisyah ra berkata: Quru ialah suci daripada haidh. Demikian pula
pendapat Ibn Umar, Ibn Abbas dan Zaid bin Thabit.

Ini berdasarkan ayat 1 surah al-Talak (maksudnya) Talaklah wanita
itu pada masa iddahnya, yakni di waktu suci.

Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Abu Darda, Ubadah, Anas bin Malik
berpendapat bahawa quru itu ialah haidh.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah saw , Fatimah bt Abi Hubaisy
ketika menanyakan mengenai istihadhah, tinggalkan solat pada hari-hari
aqraaki yakni hari yang biasa datang haidhmu.

Ayat 229

Haram bagi mereka (perempuan yang ditalak) menyembunyikan apa
yang dijadikan Allah dalam rahim mereka (kandungan atau haidh) jika mereka
beriman kepada Allah dan hari akhirat. Hal ini tidak dapat diketahui selain
yang mengalami sendiri, kerana itu diperintahkan supaya benat-benar jujur.

Ayat 230

Suami yang menceraikan berhak rujuk kembali kepada isteri yang
ditalak jika mereka mahukan kebaikan ( di masa iddah dalam talaq raji),
sebab di waktu turun ayat ini belum ada talaq bain yang memisahkan sama
sekali dan tidak boleh rujuk kembali. Bahkan pada waktu itu orang yang
menceraikan isterinya tetap boleh kembali rujuk meskipun telah talak
beberapa kali.

Pengajaran Ayat:

1. Walaupun talak dibolehkan dalam Islam, namun Allah amat membencinya.
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

2. Kuasa Kuasa talak diberikan kepada suami kerana lelaki lebih bijak
mengawal emosi.

3. Hukum agama perlu difahami dengan sepenuhnya.

4. Talak mengelakkan kezaliman.

5. Berhati-hati ketika ingin melafazkan talak.

6. Suami isteri haruslah sentiasa bersikap toleransi dalam rumah tangga.

7. Penceraian boleh membawa akibat buruk kepada anak-anak


Buat rujukan berkaitan pengertian talak dan iddah serta
pembahagiannya. (1 jam)
72
Ayat Hukum 3

Ayat 11-12: Surah al-Nisa

)g


PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN










73
Maksud Ayat:

11. Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak
kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak
perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian
mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak
perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta
itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari
harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si
mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya,
maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa
orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam.
(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si
mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu,
kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak
manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian
masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah;
sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
12. Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu
jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu
beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat
yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka
(isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak
mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka
(isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah
ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan
jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak
atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara
perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam.
Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka
mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan
perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah
dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan
mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyantun.

Sebab Turun Ayat:

Jabir bin Abdillah berkata, suatu hari, dengan berjalan kaki , Rasulullah s.a.w dan
Abu Bakar r.a menjengukku yang sangat parah di tempat Bani Salamah. Saat

74
mereka tiba, aku tidak sedarkan diri. Lalu, Rasulullah berwudhu, dan memercikkan
beberapa titis air wudhu kepadaku. Aku sedar, lalu berkata Wahai Rasulullah, apa
yang akan engkau perintahkan atas harta yang kumiliki? Maka itu, turunlah keempat
ayat ini.
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasai, dan Ibnu Majah

Diriwayatkan pula oleh Ahmad dari Jabir, katanya: Telah datang kepada
Rasulullah S.A.W. isteri Saad bin al-Rabi bersama kedua anak perempuannya dan
berkata kepada baginda.Inilah kedua puteri Saad yang ayahnya gugur dalam
perang Uhud bersamamu dan harta peninggalannya diambil semuanya oleh
saudaranya, bapa saudara kedua puteri ini tanpa meninggalkan sedikitpun bagi
mereka, sedang mereka berdua tidak akan kahwin melainkan bila ada harta. Allah
akan memberi putusan tentang itu jawab Rasulullah saw. Lalu turunlah ayat warisan
ini.

Kemudian dipanggillah bapa saudara kedua anak perempuan itu dan
diperintahkan Berilah kedua puteri Saad bahagian dua pertiga dan ibunya
seperlapan, manakala bakinya adalah untukmu.

Huraian Ayat:

Ayat 11:
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

Allah swt menentukan hukum warisan di mana kedua jenis jantina diberinya
hak yang sama menerima bahagian warisan, berbeza dengan kebiasaan di zaman
jahiliah iaitu hanya pihak lelaki yang berhak menerima warisan, sedang pihak wanita
tidak sedikit pun memperolehi bahagian.

Perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam hukum warisan yang
disyariatkan oleh Allah ini hanya mengenai besar kecilnya bahagian masing-masing.

Bagi anak lelaki diberi hak mendapat bahagian dua kali bahagian anak
perempuan. Ini disebabkan pihak lelaki adalah yang selalu memikul beban nafkah
rumah tangga dan berusaha memenuhi keperluan keluarga seperti berniaga sambil
menanggung segala suka dan dukanya. Maka patutlah lelaki memperoleh dua kali
bahagian pihak perempuan.

Jika anak itu semuanya perempuan, dua orang atau lebih maka bahagian
mereka adalah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan. Dan jika anak itu hanya
seorang saja maka ia memperoleh satu perdua harta.

Mengenai bahagian kedua orang tua, jika yang meninggal (anak mereka)
mempunyai anak, masing-masing (ibu dan ayah) mendapat satu perenam. Jika tidak
mempunyai anak, maka ibu mendapat satu pertiga dan ayah mendapat dua pertiga.

Jika yang meninggal mempunyai saudara-saudara kandung, seibu atau
sebapa, maka ibu mendapat seperenam dan ayah mendapat bakinya.




75

Mengenai wasiat yang harus dipenuhi dan hutang yang harus dibayar
sebelum pembahagian harta warisan , maka para ulama berpendapat bahawa
hutang harus didahulukan sebelum wasiat. Saidina Ali bin Abi Talib berkata:
Sesungguhnya Rasulullah saw menyelesaikan urusan hutang-hutang sebelum
wasiat.

Allah berfirman bahawa kamu tidak mengetahui siapa lebih dekat dan
banyak manfaatnya di antara orang tuamu dan anak anakmu. Kerana itu Allah
memberi keduanya hak memperolehi warisan, berbeza dengan kebiasaan yang
berlaku di zaman Jahiliah dan pada permulaan lahirnya Islam, di mana harta warisan
diperuntukkan bagi anak sedangkan bagi orang tua hanya apa yang diwasiatkan
oleh orang yang meninggal dunia. Sedangkan kemanfaatan dunia dan akhirat
kadangkala dapat diharapkan dari kedua orang tua dan dapat pula dari pihak anak-
anak. Sebab itu Allah menentukan bagi kedua-duanya bahagian masing-masing dari
harta warysan. Hal yang demikian itu adalah ketetapan Allah yang Maha Mengetahui
lagi Maha Bijaksana.


Ayat 12:

Bagi para suami ditentukan bahagiannya dari harta peninggalan isterinya
satu perdua jika isteri itu tidak meninggalkan anak, atau satu perempat jika mereka
mempunyai anak. Pembahagian dapat dilakukan sesudah dipenuhi wasiat yang di
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
buat oleh orang yang meninggal dunia dan dibayar hutang yang yang menjadi
tanggungannya.

Bagi isteri yang ditinggalkan suami, Allah menentukan bahagiannya dari
harta warisan seperempat jika suami tidak meningglkan anak dan seperlapan jika
mempunyai anak.

Kalalah dalam ayat 12 bermaksud orang mati yang tidak meninggalkan
anak dan tidak meninggalkan ayah. Jika ia meninggalkan seorang saudara lelaki
atau perempuan (yang seibu), masing-masing dari keduanya mendapat bahagian
seperenam. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih, maka mereka bersekutu
dalam bahagian sepertiga itu.

Saudara-saudara seibu berbeza dengan lain-lain waris dalam beberapa
hal. Pertama, bahawa mereka mewarisi bersama orang yang menjadi penghubung,
iaitu si ibu. Kedua, bahagian mereka adalah sama, lelaki mahupun perempuan.
Ketiga, mereka tidak mendapat bahagian warisan kecuali dalam keadaan
kalalah.Keempat, mereka tidak memperoleh lebih dari sepertiga, baik lelaki mahupun
perempuan, satu orang ataupun lebih.

Allah swt melarang orang membuat wasiat yang memberi mudharat kepada
ahli waris, seperti menghapus atau mengurangi hak waris, mengurangi harta
warisan, menambah atau mengurangi bahan-bahan yang sudah ditentukan oleh
Allah. Orang yang berbuat demikian dan tidak berlaku adil dalam menyusun
wasiatnya, ia seakan-akan menentang Allah swt dalam hukum syariatNya. Sabda
Rasulullah saw: (maksudnya) Membuat mudharat (kepada ahli waris) dalam wasiat
adalah salah satu di antara dosa-dosa yang besar.


76

Pengajaran ayat:

1. Hukum faraid merupakan sebahagian daripada pensyariatan dalam Islam.

2. Hukum faraid dilaksanakan sesudah dibayar hutang si mati, dan dilunaskan
wasiat-wasiatnya.

3. Allah maha Mengetahui lagi Bijaksana dalam menentukan bahagian harta pusaka
yang ditinggalkan si mati.



Dengan menggunakan rajah grafik rumuskan pembahagian harta
pusaka berdasarkan ayat di atas. (1 jam)








PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN





























77



TAJUK 3


3.3 TAFSIR AYAT-AYAT AKHLAK

Tafsir Ayat Akhlak 1

Ayat 24 - 25 : Surah al-Anfal

)g

Og^4C =}Cg~-.- W-ONL4`-47
W-O+l14-c- *. OcOUg4 -O)
74NE1 Eg :Oj1^47 W
W-EOU;N-4 ] -.- NO+4 -u-4
g7OE^- gO)lU~4 +O^^4 gO^1)
]+O=^4q` ^gj W-OE>-4 LO4Lug
E4O> 4g~-.- W-OU 74g`
LOO.~ W W-EOUu-4 ] -.- CgE-
g^- ^g)

Maksud Ayat:

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
24. Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul
apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada
kamu, Ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan
hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.

25. Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa
orang-orang yang zalim saja di antara kamu. dan Ketahuilah bahwa Allah
amat keras siksaan-Nya.

Sebab Turun Ayat:

Abu Said bin al-Mualla ra berkata, ketika aku sedang solat, tiba-tiba
Rasulullah saw memanggil aku, maka aku tidak datang kepadanya hingga
selesai solatku, kemudian aku datang kepadanya, maka ia bertanya
kepadaku, Apakah yang menahan engkau sehingga tidak segera datang
ketika aku panggil?. Tidakkah Allah berfirman: Hai orang-orang yang
beriman, sambutlah panggilan Allah dan Rasul jika memanggilmu untuk apa
yang memperbaikimu. Kemudian nabi bersabda, Aku akan memberitahu
kepadamu surah yang terbesar dalam al-Quran sebelum keluar dari masjid
ini. Kemudian Rasulullah saw berjalan untuk keluar, maka aku ingatkan akan
janjinya. Maka sabda Rasulullah sawAl-hamdulillahi Rabbil alamin (al-
Fatihah) itu yang disebut Allah al-sabul mathani (tujuh ayat pujian bagi Allah
yang selalu diulang dalam solat) Riwayat Bukhari




78
Huraian Ayat:

Ayat 24

(:Oj1^47Eg) : untuk mengajarkan kepadamu apa
yang dapat menghidupkan kamu, iaitu al-haq, al-Islam dan al-Quran yang
dapat menyelamatkan, membahagiakan dan menghidupkan.

Anas bin Malik ra berkata: Rasulullah saw selalu memperbanyakkan
membaca Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ala dinik. Maka ditanya oleh
sahabat: Ya Rasulullah, kami telah beriman kepadamu dan apa yang engkau
ajarkan, apakah kau masih khuatir atas kami?. Jawab Rasulullah saw.Ya,
sesungguhnya hati manusia di antara dua jari Allah. Allah dapat
membaliknya sekehendakNya. Riwayat al-Tirmidzi.

Annawwas bin Samaan ra berkata, Saya telah mendengar Rasulullah
saw bersabda: (maksudnya) Tiada suatu hati melainkan di antara dua jari dari
jari Allah yang bersifat Rahman, Tuhan yang memelihara semesta alam jika
Dia berkehendak menegakkannya, dan jika Dia berkehendak dapat dapat
menyesatkannya. Dan Nabi saw biasa membaca: Ya Tuhan yang mengubah
hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu. Riwayat Ahmad.

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
Ummu Salamah ra berkata: bahawa Rasulullah saw sering
membacadalam berdoa Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi ala dinik. Maka
aku bertanya, Ya Rasulullah, apakah hati itu dapat berubah?. Jawab
Rasulullah (maksudnya)Ya. Allah tiada menjadikan seorang manusia dari
anak Adam, melainkan hati (perasaan) nya di antara kedua jari Allah, jika
berkehendak menegakkannya dan jika berkehendak menyesatkannya. Maka
kami mohon kepada Allah supaya tidak menyesatkan hati kami sesudah
diberi hidayat, dan kami mohon rahmat yang langsung daripadaNya.
Sesungguhnya Dialah maha Pemberi.

Kemudian saya minta, Ya Rasulullah, apakah engkau tidak mahu
mengajarkan doa kepadaku untuk ku baca?. Jawab Nabi saw. Baiklah,
Bacalah (maksudnya) : Ya Allah Tuhan Nabi Muhammad, ampunkan dosaku
dan hilangkan marah hatiku, dan lindungilah aku dari fitnah yang
menyesatkan selama hidupku.

Ayat 25:

Allah memberitahu kepada hambaNya yang beriman supaya
berwaspada dan berhati-hati, sebab ujian / bala itu akan mengenai kepada
orang yang berbuat zalim dan juga yang tidak berbuat zalim jika ia melihat
kezaliman tetapi mendiamkan sahaja.



79
Adi bin Umairah ra berkata. Saya mendengar Rasulullah saw
bersabda (maksudnya) Sesungguhnya Allah tidak akan menyiksa semua
orang kerana perbuatan beberapa orang, sehingga mereka itu melihat
kemungkaran bermaharajalela di tengah-tengah mereka sedang mereka
dapat melarangnya tetapi mereka tidak melarangnya, maka jika sedemikian,
maka Allah akan menyiksa kesemuanya yang khusus dan yang umum.
Riwayat Ahmad.

Ummu Salamah ra berkata: Saya telah mendengar Rasulullah saw
bersabda (maksudnya) Jika bermaharaja lela perbuatan maksiat di tengah-
tengah umatku, Allah akan meratakan siksaNya. Aku bertanya, Ya
Rasulullah, apakah di antara mereka tidak ada orang-orang yang baik?.
Jawab Nabi saw Ada. Aku bertanya, Lalu bagaimana terkena siksa itu?.
Nabi menjawab, Mereka terkena bala siksa itu, kemudian mendapat
pengampunan dan ridha Allah. Riwayat Ahmad.


Pengajaran Ayat:

1. Kita wajib menyahut seruan Allah dan Rasulnya.

2. Allah berkuasa membolak balikkan hati manusia.

3. Hendaklah menghindarkan diri daripada fitnah.
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

4. Setiap yang hidup pasti akan mati dan akan dikumpulkan di
hadapan Allah.




Rujuk kitab-kitab Tafsir yang muktabar, dan huraikan pendapat
mufassirin mengenai ayat
W-OE>-4 LO4Lug E4O>
4g~-.- W-OU 74g` LOO.~
( 1 jam )











80
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
Tafsir Ayat Akhlak 2

Ayat 1- 11 : Surah al- Muminun

)g

;~ EEU^ 4pONLg`u^- ^ 4g~-.-
- O) jgjE= 4pONg=E= ^g
4g~-.-4 - ^}4N O^^U-
]O@OuN` ^@ 4g~-.-4 -
jE_OEEOUg 4pOUg ^j 4g~-.-4 -
)__NOg 4pOOgEO ^) ) -O>4N
)__4^e u 4` ;eU4`
g+EuC gE+) +OOEN --g`OU4`
^g ^}E _/E4-- 47.-4O4 ElgO
Elj^q N- 4p1E^- ^_
4g~-.-4 - )_gE44` g-g;_4N4
4pONN4O ^g 4g~-.-4 N _O>4N
jg@4OU= 4pOOgO47 ^_ Elj^q
N- 4pOjO4O^- ^ -g~-.-
4pO@O4C "EuE1Og^- - OgOg
4p)-E= ^
Maksudnya:

1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman.

2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya.

3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan)
yang tiada berguna,

4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat.

5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya.

6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki, maka
sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa.

7. Barangsiapa mencari yang di balik itu, maka mereka Itulah orang-orang
yang melampaui batas.

8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan
janjinya.

9. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewairsi.

11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.



PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

81

Huraian Ayat:

Ayat 1-11:

Allah swt berfirman, Telah beruntung, berbahagia dan memperoleh
kemenangan orang-orang mukmin yang khusyuk dalam solatnya,
menjauhkan diri dari perbuatan dan percakapan yang tidak berguna,
menunaikan zakat, menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isterinya
dan budak-budak yang dimilikinya yang dihalalkan oleh Allah baginya, yang
memelihara amanat-amanat yang dipertanggungjawabkan kepadanya serta
menepati janji-janjinya dan yang memelihara kewajipan solatnya dan selalu
dilaksanakan tepat pada waktunya. Orang-orang mukmin yang memiliki sifat-
sifat sebagai yang tersebut di atas, mereka itulah yang akan beruntung, akan
mewarisi Syurga Firdaus dan akan hidup kekal di dalamnya.


Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Umar bin al-Khattab ra, bahawa
Rasulullah saw bersabda: (maksudnya) Telah diturunkan kepadaku sepuluh
ayat, barang siapa mengerjakannya akan masuk Syurga.

Ayat 2:

Kata Muhammad bin Sirin, bahawasanya para sahabat Rasulullah kalau
bersembahyang mengangkat kepalanya melihat ke langit, maka setelah turun
ayat-ayat tersebut di atas, mereka mengubah kebiasaan itu dan
menundukkan melihat ke bawah (tempat bersujud) bila mereka
bersembahyang.

Tiga pendapat tentang Khusyu
Ibnu Abbas = Orang orang yang takut lagi penuh ketenangan
Ali bin Abi Talib = Kekhusyuan Hati
Hasan Al Basri = Kekhusyuan berada di dalam hati sehingga merendahkan
pandangan serta merendahkan diri mereka.

Ayat 3:

Al- Laghwi dari kata laghaa bermaksud perbuatan atau kata-kata
yang tidak ada faedahnya dan tidak ada nilainya.

Ayat 4:

Pengeluaran zakat adalah usaha untuk membersihkan jiwa.

Ayat 5-7:

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
Hubungan suami isteri dalam rumahtangga ditegakkan di atas mawaddah
(kasih cinta) dan rahmah (belas kasihan). Jangan mencari yang selain
daripada yang demikian.

82

Ayat 8:

Sabda Rasulullah saw (maksudnya): Tanda-tanda orang munafiq ada tiga,
apabila ia berkata-kata ia berdusta, apabila ia berjanji ia mengingkarinya dan
apabila ia diberi amanah ia mengkhianatinya.

Ayat 9:

Ibnu Masud ra berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah saw. Amal
apakah yang paling disukai Allah?. Baginda menjawab, (maksudnya) Solat
tepat pada waktunya. Sesudah itu apa lagi? aku bertanya. Baginda
menjawab, Berbaktilah kepada kedua orang tua. Dan sesudah itu? tanya ku
lagi. Baginda menjawab (Berjihad pada jalan Allah).


Pengajaran Ayat:

1. Allah memberi jaminan bahawa orang mukmin yang mempunyai ciri-ciri
seperti dalam ayat di atas akan memperoleh kemenangan di dunia dan di
akhirat.

2. Kita hendaklah melaksanakan sifat-sifat mukmin sejati.


Huraikan peranan zakat dalam membentuk masyarakat Islam
yang maju dan dinamik (1 jam)



















PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN




83

TAJUK 3


3.4 TAFSIR AYAT KISAH PARA NABI

Ayat Kisah Para Nabi 1

Ayat 51 56: Surah al-Anbiya

)g






I


Maksud Ayat:

51. Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim
sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui
akan halnya.

hakikatnya Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah 52.
patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?"

53. Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu
menyembahnya"..

54. Ia berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam
kesesatan yang nyata".

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
55. Mereka bertanya: "Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang
benar (sebagai seorang Rasul), atau engkau dari orang-orang yang bermain-
main sahaja?"
84
56. Ia menjawab: "(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan
bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dia
lah yang menciptanya; dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi
keterangan mengesahkan yang demikian itu.


Huraian Ayat:

Ayat 51:

Allah SWT berfirman mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s bahawa Dia telah
memberinya hidayah kebenaran sejak ia masih kecil dan sebelum Nabi Musa
dan Harun. Dia memberinya hidayah itu, kerana memang Ibrahim
diketahuiNya patut memeperolehi itu.

Ayat 52:

Hidayah yang diperoleh Ibrahim sejak kecilnya itu tercermin dalam
pengingkarannya akan penyembahan yang dilakukan oleh bapanya bagi
patung-patung, tatkala ia berkata kepada bapanya patung-patung apakah
ini, mengapa engkau tekun menyembahnya?.

Ayat 53:

Bapa Ibrahim dan kaumnya berkata, Demikianlah kami mendapati bapa-
bapa dari nenek moyang kami melakukannya, maka kami mewarisi
penyembahan ini dari mereka.

Ayat 54:

Ibrahim berkata, jika demikian, maka kamu dan nenek moyangmu berada
dalam kesesatan yang nyata dan menyimpang dari jalan yang lurus dan
benar.

Ayat 55:

Mereka berkata kepada Ibrahim. Apakah engkau bermain main dengan
ucapan-ucapanmu yang mengolok-olokkan kami dan tuhan-tuhan kami
ataukah engkau berkata dengan bersungguh-sungguh, kerana baru kali inilah
kami mendengar engkau mengucapkan dengan ucapan-ucapan yang sangat
merendahkan darjat tuhan-tuhan kami.




PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN



85
Ayat 56:

Ibrahim menjawab, Aku tidak bermain-main dengan kata-kataku itu, aku ingin
menunjukkan jalan yang benar, bahawa bukanlah patung-patung itu tuhan
yang patut disembah, tetapi Tuhanmu yang sebenar ialah Tuhan langit dan
bumi yang telah menciptakan dan mencipta kamu, Tuhan Yang Maha Esa
dan tiada tuhan selain Dia.


Pengajaran Ayat:

1. Kebijaksanaan merupakan salah satu kurniaan Allah yang seharusnya
dimanfaatkan kerana banyak hikmah tersembunyi di sebalik semua nikmat
kurniaan Allah kepada setiap hambanya.

2. Dakwah dalam kamus hidup setiap individu muslim adalah merupakan
agenda utama dalam usaha menyebarkan syiar Allah di serata dunia.

3. Peri pentingnya untuk kita mendalami ilmu agama agar kita dapat
melaksanakan tuntutan Allah mengikut landasan yang betul serta tidak
terpedaya dengan sebarang macam pegangan yang menyesatkan.

























PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN


86

Ayat Kisah Para Nabi 2

Ayat 57 65: Surah al-Anbiya











Maksud Ayat:

57. "Dan demi Allah, aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala
kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)".

58.Lalu ia memecahkan semuanya berketul-ketul, kecuali sebuah berhala
mereka yang besar (dibiarkannya), supaya mereka kembali kepadanya.

59. (Setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: "Siapakah yang
melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan kami?
Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang zalim".

60. (Setengah dari) mereka berkata: "Kami ada mendengar seorang anak
muda bernama Ibrahim, mencacinya".

ketua) mereka berkata: "Jika demikian, bawalah dia di hadapan - (Ketua 61.
orang ramai supaya mereka menyaksikan (tindakan mengenainya).

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
62. (Setelah ia dibawa ke situ) mereka bertanya: "Engkaukah yang
melakukan demikian kepada tuhan-tuhan kami, hai Ibrahim?"

87
63. Ia menjawab: "(Tidak) bahkan yang melakukannya ialah (berhala) yang
besar di antara mereka ini! Maka bertanyalah kamu kepada mereka kalau-
kalau mereka dapat berkata-kata".

64. Maka mereka (penyembah berhala) kembali kepada diri mereka
(memikirkan hal itu) lalu berkata (sesama sendiri): "Sesungguhnya kamulah
sendiri orang-orang yang zalim".

65. Kemudian mereka terbalik fikirannya kepada kesesatan, lalu berkata:
"Sesungguhnya engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui bahawa
berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa engkau menyuruh
kami bertanya kepadanya)?"

Huraian Ayat:

Ayat 57-58:

Ibrahim bersumpah bahawa dia akan melakukan sesuatu terhadap berhala-
berhala itu, bila kaumnya semua keluar meninggalkan kota untuk menghadiri
pesta yang diadakan di luar kota pada hari raya tertentu mereka. Maka tatkala
hari itu tiba dan kota menjadi kosong ditinggalkan pendududuknya, terutama
di daerah di sekitar tempat berhala-berhala itu, pergilah Ibrahim dengan
membawa sebuah beliung menuju ke tempat berhala-berhala itu untuk
melaksanakan sumpahnya menghancurkan berhala-berhala menjadi
terpotong-potong, kemudian menggantungkan beliungnya pada leher berhala-
berhala itu yang sengaja ditinggalkan utuh, untuk memberi kesan bahawa
dialah yang menghancurkan semua berhala itu.

Ayat 59-60:

Maka riuh rendahlah kaum Ibrahim ketika mereka kembali dari pesta hari raya
mereka dan melihat tuhan-tuhan mereka sudah hancur. Mereka bertanya-
tanya antara satu sama lain. Siapakah gerangan yang berani melakukan
perbuatan keji ini terhadap tuhan-tuhan kami?. Berkatalah seseorang yang
pernah mendengar sumpahan Ibrahim, Kami mendengar seorang pemuda
yang sering mencela dan mencemuhkan tuhan-tuhan kami ini, ia bernama
Ibrahim, mungkin dialah yang melakukannya.

Ayat 61-63:

Jika demikian hadapkanlah ia kemari kata pemuka-pemuka kaum
Ibrahim. Ketika Ibrahim ditanya di depan orang ramai Siapakah yang
melakukan perbuatan ini terhadap tuhan-tuhan kami, engkaukah hai
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN
Ibrahim?. Ibrahim menjawab Sesungguhnya berhala yang besar itulah yang
melakukannya, tanyakan saja kepadanya jika ia dapat berbicara.


88
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawa Rasulullah saw
bercerita tentang Ibrahim, bahawa beliau pernah berdusta hanya tiga kali
sepanjang hidupnya. Pertama, tatkala ia berkata kepada kaumnya bahawa
yang melakukan penghancuran berhala-berhala ialah si induk berhala, kedua,
tatkala ia diajak oleh kaumnya turut menghadiri pesta hari raya di luar kota ia
berpura-pura sakit dan ketiga, tatkala ia berdusta mengatakan bahawa Sarah
adalah saudara perempuannya dan bukan isterinya, untuk mengelabui mata
seorang raja yang menginginkan Sarah isterinya.

Ayat 64 - 65:

Setelah kaum Ibrahim mendengar kata-kata Ibrahim yang tidak dapat mereka
bantah, mereka pun menyedari kesalahan sendiri, meninggalkan tempat
persembahan mereka tanpa penjaga, kemudian setelah sejenak mereka
menundukkan kepala berfikir dan bertanya tanya kepada diri sendiri,
berpalinglah mereka kepada Ibrahim seraya bertanya Engkaupun
mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara dan bercakap-
cakap, mengapa engkau meminta kami bertanya kepadanya.




Pengajaran Ayat:

1. Orang Islam jangan sesekali mensyirikkan Allah dengan sesuatu
selainNya

2. Patung dan berhala tidak dapat memberi sebarang pertolongan kepada
manusia.

3. Gunakan kebijaksanaan akal fikiran ketika berdakwah.














PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN



89


Ayat Kisah Para Nabi 3: Ayat 66 73: Surah al-Anbiya









Maksud Ayat:

66.Nabi Ibrahim berkata: "Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang
lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun
kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu?

67."Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah!
Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?"

68.(Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah
dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak
membelanya!"

69. Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera
kepada Ibrahim!

Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan 70.
angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat
rugi, (kalah dengan hinanya).
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN

71.Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami
limpahkan berkat padanya untuk umat manusia.
90
72.Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya)
sebagai tambahan; dan tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami jadikan orang
yang soleh.

73.Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia
ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada
mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi
zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.

Huraian ayat:

Ayat 66-67:

Ibrahim menjawab. Jika kamu mengetahui bahawa berhala-berhala tidak
dapat berbicara, mengapa kamu menyembahnya dan menjadikannya tuhan-
tuhan, padahal sedikit pun ia tidak dapat memberikan manfaat padamu atau
mendatangkan mudarat. Celakalah kamu dan apa yang kamu sembah selain
Allah. Tidakkah kamu berfikir dan menggunakan akalmu?.

Ayat 68:

Setelah kehabisan akal dan tidak berdaya menghadapi hujah dan bantahan
Ibrahim, maka dengan menggunakan pengaruh dan kewibawaan raja,
mereka memerintahkan agar Ibrahim dibakar hidup-hidup sebagai
pembalasan atas perbuatan yang telah dilakukannya terhadap tuhan-tuhan
mereka. Berkatalah pembesar-pembesar mereka kepada kaumnya, Bakarlah
dia dan bantulah tuhan-tuhanmu dengan memberikan balasan yang setimpal
kepada orang yang telah berani menyentuh tuhan-tuhan kami bahkan
melakukan penghancuran. Kumpulkanlah kayu-kayu bakar sebanyak-
banyaknya dan jadikanlah api yang besar, kemudian lemparkanlah Ibrahim ke
dalam api itu, jika kamu benar-benar ingin menunjukkan kebaktianmu kepa
tuhan-tuhanmu dengan tindakan yang nyata.

Ayat 69 - 70:

Allah berfirman kepada tumpukan kayu bakar yang sudah menjadi merah
menyala-nyala untuk menerima Ibrahim yang sudah siap akan dilemparkan
ke dalamnya, Hai api, jadilah engkau sesuatu yang dingin dan penyelamat
bagi Ibrahim. Maka keluarlah Ibrahim dari tumpukan kayu baker yang sudah
menjadi abu dimakan oleh api itu dalam keadaan yang kuat seakan-akan
tidak tersentuh api sedikit pun. Demikianlah mukjizat yang diberikan Allah
kepada Ibrahim telah menyelamatkannya dari perbuatan mungkar kaumnya
yang dijadikan Allah sebagai kaum yang paling rugi.

PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN



91

Ayat 71- 73:

Allah swt berfirman, bahawa Dia telah menyelamatkan Ibrahim dari api
kaumnya dan dikeluarkannya berhijrah ke negeri yang sudah diberkahi, iaitu
negeri Syam dan kepadanya dianugerahi putera-putera Ishaq dan Yakub.
Mereka itu dijadikan orang-orang yang saleh, masing-masing menjadi
pemimpin bagi kaumnya memberi petunjuk dan tuntutan sesuai dengan
perntahNya, agar berbuat kebajikan dan amal saleh, mendirikan solat dan
menunaikan zakat dan menjadi orang-orang yang tekun beribadat.


Pengajaran Ayat:

1. Allah sentiasa bersama orang yang benar.

2. Orang yang sabar dan berada dalam landasan yang benar akan
memperoleh ganjaran yang besar daripada Allah s.w.t.

3. Umat Islam hendaklah meneruskan usaha usaha dakwah dalam
masyarakat.



Peranan Guru Pendidikan Islam sebagai daie di sekolah dan
dalam masyarakat mesti berjalan seiring. Bincangkan (3 jam)



















PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN



92

Anda mungkin juga menyukai